Lima pemboleh utama diperlukan untuk menyokong pelaksanaan EPP dan peluang perniagaan tersebut: • Menyediakan insentif untuk syarikat penaung;
• Mengukuhkan penerimaan amalan pertanian baik (GAP) dan amalan pengilangan baik (GMP) untuk meningkatkan akses pasaran;
• Mengubah peraturan dan polisi;
• Mengukuhkan infrastruktur logistik; dan
• Memastikan aliran modal insan yang mencukupi.
Menyediakan Insentif untuk Syarikat Penaung
Syarikat penaung akan memainkan peranan utama dalam mempengaruhi transformasi sektor pertanian daripada sebuah sektor berskala kecil dan mengkhususkan pengeluaran, kepada sebuah sektor berskala besar yang mengkhususkan pasaran dan pendekatan bersepadu. Untuk menggalakkan syarikat dalam rantaian makanan dan perniagaan asas tani memainkan peranan sebagai penaung, Kerajaan akan menyediakan insentif berdasarkan nilai hasil kontrak petani yang mereka kendalikan.
Untuk layak, bakal penaung mesti memiliki modal berbayar minimum antara RM100 juta dan RM200 juta, bergantung pada subsektor. Mereka perlu mendemonstrasikan penyediaan perkhidmatan untuk mengatur peladang berskala kecil, seperti penyediaan biji benih, perkhidmatan lanjutan, memastikan pematuhan pada GAP dan menyediakan kontrak timbal balik yang berdasarkan penyelesaian telus dan prinsip perdagangan yang adil. Syarikat penaung juga perlu berfungsi dalam model rantaian pembekalan bersepadu yang merangkumi pengurusan pasca tuaian, logistik, pemasaran dan penjenamaan. Mereka boleh menguruskan petani kontrak dalam sebarang subsektor pertanian utama seperti hortikultur dan akuakultur.
Insentif ini adalah dalam bentuk RM50 bagi setiap RM1,000 nilai yang dibeli daripada petani kontrak. Ini akan menggantikan insentif pengeluaran buah-buahan dan sayur-sayuran terdahulu, iaitu RM75 dan RM81 bagi setiap tan metrik, masing-masing.
Dengan memperkenalkan insentif ini, kami menjangka peruncit dan pemborong utama akan
mengembangkan peranan mereka dalam rantaian nilai perniagaan asas tani dan menyepadukan ke belakang untuk membekalkan sumber dalam negara.
Memperkukuh Penerimaan Amalan Pertanian Baik dan Amalan Pengilangan Baik
Pematuhan terhadap piawaian antarabangsa adalah penting untuk memastikan produk negara diterima oleh pasaran asing. Piawaian seperti Amalan Pertanian Baik Global menetapkan bahawa racun perosak dan baja adalah bebas daripada bahan kimia merbahaya, sementara Amalan Pengilangan Baik, HACCP dan BRC (British Retailers Consortium) memastikan, antara lain, proses keselamatan makanan diguna pakai dalam pembuatan makanan.
Langkah-langkah dalam bahagian permintaan dan pembekalan akan diguna pakai bagi meningkatkan pematuhan terhadap GAP dan GMP. Pertama, peruncit akan dipertanggungjawabkan atas keselamatan makanan, sama seperti apa yang diamalkan di Kesatuan Eropah. Pada permulaannya, ini akan dilaksanakan melalui pengisytiharaan sendiri, di mana peruncit digalakkan untuk mempamerkan jaminan “bebas daripada bahan kimia merbahaya” pada hasil pengeluaran. Menjelang 2013, Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985 akan dikaji semula dengan mengambil kira langkah ini sebagai satu keperluan mandatori. Kedua, Kerajaan, sebagai pembeli utama akan mengenakan piawaian keselamatan makanan pada semua pemerolehan untuk angkatan tentera, hospital, sekolah berasrama dan penjara, yang melibatkan nilai pembelian sebanyak RM1.29 bilion setahun. Pegawai keselamatan makanan daripada Kementerian Kesihatan akan bertanggungjawab untuk memastikan ketelusan dan pematuhan terhadap keperluan keselamatan makanan.
Keupayaan industri domestik mematuhi peraturan ini akan diperkukuhkan dengan menghubungkan petani berskala kecil kepada syarikat penaung, memperkenalkan program latihan boleh tuntut Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF), dan juga melalui SIRIM menambahkan bilangan pelatih dan juruaudit yang diperakui.
Apabila piawaian keselamatan makanan industri domestik telah diperkukuhkan, selaras dengan itu, adalah penting untuk memastikan bahawa produk yang dibawa masuk ke Malaysia daripada pasaran asing juga mematuhi keperluan keselamatan makanan yang sama. Ini adalah penting bagi memastikan ketekalan piawaian untuk kedua-dua produk domestik dan import. Kementerian Pertanian akan memulakan program untuk memeriksa sumber utama dari ladang asing dan pusat pengumpulan.
Perubahan Peraturan dan Polisi
Pengawalseliaan dan perubahan polisi adalah diperlukan dalam beberapa bidang untuk meningkatkan kredibiliti industri pertanian Malaysia. Pengawalan buah-buahan dan sayur-sayuran segar diliputi sewajarnya di bawah Akta FAMA 2009 yang baru diperkenalkan. Walau bagaimanapun, dalam makanan yang diproses, keperluan untuk kebolehkesanan dan keselamatan makanan perlu diperketatkan. Dalam pada itu, pengawalan untuk industri produk semula jadi perlu dipermudah dan dibezakan daripada ubat-ubatan terapeutik.
Jadual 15-5 di bawah meringkaskan cadangan kajian semula pengawalseliaan. Kementerian Pertanian akan bekerjasama dengan agensi berkaitan untuk mengkaji penanda aras pengawalseliaan dan impak daripada cadangan perubahan pengawalseliaan, dengan hasrat untuk membangunkan lagi cadangan perubahan pengawalseliaan tersebut.
Jadual 15-5: Cadangan perubahan pengawalseliaan Industri dan perundangan berkaitan Skop semasa perundangan Makanan yang diproses • Akta Makanan 1983 • Peraturan Makanan 1985 • Akta Bio Keselamatan 2007 Produk semula jadi dan/atau nutraseutikal Peraturan Kawalan Ubat-ubatan dan Kosmetik 1984 Penternakan haiwan: Akta Haiwan 1953 Keperluan kandungan makanan Keperluan bahan tambah makanan dan kegunaan nutrien Keperluan pelabelan kandungan makanan Keperluan pengendalian kebersihan dan keselamatan makanan am Kekurangan liputan terutamanya untuk produk nutraseutikal Keperluan kebajikan dan kesihatan haiwan Keperluan import dan kuarantin Keperluan rumah penyembelihan swasta Kementerian Kesihatan (Bahagian Kualiti & Keselamatan Makanan) Kementerian Kesihatan (Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan) Kementerian Pertanian (Jabatan Perkhidmatan Veterinar) 2013 2012 2014 Kebolehkesanan
Penggunaan baja dan bahan kimia dalam bahan mentah
Keperluan keselamatan, pemprosesan dan pengendalian khusus makanan yang mudah tercemar; misalnya, susu, daging
Bahan tambah makanan dan pembuatan bahan kefungsian Pelabelan untuk bahan diubah suai secara genetik
Asid lemak tak tepu
Kebertanggungjawaban peruncit dalam keselamatan makanan
Bahan aktif, iaitu jumlah yang minimum untuk kemujaraban, dan had maksimum untuk mengelakkan ketoksikan
Sebatian yang dibenarkan Jaminan yang dibenarkan untuk bahan aktif
Penggunaan bahan semula jadi untuk menggantikan bahan tambah konvensional
Prosedur pembiakan Keperluan kebolehkesanan Komposisi makanan haiwan serta jenis dan tahap bahan aktif yang dibenarkan
Bidang lain yang berpotensi untuk dimasukkan berdasarkan
amalan di negara lain Penjaga
Susur masa untuk
memben-tangkan pindaan
Memperkukuh Infrastruktur Logistik
Malaysia memiliki infrastruktur jalan dan pelabuhan yang sangat baik untuk menghantar hasil pertanian diimport kepada pengguna akhir, namun, infrastruktur untuk menghantar hasil domestik dari ladang ke pasaran eksport masih lemah. Peningkatan penghasilan hasil segar yang disasarkan di bawah NKEA akan memerlukan pengembangan rantaian sejuk dan infrastruktur logistik rantaian sejuk dalam usaha untuk sampai kepada pasaran eksport. Udang, ikan, daging, bunga-bungaan, buah-buahan dan sayur-sayuran premium mesti tiba ke destinasi eksport melalui cara yang boleh mengelakkan pencemaran sambil mengekalkan kesegaran. Jabatan Pertanian akan menerajui penubuhan pusat barangan mudah rosak di Pulau Pinang dan Kota Kinabalu dan mengembangkan kemudahan di KLIA untuk memenuhi keperluan ini. Pusat barangan mudah rosak ini akan mempunyai fasiliti Sanitari dan Fitosanitasi (SPS) seperti rawatan haba wap, kawasan pewasapan dan rawatan air panas untuk memastikan hasil dalam transit di lapangan terbang dilindungi daripada bahan kontaminasi asing. Pusat barangan mudah rosak sedia ada di KLIA menyediakan hanya 30 palet sehari, namun, volum yang dijangka untuk diangkut melalui udara pada 2020 adalah lebih kurang 45,000 tan atau 150 tan sehari. Ini memerlukan KLIA mengembangkan kemudahannya supaya dapat mengendali 300 palet sehari.
Kos untuk membesarkan kapasiti KLIA ialah RM115 juta. Sebanyak RM200 juta akan dilaburkan untuk membina kemudahan yang serupa di Pelabuhan Pulau Pinang dan Kota Kinabalu, sementara RM80 juta akan dilaburkan untuk membina kemudahan penyinaran di Pelabuhan Klang.
Memastikan Aliran Modal Insan yang Mencukupi
Aliran pengurus dan usahawan perniagaan yang sewajarnya di samping tenaga kerja dengan kemahiran pertanian seperti agronomi diperlukan untuk menjayakan EPP.
Pada 2020, dianggarkan 4,000 ahli akuakultur, 2,000 pakar nutrisi haiwan, 500 ahli agronomi, 200 ahli patologi, 200 ahli entomologi, 200 ahli sains tanah, 100 ahli veterinar dan 50 ahli fisiologi tanaman akan diperlukan.
Untuk sesetengah jawatan, seperti ahli agronomi dan ahli veterinar, universiti tempatan akan menghasilkan graduan yang mencukupi. Namun, industri masih mengalami jurang kemahiran, kerana graduan memilih untuk tidak bekerja dalam sektor ini dan kurangnya pengalaman kerja.
Kementerian Pertanian akan mengendalikan empat tindakan untuk menangani isu ini:
• Bekerjasama dengan syarikat penaung dan usahawan yang berjaya untuk mempromosikan perladangan sebagai pekerjaan berpendapatan tinggi, dengan objektif menarik pelajar lebih berkualiti agar memilih disiplin yang berkaitan;
• Bekerjasama dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk menstrukturkan semula sukatan pelajaran sedia ada bagi memastikan penekanan yang sewajarnya dalam bidang teras seperti nutrisi haiwan, penternakan haiwan, pembiakan haiwan, agronomi dan ICT pertanian;
Untuk 16 EPP, pelaburan sebanyak RM18.9 bilion diperlukan, di mana 44% adalah daripada sektor awam
Keperluan pembiayaan mengikut sumber RM bilion
Keperluan pembiayaan swasta mengikut EPP dan peluang perniagaan
RM bllion 10.7 18.9 8.2 Jumlah Swasta Awam % daripada jumlah % daripada jumlah 21.8 18.9 Jumlah Peluang perniagaan 2.9 EPPs 43 57 87 13 • Memastikan aliran graduan yang sewajarnya dalam bidang yang lebih baharu secara relatif, seperti ahli akuakultur dan jurutera sistem akuakultur, dengan mengadakan tempat yang mencukupi dalam kursus ini di universiti tempatan; dan
• Berhubung dengan universiti-universiti dan syarikat penaung untuk melaksanakan program latihan dan perantis untuk membantu membina tenaga mahir dengan pengalaman kerja yang lebih baik. Di samping itu, universiti yang memfokuskan pertanian seperti UPM dan institusi penyelidikan awam seperti MARDI akan menggandakan penyelidikan dalam pembiakan, penyakit pasca-tuai dan pengurusan tanaman pasca-tuai.
Lebih kurang 15,000 usahawan dan pengurus perniagaan akan diperlukan menjelang 2020 untuk menguruskan perniagaan asas tani berskala besar dalam bidang seperti akuakultur, perladangan buah-buahan dan sayur-sayuran, persawahan dan pemprosesan makanan. Ini boleh dipenuhi dengan memanfaatkan tenaga mahir sedia ada dari sektor korporat dan kerajaan, terutamanya pegawai awam daripada Kementerian Pertanian dan agensi berkaitan, begitu juga pengurus estet bersara daripada sektor tanaman perindustrian. Program pembangunan usahawan akan dijalankan dengan memfokuskan pada kumpulan sasaran ini. Latihan akan disediakan dengan memanfaatkan model ladang syarikat penaung, sementara program pembiayaan akan distrukturkan dengan Agrobank.
PEMBIAYAAN
Pelaburan yang diperlukan untuk melaksanakan EPP dan peluang perniagaan yang dikenal pasti adalah dianggarkan berjumlah RM21.8 bilion, seperti yang ditunjukkan dalam Carta 15-8, yang mana sebanyak RM18.9 bilion akan diperuntukkan kepada 16 EPP tersebut.
Daripada jumlah pelaburan dalam EPP tersebut sahaja, 44 peratus (RM8.2 bilion) adalah pembiayaan dari sektor awam manakala 56 peratus (RM10.7 bilion) adalah dari sektor swasta. Daripada jumlah pelaburan keseluruhannya, 62 peratus (RM13.4 bilion) akan dilaburkan oleh sektor swasta manakala bakinya (RM8.4 bilion) adalah melalui pembiayaan sektor awam. Lebih kurang separuh daripada pelaburan Kerajaan akan digunakan untuk menaik taraf sistem pengairan Muda dan kawasan jelapang lain. Sebanyak RM1.5 bilion pelaburan Kerajaan lagi adalah untuk membangunkan infrastruktur yang kritikal (misalnya, pemasukan air, jalan-jalan raya dan jeti) dalam zon akuakultur yang dikenal pasti. Ini akan dipadankan oleh sektor swasta untuk pelaburan dalam infrastructur operasi seperti loji pemprosesan, membesarkan ladang dan
tempat penetasan.
Untuk industri herba, RM602 juta akan diperuntukkan kepada program penyelidikan berskala besar yang dibiayai awam, berkaitan dengan herba tempatan dan inisiatif pembangunan industri lain. Geran penyelidikan akan digunakan untuk membangunkan produk dengan bukti saintifik yang kukuh, mendapatkan hak intelektual dan menyediakan sokongan untuk jaminan produk. Ini membolehkan Kerajaan meminimumkan risiko dan mempromosikan pelaburan swasta dalam membangunkan produk herba bernilai tinggi yang boleh menembusi pasaran eksport besar.
Dari segi pelaburan swasta, inisiatif bioteknologi dianggarkan akan menarik lebih kurang RM820 juta dalam pelaburan langsung asing dengan menarik syarikat multinasional untuk melabur dalam industri berkaitan seperti biobaja, bio-racun perosak, perisa dan pewangi. Jumlah yang sama akan dilaburkan dalam penternakan sarang burung walit untuk membina struktur piawai berekonomi baharu dan loji pemprosesan. Di samping itu, dijangkakan bahawa sektor swasta akan melabur sebanyak RM1.3 bilion untuk mendapatkan operasi lembu luar negara dan RM883 juta untuk membina infrastruktur ladang bersepadu bagi buah-buahan dan sayur-sayuran seperti pusat pengumpulan dan pemprosesan.