• Tidak ada hasil yang ditemukan

HHHC9501 PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK. Pensyarah : Dr. Rozita Binti Amiruddin. Ahli Kumpulan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "HHHC9501 PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK. Pensyarah : Dr. Rozita Binti Amiruddin. Ahli Kumpulan"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

HHHC9501 PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK Pensyarah : Dr. Rozita Binti Amiruddin

Ahli Kumpulan

1) Nurul Izzah Mohd Nor A143094 2) Fatin Nabilah Syazwani Ruslan A143118 3) Nur Amirah Izaf Kamarul Zaman A143180 4) Nur Shakira Leman A143237 5) Ramania Mustapa A143377

TAJUK : SST vs GST

HURAIAN PERBINCANGAN : PENGENALAN

PERBANDINGAN GST DAN SST

PENGGANTIAN SST OLEH GST TERHADAP PENAMBAHBAIKAN SISTEM CUKAI MALAYSIA KESAN POSITIF GST TERHADAP PEMBANGUNAN EKONOMI MALAYSIA

KESAN GST TERHADAP NEGARA DAN RAKYAT KESIMPULAN

(2)

TIMELINE & CHECKLIST Group’s Due Date : 28/5/2015

Tarikh 7/5 14/5 21/5 28/5 4/6 Catatan Isu Semasa – Rawak 4 Jam - Bincang Spesifikasi – Kelaskan 5 jam - Penapisan Maklumat – Gabungkan 5 jam - Pembentangan dalam Kumpulan 3 jam - Penambahbaikan – Hantar Laporan 3 Jam -

(3)

PETIKAN AKHBAR BERITA HARIAN

5/21/2015 Berita Harian: GST turunkan harga barang, perkhidmatan

http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/GSTturunkanhargabarang_perkhidmatan/m/mArticle 1/3

Ekonomi

GST turunkan harga barang, perkhidmatan

Pelaksanaan lebih telus, kos operasi perniagaan lebih rendah

Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak akan menyebabkan kenaikan dalam harga barangan dan perkhidmatan,

sebaliknya mampu mengurangkannya kerana ia bakal menurunkan kos operasi peniaga, kata firma percukaian PricewaterhouseCoopers

Taxation Sdn Bhd. Pengarah Eksekutif Kanannya, Wan Heng Choon, berkata GST juga adalah lebih telus dan seragam berbanding

cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dikenakan ketika ini yang mempunyai banyak kelemahan seperti cukai bertindih, cukai

berganda dan cukai bertingkat yang menjadi punca harga sesetengah barangan dan perkhidmatan menjadi mahal. Jaminan pengecualian

“Selain itu, kerajaan juga telah memberikan jaminan akan memberikan pengecualian ke atas barangan keperluan tertentu seperti produk

pertanian dan makanan asas jika GST dilaksanakan bagi menggantikan SST,” katanya pada taklimat media mengenai GST di Kuala

Lumpur, semalam. Wan menjelaskan, GST bakal menurunkan kos operasi perniagaan kerana peniaga yang berdaftar boleh menuntut

cukai ke atas GST yang dibayar ke atas input perniagaan, selain syarikat yang mencatatkan pendapatan tahunan kurang daripada

RM500,000 adalah dikecualikan daripada membayar GST. “Kos perniagaan akan berkurangan selepas GST menggantikan SST kerana

seseorang peniaga itu tidak lagi perlu membayar cukai jualan atas pembelian meja, kerusi dan kemudahan lain, sekali gus boleh

menawarkan harga yang lebih murah hasil penjimatan daripada pembayaran cukai itu,” katanya. Konsep nilai ditambah GST adalah

cukai kepenggunaan berasaskan kepada konsep nilai ditambah kerana ia dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di setiap peringkat

pengeluaran dan pengedaran dalam rantaian pembekalan, termasuk barang dan perkhidmatan yang diimport. Perbezaan GST dengan

SST ialah dari segi skop pengenaan cukai yang lebih meluas iaitu ia dikenakan pada semua peringkat pengeluaran dan pengedaran di

samping peniaga boleh menuntut kredit cukai ke atas GST yang dibayar terhadap input perniagaannya. Ini berbanding sistem SST yang

mana cukai jualan hanya dikenakan pada satu peringkat pengeluaran iaitu semasa barang dikeluarkan daripada kilang atau diimport,

(4)

sementara cukai perkhidmatan pula dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu pada peringkat ia disediakan kepada pengguna. Wan

berkata, Malaysia perlu memperkenalkan GST berikutan kelemahan SST sedia ada yang hanya menguntungkan golongan peniaga,

selain ia juga mampu mengurangkan kadar cukai yang dikenakan ke atas pendapatan individu dan korporat. Faedah seluruh rakyat

Beliau berkata, GST yang sudah dilaksanakan di lebih 140 negara seluruh dunia juga apabila dilaksanakan bukan hanya akan memberi

faedah kepada golongan berpendapatan rendah, malah seluruh rakyat selain meningkatkan hasil cukai kerajaan serta mengelakkan

ketirisan dalam menjana pendapatan negara. Katanya, kira kira 70 peratus Perusahaan Kecil dan sederhana (PKS) di negara ini dijangka

menikmati pengecualian GST, manakala syarikat besar pula akan dikecualikan daripada membayar cukai bagi beberapa yuran

profesional. “Justeru, pelaksanaan GST akan memberikan situasi menang menang kepada rakyat dan kerajaan,” katanya.

BH Facebook

BH Twitter

BH Youtube

(5)

NOTA PERBINCANGAN

GST VS SST

Definisi GST dan SST

Penyelesaian masalah Kesan GST terhadap

negara dan rakyat

Perbandingan GST dan SST Tahun dilaksanakan Hasil kutipan Pihak yang dikenakan cukai Negara yang melaksanakan GST dan SST Barang yang dikenakan cukai Kadar cukai

(6)

TUGASAN LAPORAN

HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN

PENDEKATAN SAINTIFIK

‘SST’ VS ‘GST’

PENSYARAH:

DR. ROZITA BINTI AMIRUDDIN

EKSEKUTIF TUGASAN: NURUL IZZAH MOHD NOR A143094

NUR AMIRAH BINTI IZAF KAMARUL ZAMAN A143180 FATIN NABILAH SYAZWANI BT. RUSLAN A143118

RAMANIA BINTI MUSTAPA A143377 NUR SYAKIRA BINTI LEMAN A143237

(7)

PENGENALAN

SST merupakan singkatan kepada sales and service tax atau cukai jualan dan perkhidmatan dan merupakan cukai satu peringkat. SST telah dilaksanakan semenjak tahun 1960-an. Cukai ini dikatakan mempunyai banyak kelemahan seperti ketidaktelusan dan pengeluar juga dipercayai mengelak daripada membayar cukai ini. GST pula merupakan singkatan kepada goods and service tax atau cukai barang dan perkhidmatan yang baru sahaja dilaksanakan menjelang 1 April 2015 lalu. Ia adalah cukai kepenggunaan berasaskan konsep nilai tambah. Cukai ini dikenakan pada setiap tingkat pengeluaran dan pengedaran dalam rantaian pembekalan termasuk pengimportan. GST diperkenalkan bagi menggantikan SST dan bertujuan untuk memperbaiki ekonomi negara.

PERBANDINGAN GST DAN SST

SST GST

Dilaksanakan sejak 1960an dengan pelbagai penambahbaikan

Telah dilaksanakan pada 1 April 2015 berdasarkan pengumuman Bajet 2014. Diperkenalkan oleh kerajaan bagi menangani

defisit fiskal negara.

GST juga dikenali sebagai Value Added Tax (VAT) di beberapa buah negara yang

(8)

Kerajaan hanya memperoleh hasil cukai RM16 bilion - RM18 bilion setahun

Kerajaan dijangka mampu mengutip hasil cukai sebanyak RM27 bilion setahun.

Semua barangan tidak dikenakan cukai kecuali diisytihar

Setiap barangan akan dikenakan cukai kecuali diisyitiharkan tidak dicukai.

Terdapat 40 item barangan pengguna tidak akan dikenakan sebarang cukai sekaligus ia dapat membantu meringankan bebanan

perbelanjaan isi rumah. Cukai hanya dikenakan kepada

pengilang atau pengguna.

Berlaku ketirisan apabila ada segelintir pihak pengimport, pengilang, pemborong dan

peruncit mengelak membayar cukai. Pihak peniaga masih boleh memanipulasikan

sumber dan hasil pendapatan kotor/haram mereka melalui kegiatan money laundering

Cukai dikenakan pada pelbagai peringkat bermula dari pengilang, pemborong, peruncit

dan pengguna.

Semua hasil pendapatan dan perbelanjaan dipelbagai peringkat ini akan direkod dan

dikemaskini oleh pihak berkuasa. Unsur-unsur birokrasi melampau, ketirisan, penyelewengan, mengelat dari bayar cukai dan

kegiatan monopoli keterlaluan boleh dibenteras.

Cukai SST yang dikenakan meliputi cukai jualan 10% + cukai perkhidmatan 6% = 16%

(9)

34 buah negara di dunia masih lagi mengamalkan regim percukaian tersendiri dan

beransur-ansur memilih GST sebagai regim percukaian baru negara mereka.

160 buah negara dari 194 buah negara seluruh dunia telah melaksanakan GST pada kadar

melebihi 6%.

Di ASEAN hanya Brunei dan Myanmar masih belum melaksanakannya (7 April 2015)

PENGGANTIAN SST OLEH GST TERHADAP PENAMBAHBAIKAN SISTEM CUKAI MALAYSIA

Seperti yang sudah diketahui umum, SST merupakan cukai yang mempunyai banyak kekurangan. Antara keburukan yang paling ketara adalah ianya merupakan cukai berganda. SST selalunya telah dimasukkan di dalam kos dan harga barangan tersebut telah di ‘mark up’ bersama SST tersebut. Hasilnya, kos barangan tersebut semakin meningkat apabila semakin banyak proses yang perlu dilalui untuk dijadikan barang siap dan dijual di pasaran.

Berbeza dengan GST yang diperkenalkan untuk menggantikan sistem SST tersebut. GST merupakan cukai yang efisien kerana setiap peringkat akan dipantau rapi oleh pihak Kastam. Hal ini kerana setiap pengeluar perlu mendaftarkan perniagaan mereka untuk tujuan tuntutan semula GST yang dikenakan kepada mereka. GST tidak dikenakan ke atas kos seperti SST, tetapi merupakan nilai tambah kepada sesuatu barangan. Namun, GST tidak dikenakan ke atas semua barangan. Bahan asas seperti makanan, ubat-ubatan dan pendidikan tidak dikenakan GST. Hal ini bertujuan untuk memelihara dan mengurangkan beban rakyat berstatus sederhana dan miskin.

Oleh itu, GST adalah lebih menguntungkan negara dan mampu memperbaiki defisit fiskal yang dialami Malaysia sejak sekian lama. Ini kerana GST mewujudkan sistem percukaian yang cekap, berkesan dan telus melalui penyusunan semula sistem percukaian negara. Selain itu, GST juga manyelaraskan perkembangan ekonomi dan taraf hidup rakyat serta mencerminkan transformasi sistem cukai tidak langsung.

(10)

KESAN POSITIF GST TERHADAP PEMBANGUNAN EKONOMI MALAYSIA

Beberapa impak positif dapat dikesan melalui penggantian sistem cukai, antaranya :-

1. Pengurangan di dalam kos perniagaan

- Skim khas kepada peniaga dicipta untuk mengurangkan masalah aliran tunai

- Mekanisma pengimbangan kredit

- Boleh menuntut cukai yang telah dibayar berdasarkan invois yang dikeluarkan

2. GST membawa ke arah negara yang lebih kompetitif

3. Menjadikan eksport negara lebih berdaya saing memandangkan eksport adalah berkadar sifar 4. Peningkatan dalan KDNK Malaysia

5. Mengurangkan aktiviti ekonomi terselindung

6. Sebagai salah satu kaedah menguruskan ekonomi dengan lebih efektif 7. Kemungkinan bahawa jumlah penggunaan tidak akan merosot kerana,

- Harga sesetengah barangan adalah lebih rendah seperti beberapa model kereta

- Perubahan dalam corak penggunaan kerana berdasarkan kemampuan

- Kebanyakan barang dan perkhidmatan mempunyai jaminan pengecualian

- GST merupakan cukai pengganti

(11)

KESAN GST TERHADAP NEGARA DAN RAKYAT

Apabila kerajaan melaksanakan sistem percukaian negara yang baru iaitu GST, defisit fiskal mampu diperbaiki di samping dapat memajukan Malaysia selangkah menghampiri negara-negara maju yang lain. Seperti yang sudah umum diketahui, negara-negara maju seperti Eropah dan Singapura telah lama melaksanakan GST ini. Walaupun Malaysia masih agak jauh ke arah mencapai negara maju, namun langkah memperbaharui sistem cukai ini mampu mendekatkan lagi Malaysia setanding dengan mereka.

GST juga tidak dinafikan memberi impak besar kepada rakyat Malaysia khususnya kepada golongan berpendapatan sederhana dan rendah. Beberapa barangan asas tidak dikenakan cukai dan ini sedikit sebanyak membantu meringankan perbelanjaan mereka. Namun, terdapat beberapa persoalan yang perlu diberikan pendedahan yang secukupnya oleh kerajaan terhadap GST ini. Rakyat Malaysia masih dibelenggu tanda tanya sama ada GST dikenakan ke atas harga barangan terkini ataupun selepas penolakan SST. Jika cukai dikenakan selepas penolakan SST, maka harga barangan sudah pasti berkurang dan hasilnya dapat mengurangkan perbelanjaan rakyat. Tetapi apabila cukai dikenakan pada harga terkini, maka harga barangan pasti meningkat dan wujudnya kesan negatif GST kepada rakyat.

KESIMPULAN

Berkesinambungan daripada petikan akhbar berjudul “GST turunkan harga barang, perkhidmatan” ternyata jika dinilai secara kritis dan kritikal, adalah bakal menguntungkan dari segi kuantitatif. Penyelesaian masalah bagi menampung beban hutang negara dan keseimbangan fiskal akan dapat dicapai dengan eksekusi GST. Namun begitu, dari segi kualitatif pula, GST masih belum dapat diramalkan sebagai penyelesaian masalah kos sara hidup dan taraf hidup penduduk di Malaysia. Pendekatan saintifik yang perlu dilaksanakan ialah dengan membuat kajian bertempoh iaitu dari tarikh bermulanya iimplementasi GST sehingga ke hari ini dan dalam beberapa tempoh lagi, dan kajian empirik dan statistik ini harus merangkumi kedua-dua komponen kuantitatif (KNK), dan kualitatif (taraf hidup) agar keseimbangan dan modus operandi GST ini dapat diukur dengan baik. Sekiranya impaknya positif dan selaras dengan lunas-lunas masyarakat sejahtera, maka GST wajar diteruskan kerana mengundang maslahat yang lebih berbanding SST. Sama-sama kita nantikan.

Referensi

Dokumen terkait

Ayat ini sesungguhnya telah memberikan kepada kita sebuah gambaran hubungan antara persekutuan jemaat mula-mula dan dampaknya kepada kesaksian hidup mereka yang membawa

Pada tabel berikut ini, diberikan data massa bintang (yang sama dengan data pada gambar) dan rentang waktu yang diperlukan bintang untuk berevolusi sejak mencapai deret utama umur nol

Kemudian, dengan jumlah upah masing-masing klasifikasi tenaga kerja pada jenis pekerjaan tertentu, volume pekerjaan yang tercapai dalam periode tersebut dan upah hariannya,

Adapun hasil dari masing-masing jawaban responden tentang store atmosphere, kualitas pelayanan, dan keberagaman produk terhadap minat beli konsumen Minimarket

Intelek anak dibatasi oleh egosentrisnya yaitu ia tidak menyadari orang lain mempunyai pandangan yang berbeda dengannya. - Concrete Operation : Dalam tahap ini anak-anak

Hasil regresi panel ini terhadap data yang ada sejalan dengan hasil analisa kuadran yang juga telah dilakukan pada bagian sebelumnya, kurang lebih 91,3 persen

2). pengoordinasian penyelenggaraan tugas-tugas bidang secara terpadu ; 3). pelaksanaan tugas lain yang diberikan oleh Kepala Dinas Pekerjaan Umum dan Penataan Ruang

Curah jantung, adalah volume darah yang dipompakan oleh setiap ventrikel setiap menit, ditentukan oleh kecepatan denyut jantung dan volume sekuncup.. Kecepatan denyut jantung