• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kesediaan pelajar memiliki kemahiran teknikal tambahan: satu kajian di UTHM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kesediaan pelajar memiliki kemahiran teknikal tambahan: satu kajian di UTHM"

Copied!
43
0
0

Teks penuh

(1)

KESEDIAAN PELAJAR MEMILIKI KEMAHIRAN TEKNIKAL TAMBAHAN: SATU KAJIAN DI UTHM

NURUL MAZIAH BINTI MOHD BARKHAYA

Projek Sarjana ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

(2)

v

ABSTRAK

Kajian ini dibuat adalah bertujuan untuk mengkaji dan mengenalpasti kesediaan pelajar tahun akhir di Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, UTHM dalam memiliki kemahiran teknikal tambahan. Kajian yang berbentuk kuantitatif ini menggunakan instrumen soal selidik sebagai kaedah pengumpulan data terhadap 188 orang responden yang terdiri daripada pelajar tahun akhir FKEE. Data mentah yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages for The Social Science (SPSS) untuk Windows (Version 16.0) yang berbentuk statistik deskriptif iaitu peratusan dan kekerapan, manakala bagi statistik inferensi pula, ujian ANOVA satu hala digunakan bagi melihat perbezaan jantina pelajar dalam memiliki kemahiran teknikal tambahan. Hasil dapatan menunjukkan bahawa bagi persoalan kajian yang berkaitan dengan faktor sikap, minat, dan motivasi pelajar, didapati bahawa mereka sangat terdorong dan cenderung dalam mendapatkan kemahiran teknikal tambahan, manakala persoalan yang berkaitan dengan perbezaan didapati bahawa tidak terdapat perbezaan antara dua kategori jantina pelajar terhadap kemahiran teknikal tambahan yang perlu mereka miliki sebelum melangkah ke alam pekerjaan kelak.

(3)

ABSTRACT

The study is to investigate and identify the readiness of final year students at the Faculty of Electrical Engineering and Electronics of UTHM in getting additional technical skills. This quantitative research using questionnaires as the data collection method of 188 respondents consisting of final year students FKEE. Data were analyzed by using the Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS) for Windows (Version 16.0) in the form of descriptive statistics which is frequency and percentage, while for inferential statistics, the one-way ANOVA test is used to see student’s gender differences in additional technical skills. The findings indicate that the research questions related to attitudes, interests, and motivation, it is found that they are highly motivated and inclined in getting additional technical skills, while questions related to the differences found that there was no difference between the two categories of male and female students in the additional technical skills need they have before later working life.

(4)

vii KANDUNGAN TAJUK i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Permintaan terhadap peluang pasaran pekerjaan tinggi tetapi penawaran tenaga kerja dalam negara masih rendah

4

1.2.1 Statistik Keperluan Tenaga Kerja di Pelbagai Sektor dalam Negara

4

1.2.2 Statistik Pengangguran di Malaysia 5 1.2 3 Kewujudan Perancangan dan Dasar-dasar

Kerajaan

5

1.2.4 Kebanjiran Tenaga Kerja Asing 7

(5)

1.4 Pernyataan Masalah 14 1.5 Objektif Kajian 14 1.6 Persoalan Kajian 15 1.7 Hipotesis Kajian 15 1.8 Skop Kajian 16 1.9 Kepentingan Kajian 16

1.10 Kerangka Konsep Kajian 17

1.11 Definisi Konseptual 19

1.11.1 Kemahiran Teknikal 19

1.11.2 Kemahiran Teknikal Tambahan 19

1.11.3 Sikap 20

1.11.4 Minat 20

1.11.5 Motivasi 21

1.12 Rumusan 21

BAB II KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 22

2.2 Kadar Pengangguran 23

2.3 Kemahiran Teknikal 26

2.3.1 Kepentingan Kemahiran Teknikal 27

2.4 Faktor Pelajar Terhadap Kemahiran 30

2.4.1 Sikap 30

2.4.2 Minat 32

2.4.3 Motivasi 33

2.5 Teori Kajian 34

2.5.1 Teori Crow dan Crow 35

2.5.2 Teori Motivasi Herzberg 35

(6)

ix

BAB III METODOLOGI

3.1 Pengenalan 37

3.2 Rekabentuk Kajian 37

3.3 Kerangka Operasi Kajian 40

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 42

3.5 Instumen Kajian 43

3.6 Kajian Rintis 44

3.7 Kaedah Pengumpulan Data 46

3.8 Analisis Data 48

3.9 Rumusan 50

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 52 4.2 Demografi Kajian 53 4.2.1 Jantina 54 4.2.2 Kaum 54 4.2.3 Umur 55 4.2.4 Tahun Pengajian 56 4.3 Dapatan Kajian 56

4.4 Analisis Persoalan Kajian 1:Kemahiran asas teknikal yang dimiliki oleh pelajar FKEE

57

4.5 Analisis Persoalan Kajian 2: Mengenalpasti faktor sikap pelajar FKEE terhadap kemahiran teknikal yang dibekalkan oleh pihak universiti

59

4.6 Analisis Persoalan Kajian 3: Mengenalpasti faktor minat pelajar FKEE terhadap kemahiran teknikal tambahan yang diperlukan oleh industri

61

4.7 Analisis Persoalan Kajian 4: Mengenalpasti faktor motivasi mempengaruhi pelajar FKEE dalam memiliki kemahiran teknikal tambahan

(7)

4.8 Analisis Persoalan Kajian 5: Mengenalpasti perbezaan antara jantina terhadap faktor yang mempengaruhi pelajar memiliki kemahiran teknikal tambahan

64

4.8.1 Analisis perbezaan faktor sikap 65

4.8.2 Analisis perbezaan faktor minat 66

4.8.3 Analisis perbezaan faktor motivasi 67 4.8.4 Analisis perbezaan faktor sikap, minat, dan

motivasi

68

4.9 Rumusan 69

BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN, DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 71

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 71

5.2.1 Mengenalpasti kemahiran asas teknikal yang perlu dimiliki oleh pelajar FKEE

72

5.2.2 Mengenalpasti faktor sikap pelajar tahun akhir FKEE terhadap kemahiran teknikal yang dibekalkan di universiti

74

5.2.3 Mengenalpasti faktor minat pelajar tahun akhir FKEE terhadap kemahiran teknikal tambahan

76

5.2.4 Mengenalpasti faktor motivasi pelajar tahun akhir FKEE terhadap kemahiran teknikal tambahan

77

5.2.5 Melihat perbezaan antara jantina terhadap faktor yang mempengaruhi pelajar memiliki kemahiran teknikal tambahan

79

5.3 Kesimpulan 81

5.4 Cadangan 82

(8)

xi

5.6 Penutup 83

RUJUKAN 84

(9)

SENARAI JADUAL

Jadual 2.1 Statistik Pengangguran Tenaga Buruh di Malaysia (2010-2012)

24

Jadual 3.1 Penentuan Saiz Sampel untuk Kajian 43

Jadual 3.2 Pemarkahan Item-Item Soal Selidik 44

Jadual 3.3 Interpretasi skor bagi nilai Alpha Cronbach 45

Jadual 3.4 Pengkelasan Skala Likert 48

Jadual 3.5 Prosedur analisis data mengikut persoalan kajian 50 Jadual 4.1 Taburan kekerapan dan peratusan responden

mengikut jantina

54

Jadual 4.2 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut kaum

55

Jadual 4.3 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut umur

55

Jadual 4.4 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut tahun pengajian

56

Jadual 4.5 Dapatan analisis kemahiran asas teknikal 57 Jadual 4.6 Dapatan analisis sikap pelajar tahun akhir 59 Jadual 4.7 Dapatan analisis minat pelajar tahun akhir 61 Jadual 4.8 Dapatan analisis motivasi pelajar tahun akhir 63 Jadual 4.9 Perbezaan jantina pelajar terhadap faktor sikap 65 Jadual 4.10 Perbezaan jantina pelajar terhadap faktor minat 66 Jadual 4.11 Perbezaan jantina pelajar terhadap faktor motivasi 67

(10)

xiii Jadual 4.13 Jadual ANOVA bagi analisis keseluruhan

perbezaan faktor (sikap, minat, dan motivasi) mengikut jantina

(11)

SENARAI RAJAH

Rajah 1.1 Anjakan Sistem Pendidikan

(Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2015)

10

Rajah 1.2 Kerangka Konseptual 18

Rajah 2.1 Perangkaan utama tenaga buruh siswazah Malaysia (1982-2010)

25

Rajah 2.2 Bilangan siswazah menganggur mengikut sijil tertinggi, Malaysia (1982–2010)

26

(12)

xv

SENARAI SINGKATAN

PMI - Pembangunan Modal Insan

KDNK - Keluaran Dalam Negara Kasar

ICT - Information and Communications Technology

IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam

IPTS - Institut Pengajian Tinggi Swasta ILP - Institut Latihan Perindustrian IKBN - Institut Kemahiran Belia Negara

SLDN - Sistem Latihan Dual Nasional

JPN - Jabatan Pelajaran Negeri

PPD - Pejabat Pelajaran Daerah

SKM - Sijil Kemahiran Malaysia

FKEE - Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

FK - Fakulti Kejuruteraan

FTK - Fakulti Teknologi Kejuruteraan

UTHM - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia SPSS - Statistical Package for Social Science

ANOVA - Analysis of Variance

MTUN - Program Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia UTeM - Universiti Teknikal Malaysia Melaka

UMP - Universiti Malaysia Pahang

(13)

SENARAI LAMPIRAN

A Maklumat Berkaitan Kajian 90

B Jadual Penentuan Saiz Sampel 106

C Kajian Rintis (Alpha Cronbach) 108

D Ujian Normaliti 113

E Analisis Demografi Responden 117

F Analisis Persoalan Kajian 1, 2, 3, dan 4: (Frekuensi dan Peratusan)

121

G Analisis Persoalan Kajian 5: (ANOVA)

(14)

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

“Pembangunan Modal Insan Penjana Wawasan 2020” merupakan slogan yang telah dibentangkan oleh Y. A. B Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (2006).Beliau telah mencetuskan revolusi idea dalam memberi penekanan terhadap usaha membangunkan Modal Insan sebagai satu landasan kecemerlangan generasi hadapan.Bagi merealisasikan matlamat tersebut, negara sentiasa berusaha menyediakan tenaga kerja berwibawa yang berbekalkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, termasuk sains dan teknologi.Modal insan merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing.Inilah modal insan yang memiliki personaliti unggul. Modal insan inilah yang akan menentukan hala tuju negara pada masa hadapan.

Selain itu, Tun Abdullahbin HajiAhmad Badawi turut menyatakan tentang teras dasar pembangunan modal insan (PMI) iaitu dengan melaksanakan penambahbaikan terhadap sistem penyampaian pendidikan dan latihan supaya ianya berkualiti dan releven dengan keperluan semasa, membangunkan universiti bertaraf antarabangsa dan memastikan pendidikan dan latihan di peringkat tertiari memenuhi keperluan pasaran, menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan latihan dan pembelajaran sepanjang hayat yang berkualiti di semua peringkat selain

(15)

2 membangunkan masyarakat inovatif dan kreatif, yang mempunyai pengetahuan dan keupayaan sains dan teknologi yang kukuh serta memiliki kemampuan memperoleh dan menggunakan pengetahuan. PMI turut memainkan peranan dalam memperkukuhkan perpaduan nasional dan membangunkan masyarakat yang mempunyai perspektif progresif, budaya prestasi tinggi, sistem nilai-nilai murni serta menghargai tradisi dan warisan.

Sejajar dengan penghasilan modal insan yang dikatakan sebagai penjana kepada Wawasan 2020, Malaysia mampu menjadi sebuah negara yang berpendapatan tinggi. Sektor swasta memainkan peranan penting di dalam menjana inovasi, kreativiti dan pelaburan yang diperlukan bagi meningkatkan daya saing global Malaysia serta menyokong matlamat untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi. Beliau berkata perniagaan tidak boleh hanya melihat untuk mendapatkan keuntungan jangka pendek tetapi perlu bersedia untuk mendapatkan keuntungan jangka panjang.Dalam hubungan ini, katanya sektor swasta perlu berani mengambil risiko dan melabur di dalam industri, produk dan perkhidmatan baharu.Perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan serta pengambilalihan teknologi perlu disifatkan sebagai pelaburan untuk mendapatkan keuntungan jangka panjang.

Perdana Menteri berkata lagi, sektor swasta hendaklah juga menghargai modal insan dengan menyediakan gaji dan upah pada paras yang bertepatan dan memperuntukkan sumber untuk memupuk bakat. Perdana Menteri turut menyatakan bahawa sasaran untuk mencapai pertumbuhan tahunan 6.0 peratus seperti yang ditonjolkan di dalam RMK-10 memerlukan daya tolakan bagi meningkatkan pelaburan yang signifikan yang sebahagian besarnya perlu diperolehi daripada sektor swasta yang lebih dinamik.

Kepelbagaian corak kehidupan masyarakat Malaysia yang diwarnai dengan pelbagai kaum, agama, budaya, dan adat resam memerlukan kepimpinan negara menyediakan landasan yang tepat untuk setiap rancangan.Perancangan yang menyeluruh dan mampan adalah titik tolak kerajaan yang sentiasa peka dengan denyut nadi rakyat agar kemakmuran dan keadilan dapat diagih secara saksama.Kerajaan sentiasa menyediakan perancangan yang tersusun, menyeluruh dan adil untuk pembangunan negara dan rakyat yang berbilang kaum.

Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) adalah kesinambungan kepada pelan rancangan pembangunan negara jangka sederhana untuk tempoh lima tahun. RMK-10 adalah bagi tempoh 2011 hingga 2015 dirangka bagi meneruskan agenda

(16)

3 pembangunan negara ke arah menuju Wawasan 2020 dengan berpaksikan negara maju serta berpendapatan tinggi. Selaras dengan Gagasan 1Malaysia, “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan”, kerajaan menjadikan rancangan ini mampu memberi kesejahteraan kepada rakyat tanpa mengira kaum, sempadan geografi, dan politik.Penggubalan RMK-10 bertepatan dengan pelaksanaan kerajaan dalam menjayakan Gagasan 1Malaysia.Keselesaan dan kemudahan rakyat terutama golongan yang kurang berkemampuan menjadi fokus dalam RMK-10 agar tiada kumpulan atau kaum yang tersisih daripada arus pembangunan negara.Hasrat membangunkan negara menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi tidak meminggirkan mana-mana golongan yang memerlukan perhatian daripada kerajaan.

Kerjasama sektor awam dan swasta dengan perancangan dan pelaksanaan yang tersusun akan dapat memacu pembangunan negara dengan lebih pantas. Tempoh waktu untuk mencapai status negara maju menjelang 2020 hanya berada sekitar sepuluh tahun lagi.Perubahan atau transformasi ekonomi negara yang diperkenalkan kerajaan wajar dilaksanakan tanpa halangan atau kerenah birokrasi pentadbiran yang mengekang kelancaran pelaksanaan.Sektor awam perlu melaksanakan perubahan beberapa prosedur pentadbiran untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara.Oleh itu, kerjasama kedua sektor mnjadi perubahan yang boleh memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Ekonomi yang berasaskan perkongsian pintar antara swasta dan kerajaan akan menguntungkan kedua pihak. Situasi “menangmenang” akan menjamin Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara mencatat yang tinggi serta menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan. Limpahan ekonomi yang stabil serta berdaya maju akan memberi peluang kepada rakyat tempatan mengecapi pendapatan yang lebih tinggi melalui pekerja yang berpengetahuan serta berkemahiran tinggi. Hasrat menzahirkan rakyat yang berpendapatan tinggi akan terlaksana menjelang 2020. Sokongan dan kerjasama antara swasta dan awam lebih menjamin kestabilan ekonomi jangka panjang dengan meraih pelbagai keuntungan kedua pihak.

(17)

4 1.2 Permintaan terhadap peluang pasaran pekerjaan tinggi tetapi

penawaran tenaga kerja dalam negara masih rendah

Kadar permintaan terhadap peluang pekerjaan di Malaysia adalah semakin tinggi dari hari ke hari berikutan dengan jumlah graduan yang telah menamatkan pengajian di pelbagai institut pengajian tinggi awam (IPTA) mahupun institut pengajian tinggi swasta (IPTS) yang semakin meningkat.Dari aspek penawaran tenaga kerja pula, banyak peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang yang harus diisi terutama daripada industri swasta tetapi penawaran tersebut lebih diberikan kepada tenaga kerja asing berbanding tenaga kerja dalam negara.

1.2.1 Statistik Keperluan Tenaga Kerja di Pelbagai Sektor Dalam Negara

Sektor pekerjaan di Malaysia semakin berkembang dari masa ke semasa.Salah satu buktinya ialah melalui sektor pembinaan.Pada tahun 2002, berdasarkan kepada statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, sektor pembinaan dijangka berkembang 4.3 peratus pada tahun 2002.Sektor ini berjaya meningkat sebanyak satu peratus pada tahun berikutnya walaupun negara mengalami masalah krisis kewangan pada tahun 1997.Perkembangan dan pertumbuhan ini semakin pesat berkembang sehingga tahun 2012.Oleh itu, sektor ini memerlukan penggunaan tenaga kerja yang ramai.Tenaga kerja tersebut haruslah memiliki kemahiran yang tinggi dalam bidang binaan bagi menghasilkan produk kerja yang berkualiti.

Manakala, guna tenaga merupakan jumlah tenaga buruh yang terlibat dalam kegiatan ekonomi dan digunakan secara produktif dalam mengeluarkan output negara. Merujuk kepada statistik yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi, guna tenaga meningkat pada kadar purata 3.3 peratus setahun dengan 1.6 juta pekerjaan baru diwujudkan. Oleh itu, statistik tersebut jelas menunjukkan bahawa sejajar dengan peningkatan guna kerja dalam negara, peluang pasaran pekerjaan juga sebenarnya turut meningkat dari tahun demi tahun tetapi penawaran tenaga kerja dalam negara masih rendah kerana kadar pengangguran adalah semakin meningkat mengikut tahun. Hal ini mungkin disebabkan oleh pengambilan pekerja asing

(18)

5 berkhidmat dalam negara dan produktiviti tenaga kerja tempatan yang dihasilkan belum mencapai tahap cemerlang yang diperlukan oleh pelbagai sektor pekerjaan di Malaysia.

1.2.2 Statistik Pengangguran di Malaysia

Kadar pengangguran ialah perkadaran penduduk yang menganggur (tidak bekerja) kepada jumlah penduduk di dalam tenaga buruh. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, sehingga bulan Ogos 2012, kadar pengangguranadalah sebanyak 2.7 peratus daripada keseluruhan jumlah rakyat Malaysia. Sejak 2004, kadar pengangguran dalam negara menunjukkan peningkatan iaitu antara 3.3 hingga 3.5 peratus.

Menerusi tenaga buruh siswazah pula, semenjak 1982 hingga 2010, kadar pengangguran terendah dicatatkan pada 1996 (1.5%) manakala kadar pengangguran siswazah tertinggi dicatatkan pada 1987 (5.0%) iaitu semasa kejatuhan ekonomi. Kesan yang sama juga boleh dilihat oleh peningkatan kadar pengangguran siswazah mulai 1998. Pada ketika itu, graduan lepasan institut pengajian tinggi yang memiliki segulung sijil belum begitu ramai seperti sekarang.Berdasarkan statistik yang diperoleh dari Jabatan Perangkaan Malaysia terhadap bilangan siswazah menganggur mengikut sijil tertinggi pula didapati adalah semakin meningkat tahun demi tahun sehingga menjelang tahun 2010.Jumlah siswazah yang menganggur di negara ini adalah seramai 76,200 orang menjelang tahun 2012.

1.2 3 Kewujudan Perancangan dan Dasar-dasar Kerajaan

Dasar adalah suatu kenyataan mengenai hasrat bagi mencapai sesuatu maksud atau kehendak. Dasar-dasar kerajaan pula ialah satu pengistiharan (hasrat dan ideologi kerajaan) dibuat dari masa kesemasa untuk menyelesaikan, mendapatkan hasil, atau mencapai objektif. Dasar kerajaan digubal adalah bertujuan untuk meningkatkan kecekapan, meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos pengurusan, mengatasi

(19)

6 masalah, meletakkan asas pentadbiran negara atau organisasi, panduan bagi mencapai objektif, dan menyedarkan orang ramai perlunya sesuatu amalan baik di praktikkan.

Antara dasar kerajaan termasuklah Dasar Penswastaan, Dasar Pandang Ke Timur, dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dasar Penswastaan menyentuh peranan pihak swasta dalam pembangunan dan pengurusan negara. Penswastaan sebenarnya bertentangan dengan pemiliknegaraan (nationalization), iaitu satu proses yang menambahkan pemilikan dan penguasaan kerajaan dalam ekonomi. Dasar ini diperkenalkan adalah bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran kerajaan, meningkatkan kecekapan dan daya pengeluaran, mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, dan mengurangkan saiz dan penglibatan sektor awam dalam ekonomi.

Dasar Pandang Ke Timur pula telah diumumkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.Dasar ini bermakna, pihak kerajaan yang membuat pengkajian, penelitian dan pemilihan terhadap contoh-contoh dan teladan yang terbaik daripada negara Jepun dan Korea dengan mengubahsuaikannya dengan keadaan-keadaan di Malaysia. Objektif utama Dasar Pandang Ke Timur ini ialah mewujudkan satu etika kerja dan sikap berkhidmat yang baru dalam peningkatan kepada hasil dan mutu kerja, meningkatkan semangat dan motivasi pekerja seiring dengan penerapan nilai-nilai Islam dan kepimpinan melalui tauladan, dan untuk meninggikan prestasi pengurusan dan pembangunan di negara ini serta mewujudkan golongan masyarakat malaysia yang mempunyai nilai dan etika kerja yang positif untuk meninggikan kemajuan negara.

Seterusnya ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan pada tahun 1971 serentak dengan pelaksanaan RMK Kedua (1971-1975). DEB merupakan satu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan negara yang bertujuan membetulkan ketidakseimbangan sosial dan ekonomi yang wujud di antara kaum dan wilayah serta kawasan dalam wilayah yang sama di Malaysia. Matlamat utama dasar ini diperkenalkan ialah bagi mewujudkan perpaduan negara dengan mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan sebagainya.Objektif DEB dilancarkan ialah dalam membasmi kemiskinan dengan menambahkan pendapatan dan membanyakkan peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum, selain menyusun semula masyarakat untuk mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

(20)

7 Oleh itu, menerusi Dasar Penswastaan, Dasar Pandang Ke Timur, dan Dasar Ekonomi Baru (DEB), jelas menunjukkan bahawa Malaysia amat menitikberatkan soal mutu produktiviti dalam pertumbuhan ekonomi negara. Pertumbuhan ekonomi negara dapat dipertingkatkan sekiranya rakyat Malaysia menerapkan nilai dan etika kerja yang positif di samping mempunyai kemahiran yang tinggi demi meninggikan kemajuan negara. Sejajar dengan perkembangan ekonomi negara, pendapatan rakyat juga akan meningkat dengan wujudnya pelbagai peluang pekerjaan.

1.2.4 Kebanjiran Tenaga Kerja Asing

Isu kebanjiran tenaga kerja asing di Malaysia bukanlah sesuatu yang baru malah kini kian meruncing apabila kebanjiran pekerja asing dalam pelbagai sektor bukan sahaja di peringkat rendah, malah di peringkat pertengahan dan juga peringkat professional.Pelbagai alasan yang diberikan berkaitan faktor pengambilan pekerja asing untuk berkhidmat di Malaysia.Sebagai contoh, sektor pembuatan negara terutama industri kecil dan sederhana mampu bersaing dengan negara-negara lain yang membangun kerana menggaji pekerja asing. Kadar upah pekerja asing yang secara relatifnya rendah berbanding mengupah pekerja tempatan menyebabkan sektor industri negara mampu mengeksport barangan lebih murah ke negara-negara lain.

Malaysia telah berjaya menjadi sebuah negara yang memiliki ekonomi berpendapatan pertengahan.Pertumbuhan dan perkembangan ini sebenarnya terlalu bergantung kepada pelaburan modal pekerja asing.Sekiranya dahulu, majoriti pekerja asing di Malaysia hanya memonopoli pelbagai sektor di peringkat rendah.Namun kini, demi bersaing dengan ekonomi negara-negara serantau yang berpendapatan tinggi, Malaysia terpanggil untuk menarik aliran masuk pekerja asing di peringkat separa mahir mahupun tenaga kerja mahir yang profesional demi memenuhi keperluan negara terutama dalam sektor perindustrian. Hal ini sebenarnya secara tidak langsung akan meningkatkan kadar kebanjiran tenaga kerja asing di Malaysia.

Modal insan yang berinovatif diwujudkan demi menggalakkan pertumbuhan ekonomi masa depan yang lebih bergantung kepada modal insan dan bukan kepada input modal semata-mata. Oleh itu, pelbagai usaha dalam melahirkan tenaga kerja

(21)

8 tempatan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi harus dilipatgandakan. Dari segi pekerjaan, peratusan tenaga kerja berkemahiran tinggi di semua sektor masih rendah, iaitu sebanyak 25 peratus berbanding dengan hampir 60 peratus di negara-negara maju. Kekurangan tenaga kerja berkemahiran tinggi ini bertambah runcing apabila terdapat penghijrahan tenaga kerja rakyat Malaysia ke negara-negara maju.

Hakikat pada hari ini, Malaysia sangat bergantung pada tenaga kerja asing.Pengambilan tenaga kerja asing ini mendatangkan pelbagai masalah antaranya kualiti hasil kerja yang tidak memenuhi piawaian yang dikehendaki oleh pasaran. Berdasarkan laporan ekonomi, kerajaan telah meluluskan pengambilan sebanyak 93,025 tenaga kerja asing pada tahun 2002 bagi memastikan perkembangan perniagaan tidak terjejas disebabkan kekurangan tenaga keja tempatan. Pengambilan tenaga kerja asing tersebut adalah meliputi tiga sektor utama iaitu sektor pembinaan, pertanian dan perkilangan.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen, pada tahun 2007, jumlah pekerja asing di Malaysia mencecah 1.91 juta.Jumlah itu tidak termasuk lebih 400,000 pendatang asing yang dipercayai memasuki negara ini secara haram serta hampir 10,000 tahanan di depoh imigresen.Pertambahan pekerja asing di Malaysia didapati meningkat secara mendadak berikutan pelaksanaan pelbagai projek pembangunan sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Antara faktor pekerja asing lebih berminat dengan negara kita ialah kemakmuran dan kestabilan ekonominya. Namun begitu, ramai penduduk tempatan berpendapat bahawa masalah pekerja asing ini perlu dikawal agar ia tidak menjadi lebih serius. Penduduk tempatan kadangkala tidak mengambil berat terhadap isu kebanjiran pekerja asing yang secara tidak langsung menyekat warga tempatan yang menganggur untuk mengisi sektor pekerjaan di negara sendiri.Oleh itu, tahap pengangguran di Malaysia kian meningkat saban hari dari pelbagai sektor di peringkat bawahan, pertengahan, mahupun tenaga mahir kerana diisi oleh tenaga kerja asing.

Malaysia pernah menyenaraikan jumlah pengangguran di kalangan warga tempatan dengan angkanya yang agak membimbangkan.Adakah jumlah ini berkaitan dengan pengambilan warga asing yang tidak dikawal?Terdapat majikan yang mengambil pekerja asing kerana kepakaran mereka (selalunya dalam bidang sains dan teknologi) tidak terdapat pada warga tempatan.Antara bidang yang memerlukan tenaga mahir termasuk bidang sains dan teknologi, dan bidang teknikal.Apakah

(22)

9 Malaysia sekarang ini kekurangan tenaga kerja dalam sektor berkenaan sedangkan ramai lagi kaum bumiputera yang menuntut di pusat pengajian mengambil jurusan tersebut?Adakah siswazah tempatan yang sepatutnya berada di peringkat professional tidak memiliki kemahiran praktikal (hands- on) yang diperlukan oleh industri?

1.3 Latar Belakang Masalah

Sejajar dengan transformasi pendidikan negara, proses transformasi sistem pendidikan akan dilaksana dalam tempoh 13 tahun dengan Gelombang 1 (2012-2015), menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem dengan memberi sokongan guru dan tumpuan kepada kemahiran asas, Gelombang 2 (2016-2020) pula mempercepatkan penambahbaikan sistem pendidikan, dan Gelombang 3 (2021-2025) ke arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksibel.

Berdasarkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025 yang dibentangkan oleh Tan Sri Muhyiddin bin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, terdapat 11 anjakan yang akan dilaksanakan dalam sistem pendidikan negara iaitu menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa, memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai, transformasi keguruan sebagai profesion pilihan, memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan setiap sekolah, mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan, memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia,

mentransformasi kebolehupayaan dan kapasiti penyampaian kementerian,

bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas, memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit, dan meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara langsung.

(23)

10

Rajah 1.1: Anjakan Sistem Pendidikan (Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025)

Berdasarkan kepada Pembentangan Bajet 2013 Malaysia yang telah dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Razak (Perdana Menteri Malaysia) pada 28 September 2012, menerusi elemen memperkasa pendidikan dan latihan, beliau turut menjelaskan tentang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Melalui aspek latihan dan kemahiran, peruntukan diberikan dalam latihan teknikal dan vokasional sebanyak RM3.7 bilion yang merangkumi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (RM440 juta), peralatan ILP dan IKBN (RM336 juta), program latihan berstrategik tinggi (melatih 5,000 orang), program RAPID di Pengerang (melatih 300 belia dalam bidang minyak dan gas), dan program latihan kemahiran di bawah ILP dan Skim SLDN (melatih 3,200 pelajar India). Selain itu, beliau turut mengetengahkan penubuhan Graduate Employability Taskforce (GET) bagi memperkukuhkan kebolehpasaran graduan dan bidang kerjaya.

Namun begitu, fenomena pengangguran di Malaysia sudah menjadi satu fenomena yang membimbangkan kebelakangan ini.Hal ini berpunca daripada lambakan tenaga buruh yang berkelulusan ijazah dan ditambah pula dengan kemelesetan ekonomi yang melanda di seluruh dunia. Masalah pengangguran ini bukan sahaja berlaku di Malaysia malah di kebanyakan negara membangun seperti Filipina, Indonesia, India, dan negara maju seperti Britian dan Amerika Syarikat yang turut mengalaminya (International Labour Organization, 2009).Oleh yang

(24)

11 demikian, para graduan memerlukan daya saing yang tinggi dari pelbagai aspek untuk menempatkan diri di pasaran kerja.

Menurut kajian oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara dalam perbincangan Study on the Unemployment Situation in Malaysia 2003 yang mendapati bahawa beberapa punca pengangguran di kalangan siswazah, antaranya ialah kekurangan latihan sebagai persediaan memasuki alam kerjaya, kurangnya kualiti dan kebolehgunaan tenaga siswazah dan kekurangan kemahiran siswazah dalam aspek-aspek tertentu seperti pengurusan bahasa kedua serta kemahiran berkomunikasi. Konsep kebolehpasaran harus diperhatikan dalam situasi sebegini kerana ia dapat mengambarkan seseorang itu mampu bekerja dengan memiliki pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri yang menjadikannya sesorang berguna dan bernilai pada konteks tertentu (Elinor Edvardsson Stiwne dan Tomas Jungert, 2007).

Kesediaan pelajar dalam memenuhi kemahiran bagi menuntut keperluan industri mungkin dipengaruhi oleh beberapa faktor.Antaranya ialah melalui faktor kurikulum, kemudahan (infrastuktur), pengajaran, dan pembelajaran ketika menjalani pengajian.Berdasarkan faktor kurikulum, melalui kursus sedia ada yang ditawarkan di universiti tidak banyak menekankan kemahiran teknikal secara „hands- on’ sebaliknya lebih fokus kepada penyampaian secara teori.Melalui latihan amali dalam makmal pula, kemahiran yang diterapkan adalah terlalu umum dan tidak menjurus kepada keperluan industri. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar memaklumkan bahawa antara penyumbang utama kepada masalah pengganguran ini ialah kegagalan memastikan sukatan pelajaran atau kurikulum pendidikan memenuhi apa yang dituntut oleh pasaran kerja. Hal ini terbukti apabila lebih 80 peratus daripada siswazah yang mengikuti Skim Latihan Siswazah Menggangur (SLSM) di bawah Kementerian Sumber Manusia berhasil memperoleh pekerjaan.

Kebanyakan majikan telah menyatakan amaran kepada pihak pengajian tinggi tentang wujudnya ‟jurang kemahiran‟ yang diperlukan oleh majikan terhadap kemahiran yang dimiliki oleh graduan (Dickinson, 2000).Menurut Hesketh (1999), terdapat bukti yang jelas menunjukkan berlakunya ‟mistmach‟ kemahiran yang dikehendaki oleh majikan dan keupayaan mereka untuk mengambil graduan yang memiliki kemahiran tersebut. Pihak industri juga beranggapan bahawa, adalah lebih kos efektif sekiranya graduan tersebut mendapat kemahiran daripada kursus universiti yang baik berbanding membangunkan kemahiran tersebut sendiri.Oleh itu,

(25)

12 adalah penting untuk pihak pengajian tinggi membangunkan kurikulum yang dapat memenuhi kehendak pasaran dan industri.

Pembangunan organisasi universiti juga tidak terlepas daripada pengaruh tekanan permintaan pasaran (Clark, 1983).Faktor ini amat berkait rapat dengan „produk‟ yang dihasilkan oleh universiti untuk memenuhi permintaan pihak-pihak tertentu (Sufean, 1994). Walau bagaimanapun, pembangunan organisasi universiti tidak dapat direalisasikan tanpa kemudahan infrastruktur yang mencukupi (Perkins, 1972). Kemudahan infrastruktur amat penting bagi melancarkan pembangunan organisasi sesebuah universiti. Kekurangan kemudahan infrastruktur dalam sesebuah organisasi universiti akan membantutkan proses pembangunan organisasi tersebut. Dalam konteks kajian yang dijalankan, infrastruktur bagi pelajar teknikal di UTHM adalah mencukupi.Namun, faktor kemudahan yang disediakan oleh pihak universiti adalah terlalu berteknologi tinggi dan canggih sehingga menyebabkan pelajar tidak dapat menyesuaikan diri.Bukan itu sahaja, malah apabila pelajar telah dibekalkan dengan kemudahan pengendalian peralatan teknikal yang canggih, mereka mungkin tidak mendapati kemudahan berteknologi tinggi tersebut ketika berkhidmat di industri kelak.

Faktor pengajaran melalui aspek kepakaran akademik (tenaga pengajar) di dalam dan di luar universiti (Clark, 1983 dan Veysey, 1965) mempengaruhi pembangunan sesebuah universiti.Aspek ini amat mempengaruhi pembangunan dalam bidang akademik seperti program-program akademik yang ditawarkan, kurikulum, pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan.Hal ini adalah disebabkan oleh kepakaran akademik di dalam dan di luar universiti amat diperlukan untuk menggerakkan pembangunan dalam bidang tersebut (Clark, 1983, Kerr 1963, dan Veysey, 1965).Dalam konteks kajian, bilangan pensyarah profesional yang mahir dalam kemahiran praktikal ketika mengendalikan kelas di UTHM adalah terhad.Kebanyakannya, pensyarah di FKEE kurang terdedah dengan pekerjaan di sektor industri.Mereka lebih terdedah kepada bidang pendidikan dan mahir dalam ikhtisas pendidikan.Oleh itu, teknik dan kaedah pengajaran yang disampaikan secara teori adalah sangat memuaskan tetapi kurang mempamerkan kemahiran „hands- on‟ kepada para pelajar teknikal.Kemahiran teknikal sangat penting kepada pelajar kejuruteraan amnya dan pelajar elektrik dan elektronik khususnya.Secara tidak langsung, kegagalan tenaga pengajar memberikan kemahiran asas teknikal kepada

(26)

13 pelajar menyebabkan pelajar itu sendiri berasa kurang yakin untuk berkhidmat di sektor perindustrian.

Selain itu, faktor pembelajaran juga sangat perlu untuk diberikan perhatian dalam menghasilkan graduan yang mampu memiliki kemahiran bagi memenuhi tuntutan keperluan industri.Kurikulum universiti menyediakan kemahiran tinggi yang sangat baik untuk para siswazah tetapi kurang dari segi praktikal.Para pelajar di Malaysia khususnya di bidang teknikal menerima latihan praktikal secara minimum berbanding teori seperti kaedah yang digunakan di Jerman (80 peratus latihan praktikal dan 20 peratus teori).Namun begitu, para pelajar tidak seharusnya meminimumkan diri mereka terhadap penguasaan pembelajaran secara praktikal kerana aspek kemahiran praktikal sangat penting dan perlu dimaksimumkan demi bersaing untuk mendapatkan pekerjaan kelak.

Pelajar merupakan individu yang memainkan peranan utama dalam penghasilan graduan universiti yang mempunyai kemahiran teknikal yang tinggi seterusnya mengangkat nama universiti dalam bidang pendidikan negara. Kebanyakan pelajar tidak dapat menghubungkaitkan keperluan pekerjaan dengan kurikulum yang terdapat di universiti. Mereka hanya mempelajari apa yang tenaga pengajar sampaikan dan hanya termaktub dalam silibus sahaja. Hanya segelintir pelajar yang berfikir dan meneroka pengetahuan yang sedia ada bagi memastikan diri mereka mahir terhadap sesuatu pembelajaran samada secara teori mahupun secara praktikal.Oleh itu, terdapat tiga faktor yang menjadi perhatian penyelidik berkaitan dengan hubungan antara pelajar dan kemahiran.Faktor-faktor tersebut ialah sikap, minat, dan motivasi pelajar terhadap aspek kemahiran itu sendiri.

Menurut ahli panel yang menyediakan laporan Expert Panel on Skills 2000mendefinisikan „kemahiran‟ sebagai kebolehan untuk mendapatkan pengetahuan dalam peringkat menyempurnakan tugas. Gallagher (1999), pula merumuskan kemahiran sebagai set kemahiran yang merangkumi asas, teknikal, pengurusan dan kepimpinan. Keperluan set ini adalah paling kritikal untuk membangunkan pengetahuan. Graduan boleh memohon untuk mengikuti kursus-kursus pendek di mana-mana Kolej Komuniti untuk menambah nilai tahap kebolehpasaran masing-masing.Ini kerana graduan Kolej Komuniti dan Politeknik dipercayai lebih mempunyai kemahiran „hands- on’ berbanding pengetahuan secara teori.

(27)

14 Oleh yang demikian, selain daripada penerapan elemen kemahiran insaniah, kemahiran teknikal juga merupakan suatu faktor yang perlu ditekankan oleh universiti semasa merekabentuk program supaya ianya dapat melengkapkan graduan dalam bidang pekerjaan.Selain itu, dari aspek para pelajar pula, bagi memastikan diri mereka mampu bersaing dalam mendapatkan pekerjaan, penguasaan kemahiran teknikal harus dipertingkatkan samada melalui kemahiran praktikal yang diberikan menerusi kurikulum institusi mahupun mempunyai inisiatif kendiri untuk mengikuti sebarang kursus yang menawarkan kemahiran tambahan seperti Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

1.4 Pernyataan Masalah

Graduan pada masa kini terlalu memilih bidang pekerjaan yang lebih mudah seperti profesion perguruan yang tidak terlalu mementingkan aspek kemahiran teknikal.Statistik dari Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan jumlah siswazah yang menganggur di negara ini adalah seramai 76,200 orang disebabkan tidak memiliki kemahiran untuk mencari pekerjaan.Kebanyakan graduan yang berpeluang menapak ke alam pekerjaan terpaksa bermula dari bawah walaupun memiliki segulung ijazah sarjana muda.Hal ini adalah disebabkan oleh graduan yang dihasilkan tidak memiliki kemahiran seperti yang diperlukan oleh majikan. Oleh itu, pengkaji akan menjalankan kajian berkaitan dengan faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dalam memiliki kemahiran teknikal tambahan sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

1.5 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

(28)

15 (ii) Mengenalpasti faktor sikap pelajar FKEE terhadap kemahiran teknikal yang

dibekalkan bagi memenuhi kehendak industri.

(iii) Menentukan faktor minat pelajar FKEEterhadap kemahiran teknikal tambahan yang diperlukan oleh industri.

(iv) Mengenalpasti faktor motivasi mempengaruhi pelajar FKEEdalam memiliki kemahiran teknikal tambahan.

(v) Mengenalpasti perbezaanantara jantina terhadap faktor yang mempengaruhi pelajar memiliki kemahiran teknikal tambahan.

1.6 Persoalan Kajian

Bagi memenuhi objektif kajian, beberapa persoalan kajian dirangka untuk dijadikan panduan. Antaranya ialah:

(i) Apakah kemahiran asas teknikal yang dimiliki oleh pelajar FKEE?

(ii) Adakah sikap pelajar FKEE terhadap kemahiran teknikal yang dibekalkan dapat memenuhi kehendak industri?

(iii) Apakahminat pelajar FKEEterhadap kemahiran teknikal tambahan?

(iv) Bagaimanakah faktor motivasi mempengaruhi pelajar FKEE dalam memiliki kemahiran teknikal tambahan?

(v) Adakah terdapat perbezaan antara jantina terhadap faktor yang mempengaruhi pelajar memiliki kemahiran teknikal tambahan?

1.7 Hipotesis Kajian

Hipotesis kajian ini dijalankan ialah seperti berikut:

Ho : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina terhadap faktor sikap, minat, dan motivasipelajar dalam memiliki kemahiran teknikal tambahan

(29)

16

Ha : Terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina terhadap faktor sikap, minat, dan motivasi pelajar dalam memiliki kemahiran teknikal tambahan

1.8 Skop Kajian

Kajian ini tertumpu kepada pelajar tahun akhir program Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang terdiri daripada enam program iaitu Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Sistem Kuasa), Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi), Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Mekatronik), Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Mikroelektronik), Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Kejuruteraan Komputer), dan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Elektronik Perubatan). Kajian ini dijalankan adalah menerusi penelitian terperinci berkaitan dengan kemahiran para pelajar yang bakal menjadi graduan dan seterusnya melangkah ke alam pekerjaan.Secara keseluruhannya, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kesediaan pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di UTHM dalam memiliki kemahiran tambahan menerusi faktor sikap, minat, dan motivasi pelajar itu sendiri dalam melangkah ke alam pekerjaan.

1.9 Kepentingan Kajian

Kajian yang dijalankan adalah untuk mengkaji kesediaan pelajar Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik UTHM dalam memiliki kemahiran teknikal tambahan. Kajian ini melibatkan pelajar tahun akhir dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE) yang terdiri dari enam program iaitu Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Sistem Kuasa), Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi), Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Mekatronik), Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Mikroelektronik), Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Kejuruteraan Komputer), dan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Elektronik

(30)

17 Perubatan).Semua pelajar tahun akhir bagi program tersebut merupakan populasi kajian dan sebahagiannya dijadikan sampel bagi kajian yang akandilaksanakan.

Kajian ini menitikberatkan beberapa aspek yang mempengaruhi kesediaan pelajar terhadap kemahiran tambahan yang mereka perlukan bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka dalam mendapatkan pekerjaan kelak.Aspek yang akan dijawab melalui kajian ini termasuklah sikap, minat, dan motivasi pelajar itu sendiri. Selain itu, kajian ini juga membantu penyelidik dalam mengenalpasti faktor yang mungkin menyebabkan ramai graduan yang masih menganggur walaupun telah memiliki segulung ijazah sarjana muda.Seterusnya, kajian ini dijalankan oleh penyelidik bagi mengenalpasti kemahiran teknikal terutamanya kemahiran asas teknikal yang diberikan oleh pihak universiti menerusi kurikulum sedia ada mungkinkah tidak mencukupi untuk persiapan pelajar melangkah ke alam pekerjaan.

1.10 Kerangka Konsep Kajian

Kerangka konsep merupakan elemen yang penting dalam sesuatu kajian yang hendak dijalankan.Ia amat penting bagi penyelidik untuk mengumpulkan segala maklumat yang diperoleh untuk membantu melengkapkan kajian.

(31)

18

Rajah 1.2: Kerangka Konseptual

Terdapat dua teori yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini iaitu Teori Crow dan Crow (1980) dan Teori Motivasi Herzberg (1966).Teori Crow dan Crow digunapakai oleh pengkaji terhadap faktor sikap pelajar.Lester D. Crow dan Alice Crow mendefinisikan pembelajaran sebagai satu perolehan tabiat, pengetahuan dan sikap.Manakala, Teori Motivasi Herzberg pula digunakan oleh pengkaji dalam penentuan faktor motivasi pelajar.Kajian Herzberg telah menjelaskan faktor yang mendorong seseorang untuk berusaha mencapai kepuasan dan sentiasa menjauhkan diri dari ketidakpuasan.

(32)

19 1.11 Definisi Konseptual

Definis konseptual merujuk kepada definisi yang dibuat oleh satu badan atau individu yang mempunyai aktiviti dalam bidang bahasa atau berdasarkan kajian-kajian yang dibuat melalui sesuatu sumber rujukan (Mohamad Najib, 1999).

1.11.1 Kemahiran Teknikal

Kemahiran teknikal didefinikan sebagai sesuatu yang berkaitan dengan kaedah, prosedur atau teknik (Rosa, 2000).Manakala Salah (2001) pula memberikan definisi yang lebih menyeluruh dan luas.Selain itu, Salah (2001) juga turut menyatakan kemahiran teknikal adalah merujuk kepada kefahaman dan kecekapan dalam sesuatu aktiviti yang khusus, terutamanya sesuatu yang melibatkan kaedah, proses, prosedur atau teknik. Beliau juga menghuraikan bahawa kemahiran teknikal merupakan suatu pengetahuan yang khusus dan keupayaan analitikal dalam penggunaan alat-alat dan teknik dalam disiplin tertentu. Oleh itu, dalam konteks kajian ini, kemahiran teknikal dapatlah ditakrifkan sebagai kecekapan para pelajar FKEE dalam melaksanakan beberapa kemahiran asas teknikal yang merangkumi aspek teknik, prosedur, kaedah, dan langkah-langkah dalam mengendalikan alatan teknikal.

1.11.2 Kemahiran Teknikal Tambahan

Kemahiran teknikal tambahan diberikan definisi oleh pengkaji sebagai kemahiran yang diperolehi oleh seseorang individu diluar dari lingkungannya iaitu diluar dari pembelajarannya di universiti. Sebagai contoh bagi kehidupan seorang pelajar yang mempelajari bidang kejuruteraan elektrik, dia memperoleh kemahiran tambahan dengan mengikuti kursus atau latihan luar dalam bidang kejuruteraan elektrik selain dari kurikulum yang dibekalkan oleh pihak institusi seperti Sijil Kemahiran Malaysia

(33)

20 (SKM) dan SLSM (Sijil Latihan Siswazah Menganggur) bagi meningkatkan tahap kemahiran sedia ada dalam dirinya.

1.11.3 Sikap

Sikap boleh dibentuk dari pengalaman dan persepsi seseorang terhadap sesuatu perkara atau fenomena (Robbins, 1986). Sikap turut didefinisikan oleh Asmawati (2002) dalam kajian beliau iaitu sikap merupakan perasaan yang akan menentukan pelbagai bentuk tingkahlaku sosial yang ditunjukkan terhadap individu-individu tertentu atau sesuatu kumpulan. Tingkahlaku tersebut termasuklah prejudis dan diskriminasi. Menerusi kajian yang dijalankan, pengkaji memberikan definisi sikap sebagai perasaan yang terbentuk dari dalaman diri setiap individu terhadap sesuatu perkara di mana ia melibatkan aspek kognitif, afektif, dan psikomotor individu tersebut.

1.11.4 Minat

Dalam kajian yang telah dilaksanakan oleh Hornby,A.S. (2000), beliau mendefinisikan minat sebagai memberi perhatian atau mengambil berat, menunjukkan rasa ingin tahu, mendapat perhatian, dan membangkitkan rasa ingin tahu. Minat pelajar boleh mendorong pelajar untuk berusaha bersungguh-sungguh mempelajari sesuatu yang diminati. Ilmu yang diperolehi meransang minat dan naluri dalam diri untuk menambah ilmu yang lain seterusnya akan terbentuk satu sikap belajar dalam bilik darjah (Mohd Daud Hamzah,2009). Pengkaji memberikan pendapat beliau tentang takrifan minat iaitu daya penggerak dalam diri seseorang yang memaksanya untuk cenderung kepada sesuatu perkara.

(34)

21 1.11.5 Motivasi

Motivasi merupakan „impulse’ iaitu dorongan atau bisikan hati, ‘desire’ iaitu keinginan dan hasrat yang amat sangat, atau ‘needs’ iaitu keperluan yang menyebabkan seseorang itu bertindak (Strenberg, 1997).Menerusi kajian yang telah dijalankan oleh Kalat (1999) pula, beliau berpendapat bahawa motivasi merupakan satu perkara yang datang dari dalaman yang bergerak secara terus untuk menggerakkan diri individu dari aspek perlakuannya. Pengkaji berpendapat bahawa motivasi boleh ditakrifkan sebagai keinginan, kemahuan, dan kehendak seseorang individu yang mendorongnya untuk menggapai sesuatu yang diingini.

1.12 Rumusan

Bab ini telah membincangkan perkara yang menjadi asas dan latar belakang kepada kajian yang dijalankan. Antara perkara yang dibincangkan termasuklah latar belakang masalah, pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, hipotesis kajian, skop kajian, kepentingan kajian, kerangka konsep kajian, dan definisi konseptual. Seterusnya, Bab II pula akan membincangkan mengenai kajian literatur yang akan mengupas dengan lebih terperinci berkaitan dengan tajuk kajian yang menjadi intipati terhadap kajian yang akan dilaksanakan.

(35)

BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Malaysia berada di pertengahan jalan dalam mencapai matlamatnya untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Salah satu aspek yang perlu diberi perhatian dalam mendukung cita-cita negara ini ialah dengan memenuhi peningkatan permintaan terhadap tenaga mahir. Mengikut laporan yang dibentangkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), terdapat sejumlah 597,384 tenaga mahir yang dapat dihasilkan oleh institusi latihan di seluruh negara dan 4.8 juta tempat disediakan untuk pekerja menjalani latihan bagi meningkatkan kemahiran sedia ada. Laporan dalam RMK-9 juga menyebut terdapat keperluan ke atas pusat pengajian tinggi terutama universiti awam dan swasta dalam melahirkan graduan dengan kemahiran seiringan dengan perkembangan industri supaya dapat memenuhi kehendak dan keperluan majikan.

Kemahiran dapat didefinisikan sebagai kemampuan untuk mencapai dengan jayanya sesuatu yang mana memerlukan pengetahuan yang khusus atau kebolehan mahupun kecekapan. Selain itu kemahiran turut dimaksudkan sebagai suatu seni, iaitu kebolehan atau teknik yang diperolehi melalui latihan atau pengalaman khususnya yang mana melibatkan penggunaan anggota badan (Reader’s Digest Universal Dictionary).Kebanyakan majikan beranggapan bahawa adalah lebih efektif sekiranya graduan sesebuah institusi pengajian tinggi mendapat kemahiran melalui kursus program di universiti berbanding membangunkan kemahiran tersebut sendiri.

(36)

23 Mengikut DfEE(1997) terdapat tiga jenis klasifikasi ke atas kemahiran. Kemahiran-kemahiran tersebut ialah Kemahiran-kemahiran utama, Kemahiran-kemahiran vokasional, dan Kemahiran-kemahiran khusus untuk sesuatu jawatan. Kemahiran utama diperhalusi melalui sesuatu kemahiran umum yang diperlukan dalammelaksanakan tugas asasi seseorang. Kemahiran ini termasuklah kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Selain itu, terdapat juga beberapa kemahiran lain yangditermakan sebagai kemahiran peribadi yang mudah dipindahkan. Kemahiran yang dimaksudkan ini termasuklah keupayaan bekerja dalam kumpulan, kemahiran komunikasi, motivasi kendiri, kemahiran mengurus diri sendiri dan kemahiran asas dalam penggunaanteknologi maklumat. Kemahiran kedua ialah kemahiran vokasional yang diperlukan dalam bidang tugas tertentu dan kurang bergunakepada tugas di luar bidang tersebut. Kemahiran vokasional ini tidak seumumkemahiran pertama tadi, tetapi ianya mudah dipindahkan. Seterusnya ialah kemahiran khusus untuk sesuatu jawatan yang terhad kepada jawatan tertentu sahaja. Sebenarnya ia lebih berbentuk ilmu daripada kemahiransebagaimana ianya biasa dikenali secara tradisi.

2.2 Kadar Pengangguran

Kadar pengangguran ialah perkadaran penduduk yang menganggur (tidak bekerja) kepada jumlah penduduk di dalam tenaga buruh. Kadar ini mengukur peratus penduduk di dalam tenaga buruh yang tidak bekerja. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (Sumber Statistik Rasmi Malaysia), Kadar pengangguran adalah sebanyak 2.7 peratus pada Ogos 2012. Sejak 2004, kadar pengangguran di negara ini dianggap masih terkawal walaupun terdapat peningkatan iaitu sekitar 3.3 hingga 3.5 peratus (Jabatan Perangkaan Malaysia). Menurut RancanganMalaysiaKesepuluh (RMK-10), kadar pengangguran pada 2008 ialah 3.3 peratus dan tidak banyak berubah berbanding 2007 iaitu 3.2 peratus. Sementara kadar pengangguran pada 2010 ialah pada paras 3.6 peratus, tetapi menurun kepada 3.2 peratus pada 2011.

(37)

Jadual 2.1: Statistik Pengangguran Tenaga Buruh di Malaysia (2010- 2012)

Kadar pengangguran di Malaysia juga tidak begitu kritikal jika dibandingkan dengan beberapa negara ASEAN dan Asia lain. Sekadar mengambil beberapa contoh, pada 2011 kadar pengangguran di Indonesia sekitar 6.56 peratus danFilipina(7.2 peratus), manakala China (4.1 peratus). Keadaan di negara ini masih berada dalam kestabilan berbanding kuasa ekonomi dunia, Amerika Syarikat yang mempunyai kadar pengangguran sebanyak 8.5 peratus pada penghujung 2011. Lebih

(38)

84

RUJUKAN

A. Ahmad Badawi (2006).Pembangunan Modal Insan Penjana Wawasan 2020. Buku Rasmi Tahunan Malaysia. Jabatan Penerangan Malaysia.

Abdul Rahman Aziz (1997).Motivasi dan Pembangunan Diri, Cheras, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abu Zahari Abu Bakar (1992). Psikologi Pendidikan untuk Guru. Petaling Jaya: Pustaka Delta Pelajaran Sdn Bhd.

AinonMohd Abdullah Hassan (1997). MemahamiPsikologiBerfikir. T.T.P.: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

Asmawati Desa (2002), Psikologi untuk Golongan Profesional. Universiti Kebangsaan Malaysia: Mc Graw Hill (Malaysia) Sdn. Bhd., h. 242.

Billing, D. (2003).Generic Cognitive Abilities in Higher Education: an international analysis of skills sought by stakeholders., Compare, Vol.33, No.3, pp. 335-350.

Bill Gillham (2000). Developing a Questionnaire.NewYork: Continuum.

Clark, B.R. (1983). The higher education system: Academic organization in cross national perspective. London: University Of California Press.

Cohen, L. and Manion, L. (1985).Research Methods in Education.London: CroomHelm

Creswell, J.W. 2002.Educational research: Planning, conducting and evaluating quantitative and qualitative research. Upper Saddler River, New Jersey: MerrillPrentice Hall

Cronbach, L.J., Shavelson, R.J. (2004). My Current Thoughts on Coefficient Alpha andSuccessor Procedures.Educational and Psychological Measurement, 64 (3), 391-418.

(39)

Crow, D.L and Crow, A (1983). PsikologiPendidikanuntukPerguruan. Kuala Lumpur :DewanbahasadanPustaka

D’Agostino, R.B. (1971). An omnibus test of normality for moderate and large size samples. Biometrika 58(2): 341348.

Dench, S., Perryman, S. dan Giles, L (1998).Employer‟s Perceptions of key skills: Institute for Employment Studies.

DfEE (1997). Advancing by Degrees: A study of graduate recruitment and skills Utilization.DfEE: London

Dickson, M (2000), Giving Undergraduates Managerial Experience. Education + Training, Vol 42 No 3, pp 159-169.

Doop, L. W. (1947). The Behaviour of Attitudesdlm. Fishbern, M. (ed), Reading in Attitude Theory and Measurement. New York: John Wiley and Sons., Inc., h. 42 - 50.

ElinorEdvardssonStiwne& Tomas Jungert. (2007). Engineering Students Experiences ofthe Transition from Study to Work. Proceedings of 3rd International CDIO Conference. MIT, Cambridge, Massachusetts

Expert Panel on Skills. (2000). Stepping Up-Skills And Opportunities In The

Knowledge Economy. Report Of The Expert Panel On Skills To The AdvisoryCouncil On Science And Technology. Ottawa. Industry Canada. Fitt, A. B. (1990). An Experimental Study of Children „s Attitude to School in

Auckland, New Zealand British Journal of Psychology 57, him 25-30. Frankel, J. R., &Wallen, N. E. (2007).How to design and evaluate research in

education. (6thed.). Boston, MA: McGraw- Hill

Gallagher, P. (1999). Critical Skills: Hitting a Moving Target. Background paper for the Expert Panel of Skills. Ottawa: Industry Canada.

Gliem, J.A. & Gliem, R.R. (2003). Calculating, Interpreting and Reporting Cronbach’s Alpha Reliability Coefficient for Likert-Type Scales. 2003 Midwest Research to Practise Conference in Adult, Continuing and Community Education. Dicapai pada Jun 14, 2012 dari

https://scholarworks.iupui.edu/bitstream/handle/1805/344/Gliem%20&%20G liem.pdf?s.

(40)

86 Graham J. G. Upton, dan Ian T. Cook (2001). Introducing Statistics.New York:

OxfordUniversity Press.

HashimAndimori (2000), “Faktor-faktor Yang MempengaruhiPemilihanJurusan KejuteraanAwam Di KalanganPelajar UTM.”.ProjekSarjanaMuda UTM Hesketh, A.C. (1999), Towards a new economic sociology of the student financial

experience of higher education. Journal of Education Policy. Herzberg, F. (1966). Work and The Nature of Man. Cleveland, Ohio: World

Hornby, S., & Atkins, J. (2000). Collaborative Care:Interprofessional, Interagency and Interpersonal (Second ed.).

International Labour Office (2009).Global Employment Trends. Januari 2009 Irene Han-Siu Chow (1995).Management Education in Hong Kong: needs and

Challenges.International Journal of Education Management. Vol.9 No. 5.10-15.

Kalat, W. J. (1999). Introduction to psychology (5th edition). United States: Pacific Grove Calif.

Krejcie, R. V. & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size For Research Activities.Educational and Psychological Measurement.30, 607- 610. Kerr, C. (1963). The uses of the university. New York: Harper & Row Publisher. Laughton, D. danMontanheiro, L. (1996).Core skills in higher education: the student

perspective. Education & Training.Vol. 38 No 4. 17-24. MajlisTindakanEkonomi Negara. 2003. Putrajaya: JabatanPerdanaMenteri. Mansor Shamsudin (1999). PermasalahanDalamPembelajaranMatapelajaran

TeknologiKejuruteraan di Sekolah- sekolah di NegeriPulau Pinang. UniversitiTeknologi Malaysia: TesisSarjanaMuda

Mason, G. (2002). High skill utilization under mass higher education: graduate employement in service industries in Britain. Journal of Education & Work. Vol. 15, No 4.427-456

McClelland, D. C. (1985). Human motivation. San Francisco: Scott, Foresman. Mohd Andai, N. (2008). Pengurusan Maklumat Dalam Meningkatkan

KecekapanPentadbiran Di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Universiti Tun Hussein OnnMalaysia: Tesis Sarjana.

(41)

Mohd Daud Hamzah (2009). Dorongan dan Pembelajaran.Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

MohdNajib Abdul Ghaffar (1999). PenyelidikanPendidikan. Skudai, Johor: UniversitiTeknologi Malaysia. 90- 100

MohdNajib Abdul Ghaffar (2004). Pembangunan Organisasi Di Malaysia (Projek Pendidikan).Skudai, Johor: UniversitiTeknologi Malaysia. 57- 58

Mohd Majid Konting. (2000). Kaedah penyelidikan pendidikan. Edisi Ke-5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Mohd Majid Konting (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Mok Song Sang. (2001). Pendidikan Di Malaysia, Kumpulan Budiman: Subang Jaya Morris, C. H & Maisto, A. A. (2002). Psychology: An Introduction. (Edi. 11). New

Jersey: Prentice Hall.

Muhammad Kamil Mat Zin (2001). Minat Dan Motivasi Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Islam KBSM: Satu Tinjauan Ke Atas Pelajar-Pelajar Tingkatan 4 Di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Adang, Gelang Patah, Johor Bahru, Johor. Tidak diterbitkan. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

NazleinMohdNawawi (2000). KeberkesananPengajaran di Makmal: SatuTinjauan diPoliteknik Kota Bharu. KolejUniversitiTun Hussein Onn: TesisSarjana NorainiIdris (2010). PenyelidikandalamPendidikan.Kuala Lumpur: McGraw- Hill Noraini Omar (2008). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam

Mata Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Lima. Jurnal Pendidikan, Institut Perguruan Tun Abdul Razak, Sarawak.

Omardin (1999). PengajaranKreatifUntukPembelajaranAktif. Kuala Lumpur: DewanBahasadanPustaka.

Papalia, D E. &Olds, S. W., (2001). Human development (8th ed.). Boston: McGraw-Hill

Perkins, J. A. (1972). The drive for coordination.Dalam J.A., Perkins, & B.B., Israel (Eds.), Higher education: From autonomy to systems (hlm. 4-14). Washington: Voice Of America.

R. Murray Thomas. (2004). Teachers Doing Research: An Introductory Guidebook. Santa Barbara: Pearson

(42)

88 Rahimah Shahar (2006). Pembangunan Laman Web Sebagai Media Pengajaran Di

Politeknik Port Dickson : Topik Garis Imbas. Tesis Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rajecki D.W. (1989). Attitudes (Second Edition) Sunderland,, MA.: Sinauer. Reeve, John Marshall. (1996). Motivating Others: Nurturing Inner otivational

Resources. Boston: Allyn and Bacon.

Robbins, S. G. (1986). A survey of selected schools with quality daily physical education programs. CAHPER Journal, 53(6), 10- 14.

Rosa Sancho Tejero (2000).Benchmarking in Europe. Working Together to Build Competitive. PSI and EU

Salah El-Sabaa (2001).The skill and career path of an effective project manager. International Journal of Project Management 19; 1-7.

Shapiro, S.S. & Wilk, M.B. (1965). An analysis of variance test for normality. Biometrika 52: 591-611.

Sharpe, D.B. (1998). Developing generic workplace attributes through technology education courses in high schools. Dater.Loughborough University.

Smits.(2001). Occupation Specific or Generic Skills? Conflicting Interests of Firms and Apprentices.,Maastricht. Faculty of Economic and Business Administration, Maastricht University.

Smith, M.B. (1968).Attitude Changedlm. David L. Sills (ed), International Encyclopedia of the Social Science. Crowell: McMillan and Collier, hh. 457-461.

Sternberg, R. J. (1997). Thinking styles. New York: Cambridge University Press. Sufean bin Hussin (1994). National priorities and higher education in The United

State: An historical analysis. 1945-1990. University Of Oregon, Oregon. Thomas P. Hogan (2007). Educational Assessment: A practical Introduction. United

States of America: John Wiley & Sons, Inc

Thurstone, L.L &Chave, E. J. (1929).The Measurement of Attitude. Chicago. Tuckman, B. W. (1998). Using frequent testing to increase students‟ motivation to

achieve. J. Exp. Educ., 66: 141 – 147.

Vaughan, T.D (1970). Educational and Vocational Guidance Today. 1st Ed. London: Routledge and Kegan Paul Ltd.

(43)

Veysey, L. R. (1965). The Emergence of The American University. Chicago & London: The University of Chicago Press.

Weiner, B. (1990). History Of Motivational Research In Education. Journal Of Educational Psyhology. 82(4), 616-622.

Woolfolk, A. E. (1998). Educational psychology (7th ed). Boston: Allyn and Bacon. Wiersma, W. (2000).Research Method in Education.6th. Ed. New York: Prentice

Referensi

Dokumen terkait