• Tidak ada hasil yang ditemukan

Amalan pengurusan keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup (KHB) sekolah menengah harian Daerah Batu Pahat

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Amalan pengurusan keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup (KHB) sekolah menengah harian Daerah Batu Pahat"

Copied!
43
0
0

Teks penuh

(1)

iii

AMALAN PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP (KHB) SEKOLAH MENENGAH HARIAN DAERAH BATU PAHAT

MOHD NAJIB BIN SAHER

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Sarjana Pendidikan Teknikal (Rekabentuk Instruksional dan Teknologi)

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

(2)

vi

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauhmanakah persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan dari aspek keselamatan alatan dan bahan, diri dan rakan serta keselamatan am di bengkel Kemahiran Hidup sekolah menengah harian daerah Batu Pahat. Kajian berbentuk kuantitatif dilaksanakan di empat buah sekolah menengah harian daerah Batu Pahat iaitu SMK Datin Onn Jaafar, SMK Banang Jaya, SMK Dato Onn dan SMK Seri Gading. Sampel kajian terdiri daripada 350 orang pelajar tingkatan dua yang mengambil matapelajaran KHB dan data dikumpul menggunakan instrumen borang soal selidik. Dapatan kajian dianalisis menggunakan perisian Winsteps Version 3.69.1.11 dengan pendekatan Model Pengukuran Rasch sepenuhnya. Data dianalisis menggunakan teknik analisis diskriptif dan analisis inferensi iaitu ujian-t bagi menguji hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan pengurusan keselamatan di bengkel diamalkan secara sederhana bagi ketiga-tiga aspek tersebut. Terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar di bandar dan luar bandar iaitu t=-4.08 dan p=0.000 di mana nilai min ukuranya pula ialah -.19. Beberapa cadangan telah dikemukakan bagi penambahbaikkan seperti mengadakan kempen kesedaran dan menyediakan sudut standard operasi amalan pengurusan keselamatan agar pelajar sentiasa mematuhi peraturan semasa berada di bengkel Kemahiran Hidup.

(3)

ABSTRACT

This study was conducted to investigate the perception of three main constructs of safety management practices tools and materials, self, others, and general safety practices in Life Skills workshop day secondary schools in Batu Pahat. A total of 350 form two students who took subjects Living Skills in four secondary schools in Batu Pahat, SMK Datin Onn Jaafar, SMK Banang Jaya, SMK Dato Onn and SMK Seri Gading has been selected as respondents. The method of research is quantitative research and pilot studies have been conducted to evaluate the reliability and suitability of instruments developed. A total of 44 items in the survey questionnaire to be answered by the respondents and results were analyzed using Winsteps Version 3.69.1.11 with Rasch Measurement Model approach. A descriptive analysis of Min scores and Min Size is used to identify the perceptions of students and inferential analysis of t-test to assess differences in safety management practices between rural and urban schools. The findings indicate that the safety management practices in workshops practiced by the students at the intermediate level for all three of these constructs. There are significant differences between security management practices adopted by students in urban and rural areas, t = -4.08 and p = 0.000 where the min size is -.19. Several suggestions were made for improvements such as an awareness campaign and provides standard corner operation safety management practices that students always comply with current regulations.

(4)

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS i

PENGESAHAN PENYELIA ii TAJUK iii ABSTRAK vi KANDUNGAN viii SENARAI RAJAH ix SENARAI JADUAL x SENARAI SINGKATAN xi

SENARAI LAMPIRAN xii

BAB 1 PENGENALAN 1 1. 1 Pendahuluan 1 1. 2 Latarbelakang masalah 4 1. 3 Penyataan masalah 7 1. 4 Objektif kajian 8 1. 5 Persoalan kajian 9 1.6 Hipotesis 9 1. 7 Kepentingan kajian 10 1. 8 Skop kajian 11 1. 9 Batasan kajian 11 1. 10 Kerangka kajian 11 1. 11 Definisi istilah 14 1. 12 Kesimpulan 16

(5)

2.1 Pendahuluan 17

2.2 Kajian lepas 18

2.2.1 Faktor kelengkapan alatan dan bahan

di dalam bengkel dan kepentinganya 18 2.2.2 Faktor pengurusan di dalam

bengkel dan kepentinganya 20

2.2.3 Faktor persekitaran di dalam

bengkel dan kepentinganya 22

2.3 Pengurusan bengkel 23

2.3.1 Pengurusan keselamatan bahan dan peralatan 24

2.3.2 Pengurusan stor 25

2.3.3 Pengurusan stok dan inventori 26

2.3.4 Pengurusan keselamatan am 27

2.4 Keselamatan di bengkel 27

2.4.1 Pengamalan keselamatan di bengkel 29 2.4.2 Peraturan dan tanggungjawab keselamatan

diri dan rakan di bengkel 30

2.5 Kesimpulan 31

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 32

3.1 Pendahuluan 32

3.2 Rekabentuk kajian 33

3.3 Kerangka operasi 34

3.4 Lokasi kajian 35

3.5 Populasi dan sampel 35

3.6 Instrumen kajian 36

3.6.1 Soal selidik 37

Bahagian A : Ciri demografi responden 37 Bahagian B : Keselamatan alatan dan bahan 38 Bahagian C : Keselamatan diri dan rakan 38

(6)

3.7 Kesahan muka dan kandungan 38

3.8 Kaedah pengumpulan data 39

3.9 Kajian rintis 39

3.10 Dapatan analisis kajian rintis 40

3.10.1 Kebolehpercayaan dan indeks pengasingan 40 3.10.2 Pemeriksaan terhadap polariti item 43 3.10.3 Kesesuaian item (item fit) 45 3.10.4 Pengukuran nilai kolerasi residual terpiawai 47

3.11 Analisis data kajian sebenar 48

3.12 Rumusan 50

BAB 4 DAPATAN KAJIAN 51

4.1 Pendahuluan 51

4.2 Analisis persoalan kajian pertama 52

4.3 Analisis persoalan kajian kedua 53

4.4 Analisis persoalan kajian ketiga 54

4.5 Analisis persoalan kajian keempat 55

4.5.1 Perbezaan amalan pengurusan berdasarkan konstruk keselamatan alatan dan bahan

mengikut item 56

4.5.2 Perbezaan amalan pengurusan berdasarkan

konstruk keselamatan diri dan rakan mengikut item 58 4.5.3 Perbezaan amalan pengurusan berdasarkan

konstruk keselamatan am mengikut item 59

4.6 Rumusan 61

BAB 5 DAPATAN KAJIAN 62

5.1 Pendahuluan 62

5.2 Perbincangan 64

5.2.1 Persoalan pertama 64

5.2.2 Persoalan kedua 66

(7)

5.4 Cadangan 73

5.5 Cadangan kajian lanjutan 74

5.6 Penutup 74

RUJUKAN 75

(8)

ix

SENARAI RAJAH

Rajah 1.1 : Kerangka kajian 12

Rajah 2.1 : Model kompetensi Iceberg Spencer

& Spencer (1993) 21

(9)

SENARAI JADUAL

Jadual 3.1 : Populasi dan sampel kajian 35

Jadual 3.2 : Pemarkahan item-item Skala Likert 37 Jadual 3.3 : Cadangan pemilihan sampel

oleh Linacre (2005) 40

Jadual 3.4 : Interpretasi skor Alpha Cronbanch 41 Jadual 3.5 : Nilai kebolehpercayaan (Alpha Cronbach)

bagi kajian rintis yang dijalankan 41

Jadual 3.6 : Nilai kebolehpercayaan responden yang boleh diukur 42 Jadual 3.7: Nilai kebolehpercayaan item yang boleh diukur 43

Jadual 3.8 : Pemeriksaan polariti item 44

Jadual 3.9 : Kesesuaian item 46

Jadual 3.10 : Jumlah item yang kekal dan digugurkan 47

Jadual 3.11 : Interpretasi Min Skor 48

Jadual 3.12 : Objektif, Persoalan, Pendekatan dan

kaedah analisis kajian 49

Jadual 4.1 : Nilai min skor dan min ukuran bagi konstruk

amalan pengurusan keselamatan alatan dan bahan 52 Jadual 4.2 : Nilai min skor dan min ukuran bagi konstruk

amalan pengurusan keselamatan diri dan rakan 53 Jadual 4.3 : Nilai min skor dan min ukuran bagi konstruk

amalan pengurusan keselamatan am 54

Jadual 4.4: Perbezaan amalan pengurusan ketiga-tiga konstruk iaitu keselamatan alatan dan bahan, diri dan rakan-rakan dan am mengikut item bagi sekolah bandar

(10)

Jadual 4.5: Perbezaan amalan pengurusan berdasarkan konstruk

keselamatan alatan dan bahan mengikut item 56 Jadual 4.6: Perbezaan amalan pengurusan berdasarkan konstruk

keselamatan diri dan rakan-rakan mengikut item 58 Jadual 4.7: Perbezaan amalan pengurusan berdasarkan konstruk

keselamatan am mengikut item 59

Jadual 4.8: Perbezaan amalan pengurusan keselamatan bengkel

(11)

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN A : Carta Gantt

LAMPIRAN B : Borang soal selidik

LAMPIRAN C : Jadual Krejcie dan Morgan LAMPIRAN D: Pengesahan soal selidik

LAMPIRAN E: Surat memohon kebenaran menjalankan kajian dari EPRD dan JPNJ

LAMPIRAN F: Surat memohon kebenaran menjalankan kajian dari sekolah

(12)

xi

SENARAI SINGKATAN

NOISH - National Institute for Occupational Safety and Health

PTV - Pendidikan Teknik dan Vokasional OSHA - Occupational Safety and Health Act

JKKP - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan IPT - Institut Pengajian Tinggi

KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan ERT -Ekonomi Rumah Tangga

KMT -Kemahiran Manipulatif Tambahan KPM -Kementerian Pendidikan Malaysia OSH - Occupational Safety and Health

PERKESO -Pertubuhan Keselamatan Sosial PdP -Pengajaran dan Pembelajaran

(13)

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) yang dilaksanakan di sekolah menengah adalah merupakan matapelajaran yang menekankan kemahiran asas secara teori dan juga praktikal yang diperlukan untuk mengendalikan kehidupan seharian dengan penuh sistematik.

Matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu ini terbahagi kepada dua iaitu bahagian teras dan pilihan. Bahagian teras terdiri daripada beberapa komponen iaitu Kemahiran Manipulatif, Perdagangan dan Keusahawanan dan Kekeluargaan yang wajib dipelajari oleh semua pelajar, manakala bahagian pilihan pula ialah Kemahiran Manipulatif Tambahan (KMT), Ekonomi Rumah Tangga (ERT) dan Pertanian. Secara keseluruhanya matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah berkonsepkan hands on dan secara tidak langsung ianya berkait rapat dengan penggunaan alatan dan bahan serta kerja amali di bengkel. Bengkel adalah sebuah bilik yang mempunyai kelengkapan peralatan dan bahan yang digunakan untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran (Zainudin & Rosini, 2010).

Segala kerja amali dan ujian yang dijalankan di dalam bengkel adalah sebahagian daripada penterjemahan kepada teori dan formula yang disampaikan di dalam sesi pembelajaran secara teori (Samsul, 2001). Proses pengajaran dan

(14)

2

pembelajaran (PnP) di sekolah menuntut guru untuk mengkolaborasikan konten pengajaran dan pembelajaran dengan penggunaan bengkel secara holistik semasa proses penerapan ilmu dijalankan dalam matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (Zainudin & Rosini, 2010). Di samping guru Kemahiran Hidup Bersepadu yang sediakala mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang seperti kerja kayu dan logam, elektrik dan elektronik, pertanian dan sebagainya, para guru Kemahiran Hidup Bersepadu juga perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang pengurusan bengkel kerana ketiadaan pembantu makmal sejak matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu diperkenalkan pada tahun 1991.

Pengetahuan tentang pengurusan bengkel adalah salah satu faktor yang menentukan kejayaan pengajaran dan pembelajaran dalam matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Kesalahan dan kemalangan di dalam sesuatu pekerjaan lebih banyak dilakukan oleh mereka yang kurang mendapat latihan dalam bidang tugasnya (Longley, 1969). Setiap latihan yang dilalui dan dipelajari akan menghasilkan pembelajaran dari segi kemahiran, ilmu dan sikap di mana pengamalan ilmu yang telah diperolehi akan membawa ke arah kecemerlangan dan manfaat kepada pengamalnya (Charles, 1998). Faktor ini amat penting kerana sekiranya bengkel tidak diurus dengan betul dan guru Kemahiran Hidup Bersepadu kurang berpengetahuan tentang pengurusan bengkel akan menyebabkan bengkel tidak dapat diselenggara dan diuruskan dengan berkesan (Asnul Dahar & Nurul Faezah, 2011).

Pengurusan bengkel yang tidak mengikut standard operasi akan menyebabkan berlakunya kecelakaan seperti kemalangan, kecederaan dan sebagainya. Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyumbang kepada berlakunya kemalangan seperti faktor persekitaran sosial, kesalahan manusia, tindakan tidak selamat, kemalangan dan kecederaan (Heinrich, 1980). Pengurusan bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu bukan sahaja hanya tertumpu kepada aspek pengemaskinian peralatan selepas digunakan malah ianya boleh disifatkan lebih menyeluruh di mana guru Kemahiran Hidup Bersepadu perlu mendokumentasikan segala aktiviti di dalam bengkel termasuk penyediaan informasi rasmi, bukti atau rekod perjalanan sesebuah makmal, maklumat peralatan kelengkapan samada ianya melibatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

(15)

atau pun tidak (Asnul Dahar & Nurul Faezah, 2011). Perkara tersebut penting dan perlu dilakukan oleh guru Kemahiran Hidup Bersepadu kerana ianya akan memudahkan proses penyelenggaraan, inventori audit dan tambah nilai kepada pengurusan makmal yang sedia ada di sekolah.

Pendokumentasian dalam pengurusan bengkel yang lebih sistematik amat penting kerana ianya akan menjadi rujukan perkembangan pengurusan dari semasa ke semasa. Kaedah penyusunan alatan dan bahan menggunakan label adalah menjadi keutamaan dalam pengurusan bengkel kerana ianya bersesuaian dan memudahkan proses pemahaman para pelajar dalam menguruskan alatan dan bahan setelah digunakan.

Pelajar dapat memahami dan mempelajari alatan dan bahan secara terus serta menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi menarik dan pantas (Mohd Hazwan, 2009). Guru perlu memainkan peranan dalam usaha merancang pengalaman dan pembelajaran yang sejajar dengan keperluan keselamatan dan menyediakan ruang serta peluang untuk para pelajar membina sikap yang positif terhadap keselamatan mereka di dalam bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu. Aspek pengurusan bengkel ini perlu dipraktikkan oleh semua guru yang mengajar Kemahiran Hidup Bersepadu terutama guru yang mengajar di sekolah menengah harian kerana keterlibatan pelajarnya yang ramai dan memerlukan satu pengurusan yang lebih sistematik dan teratur. Pengurusan bengkel di sekolah menengah kebangsaan harian kebiasaanya dilakukan mengikut standard operasi yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Sekolah ialah satu entiti, organisasi mahupun institusi yang melaksanakan aktiviti mengurus, mengajar dan mendidik (Wagiman, 2002). Berdasarkan data KPM, jumlah sekolah menengah kebangsaan harian di Malaysia pada masa kini adalah sebanyak 2,350 buah dan semua sekolah tersebut ada menawarkan matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Setiap sekolah tersebut seharusnya menguruskan makmal atau bengkel Kemahiran Hidup mengikut prosedur atau ketetapan yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian agar keselamatan bengkel terjamin untuk kegunaan para pelajar dan ia selaras dengan Longley (1969) yang menyatakan bahawa wakil kepada majikan

(16)

4

atau penyelia perlu tahu dan bertanggungjawab untuk mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan kepada sesebuah bengkel.

Dalam situasi di sekolah, pihak pentadbir dan guru perlu memastikan segala aspek keselamatan di dalam bengkel dipatuhi agar ianya memenuhi kehendak dan keperluan yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian dan bertepatan dengan konsep “sekolah selamat”. Menurut The National Education Assosiation (1996) sekolah selamat ialah sekolah yang mempunyai iklim pembelajaran yang selamat serta tingkahlaku yang sihat serta dapat mewujudkan hubungan yang positif antara guru dan pelajar di samping dapat membawa penglibatan ibubapa dan masyarakat ke arah yang lebih bermakna. Apabila persekitaran pembelajaran yang wujud di sekolah berada ditahap yang membanggakan secara tidak langsung ianya akan mengubah persepsi pelajar untuk minat dan suka datang ke sekolah.

Persepsi pelajar terhadap pengurusan dan amalan di dalam bengkel akan memberi kesan terhadap kemajuan dan perkembangan dalam keputusan matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Motivasi dalaman boleh mendorong pelajar menjadi tekun belajar bagi memenuhi keinginannya untuk memperolehi kepuasan dirinya setelah berjaya mengikuti aktiviti-aktiviti tertentu (Suradi Salim,1987). Pengurusan bengkel atau makmal yang dibuat mengikut standard operasi yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian akan menimbulkan perasaan selamat dalam kalangan pelajar dan menyebabkan rasa minat untuk hadir ke sekolah.

Sekolah yang berkesan mestilah sekolah yang selamat dan sekolah yang selamat perlu menjadikan sekolah itu efektif (Mahmood, 1993). Sehubungan dengan itu perlu diberi penekanan kepada aspek pengurusan bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu yang lebih sistematik dan tersusun agar minat pelajar untuk belajar akan sentiasa membugar dari semasa ke semasa dan maju di masa hadapan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Terdapat pelbagai potensi dan risiko bahaya yang boleh berlaku di dalam bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah. Risiko tersebut berkemungkinan akan

(17)

menyebabkan berlakunya kecederaan, kehilangan upaya mahupun kematian. Faktor keselamatan perlu dititikberatkan dalam usaha untuk mengurangkan kadar jumlah kemalangan yang berlaku di bengkel mahupun di tempat kerja. Keselamatan boleh ditakrifkan sebagai kebebasan dari sebarang kecelakaan, kesakitan, kecederaan mahupun ketakutan yang mana ianya perlu ditangani dan diambil berat oleh semua pihak (Loganathan, 2008). Satu jawatankuasa telah dibentuk untuk bertindak dan mengumpul data bagi melaksanakan pelbagai program dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan yang membabitkan pekerja (Kementerian Sumber Manusia, 2010). Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan bagi menangani masalah kemalangan ataupun yang berkaitan dengan keselamatan di tempat kerja namun kadar kemalangan di negara kita masih berada ditahap yang agak membimbangkan.

Menurut Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (2011) dalam laporan berkaitan kemalangan pekerjaan mengikut sektor bagi kategori kemalangan maut, kadar kes kemalangan yang berlaku di sektor pekerjaan dan melibatkan kehilangan nyawa dari tahun 2007-2010 menunjukkan sektor yang paling tinggi mencatat kadar kemalangan di tempat kerja ialah di sektor pembinaan iaitu berjumlah 323 kes dan ia bukan sahaja mencatat kadar yang tertinggi pada tahun 2010 malah berlaku pada setiap tahun dari 2007 sehingga 2010. Ini diikuti dengan sektor pengilangan iaitu berjumlah sebanyak 277 kes, kemudahan 63 kes dan yang terakhir sekali ialah sektor perlombongan iaitu berjumlah 19 kes. Daripada jumlah tersebut, didapati kadar kes kemalangan yang berlaku di sektor pengilangan masih berada ditahap yang tidak menggerunkan namun ianya perlu penambahbaikkan dari semasa ke semasa dan sekiranya berkemampuan ianya perlu disifarkan.

Kes kemalangan yang melibatkan kehilangan nyawa dan kecederaan bukan sahaja berlaku di dalam sektor pekerjaan, tetapi ia juga berlaku dalam kalangan pelajar kejuruteraan di institusi pengajian tinggi (IPT) mahupun diperingkat sekolah. Kesilapan manusia dan kegagalan mesin untuk berfungsi adalah faktor penyumbang kepada berlakunya kemalangan di bengkel (Kurniotis, 2001). Penggunaan mesin berkuasa tinggi dan alatan tangan yang tajam serta berbahaya banyak digunakan oleh pelajar pendidikan teknik dan vokasional dan perkara ini boleh menyumbang kepada

(18)

6

penambahan kes kemalangan di bengkel (Buhari, 2008). Namun begitu kebanyakan kemalangan yang berlaku di tempat kerja mahupun di institusi pendidikan dapat dihindar dan dielakkan sekiranya para pelajar sentiasa mematuhi dan mengikuti langkah-langkah atau standard operasi yang telah ditetapkan untuk memastikan keselamatan mereka terjamin (A.Manan, 2003). Secara amnya, semua pelajar kursus kejuruteraan di negara kita mempunyai pengetahuan asas mengenai aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan namun kemalangan di bengkel yang melibatkan pelajar kejuruteraan masih lagi berlaku.

Pelbagai kes kecederaan yang biasa berlaku di bengkel sama ada di IPT mahupun di sekolah (Che Juhan Negara, 2012). Berdasarkan laporan mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Universiti Bil 1/2010, statistik dari tahun 2009 sehingga 2010 menunjukkan kes kemalangan yang biasa berlaku di bengkel adalah terdiri daripada patah kaki akibat dihempap mesin, kaki cedera dan pengsan (kaki terkena kiub konkrit), cedera di peha dan kaki (ditimpa acuan membuat seramik), luka di jari (tidak mengenakan pin keselamatan yang terdapat di mesin pemampat). Pelbagai usaha telah dilakukan bagi memastikan keselamatan pelajar semasa di bengkel sentiasa berada di dalam keadaan yang memuaskan namun sifat yang tidak baik pada manusia seperti kecuaian, degil, sambil lewa dan lain-lain menyumbang kepada punca berlakunya kemalangan (John, 2010).

Seiring dengan perkembangan teknologi dan kemajuan yang berlaku di negara kita, keperluan terhadap tenaga mahir amat diperlukan dan secara tidak langsung penerapan ilmu, kefahaman dan pengetahuan tentang amalan keselamatan dalam pekerjaan amat perlu diberi penekanan. Perkara ini telah diperjelaskan oleh pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Negara (NIOSH) di mana beliau menekankan agar pihak majikan perlu meningkatkan kesedaran terhadap pekerjanya dan memberi pendedahan mengenai Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) agar sebarang risiko kemalangan dapat dikurangkan (Thye, 2009). Kemalangan yang berlaku di tempat kerja mahupun di bengkel Kemahiran Hidup berkait rapat dengan cara pengurusan perjalanan bengkel tersebut. Pengurusan secara sistematik di dalam bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu amat penting untuk memperolehi keberkesanan serta

(19)

menjamin keselamatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah (Abd Hamid, 1989). Ianya bersesuaian dengan matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu yang berteraskan praktikal dan merupakan komponen utama dalam pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan sains, teknik dan kemahiran (Newable dan Canon, 1989). Pengurusan bengkel yang baik bukan sahaja memberi kebaikan kepada guru yang mengajar malah memudahkan pelajar selaku pengguna utama yang terlibat di dalam aktiviti amali di bengkel (Abd Hamid, 1989).

Menurut Oh (2003) dalam kajianya yang telah dijalankan di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang mendapati bahawa hampir 62% guru yang mengajar matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu tidak mempunyai kepakaran untuk membaiki alatan dan bahan yang dibekalkan oleh pihak kementerian dan sejumlah 64% guru mendakwa bahawa mereka tidak mendapat sebarang latihan untuk mengurus bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu secara khusus. Terdapat beberapa kelemahan yang ketara dalam aspek pengurusan dan penyelenggaraan di bengkel sekolah di samping kurangnya pengetahuan serta kemahiran guru dalam kerja penyelenggaraan juga merupakan salah satu faktor penyebab mengapa amalan pengurusan keselamatan bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah tidak diuruskan dengan berkesan dan sistematik (Sulong, 2000). Berdasarkan pernyataan yang telah dinyatakan di atas, maka jelaslah bahawa faktor kemalangan dan keselamatan amat berkait rapat dengan amalan pengurusan keselamatan bengkel yang tidak diurus dengan baik dan sistematik.

1.3 Penyataan Masalah

Amalan pengurusan keselamatan bengkel yang tidak teratur dan sistematik adalah salah satu faktor penyumbang kepada berlakunya kes kemalangan di bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu. Kajian oleh Dilley dan Kleiner (1996) mendapati bahawa 85% hingga 98% kecederaan di bengkel adalah berpunca daripada perbuatan tidak selamat yang diamalkan oleh sesetengah individu yang cuai dan kebiasaanya kecuaian pula boleh dikaitkan dengan kesedaran. Ini menunjukkan bahawa kesedaran tentang amalan pengurusan keselamatan merupakan aspek penting dalam memastikan keselamatan di

(20)

8

bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu terjamin. Masalah ini bertambah parah apabila seramai 64% orang guru di sekolah yang mengajar matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu mendakwa mereka tidak mendapat latihan pengurusan keselamatan bengkel secara khusus untuk mengendalikan pengurusan keselamatan bengkel yang sistematik dan berkesan (Oh, 2003). Masalah ini dilihat bertambah kusut apabila tinjauan awal mendapati pelajar tidak didedahkan dengan cara atau kaedah menyelamatkan nyawa seperti penggunaan alat peti pertolongan cemas, teknik menggunakan alat pemadam api dan latihan kebakaran semasa berada di bengkel. Peristiwa kemalangan bengkel yang berlaku di sektor industri dan institusi pengajian tinggi memberikan kesedaran kepada para pelajar terhadap pentingnya amalan pengurusan keselamatan bengkel yang sistematik dan tersusun perlu diamalkan dan ditambahbaik dari semasa ke semasa agar tahap keselamatan di bengkel dapat dipertingkatkan. Oleh yang demikian satu kajian perlu dijalankan bagi meninjau persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu sekolah menengah harian di daerah Batu Pahat dari aspek pengurusan keselamatan alatan dan bahan, keselamatan diri dan rakan dan keselamatan am.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian yang disasarkan ialah:

i. Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan alatan dan bahan di bengkel Kemahiran Hidup, sekolah menengah kebangsaan harian daerah Batu Pahat.

ii. Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan diri dan rakan di bengkel Kemahiran Hidup, sekolah menengah kebangsaan harian daerah Batu Pahat

iii. Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan am di bengkel Kemahiran Hidup, sekolah menengah kebangsaan harian daerah Batu Pahat

(21)

iv. Mengenalpasti perbezaan amalan pengurusan keselamatan bengkel Kemahiran Hidup di antara sekolah menengah kebangsaan harian bandar dan luar bandar daerah Batu Pahat

1.5 Persoalan Kajian

Bagi mencapai objektif kajian yang dijalankan, pengkaji telah mengutarakan beberapa persoalan kajian iaitu:

i. Apakah persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan alatan dan bahan di bengkel Kemahiran Hidup, sekolah menengah kebangsaan harian daerah Batu Pahat.

ii. Apakah persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan diri dan rakan di bengkel Kemahiran Hidup, sekolah menengah kebangsaan harian daerah Batu Pahat.

iii. Apakah persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan am di bengkel Kemahiran Hidup, sekolah menengah kebangsaan harian daerah Batu Pahat.

iv. Adakah perbezaan amalan pengurusan keselamatan bengkel Kemahiran Hidup di antara sekolah menengah kebangsaan harian bandar dan luar bandar daerah Batu Pahat

1.6 Hipotesis

i. Hipotesis null : Tidak terdapat perbezaan amalan pengurusan keselamatan di antara pelajar bandar dan luar bandar Hipotesis alternatif : Terdapat perbezaan amalan pengurusan keselamatan di

antara pelajar bandar dan luar bandar

(22)

10

1.7 Kepentingan Kajian

Dalam usaha untuk merealisasikan kemalangan sifar secara holistik di bengkel semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan, penekanan tentang aspek amalan pengurusan keselamatan bengkel yang lebih sistematik dan efisyen perlu diterapkan ke dalam sistem pengurusan sekolah. Amalan pengurusan keselamatan bengkel yang sistematik dan efisyen akan memberikan kesan yang positif terhadap usaha mengurangkan kadar kemalangan yang berlaku di bengkel Kemahiran Hidup. Keselamatan merupakan suatu perkara asas yang bukan hanya perlu diterapkan ketika melakukan kerja amali di bengkel malah ia juga penting untuk diamalkan serta dipraktikkan semasa di alam pekerjaan. Melalui kajian yang dijalankan ini diharap dapat:

i. Meningkatkan budaya kerja yang lebih baik serta menerapkan kesedaran tentang kepentingan pengurusan bengkel yang sistematik dan teratur.

ii. Memberikan sumbangan dan panduan kepada pihak sekolah tentang proses pengurusan, pengendalian dan penyelenggaraan serta keselamatan di bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu.

iii. Sebagai garis panduan, cadangan, memperbaiki kesilapan atau pendekatan yang lebih baik, selamat dan teratur kepada pihak yang membaca kajian ini.

(23)

1.8 Skop Kajian

Kajian ini hanya memfokuskan persepsi pelajar tingkatan 2 tentang amalan pengurusan keselamatan dari aspek :

i. Keselamatan alatan dan bahan ii. Keselamatan diri dan rakan iii. Keselamatan am

Skop kajian ini juga terhad iaitu hanya menggunakan instrumen soal selidik sahaja dalam usaha untuk mendapatkan maklumat berkaitan kajian yang dijalankan di lapangan.

1.9 Batasan Kajian

Kajian ini dilaksanakan hanya di 4 buah sekolah menengah kebangsaan harian kategori A, bandar dan luar bandar iaitu SMK Datin Onn Jaafar dan SMK Banang Jaya (kategori bandar) dan SMK Dato Onn dan SMK Seri Gading (kategori luar bandar). Kajian ini difokuskan kepada pelajar tingkatan 2 yang mengambil matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu sahaja dan tidak termasuk atau melibatkan pelajar lain-lain tingkatan. Dapatan kajian amat bergantung kepada kejujuran respondan semasa menjawab borang kajian.

1.10 Kerangka Kajian

Kerangka konsep kajian ini boleh dirujuk pada rajah 1.1 yang telah dibangunkan hasil daripada objektif dan pernyataan masalah kajian ini. Rajah 1.1 ini bertujuan untuk memberikan gambaran yang jelas mengenai persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan di empat buah sekolah harian di daerah Batu Pahat.

(24)

12

Rajah 1.1: Kerangka kajian

Kerangka konsep kajian ini menunjukkan pandangan keseluruhan kajian yang dijalankan oleh pengkaji. Bermula daripada tiga konstruk amalan pengurusan keselamatan di mana ianya mempunyai parameter-parameter yang digunakan untuk memperincikan lagi kajian yang dijalankan. Konstruk yang dikenalpasti daripada tiga amalan pengurusan keselamatan tersebut ialah amalan pengurusan keselamatan alatan dan bahan, amalan pengurusan keselamatan diri dan rakan dan amalan pengurusan keselamatan am.

Keselamatan alatan dan bahan merupakan elemen utama dalam pembelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu melalui kerja amali di bengkel. Pengurusan alatan dan bahan seperti memastikan penggunaan alatan dan bahan dengan teknik dan cara yang betul tentunya akan membawa kepada hasil pemikiran yang kritis, kreatif dan analitis (Hayward 2003; Sweeney 2003). Pelajar akan memahami fenomena dengan lebih

Keselamatan alatan dan bahan

Keselamatan am Keselamatan diri dan rakan

Kualiti keselamatan pelajar di bengkel KHB Proses Output Amalan Pengurusan keselamatan Input -Mengenal alatan -Pastikan alatan selamat dan bersih

-Gunakan alatan yg betul

-Menegur rakan -Pakaian yg sesuai -Dengar nasihat guru -Memberi tumpuan

-Pastikan bengkel bersih

-gunakan alatan keselamatan yg sesuai -keluar masuk dengan kebenaran -ikut prosedur

(25)

konkrit, berkesan dan lebih merasai serta yakin dengan konsep yang diperolehi jika mereka dapat mengenali dan menggunakan alatan dan bahan yang lebih sempurna. Selain daripada itu, ketiadaan alatan dan bahan juga boleh menyebabkan eksperimen tidak dapat dijalankan. Manakala jika kuantiti alatan dan bahan yang diperlukan tidak mencukupi, ia perlu dikongsi antara pelajar yang ramai dan ini akan menggangu kelancaran pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Mematuhi peraturan keselamatan diri dan rakan sekerja merupakan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan setiap individu yang bekerja di bengkel. Cara berpakaian dan tatacara kerja yang tidak betul merupakan penyebab berlakunya kemalangan. Pakaian yang dipakai hendaklah sesuai dengan kerja yang dilakukan seperti tidak terlalu ketat atau longgar, memakai sarung tangan yang sesuai dengan kerja yang hendak dilakukan, memakai kasut keselamatan, memakai topi keselamatan (jika perlu), memakai tali pinggan keselamatan (jika perlu). Selain itu penampilan diri hendaklah sentiasa kemas, berambut pendek dan menjaga kebersihan diri. Kesilapan manusia dan kegagalan mesin berfungsi dengan baik merupakan faktor berlakunya kemalangan (Kurniotis, 2001). Sikap suka menegur sekiranya ada dikalangan rakan yang melakukan kesilapan juga adalah salah satu faktor yang mampu mengurangkan kadar kemalangan semasa melakukan kerja amali. Apabila tiada sikap tegur menegur di antara sesama rakan, tumpuan pelajar lain akan terganggu kerana sikap segelintir pelajar yang suka melanggar peraturan semasa berada di dalam bengkel.

Keselamatan am di bengkel berkait rapat dengan budaya kerja yang baik. Amalan budaya yang baik adalah seperti mematuhi arahan dan prosedur yang ditetapkan, sentiasa bertertib dan berdisiplin semasa bekerja, teliti dan bertanggungjawab menggunakan peralatan mengikut kesesuaian kerja yang dilakukan, memastikan tempat kerja sentiasa bersih dan kemas, menggunakan pelindung muka, gogal atau cermin mata pelindung semasa menggerudi dan mencanai. Pelatih perlu dilatih supaya mempunyai sikap kerja yang betul dan nilai-nilai positif seperti berdisiplin, tekun dan berdedikasi (Mohd Anuar, 2008).

Pelajar juga perlu diberi penekanan agar tidak memakai sarung tangan ketika menggunakan mesin yang berputar seperti mesin gerudi dan mesin pencanai serta

(26)

14

memakai peralatan keselamatan tambahan atau khas apabila perlu seperti fon telinga dan topeng penapis pernafasan apabila melakukan kerja yang terdedah pada bunyi bising yang melampau atau udara yang kotor. Kebanyakan kemalangan yang berlaku di tempat kerja dapat dielakkan jika pelajar sentiasa mematuhi langkah keselamatan (Muhammad A.Manan, 2003).

1.11 Definisi istilah

Definisi perkataan yang digunapakai di dalam kajian ini ialah seperti berikut:

a) Pengurusan Bengkel

Hoyle (1980) menyatakan bahawa pengurusan bengkel berkait rapat dengan pengetahuan dan pengalaman dalam menguruskan bengkel Kemahiran Hidup. Pengalaman dan pengetahuan akan memainkan peranan yang penting bagi mendapatkan pengurusan bengkel yang terkawal, tersusun, terancang dan bersistematik.

Menurut kajian ini pengurusan bengkel ialah cara guru atau pihak yang menguruskan bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu dalam usaha untuk memastikan keselamatan pelajar semasa berada di dalam bengkel.

b) Keselamatan alatan dan bahan

Alatan dan bahan yang terdapat di dalam bengkel perlu diurus oleh guru yang berpengetahuan kerana sekiranya diurus oleh guru yang tidak mempunyai pengetahuan dalam pengurusan, ini akan mendatangkan masalah dan seterusnya bengkel akan berada di dalam keadaan yang tidak terurus dan sistematik (Asnul Dahar & Nurul Faizah, 2011). Menurut pengkaji pengurusan keselamatan alatan dan bahan di bengkel adalah berkaitan dengan pengetahuan tentang keadaan dan peralatan yang terdapat di bengkel dari segi kuantitinya, penyelenggaraanya, cara mengendalikanya dan cara menyimpannya agar sentiasa dalam keadaan yang sempurna dan selamat.

(27)

c) Keselamatan diri dan rakan

Hamdan (1994) semua yang terlibat dalam pengendalian bengkel mahupun makmal mestilah mengutamakan keselamatan diri, tempat kerja, persekitaran dan orang lain yang bekerja bersama mereka dan mereka perlu diberi peringatan, panduan, tatacara dan pengendalian peralatan di bengkel dengan betul agar keselamatan semasa berada di bengkel terjamin. Lazimnya menurut Laney (1982) menyatakan bahawa sikap cuai, tak ambil peduli atau tidak mengambil berat perkara yang berkaitan dengan keselamatan serta disiplin yang lemah merupakan punca berlakunya kemalangan. Menurut pengkaji keselamatan diri dan rakan ialah berkaitan dengan mematuhi arahan guru, memberi tumpuan dan sentiasa mengambil perhatian sepenuhnya semasa berada di dalam bengkel amali.

d) Keselamatan Am

Peraturan keselamatan di bengkel perlu diamalkan dari semasa ke semasa untuk mengelakkan sebarang musibah dan kecelakaan serta menimbulkan perasaan tanggungjawab dikalangan pengguna bengkel (Bakar, 1994). Di dalam kajian ini pengkaji menjelaskan bahawa keselamatan am adalah berkaitan dengan aspek yang perlu diberi penekanan dan perhatian dari semasa ke semasa bagi menimbulkan suasana bengkel yang kondusif dan dapat mengelakkan dari sebarang bencana ataupun kecelakaan semasa berada di dalam bengkel.

e) Bengkel Kemahiran Hidup

Bengkel Kemahiran Hidup ialah ruang bilik yang mempunyai pelbagai peralatan dan bahan di mana aktiviti penggabungan pengajaran dan pembelajaran secara teori dan praktikal akan berlaku (Zainudin & Rosini, 2010). Dalam kajian ini, pengkaji mendefinisikan bengkel sebagai bengkel yang berada di empat buah sekolah iaitu bengkel SMK Datin Onn Jaafar, bengkel SMK Banang Jaya, bengkel SMK Dato Onn dan bengkel SMK Seri Gading

(28)

16

f) Sekolah menengah harian

Menurut Wagiman (2002), sekolah adalah satu entiti, organisasi mahupun institusi yang melaksanakan aktiviti mengurus, mengajar dan mendidik. Terdapat pelbagai kategori sekolah dalam sistem pendidikan di negara kita yang ditadbir oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pengkaji mendefinisikan sekolah menengah harian sebagai sekolah yang tidak menawarkan asrama untuk para pelajarnya dan mereka akan pulang ke rumah setiap hari setelah selesai sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Namun begitu subjek teras bagi pelajar menengah atas dan rendah yang diajar adalah serupa sama ada sekolah menengah harian mahupun sekolah berasrama penuh.

1.12 Kesimpulan

Bab ini telah membincangkan secara mendalam mengenai pengenalan, latar belakang masalah yang ingin dikaji, penyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian dan batasan kajian yang digunakan dalam kajian ini. Kajian ini mengkaji persepsi pelajar terhadap amalan pengurusan keselamatan bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah harian daerah Batu Pahat. Selain itu, penyelidik juga turut mengkaji adakah terdapat perbezaan di antara sekolah bandar dan luar bandar terhadap amalan pengurusan keselamatan pelajar di bengkel. Pengkaji berharap dapatan kajian ini dapat membantu pihak sekolah untuk memperbaiki sistem pengurusan bengkel sedia ada agar keselamatan pelajar semasa berada di dalam bengkel terjamin dan terhindar dari sebarang bentuk kemalangan ataupun kecelakaan.

(29)

BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Sorotan kajian atau kajian literatur boleh didefinisikan sebagai satu penelitian atau rujukan secara sistematik dan terperinci terhadap kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji yang terdahulu. Penelitian ini dijalankan ke atas dokumen-dokumen yang mengandungi pelbagai maklumat, idea dan data-data yang akan membantu dalam usaha untuk menyelesaikan kajian yang dijalankan. Maklumat atau data kajian lepas yang berkaitan dengan tajuk kajian yang dijalankan dikupas dan dibincangkan satu persatu mengikut faktor yang dikaji. Kupasan dan perbincangan yang diutarakan disokong oleh pendapat dan pandangan serta teori oleh tokoh-tokoh terdahulu yang pakar dalam bidang-bidang tertentu. Perkara yang dibincangkan secara jelas adalah seperti berikut:

(i) Kajian lepas

(ii) Pengurusan bengkel

(30)

18

2.2 Kajian Lepas

Terdapat beberapa kajian lepas yang berkaitan dengan bengkel disertakan untuk dijadikan panduan di dalam kajian ini.

2.2.1 Faktor kelengkapan alatan dan mesin di dalam bengkel dan kepentinganya

Pada masa kini perkembangan teknologi dalam sektor perindustrian terlalu pesat membangun. Pelbagai peralatan dan kelengkapan mesin yang canggih telah dibina dan digunakan di dalam sektor perindustrian, kilang dan bengkel pembuatan. Akibat perkembangan teknologi tersebut, pengetahuan tentang fungsi dan cara mengendalikan mesin amatlah perlu dikuasai oleh setiap pekerja. Pekerja kurang mahir dan kesalahan mengendalikan mesin adalah punca menyebabkan berlakunya kemalangan di sektor perindustrian (Saleh, 2002). Di sekolah pula pelajar menggunakan alatan dan mesin untuk melakukan kerja amali dan ini akan mendatangkan risiko sekiranya langkah keselamatan tidak diambil semasa melakukan aktiviti di dalam bengkel. Pelajar menggunakan pelbagai peralatan mesin di bengkel dan ia berisiko tinggi untuk berlaku kemalangan (Mustapha, 2000).

Langkah keselamatan perlu diberi perhatian sepenuhnya kerana pengabaian langkah keselamatan akan menyebabkan punca berlakunya kemalangan. Bagi memastikan samada pelajar berupaya ataupun tidak untuk melakukan kerja yang melibatkan penggunaan peralatan dan mesin di dalam bengkel pertama sekali peralatan dan mesin perlu ditempatkan dikedudukan yang tetap dan tersusun. Setiap peralatan perlu disediakan ruang khas mengikut jenis peralatan dan mesin agar ia mudah di simpan, dicari, dikendalikan dan tidak hilang. Peralatan yang telah digunakan semasa kerja amali perlu diletakkan di tempat asalnya agar sentiasa tersusun dan kemas (Mustapha, 2000). Untuk meningkatkan kemahiran pelajar mengendalikan mesin yang terdapat di dalam bengkel amat sukar diterapkan kerana banyak faktor yang mempengaruhi di antaranya ialah keadaan fizikal bengkel yang kurang kondusif, kekerapan mengendalikan mesin terlalu sedikit dan waktu latihan yang singkat adalah

(31)

penyumbang kepada masalah ini. Pelajar perlu diberi latihan dan tunjuk ajar yang secukupnya agar mereka mahir menggunakan mesin dan alatan yang ada di dalam bengkel (Bunawan, 2007). Pekerja yang tidak mahir dalam bidang tugasnya akan kerap melakukan kesilapan dan akan terdedah kepada kemalangan (Mohd Nor 2000). Beliau mencadangkan agar setiap pekerja diberikan latihan yang sistematik untuk meningkatkan tahap kecekapan dan kemahiran di dalam bidang tugas masing-masing. Jika dilihat diperingkat antarabangsa sekalipun banyak program yang dijalankan oleh

Occupational Safety and Health Act (OSHA) untuk meningkatkan kesedaran tentang keselamatan dalam pekerjaan (Charles, 2007). Begitu juga para pelajar yang menjalankan latihan amali di bengkel sekolah perlu diberi latihan yang sewajarnya bersesuaian dengan keperluan di sekolah.

Kelengkapan dan keperluan bengkel perlu diambil kira dan ianya mestilah bersesuaian dengan keperluan kandungan pembelajaran. Keperluan dan kemudahan peralatan di bengkel bergantung kepada kandungan program pengajaran di sekolah dan kemudahan tersebut perlulah dikendalikan dengan sebaik mungkin agar ia berada di dalam keadaan yang baik dan tidak menganggu semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan (Mohd Sidin, 1998). Semua peralatan dan mesin yang berada di dalam bengkel mempunyai jangka hayat tertentu dan untuk mengekalkan ketahanan jangka hayat mesin tersebut proses penyelenggaraan, baik pulih mesin, penyimpanan alatan perlu diberi keutamaan dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan di dalam buku panduan penyelenggaraan (Khalid, 2002).

Penyediaan peralatan dan kelengkapan sebelum sesi kerja amali dijalankan akan membuahkan hasil yang memberangsangkan (Saleh, 2002). Persediaan sebelum memulakan kerja perlu diberi penekanan kerana sebelum memulakan kerja amali, semua peralatan yang hendak digunakan perlu diperiksa terlebih dahulu sama ada dalam keadaan yang baik atau tidak. Guru mestilah merancang pengalaman pembelajaran yang sejajar dengan keselamatan murid dan menyediakan peluang untuk mereka membina sikap yang wajar terhadap keselamatan (Hassan, 1977). Sekiranya aspek persediaan awal tidak diambil peduli sebelum sesuatu kerja amali dilaksanakan, berkemungkinan kemalangan boleh berlaku apabila kerja amali dijalankan. Sehubungan

(32)

20

dengan itu pengurusan, penyelenggaran alatan dan bahan amat perlu dititikberatkan agar sebarang musibah atau kemalangan di bengkel dapat dielakkan (Bakar, 1994).

2.2.2 Faktor pengurusan di dalam bengkel dan kepentinganya

Amalan pengurusan bengkel yang baik akan mewujudkan suasana dan ekosistem bengkel yang kondusif, efektif dan efisyen. Efisyen bermaksud ianya berkait rapat dengan input dan output di mana pekerja dapat melakukan kerja dengan betul (input) akan membuahkan hasil yang setimpal (output) serta mampu mengurangkan kos pengeluaran dalam usaha mencapai matlamat atau sasaran yang ditetapkan (Mustapha, 2000). Di bengkel sekolah guru teknikal atau guru yang mengajar matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu bertanggungjawab secara langsung terhadap pengurusan bengkel terutama semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Guru yang terlibat secara langsung di dalam bengkel mestilah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang sistem pengurusan bengkel yang efektif dan efisyen serta bersistematik dalam pengendalianya. Guru perlu mempunyai pengetahuan yang jitu dan mendalam tentang pengurusan bengkel yang tersusun dan sistematik agar pengurusan bengkel dapat dilaksanakan dengan baik seperti yang terkandung di dalam buku peraturan pengurusan (Mohd. Sidin, 1998).

Pelbagai model atau teori yang boleh dikaitkan dengan kompetensi guru dalam pengurusan bengkel dan salah satunya ialah Model kompetensi Iceberg olehSpencer & Spencer (1993). Beliau mencadangkan senibina kecekapan individu merangkumi kedua-dua pendekatan dan mendefinisikan mereka sebagai satu lapisan Iceberg, di mana hanya lapisan atas paras air sahaja yang dapat dilihat melalui tingkahlakunya seperti dalam rajah 2.1.

(33)

Rajah 2.1: Model Kompetensi Iceberg, Spencer & Spencer (1993)

Lapisan pertama struktur kecekapan Iceberg adalah berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran yang dapat dilihat. Pengetahuan dan kemahiran ini adalah berkaitan rapat dengan tugas dan kerja yang boleh dipelajari dalam kursus latihan profesional dan teknikal serta pengalaman seseorang sama ada secara formal ataupun tidak formal. Ianya juga boleh dikaitkan dengan kelayakan akademik seseorang di dalam sesuatu bidang pengkhususan. Namun begitu ciri-ciri peribadi dan nilai dalaman seseorang amat sukar untuk dibangunkan kerana ianya bergantung kepada pelbagai faktor persekitaran yang boleh mempengaruhinya. Konsep kendiri, motivasi dan nilai dalaman seseorang guru amat bergantung kepada faktor luaran seperti kebergantungan terhadap organisasi yang menguruskan sesuatu pengurusan.

Amalan di dalam sistem pengurusan bengkel yang baik perlu wujudnya organisasi yang mengelolakan sistem tersebut. Organisasi yang dibangunkan akan mengagihkan kerja-kerja pengurusan kepada mereka yang terlibat di dalam sistem pengurusan bengkel di mana untuk mendapatkan hasil yang baik, pengagihan kerja di

Sifat motivasi Konsep kendiri

Sikap, Nilai

Bahagian permukaan: Mudah untuk dibina

atau dibangunkan

Personaliti Utama: sukar untuk dibina atau dibangunkan Kemahiran pengetahua n Konsep kendiri Sifat motivasi Dapat dilihat Tersembunyi

(34)

22

dalam organisasi perlu dilakukan untuk kebaikan bersama (Mohd. Sidin, 1998). Organisasi yang diwujudkan adalah merupakan nadi penggerak utama kepada keberkesanan pengurusan di bengkel. Apabila organisasi tersebut dapat melaksanakan tugas seperti yang telah diagihkan, secara tidak langsung segala tugas dan kerja yang melibatkan bengkel akan dapat dilaksanakan (Wagiman, 2002). Kesan daripada itu, kadar kemalangan di bengkel akan berkurangan kerana semua anggota organisasi memainkan peranan yang sewajarnya semasa berada di dalam bengkel dan produktiviti kerja akan meningkat. Lantaran itu aktiviti pengajaran dan pembelajaran amali semasa di dalam bengkel dapat dilaksanakan dengan sempurna dan berkesan.

2.2.3 Faktor persekitaran di dalam bengkel dan kepentinganya

Faktor persekitaran memainkan peranan yang penting terhadap ekosistem dan perkembangan prestasi pelajar semasa melakukan kerja-kerja amali di bengkel. Persekitaran yang kondusif dan selamat akan mewujudkan suasana yang selesa kepada pelajar dan guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kedudukan susunatur alatan dan mesin yang kemas di dalam bengkel dapat mengurangkan risiko daripada berlakunya kemalangan. Kekemasan dan kebersihan di tempat kerja bukan sahaja dapat menjauhkan risiko kemalangan malah ia dapat meningkatkan lagi mutu dan kecekapan pekerja (Buhari, 2008). Usaha untuk meningkatkan mutu persekitaran di bengkel agar sentiasa berada ditahap yang memuaskan beberapa langkah telah dicadangkan untuk penambahbaikkan iaitu:

(i) Serpihan logam yang berlebihan perlu dibersihkan dan jangan dibiarkan bersepah di atas lantai dan di sekeliling tempat kerja sebaik sahaja selesai kerja-kerja amali dijalankan.

(ii) Lantai perlu dibersihkan dan di mop sekiranya terdapat minyak atau gris yang tertumpah kerana ianya akan menyebabkan lantai menjadi licin dan mengundang bahaya kepada pengguna.

(35)

(iii) Jangan membiarkan alatan dan bahan bersepah di atas meja, lantai ataupun di sekeliling ruang kerja setelah selesai digunakan kerana dikhuatiri akan terlanggar, tersepak ataupun terpijak dan menyebabkan kecederaan.

(iv) Pencahayaan dan pengudaraan yang baik di dalam bengkel perlu diberi perhatian kerana udara dan cahaya yang mencukupi akan menyebabkan keadaan di dalam bengkel berada di dalam keadaan yang selesa dan kondusif.

(v) Rak dan tempat menyimpan peralatan perlu disediakan agar alatan tangan dan bahan dapat disusun dengan kemas dan teratur.

(vi) Guru dipertanggungjawabkan untuk memastikan keadaan persekitaran di dalam bengkel sentiasa berada di dalam keadaan yang selamat digunakan oleh pelajar tanpa sebarang risiko yang boleh menyebabkan kemalangan dan kecederaan.

Bengkel memerlukan sistem pencahayaan dan pengudaraan yang baik serta terhindar daripada segala perkara yang menggangu keselesaan persekitaran di dalam bengkel seperti bising, gelap dan sebagainya (Mustapha, 2000). Perkara ini amat penting bagi memastikan keselesaan untuk menjalankan kerja amali di dalam bengkel.

2.3 Pengurusan Bengkel

Pelbagai takrifan yang telah ditakrifkan oleh para ilmuan dan pakar berkaitan dengan pengurusan. Pengurusan ialah satu aktiviti atau perjalanan pergerakan sesebuah organisasi yang berkait rapat dengan kaedah, peraturan dan juga tanggungjawab serta tugas-tugas yang diberikan kepada kakitangan (Wagiman, 2002). Dari aspek pendidikan

(36)

24

pula, pengurusan ialah perancangan pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sempurna tanpa gangguan. Bagi matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pula, ianya merupakan tanggungjawab seorang guru teknikal yang akan menguruskan segala keperluan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan agar bengkel berada di dalam keadaan yang kondusif dan selamat untuk digunakan (Mohd Sidin, 1998).

Pengurusan adalah segala aktiviti yang melibatkan kerja-kerja merancang, menyusun, mengarah, mengkoordinasi dan mengawal aktiviti (Abd Hamid, 1989). Ianya boleh berbentuk barangan atau perkhidmatan yang mampu memberi pulangan atau kepuasan kepada pengguna dan dilakukan dengan cara yang ekonomi serta berkesan. Pandangan ini selari dengan Sidin (1998) di mana beliau menegaskan bahawa pengurusan ialah proses pembahagian tugas kepada seluruh anggota organisasi, mengurus sumber, alatan dan kewangan supaya semua elemen tersebut berkaitan di antara satu sama lain dan menjadi teguh di dalam organisasi tersebut. Di samping itu pengurusan juga merupakan satu proses untuk mencapai matlamat dan objektif yang disasarkan berdasarkan input dalam sesebuah organisasi seperti sumber ekonomi, kakitangan, cara merancang, pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan yang bertujuan untuk mengeluarkan output sama ada dalam bentuk barangan ataupun perkhidmatan.

2.3.1 Pengurusan keselamatan bahan dan alatan

Pengurusan bahan dan alatan di dalam bengkel adalah suatu perkara yang berkait rapat dengan pengetahuan dan pengalaman seseorang di dalam mengendalikan sesebuah bengkel. Pengetahuan tentang keadaan peralatan dan bahan tersebut, kuantitinya, penyelengaraanya, cara mengendalikan dan cara penyimpananya amat perlu kerana alatan dan bahan tersebut perlu sentiasa berada di dalam keadaan yang baik dan selamat untuk digunakan (Mohd Sidin, 1998). Pengurusan alatan dan bahan yang tidak bersistematik akan menganggu proses perjalanan pengajaran dan pembelajaran dan

(37)

RUJUKAN

A. Manan, M. Pengurusan makmal berkualiti bagi makmal amali pelajar: Pengalaman makmal pengujian petroleum. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia; 2003.

Abd Ghafar, M.N. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai, Johor. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia

Abd Hamid, Y. (1989). Pengurusan Woksyop, Petaling Jaya : IBS Buku

Aiken, L. S. (2003). Applied multiple regression/correlation analysis for the behavioral sciences, 3rd ed. Hillsdale: Erlbaum.

Ary, Donald; Jacobs, Lucy Cheser; Razavieh, Asghar. (1985) Introduction to research in education 3rd edition. New York: Holt, Rinehart, and Winston

Ashaari, O. (1996). Pengajaran Kreatif untuk Pembelajaran Aktif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Asnul Dahar, M., & Nurul Faizah, S. Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pengurusan Bengkel Di Sekolah-Sekolah Menengah Teknik Yang Dinaik Taraf Di Negeri Selangor Dan Kuala Lumpur. Journal of Educational Management. 2011. 3: 1– 17.

Ayob, A. M. ( 2005 ). Kaedah penyelidikan sosioekonomi, Edisi ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bakar, A.R. (2007). Jawatankuasa Basmi Kemalangan Pekerja Dibentuk. Dicapai pada Febuari 12, 2011, dari

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1029&pub=utusan_m alaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_14.htm&arc=hive

Bond, T.G. & Fox, C. M. (2007). Applying the Rasch model: Fundamental measurement in the human sciences. (2nd ed.) Mahwah, N.J.: Erlbaum.

(38)

76

Buhari, N. (2008). Tahap Kesediaan Pelajar-Pelajar Kursus Binaan Bangunan Terhadap Keselamatan Di Dalam Bengkel. Di capai pada Mac 3, 2011 dari : http://eprints.utm.my/10905/1/Tahap_Kesediaan_Pelajar.pdf

Bunawan, A. Tinjauan Terhadap Keberkesanan Perlaksanaan Pengurusan Bengkel Oleh Guru-guru Kemahiran Hidup di Sekolah-sekolah Daerah Batu Pahat, Johor. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia; 2007.

Charles, A. W. (1998). Safety, Health And Environmental Protection. Boston Mass: Mc Graw- Hill.

Charles,Y. J. (2007). Construction Safety and Health Factor at the industry Level. Dicapai pada April 05, 2011 di

http://web.usm.my/jcdc/input/JCDC%20Vol%2012(2)/5_Charles%20(p.81- 99).pdf

Che Juhan Negara, R. Tahap Kesediaan Pelajar Politeknik Terhadap Keselamatan Di Dalam Bengkel. Tesis Master, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia; 2012. Chua. (2006). Kaedah penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill,.

Cohen, R.J dan Swedlik, M.E. (2002). Psychological testing and measurement: an introduction to test and measurement. Edisi ke-5. New York: McGraw-Hill. Daud, A. (2003). Healthy Workplace Report November 2003 Government Printing

Johor Bahru. Occupational Health Unit Disease Control Division Ministry Health Of Malaysia. Johor Bahru: NIOSH.

Dilley, H. dan Kleiner, B.H. (1996). Creating a Culture of Safety.Work Study. Vol. 45(3): pp. 5-8

Earl, B. (2008). The Basics of Social Research. Belmont, CA: Wadsworth (4th ed.) Gay, L. R. dan Airasian, P. (2003). Educational research: Competencies for analysis

and applications. Ed. ke-3. New Jersey: Merrill Prentice-Hall.

Hamdan, H.,& Abd. Majid, Z. (1997). Keselamatan Makmal, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hamdan, H. (1994). Keselamatan Makmal. Edisi dua. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

(39)

Hassan, S., Tan, G. S., Ta, K. M., Toh, K. T., Mohd Rafik, K., & H.S., G. (1977).

Panduan Keselamatan Bengkel Sekolah (Cetakan Pe.). Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Hayward, D. 2003. Teaching and Assessing Practical Skills in Science. Cambridge: Cambridge University Press.

Heinrich, H. W. Peterson D. And Ross. (1980). Industry Accident Prevention A Safety Management Approach. New York: Mc Graw Publisher.

Hoyle, E. (1980). Pridesionlization & Deprotession In Education, New York: New York of Education.

Jaafar (1988). Asas Pengurusan, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

Jab, A. T. (2005). Perkembangan Kurikulum Teknik dan Vokasional, Putrajaya: Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja. (2011). Kemalangan pekerjaan mengikut sektor bagi kategori kemalangan maut. Dicapai pada Mac 12, 2011,dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja:

http://www.dosh.gov.my/doshV2/index.php?option=com_phocadownload &view=category&id=81&Itemid=141&lang=ms

Jeanne, L. N. and Kate G. (2002). Building Robust Learning Environment In Undergraduate Science, Technology, Engineering And Mathematics. San Francisco: Jersy-Bass.

John, T. (2001). Occupational Safety and Health Management. Second Edition. United Kingdom. Mcgraw Hill.

Kementerian Sumber Manusia. (2010).Wajibkan aspek keselamatan di tempat kerja.Dicapai pada Febuari 15, 2011 dari Kementerian Sumber Malaysia:

http://www.mohr.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id= 1603&Itemid=558

Kerlinger, F. (1986). Foundations of Behavioral Research, 3rd edn. New York: Holt, Rinehart, and Winston.

(40)

78

Khalid, A. Amalan Pengurusan Bengkel di Sekolah Menengah Vokasional yang Telah di Naik Taraf. Satu Tinjauan. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia; 2002.

Konting, M.M (2000). “Kaedah Penyelidikan Pendidikan.” Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research activities.

Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610.

Kurniotis,. (2001). Curriculum development in vocational and technical education Planning, content and implementation (5th ed.) Allyn and Bacon.

Laney, D.H. (1982). Construction Safety Manual. New York.: National Highway Traffic Safety Administration

Linacre, J. M. (2005). WINSTEPS: Multiple-choice, rating scale, and partial credit Rasch analysis [computer software]. Chicago: MESA.

Lindbeck, R.J. (1986). General Industry And Technology. USA: Bennet and Mc Knight. Lindberk, R.J. (1972). Practice Guide To Industrial & Education, New York: The

Center For Applied Research In Education

Loganathan, E. (2008): Amalan keselamatan bengkel dalam kalangan pelajar di sebuah IKM. Dicapai pada Mac 2, 2011,dari ms. 14 di

http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/EZRALOGAN ATHANAP040087L2008TTP

Longley, Sir. (1969). Safety Education And Training. Safety On Construction Site. London: The Institution Of Civil Engineering.

Mahmood, H. (1993). Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Md. Salleh, A. (1990). Pengurusan Industri, New York: John B. JJ Computer Publication.

Mohd Anuar Abdul Rahman. (2008). Amalan peraturan keselamatan bengkel dalam kalangan pelajar di sebuah Institut Kemahiran MARA. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana.

(41)

Mohd. Hazwan, M. P. (2009). Hubungan Antara Faktor Pengetahuan Dengan Amalan Pengurusan Makmal Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Makmal Kimpalan Arka Dan Gas. In N. Zainal Abidin, S. Abdul Kadir, & A. Kamis (Eds.), Strategi Memperkasa Pendidikan Teknik Dan Vokasional (Cetakan Pe., pp. 13–39). Penerbit Universiti Putra Malaysia

Mohd Nor, M. N. Amalan keselamatan bengkel di kalangan pelajar kursus amalan bengkel mesin di Sekolah Menengah Teknik Kemaman, Terengganu : satu tinjauan. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia; 2000.

Mohd. Sidin, S. (1998). Monograf Organisasi dan Pengurusan Bengkel. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Muhammad A. Manan. (2003). Pengurusan makmal berkualiti bagi makmal amali pelajar: Pengalaman makmal pengujian petroleum. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Mustapha, H. Amalan Peraturan Keselamatan Bengkel di Kalangan Pelajar 4 STP (Kejuruteraan Awam / Jentera / Elektrik / Kemahiran Hidup) di Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai : SatuTinjauan. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia; 2000.

Nair, N. K (1986). Purchasing & Material Management, New Delhi: Vikos Publishing House PTV. LTD

National Education Association. (1996). “Safe School Manual”. NEA: United States. Newable, D., Cannon, R. (1989). Teaching Practical & Laboratory Classes, Asian

Industrial Training: 2(3), Page 18-21

Oh, S.K. Persepsi Guru-Guru Bengkel Terhadap Masalah Yang Dihadapi Dalam Pengurusan Bengkel. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia; (2003).

Pratt, D., (1980), Curriculum Design and Development. International Edition, USA : Halcourt Brace Jovonarich.

R. Borg,W. & Gall,M.D. (1979), Educational Research ; An Introduction. 3rd Edition, New York : Longman, h. 70

(42)

80

Richard, S. Sharf (2001). Life’s Choices Problem And Solutions. Belmont USA: Brooks/Cole Thomson Learning.

Roger, L. B. (2006). Safety And Health For Engineers. Second Edition.USA: John Wiley And Sons Inc Hoboken New Jersey.

Russel, D.R. (1980). Modern Safety And Health Technology. Colombus: Charles E. Merill Pub. Com.

Saleh, R. Persepsi Pelajar Terhadap Amalan Keselamatan Semasa Melakukan Kerja-kerja Amali di Dalam Bengkel Automotif. Tesis Sarjana Muda.Universiti Teknologi Malaysia; 2002.

Samsul, A. R. Perkaitan Antara Pengurusan Berkesan Dari Segi Kesediaan Pengurus Makmal, Pengendalian Peralatan Dan Keadaan Persekitaran Dengan Peningkatan Ciri-Ciri Keselamatan Di Makmal. Tesis Master, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn; 2001.

Sidin, R. (1989). Asas Pentadbiran Pendidikan, Kuala Lumpur: Pustaka Cipta.

Spencer, L. M., & Spencer, S. (1993). Competence At Work : Models For Superior Performance. John Wiley & Sons, Inc.

Strasser, M.K. Aaron, J.E and Bohn, R.C. (1980). Fundamentals Of Safety Education

(Third Edition). New York: Mc Millan Publishing Co. Inc.

Sulong, M.P. Tanggapan Guru-Guru Terhadap Kepentingan Penyenggaraan Bengkel Di Sekolah Menengah Teknik Kemaman, Terengganu : Satu Tinjauan. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia; 2000.

Suradi Salim. Tinjauan sikap dan tabiat belajar pelajar-pelajar sekolah menengah Negeri Selangor. Jurnal Pendidikan. 1997. 11: 77-90

Sweeney, A. E. & Paradis, J. A. 2003. Developing a Laboratory Model for the Professional Preparation of Future Science Teachers: A Situated Cognition Perspective. Research in Science Education. 34(2): 195–219.

Thye, L. (2009). Malaysia ketinggalan aspek keselamatan, kesihatan pekerja.

Dicapai pada Mac 12,2011, dari

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0624&pub=Utusan_ Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_28.htm

(43)

Tuckman, B.W. (1988) Conducting educational research (3rd ed.). San Diego: Harcourt, Brace, Jovanovich.

Wagiman, Z. Perlaksanaan Pengurusan Bengkel Oleh Guru-guru Kemahiran Hidup di Sekolah-sekolah Daerah Pasir Mas, Kelantan. Tesis Sarjana Muda Universiti Teknologi Malaysia; 2002.

Wiersma, W. (2000). “Research Methods in Education: 6th Edition. New York : Allyn and Bacon

Woods, P.F. (1976). Fundamentals Of Welding Skills. London: The Mac Millan Press Ltd.

Zainudin, A., & Rosini, A. Hubungan Pengurusan Bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu Dengan Persepsi Guru Terhadap Sokongan Pihak Pentadbir Sekolah.

Referensi

Dokumen terkait

Terdapat tiga metode dalam penelitian ini yaitu metode pengolahan citra optis (klasifikasi terawasi), citra radar (InSAR) dan sistem informasi geografis (SIG). Data

Kajian ini dapat menjadi suatu topik yang menarik untuk diteliti di masa depan agar lebih memperkuat thesis statement yang diajukan sebelumnya, bahwasanya harus ada

Jika cairan yang diinokulasikan ini menimbulkan gejala penyakit kulit diplodia, maka dapat disimpulkan bahwa patogen mengeluarkan toksin pada saat konidia mulai berkecambah.. Uji

Berdasarkan hasil wawancara yang dilakukan dengan adanya bentuk dorongan yang diberikan oleh guru pembimbing terhadap siswa, siswa merasakan senang mengikuti proses

Awang Adek Hussein dengan calon PAS (Ahmad Marzuk Shaary). Situasi ini, memperlihatkan majoriti yang dimenangi oleh Ahmad Marzuk Shaary merupakan majoriti yang

Sehubungan dengan hal itu, dalam rangka pengelolaan keuangan negara, pemerintah dalam hal ini mengambil kebijakan baik dalam kerangka administrasi negara maupun kerangka

Dapatan kajian mendapati nilai korelasi r, bagi faktor kemahiran membimbing, melaksana dan membuat penilaian dengan komitmen guru adalah 0.269* untuk membimbing, diikuti 0.367*

Berdasarkan kepada hasil dapatan yang diperolehi, didapati gaya ‘Equalitarian ‘ merupakan gaya yang paling kerap digunakan oleh Guru Besar sekolah di tiga buah sekolah daerah