• Tidak ada hasil yang ditemukan

Mampukah seminar kerjaya kejuruteraan kuasa meningkatkan motivasi diri kepada pelajar di IPT?

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Mampukah seminar kerjaya kejuruteraan kuasa meningkatkan motivasi diri kepada pelajar di IPT?"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

(2 empty lines)

Mampukah Seminar Kerjaya Kejuruteraan Kuasa Meningkatkan Motivasi Diri

Kepada Pelajar di IPT?

(2 empty lines)

Siti Amely bt Jumaata, Siti Zarina binti Mohd. Mujib, Ida Laila Ahmadc, Zarina Tukirand, Jamaluddin Jalanie, Khalid Isaf, Norfaiza Fuadg, Masnani Mohamedh, Shamsul Mohamadi

Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,

Beg Berkunci 101, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

amely@uthm.edu.mya, szarina@uthm.edu.myb, ida@uthm.edu.myc, zarin@uthm.edu.md, jamalj@uthm.edu.mye,halid@uthm.edu.myf, norfaiza@uthm.edu.myg, masnani@uthm.edu.myh,

shamsulm@uthm.edu.myi (2 empty lines)

Abstrak (2 empty lines)

Tiada semangat untuk belajar, hilang motivasi untuk cemerlang, sikap sekadar cukup makan dan tiada hala tuju adalah di antara faktor pelajar mendapat keputusan yang lemah di institut pengajian tinggi . Bagi menangani isu ini Jawatankuasa Pembangunan Pelajar (PROPEMP), Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah menjalankan satu kajian tentang keberkesanan seminar kerjaya dalam bidang kejuruteraan kuasa ke atas pelajar Tahun 3 dan Tahun 4 Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik. Seminar ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai etika profesional bagi meningkatkan motivasi diri, memberi panduan dan hala tuju kepada pelajar setelah tamat pengajian serta melihat peluang pasaran kerjaya di industri. Sepanjang seminar berkenaan penceramah-penceramah daripada industri telah dijemput bagi menyampaikan tajuk-tajuk ceramah seperti Pengenalan Kepada Kejuruteraan Kuasa, Kerjaya Jurutera di Industri dan Kerjaya Jurutera di TNB, Berhad. Daripada kaji selidik yang dijalankan ke atas pelajar didapati 96% bersetuju bahawa seminar ini memberi manfaat sebagai panduan di masa hadapan dan 89% menyatakan seminar ini telah berjaya menyuntik motivasi agar mereka belajar dengan lebih bersungguh. Kesimpulannya aktiviti seperti ini patut diadakan memandangkan pensyarah kini tidak hanya tertumpu kepada pengajaran di kuliah semata-mata tetapi juga memberi pendedahan mengenai profesion jurutera. Secara tidak langsung minat kepada bidang kejuruteraan khususnya kejuruteraan kuasa dapat dipupuk dengan lebih awal.

(1 empty line)

Kata kunci : seminar kerjaya; motivasi; jurutera; cemerlang; profesional (2 empty lines)

1. Pengenalan (1 empty line)

Apakah sebenarnya halatuju pelajar di universiti? Adakah mereka faham dengan keadaan yang mereka sedang buat sekarang? Kadangkala kita amat risau dengan tahap pengangguran di kalangan siswazah sekarang ini. Ini kerana dalam minda mereka hanya terisi dengan pekerjaan makan gaji saja. Permasalahan ini timbul, ekoran kejahilan mereka tentang halatuju masing-masing di universiti. Menyedari hal yang demikian satu seminar kerjaya telah diadakan di Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) untuk pelajar Tahun 3 dan Tahun 4 Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik. Seminar yang julung-julung kali diadakan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang peluang-peluang kerjaya yang cerah yang mesti

mereka perolehidi industri selepas tamat pengajian. Selain itu, ia memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan etika profesional yang sememangnya amat penting bagi seorang yang bergelar jurutera. Sememangnya program sebegini dapat memberikan impak yang besar kepada pelajar. Antara program sebegini yang pernah diadakan adalah program yang diadakan untuk guru-guru bagi membantu golongan guru mengenal pasti peranan utama mereka sebagai agen perubahan yang berpengaruh besar dalam membantu pelajar sekolah menengah untuk membuat pilihan dalam kerjaya masing-masing ternyata memberikan hasil yang memberangsangkan iaitu kefahaman tentang peluang kerjaya[6].

Menyedari tentang betapa pentingnya program sebegini diadakan satu Pusat Latihan Motivasi dan Kerjaya Cemerlang atau PLMKC telah diwujudkan pada 13 Disember 2006 bagi menjalankan perkhidmatan ke arah kemasyarakatan, pengurusan,

(2)

perunding motivasi , kerjaya, usahawan, perniagaan dan hala tuju, mengendalikan program, kursus, latihan, seminar, bengkel, pengucapan awam, khidmat tenaga pengajar, kem bina semangat kepada semua individu sama ada dari kalangan pelajar rendah, menengah, tinggi, dewasa, penganggur, berkerjaya, dan ahli perniagaan [7].

Secara kesimpulannya, program berbentuk kesedaran tentang kerjaya sebenarnya banyak memberikan manfaat dan pihak universiti perlu menggalakkan program sebegini dijalankan lebih kerap lagi setiap tahun.

(2 empt y lines)

2. Methodologi Kajian (1 empty line)

Kajian yang dijalankan adalah berbentuk deskriptif dan data-data yang diperolehi secara soal selidik. Maltamat kajian ini adalah untuk melihat kepentingan dan keberkesanan mengadakan seminar kerjaya kepada pelajar-pelajar di institut pengajian tinggi. Populasi kajian adalah keatas pelajar Tahun 3 dan Tahun 4 Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik pada Semester 2 Sesi 2007/2008 iaitu seramai 87 orang. Sampel kajian adalah dikalangan pelajar lelaki dan perempuan yang menghadiri Seminar Kerjaya Kejuruteraan Kuasa anjuran Jawatankuasa Kecil Program Pembangunan Pelajar (PROPEMP). pada 2 Ogos 2007.

Soal selidik yang digunakan didalam kajian ini mengandungi 24 item soalan yang dibahagikan kepada :

1. Bahagian A: Maklumat peribadi (6 item soalan)

2. Bahagian B: Maklumat akademik (3 item soalan) 3. Bahagian C: Maklumat Ceramah I (4 item soalan)

3. Bahagian D: Maklumat Ceramah II (5 item soalan)

4. Bahagian E: Maklumat Keseluruhan Program

5. Bahagian F: Ruangan Cadangan untuk penambahbaikan seminar.

Seminar Kerjaya Kejuruteraan Kuasa ini telah dilaksanakan pada 8 Ogos 2007 di Bilik Seminar 2, Kompleks FKEE, UTHM. Seminar berkenaan telah dibahagikan kepada dua slot iaitu slot pagi dan slot petang. Slot pagi telah disampaikan oleh En.Ir. Razali Budin, General Maneger (Contracts And Services) daripada Tamco Corporate Holding Sdn. Bhd Ltd. Petaling Jaya, Tajuk-tajuk ceramah yang disampaikan oleh beliau adalah Pengenalan Kepada Kejuruteraan Kuasa dan Kerjaya Juruteraan Kuasa di Industri. Manakala di slot petang dikendalikan sepenuhnya oleh Tuan Haji Abdul Nasir Bin Abdul Jabar, Ketua Jurutera Tenaga Nasional Berhad (TNB) Negeri Johor. Tajuk ceramah beliau adalah Kerjaya jurutera di Tenaga Nasional Berhad [4].

Jadual 1 menunjukkan senarai isi kandungan yang disampaikan di dalam Ceramah I, II dan III.

Jadual 1 Isi kandungan di dalam Ceramah 1, II dan III

(1 empty line)

Ceramah I Ceramah II Ceramah III

Kejuruteraan Kuasa (Sejarah, Kejuruteraan Kuasa Profesional di Industri Pengenalan –TNB Sistem Kuasa Elektrik di Malaysia Jurutera (Tanggapan Umum, Kategori Jurutera, Pengagihan Jurutera) Sistem Elektrik – TNB Penjanaan Kuasa Profesion sebagai Jurutera Penjanaan (Latarbelakang, Penjana Kuasa di Malaysia, Sabah Electricity Sdn Bhd) Penghantaran Kuasa Kerjaya sebagai Jurutera Penghantaran (Sistem Grid Nasional, Penghantaran (Fungsi

Sistem Grid, Talian Penghantaran AT, Substation Penghantaran, Komponen-komponen) Pengagihan Kuasa Elektrik Engineering Body In Malaysia Badan-badan Kejuruteraan di Malaysia Pengagihan (Sistem pengagihan, sibstation pengagihan, kabel voltan sederhana) Syarikat-syarikat Kuasa Elektrik di Malaysia dan di Persekitaran Kerja Jurutera Kuasa Pendawaian di dalam rumah (1 empty lines)

Dalam Ceramah I, penceramah menekankan berkenaan sistem kuasa elektrik yang terbahagi kepada sistem penjanaan, penghantaran dan pengagihan. Sistem ini digunapakai diMalaysia yang dikendalikan sepenuhnya oleh TNB dan dihantar terus kepada pengguna. Didalam Ceramah II perbezaan antara peranan jurutera dan sainstis, jurutera dan universiti juga dinyatakan. Tahap-tahap jurutera juga dijelaskan didalam ceramah ini.Penceramah menyatakan bahawa hanya 10% pengetahuan sahaja yang diperolehi di universiti akan di guna semula apabila bekerja di industri nanti. Manakala yang selebihnya adalah pengetahuan dan pengalaman baru yang diperolehi. Sementara itu, di dalam Ceramah III, penceramah menyentuh berkenaan kerjaya yang terdapat di TNB di bahagian penjanaan (penjanaan kuasa), penghantaran (penghantaraan Grid Nasional) dan pengagihan (Jurutera Kawasan)[1].

(3)

empty lines)

3. Analisa data dan keputusan

Dapatan hasil daripada borang kaji selidik yang diedarkan selepas program telah direkodkan mengikut kategori berikut:

3.1. Adakah seminar kerjaya yang dianjurkan ini memberi manfaat sebagai panduan di masa hadapan.

Rajah 1 menunjukkan sebanyak 56% daripada para peserta seminar kerjaya ini menyatakan mereka bersetuju manakala 40% berpendirian sangat bersetuju bahawa isi kandungan seminar ini menepati dan banyak membantu dalam memberi pelbagai panduan yang berguna di masa hadapan. Peratusan pelajar yang bersetuju adalah 96% berbanding 4% yang tidak pasti.

Selain itu, peserta juga merasakan bahawa seminar sebegini amatlah sesuai dalam memberi pendedahan awal kepada dunia pekerjaan agar mereka dapat membuat persediaan yang sewajarnya. Ini jelas menunjukkan kepentingan seminar kerjaya dalam usaha memupuk pemikiran yang positif ke arah kerjaya jurutera.

Pelajar juga secara tidak langsung dapat memanfaatkan kehadiran penceramah melalui sesi soal jawab dengan bertanyakan mengenai keadaan sebenar di industri pada masa kini. Melalui penjelasan yang diberikan, pelajar lebih memahami bentuk-bentuk cabaran yang bakal mereka hadapi selepas mereka bergelar graduan kelak.

Rajah 1: Taburan frekuensi maklumbalas pelajar terhadap kenyataan: Adakah isi kandungan seminar kerjaya ini memberi manfaat sebagai panduan di masa depan.

3.2. Adakah seminar kerjaya yang dianjurkan ini telah membentuk motivasi dalam diri mereka.

Pendekatan seminar kerjaya ini secara tidak langsung mampu menyuntik motivasi diri kepada

para pelajar. Kenyataan ini disokong oleh dapatan kajian yang menunjukkan bahawa sebanyak 51% daripada para peserta menyatakan mereka bersetuju manakala 38% berpendirian sangat bersetuju menjadikan peratusan pelajar yang bersetuju ialah sebanyak 89%. Ia menunjukkan perbezaan dengan 11% pelajar yang tidak pasti samada seminar kerjaya sebegini dapat membantu meningkatkan motivasi mereka. Ini dapat dilihat pada Rajah 2 di bawah.

Rajah 2: Taburan frekuensi maklumbalas pelajar terhadap kenyataan: Adakah seminar kerjaya yang dianjurkan ini berjaya menyuntik motivasi diri pelajar agar belajar dengan lebih bersungguh.

Pelajar perlulah sentiasa bermotivasi agar mereka lebih bersemangat dalam memenuhi tuntutan tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Seorang pelajar yang mempamerkan ciri-ciri bermotivasi tinggi akan sentiasa disenangi oleh pelbagai pihak dan kehadiran mereka dalam segelintir kelompok pelajar berupaya meningkatkan pencapaian secara signifikan.

Seminar ini juga berjaya memberi penekanan tentang kepentingan menguasai kemahiran generik seperti kemahiran interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran berfikir dan bertindak, kebolehan membuat keputusan dan menyelesaikan masalah bagi menentukan keupayaan graduan mengadaptasikan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam dunia pekerjaan sebenar [8].

Kepentingan peranan motivasi dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju 2020 tidak dapat dinafikan lagi. Modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah [9].

(4)

3.3. Adakah penceramah berjaya menyampaikan kandungan modul dengan berkesan dan menarik.

Respon positif yang diberikan oleh para peserta seminar adalah bertitik-tolak daripada kemahiran penceramah dalam menyampaikan butiran-butiran ceramah dengan berkesan. Melalui perkongsian pengalaman industri yang diberikan pelajar lebih menyedari kepentingan untuk belajar dengan lebih bersungguh agar dapat menjamin masa depan yang lebih sempurna.

Secara amnya, penceramah yang dijemput sememangnya mahir serta bijak menarik minat dan mengolah kandungan modul seminar ini. Fakta ini jelas berdasarkan kepada penglibatan mereka secara langsung dalam industri. Sumbangan berterusan daripada pihak industri dalam usaha untuk memantapkan modal insan adalah amat ketara melalui seminar kerjaya sebegini.

Rajah 3 di bawah menunjukkan bahawa sebanyak 89% peserta bersetuju bahawa penceramah yang dijemput berjaya menyampaikan kandungan modul dengan baik berbanding 11% merasakan yang sebaliknya.

Rajah 3: Taburan frekuensi maklumbalas pelajar terhadap kenyataan: Adakah penceramah berjaya menyampaikan kandungan modul dengan berkesan dan menarik.

Berikut adalah komen dan cadangan yang diterima daripada para pelajar yang menyertai seminar ini.

1. Bagus dan boleh dianjurkan selalu. 2. Kalau boleh besarkan skop lagi best.

Bukan hanya kuasa elektrik sahaja. 3. Pilih tempat dewan kuliah yang lebih besar

dan selesa.

4. Program hendaklah diadakan bukan hari kuliah dan memastikan penceramah menyampaikan ceramah berkaitan topik yang disediakan.

5. Mengadakan pada hari yang bersesuaian 6. Terang dan jelas.

7. Boleh teruskan lagi seminar macam ini. 8. Ok

9. Bagus

10. Banyak beri pendedahan kepada pelajar tentang peluang pekerjaan pada masa depan.

11. Sangat bagus dan harap akan diadakan pada semester depan. Kebaikan kepada pelajar FKEE dan mesti dibuka kepada semua pelajar. Sangat bagus dan menambah pemahaman pelajar tentang bidang kerjaya kejuruteraan.

12. Perbanyakkan lagi aktiviti-aktiviti untuk subjek lain.

13. Perbaiki bahagian teknikal

14. Cari tempat yang sesuai, hari yang sesuai dan seminar dibuat diluar UTHM.

15. Penceramah 1: memboringkan dan mengantuk. Penceramah 2 : sangat bagus dan menarik

16. Ok. Perlu perbaiki dari segi teknikal 17. Pengurusan kurang memuaskan

(2 empty lines) 4. Kesimpulan

Daripada soal selidik yang telah dijalankan, statistik menunjukkan program sebegini berjaya memotivasikan pelajar ke arah persepsi yang lebih positif kepada kerjaya jurutera. Sekali gus memberikan mereka semangat untuk memfokuskan halatuju mereka semasa di universiti agar lebih bersedia di pasaran kerjaya.

(2 empty lines) Penghargaan (1 empty line)

Penulis-penulis ingin merakamkan sepenuh penghargaan diatas sokongaan penuh yang diberikan oleh Puan Rohaiza Hamdan, pensyarah bersama matapelajaran Sistem Kuasa Elektrik, para pelajar matapelajaran Sistem Kuasa Elektrik Semester 1 Sesi 2007/2008, En. Erwan Bin Sulaiman, Ketua Panel Bidang, Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan En. Afandi Bin Ahmad, Bekas Pengerusi PROPEMP 2007.

(2 empty lines) Rujukan (1 empty line

1. S.A. Jumaat, Can TBL change students’ perception towards Electrical Power System subject? Proceedings of the 1st International Conference of Institution of Engineering and Technology Brenei Darussalam Network, IET Publishing, 2008.

2. Robert L. Avanzo, Engineering Education and Career Talks for High School Students, Ogontz

(5)

Campus, The Pennsylvania State University 1992, pp 416-418.

3. Adnan Ahmad, Dr. Sukri Saud, Norida Mohd Shariff, Pemilihan Kerjaya di Sektor Pembinaan Oleh Pelajar Pengajian Teknik Kursus Kejuruteraan Awam: Satu Tinjauan, Proceeding of the International Conference on Construction Industry 2006, Padang, Indonesia, 2006, pp157-161.

4. S.A Jumaat, Power Engineering Career Seminar 2007 Semester 1 2007/2008 Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Report, University Tun Hussein Onn Malaysia, 2007.

5. Izaida Ibrahim, Memilih Kursus Selepas SPM: Daripada Pelajar Kepada Pelajar, Assignment, University of East London, 2006.

6. Portal pendidikan utusan, Utusan Malaysia www.tutor.com.my 200 guru ikuti seminar

kerjaya geosains. Diakses pada 10hb September 2008.

7. Pusat Latihan Motivasi dan Kerjaya Cemerlang http://www.plmkc.com/. Di akses pada 10hb September 2008.

8. Megat Aman Zahiri Megat Zakaria, Baharudin Aris, Jamaluddin Harun dan Mohd Zolkifli bin Abd Hamid, Kemahiran Generik dengan Jantina, Pengkhususan dan Pencapaian Guru-Guru Pelatih UTM: Satu Tinjauan, Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun 2007.

9. Pelan Induk Pendidikan 2006-2010 (2006), http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=pi pp&unit=kementerian&bhs=my. Diakses pada 10hb September 2008.

Referensi

Dokumen terkait

Selain itu, air laut yang panas yang oleh masyarakat seringkali digunakan sebagai tempat berendam bukan disebabkan karena adanya unsur sulfur yang percaya dapat membantu

Hal yang menarik sekaligus unik dari alat musik karinding ini adalah; pertama, dengan cara dipukul mampu menghasilkan bunyi yang variatif cukup banyak; kedua,

Pelatihan dilaksanakan tiga kali pertemuan yaitu tanggal 20 Agustus 2019 dan tanggal 30-31 Agustus 2019. Tempat pelatihan di SD Negeri 65 Bukit Peninjauan II Kecamatan

Kendali Mutu (GKM) membawahi Unit Pengendali Mutu yang diketuai langsung oleh Ketua Program Studi yang bertugas melaksanakan proses penjaminan mutu di tingkat

Semakin besar konsentrasi NaCl semakin besar pula ukuran nanopartikelnya, sedangkan jumlah emas nanopartikel dalam koloid yang paling banyak dihasilkan dari sintesis

Dengan demikian penatagunaan tanah penting untuk dilakukan karena bisa mensinergiskan antara kegiatan pembangunan (termasuk infrastruktur) dengan rencana tata ruang yang ada

Untuk meningkatkan kualitas produk yang baik Ardi Laras harus lebih memperhatikan keamanan dan keawetan produk, seperti desain kayu yang rapi dan bahan baku yang digunakan baik

Hal ini mengindikasikan bahwa sebagian besar responden atau 33 dari 74 responden menyatakan Motor yang di beli cukup sesuai dengan nilai-nilai yang ada pada