• Tidak ada hasil yang ditemukan

PROGRAM PEMBIAYAAN MUZIK INDEPENDEN CENDANA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PROGRAM PEMBIAYAAN MUZIK INDEPENDEN CENDANA"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

PROGRAM PEMBIAYAAN MUZIK INDEPENDEN CENDANA

GAMBARAN KESELURUHAN

Permohonan

Dibuka Permohonan Tamat Makluman kepada Pemohon

Sesi Taklimat Surat Perjanjian

Program Bermula

6 April 2021 6 Mei 2021 21 Jun 2021 2-4 minggu selepas makluman

Ogos 2021 dan seterusnya

Program Pembiayaan Muzik Independen CENDANA ("Program") menyokong penciptaan dan perkembangan kandungan muzik independen Malaysia. Matlamat Program ini adalah untuk memperluaskan kepelbagaian kerja berkualiti tinggi untuk pendengar dan penonton di di Malaysia serta menggalakkan pengamal tempatan untuk mencabar batasan seni muzik mereka.

Istilah 'Independen' di sini merujuk kepada individu/entiti muzik yang bukan di bawah naungan sebarang label muzik komersial atau syarikat korporat.

Program ini menyokong:

• Pembangunan dan penciptaan karya baru1 (rakaman single, EP, album dan

sebagainya);

• Pertunjukan dan persembahan (dalam Malaysia sahaja); dan

• Penciptaan kandungan digital (video muzik, video persembahan live dan lain-lain). Kerja-kerja yang dicadangkan mestilah:

• boleh diakses oleh orang awam;

• dihasilkan oleh individu dengan pengalaman yang mencukupi dan relevan2;

• untuk kerja rakaman seperti album ataupun EP, akan dijual, sama ada dalam bentuk fizikal atau digital, menggunakan sistem pengedaran nasional/antarabangsa yang berkesan;

• bagi projek rakaman, rakaman tersebut mestilah dilancarkan secara umum sama ada secara digital atau pun melalui pertunjukan secara fizikal;

• disokong dengan strategi pemasaran dan promosi;

1 Keutamaan diberikan kepada kerja yang mempromosikan karya Malaysia.

(2)

• sekiranya hasil kerja melibatkan pelbagai disiplin seni, ia haruslah mempunyai muzik sebagai komponen majoriti yang jelas yang akan menyumbang kepada industri muzik Malaysia;

• dalam projek penciptaan kandungan video, keutamaan akan diberikan kepada produksi bagi penciptaan kandungan baharu. Sekiranya kerja tersebut telah pun dirakamkan dan dilancarkan sebelum ini dan adalah digunakan bagi tujuan penciptaan kandungan video, hanya rakaman yang dihasilkan dalam tempoh tiga (3) tahun terakhir sahaja yang boleh digunakan;

• siap dalam tempoh 12 bulan dari tarikh permulaan projek.

Kami menyokong pelbagai jenis muzik dan genre termasuk tetapi tidak terhad kepada: • Klasik

• Jazz

• Muzik Dunia • Muzik Tradisional

• Muzik Popular Kontemporari • Indie dan Alternatif

• Rock (termasuk Blues, Modern, Post Rock dan lain-lain) • Urban (termasuk Hip Hop, Rap dan lain-lain)

• Metal dan Punk • Electronika

Program pembiayaan CENDANA diperkenalkan untuk menyediakan dana dan bantuan kewangan, dalam bentuk geran bersyarat kepada individu, syarikat, gabungan atau persatuan yang didaftarkan dan didaftarkan di Malaysia.

Siapakah yang layak memohon Program Pembiayaan Muzik Independen

CENDANA ?

• Warganegara Malaysia atau organisasi yang berdaftar dengan minimum tiga (3) tahun pengalaman profesional, tidak bernaung di bawah sebarang label muzik komersial atau syarikat korporat dan memiliki portfolio kerja yang terlibat secara aktif dalam sektor muzik independen di Malaysia adalah dialu-alukan. Ini adalah termasuk tetapi tidak terhad kepada:

• artis solo, band atau kumpulan

• label muzik independen, pengurus atau penganjur • tempat persembahan muzik

• Pemohonan boleh dibuat oleh individu, kolektif/kumpulan atau organisasi. Walaubagaimanapun, pemohon utama mesti mengambil tanggungjawab pentadbiran sepenuhnya serta terlibat secara aktif dalam keseluruhan projek.

(3)

Kerja yang dicadangkan oleh entiti yang berasaskan keuntungan mestilah mempunyai manfaat pembangunan yang signifikan terhadap artis independen tempatan dan menghasilkan hasil kerja yang berkualiti tinggi kepada para hadirin. Memandangkan pembiayaan ini bersifat kompetitif dan juga sumber dana yang terhad, CENDANA mengutamakan pembiayaan kepada entiti yang berlandaskan muzik sebagai teras utama perniagaan dan cadangan baharu berbanding cadangan kerja yang berulang, yang telah pernah dihasilkan dan menerima dana sebelum ini.

Siapakah yang tidak layak memohon Program Pembiayaan Muzik Independen

CENDANA?

CENDANA tidak akan dapat menyokong permohonan anda jika: i. Kumpulan/ Organisasi:

• diwujudkan untuk tujuan bukan sekular;

• tidak memenuhi kriteria yang layak seperti yang ditetapkan;

• telah diisytiharkan muflis/ bankrap atau sedang menghadapi prosiding kebankrapan;

• sedang menghadapi tindakan, tuntutan, proses atau penyiasatan terhadap pemohon;

• sedang didakwa dan / atau disabitkan dalam proses jenayah atau dinamakan sebagai tertuduh dalam proses kes mahkamah yang belum selesai;

• kini menerima dana di bawah mana-mana program pembiayaan CENDANA (tidak termasuk Program Pembiayaan Create Now);

• yang masih di dalam proses penilaian/ mempunyai laporan penilaian yang masih belum dilaporkan berkaitan program pembiayaan sebelum ini dengan CENDANA.

• jika terdapat sebarang penemuan tidak positif terhadap organisasi semasa proses permohonan.

• telah dibiayai oleh CENDANA dalam masa tiga (3) tahun berturut-turut.

ii. Cadangan Projek:

• yang telah bermula sebelum permohonan dibuat atau sebelum selesai proses penilaian bagi permohonan pembiayaan CENDANA ini;

• yang tidak mempunyai komponen seni yang jelas, termasuk projek yang jelas bertujuan untuk mempromosikan isu-isu keagamaan; 


yang tidak dapat menunjukkan usaha yang jelas dalam memberi manfaat kepada artis atau pengkarya/pengamal muzik;

• yang bertujuan khusus untuk tujuan akademik atau dibentangkan di bawah naungan sebuah sekolah atau institusi pengajian tinggi dan merupakan sebahagian daripada kurikulumnya; 



(4)

• bertujuan untuk menjana keuntungan yang akan diagihkan kepada pemilik syarikat/ pemegang saham;

• yang diadakan di tempat keagamaan;

• yang tidak bertujuan untuk kepentingan awam; 
 • yang bertujuan untuk menambah dana; 


• yang tidak mempunyai lesen hakmilik atau permit yang berkaitan (cth. majlis perbandaran tempatan atau kelulusan PUSPAL).

• yang tidak ada lesen hakmilik yang relevan

Bagaimanakah anda boleh memohon Program Pembiayaan Muzik Independen

CENDANA?

• Anda boleh mengemukakan permohonan pembiayaan melalui sistem pengurusan geran di atas talian; CENDANA di www.cendana.com.my . Penyerahan yang dibuat melalui cara lain, seperti melalui e-mel, salinan asal,TIDAK akan diterima.

Pembiayaan yang disediakan dibawah Program Pembiayaan Muzik

Independen CENDANA

Program Pembiayaan Muzik Independen memberikan pembiayaan berjumlah sehingga RM30,000 bagi setiap permohonan untuk kos yang berikut:

Perbelanjaan Yang Layak Perbelanjaan Tidak Layak

Yuran Profesional • Bayaran / kolaborator3 profesional (iaitu

pengeluar, pengurus projek, komposer, pengarah, artis persembahan4,

pengurus pentas, penulis lirik, penulis staf teknikal, penceramah bengkel/fasilitator dll.)

• Kos untuk penterjemah / penyalin (Bahasa: Inggeris, Bahasa Malaysia, Mandarin dan Tamil sahaja)

• Bayaran untuk videografi/ fotografi • Kos untuk membolehkan karya anda

dipersembahkan di platform digital (iaitu pereka web, penyuntingan audio,

• Kos Perbelanjaan operasi (Gaji, sewaan ruang, bayaran pentadbiran, dsb.)

3 Kolaborator adalah bukan pemohon/ahli muzik sendiri 4 Yang bukan pemohon/ahli muzik sendiri

(5)

penyuntingan video, penyalin, ilustrator dll.)

Nota: Catatan: Bayaran mesti relevan dan berdasarkan purata kadar pasaran. Permintaan kadar profesional perlu disokong oleh pengalaman dan latar belakang industri mereka. Semua bayaran yang diminta akan memerlukan penyampaian profil dan kerja sokongan yang relevan.

Sila ambil maklum bahawa Pendanaan tidak menggantikan gaji sepenuh masa dan tidak dimaksudkan untuk menjadi satu-satunya pendapatan sepanjang tempoh pendanaan.

Sokongan Teknikal, Bahan dan Ruang • Kos yang diperlukan untuk produksi /

persembahan (sistem bunyi, kakitangan teknikal, penyewaan peralatan teknikal, kelengkapan audio, kru, aspek rekaan dan ciptaan set, prop, kostum dll.) • Sewa ruang/ tempat

• Kos bahan (yang berkaitan dengan penghasilan projek di bawah Program ini sahaja)

• Penambahbaikan atau penambahan terhadap platform atas talian5

• Kos pencetakan dan penduaan album • Rekaan bungkusan album

• Perbelanjaan operasi (iaitu sewa pejabat bulanan, bil utiliti dll.)

• Perbelanjaan modal termasuk penambahbaikan / pengubahsuaian bangunan, pejabat, studio

• Pembelian dan peningkatan perisian komputer

• Pembelian peralatan elektronik (iaitu komputer riba, pencetak, alat muzik, mesin dll)

• Permit dan lesen acara • Kos katering dan makanan

Mobiliti dan Jelajah • Tiket penerbangan pergi/balik

• Kos perjalanan pergi dan balik ke dan dari lapangan terbang

• Visa dan Pasport

• Sokongan perubatan (insurans perjalanan, vaksin)

• Cukai kastam penghantaran antarabangsa

5 Penambahan pakej premium untuk jangkauan pendengar/penonton yang lebih meluas di platform atas talian cth. Zoom GoToMeeting dsb.

(6)

• Perbelanjaan perjalanan dengan kereta api, bas, atau kereta6 untuk raptai dan

tempat acara sahaja

• Kos pengangkutan kargo untuk jelajah (iaitu peralatan, instrumen dll.)

• Per diems7

• Penginapan (hanya untuk peserta perjalanan sahaja)

• Kos logistik peralatan (domestik dan antarabangsa

• Kos makanan dan minuman

Nota Tambahan untuk Mobiliti dan Jelajah Bagi platform atas jemputan, anda mesti memenuhi perkara berikut:

• Menerima jemputan yang telah disahkan daripada rakan antarabangsa / tempatan, pengusaha tempat, penerbit atau pengarah festival.

• Menerima ganjaran yang sesuai (iaitu honorarium atau bayaran profesional) untuk persembahan dan adalah dihoskan serta disediakan dengan antara lain, tempat tinggal.

Bagi projek usaha sendiri, anda mesti memenuhi perkara berikut:

• Sediakan salinan resit tempahan tempat atau surat pengesahan dari tempat masing-masing di mana persembahan / kerja anda akan dipersembahkan.

• Semua izin / lesen / visa yang berkaitan adalah dipohon dan diluluskan.

Apakah yang anda perlu lakukan sekiranya tidak dapat memperolehi surat pengesahan daripada penganjur semasa proses permohonan?

Sekiranya anda masih lagi menunggu pengesahan daripada rakan/kolaborator, anda dinasihati untuk menghantar permohonan anda sebelum tarikh tutup dan nyatakan dengan jelas sebarang maklumat yang masih lagi dalam proses pengesahan. Sebaik sahaja maklumat-maklumat tersebut telah disahkan, sila serahkan maklumat-maklumat tersebut kepada CENDANA (terhad kepada dua (2) minggu selepas tarikh tutup permohonan).

Pemasaran dan Promosi • Kegiatan pemasaran / promosi (iaitu

bayaran iklan, percetakan jaminan pemasaran, bayaran pereka, media sosial / iklan digital dll.)

• Domain web dan perkhidmatan pengehosan web

• Yuran sijil SSL (Secure Sockets Layer

6 Tuntutan perjalanan adalah RM0.80 bagi setiap kilometer dari tempat kediaman ke destinasi.

7 Untuk platform yang tidak menyediakan per diems dan hanya untuk jangka masa acara maksimum 10 hari pada

(7)

• Yuran dan perkhidmatan pengurus pemasaran/komunikasi/media sosial, pereka bahan pemasaran dll

• Kos penterjemahan/ transkripsi dan proofreading (Bahasa: English, BM, Cina dan Tamil)

• Yuran pengoptimuman enjin carian Search Engine Optimisation fees • Perisian seni digital (Adobe Creative

Cloud cth. Photoshop, Illustrator, InDesign, Dreamweaver)

• Perisian sunting video dan grafik (cth. MadMapper, Isadora Troikatronix, HeavyM, Resolume Arena)

• Yuran simpanan cloud (cth. iCloud, Dropbox)

• Sebarang jenis peranti simpanan (cth. pemacu kilat USB)

• Bayaran get laluan e-commerce Yuran Penyertaan

• Bayaran pendaftaran untuk mengambil bahagian dalam program yang dikenal pasti untuk mendorong penyertaan dalam berbagai peluang pembangunan. Nota: Untuk memberikan perincian bayaran program semasa proses permohonan.

• Bayaran kursus akademik seperti diploma dan ijazah serta lain-lain.

Kerja yang dicadangkan mestilah mematuhi garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan, larangan berkumpul sepertimana yang telah diarahkan oleh kerajaan persekutuan atau negeri atau dalam ruangan yang telah ditetapkan oleh kerajaan seperti penjarakan sosial, perhimpunan beramai-beramai dan prosedur operasi standard bagi sesuatu acara.

Program Pembiayaan CENDANA adalah untuk memberikan sebahagian sokongan untuk membolehkan usaha-usaha karyawan dan pengantara seni untuk merealisasikan projek-projek artistik yang menarik. Pembiayaan ini tidak bertujuan untuk menggantikan gaji penganjur dan ia tidak bertujuan sebagai sumber pendapatan utama sebagai bayaran semasa tempoh pembiayaan kerana adalah difahamkan bahawa para karyawan juga terlibat dengan projek-projek lain.

(8)

Bagaimanakah permohonan anda dinilai?

Pemohon akan dinilai berdasarkan parameter berikut serta kekuatan dokumen sokongan yang relevan yang telah diserahkan:

Merit Kesenian Kertas Cadangan

• Adakah muzik / idea yang asli, kreatif dan inovatif?

• Adakah muzik/idea yang dicadangkan akan menggalakkan minat terhadap muzik buatan Malaysia?

• Adakah projek yang dicadangkan telah dijelaskan dengan teliti? • Adakah muzik/idea relevan kepada pendengar Malaysia?

Sumbangan kepada industri muzik independen di Malaysia

• Bolehkah muzik/idea yang dicadangkan meluaskan dasar pendengar di Malaysia? • Adakah projek ini menghasilkan produk muzik berkualiti tinggi?

• Adakah projek ini menyumbang kepada kepelbagaian industri muzik Malaysia? • Adakah projek menunjukkan perspektif muzik yang berbeza atau menggalakkan

peningkatan pemahaman/penghayatan muzik?

Kompetensi Pemohon

• Adakah pemohon mempunyai rekod projek/kerja masa lalu yang mencukupi?

• Adakah pemohon menunjukkan pencapaian masa lalu yang penting atau telah mendapat pengiktirafan dalam industri muzik Malaysia?

Pengurusan Projek

• Adakah pemohon menunjukkan bahawa mereka mempunyai keupayaan untuk menyelesaikan projek yang dicadangkan?

• Adakah pemohon menyediakan perincian yang cukup dalam bajet dan jadual mereka?

• Adakah pemohon memberikan perincian yang mencukupi mengenai rancangan pemasaran dan promosi mereka?

Kaitan dengan matlamat CENDANA

• Bersesuaian dengan matlamat CENDANA, adakah projek ini mewujudkan peluang pekerjaan, peningkatan profil seni atau pengembangan untuk semua pihak yang terlibat?

(9)

Apakah yang akan menjejaskan peluang permohonan anda?

Permohonan yang tidak mempunyai dokumen-dokumen yang mencukupi semasa penyerahan akan menyebabkan permohonan yang tidak lengkap dan tidak akan dinilai. Senarai dokumen yang diperlukan:

Dokumen peribadi

Permohonan sebagai Warganegara Malaysia:

• Salinan Kad Pengenalan (IC) - salinan jelas kedua-dua imej belakang dan depan pada halaman A4 yang sama;

Permohonan sebagai Pertubuhan:

• Salinan Kad Pengenalan (IC) * - salinan jelas kedua-dua imej belakang dan depan pada halaman A4 yang sama sisi; (* pemilik/ Ahli Lembaga pengarah pertubuhani) • Salinan borang pendaftaran syarikat – seperti; Borang 9 (Borang SSM), Borang 24

atau 49, surat kebenaran (jika berkaitan); Dokumen sokongan

• Kertas cadangan projek (jika ada)

• Profil pemuzik (termasuk sejarah projek/kerja/pertunjukan, pencapaian lalu, pautan dan maklumat lain yang berkaitan)

• Bajet dan jadual projek (templat diberikan dalam boring permohonan)

• Profil/ CV/ Biografi untuk SEMUA artis/ kolaborator/ organisasi yang terlibat dalam projek (cth. produser, pengarah video muzik, penganjur acara, pemuzik dll, jika berkenaan)

• Sebarang bahan sokongan lain yang berkaitan dalam format digital (jika ada) iaitu imej visual, video, pautan web dan sebagainya

• Untuk projek rakaman, trek demo (satu untuk Single, tiga untuk EP / Album Penuh) yang dikemukakan dalam format MP3 (sekurang-kurangnya 128kbps) melalui pautan web (cth. Dropbox). Jika anda mengemukakan lebih banyak lagu daripada yang diperlukan, hanya 3 yang pertama akan diambil untuk penilaian. Trek demo harus mencerminkan instrumentasi/visi akhir setepat mungkin. Demo tidak perlu

direkodkan secara profesional, hanya perlu jelas didengar

• Bagi pertunjukan/persembahan secara fizikal, bukti tempahan tempat atau surat daripada tempat bagi pertunjukan/persembahan tersebut; dan

• Untuk projek video, maklumat pra-produksi yang mencukupi (mis. skrip, papan cerita dan lain-lain)

Sebarang bahan sokongan lain atau contoh kerja yang berkaitan dalam format digital (jika terdapat) iaitu imej visual, video, pautan web dan sebagainya

(10)

Apakah yang akan berlaku selepas anda menghantar permohonan?

Keputusan Penilaian

Keputusan penilaian akan dihantar melalui e-mel pengesahan dalam masa tidak lebih dari enam (6) minggu selepas tarikh tutup permohonan.

Penilaian Permohonan (Peringkat Ketiga)

Pemohonan yang mempunyai nilai markah tinggi akan dinilai dan diluluskan oleh Pihak Pengurusan / Lembaga Pengarah MyCreative Ventures.

Penilaian Permohonan (Peringkat Kedua)

Pemohonan yang layak akan dinilai oleh Panel Penasihat Industri/ Jawatankuasa

Penilaian CENDANA, ditentukan oleh sistem pemarkahan yang berpandukan kriteria penilaian yang telah ditetapkan.

Penilaian Permohonan (Peringkat Pertama)

Semua permohonan akan disemak untuk memastikan pemohonan projek memenuhi kriteria

kelayakan dan semua dokumen sokongan yang relevan telah dihantar.

Tarikh Penutupan Permohonan

Permohonan ditutup dan tiada permohonan baru akan diterima selepas tarikh yang ditetapkan.

Nota Berkaitan Garis Panduan Pembiayaan Muzik Independen

Disamping kami mempromosikan dan membangunkan seni untuk masa depan Malaysia, sebagai agensi yang mengagihkan dana awam sejajar dengan dasar Kerajaan, CENDANA harus mengutamakan cadangan yang tidak :

• Menghina atau merendahkan seseorang, kumpulan atau kelas individu berdasarkan bangsa atau agama, atau dilaksanakan untuk mewujudkan konflik atau salah faham dalam masyarakat berbagai budaya dan agama; 
 • Mengganggu keamanan atau kestabilan negara. 


(11)

Apakah yang akan berlaku selepas permohonan dinilai?

Pemohonan yang Berjaya

Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui e-mel rasmi dengan Surat Tawaran yang menyatakan:

• Jumlah dan tujuan Program Pembiayaan Muzik Independen yang telah diluluskan; • Terma & Syarat Program Pembiayaan Muzik Independen;

Tawaran Program Pembiayaan Muzik Independen adalah sah selama tiga puluh (30) hari dari tarikh makluman melalui e-mel yang dihantar. Jika anda tidak menerima tawaran dalam tempoh ini, tawaran itu akan luput.

Permohonan yang tidak berjaya

Pemohon yang tidak berjaya akan dimaklumkan melalui e-mel rasmi dalam tempoh pemberitahuan yang sama.

Rayuan

CENDANA tidak akan menerima sebarang rayuan. Semua keputusan adalah muktamad.

Bagaimanakah anda akan menerima pembiayaan?

• Bergantung kepada jumlah dana yang diluluskan, dana tersebut akan dibayar dalam beberapa peringkat dalam tempoh masa enam (6) bulan, tertakluk kepada proses pemantauan dan keperluan pelaporan sepanjang tempoh pendanaan, ke dalam akaun can organisasi yang diiktiraf atau secara cek.

• Anda juga perlu hadir ke satu sesi taklimat bersama-sama pihak CENDANA sama ada secara fizikal atau virtual berkenaan dengan terma dan syarat didalam perjanjian yang perlu ditandatangani.

• Jumlah dana yang diluluskan akan dibayar mengikut struktur pembayaran yang berikut:-

(12)

Struktur 1: Struktur pembayaran Program Pembiayaan Muzik Independen CENDANA untuk jumlah pembiayaan RM10,000 dan ke bawah adalah seperti berikut:

Peringkat 1: Selepas

Menandatangani Perjanjian

Peringkat 2: Borang Tinjauan

Ekonomi CENDANA dan Serahan Lain

Pembayaran pertama (50% dari jumlah yang diluluskan) setelah pelaksanaan Surat Perjanjian dalam masa 21 hari bekerja.

Pembayaran akhir (baki 50% dari jumlah yang diluluskan) dalam masa 21 hari bekerja setelah selesai Laporan Tinjauan Pemantauan CENDANA dan serahan lain:

• Borang Tinjauan Ekonomi CENDANA;

• Penyata akaun akhir (bukti perbelanjaan seperti resit, baucar pembayaran dll.);

Bahan tambahan (foto, video, dokumentasi proses kraf, cagaran dibuat jika berkenaan).

Proses Penyaluran Dana Bagi RM10,000 dan ke bawah:

Pemohon/Pencalon Dimaklumkan Sesi Taklimat Surat Perjanjian (2-4 minggu selepas makluman) Pembayaran Peringkat

Pertama (50%) Projek Tamat

Borang Tinjauan EkonomiCENDANA & serahan lain Pembayaran Peringkat Kedua Surat Penamatan CENDANA

(13)

Struktur 2: Struktur pembayaran Program Muzik Independen CENDANA untuk jumlah pendanaan antara RM10,001 dan RM30,000 adalah seperti berikut:

Peringkat 1: Selepas Menandatangani Perjanjian Peringkat 2: Pelaporan Proses Kemajuan Peringkat 3:

Laporan Pasca Akhir, Borang Tinjauan Pemantauan dan

Serahan Lain

Pembayaran pertama (40% dari jumlah yang diluluskan) setelah pelaksanaan Surat Perjanjian dalam masa 21 hari bekerja.

Pembayaran berikutnya (40% daripada jumlah yang diluluskan) dalam masa dua puluh satu (21) hari bekerja selepas penyerahan dokumen seperti di bawah yang memenuhi semua syarat pelaporan CENDANA:

• Laporan Tanda Aras Progresif;

• Dokumen sokongan untuk menyokong tuntutan tersebut (seperti resit, baucar pembayaran, invois dll.)

Pembayaran akhir (baki 20% dari jumlah yang diluluskan) dalam masa 21 hari bekerja setelah selesai Laporan Tinjauan Pemantauan CENDANA dan serahan lain:

• Borang Tinjauan Ekonomi CENDANA; • Penyata akaun akhir (bukti

perbelanjaan seperti resit, baucar pembayaran, dll.); • Bahan tambahan (foto,

video, dokumentasi proses kraf, cagaran dibuat jika berkenaan).

(14)

Proses Penyaluran Dana Bagi Pendanaan Bagi RM10,001 Hingga RM30,000:

Pelaporan data dan hasil memberikan CENDANA maklumat berharga untuk memantau prestasi dan aktiviti setiap projek, dan memastikan kebertanggungjawaban dana awam. Ini juga dapat membantu CENDANA bagi tujuan penyelidikan dan komunikasi bagi menunjukkan kesan-kesan program pembiayaan.

Apakah yang diharapkan daripada pemohon yang telah berjaya?

• Sentiasa berhubung dengan CENDANA untuk berkongsi proses kemajuan projek atau sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam skop kerja yang dicadangkan;

• Menyampaikan projek seperti yang dikemukakan dalam pemohonan atau kertas cadangan yang diluluskan;

• Untuk memasukkan jenama CENDANA ke semua platform komunikasi seperti logo CENDANA ke semua platform publisiti dan pemasaran8 dalam semua projek yang

disokong;

• Untuk memastikan semua bukti pembayaran, invois dan resit bagi perbelanjaan projek disimpan dan dihantar kepada CENDANA. Kegagalan untuk menyediakan dokumen sokongan yang diperlukan boleh menjejaskan jumlah pembiayaan akhir.

8Butiran yang digariskan dalam Perjanjian

Pemohon/Pencalon Dimaklumkan Sesi Taklimat Surat Perjanjian (2-4 minggu selepas makluman) Pembayaran Peringkat Pertama (40%)

Laporan Tanda Aras Progresif & Pemberian

Resit/Dokumen Berkenaan Pembayaran Peringkat Kedua (40%) Projek Tamat Borang Tinjauan Ekonomi CENDANA &

serahan lain Pembayaran Peringkat

Ketiga (20%)

(15)

CENDANA berhak membatalkan sebarang permohonan sekiranya terdapat:

• Perubahan skop projek tanpa memberitahu dan mendapatkan kelulusan dari CENDANA;

• Merendahkan atau merosakkan reputasi CENDANA secara langsung atau tidak langsung;

• Tidak dapat melengkapkan projek itu mengikut cadangan yang dikemukakan;

Melanggar terma dan syarat yang dinyatakan dan dipersetujui dalam perjanjian Program Pembiayaan.

Siapakah yang boleh anda hubungi jika anda mempunyai sebarang soalan?

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, atau ingin membincangkan permohonan anda secara terperinci, sila email [email protected]

TENTANG CENDANA

Agensi Pembangunan Ekonomi Kebudayaan (CENDANA) dilancarkan pada 6 September 2017 untuk membentuk ekonomi kebudayaan yang megah, mampan dan bercita-cita tinggi untuk Malaysia, disamping meningkatkan profil seni dan budaya Malaysia dalam

membentuk identiti Malaysia sebagai destinasi seni yang strategik di peringkat global. Disokong oleh Kerajaan Malaysia melalui MyCreative Ventures Sdn Bhd (syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan) dan melapor kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.cendana.com.my

Referensi

Dokumen terkait

Perusahaan dalam melakukan trade credit pada umumnya berlandaskan dengan 3 motif, yaitu financial motives, commercial motives, dan operational motives (Petersen dan

Walaupun pihak perusahaan telah memiliki daftar alternatif yang mungkin dari pemotongan roll awal tersebut, namun masih memakan waktu yang cukup lama karena harus

Pada tahun 2004 di ikuti oleh 24 partai politik, yaitu PNI Marhaenisme, Partai Buruh Sosial Demokrat, Partai Bulan Bintang, Partai Merdeka, Partai

Tabel 1 hasil pengujian keakurasian GPS dilakukan untuk menguji apakah tingkat keakurasian dari GPS akurat dan posisi GPS pada perangkat sesuai dengan posisi yang ada pada

In Yakima, both the Northwest =pat a- (examples 210 and 211) and Columbia River pata- (example 212) forms are used, within and across speakers.. I refer to the variations as the

Volume kayu yang dimanfaatkan berdasarkan dari perhitungan sortimen hasil pembagian batang adalah sebesar 229,098 m 3 namun setelah dikurangi limbah teknis akibat kesalahan

Pembuatan biodiesel dari minyak biji kemiri sunan, mutunya sudah sesuai dengan persyaratan ketentuan standar biodiesel (SNI-2006) dengan menggunakan campuran metanol 20% (v/v)

Menurut Dewi (2011) Dalam penelitian koreksi geometrik menggunakan metode Direct Georeferencing yang setiap piksel pada citra diposisikan sesuai koordinat sebenarnya