• Tidak ada hasil yang ditemukan

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "HELAIAN KETERANGAN PRODUK"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

1 IKHLASlink CCIB SECURE TAKAFUL RIDER_v2 (BM)

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

(Sila baca Helaian Keterangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai “IKHLASlink Comprehensive Critical Illness Benefit Secure Takaful Rider”. Sila pastikan juga anda membaca terma dan syarat am).

TAKAFUL IKHLAS BERHAD

(Didaftarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia)

IKHLASlink Comprehensive Critical Illness Benefit Secure Takaful Rider

Tarikh: dd/mm/yyyy 1) Produk apakah ini?

IKHLASlink Comprehensive Critical Illness Benefit (CCIB) Secure Takaful Rider adalah rider berunit deduktif yang boleh disertakan kepada pelan-pelan Takaful berkaitan pelaburan di mana Sumbangan Takaful adalah berkala. Rider ini memberi perlindungan yang komprehensif kepada Orang Yang Dilindungi terhadap mana-mana penyakit-penyakit kritikal, dari peringkat awal sehingga peringkat akhir dalam tempoh Sijil Takaful Tambahan.

2) Apakah konsep Syariah yang diguna pakai?

Tabarru’ – bermaksud derma bagi tujuan perpaduan dan kerjasama di kalangan Peserta-peserta Takaful dan akan digunakan untuk membantu Peserta-peserta Takaful yang ditimpa musibah. Di dalam konteks Takaful IKHLAS, Tabarru’ akan diperuntukkan ke dalam Dana Risiko.

Wakalah – bermaksud agensi. Di dalam konteks ini, ia merujuk kepada kontrak di antara Syarikat dan Peserta Takaful di mana Peserta Takaful melantik Syarikat untuk menguruskan dana bagi pihak Peserta Takaful, yang membenarkan Syarikat untuk mengenakan yuran Wakalah.

3) Apakah perlindungan/manfaat yang ditawarkan?

Manfaat-manfaat yang akan dibayar di bawah rider ini adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah ini:

Manfaat-manfaat Amaun Takaful (RM)

CCIB Secure Takaful RM50,000

Manfaat CCIB Pemulihan Diabetes RM10,000

Manfaat CCIB Pemulihan Kanser RM17,500

i) Manfaat CCIB Pemulihan Diabetes dan Manfaat CCIB Pemulihan Kanser akan dibayar sebagai tambahan kepada amaun Takaful bagi CCIB Secure Takaful. Manfaat-manfaat ini tidak akan dibayar apabila 100% daripada amaun Takaful bagi CCIB Secure Takaful dibayar untuk penyakit kritikal yang dilindungi yang lain.

ii) Perlindungan untuk Penyakit Kritikal bagi Peringkat Akhir akan tamat apabila Orang Yang Dilindungi mencapai umur seratus (100) tahun pada hari jadi yang akan datang. Manakala perlindungan untuk Penyakit Kritikal di Peringkat Awal dan Peringkat Pertengahan dan Penyakit Berkaitan Diabetes akan tamat apabila Orang Yang Dilindungi mencapai umur lapan puluh lima (85) tahun pada hari jadi yang akan datang.

(2)

2 IKHLASlink CCIB SECURE TAKAFUL RIDER_v2 (BM)

a) Manfaat CCIB

Jika Orang Yang Dilindungi disahkan menghidap mana-mana satu (1) daripada CCIB yang disenaraikan dalam jadual di bawah ini, sebelum tarikh Matang atau tarikh Tamat bagi Sijil Takaful Tambahan, peratus (%) daripada amaun Takaful bagi CCIB Secure Takaful berdasarkan peringkat-peringkat Penyakit Kritikal akan dibayar. Sijil Takaful Tambahan akan ditamatkan sebaik sahaja 100% daripada amaun Takaful bagi CCIB Secure Takaful telah dihabiskan.

No. Kategori

Peringkat-peringkat Penyakit Kritikal Peringkat Awal

(50% daripada Amaun Takaful bagi CCIB

Secure Takaful)

Peringkat Pertengahan (100% daripada Amaun Takaful bagi CCIB Secure Takaful)

Peringkat Akhir (100% daripada Amaun

Takaful bagi CCIB Secure Takaful) 1 Pembedahan Neuro seperti Pembedahan Aneurisme Otak, Pemasukan Pintasan Serebrum dan Pembedahan Arteri Karotid, termasuk Strok

- Pembedahan Aneurisme Otak - Pemasukan Pintasan Serebrum Pembedahan Arteri Karotid Strok/Angin Ahmar – mengakibatkan deficit neurologi kekal dengan symptom-simptom klinikal berterusan

2 Aritmia Kardiak dan

Serangan Jantung Pemasukan Perentak Jantung Pemasukan Defibrilator Jantung Serangan Jantung – keterukan tertentu 3

Penyakit Buah Pinggang Pembedahan

Pembuangan Satu Buah Pinggang Penyakit Buah Pinggang Kronik Kegagalan Buah Pinggang – memerlukan dialysis atau transplan buah pinggang

4

Kanser - Karsinoma-in-situ

- Kanser Prostat Awal - Kanser Tiroid Awal - Kanser Pundi Awal - Leukemia Limfositik Kronik

Awal

Karsinoma-in-situ dan Kanser Awal Organ Khusus lain yang dirawat dengan Pembedahan Radikal

Kanser – keterukan tertentu dan tidak melindungi kanser tahap awal

5

Pembedahan Pintasan Arteri Koronari dan Penyakit Perikardial dengan Pembedahan

Perikardial Penggrafan Pintasan

Arteri Koronari Langsung Kurang lnvasif (MIDCAB)

Pembedahan Pintasan Arteri Koronari

6 Penyakit Arteri Koronari

Serius yang Lain

Penyakit Arteri Koronari Awal

Penyakit Arteri Koronari lain

Penyakit Arteri Koronari Serius

7 Penyakit Hati Pembedahan Hati Sirosis Hati Kegagalan Hati Tahap

Akhir 8

Penyakit Salur Biliari dan Hepatitis Viral Fulminan

Pembedahan Pembentukan Semula Salur Biliari

Kolangitis Sklerosis Primer Kronik

Hepatitis Viral Fulminan

9

Koma Koma selama 48 jam Koma selama 72 jam Koma – mengakibatkan

deficit neurologi kekal dengan symptom klinikal yang berterusan

10

Tumor Otak Pembedahan

Pembuangan Tumor Pituitari menerusi Hipofisektomi Trans Sfenoidal

- Tumor Otak Benign –

(3)

3 IKHLASlink CCIB SECURE TAKAFUL RIDER_v2 (BM)

11

Hilang Pendengaran - Kehilangan Separa

Pendengaran - Pembedahan Trombosis Sinus Kavernus Pembedahan lmplan Koklear

Pekak – Kekal dan Tidak boleh pulih

12 Kelecuran Kelecuran Sederhana

Teruk

Kelecuran Teruk Kelecuran Tahap Ketiga -

keterukan tertentu 13

HIV, Hepatitis B atau C Akibat Transfusi Darah

Hepatitis B atau C yang diperolehi Menerusi Pekerjaan

- Jangkitan HIV Melalui

Transfusi Darah

14

Penyakit Paru-Paru Asma Teruk Pembuangan Satu

Paru-Paru Melalui Pembedahan

Penyakit Paru-Paru Tahap Akhir

15

Ensefalitis Pemulihan Ensefalitis

Sepenuhnya

Ensefalitis Sederhana Ensefalitis –

mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan Aktiviti Kehidupan Harian 16

Pemindahan Organ Utama/ Sumsum Tulang - Pemindahan Usus Kecil - Pemindahan Kornea Pemindahan Organ Utama/ Sumsum Tulang (dalam senarai menunggu)

Transplan Organ Utama/ Sumsum Tulang

17

Hilang Upaya Pertuturan Hilang Upaya

Pertuturan (selain daripada kecederaan atau penyakit kepada peti suara)

- Hilang Keupayaan

Bertutur

18

Pembedahan Otak Pembedahan bagi

Hematoma Subdura

- Pembedahan Otak

19 Pembedahan lnjap Jantung Valvuloplasti

Perkuteneus Penggantian lnjap Perkutaneus Pembedahan lnjap Jantung 20

Meningitis Bakteria Pemulihan Meningitis

Bakteria Sepenuhnya Meningitis Bakteria Sederhana Teruk Meningitis Bakteria – mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan Aktiviti Kehidupan Harian

21

Trauma Kepala Trauma Kepala

Sederhana

- Trauma Kepala Major

(teruk) – mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan Aktiviti Kehidupan Harian 22

Anemia Aplastik dan Sindrom Mielodisplastik

Anemia Aplastik Boleh Dipulihkan

Sindrom Mielodisplastik atau

Mielofibrosis

Anemia Aplastik Kronik – mengakibatkan

Kegagalan Kekal Sumsum Tulang 23

Penyakit Neuron Motor Penyakit Neuron Motor

Awal

- Penyakit Neuron Motor –

defisit neurologi kekal dengan simptom klinikal berterusan

24

Penyakit Parkinson Penyakit Parkinson

Peringkat Awal Penyakit Parkinson Sederhana Teruk Penyakit Parkinson – mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan Aktiviti Kehidupan Harian 25 Penyakit Alzheimer/ Demensia Teruk Penyakit Alzheimer Awal Penyakit Alzheimer Sederhana Teruk Penyakit Alzheimer/ Demensia Teruk

(4)

4 IKHLASlink CCIB SECURE TAKAFUL RIDER_v2 (BM)

26

Penyakit Saraf Tunjang dan Distrofi Otot

Penyakit Saraf Tunjang atau

Kecederaan yang menyebabkan Kegagalan Fungsi Usus dan Pundi

- Distrofi Otot

27

Aorta Aneurisme Aorta

Asimptomatik Besar

Pembedahan Kurang lnvasif ke atas Aorta

Pembedahan Aorta

28 Sklerosis Multipel Sklerosis Berbilang

Peringkat Awal

- Sklerosis Multipel

29

Hipertensi Arteri Pulmonari Primer Hipertensi Arteri Pulmonari Primer Awal - Hipertensi Arteri Pulmonari Primer – keterukan tertentu 30

Penyakit buah pinggang seperti Glomerulonefritis kronik dan Penyakit Sistik Medular

Glomerulonefritis Kronik

- Penyakit Sistik Medular

31 Kardiomiopati dan Perikarditis Konstriktif dengan Pembedahan Kardiomiopati Hipertrofik Perikarditis Konstriktif dengan Pembedahan Kardiomiopati – keterukan tertentu 32 Eritematosus Lupus Sistemik bersama Lupus Nefritis

Eritematosus Lupus Sistemik Kurang Serius

- Lupus Eritematosus

Sistemik Dengan Komplikasi Buah Pinggang Yang Teruk 33

Kelumpuhan Hilang Penggunaan

Satu Anggota

- Kelumpuhan anggota

34 Hilang Penglihatan Hilang Penglihatan

Sebelah Mata

Retinitis Pigmentosa Buta – Kekal dan Tidak

boleh pulih

35 Kehilangan Upaya

Hidup Sendiri

Hilang Upaya Hidup Sendiri Peringkat Awal

- Kehilangan upaya hidup

sendiri (berdikari)

b) Angioplasti dan Rawatan Invasif Lain untuk Penyakit Arteri Koronari

Penyakit Kritikal Amaun Takaful

36 Angioplasti dan Rawatan Invasif Lain untuk Penyakit Arteri Koronari RM7,500

Amaun Takaful di bawah 'Angioplasti dan Rawatan Invasif Lain untuk Penyakit Arteri Koronari' adalah bersamaan dengan lima belas peratus (15%) daripada amaun Takaful bagi CCIB Secure Takaful atau RM30,000, yang mana lebih rendah. Manfaat ini akan dibayar sekali sahaja. Amaun Takaful bagi CCIB Secure Takaful akan dikurangkan dengan jumlah tuntutan yang dibayar di bawah 'Angioplasti dan Rawatan Invasif untuk Penyakit Arteri Koronari Utama'.

c) Manfaat CCIB Pemulihan Diabetes

Kategori Penyakit Amaun Takaful

Penyakit Berkaitan Diabetes

- Pembedahan untuk Diabetik Retinopati Jenis 2

- Amputasi Anggota Badan disebabkan oleh Komplikasi DiabetikJenis 2

(5)

5 IKHLASlink CCIB SECURE TAKAFUL RIDER_v2 (BM)

Amaun Takaful bagi Manfaat CCIB Pemulihan Diabetes adalah bersamaan dengan dua puluh peratus (20%) daripada amaun Takaful bagi CCIB Secure Takaful. Hanya satu (1) tuntutan yang dibenarkan di bawah Manfaat CCIB Pemulihan Diabetes dan manfaat ini dibayar sebagai tambahan kepada amaun Takaful bagi CCIB Secure Takaful.

d) Manfaat CCIB Pemulihan Kanser

Kategori Amaun Takaful untuk Penyakit Kritikal Peringkat Awal

Amaun Takaful untuk Penyakit Kritikal Peringkat Pertengahan/ Akhir

Kanser RM5,250 RM17,500

Amaun Takaful bagi Manfaat CCIB Pemulihan Kanser adalah bersamaan dengan tiga puluh lima peratus (35%) daripada amaun Takaful bagi CCIB Secure Takaful. Amaun Takaful bagi Penyakit Kritikal Peringkat Awal adalah tiga puluh peratus (30%) daripada amaun Takaful bagi Manfaat CCIB Pemulihan Kanser, dan Amaun Takaful bagi Penyakit Kritikal Peringkat Pertengahan/ Akhir adalah seratus peratus (100%) daripada amaun Takaful bagi Manfaat CCIB Pemulihan Kanser.

Hanya satu (1) tuntutan yang dibenarkan untuk Kanser Peringkat Awal di bawah manfaat ini. Tuntutan seterusnya yang dibuat di bawah Kanser Peringkat Pertengahan/ Akhir akan dibayar berdasarkan baki amaun Takaful bagi Manfaat CCIB Pemulihan Kanser. Manfaat ini dibayar sebagai tambahan kepada amaun Takaful bagi CCIB Secure Takaful.

Untuk maklumat lanjut mengenai perlindungan yang diberikan, sila rujuk kepada Sijil Takaful Tambahan. Nota: Jika umur Orang Yang Dilindungi adalah kurang daripada empat puluh sembilan (49) bulan pada waktu

diagnosis Penyakit Kritikal, Manfaat Perlindungan yang digunakan untuk menentukan Manfaat yang akan dibayar di bawah Manfaat Penyakit Kritikal Tahap Awal dan Angioplasti dan Rawatan Invasif Lain untuk Penyakit Arteri Koronari seperti di bawah:

Umur Orang Yang Dilindungi pada waktu

didiagnosis menghidapi Penyakit Kritikal Manfaat Perlindungan Peratusan (%) dari

30 hari - 12 bulan 20%

2 Tahun 40%

3 Tahun 60%

4 Tahun 80%

5 Tahun ke atas 100%

4) Berapakah jumlah Sumbangan Takaful yang perlu dibayar?

Tiada Sumbangan Takaful tambahan yang dikenakan ke atas rider ini kerana caj Tabarru’ akan ditolak daripada Dana Unit daripada Sijil Takaful asas. Walau bagaimanapun, caj Tabarru’ adalah TIDAK DIJAMIN dan boleh berubah dari semasa ke semasa dengan memberi tiga (3) bulan notis kepada Peserta Takaful sebelum ulang tahun Sijil Takaful.

5) Apakah yuran dan caj yang perlu dibayar? a) Yuran Wakalah – tidak dikenakan.

b) Caj Tabarru’ akan ditolak daripada Dana Unit Sijil Takaful asas secara bulanan (melalui penolakan unit-unit mengikut harga unit) dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) akan dikenakan ke atas tabarru’. Tabarru’ akan meningkat seiring dengan peningkatan usia Orang Yang Dilindungi. Butiran amaun tabarru’ dan lain-lain caj untuk pelan ini adalah seperti yang dinyatakan di dalam ilustrasi manfaat.

(6)

6 IKHLASlink CCIB SECURE TAKAFUL RIDER_v2 (BM)

6) Apakah terma dan syarat utama yang perlu diketahui?

a) Kepentingan pendedahan maklumat – anda dikehendaki mendedahkan semua maklumat dan fakta seperti umur, pekerjaan dan keadaan kesihatan dengan betul. Takaful IKHLAS mempunyai hak untuk menolak pembayaran tuntutan jika anda didapati gagal untuk mendedahkan maklumat yang releven yang akan mempengaruhi keputusan untuk menerima atau menolak risiko, dan tentang peruntukan-peruntukan yang akan ditetapkan pada anda.

b) Tempoh Bertenang – anda boleh membatalkan Sijil Takaful Tambahan dengan mengembalikan Sijil Takaful Tambahan tersebut kepada pihak Syarikat dalam tempoh lima belas (15) hari dari tarikh Sijil Takaful Tambahan diterima. Syarikat akan membatalkannya dengan serta-merta setelah penerimaannya. c) Tempoh menunggu untuk pelan ini adalah:

i) Perlindungan untuk Penyakit Kritikal di bawah Peringkat Akhir hanya akan bermula enam puluh (60) hari selepas tarikh kuat kuasa atau Tarikh Penguatkuasaan Semula, yang mana terkemudian untuk Kanser – keterukan tertentu dan tidak melindungi kanser tahap awal (termasuk Penyakit Kritikal Peringkat Akhir yang dilindungi di bawah Manfaat CCIB Kanser Pemulihan), Serangan Jantung – keterukan tertentu, Pembedahan Pintasan Arteri Koronari, Penyakit Arteri Koronari Serius, dan Angioplasti dan Rawatan Invasif Lain untuk Penyakit Arteri Koronari dan tiga puluh (30) hari untuk semua jenis penyakit kritikal lain.

ii) Perlindungan untuk Penyakit Berkaitan Kencing Manis, Penyakit Kritikal Peringkat Awal dan Peringkat Pertengahan (termasuk Penyakit-penyakit Kritikal Peringkat Awal dan Peringkat Pertengahan yang dilindungi di bawah Manfaat CCIB Kanser Pemulihan) hanya akan bermula enam puluh (60) hari selepas Tarikh Kuat Kuasa atau Tarikh Penguatkuasaan Semula, yang mana terkemudian.

d) Syarat - Syarat Tuntutan:

i) Sebarang bayaran di bawah CCIB Secure Takaful (apa-apa tuntutan yang dibayar di bawah Penyakit Kritikal Peringkat Awal dan Angioplasti dan Rawatan Invasif lain untuk Penyakit Arteri Koronari) akan mengurangkan amaun Takaful bagi CCIB Secure Takaful yang tersedia untuk tuntutan berikutnya kecuali jika tuntutan itu dibuat di bawah Manfaat CCIB Pemulihan Diabetes dan Manfaat CCIB Pemulihan Kanser.

ii) Setelah tuntutan telah dibayar untuk satu Penyakit Kritikal dari mana-mana peringkat, Penyakit Kritikal lain dalam peringkat yang sama atau lebih awal di bawah kategori yang sama tidak akan dibayar. iii) Maksimum 2 tuntutan Peringkat Awal boleh dibuat di bawah kategori Penyakit Kritikal yang berlainan

mengikut jadual Penyakit Kritikal dan seterusnya Sijil Takaful Tambahan akan ditamatkan.

iv) Manfaat CCIB Pemulihan Diabetes dan Manfaat CCIB Pemulihan Kanser tidak akan dibayar sebaik sahaja 100% daripada amaun Takaful bagi CCIB Secure Takaful telah dibayar.

Anggapkan Amaun Perlindungan untuk CCIB Secure Takaful ialah RM200,000, senario berikut akan menunjukkan bagaimana pelan ini di bayar;

Manfaat-manfaat Amaun Takaful

CCIB Secure Takaful RM200,000.00

Manfaat CCIB Pemulihan Diabetes - 20% dari amaun Takaful CCIB

RM40,000.00 Manfaat CCIB Pemulihan Kanser

- 35% dari amaun Takaful CCIB

(7)

7 IKHLASlink CCIB SECURE TAKAFUL RIDER_v2 (BM)

Penyakit Kritikal Amaun Dibayar CCIB Secure

Takaful Manfaat CCIB Diabetes Recovery Manfaat CCIB Cancer Recovery Tuntutan Pertama

Kejadian : Carcinoma in situ Tahap Kanser : Awal

RM100,000.00 RM100,000.00 RM40,000.00 RM49,000.00

Manfaat Pemulihan Kanser Tahap : Awal

RM21,000 (30% x RM

70,000)

* 50% dari amaun CCIB Secure Takaful dan 30% dari amaunt Manfaat Pemulihan Kanser akan dibayar untuk tuntutan tahap awal di atas.

Tuntutan Kedua Kejadian : Kanser Pundi Awal

Tahap Kanser : Awal

RM0.00 RM100,000.00 RM40,000.00 RM49,000.00

Manfaat Pemulihan Kanser Tahap : Awal

* Tiada bayaran akan dibuat untuk jenis tuntutan yang sama yang telah dibuat di bawah amaun CCIB Secure Takaful. Begitu juga, tiada amaun akan dibayar di bawah Manfaat Pemulihan Kanser kerana tuntutan yang sama telah dibuat lebih awal.

Tuntutan Ketiga Kejadian : Pembedahan untuk

Diabetes Retinopati Jenis 2

Manfaat Pemulihan Diabetes

RM40,000.00 RM100,000.00 RM0.00 RM49,000.00 (amaun Takaful untuk Manfaat Pemulihan Diabetes)

* Amaun Manfaat Pemulihan Takaful untuk Diabetes Retinopati Jenis 2 akan dibayar. Tuntutan ini tidak akan mengurangkan amaun CCIB Secure Takaful.

Tuntutan Keempat Kejadian : Angioplasti Kategori : Jantung Tahap: Akhir RM30,000.00 RM70,000.00 RM0.00 RM49,000.00

* 15% dari amaun CCIB Secure Takaful atau RM30,000, yang mana lebih rendah akan di bayar. Bayaran ini akan mengurangkan baki amaun CCIB Secure Takaful.

Tuntutan Kelima

Kejadian: Kanser Paru-paru Kategori: Kanser

Peringkat : Awal

Manfaat Pemulihan Kanser

RM70,000.00 RM49,000.00 (RM70,000 – RM21,000 dibayar pada tuntutan pertama) RM0.00 RM0.00 RM0.00

* Baki amaun CCIB Secure Takaful dan baki Manfaat Pemulihan Kanser untuk Peringkat Akhir akan di bayar. Seterusnya, perlindungan CCIB Secure Takaful akan ditamatkan.

Jumlah Manfaat dibayar:

=RM100,000 + RM21,000 + RM40,000 + RM30,000 + RM70,000 +RM49,000 =RM310,000

(8)

8 IKHLASlink CCIB SECURE TAKAFUL RIDER_v2 (BM)

e) Nilai Dana Unit daripada Sijil Takaful asas bergantung kepada prestasi dana-dana pelaburan yang dipilih. Semakin tinggi tahap perlindungan Takaful yang dipilih, maka lebih banyak nilai unit-unit yang akan diserap untuk membayar caj-caj Tabarru' dan, unit-unit yang kekal untuk nilai tunai terkumpul di bawah Sijil Takaful anda akan berkurang.

f) Pendapatan pelaburan sebenar boleh berubah-ubah mengikut keadaan pasaran. Oleh itu, jumlah terkumpul di dalam Dana Unit daripada Sijil Takaful asas boleh meningkat naik atau menjadi kurang daripada jumlah Sumbangan Takaful yang telah dibuat ke dalam Dana Unit daripada Sijil Takaful asas (berkemungkinan menyebabkan peluputan Sijil Takaful sebelum tempohnya).

g) Sijil Takaful luput - Sijil Takaful akan luput apabila nilai unit-unit pelaburan adalah tidak mencukupi untuk membayar Tabarru' dan caj-caj yang lain.

h) Syarikat akan mengenakan Caj Pengurusan Lebihan (SAC) sebanyak 50% daripada sebarang lebihan boleh-agih kasar yang diisytiharkan pada setiap akhir Tahun Kewangan Syarikat. Lebihan boleh-agih bersih (selepas ditolak SAC) daripada Dana Risiko akan diperuntukkan sepenuhnya (100%) kepada Peserta Takaful.

i) Adalah penting bagi anda untuk menerima dan menyimpan resit-resit sebagai bukti pembayaran Sumbangan-sumbangan Takaful.

j) Sekiranya anda tidak menerima Sijil Takaful selepas empat belas (14) hari dari tarikh penyertaan, sila hubungi kami (bagi kes-kes standard sahaja).

k) Notis terhadap tuntutan haruslah dibuat secara bertulis kepada Syarikat dalam masa tiga puluh (30) hari selepas berlakunya kejadian yang mengakibatkan tuntutan. Setelah notis tuntutan dikemukakan, pihak Syarikat akan memberikan borang-borang berkaitan kepada pihak yang melakukan tuntutan bagi menfailkan bukti tuntutan serta memaklumkan pihak yang menuntut akan keperluan-keperluan lain yang mungkin diperlukan. Walaubagaimanapun, ini tidak akan menghalang pihak Syarikat dari meminta dokumen yang selanjutnya mengenai tuntutan tersebut sekiranya didapati perlu. Kesemua maklumat dan bahan bukti ini hendaklah di kemukakan kepada Syarikat dalam tempoh sembilan puluh (90) hari daripada tarikh berlakunya peristiwa-peristiwa yang dilindungi.

l) Sijil Takaful Tambahan ini tidak akan membayar sebarang amaun manfaat apabila Sijil Takaful Tambahan tamat, matang atau tamat tempoh.

Nota: Senarai ini tidak muktamad. Sila rujuk kepada Sijil Takaful bagi mendapatkan senarai penuh terma-terma dan syarat-syarat yang terdapat di bawah Sijil Takaful.

7) Apakah pengecualian utama yang terdapat di dalam Sijil Takaful ini? Sijil Takaful Tambahan ini tidak melindungi jika:

a) Penyakit Kritikal tersebut meryupakan sebarang penyakit atau pembedahan selain diagnosis atau pembedahan untuk Penyakit Kritikal seperti yang ditakrifkan;

b) tanda-tanda atau gejala-gejala Penyakit Kritikal ditakrifkan di bawah Peringkat Akhir yang wujud sebelum atau dalam Tempoh Menunggu;

c) Penyakit Kritikal disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh kewujudan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) atau kehadiran Jangkitan Kurang Daya Tahan Penyakit (HIV). Syarikat berhak meminta Orang Yang Dilindungi untuk menjalani ujian darah HIV sebagai syarat terdahulu sebelum menerima sebarang tuntutan. Pengecualian ini tidak terpakai untuk Jangkitan HlV melalui Transfusi Darah.

(9)

9 IKHLASlink CCIB SECURE TAKAFUL RIDER_v2 (BM)

Untuk tujuan Sijil Takaful Tambahan,

i) Takrifan AIDS adalah merupakan apa yang digunakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada tahun 1987, atau semakan seterusnya yang dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia akan takrifan itu.

ii) Jangkitan hendaklah dianggap telah berlaku di mana ujian darah atau sebarang ujian lain yang berkaitan pada pendapat Syarikat menunjukkan sebarang kewujudan HIV atau Antibodi terhadap Virus seperti itu.

d) sebarang peringkat Kanser yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung, sepenuhnya atau sebahagiannya, oleh salah satu (1) dari kejadian-kejadian berikut:

i) sebarang peringkat Kanser atau pembedahan selain diagnosis atau pembedahan untuk peringkat Kanser seperti yang telah ditakrifkan;

ii) tanda-tanda atau gejala-gejala Kanser yang wujud sebelum atau dalam tempoh enam puluh (60) hari daripada tarikh kuat kuasa atau tarikh penguatkuasaan semula Sijil Takaful Tambahan ini, yang mana terkemudian; atau

iii) Kanser yang timbul secara langsung atau tidak langsung daripada Keadaan Sedia Ada seperti ditakrifkan, yang wujud sebelum tarikh kuat kuasa atau tarikh penguatkuasaan semula Sijil Takaful Tambahan ini, yang mana terkemudian; atau

e) sebarang Penyakit Berkaitan Diabetes yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung, sepenuhnya atau sebahagiannya, oleh salah satu (1) dari kejadian-kejadian berikut:

i) sebarang penyakit atau pembedahan selain diagnosis atau pembedahan untuk Penyakit Berkaitan Diabetes seperti yang telah ditakrifkan;

ii) tanda-tanda atau gejala-gejala Penyakit Berkaitan Diabetes yang wujud sebelum atau dalam tempoh enam puluh (60) hari daripada tarikh kuat kuasa atau tarikh penguatkuasaan semula Sijil Takaful Tambahan ini, yang mana terkemudian; atau

iii) Penyakit Berkaitan Diabetes yang timbul secara langsung atau tidak langsung daripada Keadaan Sedia Ada seperti ditakrifkan, yang wujud sebelum tarikh kuat kuasa atau tarikh penguatkuasaan semula Sijil Takaful Tambahan ini, yang mana terkemudian; atau

f) Penyakit Kritikal adalah dalam peringkat yang sama atau peringkat yang lebih awal daripada kategori tuntutan Penyakit Kritikal sebelumnya, kecuali Angioplasti dan Rawatan Invasif Lain untuk Penyakit Arteri Koronari;

g) sebarang Penyakit Kritikal yang didiagnosis disebabkan, secara langsung atau tidak langsung, kecacatan kongenital atau penyakit yang timbul atau yang telah didiagnosis sebelum Orang Yang Dilindungi mencapai umur tujuh belas (17) tahun;

h) sebarang Penyakit Kritikal yang disebabkan oleh kecederaan diri sendiri yang disengajakan;

i) sebarang Penyakit Kritikal yang disebabkan secara langsung oleh pengaruh alkohol atau penyalahgunaan dadah;

j) Orang Yang Dilindungi tidak hidup selama sekurang-kurangnya tujuh (7) hari selepas diagnosis bagi Penyakit Kritikal Peringkat Awal; atau

k) Orang Yang Dilindungi tidak hidup selama sekurang-kurangnya tiga puluh (30) hari selepas: i) diagnosis suatu Penyakit Kritikal Peringkat Pertengahan; atau

ii) diagnosis suatu Penyakit Kritikal Peringkat Akhir; atau

iii) menjalani Angioplasti dan Rawatan Invasif Lain untuk Penyakit Arteri Koronari. iv) diagnosis sebarang Penyakit Berkaitan Diabetes.

(10)

10 IKHLASlink CCIB SECURE TAKAFUL RIDER_v2 (BM)

Nota: Senarai ini tidak lengkap. Sila merujuk kepada Sijil Takaful bagi mendapatkan senarai penuh pengecualian -pengecualian yang terdapat di bawah Sijil Takaful ini.

8) Bolehkah Sijil Takaful ini dibatalkan?

Jika anda mendapati rider ini tidak lagi bersesuaian, anda boleh membatalkannya dengan memaklumkan kepada kami secara bertulis.

9) Apakah yang perlu dilakukan sekiranya terdapat perubahan kepada maklumat untuk dihubungi?

Adalah penting anda memaklumkan kepada kami sebarang perubahan pada maklumat/alamat (termasuk bagi penama) untuk memastikan semua komunikasi perhubungan sampai kepada anda dan/atau penama dalam jangka masa ditetapkan.

10) Bagaimanakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut?

Jika anda memerlukan maklumat tambahan mengenai Takaful Berkaitan Pelaburan dan/atau Takaful Perubatan dan Kesihatan, sila rujuk kepada buku panduan info insurans mengenai ‘Takaful Berkaitan Pelaburan' dan/atau ’Takaful Perubatan dan Kesihatan’, yang boleh didapati di semua cawangan kami ataupun anda boleh memperolehinya daripada ejen Takaful kami atau lawati www.insuranceinfo.com.my

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di: Takaful Ikhlas Berhad

Jabatan CRM

IKHLAS Point, Tower 11A, Avenue 5 Bangsar South, No. 8 Jalan Kerinchi 59200 Kuala Lumpur.

Tel: +603-2723 9999 Faks: +603-2723 9998

Laman sesawang: www.takaful-ikhlas.com.my E-mel: ikhlascare@takaful-ikhlas.com.my 11) Produk seumpama yang boleh didapati.

-Tiada- NOTA PENTING:

ANDA HENDAKLAH MEMASTIKAN BAHAWA SIJIL TAKAFUL INI MEMENUHI KEPERLUAN ANDA. ANDA PERLU MEMBACA DAN MEMAHAMI SJIL TAKAFUL DAN BERBINCANG DENGAN EJEN ATAU MENGHUBUNGI PENGENDALI TAKAFUL SECARA TERUS UNTUK MAKLUMAT SELANJUTNYA.

Referensi

Dokumen terkait

Kabupaten /Kota lain yang telah memiliki unit usaha peternakan kerbau kalang dengan jumlah populasi yang masih sedikit dengan nilai investasi yang masih tergolong rendah masih

Pengaruh Work-Life Balance Terhadap Komitmen Organisasi, Kepuasan Kerja, Dan Motivasi Kerja Terhadap Kinerja Individu Pada Karyawan Perusahaan Asuransi Di Jakarta

Persoalan utama yang ditanya oleh penulis ialah setelah berlakunya pemodenan sistem perundangan negara-negara Islam dengan pengenalan undang-undang yang diimport dari Barat,

Jika konsumen tidak mengenal merek yang lama dan produknya, maka merka mengevaluasi perluasan merek bedasarkan pada pengalaman mereka dengan kategori perluasan merek

Oleh karena itu rumusan masalah yang diajukan dalam penelitian ini adalah bagaimana peta distribusi hasil ujian nasional 2013mata pelajaran matematika untuk Madrasah Aliyahdi

Tahap field test ini bertujuan untuk menguji dampak potenssial produk pembelajaran yang dikembangkan terhadap motivasi belajar peserta didik.Uji coba lapangan

Nomor antrian dapat dipanggil dengan klik tombol “Panggil Nomor Antrian”, selanjutnya sistem akan merespon dengan membuka koneksi ke database “sistem antrian” dan

Hasil pembahasan menunjukkan bahwa latar belakang pembentuk KUHP memberi penambahan 1/3 hukuman karena pengulangan tindak kejahatan ( recidive ) dalam Pasal 486 KUHP