• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kepentingan Hutan Bandar

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kepentingan Hutan Bandar"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

Kepentingan hutan Bandar - Dewan Kosmik, Jun 2011.

Kawasan Bandar merupakan penyumbang utama pembebasan karbon dioksida yang menjadi punca utama pencemaran udara. Oleh itu kewujudan hutan Bandar penting bagi mengurangkan masalah ini. Hutan Bandar merupakan tumbuh-tumbuhan yang sedia ada dan juga pokok-pokok yang ditanam secara sistematik di persekitaran Bandar. Hutan Bandar berperanan untuk menyediakan kawasan hijau yang berkualiti bagi mengimbangi binaan batu dan struktur lain yang mendominasi landskap Bandar.

Hutan Bandar berfungsi untuk mengurangkan kesan negatif akibat kemerosotan kualiti alam sekitar di kawasan Bandar. Ketika ini, hutan Bandar menjadi semakin releven dan sangat berpotensi untuk

mengurangkan masalah pencemaran udara. Di samping itu masalah pemanasan global juga dapat dikurangkan melalui penghutanan Bandar. Pokok pinggiran jalan yang ditanam pula dapat dijadikan peneduh

daripada panas matahari. Namun demikian, pemilihan pokok yang sesuai perlu diambil kira oleh pihak berkuasa tempatan. Umpamanya,

penanaman pokok palma, walaupun canatik, tidak membawa banyak faedah sebagai peneduh kerana saiz konopinya yang kecil berbanding dengan pokok-pokok besar yang lain. Begitu juga pokok angsana, walaupun rending tetapi dahannya mudah patah dan membahayakan orang ramai,

Pada masa yang sama, pokok besar yang ditanam di sekitar Bandar seperti khaya senegalensis dan Samanea saman berfungsi untuk

menyerap karbon dioksida di atmosfera. Karban dioksida yang diserap berubah ke bentuk biojisim yang disimpan sebagai karbon sama ada di bahagian akar atau di bahagian batang, daun dan dahan. Peranan utama pokok yang menjadi penyumbang kepada perhutanan Bandar adalah untuk mengurang masalah perubahan iklim. Hal ini demikian kerana pokok yang ada di sesuatu kawasan Bandar dipercayai dapat memberikan sumbangan bukan sahaja di kawasan bamdar tersebut bahkan di

peringkat global. Oleh itu, hutan Bandar sememangnya penting dalam melengkapkan ekosistem Bandar.

Berbeza dengan hutan hujan tropika yang berfungsi untuk mengurangkan kerosakan tanah, menyediakan sumber makanan dan perlindungan kepada pelbagai jenis haiwan, hutan Bandar pula dapat meminimumkan kerosakan akibat hakisan tanah. Hai ini disebabkan kewujudan hutan Bandar sedikit sebanyak telah dapat menangani masalah kejadian tanah runtuh di kawasan Bandar. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan bagi menjamin pengekalan pokok besar yang sedia ada di kawasan Bandar. Usaha ini penting demi meningkatkan kualiti udara di Bandar di samping manfaatnya terhadap alam sekitar secara keseluruhan.

(2)

Skema jawapan : petikan kepentingan hutan bandar

1. Usaha-usaha memupuk semangat cinta akan hutan perlu bermula pad peringkat sekolah.

 Sekolah menubuhkan Kelab Pencinta Alam

 Member hadiah / anugerah kepada murid yang melibatkan diri dalam aktiviti hutan

 Mengadakan pertandingan melukis poster / menulis essei tentang hutan

 Mengadakan pameran tentang hutan dengan kerjasama Jabatan Hutan / Perhilitan

 Mengadakan lawatan ke hutan rekreasi

 Mengadakan kempen / ceramah tentang kepentingan hutan  Mengadakan aktiviti perkhemahan di hutan

2. Cara-cara mengekalkan hutan Bandar

 Menanam semula pokok yang telah ditebang di hutan Bandar  Kerajaan menghadkan pembangunan di kawasan hutan Bandar  Penyelengaraan / pengurusan pokok

 Kerajaan menguatkuasakan undang-undang / akta penebangan pokok / menekankan hukuman berat kepada sesiapa yang menebang pokok di hutan Bandar

 Kerajaan / NGO mengadakan kempen untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan hutan Bandar  Mewujudkan jabatab / unit khas untuk memantau hutan Bandar  Setiap rakyat menanam pokok di kawasan perumahan di Bandar 3. Fungsi hutan hujan tropika

 Mengurangkan kerosakan tanah / hakisan tanah  Menyediakan sumber makanan

(3)

Dunia Iktiraf Cara Malaysia Urus Sektor Perhutanan, Berita Harian 12 April 2001.

Tema Hari perhutanan Sedunia tahun ini “ Hutan Kita

Tanggungjawab Bersama” , tidak memberi sebarang makna jika kita tidak serius menangani kemusnahan hutan yang berselindung menggunakan nama pembangunan. Dijangkakan, dalam tempoh 10 tahun lagi, kira-kira 50 peratus daripada spesies flora dan fauna di muka bumi ini akan pupus angkara tindakan manusia, sama ada kerana pembangunan atau

disebabkan pencemaran. Kajian Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia menunjukkan hutan tropika negara dihuni 15 ribu spesies tumbuhan berbunga, 300 spesies mamalia, 700 spesies burung, 300 spesies reptelia, 165 spesies amfibia, 300 spesies ikan air tawar dan berjuta-juta spesies serangga. Inilah khazanah berharga bagi negara yang perlu dipertahankan untuk mengelakkan kepupusan atas alas an pembangunan dan komersial.

Kita beruntung kerana Malaysia mengamalkan pengurusan hutan mapan dan masih mempunyai 44.3 peratus daripada 29.7 juta hektar tanahnya yang diliputi hutan bagi tatapan generasi akan datang yang juga berhak menikmati keindahan fauna dan flora. Kini sudah ada

kesedaran dalam kalangan masyarakat bahawa hutan bukanlah “ gedung kekayaan” kepada kepada pembalak sahaja, malah semua tumbuhan di dalamnya ada potensi perubatan yang boleh dikaji dan mempunyai nilai komersial. Malah kajian Institusi Barah Kebangsaan Amerika Syarikat mendapati 75 peratus daripada sumber tumbuhan yang dapat

menyembuhkan penyakit barah hidup di hutan tropika. Kita akui hutan sebahagian daripada sumber pendapatan utama negara, iaitu hasil eksport balak dan keluarannya mencapai RM16.6 bilion pada 1999.

Bagaimanapun kegiatan pembalakan tanpa kawalan boleh

menggalakkan kemusnahan pada habitat alam, sedangkan hutan boleh mengekalkan sistem ekologi. Malah bagi mereka yang tinggal

berhampiran hutan, terutamanya orang Asli, hutan merupakan tempat mereka mencari rezeki dengan mencari petai, madu dan rotan. Jika hutan diterokai secara sewenang-wenangnya akan memberi kesan kepada banyak pihak. Hutan sebenarnya mampu menyimpan air berdasarkan daya serapan akar. Kita sudah ada pengalaman masalah kekurangan air beberapa tahun dulu yang sewajarnya menjadi pengajaran kepada kita. Malah, masalah banjir kilat yang berlaku di kuala Lumpur tidak akan

(4)

ditebang secara sesuka hati. Ramai yang mengetahui bahawa hutan dapat menyerap air, sekali gus dapat mengelakkan banjir kilat.

Atas kesedaran penjagaan hutan yang sempurna, masyarakat dapat mengkaji dan menghayati hasil ciptaan Tuhan yang indah. Bagi

mengelakkan hutan tidak diterokai secara tidak bermoral, Akta

Perhutanan Negara 1983 yang mengenakan hukuman denda dan penjara mandatori perlu dikuatkuasakan seberapa segera yang boleh. Tindakan yang tegas diharapkan dapat menyedarkan masyarakat yang kini sibuk memikirkan kerjaya semata-mata, tanpa memikirkan keadaan alam yang kian musnah. Kita tidak mahu sudah terantuk baru tengadah. Terlalu banyak kita menyesali kesilapan, dan masalah hutan ini, kita jangan

sesakali silap lagi. Pengurusan di Barat dalam menjaga alam sekitar boleh dijadikan contoh. Tidak salah untuk kita meniru perkara yang baik.

Kesedaran yang berterusan daripada segenap lapisan masyarakat

merupakan impian yang murni yang entah bila akan menjadi kenyataan. Permintaan terhadap produk berasaskan kayu-kayan yang

semakin meningkat menyebabkan hutan kini ditebang secara tidak terkawal sama ada secara sah atau haram. Fenomena ini menyebabkan banyak pihak berasa bimbang. Pada pendapat anda, apakah kepentingan hutan kepada kita?

Baru-baru ini, suatu bencana telah menimpa negara apabila fenomena jerebu telah melanda negara dengan teruk sekali. Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang relah direkodkan mencecah tahap yang amat membimbangkan, iaitu melebihi 300IPU. Beberapa kawasan

terutama di Lembah Klang telah di isytiharkan darurat sehingga memaksa orang ramai berkurung di dalam rumah. Punca utama masalah tersebut adalah sebagai akibat kebakaran hutan di Sumatera dan di Riau,

Indonesia. Hal tersebut telah memberikan gambaran kepada kita batapa hutan amat perlu sama ada sebagai sumber ekonomi atau sebagai

pengawal ekosistem. Sesungguhnya, saya amat bersetuju dengan pernyataan bahawa hutan amat penting kepada kita.

Dari sudut landskap alam, hutan memainkan peranan penting untuk membentuk satu panorama alam yang menghijau, indah, permai dan harmoni. Hutan yang dikurnai Tuhan kepada kita seolah-olah menjadi “taman” semula jadi yang menawarkan segala keindahan dan keunikan. Ribuan spesies flora yang tumbuh subur di dalam hutan tropika

menghindangi kita keindahan dan ketenangan yang tiada tolok bandingnya dan amat sukar untuk dicari ganti. Pelbagai spesies

tumbuhan tumbuh meliar di dalam hutan. Sebahagian daripadanya dapat dijadikan sumber hiasan dan sebahagian lagi berguna sebagai sumber perubatan herba. Pada masa ini, pokok-poko banir yang terdapat di dalam hutan terutamanya Kesinai menjadi buruan peminat bonsai. Selain menjadi bahan hobi, penggemarnya juga dapat menambahkan

pendapatan dengan menjual pokok bonsai yang sememangnya mempunyai nilai yang tinggi.

(5)

Selain itu, hutan turut juga menjadi penstabil ekosistem, penyejuk hawa, dan pengimbang antara cuaca sejuk dengan cuaca panas. Semasa proses fotosintesis berjalan secara biologi, pokok akan menyerap gas karbon dioksida dan membebaskan gas oksigen. Oksigen merupakan sumber asas terpenting kepada manusia dan haiwan untuk bernafas. Dengan yang demikian wujudlah suatu rantaian fenolema alam yang saling memerlukan antara manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Dengan kesegaran hawa swmula jadi, hutan menjadi destinasi pilihan utama pelancong terutamanya di kawasan tanah tinggi. Selain itu, kawasan tanah tinggi juga menjadi lokasi aktiviti kembara dan mendaki gunung yang menjadi terikan jutaan pelancong pada setiap tahun. Di Malaysia, pusat-pusat pelancongan tanah tinggi utama seperti Tanah Tinggi Cameron, Tanah Tinggi Genting, Bukit Fraser, Bukit bendera, Gunung Tahan dan Gunung Kinabalu amat terkenal sebagai pusat pelancongan berhawa sederhana.

Dari sudut ekonomi pula, hutan memberikan sumbangan yang amat besar kepada kemajuan sesebuah negara. Bermula dari kegiatan ekonomi secara tradisional sehingga kepada kegiatan industry dan pemprosesan, hutan menjadi pembekal utama bahan mentah yang amat bernilai. Hasil-hasil seperti kayu balak, rotan, venir, dan pelbagai jenis getah semuanya diperoleh dari hutan. Di Malaysia, hutan menjasi pembekal utama balak tropika. Kayiu-kayu tropika daripada jenis kayu keras menjadi sumber yang amat penting dalam industry pembinaan. Kayu-kayan berkualiti tinggi seperti cengal, seraya, kapor, keruing, meranti, merbau dan pinang-pinang mempunyai pasaran yang tinggi di luar negara. Justeru, tidak hairanlah kini hutan ditebang sama ada secara sah atau haram demi mengejar untung laba yang lumayan.

Kini, dalam keghairahan manusia kembali meneroka bahan-bahan herba sebagai penyembuh pelbagai penyakit, hutan telah menjadi ladang semula jadi yang menyimpan pelbagai khazanah yang amat bernilai. Tumbuh-tumbuhan herba seperti tongkat ali, kacip fatimah , lempoyang, hempedu bumi, pegaga dan sebagainya mula mendapat perhatian

pengusaha perubatan tradisional. Oleh itu, tidak hairanlah apabila tradisi perubatan herba ini yang dipelopori oleh masyarakat Cina klasik sejak 2000 tahun yang alalu masih bertahan sehingga hari ini.

Selain itu, hutan menjadi penebat utama pergerakan tanah. Akar pokok yang berpaut kuat pada tanah berfungsi menahan runtuhan terutama pada waktu hujan lebat. Daun pokok pula membantu

menghalang air hujan daripada terus menimpa permukaan tanah yang boleh menyebabkan tanah runtuh atau hakisan tanah. Hakisan tanah yang melampau oleh air hujan mendatangkan kesan kepada dasar sungai. Sungai menjadi cetek apabila mendapan tanah yang dibawan oleh air termendap di dasarnya. Kejadian tanah runtuh yang sering melanda beberapa tempat adalah berpunca daripada aktiviti penebangan dan penerokaan hutan yang dijalankan secara tidak terkawal. Kejadian tanah runtuh yang berulang kali berlaku di Ampang Selangor menjadi bukti

(6)

kukuh bahawa hutan amat penting sebagai penahan dan penebat hakisan. Berdasarkan kajian geologi, hutan, tanah bukit dan hujan menjadi

rangkaian tiga beradik yang saling memerlukan. Apabila satu daripada komponennya musnah, justeru komponen yang lain akan turut nusnah.

Sesungguhnya, penebangan hutan secara sesuka hati dan

keterlaluan merupakan suatu “pengkhianatan” terhadap umat manusia dan tindakan pendek akal yang tidak boleh dimaafkan sama sekali. Hutan akan terus diperlukan sama ada untuk generasi kini, akan datang, malah untuk selama-lamanya. Justeru, peliharalah hutan demi anak cucu kita dan ingatlah amaran peribahasa ‘ingat sementara belum kena, jimat sementara belum habis”

Pada masa kini, lambakan bahan buangan semakin menjadi masalah kepada alam sekitar. Ada pihak yang berpendapat bahawa kitar semula boleh menjadi alternative kepada masalah tersebut. Anda prihatin dengan masalah tersebut dan ingin memberikan pendapat tentang langkah-langkah untuk

melaksanakannya. Kemukakan pendapat anda itu selengkapnya. “Rakyat Bersih Negara Sejahtera” dan “Kebersihan Itu Sebahagian Daripada Iman”. Demikianlah sligan murni yang ingin mendidik rakyat supaya menghargai kebersihan. Kebersihan ialah asset paling bernilai dalam menjanakan sebuah kehidupan yang selesa, sejahtera dan kondusif. Namun demikian, fenomena sampah sarap yang bertimbun-timbun seperti gunung gagal mengimplementasikan matlamat murni di atas. Beberapa langkah dan stategi sedang dan telah dilaksanakan untuk menangani gejala sampah sarap itu, namun semuanya kurang berkesan. Oleh itu salah satu tindakan praktikal untuk menangani gejala tersebut ialah menjalankan proses kitar semula secara lebih intensif dan

(7)

Dalam merealisasikan tanggungjawab ini, pihak berwajib dan berautoriti seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS) hendaklah bertindak untuk mewartakan undang-undang larangan pembuangan bahan sisa secara tidak teratur. Pembuangan bahan sisa secara tidak teratur bukan sahaja boleh menjejaskan keindahan alam sekitar malah boleh mendatangkan kesan negatif seperti pencemaran bau, menjejaskan kesihatan dan boleh mengakibatkan sungai serta longkang menjadi cetek dan tersumbat. Tragedi banjir kilat yang serius yang melanda Kuala Lumpur pada 26 April 2001 adalah berpunca daripada pembuangan bahan sisa yang tidak teratur sehinggakan sungai utama seperti Sungai Gombak, Sungai Kelang dan Sungai Pudu melimpah. Limpahan tersebut disebabkan dasar sungai yang semakin tohor kerana menerima bahan terampai dan bahan mendap yang terlalu banyak. Selain itu, pihak berkuasa seperti JAS khususnya hendaklah mewartakan larangan pembuangan dan pembakaran bahan sisa buangan dengan lebih tegas. Manakala pihak majlis daerah kerajaan tempatan (MDKT) hendaklah mengenakan caj yang tinggi kepada syarikat-syarikat yang mahu melupuskan sampah di tapak pembuangan sampah mereka. Langkah ini diyakini dapat membantu orang ramai mencari alternative lain, misalnya mengitar semula sampah sarap dan sisa buangan.

“Muafakat membawa berkat”. Kerja sepakat hasil meningkat. Oleh itu, dalam menangani masalah sampah sarap yang semakin gawat ini usaha bersepadu semua pihak hendaklah digemblengkan. Kerjasama antara pihak kerajaan, peniaga, pengilang dan orang ramai hendaklah disepadukan. Kerajaan sebagai pihak yang berkuasa hendaklah

memberikan pelepasan cukai insentif kepada syarikat yang menjalankan perniagaan kitar semula. Sebagai sokongan kepada industri tersebut, sistem pembuangan bahan sisa hendaklah secara teratur. Langkah pihak berkuasa yang meletakkan tong sampah berdasarkan klasifikasi bahan buangan di tempat-tempat strategik di negara ini merupakan langkah yang terpuji. Secara tidak langsung usaha tersebut dapat menyedarkan orang ramai tentang perlunya sampah dibuang mengikut kategori dan memudahkan urusan operasi kitar semula. Selain itu, pengilang atau kerajaan hendaklah memberikan insentif kepada pekedai dan premis perniagaan seperti restoran dan pasar raya yang menyediakan tempat pembangan yang boleh dikitar semula.

Langkah yang seterusnya ialah mewujudkan lebih banyak pusat belian bahan-bahan terpakai dan bahan-bahan sisa buangan. Pada masa ini, masalah besar yang timbul dan menjadi persoalan kepada ahli

masyarakat adalah tentang lokasi kilang pemprosesan bahan kitar semula. Oleh itu, usaha yang paling berkesan adalah dengan

mewujudkan pusat belian setempat barang-barang terpakai dan bahan-bahan sisa buangan daripada orang ramai. Langkah ini bukan sahaja dapat menyelamatkan alam sekitar daripada tercemar teruk malah dapat meningkatkan pendapatan sampingan kepada suri rumah, bak kata

(8)

Orang tua-tua ada berpesan “ hidup ini sandar-menyandar bak aur dengan tebing”. Oleh itu, untuk memastikan usaha murni ini menjadi kenyataan, semua pihak hendaklah saling bekerjasama. Apabila ada pihak yang mahu mengambil inisiatif menyelamatkan alam daripada tercemar teruk maka perlu ada pihak yang menyokong usaha tersebut. Oleh itu, hebahan dan pengiklanan hendaklah diproaktifkan agar

mesejnya difahami oleh semua pihak. Dengan itu, agensi penyiaran seperti media elektronik dan media cerak hendaklah tampil ke hadapan menjadi pelo[por menyampaikan maklumat kepada orang ramai sesuai dengan slogan “ Penyebar Maklumat Untuk Rakyat”. “Berita terkini Hiburan Sensasi” dan lain=lain slogan yang menjadi imeh agensi-agensi media berkenaan.

Sesungguhnya, setiap individu perlulah sedar bahawa dalam semua urusan hendaklah bermula dari awal seperti kata nbidalan “mengaji

daripada alif, membilang daripada esa”, dan “sakit bermula, mati bersebab, hujan berpokok, kata berpangkal dan kerja berlandasan’.

Justeru, untuk merealisasikan program kitar semula yang masih dianggap baru dalam industri pemprosesan di negara ini hendaklah dimulakan daripada awal. Dengan komitmen dan keyakinan semua pihak, kita yakin usaha ini akan menatijahkan masa depan yang cemerlang terhadap

kesejahteraan alam dan keselesaan hidup manusia. Ingatlan kepada slogan “Kitar Semula, Fikir Dahulu Sebelum Dibuang”

KESAN-KESAN PEMANASAN GLOBAL TERHADAP BUMI DAN PENGHUNINYA. Oleh : Zarina Zainuddin.

Ahli kelab Pencinta Alam Sekitar di seluruh dunia sedang hangat memperkatakan tentang isu pemanasan global. Umum sedia maklum akan isu pemanasan global yang sedang melanda dunia tika ini. Segenap

(9)

pelosok dunia menerima kesan-kesan negatif ekoran daripada kealpaan sikap manusia sendiri. Pemanasan global bermaksud peningkatan suhu bumi yang tinggi berbanding suhu normal. Hal ini berlaku berpunca daripada aktiviti manusia yang rakus mengejar pembangunan tanpa mengambil kira soal alam sekitar. Ahli-ahli sains dan geografi sependapat mengatakan punca utama pemanasan global ialah nipisnya lapisan ozon yang diakibatkan oleh pelepasan gas khususnya gas klorofluorokarbon (CFC).

Kesan yang pertama adalah bencana alam. Hal ini dapat dilihat melalui perubahan suhu yang melampau. Ada bahagian di dunia ini mengalami musim kemarau dan kering yang panjang. Suhu yang

terlampau panas mengakibatkan fenomena seperti ini berlaku. Paras air di empangan juga mula merosot menyebabkan pihak berkuasa terpaksa mencatu bekalan air agar dapat memastikan air tadahan tidak habis digunakan dan putus bekalan air. Suhunyang tidak stabil juga

penyumbang kepada rebut taufan seperti taufan Katrina di Amerika Syarikat. Malah pernah berlaku beberapa taufan iaitu Katrina, rita dan Wilma terjadi pada satu musim. Kejadian rebut taufan bukan saja terjadi di benua Amerika malah turut melanda China dan juga Korea. Malaysia turut terasa kesan pemanasan global kerana masalah ini telah

menganggu iklim khatulistiwa di Malaysia. Cuaca panas dan lembab sepanjang tahun tidak berada pada paras yang normal. Pada tahun 2008, negara kita dilanda banker besar sehingga melibatkan banyak tempat di serata Malaysia.

Apabila telah menyebabkan bencana alam maka hal ini turut berkait rapat dengan nyawa. Fenomena ini telah mengorbankan nyawa manusia dan juga haiwan. Menurut perangkaan yang dikeluarkan pertubuhan kesihatan Sedunia (WHO), peningkatan suhu bumi telah membunuh lebih sejuta orang di seluruh dunia sejak tahun 2000 sama ada secara langsung ataupun secara tidak langsung. Hampir separuh daripada jumlah tersebut merupakan penduduk di benua Asia Pasifik kerana benua tersebut

merupakan benua yang paling padat penduduknya. Ada juga mangsa yang meninggal dunia disebabkan pencemaranudara setiap tahun. Kematian-kematian yang berlaku ini berpunca daripada suhu bumi yang terlalu panas atau sejuk.

Pemanasan global turut menjejaskan kesihatan manusia. Bagi mereka yang menggemari aktiviti luar, sudah pasti mereka terdedah kepada udara yang tercemar. Menyedut udara yang tercemar akan merosakkan sistem tubuh badan terutamanya jantung. Di samping itu, pemanasan global menyebabkan lapisan ozon semakin nipis. Maka

pancaran cahaya matahari akan menuju tepat ke bumi tanpa tapisan yang tebal. Pancaran sinar matahari seperti ini tidak elok untuk kulit. Mereka yang selalu terdedah kepada matahari akan menghidap penyakit kulit.

Menurut pakar pengkaji cuaca, untuk kesan jangka panjang, paras air di lautan akan meningkat. Hal ini disebabkan suhu yang terlampau

(10)

panas telah mencairkan glasier dan bongkah ais seluruh dunia.

Peningkatan seperti biasanya akan menenggelamkan kawasan pantai yang rendah. Paras air di lautan meningkat dan menyebabkan kawasan daratan akan berkurangan. Para saintis menjangkakan jika bongkah ais Antartika Barat mencair dan tumbang ke dalam lautan, hal ini akan meningkatkan paras air sehingga ke 10 meter dan akan meningkatkan aras lautan sehingga 10 meter dan banyak kawasan pantai akan hilang ditenggelami lautan.

Pemanasan global juga telah mengakibatkan kepupusan flora dan fauna. Suhu yang panas dan kering akan mengakibatkan kebakaran secara semula jadi. Keadaan bertambah buruk jika terdapat angin semasa kebakaran tersebut. Dengan bantuan angin, api akan cepat merebak khususnya bagi hutan tebal. Walaupun ada usaha untuk memadamkannya, namun kebakaran seperti ini sukar untuk dikawal. Akibat daripada fenomena ini, banyak tumbuhan akan musnah dijilat api. Begitu juga dengan binatang. Hutan adalah habitat semula jadi haiwan. Semasa hutan terbakar, habitat haiwan akan terjejas dan haiwan akan terkorban jika tidak dapat menyelamatkan diri.

Isu pemanasan global bukanlah isu terpencil sesebuah negara kerana masalah ini melibatkan seluruh pelosok bumi. Masalah ini berpunca daripada manusia, maka manusia juga yang perlu

bertanggungjawab demi memastikan generasi akan datang boleh mengecapi kehidupan yang harmoni. Segala punca bagi pemanasan global haruslah dikenal pasti dan ditangani dengan serius agar

Referensi

Dokumen terkait

Kepada para mahasiswa yang telah mendaftar pada program KKN FIB UB periode genap 2020/2021, di bawah ini adalah informasi mengenai tautan registrasi Zoom Meeting

Untuk menjalankan program yang menggunakan dynamic library, kita perlu menambahkan direktori library yang akan digunakan, ke variabel environment LD_LIBRARY_PATH, sehingga pada

Buku-buku literatur yang berhubungan dengan fotografi seni digunakan untuk memperkuat alasan mengapa barang-barang atau produk vintage dipilih sebagai objek

Hasil dari proses encoding algoritma Deflate ini adalah berupa karakter yang telah disingkat yang merupakan hasil dari encoding algoritma LZ77 dan memiliki kode

Puji syukur penulis panjatkan kepada Tuhan Yang Maha Esa, atas berkat dan kasih karuniaNya dalam kehidupan peneliti sehingga dapat menyelesaikan penulisan skripsi yang

Kendala dan cara mengatasinya dalam rangka peningkatan kompetensi profesional guru, yaitu (1) tidak ada aturan yang resmi dari pemerintah tentang pelaksanaan KKG dan pengelolaan

Berdasarkan hasil penelitian yang telah dilakukan di Kabupaten Semarang ditemukan 12 jenis tumbuhan dan satu varietas anggota famili Zingiberaceae Jenis-jenis