Modallnsan: Per
a
nan
M
asjid Kampung Tobobon,
Ko
ta K
in
aba
l
u S
ab
a
h
.
Oleh:
Sai
ni
Ag
. O
amit (Ph
.
0
)
Ab
d Ha
kim
Moha
d
Ros Aiza Mo
hd Mokhtar
Universiti Malaysia Sabah [email protected] Religion and Creativity
Abstrak
Modal insan merupakan salah satu daripada tiang seri pembangunan negara dalam merealisasikan kewujudan sebuah Negara Bangsa yang maju menjelang tahun 2020. Berdasarkan kepada sejarah ketamadunan masa silam menunjukkan kepada kita
-
bahawa pembangunan mampan yang membawa kepada kecemerlangan sesebuahtamadun bermula dari kejayaan mereka membina modal insannya. Modal insan yang dicirikan oleh ketinggian ilmu, kemurnian akhlak dan budi pekerti, kreatif dan inovatif, serta berdaya saing menjadi aset yang amat penting bagi mencapai kemajuan yang dicita-citakan. Menyedari hakikat ini, masjid Kampung Tobobon telah melaksanakan program-program yang bertujuan untuk meningkatkan modal insan dalam kalangan masyarakatnya. Kertas kerja ini akan membincangkan tentang pembangunan rohani yang menjadi salah satu daripada aspek penting modal insan. Kajian yang dijalankan ke atas masyarakat Islam di Kampung Tobobon, tidak hanya memaparkan program program penting yang dilaksanakan dalam proses membangunkan aspek kerohanian sebuah masyarakat kampung di pinggir bandar, tetapi juga akan meninjau pandangan masyarakat kampung khususnya generasi muda tentang program yang dianjurkan. Akhir sekali kertas kerja ini akan membuat beberapa cadangan penambahbaikan untuk memperbaiki program sedia ada.
-Pendahuluan
Tidak dinafikan bahawa modal insan merupakan salah satu daripada tiang seri pembangunan lestari. Hal ini sudah banyak kali ditekankan oleh para sarjana walau apa pun latar pemikiran mereka. Dalam bahasa yang mudah, pembangunan tidak dapat lari daripada kombinasi high tech dan high touch. Ini bererti pembangunan material semata-mata tanpa pembangunan insan adalah pembangunan yang cacat dan tempang.
Dalam konteks Malaysia, usaha membangunkan modal insan telah banyak direncanakan terutamanya menerusi institusi pendidikan sama ada di peringkat rendah, menengah dan juga di universiti. Kita amat berharap untuk melahirkan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nila; murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan-santun, berdisiplin,
e
dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adll, progresif, ceka! dan berdaya saing. Modal insan yang seperti inilah diharapkan dapat mneraJul negara pada masa hadapan (Ucapan Perdana Menteri Malaysia 2006).Sejak di bangku sekolah lagi anak-anak kita sudah didedahkan dengan pelbagai elemen pembangunan insan termasuklah yang berkaitan dengan aspek kerohanian dan moral. Selain itu, kita juga harus melihat institusi masjid sebagai platform yang baik bagi membangunkan modal insan masyarakat sekitarnya. Sumbangan institusi masjid tidak boleh dipandang ringan, ini kerana rnasjid adalah salah satu tempat untuk membangunkan modal insan yang berpanjangan sifatnya. Ini kerana institusi masjid mempunyai ruang yang lebih besar untuk mendidik masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan peringkat usia (Abdullah bin Mat, 2003:7),
Latar Belakang Kajian
Menyedari tentang pentingnya peranan yang boleh dimainkan oleh institusi
-
masjid dalam menjana modal insan untuk pembangunan negara, maka kita perlu melihat pelaksanaan program-program masjid dengan lebih dekat lagi agar dapat menyumbangkan idea untuk memperbaiki perjalanannya. Perkara ini boleh dilihat sebagai satu bentuk sumbangan kepada pihak masjid yang sentiasa mengalu-alukan sebarang bentuk maklum balas daripada mereka yang terllbat. Dengan cara ini, pihak masjid dapat memperbaiki mutu program yang ijalankan berdasarkclr1 pandangan yan\-j Jibeiikan olell allii qariahnya. Hal yang demikian bukan sahaja berupaya meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan program-program yang dirancang , tetapi juga dapat mengeratkan hubungan antara institusi masjid dan masyarakat.e
Metodologi Kajian
Kajian ini dilakukan dengan menggunakan dua metod utama iaitu temu bual informan penting dan juga soal selidik ke atas pemuda yang pernah mengikuti program di masjid kampnng Tohohon MAtnrl temu bua! informan penting
digunakan pengkaji untuk memperolehi maklumat tentang program-progrm yang dijalankan oleh masjid. Mereka terdiri dari imam masjid dan ahli
jawatankuasanya. Selain itu pengkaji juga membuat temu bual ketua kampung
untuk mendapatkan maklumat tentang sejarah dan latar belakang kampong ini. Metod soal selidik pula digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan maklum balas daripada golongan pemuda tentang sambutan mereka terhadap program
yang dijalankan; serta bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan mereka tentang program tersebut.
Kajian ini adalah satu kajian rintis yang melibatkan 20 orang responden sahaja dan hanya terfokus kepada goiongan pemuda sahaja. ini kerana mereka adalah golongan yang pelapis yang bakal menerajui masyarakatnya pada masa akan dating. Justeru, penglibatan mereka dalam program yang menjurus ke arah modal insan serta pandangan mereka tentang program yang dijalankan perlu diambil perhatian oleh kita semua. Dengan cara ini, ia memberi peluang kepada kita untuk membuat pembetulan dan penambahbaikan kepada program yang dijalankan agar mencapai matlamat yang digariskan.
Objektif Kajian
Pengkaji telah menggariskan tiga objektif yang ingin dicapai menerusi kajian ini: 1. Mendapatkan maklumat tentang program-program pembinaan modal insan yang dijalankan oleh pihak masjid kampong Tobobon.
2. Mendapatkan maklumat tentang sambutan yang diberikan oleh golongan
e
muda terhadap program-program yang dilaksanakan.3. Mendapatkan pandangan sebahagian masyarakat muda di kampung tersebut tentang pelaksanaan program-program yang dijalankan.
4. Mengemukakan cadangan dan saranan penambahbaikan berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi kepada pihak masjid.
-Lokasi Kajian
Kajian ini dijalankan di kampung Tobobon, yang terletak di daerah Kota Kinabalu. Secara fizika!nya, kampung ini adalah sebuah kampong yang
dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden seperti bekalan air bersih, kemudahan telefon dan bekalan tenaga elektrik. lanya dihubungkan oleh jaringan jalan raya yang baik iaitu jalan Tuaran by Pass yang merupakan jalan utama yang menghubungkan Kota Kinabalu dan Tuaran, seterusnya menghala ke Kota Belud dan Ranau. Jaraknya dari Bandar Kota Kinabalu ialah lebih kurang 17 km, manakala jaraknya dari One Borneo (mercu tanda baharu Kota Kinabalu) ialah lebih kurang 7 km sahaja. Selain itu, kampung ini juga di kelilingi oleh kawasan perumahan moden seperti Indah Perrnai, Bandar Sierra dan Perumahan Kastam. Menurut Laiman Gunturung, Ketua Kampung Tobobon, jumlah penduduk di kampungnya mencapai 4000 orang semuanya. Kebanyakan mereka bekerja makan gaji sama ada di sektor awam atau swasta. Penduduk di sini semuanya beragama isiam.
Menurut Laiman Gunturung, asal nama Kampung Tobobon diambil daripada perkataan tebohon yang bermaksud pohon dalam bahasa Dusun. Kampung ini mula dibuka pada tahun 1940an oleh masyarakat Bajau. Pada awalnya keluasan asal perkampungan ini ialah 5 ekar sahaja, kemudian telah berkembang hingga 50 ekar pada hari ini. Antara kemudahan atau prasarana yang terdapat di sini ialah sebuah sekolah rendah, sebuah sekolah menengah, lapan buah kedai runcit, sebuah masjid dan sebuah dewan serbaguna.
Lokasi ini dipilih kerana masjid kampong Tobobon adalah salah satu daripada masjid yang aktif mengendalikan program yang berunsurkan pembinaan modal insan untuk ahli qariahnya.
Maklumat Latar Belakang Responden
Dalam kajian ini terdapat dua kategori responden yang terlibat iaitu pertamanya responden yang terdiri daripada informan penting seperti Ketua Kampung dan Imam rnasjid. Mereka ini telah ditemubual bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan kajian ini seperti demografi kampong serta program-program yang dijalankan oleh pihak masjid .
Keduanya ialah responden yang diminta untuk mengisi borang kaji selidik bagi mendapatkan maklum balas tentang program yang dianjurkan oleh pihak masjid. Selain daripada maklumat yang diperolehi berdasarkan borang kaji selidik yang diedarkan, pengkaji juga berpeluang mendapatkan komen dan cadangan daripada mereka untuk memperbaiki perjalanan program di masjid.
Oleh sebab kajian ini merupakan satu kajian rintis, bilangan responden yang terlibat tidaklah ramai iaitu 20 orang sahaja. Mereka terdiri daripada golongan muda yang berusia antara 18 tahun hingga 40 tahun. Taraf pendidikan mereka juga adalah pelbagai, iaitu ada yang mendapat pendidikan hingga menengah atas, menengah bawah, sekolah rendah dan ada juga yang tidak pernah mendapat pendidikan secara formal. Pendapatan mereka pula adalah pelbagai, di mana ada antara mereka yang berpendapatan di bawah RM500 dan ada juga yang melebihi RM 1500, bergantung kepada jenis pekerjaan yang mereka lakukan. Dari segi keturunan pula, responden adalah terdiri daripada masyarakat Bajau, Bugis dan Brunei.
Masjid
Dari segi bahasa perkataan masjid adalah berasal dari bahasa Arab "sajada" , yang membawa erti sujud. Penambahan awalan huruf "mim" sebagai indicator tempat membawa maksud ternpat bersujud iaitu tempat umat Islam sujud
-
menyembah Allah S.W.T (Ahmad Effat Mohd Mokhtar, 2006 :147). Pengertian iniselari dengan maksud sebuah hadis Nabi S.A.W "Oijadikan bagi kita bumi itu sebagai tempat sujud dan suei." Masjid adalah institusi yang mempunyai peranan besar dalam sejarah perkembangan Islam dan umatnya. la menjadi pusat pembangunan umat Islam sehingga terbinanya sebuah tamadun yang he bat dan disegani. Fungsi masjid tidak sekadar menjadi tempat sembahyang semata-mata, sebaliknya ia turut menjadi pusat ilmu yang mengeluarkan manusia daripada kejahilan dan kelalaian ; ia juga adalah pusat penyatuan ummah dan masyarakat yang bernaung di bawah lembayung Quran dan Sunnah (Abdullah Mat, 2003:6-7).
Program Masjid Kampung Tobobon
Secara umumnya program yang dilaksanakan oleh masjid Kampung Tobobon terbahagi kepada tiga jenis iaitu program yang berbentuk ibadah khusus , program berbentuk pendidikan dan dakwah, dan program berbentuk sosial dan kemasyarakatan . Antara program berbentuk ibadah khusus ialah sembahyang
-
lima waktu secara berjemaah, sembahyang Jumaat, sembahyang sunatTerawih , program berbuka puasa , sembahyang sunat Aidilfitri , sembahyang sunat Aidiladha , bacaan Yasin , menyembelih korban dan bacaan doa awal tahun dan akhir tahun.
Program yang berbentuk pendidikan dan dakwah pula adalah seperti
majlis ilmu, ceramah dan forum agama, !<elas fardu ain, kelas mengaji Qur:ln
dan kelas tafsir. Manakala program berbentuk sosial dan kemasyarakatan adalah program sambutan hari-hari kebesaran Islam seperti Awal Muharram dan majlis sambutan Maulidur Rasul. Di sam ping itu juga pihak masjid turut
menganjurkan program gotong-royong membersihkan masjid dan kawasan
perkuburan. Selain daripada program yang dirancangkan seperti yang dinyatakan, pihak masjid turut menggalakkan masyarakatnya agar bersama sarna dalam menguruskan jenazah sekiranya terdapat ah li qariah yang meninggal dunia. Hal ini juga secara tidak langsung menjadi salah satu program
yang dapat membangunkan jiwa masyarakatnya.
Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Imam masjid Karnpung Tobobon, kebanyakan program yang dilaksanakan telah dirancang lebih awal agar ianya dapat berjalan dengan baik dan sempurna, terutamanya program yang berbentuk pendidikan dan kemasyarakatan. Program pengajian dan forum agama misalnya telah disusun mengikut jadual yang berbentuk harian, mingguan dan bulanan. Antara program yang dilaksanakan secara mingguan ialah kelas Quran dan tajwid untuk kanak-Kanak dan dewasa, kelas fardu ain untuk kanak-Kanak dan dewasa, dan kelas tafsir. Forum agama pula diadakan secara berkaia bagi meningkatkan kefahaman dan penghayatan masyarakat
--
tentang peristiwa-peristiwa penting dalam Islam seperti Isra' Mi'raj, Nuzul Quran dan sebagainya. Tenaga pengajar atau penceramah bagi program tersebut pula telah ditentutan dari awa!. Mereka terdiri daripada imam-imam masjid, pensyarah dari UMS dan UiTM, guru-guru agama dan pendakwah dari badan-badan seperti MUIS, JHEAINS dan USIA.Bagi program yang berbentuk ibadah khusus seperti sembahyang lima waktu secara berjemaah, sembahyang Jumaat, sembahyang sunat Aidilfitri dan sernbahyang sunat Aidiladha ; lazimnya ia dikendalikan oleh Imam yang bertugas tanpa melibatkan pihak lain. Hanya ibadah khusus yang memerlukan penglibatan masyarakat secara aktif sahaja yang disusun lebih awa!. Antaranya ialah seperti melaksanakan ibadah kurban dan program berbuka puasa di bulan Ramadhan . Program-program seperti ini perlu dijadualkan terlebih dahulu dan kemudiannya dihebahkan kepada penduduk melalui pengumuman yang dibuat pada had Jumaat, juga diiklankan pad a kain rentang dan papan kenyataan di masjid.
-
Bagi program yang berbentuk kemasyarakatan pula seperti gotong royong membersihkan masjid dan tanah perkuburan; ianya hanya dilakukan sekali atau dua kali setahun. Umumnya aktiviti gotong-royong dapat mengeratkan hubungan dalam kalangan masyarakat kampung . Selain itu, ia turut memainkan peranan dalam menyemai rasa kasih dan sayang masyarakat kampung pada masjid dan tanah perkuburan yang menjadi simbul penting umatsla
Umumnya, program-program yang disusun oleh pihak masjid kampong Tobobon bolehlah dilihat sebagai satu bentuk sumbangan ke arah pemantapan
modal insan masyarakatnya. Sama ada program itu berbentuk ibadah khusus, pendidikan dan dakwah, atau kemasyarakatan; ianya mempunyai kesan dalam aspek kognitif, sosial, emosi, fizikal dan rohani individu yang terlibat. Semua program yang dilaksanakan itu mensasarkan pembinaan diri insan yang meletakkan tauhid dan keimanan sebagai entiti utama. Unsur-unsur pembangunan modal insan juga jelas kelihatan. Antaranya ialah membina dan membangunkan insan yang sejahtera jiwa dan rohaninya, murni tatasusila, bantu membantu dalam melakukan kebaikan, berganding bahu mencegah kemungkaran, mempertahankan nilai serta menegakkan keadilan dan kebenaran (Yusmini Md Yusoff, 2003: 1 04). Unsur-unsur demikian boleh dikesan dalam prog ram yang berbentuk ibadah khusus.
e
Program yang berbentuk pendidikan dan kemasyarakatan pula lebih banyak menerapkan unsur-unsur pembangunan modal insan yang tertumpu pada pembinaan dan pembangunan masyarakat yang stabil dari segi mental dan spirituai, bergerak di atas iandasan kesedaran dan iimu pengetahuan. Hal ini seterusnya dapat membantu dalam membina dan membangunkan negara yang mampu melindungi kepentingan dan kesucian umat Islam, selaras dengan kedudukan dan tujuan penciptaan manusia itu sendiri (Yusmini Md Yusoff, 2003: 1 05) .
Dapatan Kajian
Berdasarkan kepada maklumat responden , secara keseluruhannya pengkaji mendapati bahawa penyertaan golongan muda dalam program anjuran masjid kampong Tobobon masih rendah. Hanya program tertentu sahaja yang mendapat sambutan menggalakkan seperti sembahyang Jumaat, sembahyang sunat Terawih sembahyang sunat Aidilfitri dan sembahyang sunat Aidiladha. Peratusan golongan muda yang menyatakan bahawa mereka sangat kerap terlibat dalam program tersebut adalah antara 70% hingga 90%. Manakala program yang paling kurang mendapat sambutan ialah program membaca doa
e
akhir tahun dan awal tahun, program sambutan Maulidur Rasul, menyembelih korban dan mengurus jenazah. Peratusan golongan muda yang rnenyatakan bahawa mereka sangat kerap terlibat dalam program tersebut ialah 0%. Program-program lain seperti kelas fardu ain, kelas mengaji Quran dan tajwid, kelas tafsir, membaca Yasin, sembahyang berjemaah, program berbuka puasa, dan gotong-royong membersihkan masjid dan tanah perkuburan mendapat sambutan sederhana. Oi mana peratusan golongan muda yang menyatakan bahawa mereka sangat kerap terlibat dalam program tersebut adalah antara 10% hingga 40%.Antara faktor utama yang menyumbang kepada dapatan ini ialah faktor masa dan minat seseorang untuk menghadiri program yang dijalankan . Faktor
masa misalannya merupakan alasan utama yang diberikan oleh mereka yang tidak menyertai program seperti sembahyang berjemaah dan program berbuka puasa. Responden yang mengakui hal ini adalah antara 30% hingga 35%. Faktor individu yang tidak berminat pula telah menjadi alasan utama responden untuk tidak menghadiri program seperti sembahyang berjemaah, program berbuka puasa, majlis ilmu, sambutan Maulidur Rasul, kelas mengaji Quran dan tajwid, kelas fardu ain, kelas tafsir, mengurus jenazah dan program gotong royong. Responden yang mengakui tentang hal ini adalah antara 35% hingga 75%.
It
Berkenaan pelaksanaan program yang dijalankan pula, rata-rata responden yang menghadiri program tersebut memberikan komen yang posit if. Hanya segelintir sahaja yang menyatakan bahawa program yang dilaksanakan tidak memuaskan iaitu sekitar 15% hingga 30% sahaja. Program yang dikatakan paling tid ak memuaskan ialah program berbuka puasa. Berdasarkan maklumat esponden, masalah ini adaiah berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap kualiti dan kuantiti makanan yang disediakan. Menurut mereka ada kalanya makanan yang disediakan tidak mencukupi dan ada jemaah yang terpaksa berkongsi makanan.
Cadangan Penambahbaikan
Secara keseluruhannya bolehlah dikatakan bahawa masjid kampung Tobobon telah berjaya melaksanakan program yang menyumbang ke arah pembinaan modal insan di qariahnya. Komen-komen yang diberikan oleh responden tentang penyusunan program dan pengisiannya juga adalah positif.
e
Namun demikian masih terdapat ruang untuk dibuat penambahbaikan. Berdasarkan dapatan kaJian ini , terdapat satu perkara yang perlu ditangani segera oleh pihak masjid kampung Tobobon iaitu usaha untuk menarik lebih ramai ahli qariahnya melibatkan diri dalam aktiviti masjid. Golongan bella di sini masih kurang menyedari tentang tanggungjawab menguruskan jenazah anggota masyarakatnya yang meninggal dunia. Apa yang dibimbangkan ialah , kebanyakan mereka menyatakan kurang berminat sebagai alasan untuk tidak menghadiri upacara pengkebumian. Hal demikian jika dibiarkan begitu sahaja , lama-kelamaan dibimbangi akan melahirkan anggota masyarakat yang tidak ambil peduli dengan apa yang berlaku kepada saudara seagamanya. Lebih parah lagi jika generasi mudanya tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab yang menjadi fardu kifayah apabila tiba masanya nanti.
Selain itu, program Maulidur Rasul turut mengalami keadaan yang sama , di mana penyertaan golongan belia sangat rendah sekali. Kebanyakan resoonden menyatakan bahawa mereka tidak berminat dengan program yang
dianjurkan. Ini kerana program yang dijalankan dikatakan bersifat stereotype dan
kurang menarik. Lazimnya program tersebut diisi dengan bacaan berzanji,
selawat dan ceramah agama. Bagi pengkaji, alasan tersebut sememangnya ada kebenarannya, namun demikian dalam masa yang sama hal ini turut mencerminkan sikap kurang perihatin mereka dengan hari kebesaran umat Islam dan kepentingan memperingatinya. Kita juga tidak dapat menolak bahawa hal in; mungkin berlaku akibat kegagalan mereka menghayati peristiwa besar itu. Program menyembelih kurban juga kurang mendapat sambutan golongan muda. Mungkin mereka kurang menghayati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim
a.s dan Nabi Ismail a.s sehingga tanpa segan silu mereka menyatakan kurang
berminat untuk menghadirinya. Keadaan ini mencerminkan sikap yang kurang sihat serta menunjukkan kegagalan kita menanamkan makna pengorbanan dalam jiwa anak-anak muda ini.
e
,
Justeru, untuk iilengatasi iTlasalah-masalah yang dinyatakan, pihak masjid dicadangkan agar dapat mempelbagaikan bentuk program yang dijalankan agar dapat menimbulkan minat dalam kalangan anggota masyarakatnya. Namun demikian tidak semua program itu boleh diubah cara pelaksanaannya. Ini kerana prog ram yang mernpunyai kaitan langsung dengan ibadah khusus perlu dilaksanakan mengikut kaedah yang telah ditetapkan seperti ibadah kurban dan menguruskan jenazah. Oleh sebab itu selain daripada mempelbagaikan bentuk program yang dijalankan, yang lebih penting lagi ialah untuk memberikan kesedaran dalam kalangan masyarakat khususnya golongan belia tentang peranan dan tanggungjawab mereka dalam kehidupan beragama.
e.
Hal in; mungkin boleh dilakukan menerusi sentuhan peribadi oleh mereka yang berkemampuan dalam program yang bersifat perbincangan dalam kumpulan yang keci!. Program seperti ini tidak semestinya dijalankan secara formal. Perbincangan tidak formal yang dimulai dengan mereka yang mempunyai potensi sudah memadai. Lama kelamaan bilangan mereka dapat ditingkatkan sebagaimana bebola salji yang jatuh dari tanah tinggi. Perkara ini tentunya rnenuntut pengorbanan yang tinggi dari segi masa, tenaga dan wang ringgit. Ini kerana mereka yang terlibat terpaksa "turun padang" mendekati masyarakat setempat (Roslan Mohamed , 2003:37).
Kaedah ini sebenarnya adalah diumpamakan "serampang dua mata", di mana pihak masjid bukan sahaja dapat menyampaikan mesej yang dibawanya, tetapi dalam masa yang sama masyarakatnya juga dapat berkongsi pandangan
dan pengalaman mereka. Keadaan ini tentunya dapat mengeiatkan lag'
hubungan antara masjid dan masyarakat. Sekiranya perkara ini berjaya dilakukan, sudah tentu ianya dapat membantu dari segi mempromosikan masjid
yang sekali gus dapat meningkatkan penyertaan masyarakat setempat dalam program yang dianjurkan.
Usaha memasyarakatkan masjid sebagaimana ya ng disarankan bukanlah suatu yang mudah untuk dilaksanakan. Oi samping peJaksanaannya yang memerlukan pengorbanan besar, kesannya juga hanya dapat dilihat dalam jangka masa yang panjang. Hal ini menuntut kesabaran yang tinggi dalam kalangan mereka yang terlibat. Mereka perlu yakin bahawa kesedaran tidak datang dalam sekelip mata. Dakwah kita harus melalui proses yang sama sebagaimana yang sering kita baca tentang dakwah nabi s.a.w. Umat Islam yang begitu besar bilangannya pada hari ini bermula dengan dakwah seorang nabi yang penyabar.
Penutup
e
Tanggungjawab membangunkan modal insan bukanlah mudah. la menuntutkasabaran dan komitmen yang tinggi semua pihak. Walaupun institusi masjid mempunyai tanggungjawab secara langsung untuk melaksanakan agenda ini dalam kalangan masyarakatnya, namun kerjasama daripada anggota masyarakat yang lain amat diperlukan dalam mewujudkan suasana yang dapat membantu menjayakan usaha rnurni ini. Mereka yang mempunyai kepakaran dan kemahiran yang boleh disumbangkan seharusnya tampil menawarkan khidmatnya secara sukarela sebagaimana yang dibuat oleh aktivis NGO dan sebagainya.
e.
Masyarakat setempat juga perlu kembali kepada cara hidup bermasyarakat sebagaimana masyarakat tradisional serta tidak terlalu individualistik dalam menjalani kehidupan harian. Mereka sepatutnya berperanan memberikan tekanan sosial antara satu dengan lain agar memberikan sokongan kepada program yang bermanfaat kepada anggota masyarakatnya. Sekiranya hal ini berjaya dilakukan, tentunya penyediaan modal insan yang berwibawa yang menjadi aset kepada negara dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna.
-e
Rujukan
Abdullah bin Mat. 2003. Konsep dan Falsafah Masjid. Dim Noorrodzoh Hj. Siren dan Yusmini Md. Yusoff (ed.). Membangun Institusi Masjid. Kuala
Lumpur: Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Buku Rasmi Tahunan Malaysia 2006 oleh Jabatan Penerangan Malaysia. Lokman Ab. Rahman dan Musa Ahmad. 1996. Pengantar Sains Pengurusan
Masjid, Majlis Agama Islam Melaka dan Kolej Islam Melaka.
Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi. 1999. Peranan Kurikulum dan Reka Bentuk Masjid Sebagai Pusat Pembangunan Masyarakat. Skudai :
Universiti Teknologi Malaysia.
Muhammad Uthaman EI Muhammady. 1997. Institusi Masjid Yang Bersifat
Futuristik, Pemantapan Institusi Masjid Wasilah Ke Arah
Kecemerlangan Umat, (Susunan Mohd. Yusof Din dan Azhana Abdul Mutalib), Kuala Lumpur: Institut Perkembangan Minda (INMIND). Roslan bin Mohamed. 2003. Keberkesanan Program Masjid: Kajian Umum
Masjid-Masjid di Wilayah Persekutuan , Kuala Lumpur. Dim Noorrodzoh Hj. Siren dan Yusmini Md. Yusoff (ed.). Membangun Institusi Masjid.
Kuala Lumpur: Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Sidi Gazalba. 1975. Masjid Pusat Ibadat dan Kebudayaan Islam, Jakarta:
Pustaka Antara .
Yusmini Binti Md. Yusoff. 2003. Peranan Masjid Dalam Pembangunan Insan Remaja. Dim Noorrodzoh Hj. Siren dan Yusmini Md. Yusoff (ed.).
Membangun Institusi Masjid. Kuala Lumpur: Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan , Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.