• Tidak ada hasil yang ditemukan

OUTREACH PROGRAMME SAFE (SANITIZATION, ACHIEVE, FIT, EAT)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "OUTREACH PROGRAMME SAFE (SANITIZATION, ACHIEVE, FIT, EAT)"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

AMSA

COMMUNITY

OUTREACH

PROGRAMME

– SAFE

(SANITIZATION,

ACHIEVE, FIT, EAT)

(2)

Disediakan oleh:

Asian Medical Students’ Association (AMSA) UPM

Universiti Putra Malaysia

(3)

AMSA COMMUNITY OUTREACH PROGRAMME – SAFE

(SANITIZATION, ACHIEVE, FIT, EAT)

Tema

‘If life is healthy, then it is happy – #Sports, Safe, Sanitization #CleanHandsSaveLives’

Tarikh

12th April 2020

Masa

9am-2pm

Tempat

Kampung Orang Asli Sungai Melut, Sepang

Jumlah Peserta

120 participants

Aktiviti

Saringan Kesihatan Percuma Pameran kesihatan

Zumba dan Tarian Hand Washing Sukaneka dan Permainan

(4)

Pengenalan

AMSA UPM Outreach Programme – SAFE (Sanitization, Achieve, Fit, Eat) merupakan salah satu program khidmat komuniti yang dianjurkan oleh AMSA-UPM. Aktiviti tersebut ditemakan ‘If life is healthy, then it is happy’, #Sports,Safe,Sanitization dan #CleanHandsSaveLives’. Program ini memberi tumpuan kepada kebersihan diri seperti kebersihan tangan melalui cara pencucian tangan yang betul. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mendedahkan penduduk Kampung Orang Asli Sungai Melut, Sepang dengan gaya hidup yang sihat melalui sukan dan pemakanan.

Kebersihan diri amat penting terhadap kesihatan diri dan orang sekeliling. Langkah pertama untuk menjaga kebersihan diri adalah pencucian tangan yang betul. Banyak penyakit seperti Coronavirus boleh dijangkit jika tangan tidak dicuci dengan bersih. Oleh itu, program ini diadakan untuk menyedarkan masyarakat tempatan tentang kepentingan menjaga kebersihan diri dan pencegahan penyakit berjangkit.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melancarkan Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia (NPANM) III sebagai usaha untuk mencapai kesejahteraan pemakanan yang optimum dalam masyarakat kita. Pelan tindakan bersepadu bermula tahun 2006 hingga 2025 itu. Objektif utama NPANM Ill adalah untuk meningkatkan status pemakanan penduduk, mengurangkan penyakit tidak berjangkit berkaitan dengan pemakanan dan memastikan jaminan kebolehdapatan makanan dan pemakanan. Program yang akan diadakan ini juga dapat mencapai objektif-objektik tersebut dan memberi manfaat kepada penduduk dengan mendedahkan penduduk kepada pemakanan seimbang dan kepentingan penyediaan makanan dengan bersih dan selamat.

Sebagaimana yang sedia kita maklumkan bahawa sukan dapat menjamin kesihatan badan seseorang. Kementerian Belia dan Sukan telah memperkenalkan konsep Sukan untuk Semua yang menggalakkan penyertaan meluas tanpa had umur, bangsa dan agama serta tidak semestinya berunsurkan pertandingan. Ini mendorong setiap individu untuk melibatkan diri dalam sukan bukannya hanya atlet yang bersukan.

(5)

Mengenai Kami

Asian Medical Students’ Association Universiti Putra Malaysia (AMSA UPM) adalah cabangan AMSA Malaysia di UPM. AMSA adalah organisasi perwakilan puncak untuk pelajar perubatan dari seluruh Asia, Asia-Pasifik dan seterusnya. Visi AMSA ialah Pengetahuan, Tindakan dan Persahabatan. Tiga bidang yang kami terus berusaha untuk tingkatkan dalam anggota kami dan rakan-rakan melalui misi organisasi kami:

Pengetahuan: Kami mengutamakan aktiviti saintifik dan perubatan untuk meningkatkan dan mengembangkan pengetahuan kami dan juga sebagai latihan serta persediaan untuk menjadi profesional perubatan masa depan.

Tindakan: Sebagai pelajar perubatan, kami prihatin terhadap komuniti di sekeliling kami dan berupaya untuk melakukan sesuatu demi memanfaatkan dan peningkatan taraf masyarakat kita.

Persahabatan: Sebagai doktor masa depan, kami berhasrat untuk membina dan mengekalkan hubungan yang baik di kalangan rakan-rakan Asia-Pasifik dan seterusnya.

AMSA UPM telah menganjurkan pelbagai acara selama ini. Beberapa acara utama kami termasuk Program Tahunan Diabetes Day 2019, Health Day 2019 serta Mental Health and Immunization Awareness Campaign 2020. Program perkhidmatan komuniti pada tahun 2019 telah dijalankan di Kampung Orang Asli Bukit Baja, Dengkil. Program kami telah membuktikan dapat memberi impak yang kuat di kalangan orang ramai dan kami menerima maklum balas positif daripada para peserta selain peningkatan jumlah peserta setiap tahun.

Berikut adalah pautan mengenai AMSA UPM dan aktiviti yang lepas kami adakan untuk rujukan anda.

AMSA UPM Facebook Page: https://www.facebook.com/AMSAUPM/

AMSA UPM Diabetes Day Facebook Page:

https://www.facebook.com/AMSAUPMDiabetesDay/ AMSA UPM Diabetes Day 2019 Montage:

(6)

Objektif

- Meningkatkan kesedaran penduduk dan masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan diri dan sekeliling.

- Memberi pendedahan tentang bagaimana penyakit berjangkit merebak dalam sesebuah komuniti.

- Meningkatkan pengetahuan penduduk dan masyarakat tentang simptom penyakit berjangkit dan cara mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penyakit.

- Menarik perhatian penduduk dan masyarakat kepada penyakit berjangkit terkini supaya mengambil tindakan untuk menjaga kesihatan diri.

- Membolehkan penduduk memahami status kesihatan diri secara lebih mendalam. - Mengeratkan hubungan antara penduduk kampung dan antara penduduk

kampung dengan pelajar UPM.

- Menjelaskan kepada penduduk bahawa pentingnya keseimbangan diet dalam seharian.

(7)

IMPAK KEPADA KAMPUNG

• Melalui program ini, AMSA UPM Outreach Programme- SAFE (Sanitization, Achieve, Fit, Eat) dapat membantu membentuk persepsi dan memberi kesedaran kepada masyarakat terutama dalam penyakit berjangkit dan kepentingan kebersihan diri dan sekeliling. Secara tidak langsung, kesan positif dapat diberi kepada Kampung Orang Asli Sungai Melut, Sepang dan organisasi penjagaan kesihatan seperti AMSA UPM dapat meningkatkan imej kampung yang bertanggungjawab melaksanakan kewajipan sosial dalam menyemai kesedaran kepada masyarakat mengenai penyakit berjangkit. Melalui kerjasama ini, Kampung Orang Asli Sungai Melut, Sepang dapat menonjol sebagai contoh utama dalam menjalankan tanggungjawab sosial dengan menggabungkan strategi teratur untuk memajukan reputasi sambil membina persekitaran yang bersih dan ceria.

• Salah satu aktiviti yang akan memanfaatkan penduduk Kampung Orang Asli Sungai Melut adalah pemeriksaan badan ringkas secara percuma seperti ujian tekanan darah, ujian glukosa darah, jisim berat badan, nisbah pinggang pinggul dan konsultasi doctor secara percuma. Hal ini membolehkan penduduk tempatan lebih memahami status kesihatan diri dan lebih yakin terhadap perubatan moden berbanding dengan perubatan tradisional.

• Selain itu, aktiviti pertanian yang bertujuan untuk memberi pendedahan tentang gaya hidup sihat terutamanya sukan dan pemakanan seimbang. Kedua-dua ini mahami kandungan diet yang seimbang dan cuba mengammerupakan faktor yang penting bagi menjamin kesihatan fizikal dan juga mental seseorang, Penduduk akan mealkannya dalam kehidupan.

• AMSA UPM Outreach Programme – SAFE (Sanitization, Achieve, Fit, Eat) juga dapat meningkatkan pendedahan Kampung Orang Asli Sungai Melut, Sepang kepada pelajar UPM, peserta-peserta dan juga kepada masyarakat awam. Dengan mendekati penduduk dan mewujudkan hubungan yang lebih erat, prestasi Kampung Orang Asli Sungai Melut, Sepang pasti dapat dikekalkan. Kolaborasi dengan AMSA akan menjadi platform yang amat penting untuk menyatukan individu yang berfikiran sama. Secara tidak langsung, aktiviti ini dapat menggalakkan hasil yang berjaya dalam jangka masa yang panjang.

(8)

AKTIVITI

Saringan Kesihatan Percuma

Pemeriksaan Kesihatan Percuma akan disediakan kepada para peserta. Komponen yang disertakan ialah Body Mass Index (BMI), Waist-hip ratio, Tekanan Darah, dan ujian glukosa darah. Pemeriksaan Kesihatan akan dijalankan oleh pelajar perubatan klinikal Universiti Putra Malaysia. Kaunseling perubatan percuma oleh doktor juga akan dimasukkan ke dalam ujian ujian saringan kesihatan. Dua doktor/pakar dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia akan dijemput untuk menyediakan konsultasi perubatan untuk orang ramai.

Pameran Kesihatan

Pameran kesihatan fokus untuk menyebarkan informasi tentang kepentingan kebersihan diri dan kesihatan badan supaya mengetahui cara untuk menjaga diri daripada ancaman penyakit luar yang berbahaya. Aktiviti ini mampu meningkatan kepekaan masayrakat terhadap penyakit mudah berjangkit zaman sekarang. Pihak kami akan menerangkan dengan lebih lanjut dan lebih mendalam tentang penyakit yang tidak difahami supaya mendapat kefahaman menyeluruhi tentang cara menjaga diri.

Zumba dan Tarian Hand Washing

Aktiviti zumba bertujuan untuk menarik perhatian orang ramai kawasan kampung untuk beriadah and mengeluarkan peluh agar badan cergas dan sihat di pagi hari untuk memulakan aktiviti lain. Aktiviti ini adalah untuk menceriakan suasana majlis dan menarik perhatian orang kampung untuk menyertai aktiviti komuniti. Tarian hand washing adalah cara untuk mengajar orang ramai tentang cara pembasuhan tangan yang betul agar dapat membasmi kuman daripada tangan dengan sempurna sambil membuat aktiviti yang meyeronokkan untuk semua usia.

Sukaneka dan Permainan

Permainan mini akan dijalankan pada waktu sama pemeriksaan kesihatan berjalan. Peserta sasaran adalah kanak-kanak. Aktiviti ini bertujuan untuk mendedahkan para peserta agar memastikan tubuh mereka aktif dan sihat supaya mengajar mereka betapa pentingnya aktif dalam kehidupan seharian mereka sambil menghiburkan mereka dengan aktiviti seronok. Terdapat beberapa permainan yang dirancang seperti sepak raga, bola beracun, aktiviti mewarna dan permainan sukaneka. Aktiviti ini juga boleh

(9)

Atur Cara Program

Tarikh: 12 April 2020

* TERTAKLUK KEPADA SEBARANG PERUBAHAN

Masa Aktiviti Aktiviti

9.00am-9.30am Zumba dengan “Hand Washing dance”

Pemeriksaan kesihatan: 1.Indeks Jisim Badan 2.Nisbah Pinggang Pinggul

3.Ujian Tekanan Darah 4.Ujian Glukosa Darah

Pameran Kesihatan “Sports, Safe, Sanitization”

9.30am-10.00m Majlis Pembukaan

10.00am-10.30am Ceramah kesihatan-“Sports, Safe, Sanitization”

10.30am-11.30am Sukaneka dan permainan

11.30am-12.30pm Pertandingan Mewarna – “If life is healthy, then it is happy.”

12.30pm-1.00pm Makan Tengah Hari

1.00pm-1.30pm Cerita “Sanitization, Achieve, Fit, Eat”

(10)

Struktur Organisasi

Pengerusi:

Dr. Navin Kumar A/L Devaraj

Jawantankuasa Pelaksana Program:

NO JAWATAN NAMA

1 Pengarah Lai Yico (013-7779521) 2 Timbalan Pengarah Ang Lin

3 Timbalan Pengarah Haris Danial B Hisham (017-2826747) 4 Setiausaha Ho Sze Qi

5 Bendahari Soo Jing Xuan 6 AJK Aktiviti Ong Kai Li 7 AJK Health Exhibition Choy Ja Shen 8 AJK Sponsorship Ng Chee Han 9 AJK Logistik Goh Jun Xi

10 AJK Health Screening Tanesvaran A/L Balakrishnan 11 AJK Protokol Pravin Nair Narayanan

12 AJK Teknikal Ngio Wei Kiat 13 AJK Special Task Pang Jing Xuan *TERTAKLUK KEPADA SEBARANG PERUBAHAN

Referensi

Dokumen terkait

akan dianalisis dalam penelitian ini berupa kutipan-kutipan (kata, frasa, kalimat naratif, maupun dialog), yang berkaitan dengan tubuh dan penubuhan yang digambarkan

Puji syukur penulis panjatkan ke Hadirat Allah SWT atas tersusunnya tulisan yang berjudul Pelaksanaan dan Pe- nerimaan Program Keluarga Berencana Pada Masyarakat

Kebijakan puritanisme oleh sultan Aurangzeb dan pengislaman orang-orang Hindu secara paksa demi menjadikan tanah India sebagai negara Islam, dengan menyerang berbagai praktek

Jenis penelitian yang digunakan adalah penelitian tindakan kelas (PTK) atau classroom action research. 33) PTK merupakan upaya yang dilakukan oleh guru dalam

Nilai kerapatan relatif, frekuensi relatif dan dominansi relatif dari jenis tanaman Tengkawang disajikan pada Tabel 1 dan nilai kerapatan relatif, frekuensi relatif dan

Sesuai dengan Keputusan Menteri Kehutanan Nomor : 272 / Kpts.II / 2003 tanggal 12 Agustus 2003 tentang Petunjuk Teknis Jabatan Fungsional Penyuluh Kehutanan dan Angka

Pada daerah potensial Jakarta Pusat untuk luas wilayah 48 km 2 perkiraan jumlah pengguna dalam satu BTS 3.125 user/km 2 , dan Jakarta Barat dengan luas wilayah 85 km 2

Kesimpulan dari penelitian ini, sistem deteksi anomaly traffic meggunakan metode clustering dengan algoritma isodata dan euclidean distance dapat diterapkan, dilihat