• Tidak ada hasil yang ditemukan

skema permarkahan excel 2 pengajian am kertas 2 2010tyuyt

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "skema permarkahan excel 2 pengajian am kertas 2 2010tyuyt"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

Bahagian A

1. Kemelut sosial remaja pada masa ini amat kritikal dan membimbangkan. Ibu bapa tidak boleh dipersalahkan semata-mata kerana banyak faktor lain yang mempengaruhi golongan remaja. Bincangkan pernyataan di atas.

2. Mutakhir ini, kenaikan harga pelbagai jenis barangan secara drastik menuntut kebijaksanaan pengguna dalam berbelanja. Pada masa yang sama, pihak kerajaan perlu mengambil langkah berkesan agar hak pengguna sentiasa terpelihara. Jelaskan.

Bahagian B

3. Biodiversiti penting kepada semua hidupan bumi. Justeru, pelbagai pendekatan yang proaktif perlu diambil untuk mengekalkan keseimbangannya. Bincangkan.

4. Kepentingan aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pembangunan sumber manusia memang tidak dapat disangkal lagi. Namun demikian, terdapat kesan negatif terhadap perkembangan tersebut. Bincangkan.

(2)

Bahagian C

5 (a) “…Dalam membicarakan soal kualiti siswazah, semua pihak tidak dapat lari daripada membicarakan peranan Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Malah peranan IPT pada asalnya menjadi pusat kecemerlangan akademik dan intelektual, kini semakin bertambah apabila mereka perlu memastikan bahawa siswazah yang dilahirkan memenuhi spesifikasi pasaran kerja…”

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Dewan Masyarakat, Mac, 2010)

i. Apakah peranan IPT?

Ii Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan ciri-ciri yang diperlukan oleh seseorang siswazah untuk memenuhi spesifikasi pasaran kerja pada masa ini.

5 (b) “…Potensi pasaran industri makanan halal sewajarnya menggerakkan usahawan Muslim tempatan untuk segera menceburi industri ini. Malaysia beriltizam menjadi pengeluar makanan halal terbesar di dunia pada 2010. Namun, Malaysia sedang berdepan dengan masalah pemalsuan sijil halal dan bilangan syarikat tempatan yang memohon sijil halal masih sedikit. …”

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Dewan Masyarakat, Mac, 2009) i. Apakah cabaran Malaysia untuk menjadi negara pengeluar makanan halal?

ii. Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, terangkan faktor-faktor yang menunjukkan Malaysia berpotensi mewujudkan industri makanan halal.

(3)

6 (a) “... Meningitis meningokokal adalah radang pada selaput sekeliling otak dan saraf tunjang dan boleh membawa kepada meningokokal septisemia (keracunan darah oleh bakteria meningokokus). Penyakit meningokokal disebabkan oleh bakteria meningococcus Neisseria meningitides. Penyakit Meningokokal berjangkit secara langsung menerusi titisan rembesan respiratori dari hidung dan tekak orang yang dijangkiti. Penyakit ini kebanyakannya berlaku di kalangan kanak-kanak berumur bawah 5 tahun. Ia juga kerap berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja. Mereka yang mempunyai tahap imuniti yang rendah dan rapat dengan pesakit, pelancong yang melawat ke kawasan endemik di dunia juga mempunyai risiko yang tinggi ... ”

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada laman web myhealth.gov.my, Mac 2009) i. Apakah yang boleh mengakibatkan seseorang mengidap penyakit meningokokal?

ii. Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, bagaimanakah cara untuk mengelakkan diri daripada penyakit meningokokan

6 (b) “…. Makanan organik semakin popular di negara kita, terutamanya bagi mereka yang mementingkan kesihatan dan bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti asma, barah dan alah kepada sesuatu bahan kimia. Makanan organik sebenarnya mestilah dihasilkan tanpa penggunaan baja, racun serangga, bioteknologi, pertumbuhan hormon, iradiasi dan antibiotik. Lantaran sifatnya yang sedemikian, makanan organik lazimnya dirujuk sebagai makanan yang asli dan dikaitkan dengan makanan golongan orang kaya …."

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Majalah Estidomy, Julai 2005) i.Siapakah yang berpotensi menjadi pengguna makanan organik?

ii.Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan mengapa makanan organik ini mahal harganya?

(4)

Bahagian D

7. Berdasarkan petikan yang diberikan di bawah, sediakan carta yang sesuai bagi membandingkan perbelanjaan pembangunan Kerajaan Persekutuan mengikut sektor tahun 2006 dan tahun 2007.

Kedudukan fiskal Kerajaan Persekutuan kekal terkawal pada tahun 2007 berdasarkan prospek ekonomi yang menggalakkan. Teras dasar fiskal negara terus memberi penekanan kepada kecekapan dan keberkesanan serta perbelanjaan yang lebih memberi nilai.

Pada tahun 2007, kerajaan membelanjakan sebanyak RM4 157 juta untuk sektor pertanian dan pembangunan luar bandar, iaitu meningkat sebanyak RM476 juta berbanding pada tahun sebelumnya. Perbelanjaan ini merupakan 9.2 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan pembangunan kerajaan pada tahun tersebut. Sektor perkhidmatan, perdagangan dan perindustrian menerima peruntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM3 791 juta pada tahun 2006 dan meningkat sebanyak RM1 311 juta pada tahun 2007. Peningkatan ini sebanyak 34.6 peratus. Negara telah mensasarkan tiga strategi utama dalam pengurusan ekonomi, iaitu mempertingkatkan daya saing negara, memperkasa pembangunan modal insan dan menjamin kemakmuran rakyat.

Pada tahun 2006, sektor pengangkutan diperuntukkan sebanyak RM6 198 juta atau 17.3 peratus. Perbelanjaan sektor ini ditambah kepada RM7 298 juta pada tahun 2007. Perbelanjaan untuk sektor sosial iaitu bidang pendidikan dan latihan diperuntukkan sebanyak RM8 731 juta. Sektor pendidikan dan latihan ini terus ditingkatkan peruntukan perbelanjaan pada tahun 2007 kepada RM7 941 juta atau 17.6 peratus. Sebanyak RM700 juta diperuntukkan untuk prasekolah, RM3.0 bilion untuk pendidikan rendah dan menengah sementara RM6.0 bilion untuk pendidikan tinggi.

Sementara itu, sektor kesihatan menerima peruntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM1 297 juta atau 3.6 peratus pada tahun 2006, berbanding sebanyak RM1 629 juta pada tahun 2007. Kerajaan Persekutuan juga membelanjakan sebanyak RM1 895 juta untuk sektor perumahan pada tahun 2006. Kerajaan Persekutuan juga telah memperuntukkan sebanyak RM10 194 juta untuk perbelanjaan pembangunan dalam sektor sosial yang lain pada tahun 2006 dan perbelanjaan untuk sektor ini meningkat sebanyak RM4 024 juta atau 39.5 peratus pada tahun 2007.

Selaras dengan komitmen kerajaan untuk menghapuskan kemiskinan tegar menjelang tahun 2010, hasil pembangunan akan diagihkan kepada pelbagai lapisan masyarakat. Jumlah perbelanjaan pada tahun 2008 berbanding pada tahun 2006 dan 2007 masing-masing berjumlah RM35 787 juta dan RM45 146 juta.

(5)

8. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf garisan yang sesuai untuk menunjukkan pelbagai jenis perbelanjaan kerajaan sebagai komposisi jumlah perbelanjaan mengurus kerajaan Malaysia dari tahun 2001 hingga tahun 2005.

Perbelanjaan mengurus yang diperuntukkan oleh kerajaan digunakan untuk mengurus sektor awam yang menjadi tulang belakang kerajaan. Perbelanjaan mengurus terdiri daripada gaji, pencen dan ganjaran, perkhidmatan bayaran hutang, pemberian kepada Kerajaan Negeri, bekalan dan perkhidmatan, subsidi, dan perbelanjaan mengurus yang lain.

Bagi kategori gaji, jumlah yang diperuntukkan menunjukkan peningkatan. Peruntukan bagi tahun 2001 adalah sebanyak RM12,084 juta. Pada tahun 2002, jumlahnya adalah sebanyak RM12,488 juta dan berkurang sebanyak RM18 juta pada tahun berikutnya. Pada tahun 2004, angka ini meningkat sebanyak RM2,024 juta berbanding dengan tahun sebelumnya. Pada tahun 2005, perbelanjaan pembangunan dalam gaji adalah sebanyak RM14,807 juta. Kategori pencen dan ganjaran pula menerima peruntukan sebanyak RM2,127 juta pada tahun 2001 dan pertukaran ini meningkat kepada RM2,355 juta dan RM2,413 juta pada tahun-tahun yang berikutnya. Pada tahun 2004 dan tahun 2005, jumlahnya adalah sebanyak RM3,864 juta dan RM3,515 juta masing-masing.

Bagi kategori khidmat bayaran hutang pula, jumlahnya adalah sebanyak RM7,248 juta pada tahun 2001. Pada tahun 2002, peruntukannya adalah sebanyak RM7,136 juta dan meningkat sebanyak RM95 juta pada tahun berikutnya dan berkurang sebanyak RM720 juta pada tahun 2004 berbanding dengan tahun sebelumnya. Pada tahun 2005, jumlah perbelanjaan pembangunan dalam khidmat bayaran hutang adalah sebanyak RM6,463 juta. Kategori pemberian kepada Kerajaan Negeri menerima peruntukan sebanyak RM1,334 juta, RM1,378 juta dan RM1,406 juta bagi tahun 2001 hingga tahun 2003. Pada tahun 2004 dan tahun 2005, jumlahnya adalah RM1,683 juta dan RM1,525 juta.

Bagi tahun 2001, peruntukan bagi bekalan dan perkhidmatan, subsidi, dan perbelanjaan mengurus yang lain ialah RM4,367 juta, RM576 juta, dan RM4,579 juta masing-masing. Seterusnya, pada tahun-tahun 2002, 2003, 2004, dan 2005, jumlah perbelanjaan bekalan dan perkhidmatan meningkat kepada RM5,047 juta, RM5,241 juta, RM5,975 juta, dan RM6,309 juta. Subsidi pula mendapat peruntukan sebanyak RM548 juta, RM660 juta, RM708 juta dan RM934 juta. Manakala perbelanjaan mengurus yang lain menerima peruntukan sebanyak RM4,801 juta, RM4,974 juta, RM8,730 juta, dan RM10,456 juta bagi keempat-empat tahun tersebut.

(6)

Bahagian E

9. Berdasarkan jadual di bawah, berikan ulasan anda tentang jenis-jenis pencemaran alam di negara ini pada tahun 2006, 2007 dan 2008.

Malaysia: Bilangan Kes Pencemaran Alam Mengikut Jenis pada Tahun 2006, 2007 dan 2008

Jenis Pencemaran Bilangan kes

2006 2007 2008

Udara 1 631 2 516 3 127

Darat 940 1 120 1 350

Saliran air daratan 1 209 1 917 2 522

Laut 955 1 275 1 815

Jumlah 4 735 6 828 8 814

(Disesuaikan daripada Dewan Masyarakat, Februari 2009) 10. Berdasarkan rajah di bawah, jelaskan faktor tarikan dan faktor tolakan yang

mempengaruhi kedatangan buruh asing ke Malaysia.

Faktor-Faktor Mempengaruhi Kedatangan Buruh Asing

S O S I A L E K O N O M I F I Z I K A L

Keperluan Buruh Negara

Geografi Kemakmuran Ekonomi

Persamaan Budaya

(7)

Referensi

Dokumen terkait

Pemberian alat-alat dan bahan serta pembinaan aspek manajemen dan akuntansi kepada kelompok pengrajin dapat meningkatkan kinerja kelompok pengrajin yang mana kelompok

Harvested Area, Production and Productivity of Not Wetland Paddy Production by Villages in Girisubo District 2012 Nama Desa Villages Luas Panen Harvested area (Ha) Produksi

Efektifnya pelaksanaan praktik kerja industri diikuti dengan tingginya kemampuan komunikasi, disiplin, dan kerja sama siswa, dimana indikator-indikator kemampuan tersebut yang

Soalan:Sistem Ahli yang diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu telah meninggalkan corak pemerintahan dan pentadbiran yang cemerlang terhadap negara kita pada masa

Allah menganugerahkannya kepada orang yang berkata baik, bersedekah makanan, berpuasa, dan shalat dikala kebanyakan manusia tidur.” (HR. Mendapatkan tambahan pahala puasa dari

Selain itu serat rami dengan kandungan selulosa yang tinggi dapat digunakan sebagai bahan baku rayon (Umar S.Tarmansyah, 2007) Morfologi serat rami : panjang serat rata-rata 11,23

Jakcson, elite yang berkuasa di Indonesia membentuk semacam bureaucratic polity, yaitu: upaya menjadikan birokrasi sebagai akumulasi kekuasaan negara

Media yang digunakan dalam proses pembelajaran praktikum tentang Manajemen Aktif Kala III adalah dengan menggunakan phantom panggul, phantom plasenta, tetapi belum ada media