• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengenalan Kepada Hadis Nasikh Dan Mansukh

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Pengenalan Kepada Hadis Nasikh Dan Mansukh"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

Pengenalan Kepada Hadis Nasikh Dan Mansukh

Muhammad Hanief Awang Yahaya

Salah satu cabang pengajian ilmu hadis yang paling penting, terutamanya berkenaan hadis-hadis hukum ialah ilmu nasikh dan mansukh. Kepentingannya tidak dapat dinafikan kerana ianya adalah satu syarat ijtihad. Secara asas, seorang mujtahid mestilah mengetahui latar belakang dalil

sesuatu hukum khususnya hadis yang akan dijadikan asas hukum. Dengan mempelajari cabang ilmu hadis ini, seseorang itu akan mengetahui sejarah perkembangan hadis dan hukum Islam itu sendiri.

1. 0 Definisi

“Nasakh” dari segi bahasa membawa dua maksud, iaitu pertama, menghapuskan dan kedua, memindahkan. Dari segi istilah pula bermaksud “mengangkat satu hukum yang terdahulu dengan hukum yang datang kemudian”. Imam al-Suyuti menjelaskan, “mengangkat hukum” bermaksud menafikan kaitan hukum tersebut dengan mukallaf. [1] Keputusan sesuatu hukum itu sebagai tidak lagi terikat dengan mukallaf mestilah dari syara’. Antara kedua-dua hukum ini (nasikh dan

mansukh) terdapat pertentangan, satu hukum menunjukkan keharusan dan satu lagi tidak. [2] Sebahagian ulama mendefinisikan nasakh sebagai “khitab (kalam) syara` yang datang kemudian” menunjukkan bahawa hukum yang telah sabit dengan khitab terdahulu terangkat.

Ringkasnya, nas yang datang kemudian menunjukkan bahawa tempoh pemakaian sesuatu hukum yang terdahulu telah tamat. Hadis yang datang kemudian yang membawa hukum yang baru

dinamakan “nasikh” dan hadis yang ditamatkan pemakaiannya dinamakan hadis “mansukh”. Seperti yang ditegaskan di atas, ilmu ini sangat penting terutama ketika berhadapan dengan dua hadis (atau lebih) yang saling bercanggah. Jika tarikh sebenar munculnya hadis itu dapat

dipastikan, sudah tentu penyelesaiannya akan diperolehi dengan mengatakan hadis yang lebih awal muncul itu tidak lagi diamalkan kerana ada hadis yang menasakhkannya. Dengan itu, ilmu ini dapat dimasukkan di dalam pengajian ilmu muktalif hadis iaitu ilmu hadis-hadis yang bercanggah dan bagaimana untuk menyelaraskannya. Sebaliknya jika hadis-hadis tidak dapat diselaraskan dan tidak diketahui tarikh kemunculannya maka ulama perlu merujuk kepada kaedah tarjih.

Bagi menegaskan kepentingan ilmu ini, Imam Ibn Hazm berkata: “Tidak boleh bagi seseorang muslim yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat untuk mengatakan ayat al-Qur’an dan hadis ini telah dimansukhkan kecuali dengan yakin.” [3] Al-Qurtubi menulis: “Mengetahui ilmu tentang nasikh dan mansukh adalah rukun yang penting yang sangat diperlukan oleh para ulama. Hanya orang yang jahil dan bodoh sahaja yang menafikannya kerana ilmu itu menerangkan hukum halal

(2)

dan haram.” [4]

2.0 Istilah Mutaqaddimin Tentang Nasakh

Menurut Ibn al-Qayyim, maksud para salaf apabila menyebutkan tentang nasikh dan mansukh ialah mengangkat satu hukum sekaligus atau mengangkat kemutlakan, keumuman dan keadaan yang zahir bagi nas. [5] Makna yang pertama iaitu "mengangkat" adalah istilah nasakh bagi ulama yang kemudian. Makna kedua iaitu "mengangkat kemutlakan" bermaksud mengkhususkan

(takhsis) apa yang disebutkan secara umum oleh nas yang terdahulu atau menyempitkan (taqyid) makna yang mutlak atau menjelaskan maksud terdahulu yang zahir. Bagi salaf, pemakaian nasakh adalah luas, berbeza dengan ulama kemudian yang menyempitkan maksud nasakh kepada

pembatalan hukum.

Sementara itu, Shah Waliyullah setelah mengkaji dan menganalisis penggunaan bahasa di

kalangan sahabat dan tabi`in berpendapat bahawa, didapati mereka menggunakan lafaz “nasakh” mengikut pengertian bahasa, bukan istilah yang difahami oleh orang kemudian. Nasakh di sisi sahabat dan tabi`in ialah merangkumi makna-makna berikut:

i. Menjelaskan berakhirnya tempoh sesuatu amalan.

ii. Menjelaskan sesuatu ‘qaid’ (syarat) atau sifat itu sebagai sifat yang kebetulan bukan syarat. iii. Mengkhususkan yang umum.

iv. Menjelaskan sesuatu yang membezakan antara perkara yang dinaskan dan perkara yang diqiaskan secara zahir.

v. Menghapuskan salah satu adat Jahiliah.

vi. Mengangkat salah satu syariat atau peraturan nabi-nabi yang terdahulu. [6]

Kesimpulannya, nasakh mengikut ulama mutaqaddimin tidak khusus kepada membatalkan hukum bahkan merangkumi kesemua bentuk pentafsiran nas-nas al-Qur’an dan al-Sunnah. Sementara ulama mutakhirin mengkhususkan kepada pembatalan hukum atau menjelaskan sesuatu hukum itu tidak lagi diamalkan. Jika perkara ini tidak diberi perhatian tentu sekali orang-orang kemudian menyamakan maksud ulama mutaqaddimin dengan maksud ulama mutakhirin. Akibatnya, banyak ayat-ayat dan hadis-hadis akan didakwa sebagai mansukh sedangkan jumlah yang sebenar tidak banyak.

3.0 Hikmah Berlakunya Nasakh

(3)

mengingkarinya. Dengan kedatangan Islam, Allah s.w.t telah memansukhkan agama yang

terdahulu. Nasakh juga berlaku kepada sebahagian hukum Islam. Tidak dinafikan kesempurnaan dan kesyumulan Islam sebagai satu sistem hidup merupakan asas yang jelas bahawa agama-agama sebelumnya terbatal.

Merujuk kepada nasakh sebahagian hukum, hikmatnya ialah mengambil kira keadaan dan situasi masyarakat. Dalam satu tempoh tertentu, syariat menetapkan sesuatu amalan dan hukumnya yang mempunyai kebaikan dan maslahah khusus kepada para mukallaf yang tidak boleh didapati pada waktu-waktu yang lain seperti larangan memerangi orang-orang musyrikin kerana keadaan orang-orang Islam yang masih lemah. Tetapi apabila mereka sudah kuat maka mereka diperintah untuk berperang. [7]

Dengan berlaku nasakh, keimanan sahabat telah diuji dalam menerima dan mengamalkan sesuatu hukum. Justeru itu, nasakh merupakan satu bentuk ujian dari pihak Alllah s.w.t. kepada orang-orang yang beriman supaya menerima dengan hati yang lapang dan terbuka.

Selain itu, dengan mengangkat hukum yang terdahulu, hadis yang nasikh membawa hukum yang lebih ringan dan mudah diamalkan oleh umat Islam. Hal ini tentu sekali sesuai dengan prinsip kemudahan yang menjadi matlamat syariat di dalam hukum-hukumnya.

4.0 Bagaimana Nasakh Dapat Dibuktikan

Sesuatu hadis yang dikatakan menasakhkan hadis yang lain mestilah mempunyai bukti dan dalil yang jelas. Antaranya ialah:

4.1 Pernyataan oleh Rasulullah s.a.w.

?? ??? ?????? ?? ???? ? ???: ??? ???? ???? ??? ???? ???? ????: "?????? ?? ????? ??????? ???????. ??????? ?? ???? ??????? ??? ????? ??????? ?? ??? ???. ??????? ?? ?????? ??? ?? ?????

??????? ?? ??????? ????. ??? ?????? ?????".

( ???? ???? ??????? ??? ??????? ????? ??? ???? ??? ???? ???? ???? ??? ?? ??? ?? ????? ??? ???) Daripada Buraidah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Dahulu aku melarang kamu dari

menziarahi kubur. Sekarang kamu ziarahilah. Dahulu aku juga melarang kamu dari menyimpan daging korban lebih daripada tiga hari, maka simpanlah selama mana kamu suka. Dahulu aku juga melarang kamu dari nabiz[8] kecuali yang di dalam gereba. Maka minumlah dari semua bekas dan

jangan kamu minum nabiz yang memabukkan.” 4.2 Penjelasan sahabat

(4)

ialah:

?? ???? ???: "??? ??? ??????? ?? ???? ????? ??? ???? ???? ???? ??? ?????? ????? ?????? ?????". (??? ???? - ???? ??????? ??? ?? ??? ?????? ??? ?????? ?????)

Daripada Jabir katanya: “Perkara terakhir daripada Rasulullah s.a.w ialah tidak berwuduk kerana memakan makanan yang dimasak dengan api.”

?? ??? ?? ??? ???? ??? ???? ??? ??? ??? ???? ???? ??? ???? ???? ???? ????? ??????? ?? ??????? ?? ??? ??? ??? ?????? ???????. ???? ???? ,???? ??? ?? ??? ???? ??? ???? ???.

Daripada Ali bin Abi Talib, katanya:”Rasulullah s.a.w dahulu menyuruh kami berdiri dalam urusan jenazah, kemudian baginda duduk dan menyuruh kami supaya duduk”.

Al-Hazimi menerangkan bahawa hadis nasikh dan mansukh itu dapat diketahui apabila sejarah dapat ditentukan seperti riwayat daripada Ubay bin Ka`b:

?? ??? ?? ??? ??? ???: ?? ???? ????? ??? ???? ????? ?????? ??? ????? ???: (???? ?? ?? ?????? ???? ?? ????? ?????). ???? ??????? ???? ????? ???: ??? ?? ???? ?? ??? ??????.

Daripada Ubay bin Ka`b bahawa beliau bertanya: “Wahai Rasulullah, bagaimana apabila seseorang menyetubuhi isterinya tetapi tidak mengeluarkan mani?” Rasulullah s.a.w menjawab:

“Hendaklah dia membasuh bahagian yang terkena oleh perempuan itu kemudian berwudu dan bolehlah bersembahyang”.

Hadis ini menunjukkan bahawa tidak wajib mandi apabila melakukan iksal[9] kerana penyebab kepada wajibnya mandi ialah inzal. Apabila kita memeriksa jalan-jalan hadis ini, kita dapati

sebahagiannya menyatakan pensyariatan ini di permulaan Islam dan berterusan beberapa ketika selepas hijrah. Kemudian kita dapati riwayat daripada `Aishah [10]:

?? ?????? ?? ??? ???? ?????? ???? ?? ????? ??? ???? ???? ????? ?? ???? ???? ??? ???? ???? ???? ??? ???? ??? ??? ?????, ???? ??? ??? ??? ?? ????? ??? ??? ???? ????? ??????.

Al-Zuhri bertanya kepada `Urwah, beliau menjawab bahawa `Aishah telah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. sering melakukan begitu dan tidak mandi dan itu sebelum pembukaan Mekah.

Setelah itu baginda mandi dan memerintahkan manusia supaya mandi. [11]

4.3 Petunjuk ijmak

Hadis yang telah dimansukhkan dapat diketahui juga melalui ijmak. Ibn al-Jawzi menyebutkan salah satu tanda hadis itu dimansukhkan iaitu khabar ahad bercanggah dengan ijmak. Dengan

(5)

berdalilkan kepada ijmak, hadis itu dihukumkan sebagi mansukh bukan bermaksud ijmak yang memansukhkannya. [12] Seperti hadis:

?? ????? ?? ???? ?? ????? ??? ????? ???? ???? ???: "?? ??? ????? ???????" ???? ??? ???????? ???? ??? ???????? ???? ??? ?? ??????? ?? ??????? ???????".

???? ??? ????: ???? ??????- ??? ??? ????? ?? ??? ?????

Daripada Qabisah bin Zuwai’ib bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa meminum arak maka rotanlahnya. Sekiranya dia mengulangi rotanlahnya. Sekiranya dia mengulangi rotanlahnya.

Sekiranya dia mengulangi rotanlahnya pada kali ketiga atau keempat maka bunuhlahnya.”

Imam al-Nawawi berkata: “Ijmak menunjukkan tentang mansukhnya. Ijmak tidak

memansukhkannya dan tidak juga dinasakhkan tetapi menunjukkan kepada nasikh. [13] Allamah al-Mubarakpuri menukilkan bahawa: Orang-orang Islam telah ijmak tentang wajibnya melaksanakan hudud bagi kes minum arak dan mereka juga ijmak bahawa peminum arak tidak dibunuh jika dia minum berulang kali”. [14]

5.0 Bentuk Nasakh Yang Berkaitan Dengan Hadis

5.1 Nasakh Hadis Dengan Hadis

Ulama Usul al-Fiqh sepakat mengatakan hadis boleh dinasakhkan dengan hadis, iaitu mutawatir dengan mutawatir, mutawatir dengan masyhur dan mutawatir dengan ahad. Contohnya ialah hadis larangan menziarahi kubur dan menyimpan daging korban. Larangan-larangan ini pada mulanya thabit dengan hadis dan hadis sendiri yang membenarkannya. Oleh itu, nasakh ini dikatakan nasakh hadis dengan hadis. [15]

5.2 Nasakh Hadis Dengan al-Qur’an

Kebanyakan ulama termasuk ulama Zahiriyyah mengakui adanya nasakh hadis dengan al-Qur’an. Walau bagaimanapun, Imam al-Syafi’i tidak menerimanya. Jumhur berhujah bahawa nasakh seperti ini memang berlaku dengan mengemukakan contoh perpindahan kiblat dari Baitul Maqdis ke Ka`bah. Sembahyang dengan mengadap ke arah Baitul Maqdis sememangnya thabit tetapi dengan hadis bukan al-Qur’an. Al-Hazimi mengemukakan satu riwayat daripada al-Barra’ bin `Azib:

?? ???? ???? ??? ???? ???? ???? ??? ??? ?? ??? ??????? ??? ??? ?????? ?? ??????? ???? ??? ??? ??? ?????? ??? ??? ???? ?? ???? ??? ????

Daripada al-Barra’ bin `Azib bahawa perkara yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. apabila sampai di Madinah ialah menemui datuk neneknya dari kalangan Ansar dan baginda

(6)

bersembahyang mengadap ke arah Baitul Maqdis selama enam belas bulan atau tujuh belas bulan. [16]

Hadis ini telah dinasakhkan oleh ayat berikut:

???? ????? ????????? ???????? ??? ????????? ?????????????????? ???????? ?????????? ??????? ???????? ?????? ??????????? ?????????? ???????? ??? ??????? ?????????? ???????????? ???????? ??????? ????????? ????????? ?????????? ????????????? ???????

???????? ??? ?????????? ????? ?????? ????????? ?????? ???????????

Sesungguhnya Kami sering melihat mukamu mengadah ke langit, maka sesungguhnya Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. (Surah al-Baqarah: 144)

5.3 Nasakh al-Qur’an Dengan Hadis

Jumhur ulama termasuk Zahiriyyah mengharuskan nasakh hadis dengan al-Qur’an sementara Imam al-Syafie menegahnya. Bagaimanapun golongan Hanafiyyah hanya mengharuskan nasakh al-Qur’an dengan hadis mutawatir dan masyhur kerana ianya tersebar luas di kalangan manusia. Golongan yang mengharuskannya berhujah dengan ayat wasiat kepada ibu bapa dan kaum kerabat.

?????? ?????????? ????? ?????? ?????????? ????????? ??? ?????? ??????? ???????????? ??????????????? ?????????????? ?????????????? ?????? ????? ?????????????

Diwajibkan ke atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan tanda-tanda maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak berwasiat untuk ibubapa dan kaum kerabat secara ma`ruf, ini

adalah kewajipan atas orang-orang yang bertakwa. (al-Baqarah:180)

Ayat ini telah dimansukhkan dengan hadis:

?? ??? ?????? ???: ???? ???? ????? ??? ????? ???? ???? ????: "???? ????? ?? ???? ???? ?? ???? ???? ??? ???? ??????".- ??? ???? ???? ??????? ??? ?? ??? ?? ?????? ??????

Daripada Abu Umamah, katanya: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menentukan kepada setiap orang yang mempunyai hak akan hak masing-masing.

Dengan itu, maka, tidak ada wasiat untuk waris (orang yang berhak menerima pusaka).”

Tetapi golongan yang tidak mengharuskan bentuk nasakh ini menjawab bahawa ayat wasiat itu sebenarnya dinasakhkan oleh ayat mawarith iaitu ayat 11 surah al-Maidah sebagaimana yang ditegaskan oleh Ibn Abbas. [17]

(7)

5.4 Adakah Semua Hadis Yang Dimansukhkan Itu Dipersetujui Oleh Semua

Oleh kerana penentuan nasakh merupakan perkara yang diijtihadkan, tentu sekali ada perbezaan pendapat ulama dalam menentukan sesuatu hadis itu dimansukhkan ataupun tidak. Tidak semua hadis yang dikatakan sebagai telah mansukh dipersetujui oleh semua pihak. Walau bagaimanapun terdapat juga, hadis yang disepakati oleh ulama sebagai mansukh.

Dalam hal ini, Dr Yusuf al-Qaradhawi menyebut: “Banyak hadis yang didakwa sebagai telah

dimansukhkan tetapi setelah dikaji ia tidaklah dinasakhkan. Ada hadis yang berbentuk `azimah dan ada pula yang berbentuk rukhsah. Kedua bentuk ini mempunyai hukum masing-masing pada tempatnya. Terdapat sesetengah hadis yang berkaitan dengan keadaan tertentu dan hadis yang lain pula berkaitan dengan keadaan yang lain, maka perbezaan keadaan itu bukan menunjukkan nasakh. Contohnya, hadis yang melarang menyimpan daging korban lebih daripada tiga hari kemudian terdapat pula hadis yang mengizinkannya. Ini bukan nasakh tetapi tegahan dalam satu keadaan dan keizinan dalam keadaan yang lain.” [18]

6.0 Contoh Hadis Nasakh Dan Mansukh

6.1 Memakan makanan yang dimasak membatalkan wuduk

Sebahagian ulama berpendapat wajib berwuduk kerana memakan makanan yang dimasak apabila hendak mendirikan sembahyang. Sebahagian yang lain mengatakan hukum itu sudah tidak ada kerana ada hadis yang menasakhkannya. Golongan yang pertama berhujah dengan hadis yang dikeluarkan oleh Imam Muslim daripada Zaid bin Thabit:

??? ?? ???? ???: ???? ???? ???? ??? ???? ???? ???? ???? "?????? ??? ??? ?????". (???? ???? ????? ??? ?????? ??? ??? ?????)

Wajib berwuduk kerana memakan makanan yang dimasak.

Hadis Abu Hurairah:

?? ??????? ?? ??????? ?? ???? ??? ??? ????? ????? ??? ??????. ????: ???: ???? ????? ?? ????? ??? ??????. ???? ???? ???? ???? ??? ???? ???? ???? ???? "?????? ??? ??? ?????".

(???? ???? ????? ??? ?????? ??? ??? ?????)

Sesungguhnya Abdullah bin Ibrahim bin Qarit mendapati Abu Hurairah sedang berwuduk dekat dengan masjid, lalu beliau berkata: “Sebenarnya aku berwuduk kerana beberapa potong keju yang

telah aku makan kerana aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hendaklah kamu berwuduk setelah memakan makanan yang dimasak”

(8)

Imam al-Tirmizi menyebutkan dalam bab ini terdapat beberapa hadis yang diriwayatkan daripada Ummu Habibah, Ummu Salamah, Zaid bin Thabit, Abu Talha, Abu Ayyub dan Abu Musa.

Sebahagian ulama berpendapat wuduk dimestikan apabila memakan makanan yang telah dimasak. [19]

Menurut al-Hazimi, antara ulama yang berpandangan demikian ialah Ibn Umar, Talhah, Anas bin Malik, Abu Musa, `Aishah, Zaid bin Thabit, Abu Hurairah, Abu `Izzah al-Hazali, Umar bin Abdul Aziz, Abu Mijlaz, Abu Qilabah, Yahya bin Ya`mar, Hasan al-Basri dan al-Zuhri. Tetapi kebanyakan ahli ilmu dan para fuqaha berpendapat tidak perlu berwuduk kerana memakan makanan yang dimasak. Mereka menganggap itu adalah perkara yang terakhir yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. [20]

Hadis-hadis yang menjadi hujah mereka ialah:

?? ??? ???? ?? ???? ????? ??? ???? ???? ???? "??? ??? ???? ???? ???? ??? ??????? (??? ???? ???? ??????? ??? ?? ??? ?????? ??? ?????? ?????)

Daripada Ibn Abbas: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memakan kaki kambing yang hadapan, kemudian bersembahyang tanpa mengambil wuduk.”

Hadis `Amr bin Umayyah al-Dhamri:

?? ???? ??? ???? ?????? ??? ??? ???? ???? ??? ???? ???? ???? ???? ?? ??? ???? ????. ?? ??? ??? ?????.

(???? ???? ????? ??? ??? ?????? ??? ??? ?????)

Bahawa dia melihat Rasulullah s.a.w memotong kaki kambing yang hadapan yang dimakannya, kemudian bersembahyang tanpa mengambil wuduk.

Hadis Maimunah, isteri Rasulullah s.a.w:

?? ?????? ??? ????? ??? ???? ???? ????? ?? ????? ??? ???? ???? ???? ??? ????? ???? ?? ??? ??? ?????. (???? ???? ????? ??? ??? ?????? ??? ??? ?????)

Daripada Maimunah, isteri Rasulullah s.a.w katanya: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah memakan kaki kambing yang hadapan dekat dengan beliau, kemudian bersembahyang tanpa

mengambil wuduk.”

(9)

(??? ???? - ???? ??????? ??? ?? ??? ?????? ??? ?????? ?????)

Daripada Jabir katanya: Perkara terakhir daripada Rasulullah s.a.w ialah tidak berwuduk kerana memakan makanan yang dimasak dengan api.

Referensi

Dokumen terkait

Semakin besar jumlah kredit yang diberikan bank akan kepada masyarakat semakin kecil tingkat likuiditas bank, semakin rendah tingkat kecukupan modal bank dan

Hasil penelitian ditemukan: (1) Gaya kepemimpinan kepala sekolah dalam meningkatkan disiplin guru, adalah gaya memberitahukan ( telling ), selain gaya telling, kepala

Tujuan penelitian ini adalah (1) memperoleh informasi nilai daya gabung umum galur-galur jagung manis, yang akan dijadikan tetua dalam persilangan dialel, (2)

Dari berbagai definisi atau pernytaan tersebut, dapat disimpulkan bahwa definisi media sosial adalah “medium di internet yang memungkinkan pengguna

Insentif sebagai perangsang atau pendorong yang diberikan secara sengaja kepada para pekerja agar dalam diri pekerja timbul semangat yang lebih besar untuk berprestasi

sama dengan Gunung T’ien-t’ai.” Dalam surat kepada Tuan Ueno, Ia menuliskan, “Ini adalah tempat kediaman yang sangat bagus bagi seorang pelaksana Saddharma Pundarika

Hasil: Berdasarkan aspek legal diketahui bahwa penye- lenggaraan Jamsoskes dalam bentuk BLU tidak bertentangan dengan UU dan peraturan yang ada, dengan memperhatikan beberapa

March dan Smith (2001) dan Parham (1970) mengemukakan bahwa jika pada temperatur rendah (25 0 C) akan menghasilkan produk para- hidroksiasetofenon sedangkan pada