• Tidak ada hasil yang ditemukan

APLIKASI TEKNOLOGI MODEN DALAM MEMANTAPKAN PENDIDIKAN SUNNAH DI ERA GLOBALISASI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "APLIKASI TEKNOLOGI MODEN DALAM MEMANTAPKAN PENDIDIKAN SUNNAH DI ERA GLOBALISASI"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

APLIKASI TEKNOLOGI MODEN DALAM MEMANTAPKAN

PENDIDIKAN SUNNAH DI ERA GLOBALISASI

Syed Najihuddin Syed Hassan1 Nidzamuddin Zakaria1 Norakyairee Mohd Raus1 Lukmanul Hakim Hj Hanafi2 Dr. Syed Najmuddin Syed Hassan3

1

Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah

2

Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia

3

Pusat Pengajaran dan Pembelajaran Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Abstrak

Kertas kerja ini membincangkan beberapa aspek aplikasi teknologi yang membantu manusia dalam kehidupan serta keterkaitannya dalam pendidikan sunnah di era globalisasi. Beberapa objektif penggunaan teknologi dalam pendidikan sunnah serta ciri-ciri teknologi yang bersesuaian turut digariskan. Seterusnya, disenaraikan beberapa bentuk teknologi yang bermanfaat untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran sunnah berserta contoh-contoh yang telah digunakan pada masa kini. Selanjutny, diterangkan kebaikan dan keburukan dalam penggunaan teknologi terbabit agar dapat digunakan dengan sebaiknya. Di akhir kertas kerja ini, disarankan beberapa cadangan agar dapat diguna pakai oleh pihak yang bertanggungjawab. Justeru, diharapkan kertas kerja ini dapat memberikan ruang serta idea kepada inovasi seterusnya dalam teknologi yang sedang dan akan dibangunkan pada masa mendatang.

1.0 PENDAHULUAN

Peredaran masa dan teknologi telah banyak merubah cara hidup umat Islam di Malaysia hari ini. Sebelum wujudnya alat-alat sebaran am seperti radio dan televisyen, umat Islam bergantung kepada surat khabar dan majalah untuk mendapatkan maklumat terkini. Kemunculan teknologi moden di ambang alaf baru ternyata membawa cabaran yang lebih besar kepada umaat Islam kerana bersamanya mengalir pelbagai bentuk maklumat yang tidak lagi dapat disekat apatah lagi amat sukar ditapis. Ini disebabkan oleh penguasaan teknologi moden oleh Barat, justeru tidak hairanlah sebahagian besar kandungannya mengikut acuan barat.

(2)

Dalam pada itu, pendidikan merupakan satu proses yang dilalui oleh semua peringkat manusia. Bermula dari dalam kandungan ibu lagi, hinggalah seseorang itu dilahirkan serta kemudian dibesarkan, pelbagai bentuk pendidikan telah diterima seiring dengan perubahan dari segi mental dan fizikal yang dialami. Justeru, dengan pendidikanlah akan menentukan hala tuju dan sifat-sifat peribadi yang bakal dibawa oleh seseorang itu.

Dari sudut maklumat, globalisasi bermakna kebanjiran sistem teknologi canggih dan pengaliran maklumat tanpa mempedulikan kerajaan dan Perlembagaan Negara bahkan juga perundangan. Ini dapat dilihat di dalam proses dan fenomena globalisasi yang mempunyai pelbagai alat pemangkin yang moden dan canggih yang menggabungkan penggunaan internet, pelbagai jenis telefon, teleks, faks dan sebagainya. Dari sudut penyiaran, teknologi moden disebarkan dengan menggunakan TV tempatan, TV setelit, radio, media cetak dan online, majalah dan agensi berita. Dari sudut pendidikan pula, pengaruh globalisasi menjalar melalui institusi dan universiti serta pusat-pusat penyelidikan dan maklumat.

Dengan wujudnya teknologi moden pada masa kini, pendidikan dapat tersebar dengan meluas dan pantas terutamanya dalam pendidikan sunnah. Dengan berurusan dengan media bererti berhadapan dengan manfaat serta mudarat secara langsung dan tidak langsung. Ini kerana kebarangkalian besar kewujudan pelbagai maklumat palsu yang telah dan sedang dieksploitasikan oleh pihak Barat untuk memesongkan akidah umat Islam. Oleh itu, dalam menghadapi cabaran semasa umat Islam harus merenung kembali panduan hidup yang telah dibekalkan kepada mereka oleh Allah s.w.t melalui kitabnya. al-Quran serta rasul-Nya melalui sunnahnya sejak berabad yang lampau.

(3)

2.0 DEFINISI TAJUK

Teknologi bermaksud kaedah, cara, idea untuk menghasilkan sesuatu dengan mudah dan berkesan Manakala teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, idea, alat-alat, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada proses pendidikan. Moden pula bermaksud masa sekarang atau berkaitan dengan masa kini, yang terbaru, cara (kaedah) baru, mutakhir. (Kamus Dewan: 1039). Dalam pada itu, sunnah membawa maksud segala yang disandarkan kepada Rasulullah SAW yang meliputi perkataan, perbuatan, perakuan serta sifat-sifat peribadi dan akhlak.

Berdasarkan definisi-definisi di atas, dapat disimpulkan bahawa teknologi moden amat penting dalam menyampaikan pendidikan sunnah pada zaman yang serba canggih ini. Di sini terdapat pelbagai contoh teknologi moden dalam pendidikan sunnah iaitu laman web yang berunsurkan sunnah contohnya laman sesawang http://www.sultan.org/a. Selain itu juga, terdapat perisian yang boleh dimuat turun terus ke dalam komputer mahupun telefon bimbit seperti perisian Maktabah Syamilah dan Maktabah al-Alfiyah.

3.0 OBJEKTIF PENGGUNAAN TEKNOLOGI

Antara objektif teknologi moden dalam pendidikan sunnah ialah: 3.1Melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran sunnah. 3.2Menjimatkan masa, tenaga dan wang.

3.3Menarik minat pelajar dan menhiburkan pelajar dalam mempelajari sunnah nabi. Di samping, memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah pembelajaran.

3.4Mengelakkan berlakunya ketidakfahaman atau salah tafsir pengertian sunnah terhadap konsep melalui deria melihat, mendengar atau menyentuh.

3.5Melibatkan pelbagai deria pelajar. Contoh: penggunaan visual yang diikuti oleh audio akan melibatkan deria lihat dan dengar dan mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar terhadap sunnah. 3.6Membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan

(4)

3.7Memperkayakan pengalaman pelajar. Contoh: media bergerak boleh memperkayakan pengalaman murid. Kejadian yang tidak pernah mereka lihat atau alami akan dapat mereka saksikan sendiri dan ini menjadikan mereka seoalah-olah mereka mengalaminya.

4.0 CIRI TEKNOLOGI YANG SESUAI DALAM PENDIDIKAN SUNNAH

Penguasaan ilmu pengetahuan dan pendekatan integratif dalam pendidikan banyak dibicarakan oleh masyarakat. Hal ini bukan saja menuntut pemerincian tetapi juga kejelasan kandungan dan juga proses aplikasinya. Kemajuan dan pembangunan sesuatu negara banyak bergantung kepada jenis manusia atau modal insan yang dilahirkan oleh sistem pendidikannya.

Dalam konteks pendidikan integratif bukan saja kandungan ilmu perlu diperkukuhkan kembali tetapi juga metodologi pengajaran dan pembelajarannya memerlukan tinjauan yang serius. Ilmu yang berasaskan nilai-nilai agama dan nilai-nilai etika perlu diperkukuhkan seiring dengan fokus terhadap akademik, sains dan teknologi supaya integrasi antara keduanya menyumbang ke arah penyuburan kualiti holistik pada diri pelajar.

Antara ciri-ciri teknologi yang baik boleh digunakan dalam pendidikan adalah seperti alat yang dapat menjelaskan idea-idea yang kabur dan menerangkan isi-isi pelajaran. Perkara ini sangat penting untuk pendidikan agar maklumat yang diterima adalah jelas dan mudah difahami di samping kekeliruan. Contohnya, tulisan dan angka yang ditulis dalam transparensi mestilah besar dan jelas. Gunakan warna yang pelbagai untuk memberi penekanan kepada perkataan-perkataan dalam topik yang ingin diajar agar dapat membezakan antara isi-isi penting.

4.1 CONTOH TEKNOLOGI MODEN DALAM PENDIDIKAN SUNNAH

Terdapat banyak contoh-contoh teknologi moden yang boleh didapati pada zaman sekarang dan ianya sangat berguna dalam pendidikan terutama sekali pendidikan sunnah. Contoh-contoh teknologi moden terbahagi 3 kategori.

(5)

4.1.1 Teknologi Dari Sudut Komunikasi.

Sebagaimana yang diketahui, komunikasi adalah cara yang terbaik bagi seseorang itu untuk berhubung antara satu sama lain. Komunikasi juga sangat penting untuk menyebar maklumat dengan lebih mudah melalui hubungan dua hala atau dua pihak. Contohnya adalah seperti telefon bimbit. Telefon bimbit adalat alat komunikasi yang digunakan secara meluas pada masa kini dan merupakan alat yang sangat mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja sehinggakan boleh disimpan di dalam poket. Dengan kecanggihan yang telah dicipta pada masa sekarang, telefon bimbit juga kini boleh dilengkapi satu perisian yang sangat berguna pada masyarakat iaitu terciptanya perisian D1818. Perisian ini adalah sebuah perisian yang memudahkan pengguna untuk mencari hadis-hadis yang dikehendakinya hanya melalui telefon.

Seterusnya komputer dan internet juga merupakan teknologi yang digunakan di dalam sudut komunikasi pada masa kini. Di zaman era globalisasi ini, penggunaan internet dan komputer adalah di antara penggunaan yang sangat banyak di kalangan masyarakat. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Dato‟ Dr Fadilah Kamsah pada tahun 2008, hampir setiap rumah di Malaysia kini mempunyai sebuah komputer bagi memudahkan mereka berinteraksi dan memperoleh maklumat dengan cepat. Slogan dunia di hujung jari anda adalah sangat tepat dengan kajian yang telah dilakukan kerana sememangnya pada masa kini ilmu pengetahuan boleh diperoleh hanya dengan menggunakan komputer dan internet tanpa perlu keluar dari rumah atau pergi ke tempat yang jauh untuk mencari maklumat tersebut. Perisian Maktabah Syamilah dan al-Maktabah al-Alfiah yang telah dibangunkan juga memungkinkan pelajar serta pengkaji untuk membuat rujukan dan kajian berkaitan dengan hadis Rasulullah saw dengan mudah. 4.1.2 Teknologi Dari Sudut Penyiaran

Seperti mana yang diketahui, penyiaran adalah media yang digunakan untuk menyebarkan maklumat secara langsung dengan menggunakan televisyen atau radio. Terdapat pelbagai rancangan yang boleh di dapati melalui televisyen dan terdapat juga berbentuk ilmiah yang sangat berguna untuk menambah ilmu dan maklumat kepada masyarakat. Antara rancangan ilmiah yang boleh ditonton di televisyen pada masa kini

(6)

adalah seperti al-Kuliyyah, al-Hidayah, Jejak Rasul, Halaqah, Forum Perdana dan banyak lagi. Dalam pada itu, radio juga memainkan peranan yang penting dalam penyebaran ilmu melaui penyiaran. Maklumat dan ilmu yang disampaikan tidak hanya berbentuk sesuatu yang boleh dilihat malahan boleh diperoleh melalui deria pendengaran. Antara siaran radio berbentuk ilmiah adalah seperti IKIM.fm. Pelbagai ilmu yang boleh diperoleh melalui siaran ini seperti belajar bahasa Arab, belajar hadis Rasulullah saw, bacaan tafsir al-Quran dan yang lain-lain lagi yang berkaitan denganya. Selain dari itu terdapat juga rancangan bersama Prof Izzy Hj Ali di siaran Hot.fm, manakala di siaran ERA.fm memberi ruang tazkirah kepada Dato‟ Dr Fadilah Kamsah. Media cetak juga memainkan peranan yang penting dalam penyebaran maklumat, ini kerana maklumat-maklumat ilmiah boleh dicetak dan di sebarkan oleh orang ramai. Di antara media cetak yang terdapat di Malaysia yang berkaitan dengan sunnah ialah Solusi, Al islam, Dara, Nur, I luv Islam dan sebagainya.

4.1.3 Teknologi Dari Sudut Pendidikan.

Akhir sekali adalah kategori dalam sudut pendidikan yang dapat membantu dalam pemperolehan dan penyebaran maklumat. Contohnya adalah CD-Rom dan DVD yang boleh digunakan untuk menyimpan maklumat yang banyak. Melalui cara ini, maklumat seperti Hadis dapat disimpan dan boleh dimanfaatkan sebagai rujukan dalam sesi pembelajaran dan pengajaran. Selain itu, penggunaan alat-alat seperti LCD projektor yang digunakan untuk memancarkan maklumat yang disambungkan melalui komputer turut menjadi bahan bantu teknologi yang memudahcarakan proses pendidikan. Semua alat-alat teknologi yang dinyatakan adalah sangat penting untuk pembelajaran dan pengajaran muklumat serta penyebaran ilmu pengetahuan. Sesungguhnya ilmu pengetahuan terutama yang berkaitan dengan Hadis dapat diperolehi dengan bantuan semua alat-alat yang dinyatakan. Semua ini juga dapat menarik minat pelajar untuk lebih mendalami ilmu hadis dan seterusnya memperoleh banyak manfaat darinya.

(7)

5.0 CARA PENYEBARAN SUNNAH MELALUI TEKNOLOGI

Ilmu yang berkaitan dengan sunnah juga dapat disebarkan melalui pelbagai cara berasaskan teknologi. Ini termasuklah penggunaan Website dan Webblog Islami dalam alam siber. Website dan webblog merupakan salah satu media dakwah yang sangat berkesan pada era globalisasi ini. Ratusan juta manusia di seluruh dunia boleh mengakses internet dan jumlahnya semakin bertambah dari semasa ke semasa. Beberapa website Islami dengan segmen remaja yang baik untuk dikunjungi adalah seperti http://saifulislam.com .

Selain dari itu, penyebaran Sunnah juga dapat dilaksanakan melalui pembikinan filem-filem yang berbentuk Islamik. Orang-orang Barat telah lama memproduksi filem untuk tujuan penyebaran ilmu pengetahuan, seperti The Discovery Channel, National Geographic, dan sebagainya. Saat ini juga telah muncul filem-filem pengetahuan yang Islami, misalnya filem-fielm produksi yang berkaitan dengan tokoh-tokoh Islam seperti filem Salahuddin Al-Ayubi, filem Indonesia Ketika Cinta Bertasbih dan Ayat-ayat Cinta.

Pembelajaran Sunnah juga dapat disebarkan melalui penggunaan Digital Library yang merupakan perpustakaan yang boleh diakses secara digital. Tidak seperti lazimnya perpustakaan yang menampung ribuan buku (kertas) seperti yang selama ini diketahui, Digital Library sangat berbeza. Perpustakaan ini mengandungi sumber-sumber ilmu pengetahuan dalam format digital, misalnya e-book. Berbentuk website dan juga CD menjadi salah satu contoh di antara produknya iaitu CD Digital Journal Al Manar yang diterbitkan oleh mahasiswa-mahasiswa Islam yang bergabung dalam Digital Library Project Community.

Terdapat perisian berbentuk Islam yang boleh digunakan untuk menyebarkan Sunnah kepada masyarakat seperti The Holy Qur'an Program (al-Quran dan terjemahnya), Hadith Encyclopedia (kumpulan sembilan kitab hadits, yang memuat 62.000 hadith setara dengan 25.000 halaman buku yang lengkap dengan penjelasannya).

(8)

6.0 KEBAIKAN DAN KEBURUKAN TEKNOLOGI MODEN DALAM PENDIDIKAN SUNNAH.

Perluasan teknologi maklumat di masa kini mencetus kepada kebaikan dan keburukan. Di antara kebaikan yang dapat dikupas dari kajian ini adalah penyebaran pendidikan sunnah yang efektif dan pantas serta boleh diterima umum. Ini kerana kemajuan era teknologi maklumat segera dicapai dari semasa ke semasa. Selain itu, dengan adanya pendidikan sunnah yang meluas, mampu mempengaruhi sikap masyarakat Islam kini kepada yang lebih baik. Contohnya, pengamalan sunnah Nabi dapat dipraktikkan dalam kehidupan harian masyarakat seperti amalan-amalan sunat, pemakanan mengikut sunnah Nabi saw, mendahulukan yang kanan dari yang kiri dan sebagainya.

Menuntut ilmu adalah perkara yang digalakkan oleh Islam ke atas umatnya, walau di mana jua kita berada, ilmu mestilah dalam genggaman. Bak kata orang bijak pandai, “menuntut ilmu biarlah sampai ke negeri China”. Dengan adanya ilmu sunnah dalam teknologi kini, ilmu pengetahuan tentang sunnah dapat dipertingkatkan. Sebagaimana firman Allah Taala:

                                          Maksudnya:

Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk.

Justeru itu, penerimaan maklumat melalui teknologi moden tidak terhad kepada peringkat umur dan bangsa. Ia boleh diterima pakai oleh kanak- kanak, dewasa dan orang

(9)

tua mahupun yang bekerja atau tidak. Penggunaan masa serta kos juga dapat dioptimumkan dengan penggunaan teknologi yang memudahkan carian maklumat serta menjimatkan kos. Oleh itu, dengan wujudnya teknologi moden ia membantu menjimatkan masa dalam pencarian maklumat tentang sunnah khususnya. Berdasarkan ayat al-Quran yang mengingatkan umat Islam agar menepati masa:



























































Yang bermaksud:

1. Demi Masa. 2. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. 3. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.

Peningkatan teknologi moden dari masa ke semasa membawa pelbagai kesan tidak kira dari pelbagai segi. Ia mempengaruhi minda manusia serta diri sehingga kadang-kala tanpa sedar meresapi diri secara perlahan-lahan. Sama ada manusia menggunakan secara bijak atau tidak, bergantung kepada individu tersebut memahami kewujudan setiap kemudahan yang disediakan.

Secara rela atau tidak, kemodenan yang semakin pesat membangun terus meningkat. Manusia berpusu-pusu mengejar kemodenan sehingga ada kalanya yang lupa akan tujuan mereka di dunia. Umat Islam sejak dahulu lagi telah diperingatkan untuk berpegang teguh dengan dua sumber utama iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Walaupun kini sunnah telah dipertingkatkan teknik penyebarannya, akan tetapi masih wujud kesamaran yang menyebabkan penyalahgunaannya terjadi.

Sunnah disebarkan pada orang ramai tetapi ada di antara individu yang tidak berpuas hati dengan perkembangan sunnah bagi membantu umatnya telah membuat

(10)

penyimpangan. Maka telah terjadinya salah faham mengenai hadis-hadis Nabi. Walaupun banyak kebaikan yang tersedia luas dalam teknologi, akan tetapi wujudnya unsur-unsur negatif diantaranya ialah kemalasan yang semakin melanda individu seperti apabila segalanya didapati dengan mudah hanya dengan mengakses dari satu tempat, maka ramailah individu yang hanya duduk terperuk di dalam rumah.

Apabila mempercayai bulat-bulat sebuah kenyataan di dalam internet terutama dalam bidang sunnah, ini menyebabkan semakin ramai individu terpesong dari pemahaman yang sebenar. Mereka mula melakukan sesuatu yang tidak diajar dalam Islam. Pemesongan ini juga lebih diketahui dengan ajaran sesat oleh masyarakat masa kini.

Hadith-hadith maudu‟ turut dijadikan sebagai hujah dalam membuat kesimpulan berkaitan agama. Ini telah menjurus kepada kesesatan yang nyata. Sekiranya diteliti dengan lebih mendalam, penyebaran sunnah menggunakan teknologi moden adakalanya memberikan risiko yang tinggi dimana apabila terjadinya penyelewengan dalam penghuraian sunnah, boleh membawa impak yang besar di dalam kehidupan umat Islam.

Setiap hadith yang diletakkan dalam internet adalah bercampur-baur, tidak kira hadith da‟if,hasan dan sohih. Percampuran ini menyebabkan kekeliruan berlaku dalam penggunaan dan pengamalan hadith yang tidak diketahui sumber sebenarnya. Masyarakat kini lebih bergantung sepenuhnya kepada teknologi moden dan tidak mempunyai usaha mengkaji setiap hadith yang ditemui.

Disebabkan terlalu asyik dengan teknologi moden dan kesenangan yang dimiliki, individu kini kurang minat untuk membaca bahan-bahan yang berbentuk percetakan. Sekiranya gejala dan keburukan ini tidak dibendung seawal yang mungkin, berkemungkinan akan membawa kesan yang lebih parah khususnya dalam Al-Quran dan Sunnah.

(11)

7.0 CADANGAN

7.1 Pihak-pihak yang pakar dalam ICT perlu mencipta perisian (sofware) yang telah digunakan dalam pendidikan sunnah terdiri daripada bahan-bahan berkaitan dengan akidah, hidup, kerohanian, akhlak, syariat, fiqh, sejarah dan bahasa. 7.2Sebarang maklumat terutamanya yang disalurkan oleh media barat harus diawasi

dan perlu ada sifat berhemah dalam hal ini.

7.3Memperbanyakkan laman web yang bercirikan keislaman. 7.4Melengkapi diri dengan ilmu dan kepakaran ICT.

7.5Menggunakan prasarana fizikal yang canggih, termasuk bangunan baru yang sedang dibina, akan dapat memainkan peranannya dengan lebih berkesan.

7.6Syarikat-syarikat yang hendak membangunkan program- program Islam yang berguna dalam hubungan dengan ICT ini hendaklah diberikan kemudahan-kemudahan yang diperlukan oleh pihak kerajaan dan swasta demi menjayakan Islam dan pendidikan sunnah melalui ICT ini.

7.7Memberi penekanan khusus kepada pengendalian aduan dari pelanggan. Jika aduan dari pelanggan dapat diberi perhatian yang serius, setiap organisasi akan dapat memperbaiki perkhidmatan secara berterusan melalui tindakan-tindakan pembetulan dan pencegahan.

8.0 KESIMPULAN

Setelah kajian dan penelitian di jalankan dengan didahului definasi-definasi berkaitan dengan tajuk, iaitu „Teknologi moden dalam Pendidikan sunnah‟ maka dapatlah kita simpulkan beberapa fakta yang berkaitan dan diantaranya ialah kemajuan yang semakin memberangsangkan memberikan impak yang pelbagai melalui segenap bidang. Kebaikan dan keburukan menjadi assam garam dalam setiap perkara. Di mana ada kebaikan, di situ juga ada keburukan ataupun kejahatan dan sebaliknya.

Antara kesan-kesan positif yang dapat dikenal pasti melalui kajian yang dijalankan termasuklah dalam aspek pendidikan. Pendidikan merupakan jalan yang utama dalam mencapai impak atau kesan yang lebih besar. Ia dapat memberikan kesan yang

(12)

mendalam terhadap individu yang belajar untuk memahami dan mendapatkan ilmu.Ilmu yang diberi bukan sahaja tertumpu untuk sesetengah individu, akan tetapi boleh dicapai oleh setiap individu tidak kira bangsa ataupun agama.Dengan menggunakan teknologi moden ini dapat menarik ramai pengguna teknologi untuk mendalami Islam. Ia bersesuaian dengan ayat Al-Quran yang menyatakan: “serulah ke jalan tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik.”(surah An Nahl 16:125).

Usaha-usaha pejuang Islam bagi memartabatkan dan mengembalikan kehidupan masyarakat yang berasaskan Al-Quran dan Assunnah diteruskan melalui penggunaan teknologi. Ini kerana penyebaran melalui teknologi dilihat lebih berkesan dan dengan mudah tersebar luas ke serata dunia. Pelbagai cara dan ciri-ciri dikenalpasti untuk memantapkan persembahan pendidikan sunnah dimata dunia. Memaparkan bahawa Islam dapat disebarkan melalui pelbagai cara tidak kira penyampaian secara lisan mahupun sehingga ketahap tertinggi iaitu penggunaan teknologi moden.

9.0 RUJUKAN Al-Qur‟an Al-Karim.

Ahmad Tarmizi Zakaria. Sep-Dis 2001. Majalah :Peranan Pendidik Mendepani Globalisasi.

Mohd. Nor Mamat. Januari-Mac 2000. PEMIKIR: Era Maklumat Dari Perspektif Islam. Mohd Radzi Othman. 2008. Warisan al-hadith: antara teras dengan dinamika pemikiran. Penerbit Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Sharifah Azizah Sahil Jamalullail. 2001. Teknologi maklumat dan komunikasi harapan cabaran dan barakah. Institut Agama Islam Negeri Kedah (INSANIAH).

Referensi

Dokumen terkait

Untuk memecahkan masalah yang ada pada SMK Jakarta Pusat 1 adalah dengan media pengembangan sistem dengan menggunakan metode air terjun (Waterfall) yang dapat mengatasi

Oleh karena itu, lahirnya UU No 22/1999 tentang Pemerintahan Daerah dilengkapi dengan lahirnya UU No 25/1999 tentang Central dan Proporsi Keuangan Daerah, dan update dari UU No

Kepala Subbidang Penyusunan Program Pembangunan mempunyai tugas melakukan penyiapan bahan perumusan, pengoordinasian, pelaksanaan, pemantauan, evaluasi serta pelaporan

Perlu dilakukan penelitian tentang pola penggunaan dan persediaan analgetik di Puskesmas untuk dapat meningkatkan mutu pelayanan dan pengelolaan obat di fasilitas

Beberapa hal yang sangat krusial harus dimiliki seorang guru dalam menjalankan tugasnya adalah motivasi, kepemimpinan dan disiplin kerja, Permasalahannya adalah

bahwa penunjukan Bendahara Pengeluaran , Bendahara Penerimaan dan Penetapan Rekening pada Satuan Kerja Perangkat Daerah ( SKPD) di Lingkup Pemerintah Daerah Kabupaten Cirebon

menulis Al- Qur’an siswa di SDIT Nurul Fikri ini dilakukan dengan.. menggunakan buku panduan metode Wafa mulai dari menebali

Dapat dilihat pada aspek menirukan gerakan shalat dengan benar ada 9 anak (45%), sspek Melafadzkan bacaan shalat dengan lancar ada 8 anak (40%), aspek menirukan gerakan