• Tidak ada hasil yang ditemukan

KE ARAH PEMBANGUNAN INSTITUSI PENDIDIKAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KE ARAH PEMBANGUNAN INSTITUSI PENDIDIKAN"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 259

KE ARAH PEMBANGUNAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI WAKAF: KAJIAN DARI ASPEK PERUNDANGAN TANAH NEGARA

Rohayati Hussin1 Rusnadewi Abdul Rashid2

Noor Inayah Yaakub3

Abstrak

Kanun Tanah Negara 1965 menjadi asas rujukan di samping undang-undang lain berkaitan tanah termasuklah urusan berkaitan tanah wakaf. Ini kerana tiada undang-undang khas berkaitan pengurusan tanah wakaf walaupun telah wujud enakmen wakaf di beberapa buah negeri. Asas kepada sesuatu pembangunan adalah bermula di atas tanah. Oleh itu, isu mengenai pembangunan tanah wakaf sentiasa menjadi perhatian dan perbahasan pelbagai pihak. Membangunkan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) wakaf pula merupakan salah satu alternatif pembangunan tanah wakaf ke arah merealisasikan pembangunan keilmuan dalam arus perdana globalisasi negara supaya peluang pendidikan ini turut dikecapi oleh semua golongan masyarakat tanpa batasan. Sejajar dengan itu, pentingnya peruntukan perundangan berkaitan tanah diketahui agar penubuhan dan pembangunan IPT wakaf dapat dilestarikan. Justeru itu, artikel ini bertujuan untuk mengupas dua isu perundangan tanah yang penting berkaitan IPT wakaf iaitu aspek pendaftaran dan pengambilan tanah oleh Pihak Berkuasa Negeri. Berteraskan kepada kajian kualitatif yang menggunapakai kaedah analisa kandungan (content analysis), artikel ini diharap dapat memberi pendedahan tentang peranan perundangan tanah negara yang memberi kesan kepada pembangunan dan kelestarian IPT wakaf.

Kata Kunci: Kanun Tanah Negara 1965; tanah wakaf; Institusi Pendidikan Tinggi Wakaf; pembangunan.

1

Pelajar PhD, Fakulti Undang-undang, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam :

roha427@kedah.uitm.edu.my 2

Pensyarah Kanan (Dr), Fakulti Undang-undang, Universiti Teknologi MARA Perlis : rusnadewi@perlis.uitm.edu.my

(2)

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 260

PENGENALAN

Perkara berkaitan wakaf sentiasa relevan dan tidak pernah lekang dari diperbincangkan dan diperbahaskan sama ada di dalam atau luar negara. Saban tahun, banyak seminar dan konferensi dianjurkan berkaitan wakaf. Bezanya pada masa kini terdapat fokus baru yang diberi perhatian dan diperbincangkan iaitu mengenai Institusi Pendidikan Tinggi (IPT)4. Pendidikan tertinggi merupakan pemangkin bagi melahirkan tenaga-tenaga pakar dan ilmuwan. Oleh yang demikian, peranan institusi pengajian tinggi adalah amat penting dalam melahirkan modal insan kelas pertama (Siti Zakiah & Hairunnizam, 2014). IPT berkonsepkan wakaf masih baru diberi perhatian dan diperbincangkan walaupun hakikatnya sudah terdapat beberapa IPT wakaf yang telah wujud berkonsepkan wakaf di Malaysia. IPT wakaf tidak dinafikan merupakan aset yang penting dalam pembangunan masyarakat Islam. Dengan wujudnya IPT wakaf ia diharapkan dapat memberi peluang bukan sahaja kepada masyarakat untuk mendapatkan ilmu malah memberi peluang kepada umat Islam untuk melakukan kebajikan (Wan Kamal, 2014). IPT yang berkonsepkan wakaf perlu dilaksanakan di samping kelestariannya juga memainkan peranan yang penting bagi mengekalkan aspek kemajuan itu sendiri. Namun begitu harapan ini agak sukar untuk dicapai sekiranya masyarakat masih kurang kesedaran untuk memahami konsep wakaf.

Dengan tertubuhnya IPT wakaf, ia boleh dianggap sebagai satu institusi pembangunan ekonomi ummah. Ini terbukti berdasarkan pengalaman wakaf dalam membangunkan ekonomi ummah di negara Mesir, Turki, Arab Saudi dan Kuwait. Universiti al-Azhar, Mesir umpamanya yang ditubuhkan dan ditadbirkan oleh sebuah perbadanan wakaf negara itu dan kini telah lebih 1000 tahun penubuhannya masih dibiayai oleh perbadanan tersebut.(Mohd Saharudin, Mohd Saifoul, & Jamal, 2003). Dalam usaha menfokuskan kepada pembangunan IPT wakaf, tidak dapat tidak isu yang berkaitan dengannya juga perlu diberi perhatian. Isu tanah wakaf perlu diberi perhatian terlebih dahulu kerana ia adalah asas kepada sesuatu pembangunan.

Di Malaysia, semua tanah wakaf ditadbir dan diuruskan oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN)5 sama ada harta alih atau tak alih. Seperti sedia maklum tanah- tanah wakaf yang didaftarkan adalah terletakhak kepada MAIN sebagai pemegang amanah tunggal harta wakaf berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri dan Enakmen Wakaf. Merujuk kepada Enakmen, MAIN adalah Pemegang Amanah Tunggal bagi kesemua harta wakaf, termasuk Wakaf Am atau Wakaf Khas, bagi semua Nazar Am dan jenis amanah yang menjadi Amanah Khairat kerana bantuan dan kemajuan Islam dan faedah bagi orang-orang Islam mengikut hukum syarak. Peruntukkan ini disebut secara jelas dalam enakmen sebagai contoh, Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) (No.2 Tahun 2001) :

Walau apapun peruntukan yang berlawanan dalam mana-mana

suratcara atau pengisytiharan yang mewujudkan, mengawal atau menyentuh kepada perkara itu, maka hendaklah Majlis menjadi pengawal tunggal bagi semua wakaf, sama ada wakaf Am atau

4

Institusi Pendidikan Tinggi selepas ini disebut IPT 5

(3)

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 261

Wakaf Khas dan semua nazar am dan semua amanah dari serba jenis yang mewujudkan amanah khairat untuk bantuan dan kemajuan Agama Islam atau bagi faedah orang-orang Islam mengikut Hukum Syarak, dan yang terletak di negeri ini atau jika orang yang membuat penyelesaian harta itu atau lain-lain orang yang mewujudkan amanah, wakaf atau nazar am itu berdomisil di negeri ini, setakat semua harta yang tersentuh olehnya di mana jua harta itu terletak” (Seksyen 63).

Wakaf berasal daripada perkataan Arab, waqafa yang membawa maksud berhenti, menegah dan menahan (Abdul Hamid dan Mohammad Tahir, 2014). Manakala menurut istilah, wakaf ialah apa-apa harta yang menahan pewakaf daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya, untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewakaf kepada Allah SWT (Razali, 2013). Manakala Syeikh Muhammad al-Syarbini al-Khatib seorang ulama bermazhab Syafi'i, menjelaskan bahawa wakaf bermaksud menahan harta yang boleh memberi manfaat dengannya, serta kekal fizikal harta, dengan melupuskan hak pengurusan yang dimiliki oleh pewakaf untuk diberikan kepada pihak yang dibenarkan oleh syarak yang wujud ketika itu (Ainul, Arieff Salleh, dan Azman, 2014). Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat pula, wakaf membawa maksud sesuatu yg diberikan untuk kegunaan orang ramai (sebagai derma) atau sesuatu yang diberikan dan diperuntukkan bagi keperluan yang berkaitan dengan agama Islam (Sanep & Nurdiyana , 2011). Selain itu, menurut seksyen 2 Enakmen Wakaf (Negeri Selangor) 1999, wakaf ertinya:

“menyerahkan apa-apa harta yang boleh dinikmati manfaat atau faedahnya untuk apa-apa tujuan kebajikan sama ada sebagai wakaf am atau wakaf khas menurut Hukum Syarak tetapi tidak termasuk amanah sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Pemegang Amanah 1949”.

PERKEMBANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI (IPT) WAKAF DI MALAYSIA

Malaysia ialah sebuah negara yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasminya. Sehubungan itu, institusi pengajian tinggi Islam (IPTI) sewajarnya dapat ditubuhkan dengan mudah. Ada antara IPTI ini yang telah ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia, manakala selebihnya ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Negeri, kerajaan negeri dan pertubuhan bukan kerajaan. Kebanyakan IPTI yang ditubuhkan mengambil pendekatan wakaf dalam membantu kelestarian ekonominya. Antara kelebihan wakaf pendidikan di Malaysia ialah ia mendapat sokongan dari segenap lapisan masyarakat, baik dari pihak kaum kerabat sultan, kerajaan persekutuan, kerajaan negeri sehinggalah kepada orang perseorangan. Keadaan semasa ekonomi negara yang kukuh dengan pendapatan perkapita yang baik turut mempengaruhi sumbangan dana wakaf IPTI (Mokhtar, Hairullfazli, Mohd Isa, & Muna, 2015).

(4)

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 262

sekular. Baginda menyarankan agar semua IPT mengurangkan kebergantungan kepada pihak berkuasa, sebaliknya memperbanyakkan sumber pendapatan dalam bentuk kurniaan, tajaan dan derma atau wakaf. Semua IPT yang ditubuhkan di Malaysia adalah tertakluk kepada perundangan di Malaysia. Semua IPT yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia, umumnya disebut IPT awam, adalah tertakluk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30). Manakala IPT yang ditubuhkan oleh selain kerajaan Malaysia yang dikenali secara ringkas sebagai IPT swasta pula adalah tertakluk kepada Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555). Walaupun IPT ditubuhkan di bawah akta yang berbeza, namun segala pemantauan masih tertakluk kepada Kementerian Pendidikan Malaysia melalui beberapa agensi yang ditubuhkan khusus untuk memastikan taraf perkhidmatan yang diberikan adalah yang terbaik dan setara dengan piawaian dalam dan luar negara. Antara agensi yang berperanan besar dari segi peningkatan kualiti perkhidmatan pendidikan ialah Malaysian Qualification Agency atau MQA. Agensi ini bertanggungjawab untuk melaksanakan kerangka kelayakan Malaysia (Malaysia Qualification Framework, MQF) sebagai asas penjaminan kualiti pendidikan tinggi di negara ini. MQA juga berperanan sebagai pusat rujukan sehenti berkaitan kriteria dan standard kelayakan kebangsaan (Malaysian Qualification Agency, 2013).

Menurut kajian yang dijalankan oleh Mokhtar et. al (2015), perkembangan pendidikan tinggi di Malaysia pada masa kini amat membanggakan. Jumlah IPT awam bertaraf universiti penuh yang telah ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia sehingga kini ialah sebanyak 20 buah. Di samping itu, terdapat sebanyak 485 buah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Malaysia. Menurut seksyen 2 Akta IPTS 1996, definisi institusi pendidikan tinggi swasta ialah:

“institusi pendidikan, termasuklah Universiti atau Kolej Universiti atau kampus cawangan yang diluluskan dan didaftarkan di bawah Akta ini, yang tidak ditubuhkan atau disenggarakan oleh Kerajaan:

(a) yang menyediakan pendidikan tinggi;

(b) yang menyediakan pendidikan jarak jauh; atau (c) yang menyediakan pendidikan tinggi atau pendidikan

jarak jauh secara bergabung, bersekutu atau bekerjasama

dengan—

(i) institusi pendidikan tinggi swasta yang diluluskan dan didaftarkan di bawah Akta ini;

(ii) institusi pendidikan tinggi lain:

(aa) sama ada atau tidak ditubuhkan di bawah undang-undang bertulis lain; atau

(bb) sama ada di dalam atau di luar Malaysia;

(iii) Universiti atau Kolej Universiti yang ditubuhkan di bawah Akta ini;

(iv) Universiti atau Kolej Universiti yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30];

(v) Universiti atau Kolej Universiti lain—

(aa) sama ada atau tidak ditubuhkan di bawah undang-undang bertulis lain; atau

(5)

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 263

(vii) badan profesional sama ada di dalam atau di luar Malaysia yang membawa kepada penganugerahan keanggotaan profesional badan profesional itu.

Berdasarkan definisi di atas, IPTS yang ditubuhkan berasaskan konsep wakaf juga adalah tertakluk kepada semua perundangan yang terdapat dalam Akta 555. Antaranya ialah Universiti Kolej Bestari di Terengganu atau University College Bestari (UCB), Universiti Islam Malaysia (UIM) di Cyberjaya dan Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) di Perak.

Univeristi Islam Malaysia (UIM)

Penubuhan UIM adalah salah satu usaha murni yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Prof. Dr. Mohd Yusof Noor dalam meneruskan perjuangan untuk memartabatkan kembali wakaf sebagai institusi wakaf pendidikan tinggi negara. Sejarah penubuhan Kolej Islam Malaya (KIM) atau Muslim College Malaya bermula pada 24 Februari 1955. Ia berjaya direalisasikan dua tahun selepas kemerdekaan Tanah Melayu. Penubuhan ini sebagai usaha bagi mempertingkatkan kefahaman dan pengetahuan mengenai pengajian Islam di kalangan masyarakat. Semasa itu, pendedahan pengajian Islam dibuat melalui kaedah tradisional. Ini menyebabkan, masyarakat Muslim menjadi terasing daripada silibus arus pendidikan moden seperti pendidikan sains, kemanusiaan dan teknologi (Abd. Manaf, 2012).

Penubuhan KIM ini telah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja Melayu pada ketika itu. Pengurusan dan pentadbiran KIM adalah melalui tabung kewangan wakaf atau sumbangan derma dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk daripada bukan Islam. Negara-negara luar seperti Brunei, Kuwait, Arab Saudi dan Bahrin turut menyumbang bagi tabung kewangan wakaf KIM. Malahan, bangunan pertama KIM telah disumbangkan oleh Almarhum Sultan Selangor, Sultan Hishamuddin Alam Shah. Baginda mengurniakan Istana Jameah beserta sebidang tanah terletak di Jalan Kampung Jawa Kelang sebagai wakaf khas bagi kegunaan KIM (Abd. Manaf, 2010).

(6)

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 264

sumbangan dana wakaf tunai berjumlah RM5.18 juta dari tujuh pihak yang terdiri dari syarikat, pertubuhan dan individu (Sinar Harian, 2012) iaitu seperti berikut:

a) Permodalan Nasional Bhd (PNB) sebanyak RM5 juta b) Shahpadu Corp Sdn Bhd sebanyak RM100,000.00

c) Datuk Dr. Haron Din mewakili bekas pelajar Kolej Islam Malaya (KIM) sebanyak RM30,675.00

d) Waris dan warga KIM Petaling Jaya sebanyak RM17,000.00

e) Alumni Kolej Islam (ALKIS) yang diwakili Datuk Sallehuddin Ishak sebanyak RM11,000.00

f) Persatuan Bekas Pelajar KIM sebanyak RM10,000.00

g) Bekas ketua pelajar Kolej Islam Klang tahun 1975 Puzi Dahman sebanyak RM10,000.00

Universiti Kolej Bestari atau University College Bestari (UCB)

Universiti Kolej Bestari atau University College Bestari (UCB) merupakan sebuah institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) yang telah ditubuhkan oleh Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia atau PEYATIM pada 1998 dengan nama asalnya Kolej Teknologi Bestari. IPT ini telah dinaik taraf pada 1 Ogos 2012 menjadi sebuah kolej universiti. PEYATIM merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berusaha memartabatkan anak-anak melayu miskin, golongan Program Pembangunan Rakyat Miskin (PPRT) dan anak yatim seluruh Malaysia yang berkemampuan dalam bidang akademik untuk mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Sehubungan itu, penubuhan Kolej Universiti Bestari yang tidak bermotifkan keuntungan semata-mata (non-profit making institution) tetapi lebih ke arah kebajikan ini cuba merealisasikan pembangunan keilmuan dalam arus perdana globalisasi negara supaya peluang pendidikan ini turut sama dikecapi oleh masyarakat luar bandar dan anak-anak yatim di seluruh negara.

(7)

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 265

demikian, penubuhan UC Bestari ini terbukti memberi manfaat kepada semua pihak. Lantaran itu, usaha yang berani dan bijaksana ini perlu diberi sokongan oleh semua pihak dan segenap lapisan masyarakat bagi menjayakan cita-cita pembangunan umat yang sebahagiannya tersisih dan tertinggal ini.

PERUNDANGAN TANAH BERKAITAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI (IPT) WAKAF

Perbincangan mengenai tanah wakaf tidak terlepas dari dikaitkan dengan perundangan tanah negara yang mengikat perkembangan dan pembangunan hartanah wakaf negara ini. Perbincangan artikel ini lebih menfokuskan kepada dua isu perundangan yang berkait rapat dengan undang-undang tanah wakaf iaitu pendaftaran di bawah Kanun Tanah Negara 1965 dan pengambilan balik tanah oleh Pihak Berkuasa Negeri di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960.

Kanun Tanah Negara 1965

Seksyen 4(2) (e) Kanun Tanah Negara 1965 (KTN 1965) memperuntukkan bahawa mana-mana peruntukan di bawah KTN 1965 adalah tidak terpakai kepada tanah wakaf kecuali diperuntukkan sebaliknya. Peruntukan ini dilihat sebagai suatu jaminan bahawa KTN 1965 yang merupakan undang-undang utama berhubung dengan tanah telah mengiktiraf undang-undang Islam mengenai wakaf bagi semua tanah wakaf. Oleh itu, dari segi pemakaiannya, prinsip-prinsip umum dalam KTN 1965 adalah tidak terpakai dalam pengurusan dan pentadbiran tanah wakaf (Mahamad Naser, 2012). Menurut Mohidin (2012), sungguhpun KTN 1965 tidak menyediakan peruntukan khusus mengenai perkara wakaf, namun amalan pentadbiran tanah terutama dari aspek pendaftaran tanah wakaf hari ini menunjukkan bahawa KTN 1965 masih lagi digunapakai sebagai sumber utama. Peruntukan mengenai pendaftaran harta wakaf terdapat dalam beberapa enakmen negeri misalnya, Seksyen 4 Enakmen Wakaf (Negeri Melaka) 2005 yang menyatakan bahawa setiap wakaf hendaklah didaftarkan dengan secepat mungkin menurut apa-apa bentuk atau cara yang telah ditetapkan oleh Majlis. Selain itu, Enakmen Wakaf (Negeri Sembilan) 2005 juga memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang hendak mewakafkan hartanya hendaklah mendaftarkan harta itu dengan Majlis mengikut apa-apa cara yang ditetapkan oleh Majlis. Berdasarkan enakmen-enakmen wakaf tersebut dapat difahami bahawa pendaftaran harta wakaf amat penting namun tidak ada peruntukan secara jelas mengenai bagaimana tatacara pendaftaran harta wakaf terutama berkaitan tatacara pendaftaran tanah wakaf. Kebiasaannya, pendaftaran yang dibuat adalah mengikut amalan MAIN yang berbeza-beza bagi setiap negeri berdasarkan tatacara yang terdapat di dalam KTN 1965. Ini menunjukkan bahawa KTN 1965 masih relevan sebagai rujukan utama berkaitan pendaftaran tanah wakaf. Namun begitu, secara umumnya terdapat tiga cara yang boleh digunakan bagi tujuan pendaftaran tanah wakaf iaitu:

i. Kaedah Peletakhakan Berkanun (Statutory Vesting) - Seksyen 416C KTN 1965

(8)

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 266

tanpa pengisian apa-apa instrumen oleh MAIN kerana permohonan boleh dibuat sekadar dengan menulis surat dengan melampirkan surat lafaz wakaf dan suratcara wakaf kepada Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah (mengikut mana yang berkenaan) bagi tujuan tersebut. Selain itu, salinan peruntukan statutori berkaitan perletakhakan tanah wakaf kepada MAIN di bawah akta atau enakmen negeri berkenaan juga perlu turut dikemukakan. Sekiranya permohonan diluluskan, Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir Tanah akan mengendorskan hak pemohon di dalam daftar dokumen hak milik tanah. Melalui Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan(Bil.8/1999), semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah telah dinasihatkan supaya menggunakan kaedah yang terbaru dalam meletakhak tanah wakaf kepada Majlis Agama Islam Negeri. Kaedah pindahmilik melalui cara ini sewajarnya dilaksanakan kerana ia tidak membabitkan prosedur yang kompleks (Sayuti, Mohd Hamran, Hasan Al-Banna, Basri 2011). Sekiranya permohonan ini diluluskan, Pendaftar Hakmilik atau Pentadbir tanah akan mengendoskan hak pemohon di dalam daftar dokumen hak milk tanah itu, iaitu setelah berpuas hati bahawa letakhak satutori pada hak atau kelayakan penerima pindahan telahpun berkuatkuasa (Siti Mashitoh, 2006).

ii. Kaedah Serahan (Surrender) - Seksyen 195, 197 dan 200 KTN 1965

Kaedah ini juga merupakan salah satu cara yang membolehkan tanah wakaf didaftarkan atas nama MAIN sebagai pemegang amanah tunggal. Pendaftaran tanah melalui penyerahan balik dan permohonan semula ini adalah selaras dengan peruntukan yang terkandung dalam KTN 1965. Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis oleh tuanpunya tanah yang ingin mewakaf dengan menyatakan tujuan penyerahannya kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN). Apa-apa bayaran yang belum dijelaskan ke atas tanah berkenaan seperti cukai tanah yang tertunggak dan sebagainya termasuk yuran bagi urusan penyerahan berkenaan hendaklah dilunaskan terlebih dahulu. Bagi tujuan tersebut, lakaran pelan hartanah berkenaan juga perlu dilampirkan bersama. Selepas penyerahan diterima oleh PBN, MAIN dikehendaki memohon semula hartanah berkenaan bagi menyempurnakan pelaksanaan wakaf tersebut. Penyerahan balik (surrender) tanah yang terkandung dalam hakmilik kepada kerajaan atau PBN boleh dilakukan secara bertulis kepada Pentadbir Tanah dengan menggunakan Borang 12A (seksyen 197 jika bagi maksud keseluruhan tanah) atau Borang 12B (seksyen 200 jika bagi maksud sebahagian tanah). Sebagaimana yang di peruntukkan dalam seksyen 197 dalam KTN 1965yang memperuntukan pendaftaran tanah dengan cara penyerahan semula tanah kepada PBN maka MAIN akan membuat permohonan ke atas tanah tersebut. Semua ini adalah untuk menyempurnakan perwakafan pihak pewakaf berkenaan disamping merealisasikan tanggungjawab sebagi pemegang amanah tunggal hartanah yang diwakafkan ini (Siti Mashitoh, 2006).

iii. Kaedah Pindah Milik (Transfer) - Seksyen 215 dan 216 KTN 1965

(9)

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 267

mendaftarkan nama MAIN sebagai penerima pindahan yang sah di sisi undang-undang.

Justeru itu, setelah pendaftaran dilakukan terhadap tanah wakaf, hanya MAIN yang berhak mengurus tadbir tanah-tanah wakaf tersebut. Pihak –pihak lain misalnya pewakaf, ahli waris termausk anak-anak pewakaf atau penerima amanah wakaf tidak berhak mencampuri urusan pentadbiran tanah wakaf tersebut. Namun begitu, ada beberepa pihak lain yang diberi pengecualian oleh MAIN untuk mengurus dan mengawal selia tanah wakaf seperti ahli jawatankuasa masjid, surau dan lain-lain. Kebiasaannya adalah tanah jenis masjid dan surau (Mohd Afendi, 2008).

iv. Keperluan Pendaftaran dan Implikasi Kegagalan Pendaftaran Tanah Wakaf Terhadap Pembangunan IPT Wakaf

Menurut kajian yang dilakukan oleh Sayuti et.al (2011), tiada sebarang nas al-Quran mahupun Hadith menyatakan secara khusus tentang pendaftaran tanah wakaf. Namun, untuk kepentingan umum atau “Maslahah Ammah” menjadi keperluan atau kepentingan untuk mendaftarkan tanah wakaf sebagai bahan bukti ke atas hak dan pemilikan seseorang serta badan-badan tertentu. Pendaftaran tanah wakaf juga dapat memastikan kelangsungan pembangunan terhadap tanah wakaf. Pendaftaran tanah wakaf dapat mengelakkan konflik pada masa hadapan bertepatan dengan prinsip

Torrens iaitu ‘daftar adalah segala-galanya’. Biar apapun pembangunan yang dicadangkan di atas tanah wakaf tersebut, perkara asas mengenai pendaftaran tanah wakaf perlu diberi perhatian terlebih dahulu. Begitu juga dengan pembangunan tanah wakaf untuk mewujudkan IPT wakaf.

UCB sebagai sebuah IPTS memiliki satu-satunya aset iaitu tanah seluas 128 hektar/ 320 ekar ( 1,299,000 meter persegi ) di Setiu Terengganu yang telah dianugerahkan oleh Kerajaan Terengganu. UCB berhasrat menjadikan tapak tanah tersebut sebagai tanah wakaf. Oleh kerana perkara berkaitan wakaf tertakluk di bawah MAIN, maka UCB perlu mendapatkan kelulusan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM) terlebih dahulu. Pelbagai usaha dilakukan bagi memenuhi tujuan tersebut, maka pada bulan Mei 2009 (MAIDAM.03-003/46-(11) bertarikh 13 Julai 2009 hasrat tersebut tercapai (Baharuddin & Muhammad Hamizan, 2015). Jika diteliti kembali dalam kajian yang dilakukan oleh Sayuti et.al (2011), dapat difahami bahawa amalan pendaftaran tanah wakaf oleh MAIDAM hanyalah melalui satu cara iaitu melalui pindah milik dengan menggunakan (Borang 14A). Oleh itu, penulis merasakan bahawa cara ini juga dipraktikan oleh MAIDAM dalam proses mendaftarkan tapak tanah UCB. Justeru itu MAIDAM adalah pemegang amanah tunggal kepada tanah tapak kampus UCB manakala PEYATIM adalah pentadbir yang diberi kuasa untuk mengurus tadbir tanah wakaf tersebut.

(10)

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 268

menubuhkan Yayasan Wakaf Pendidikan Anak Yatim atau Miskin Malaysia atau YAWATIM pada November 2011 supaya membolehkan mereka menerima deposit daripada orang ramai secara sah. Ini adalah bertepatan dengan undang-undang di Malaysia bahawa badan yang menerima deposit daripada orang ramai perlu didaftarkan sebagai sebuah syarikat berhad (Mokhtar Ismail et al., 2015). Selepas tertubuhnya YAWATIM, segala dana yang diperolehi melalui skim wakaf kaki di depositkan kepada YAWATIM. Skim wakaf kaki atau lot diaplikasikan di mana tapak UCB dijual dalam lot kecil serendah RM30.00 sekaki untuk 0.1 meter persegi atau RM300 satu meter persegi dengan syarat pembeli mewakafkan semula tanah tersebut kepada UCB. Jualan tanah wakaf ini bermula awal tahun 2011 dan dijangkakan akan habis terjual dalam tempoh 5 tahun. Pengecualian cukai akan diberikan kepada setiap pembelian tanah wakaf ini (No.LHDN:01/35/42/51/179-6.3872) (Baharuddin & Muhammad Hamizan, 2015).

Menurut kenyataan akhbar Sinar Harian 16 Januari 2015 bertajuk “Derma Tanah Wakaf Meningkat”, sambutan menggalakkan terhadap Skim Derma Tanah Wakaf Pendidikan Anak Yatim dan Miskin bakal merealisasikan hasrat untuk menjadikan Kolej Universiti Bestari (UCB) sebagai kolej universiti wakaf pertama negara. Pengerusi Lembaga Pengelola UCB, Prof Datuk Dr Tengku Mahmud Mansor berkata, jumlah umat Islam yang menderma untuk tanah wakaf di kampus UCB seluas 128 hektar itu semakin meningkat setiap tahun. Menurutnya, beberapa lokasi tanah wakaf di bawah Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) turut dibuka sejak 2013. Melalui dana yang terkumpul, ia dapat digunakan untuk membangunkan pelbagai projek insfrastruktur dan projek yang memberi impak yang positif kearah memebri pulangan ekonomi yang tinggi bagi meningkatkan lagi kitaran ekonomi harta wakaf pada masa akan datang (Baharuddin & Muhammad Hamizan, 2015).

Berdasarkan perbincangan di atas, dapat difahami bahawa kemajuan dan pembangunan IPT wakaf dapat dimajukan dan diperkembangkan sekiranya perundangan tanah secara khususnya dipatuhi. Pendaftaran tanah wakaf mengikut peruntukan sedia ada memudahkan perancangan pembangunan dilakukan di atas tanah wakaf tersebut sebagai usaha memperkembangkan lagi IPT wakaf. Sekiranya tanah wakaf tidak didaftarkan seperti yang dikehendaki undang-undang ia terdedah kepada pelbagai konflik. Selain itu, bukan sahaja tanah wakaf yang perlu didaftar dengan MAIN, bangunan yang dibina di atas tanah wakaf juga tertakluk kepada pendaftaran. Ini adalah berdasarkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-77 yang bersidang pada 10 - 12 April 2007 telah membincangkan Hukum Berkaitan Pembangunan Tanah Wakaf Di Bawah Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9). Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1. Status Bangunan yang telah siap dibina di atas tanah wakaf

i. Bangunan yang telah siap dibina di atas tanah wakaf tidak menjadi wakaf secara automatik. Sekiranya pihak JWZH ingin mewakafkannya, ia tidak menjadi halangan.

(11)

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 269

Oleh itu, jelas di sini bahawa bangunan baru yang dibina di atas IPT wakaf juga perlu didaftarkan sebagai aset wakaf di bawah MAIN.

Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960

Menurut Akta Pengambilan Tanah 1960, terdapat beberapa kategori tanah yang boleh diambil semula oleh kerajaan atau Pihak Berkuasa Negeri (PBN). Seksyen 2 akta ini secara terperinci mendefinisikan bahawa tanah yang boleh diambil ialah tanah bermilik dalam pengertian undang-undang tanah negeri yang mempunyai hak milik berdaftar melainkan tanah kerajaan, tanah yang diduduki di bawah hak adat dan tanah yang diduduki dengan harapan menjadi hak milik. Dalam konteks hak pemilikan tanah berdaftar dengan merujuk kepada takrifan di atas, KTN 1965 telah memperuntukkan kuasa bagi membolehkan wakaf yang berbentuk tanah diletakkan di bawah milikan badan yang mentadbir tanah tersebut iaitu MAIN (Mohd Afendi, 2008). Implikasi daripada peruntukan Seksyen 2 APT 1960 jelas menunjukkan bahawa pihak Kerajaan mempunyai kuasa untuk mengambil semula tanah wakaf yang diletakkan di bawah kawalan MAIN melalui undang-undang sebagaimana yang dijamin dalam Perkara 13 (1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana status tanah yang diwakafkan adalah tanah yang dikategorikan sebagai tanah hak milik. Kesan perlucutan hak milik ini telah diperuntukan secara jelas di dalam Seksyen 131 (a), (b) dan (c) KTN 1965 iaitu seperti berikut:

a) Tanah itu hendaklah dikembalikan dan menjadi hak kepada pihak Berkuasa Negeri sebagai tanah Kerajaan, dibebas dan dilepaskan dari semua hak milik dan kepentingan yang sedia ada atau yang boleh timbul sejurus sebelum pelucuthakan itu mula berkuat kuasa;

b) Maka hendaklah juga terletak hak kepada Pihak Berkuasa Negeri, dan tanpa bayaran pampasan, apa-apa bangunan yang pada masa itu wujud di atas tanah itu; dan

c) Apa-apa item hasil tanah yang pada masa itu terhutang kepada Pihak Berkuasa Negeri berkenaan dengan tanah itu hendaklah dihapuskan.

Berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri dan Enakmen Wakaf di beberapa buah negeri, ia memberi kuasa kepada MAIN sebagai pemegang amanah terhadap harta-harta wakaf termasuk harta alih dan tak alih. Sebagai pemegang amanah, MAIN berfungsi sebagai pentadbir terhadap segala urus tadbir harta-harta wakaf tersebut. Oleh itu, sebagai pemegang amanah tunggal terhadap tanah wakaf, MAIN berhak mendapat pampasan sekiranya berlaku pengambilan harta tanah wakaf. Menurut Mohd Afendi (2008), prosedur pengambilan tanah adalah sama bagi setiap negeri berdasarkan APT 1960 namun dari segi pelaksanaannya adalah berbeza.

(12)

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 270

sekiranya pengambilan berlaku. Namun begitu, sekiranya pengambilan tanah wakaf yang wujudnya IPT wakaf di atasnya terpaksa diambil, maka PBN perlu lebih prihatin dengan menggantikan tanah yang sesuai dan memberi pampasan yang sewajarnya. Namun perlu diingatkan bahawa keistimewaan ini hanya diberikan sekiranya tanah wakaf tersebut didaftarkan secara sah menurut peruntukan undang-undang.

PENUTUP

Peruntukan undang-undang utama berkaitan tanah di Malaysia melalui dua akta yang telah dibincangkan telah dipakai secara umum termasuk bagi tanah wakaf. Tidak dinafikan bahawa peruntukan perundangan tanah sedia ada mampu membantu proses pembangunan IPT wakaf agar dapat berjalan lancar dan mampu memberikan perlindungan kepada tanah wakaf seperti dalam aspek pendaftaran tanah. Sungguhpun demikian, disebabkan pemakaian akta-akta tersebut adalah bersifat umum, ada kalanya ia memberikan kesan yang kurang memuaskan bagi IPT wakaf yang dibangunkan. Adalah diharapkan agar aplikasi perundangan sedia ada yang dilihat kurang harmoni dengan ruh wakaf ini dapat diberikan pengecualian kepada tanah-tanah wakaf. Ini adalah kerana pembangunan IPT wakaf di atas tanah adalah merupakan suatu usaha murni yang perlu didokong dari semua aspek termasuk isu perundangan agar ia mampu dilestarikan sesuai dengan tujuan ia dibangunkan.

PENGHARGAAN

Kertas kerja ini adalah sebahagian daripada hasil penyelidikan pengajian peringkat Doktor Falsafah. Untuk itu penghargaan ditujukan kepada geran LRGS [LRGS /2013/UKM–UKM/SI/03] di bawah tajuk ‘Pelestarian Institusi Wakaf Untuk Memperkasa Pendidikan Tinggi Negara’ kerana telah menaja pengajian dan secara langsung membiayai penyelidikan ini.

RUJUKAN

Abd. Manaf Ahmad. (2012). Mengapa Perlunya Universiti Islam Malaysia. Matang Cipta Sdn. Bhd.

Abd. Manaf Ahmad. (2010). Misteri Kolej Islam Malaya-KIM. Persatuan Bekas Siswa Kolej Islam Malaya.

Abdul Hamid Mar Iman, & Mohammad Tahir Sabit Mohammad. (2014). Waqf property: Concept, Management, Development, and Financing. Jobor Baharu: Penerbit UTM Press.

Ahmad Isyafiq Mad. Desa. (2015). Bangunkan Tanah Wakaf di Malaysia, Kosmo, 25 Mei 2015.

Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30). Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555).

Ainul Kauthar Karim, Arieff Salleh Rosman, & Azman Ab Rahman. (2014). Konsep wakaf Kesihatan dan Perkembangannya di Malaysia. In The Asean Islamic Endowment Seminar. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.

(13)

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 271

Cadangan Penguatkuasaan Perkara 11 (2) Perlembagaan. In International Conference on Waqf 2015 (ICW2015), UNISZA (Vol. 2015, pp. 1–462).

Mahamad Naser Disa. (2012). Peletakhakan Tanah Wakaf dalam Perspektif Perundangan, 1–18.

Mokhtar Ismail, Hairullfazli Muhammad Som, Mohd Isa Mohd Deni, & Muna Sulaiman. (2015). Model Operasi Wakaf Pendidikan di Malaysia. In

International Conference on Cash Waqf (ICCW) (pp. 215–228).

Mohd Afendi Mat Rani. (2008). Tesis Phd. Pegambilan Tanah Wakaf oleh Pihak Berkuasa Negeri: Analisis Menurut Hukum Syarak dan Aplikasi di Malaysia. Universiti Malaya.

Metamorfosis transformasi KIM-UIM. (2014, March). UIM Bulletin.

Malaysian Qualification Agency. (2013). MQA at a Glance. Diambil pada 18 Oktober 2015 daripada http://www.mqa.gov.my/

Mohd Saharudin Shakrani, Mohd Saifoul Zamzuri Noor, & Jamal Ali. (2003). Tinjauan Isu-Isu Yang Membataskan Penggunaan Wakaf Dalam Pembangunan Ekonomi Ummah di Malaysia. Jurnal Syariah, 11, 73–98. Retrieved from http://myais.fsktm.um.edu.my/7524/

Raja Nazrin Shah. (2013). Titah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Draul Ridzuan di Majlis Perasmian Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah dan Istiadat Konvokesysen Kali Keeman. Kuala Kangsar. Diambil pada on 17 October, 2015, daripada http://www.rajanazrin.com/html/pdf/41)%2019.12.13-RM-KUISAS-KONVOKESYEN%20KE%206%20(FINAL).pdf

Razali Othman. (2013). Institutsi Wakaf Sejarah dan Amalan Masa Kini. Bandar Baru Bangi: Utusan Printcorp Sdn. Bhd.

Sallehuddin Ishak. (2013). Kuasa Menghurai Model Goodchild Dan Munton (1986) Dan Van Assen (2009) Dalam Masalah Pembangunan Tanah Wakaf Di Malaysia. Jurnal Pentadbiran Tanah. (3) bil. 1, 1-24.

Sayuti Ab Ghani, Mohd Hamran Mohamad, Hasan Al-Banna Mohamed & Basri Abdul Ghani. (2011). Amalan Pendaftaran Tanah Wakaf: Satu Kajian Kes Di Bawah Majlis Agama Islam Negeri Di Malaysia, International Conference 2011: Future Education in Global Challenges (ICETA 3), Hotel Garden Palace, and Jawa Timur, Indonesia. 19 April 2011

Sayuti Ab Ghani, Mohd Hamran Mohamad, Hasan Al-Banna Mohamed & Basri Abdul Ghani. (2011). Pengurusan dan Amalan Pendaftaran Tanah Wakaf di Majlis-Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia. Peyelidikan Geran Dalaman Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Sanep Ahmad, & Nurdiyana Muhamed. (2011). Institusi Wakaf dan Pembangunan Ekonomi Negara: Kes Pembangunan Tanah Wakaf di Malaysia. In Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VI (PERKEM VI) (Vol. 1, pp. 138–147).

Sinar Harian. (2012). Universiti Islam Malaysia Terima Dana Wakaf RM5.18 Juta. Sinar Harian. Shah Alam: Author. Diambil pada 20 S=Oktober 2015 daripada http://www.sinarharian.com.my/nasional/universiti-islam-malaysia-terima-dana-wakaf-rm5-18-juta-1.82722

(14)

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 272

Siti Mashitoh Mahamood. (2006). Perundangan Wakaf Dan Isu-Isu Berbangkit. Konvensyen Wakaf Kebangsaan 12-14 September 2006, Hotel Legend Kuala Lumpur, Jabatan Wakaf Zakat dan Haji, Jabatan Perdana Menteri.

Sinar Harian, 16 Januari 2015, Derma Tanah Wakaf Meningkat

Wan Kamal Mujani. (2014). Prakata Prosiding Pelestarian Institusi Wakaf: Memperkasa Pendidikan Tinggi Negara.UKM.

AKTA

Enakmen Wakaf (Negeri Melaka) 2005 Enakmen Wakaf (Negeri Sembilan) 2005 Enakmen Wakaf (Negeri Selangor) 1999

Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Terengganu 2001 Kanun Tanah Negara 1965

Referensi

Dokumen terkait

Hasil penelitian yang dilakukan, dari 93 responden yang diwawancara dan kurang mendaptkan dukungan keluarga sebanyak 8 responden, dimana responden tidak

Dari uraian diatas nampak bahwa fungsi pengawasan adalah kegiatan yang dilakukan untuk memastikan bahwa pekerjaan telah dilakukan untuk memastikan bahwa pekerjaan

Hal ini dapat dilihat dari dari usaha yang dijalankan tidak ada yang betertangan dengan syari’at Islam dan dalam pelaksanannya berupa penyewaan harta wakaf produktif di

dengan warna putih, putih agak kehijauan, hijau muda, hijau dan hijau tua setelah umur 7 hari, namun pada isolat ASL warna koloni yang terlihat dari hari ke-3 hingga

Inflasi Year on Year Atau inflasi tahunan adalah Inflasi yang mengukur perbandingan harga (nisbah) perubahan harga indeks konsumen bulan bersangkutan dibandingkan IHK

ditanyakan dengan tepat pada soal cerita. Akan tetapi, beberapa mahasiswa belum dapat mengkolaborasikan dengan baik hal yang ditanyakan dengan yang diketahui untuk

Sebagian kelompok sudah didaftarkan ke Dinas pertanian, peternakan dan perhutanan kota metro untuk dibuatkan Tanda Pencatatan Usaha Pembudidayaan Ikan (TPUPI). Selanjutnya,

Metode pengajaran tematik berpusat pada anak didik (learner-centered), memberikan pengajaran langsung kepada anak didik dan bersifat fleksibel, sesuai dengan minat dan