• Tidak ada hasil yang ditemukan

KERTAS CADANGAN FAKTOR FAKTOR KEKALAHAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KERTAS CADANGAN FAKTOR FAKTOR KEKALAHAN"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

KERTAS CADANGAN

FAKTOR-FAKTOR KEKALAHAN KOMUNIS DI TANAH

MELAYU

NAMA :MOHAMMAD HADZRIN BIN HESHAM

(2)

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Latar Belakang

Peperangan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Sekiranya diplomasi gagal maka perang

adalah pilihan terakhir dalam menyelesaikan konflik dia antara dua atau lebih pihak. Perang

melawan insurgensi adalah antara perang yang berlaku di dalam sesebuah negara diantara puak

pemberontak dan kerajaan. Konflik ini adalah pertempuran bagi mewujudkan sebuah kerajaan di

sesebuah negara mengikut fahaman dan kepent1ingan kumpulan atau individu itu sendiri. Seperti

konflik diantara negara, konflik antara kerajaan juga mempunyai objektif dan kepentingannya

yang tersendiri.

Perang melawan insurgensi telah dilancarkan pada 17 Jun 1948 oleh British secara

rasminya apabila British mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu berikutan peristiwa

pembunuhan tiga orang pengurus ladang di Sungai Siput oleh Parti Komunis Malaya.2 PKM

telah cuba untuk menggulingkan pentadbiran kerajaan British di Tanah Melayu bagi

1 https://ms.wikipedia.org/wiki/Peperangan

(3)

menubuhkan sebuah kerajaan komunis. Parti Komunis Malaya (PKM) telah melancarkan

pemberontakan bersenjata terhadap pemerintahan di Tanah Melayu pada tahun 1948. Tujuan

utama PKM melancarkan pemberontakan adalah untuk menggulingkan kerajaan dan seterusnya

menubuhkan Republik Komunis Tanah Melayu. PKM telah didesak oleh Komunis Antarabangsa

yang telah bersidang di Calcutta, India. Dalam usaha tersebut, PKM telah melakukan kekejaman,

iaitu pembunuhan para pegawai British, terutama pembunuhan tiga orang peladang British di

Sungai Siput pada tahun 1948. British berusaha untuk membendung kegiatan komunis dengan

mengisytiharkan darurat pada tahun 1948. Sepanjang tempoh 12 tahun Tanah Melayu

diisytiharkan darurat, pelbagai langkah telah dilaksanakan untuk membendung kegiatan

komunis.

Antara langkah awal yang dilaksanakan adalah memperkenalkan undang-undang

darurat. Dalam pada itu, kerajaan telah mengharamkan Parti Komunis Malaya di Tanah Melayu.

Melalui undang-undang darurat, kerajaan berkuasa untuk menangkap sesiapa sahaja yang disyaki

terlibat dalam kegiatan komunis. Kerajaan akan menangkap mereka tanpa dibicarakan. Selain

itu, orang ramai tidak dibenarkan untuk berkumpul lebih daripada lima orang.3 Pelaksanaan

undang-undang darurat telah menyebabkan banyak yang tidak bersalah ditangkap. Malahan telah

menyebabkan pergerakan orang ramai terbatas kerana mereka bimbang ditangkap kerajaan.

Konflik yang berlaku di Tanah Melayu adalah kesinambungan daripada Perang Dunia

Kedua apabila Jepun menjajah Tanah Melayu pada tahun 1942 sehingga 1945.4 Parti Komunis

Malaya mengambil kesempatan ini untuk memperkuatkan pasukan ketenteraannya melalui

(4)

bantuan yang diberi oleh British dari segi persenjataan, latihan, dan bekalan makanan bagi

menentang Jepun di Tanah Melayu. Pada ketika itu, Parti Komunis Malaya berjaya mendapatkan

kepercayaan masyarakat di Tanah Melayu dan menambah bilangan anggota sebelum melakukan

serangan terhadap British. Pemberontakan Parti Komunis Malaya bermula pada Jun 1948 dengan

pembunuhan tiga pengurus ladang getah British di Sungai Siput Perak dan beberapa siri serangan

Komunis yang mensasarkan kilang-kilang, ladang getah dan lombong bijih timah.5 Serangan ini

adalah bertujuan untuk mengganggu ekonomi di Tanah Melayu dan mengalihkan tumpuan

British untuk melindungi kepentingan ekonominya.6

Melalui pengisytiharaan darurat di Tanah Melayu, undang-undang darurat telah

dilaksanakan secara serta merta bagi mengekang pergerakan dan ancaman Parti Komunis

Malaya. Undang-undang ini membenarkan proses pencarian atau premis tanpa waran, kuasa

penahanan terhadap sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dalam pemberontakan, dan hukuman

mati kerana memiliki senjata api tanpa kebenaran. Pelaksanaan undang-undang ini merupakan

langkah awal kerajaan British dalam menentang Parti Komunis Malaya sebelum Operasi Gerak

Saraf dilancarkan.7 Operasi melawan insurgensi di Tanah Melayu merupakan satu operasi yang

berjaya dilaksanakan oleh British dengan memenangi hati dan pemikiran rakyat melalui Operasi

Gerak Saraf dalam mengekang dan mengusir Parti Komunis daripada Tanah Melayu.8

5 Robert Jackson. The Malayan emergency & Indonesian confrontation: the commonwealth’s wars 1948-1966. (London: Routledge, 1991)

6 John A. Nagl. Learning to eat soup with a knife: counterinsurgency lessons from Malaya and Vietnam. (United States: Praeger Publishers, 2002)

7Ho Hui Ling, Darurat 1948-1960 Keadaan sosial di Tanah Melayu. (Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2004).

(5)

Oleh yang demikian, pengkaji akan menghuraikan dengan lebih mendalam mengenai

faktor faktor kekalahan komunis di Tanah Melayu dari segi kelemahan komunis itu sendiri dan

kejayaan pihak Tanah Melayu mengekang serangan komunis di bab bab seterusnya agar objektif

yang dicari dapat dicapai dengan jayanya. Dengan kekalahan komunis tersebut pengkaji akan

mengupas lebih lanjut dimana kekurangan pihak komunis semasa menyerang tanah melayu dana

pa kelebihan strategi pihak Tanah Melayu dalam mengekang komunis. Sehubungan dengan itu,

pengkaji mengharapkan agar kajian ini bakal menjadi satu kajian yang berguna dan dapat

memberi faedah serta idea baru kepada semua pihak pada masa sekarang dan akan datang.

1.2 Penyataan Masalah Kajian

Kedatangan PKM telah banyak menimbulkan kekacauan dan huru-hara di Tanah

Melayu. Pada tahun 1948, kegiatan komunis semakin memuncak dan mengganas.

Kehidupan penduduk Tanah Melayu turut terjejas akibat daripada serangan,

pembunuhan, keganasan, kekejaman, ugutan dan sabotaj yang telah dilancarkan

oleh pihak komunis. Disebabkan kegiatan komunis, penduduk Tanah Melayu

hidup dalam ketakutan, kegusaran, dan penderitaan. Tidak kira tua mahupun

muda, wanita dan kanak- kanak turut menerima nasib yang sama.

Oleh itu, dengan pelbagai cara dan strategi pihak Tanah Melayu telah berjaya

mengalahkan komunis. Selain itu, taktik peperangan yang digunakan oleh pihak

komunis juga tidak berkesan kerana ketika itu Anglo Malayan Defence Agreement

(AMDA) telah dilatih dengan peperangan hutan atau pun taktik gerila. Ia juga merupakan faktor kekalahan tentera komunis di Tanah Melayu. Oleh yang

(6)

yang menyebabkan kekalahan pihak komunis di Tanah Melayu. Faktor faktor

kekalahan komunis di tanah melayu menarik perhatian saya untuk mengkajinya

kerana ia melibatkan penduduk di tanah melayu dan bagaimana rakyat tanah

melayu bertindak. Selain itu, ia melibatkan isu di rantau Asia kerana gugurnya

bom di Hiroshima juga menyebabkan kekalahan kepada parti berhaluan kiri

tersebut. Tambahan pula tindakan dari rakyat tanah melayu pada masa itu juga

membuat kan saya tertarik kerana segala taktik dan pemikiran pada ketika itu

boleh dipraktikan dan menjadi iktibar kepada rakyat Malaysia sekarang.

1.3 Persoalan Kajian

Daripada pernyataan masalah tersebut, sebanyak tiga persoalan kajian telah dikenal pasti.

Persoalan- persoalan tersebut ialah:

1) Faktor faktor kekalahan komunis di Tanah Melayu

2) Implikasi kepada tanah melayu setelah kekalahan komunis dalam polisi

(7)

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini memberi tumpuan kepada faktor faktor kekalahan komunis dari

komunis itu sendiri dan juga tanah melayu. Di antara objektif-objektif dalam

kajian ini ialah:

1) Mengenalpasti latar belakang penubuhan PKM di Tanah Melayu.

2) Melihat serta mengkaji faktor faktor yang menyebabkan kekalahan

komunis.

3) Menghuraikan apakah implikasi kepada tanah melayu selepas kekalahan

komunis.

1.5 Skop Kajian

Kajian ini dibuat berdasarkan semasa peristiwa darurat di Tanah Melayu iaitu pada tahun 1948

hingga 1960. Kajian bermula dengan meneliti penubuhan PKM di Tanah Melayu dan seterusnya

faktor faktor yang menyebabkan kekalahan pihak komunis dari pihak komunis itu sendiri dan

Tanah Melayu. Selain itu, kajian mengenai implikasi kepada tanah melayu setelah kekalahan

(8)

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian yang dijalankan adalah penting untuk mengenalpasti apakah faktor faktor

yang menyebabkan komunis tumpas di tanah melayu. Seperti yang sedia maklum

komunis merupakan persatuan yang amat susah untuk dikalahkan tetapi di tanah

melayu persatuan ini tumpas dan ada yang mengatakan dimana satu satunya

negara yang telah mengalahkan komunis. Selain itu, kajian secara menyeluruh

mengenai strategi ini akan menyumbang kepada pemahaman dan

penambahbaikkan dalam bidang akademik pengajian strategi. Kajian yang telah

saya buat ini adalah berkait rapat dengan semua matapelajaran yang diambil oleh

pelajar bidang strategi dan kajian ini akan memudahkan pelajar pelajar yang akan

datang untuk merujuk dan mencari bahan rujukan mereka. Ia juga penting dalam

mengenalpasti implikasi kepada tanah melayu selepas kekalahan komunis. Selain

itu, ia juga boleh dijadikan sebagai pengajaran dan iktibar kepada setiap lapisan

masyarakat terutama sekali kepada golongan remaja pada zaman sekarang.

Dimana golongan masyarakat dapat mengambil iktibar atas faktor dalaman

komunis dimana organisasi nya berpecah belah dan tidak bersefahaman. Di

samping dapat membangkitkan semangat patriotik di kalangan rakyat Malaysia.

Iaitu dalam mencapai kemerdekaan dan keamanan yang dirasai sekarang, pelbagai

usaha dan peristiwa yang perit yang harus ditempuhi oleh mereka-mereka yang

(9)

sekarang, pelbagai usaha dan peristiwa yang perit yang harus ditempuhi oleh

mereka-mereka yang terdahulu.

1.7 kerangka Teoritikal

Marxisme- Leninisme ialah teori dan falsafah mengenai sistem sosial yang dijadikan ideologi aliran

utama, malah rasmi oleh kesemua parti komunis yang bekerjasama di bawah Communist International

dalam dekad 1920-an dan 1930-an. Ideologi Marxisme-Leninisme ini merupakan teori dan falsafah

sistem sosial, politik dan ekonomiyang berteraskan inti pati pemikiran Karl Marx yang diperhalusi dan

diangkat oleh Vladimir Lenin, pemimpin Parti Komunis Russia yang memimpin Revolusi Oktober 1917

dan seterusnya memimpin Rusia.9 Selain itu antara teori yang digunakan adalah perang melawan

insurgensi “counterinsurgency”, yang mana reaksi kerajaan terhadap kumpulan pemberontak

dengan melancarkan serangan balas bagi menyekat pergerakan mereka dan seterusnya

menewaskan mereka. Insurgen adalah kumpulan pemberontak yang bertujuan untuk

menggulingkan sebuah kerajaan dengan menggunakan subversif dan konflik bersenjata10

Teori Clausewitz ‘On War’ juga digunakan dalam kajian ini bagi menerangkan ‘trinity’ yang

diperkenalkan oleh Clausewitz dalam perang yang berkonsepkan “people’s war”. ‘Trinity’ yang

diperkenalkan oleh Clausewitz menerangkan mengenai cara yang berkesan dalam konsep

people war” melalui gabungan kerajaan, tentera dan rakyat. Tiga aspek utama yang perlu

diambil kira adalah rakyat, kedua tentera dan yang ketiga adalah kerajaan. Rakyat memainkan

(10)

peranan penting kepada tentera dan kerajaan kerana mereka merupakan sumber dalam anggota

tentera, ekonomi dan sokongan politik, begitu juga peranan rakyat kepada kumpulan

pemberontak.11

1.8 Kaedah Kajian

Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kualitatif yang memerlukan pembacaan

serta rujukan yang banyak daripada sumber-sumber ilmiah ataupun sunber

sekunder. Sumber- sumber boleh didapati melalui buku, majalah, artikel dan

sebagainya yang berkaitan dengan tajuk ini. Antara buku yang digunakan ialah

The Malayan Emergency Revisited 1948-1960 dan Darurat 1948-1960.

Sumber-sumber ini diperolehi daripada Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim. Selain itu,

sumber-sumber daripada jurnal-jurnal atau laman rasmi di internet juga akan

diguna pakai.

(11)

1.9 Pembahagian Bab

Kajian yang dijalankan adalah merangkumi beberapa bab yang mempunyai

elemen- elemen yang tertentu berkenaan dengan tajuk. Setiap bab akan

menerangkan dengan terperinci akan satu-satu persoalan yang telah dibahagikan.

Oleh yang demikian, pembahagian bab dibuat secara teratur supaya kajian yang

dibuat dilihat lebih tersusun dan memenuhi kehendak syarat penulisan akademik.

Bab 1

Menerangkan tentang pengenalan terhadap tajuk kajian yang dilaksanakan supaya dapat

memberikan gambaran awal. Ia merangkumi latar belakang kajian yang menerangkan peristiwa

pemberontakan bersenjata yang dilancarkan oleh PKM dan seterusnya telah mencetuskan

pengisytiharaan darurat di Tanah Melayu. Antara elemen lain yang terdapat dalam bab 1 ialah

(12)

Kerangka teori dalam bab 1 pula menerangkan tentang teori yang digunakan untuk mengupas

masalah kajian. Kaedah kajian dan ulasan kajian turut dijelaskan di dalam bab ini.

Bab 2

Bab 2pula mengupas tentang latar belakang penubuhan PKM di Tanah Melayu. Ia

di jelaskan secara terperinci mengenai gerakan komunis di Tanah Melayu dan

seterusnya membawa kepada penubuhan PKM di Tanah Melayu.

Bab 3

Dalam kajian ini merungkai apakah yang telah dilakukan oleh PKM dalam

merancang untuk mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan British di Tanah

Melayu. Pelbagai bentuk serangan dan kekejaman yang telah dibuat oleh PKM

terhadap pihak kerajaan mahupun penduduk Tanah Melayu itu sendiri.

Membincangkan peri pentingnya tindakan dan serangan PKM yang menyebabkan

kerajaan mengambil tindakan dan mengatur strategi bagi menangani dan

membanteras komunis ketika itu dalam erti kata lainnya faktor faktor yang

(13)

Bab 4 Bab ini pengkaji akan menganalisi implikasi pendudukan komunis dan kekalahan

komunis di tanah melayu dari segi polisi keselamatan. Dimana kesan Tanah

Melayu dijajah oleh komunis yang membawa impak kepada Malaysia sehingga

masa kini.

Bab 5

Bab 5 yang mana merupakan bab terakhir dalam kajian yang mengungkap tentang

kesimpulan dalam keseluruhan kajian yang dilakukan. Ini antara lain untuk

menerangkan secara menyeluruh setelah setiap bab telah disiapkan sebagai ulasan

akhir sepanjang melakukan kajian dengan harapan setiap maklumat dan fakta

yang telah diketengahkan mampu difahami dan digunapakai di masa hadapan.

Selain itu, bab ini juga akan menyatakan secara ringkas implikasi peristiwa

(14)

Referensi

Dokumen terkait

Permasalahan yang dikaji dalam penelitian ini adalah apakah faktor– faktor tujuan, bahan pelajaran, kegiatan belajar mengajar, metode, alat, sumber dan evaluasi secara

Faktor-faktor yang menyebabkan kematian neonatal perlu terus dikaji dan diteliti karena hasilnya akan dapat menjadi dasar pembuatan kebijakan untuk terus menurunkan angka

40 Pernyataan berikut adalah antara kesan sekatan ekonomi yang dikenakan terhadap Jepun di Tanah Melayu. Apakah langkah Jepun untuk mengatasi

35 UMNO dan Raja-Raja Melayu telah menggunakan cara yang direstui oleh British untuk menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu. Apakah

 Kbat- memelihara kedaulatan negeri / kebijaksanaan pemimpin Tiada TEMA 11 Bab 4 PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948  TAJUK SOKONGAN  Faktor pembentukan PTM1948 

Apakah faktor-faktor yang menyebabkan keterlambatan waktu pelaksanaan proyek yaitu aspek perencanaan dan penjadwalan pekerjaan, aspek lingkungan dan dokumen

Apakah peristiwa yang menyebabkan kerajaan British mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu pada bulan Jun 1948..

25 Apakah faktor berlakunya penentangan penduduk tempatan terhadap kuasa Barat di Negeri-Negeri Melayu, Sabah dan Sarawak pada abad ke-19. A Penggunaan