Sesi Selari
Pada 13 Mac 2016, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menganjurkan Kongres Siswa Berdebat di Dewan Kuliah Pusat 1, KSAS. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Universiti Tunku Abdul Rahman (UNITAR) dan juga UPSI telah terlibat dalam program tersebut. Program tersebut bermula tepat pada pukul 2 petang dan dirasmikan oleh Prof. Dr. Mansor Mohd Noor selaku Ketua Kluster Perpaduan Nasional. Beliau telah memberi ucapan tentang sejarah perjuangan golongan mahasiswa, perubahan nilai dan budaya politik serta perubahan dan transformasi sosial di negara Malaysia.
Seterusnya, pelajar UM juga membentangkan kertas cadangan mereka yang bertajuk “ Media dan Kesepaduan Sosial di Negara Malaysia” dari aspek definisi, persoalan kajian dan juga rumusan. Menurut pembentang dari UM, media dapat didefinisikan sebagai segala bentuk dan saluran yang digunakan untuk menyampai infomasi atau pesanan manakala kesepaduan sosial merujuk kepada kesatuan dan kepaduan hubungan dalam kalangan masyarakat yang pelbagai etnik sehingga mewujudkan keharmonian dan keamanan di sesebuah negara. Dalam persoalan kajian, pembentang juga menyatakan bahawa media bertindak sebagai ejen penyebar maklumat yang mempengaruhi pola tingkah laku dan budaya dalam masyarakat. Pembentang juga menyatakan bahawa media elektronik atau media cetak bertindak sebagai ‘chain of information’ dan juga terlibat dalam penyampaian maklumat kepada penduduk luar bandar. Pembentang juga menyatakan bahawa media juga memberi peluang kepada rakyat untuk menyuarakan hasrat dan isi hati mereka. Pembentang juga merumuskan tajuk kajian mereka dengan menyatakan media cetak sebagai alat perpaduan untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum dan etnik.
Akhir sekali, pelajar dari Universiti Tunku Abdul Rahman juga membentangkan kertas cadangan mereka yang bertajuk “ Media dan Kesepaduan Sosial di Negara Malaysia” dari aspek definisi, sumbangan media, keburukan penggunaan media dan juga kesimpulan. Menurut pembentang dari Universiti Tunku Abdul Rahman, kesepaduan sosial dapat didefinisikan sebagai suatu keadaan aman, stabil dan makmur sejahtera yang wujud dalam sesebuah masyarakat yang berbilang etnik. Pembentang juga menyatakan dua sumbangan media iaitu memuatkan karya penulisan untuk meningkatkan semangat perpaduan dan juga menjadi alat propaganda kerajaan untuk menjayakan kempen dan juga program. Tambahan pula, pembentang juga menyatakan dua keburukan penggunaan media iaitu menyiarkan artikel-artkel yang berunsur isu perkauman oleh penulis yang bersikap ekstremis dari segi agama dan juga memberi keutamaan kepada isu-isu perkauman yang lebih mengutamakan tuntutan agama dan bangsa secara berlebihan. Pembentang juga menyimpulkan tajuk kajian mereka dengan menyatakan bahawa rakyat Malaysia harus membezakan antara kebaikan dan keburukan media yang akan mengubah minda kita dan mengukuhkan perpaduan rakyat.
Disediakan oleh, 20 MAC 2016
...
(SHAYMALA A/P SUNDAR)
D20131064836
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Malaysia
Forum Siswa
Pada 13 Mac 2016, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menganjurkan Kongres Siswa Berdebat di Dewan Kuliah Pusat 1, KSAS. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Universiti Tunku Abdul Rahman (UNITAR) dan juga UPSI telah terlibat dalam program tersebut. Program tersebut bermula tepat pada pukul 2 petang dan dirasmikan oleh Prof. Dr. Mansor Mohd Noor selaku Ketua Kluster Perpaduan Nasional. Beliau telah memberi ucapan tentang sejarah perjuangan golongan mahasiswa, perubahan nilai dan budaya politik serta perubahan dan transformasi sosial di negara Malaysia.
Program ini bermula dengan slot pertama pada pukul 3 petang iaitu Sesi Selari dan diikuti dengan slot kedua iaitu Forum Siswa yang bertajuk “Peranan Persatuan Pelajar dalam Mendukung Kesepaduan Sosial” pada pukul 5.20 pm. Forum telah dimulakan oleh moderator dengan menanyakan definisi atau maksud rangkai kata ‘kesepaduan sosial’ kepada Panel Pertama. Menurut Panel Pertama, kesepaduan sosial dapat didefinisikan sebagai kesatuan dan kepaduan hubungan dalam kalangan masyarakat yang pelbagai etnik sehingga mewujudkan keharmonian dan keamanan di sesebuah negara. Panel kedua pula juga menerangkan perbezaan antara kesepaduan sosial dan perpaduan sosial. Menurut Panel Kedua, kesepaduan sosial dapat didefinisikan sebagai kerjasama antara sekelompok masyarakat. Panel kedua juga menerangkan bahawa kesepaduan sosial boleh dicapai melalui dua jenis teknik iaitu ‘melting pot’ dan juga ‘salad bowl’. Manakala perpaduan sosial merujuk kepada proses penyatuan masyarakat yang berbilang kaum melalui pelbagai langkah. Sebagai contohnya, penggubalan Rukun Negara dan juga Wawasan 2020 merupakan strategi yang diambil oleh pihak kerajaan untuk menyatupadukan masyarakat yang berbilang kaum selepas peristiwa 13 Mei 1969.
Menurut panel 4, beliau menyatakan bahawa masih terdapat jurang yang luas dalam kalangan masyarakat yang pelbagai kaum. Contoh yang jelas boleh dilihat ialah sukan dimonopoli oleh satu jenis kaum sahaja Misalnya permainan badminton majoritinya dimain oleh kaum Cina manakala permainan bola sepak biasanya dimain oleh kaum Melayu. Oleh itu, panel 4 telah memberi cadangan untuk mengatasi masalah tersebut iaitu melaksanakan program berunsurkan perpaduan yang melibatkan semua kaum di peringkat universiti.
Moderator meneruskan forum dengan mengajukan soalan yang berikut kepada Panel Kelima mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh mahasiswa dalam usaha mencapai kesepaduan sosial. Menurut Panel 5, mentaliti dan ‘stereotype’ merupakan halangan utama kepada usaha kesepaduan sosial dalam kalangan mahasiswa. Sebagai contohnya, kebanyakan mahasiswa suka memilih ahli kumpulan dari kalangan etnik mereka untuk menyiapkan tugasan kumpulan yang diberikan oleh pensyarah. Panel 5 juga turut menyatakan bahawa Wawasan 2020 sukar dicapai sekiranya mentaliti mahasiswa tidak dapat diubah. Di samping itu, moderator juga mengajukan soalan terakhir yang mengenai cara-cara untuk mengatasi masalah ‘stereotype’ dalam kalangan mahasiswa kepada Panel Keenam. Panel 6 telah mengakhiri sesi pusingan pertama dengan memberi dua cadangan iaitu mahasiswa perlu bergaul dengan mahasiswa dari kaum lain semasa program orientasi dijalankan dan mahasiswa dari fakulti yang berbeza perlu ditugaskan di bawah satu kumpulan untuk memupuk kesepaduan sosial.
Moderator juga mengajukan soalan ketiga mengenai sebab kewujudan persatuan pelajar sebagai salah satu medium untuk mencapai kesepaduan sosial kepada Panel 5. Berdasarkan pandangan Panel 5, beliau menyatakan kewujudan persatuan pelajar dapat membantu seseorang mahasiswa untuk mendekati mahasiswa yang lain kerana ia berfungsi sebagai agen penyebaran. Menurut Panel 5, persatuan pelajar merupakan satu organisasi yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk mencapai kesepaduan nasional kerana wujudnya nilai toleransi dan bekerjasama antara satu sama lain. Moderator telah meneruskan forum dengan mengajukan soalan keempat yang mengenai jenis program yang dilaksanakan di Universiti Malaya untuk mencapai kesepaduan nasional kepada Panel 6. Panel 6 telah menjawab soalan tersebut dengan menyatakan bahawa program sempena Tahun Baru Cina yang melibatkan mahasiswa yang berbilang kaum telah dilaksanakan di peringkat universiti dan mereka telah mengambil bahagian dalam program tersebut untuk menjayakan program tersebut.
Moderator juga mengajukan soalan terakhir kepada panel 4 iaitu “Adakah Persatuan Pelajar perlu bekerjasama dengan pengurusan universiti untuk mencapai kesepaduan sosial?”. Panel 4 menyatakan bahawa persatuan pelajar perlu bekerjasama dengan pihak pengurusan universiti untuk menjalankan program-program yang berskala besar. Panel 4 juga menyatakan bahawa objektif persatuan pelajar tidak akan tercapai tanpa kerjasama atau bantuan pihak pengurusan universiti dan kementerian. Sesi pusingan kedua diakhiri dengan kesimpulan yang diberikan oleh Panel 3 dari UPSI. Panel 3 telah menyimpulkan keseluruhan tajuk forum dengan menyatakan bahawa persatuan pelajar merupakan salah satu medium yang terbaik untuk mencapai kesepaduan sosial dalam kalangan mahasiswa yang berbilang kaum. Panel 3 juga menegaskan bahawa peranan mahasiswa sendiri dalam persatuan pelajar sangat penting untuk mencapai kesepaduan sosial.
Disediakan oleh, 20 MAC 2016
...
(SHAYMALA A/P SUNDAR)
D20131064836
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Malaysia