• Tidak ada hasil yang ditemukan

Peranan institusi Pendidikan Swasta Lapo

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Peranan institusi Pendidikan Swasta Lapo"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

EPPE 3523 EKONOMI PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

SEMESTER 1 2013/2014

LAPORAN

TUGASAN BERKUMPULAN (ESEI)

DISEDIAKAN OLEH:

SITI ASUHA BINTI SAID (A142725) NURSYAZWANI BINTI RUMLEE (A142688) NURUL HUDA BINTI JAMALUDIN (A142702)

NUR IZZATI BINTI ARSHAD (A142612)

(2)

Pengenalan 3-4 Analisis Data

Jadual 1 : Jumlah Enrolmen Pelajar di Institusi Pengajian Tinggi di bawah

Kementerian Pengajian Tinggi dari tahun 2006 hingga 2010 5 Jadual 2 : Bilangan Peminjam dan Amaun Pinjaman PTPTN 6 Jadual 3 : Enrolmen Pelajar Antarabangsa Di Institusi Pengajian

Tinggi Awam Dan Swasta Mengikut Negara Asal7

Peranan dan Kepentingan Institusi Pendidikan Swasta 8-10 Perbandingan Antara Institut Pengajian Awam (IPA)

dan Institut Pengajian Swasta (IPS) 11-12

Kelemahan Dan Masalah Yang Mungkin Timbul 13

Rumusan 14

Lampiran

IPTA, IPTS sama penting 15

Kerajaan digesa selesai isu kegagalan kemasukan pelajar

ke IPTA 16

Rujukan 17

(3)

PENGENALAN

Menurut kamus Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka, Institusi merupakan badan yang melaksanakan tugas yangg bersifat am, seperti pengajian tinggi ,badan-badan pelaksana dan sebagainya.Pendidikan pula bermaksud perihal atau perbuatan mendidik . Manakala, swasta boleh didefinisikan sebagai mengendalikan kegiatan secara sendiri, dan bukan milik kerajaan. Institusi pendidikan swasta boleh difahami sebagai badan yang melaksanakana tugas am yang menjalankan kegiatan mendidik dan mengendalikan secara sendiri ataupun lebih tepat bukan dimiliki kerajaan.

Di Malaysia, penubuhan Institut Pendidikan Swasta adalah tertakluk dibawah Seksyen 76 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) yang menetapkan ‘Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi pengawasan, pengawalseliaan atau pegawal taraf pendidikan di institusi pendidikan swasta’.Sehubungan itu, menteri telah menetapkan penubuhan sesuatu institusi pendidikan swasta khususnya sekolah swasta, hendaklah diluluskan oleh Menteri Pendidikan. sebelum menteri memberi kelulusan, suatu Kertas Cadangan hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Pendidikan Swasta bagi dibuat penilaian sama ada pemohon mempunyai potensi menguruskan sekolah swasta atau kursus yang ditawarkan diperlukan. Apabila Menteri memberi persetujuan dan meluluskan secara prinsip, pemohon bolehlah mengambil tindakan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan di bawah Akta IPS 1996 dan mengemukakan permohonan kepada KPM untuk diambil tindakan sewajarnya.

(4)

banyaknya. Institusi-institusi ini menganjurkan kursus tersendiri dan program universiti luar Negara.

Rakyat tidak akan memperolehi peluang untuk mendapatkan pengajian lebih tinggi andai tidak dapat melepasi peringkat pengajian lebih rendah. Oleh itu, peringkat pengajian rendah dan menengah juga memainkan peranan penting. Di Malaysia Institusi Pendidikan Swasta masih lagi dibawah seliaan Bahagian Pendidikan Swasta(BPS) Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) di mana ia lebih tertunpu kepada penyediaan peringkat pengajian menengah dan ke bawah. Menurut KPM, Institusi pendidikan swasta adalah institusi bukan bantuan Kerajaan dan ianya dibiayai sepenuhnya oleh sektor swasta. Penubuhan, pengurusan dan pengoperasian institusi pendidikan swasta adalah tertakluk di bawah Akta Pendidikan 1996 dan peraturan-peraturan yang dibuat dibawahnya. Pendidikan swasta di Malaysia bermula sejak 1950an, terutama sebagai satu peluang lain kepada pelajar yang tidak dapat meneruskan pengajian di sekolah-sekolah Kerajaan bagi memperolehi sijil-sijil asas mereka. Pada awal 1970an terdapat perubahan terhadap peranan dan fungsi sistem pendidikan swasta di mana pengusaha pendidikan swasta mula mementingkan kursus-kursus prauniversiti.

Menurut Badan Pendidikan Swasta, Institusi pendidikan swasta ini menawarkan pendidikan dari peringkat pra sekolah, sekolah rendah hinggalah ke peringkat menengah. Jenis-jenis institusi pendidikan swasta dalam kategori yang perlu didaftarkan dengan Kementerian Pendidikan termasuklah Tadika swasta yang mengikuti Kurikulum Kebangsaan Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Sekolah rendah dan menengah swasta yang mengikuti Kurikulum Kebangsaan dan penilaian yang dicadangkan, Sekolah rendah dan menengah agama swasta yang mengikuti Kurikulum Kebangsaan, Sekolah persendirian Cina yang mengikuti garis panduan Kementerian Pelajaran, Sekolah Ekspatriat, Sekolah Antarabangsa dan lain-lain. Penubuhan-penubuhan institut pendidikan swasta ini mula memainkan peranan penting bagi membantu membangunkan sistem dan taraf pendidikan di Malaysia.

ANALISIS DATA

(5)

Kementerian Pengajian Tinggi dari tahun 2006 hingga 2010

Umumnya, Malaysia adalah sebuah negara yang menitikberatkan pendidikan kepada rakyatnya. Berdasarkan kepada jadual 1 di atas, IPTA mempunyai peningkatan setiap tahun jumlah enrolmen pelajar daripada tahun 2004 sehingga 2010. Manakala, bagi jumlah enrolmen pelajar IPTS pula berlaku penurunan jumlah enrolmen pada tahun 2005 iaitu 258,825. Walaubagaimanapun, IPTS pada tahun berikutnya iaitu dari tahun 2005 sehingga 2010 jumlah enrolmen pelajar semakin meningkat. Wujudnya penubuhan IPTS yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan di negara kita, memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi. Ini kerana IPTA hanya mampu menerima 60,000 pelajar baru setiap tahun.

Jadual 2 : Bilangan Peminjam dan Amaun Pinjaman PTPTN

Tahun IPTA IPTS Jumlah Enrolmen

(6)

Tahun IPTA IPTS JUMLAH 2001 78,507 1,388,271 20,433 558,672 98,940 1,946,943 2002 82,797 1,496,750 15,057 353,589 97,854 1,850,339 2003 86,114 1,351,219 22,540 409,298 108,654 1,760,517 2004 88,500 1,557,136 29,614 675,423 118,114 2,232,559 2005 98,036 1,565,332 44,169 1,163,808 142,205 2,729,140 2006 98,845 1,733,182 31,478 1,025,865 130,323 2,759,047

Berdasarkan jadual 2 di atas, kita dapati bilangan peminjam PTPTN di IPTA lebih tinggi berbanding IPTS dari tahun 2000 sehingga 2006. Ketersediaan pinjaman PTPTN sekaligus membuka pintu pengajian tinggi kepada ramai pelajar yang dahulunya tidak mampu dari segi kewangan. Kebiasaannya, umum kita ketahui bagi individu yang berasal daripada keluarga yang mampu dan berpendapatan tinggi, IPTA bukan menjadi pilihan yang utama tetapi kebanyakannya akan memilih IPTS sebagai destinasi melanjutkan pelajaran. Walaupun pada hakikatnya, yuran di IPTS lebih mahal.

(7)

Berdasarkan kepada jadual 3 di atas, ianya menunjukkan enrolmen pelajar antarabangsa di IPT Malaysia mengikut negara asal. Kita mendapati bahawa negara Indonesia mempunyai catatan jumlah enrolmen yang semakin meningkat di antara negara China, Iran, Nigeria dan Yemen dari tahun 2003 sehingga 2006. Jelasnya, kemasukan pelajar antarabangsa ini bukan sahaja memajukan pengajian tinggi negara, malah ia adalah satu pelaburan strategik yang dilaksanakan oleh kerajaan. Yuran pengajian yang sangat kompetitif merupakan kelebihan universiti sama ada IPTA dan IPTS di Malaysia dalam menarik pelajar asing terutama pelajar dari benua Afrika, Asia Tenggara dan Asia Selatan. Manakala pelajar Timur Tengah selain tertarik dengan reputasi akademik, mereka juga tertarik dengan kelebihan budaya Malaysia iaitu budaya yang berteraskan islam, keadaan persekitaran dan kos sara hidup yang rendah.

(8)

Peranan IPTS penting dalam perkembangan pengajian tinggi negara dari segi penyediaan peluang pengajian, penjimatan pertukaran wang asing dan sumbangan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa. Berikutan keputusan kerajaan untuk mendemokrasikan pengajian tinggi dengan pelaksanaan Akta IPTS (1996), maka lebih banyak IPTS telah diberi kelulusan penubuhan. Seiring dengan perkembangan IPTA, IPTS juga telah berkembang dengan pesat dan telah dapat menyediakan tempat bagi menampung pertambahan bilangan pelajar pengajian tinggi. Kursus-kursus pengajian yang ditawarkan adalah di peringkat sijil, diploma dan ijazah dalam pelbagai bidang seperti perniagaan, kejuruteraan, komunikasi, komputer, teknologi maklumat, kesihatan bersekutu, perubatan, farmasi dan lain-lain. Di samping itu, IPTS juga menjalankan program pengajian dengan kerjasama universiti awam tempatan dan dengan universiti di United Kingdom, USA, Australia, New Zealand dan Perancis.

Peranan dan kepentingan institut Pendidikan Swasta di Malaysia yang pertamanya adalah menyediakan peluang pendidikan dan latihan di peringkat rendah dan menengah terutama yang berasaskan sains dan teknologi. Badan Pendidikan Swasta(BPS) dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) berperanan mengawal selia dan penguatkuasaan yang cekap dan berkesan untuk memastikan maklumat IPS sentiasa tepat dan kemas kini .Selaras matlamatnya untuk melahirkan insan yang berilmu dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memenuhi aspirasi negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Peranan ini dikuatkan lagi selari dengan misi BPS iaitu untuk memastikan pendidikan swasta berkualiti dan bertaraf dunia melalui perundangan dan pemudahcaraan, menjadikan perkhidmatan pendidikan swasta yang cemerlang bagi mewujudkan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan, meningkatkan perkongsian pintar antara sektor awam dan swasta dan meluaskan akses pendidikan yang berkualiti khasnya di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Seterusnya peranan dan kepentingan Institut pendidikan swasta adalah untuk

(9)

negara kini telah menyebabkan kewujudan dan pertumbuhan institut pendidikan swasta di Malaysia. Melalui data di Bahagian Pendaftaran Piawaian Sektor Pengurusan, senarai IPTS di Malaysia pada tahun 2013 adalah sebanyak 487 buah. Ini menunjukkan bilangan pertumbuhan IPTS kini telah melebihi bilangan IPTA di Negara ini. Justeru itu, masyarakat tidak lagi perlu bimbang tentang peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi andai tidak mendapat tempat ke IPTA tempatan.Hal ini kerana, IPTS sudah mampu memberi tempat pada masyarakat yang ingin menjadi insan yang berpendidikan tinggi. (data bilangan IPTS diperolehi

dari Bahagian Pendaftaran Piawaian Sektor Pengurusan IPTS Jabatan Pengajian Tinggi pada

September 2013)

Peranana dan kepentingan IPS yang ketiga adalah menjimat kos perbelanjaan keluarga dan pendapatan Negara. Penjimatan kos perbelanjaan keluarga dan pendapatan Negara ini dapat dilihat dari segi pengurangan keperluan masyarakat untuk mendapatkan pendidikan tinggi yang lebih baik di luar Negara. Hal ini kerana IPTS telah dapat mewujudkan keadaan dan suasana pendidikan yang lebih baik, berkualiti dan setanding dengan pendidikan di luar Negara. Kewujudan IPTS dapat menjimatkan kos perbelanjaan keluarga apabila masyarakat dapat melanjutkan pengajian lebih tinggi yang lebih kualiti tanpa perlu ke luar Negara .Seperti yang sedia kita maklum kosnya lebih tinggi berlipat kali ganda apabila perlu ke luar Negara. Selain itu, pendapatan Negara juga dapat dijimatkan kerana kerajaan boleh mengurangkan jumlah penawaran biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di luar Negara. Ini disebabkan IPTS sudah sedia mampu menawarkan sistem pendidikan bertaraf tinggi setanding di luar Negara dengan kos yang lebih rendah.

(10)

institut pengajian tinggi antarabangsa telah sekaligus menjadikan Malaysia hub pendidikan tinggi yang cemerlang dan berkualiti tinggi di rantau Asia. (sumber dari Mystar.com.my -BERNAMA )

Peranan dan kepentingan IPS yang kelima adalah, IPTS juga dapat menghasilkan tenaga profesional yang diperlukan.Ini dilihat apabila Datuk Seri Khaled Nordin turut menyatakan dengan mendokong projek penggerak ekonomi (EPP), University UCSI bersama dengan Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pelancongan dan Kementerian Sumber Manusia dan pemimpin industri utama, berusaha menggubal model kerja yang berinovatif dan meletakkan asas yang kukuh untuk membangunkan modal insan di negara ini.

Seterusnya IPS juga berkepentingan pada Malaysia apabila Ijazah IPTS dapat pengiktirafan seluruh dunia. Kedudukan kewangan IPTS yang kukuh dapat menyediakan prasarana kemudahan yang terbaik seperti IMU, Universiti Curtin dan Universiti Monash.Ini memberikan kemampuan kepada IPTS ini untuk menyediakan kemudahan pembelajaran bertaraf dunia. Sekaligus dapat menawarkan bidang-bidang pengajian yang popular dan bermutu . Misalnya bidang kejuruteraan, perakaunan, pengurusan perniagaan, dan perubatan. Dengan ini pelajar mempunyai jalinan antarabangsa untuk memcapai kejayaan kerjaya di peringkat antarabangsa.Mereka juga mengalami perubahan minda ketaraf antarabangsa. Selain itu, harapan untuk graduan mendapatkan pekerjaan di seluruh dunia lebih cerah.

Peranan dan kepentingan kewujudan IPS di Negara ini sama sekali tidak dapat disangkal lagi. Hal ini kerana, dengan kepesatan kemajuan dunia masa kini, Malaysia amat memerlukan kemjuan sistem pendidikan yang lebih efektif setanding antarabangsa.Justeru itu, IPS adalah satu institusi yang wajar diberi peluang untuk berkembang dan membawa kemajuan pada Negara dengan memainkan peranannya yang tersendiri.

PERBANDINGAN ANTARA INSTITUT PENGAJIAN AWAM (IPA) DAN INSTITUT PENGAJIAN SWASTA (IPS)

(11)

kerajaan. Jadi IPA dan IPS sudah semestinya mempunyai pelbagai perbezaan, samada dari segi pengurusan, perbelanjaan dan sebagainya.

Pertamanya perbezaan IPS dan IPA dapat dilihat dari segi bilangan IPT, dimana IPTS mempunyai 32 universiti/kolej universiti dan empat buah kampus cawangan universiti luar negara. Di samping itu, IPTS juga mempunyai 487 buah kolej yang menawarkan pelbagai program akademik dan latihan. Manakala bagi IPTA terdapat 29 buah universiti yang tersenarai di dalam Agensi Kelayakan Malaysia(MQA) dimana universiti ini menawarkan pelbagai bidang akademik dan latihan. Selain itu, IPTA juga mempunyai 4 universiti penyelidikan dari 6 universiti yang disasarkan sebelum tahun 2020. (Sumber Bahagian Koordinasi dan Rujukan Jaminan Kualiti,Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)).

Seterusnya ,perbandingan antara IPA dan IPS dapat dilihat dari segi pembiayaan kerajaan kepada institut pendidikan ini. Secara purata, IPTA mendapat peruntukan kerajaan sebanyak 90 peratus sebagai sumber pendapatannya untuk membiayai kos operasi tahunan. Baki 10 peratus sumber pendapatannya terdiri terutamanya daripada yuran pengajian yang dikenakan kepada pelajar.Walau bagaimanapun, terdapat beberapa universiti seperti UUM, UM, UKM, UTM, UPM dan USM yang mempunyai sumber pendapatan dalaman melebihi 15 peratus. Selaras dengan dasar kerajaan untuk menggalakkan universiti berdikari dan menjana pendapatan sendiri, maka IPTA dibenarkan menubuhkan syarikat induk untuk menjalankan aktiviti perniagaan melalui pengkomersialan hasil penyelidikan. Jumlah peruntukan tahunan untuk perbelanjaan operasi bagi IPTA melebihi RM6 bilion bagi tahun 2007 dan akan terus meningkat berikutan penubuhan beberapa universiti baru serta penarafan empat universiti sebagai universiti penyelidikan.

(12)

masyarakat Malaysia, hanya sebilangan pelajar adalah pelajar dari luar negara. Kalau di IPTS, para pelajar lebih bercampur dengan bangsa lain dan ramai pelajar dari luar negara. Ini secara langsung member peluang kepada pelajar untuk belajar budaya baru, bertukar pendapat serta memahami serba sedikit tentang masyarakat dari negara lain. .

Dari segi kursus dan kebolehan pasaran, IPTA menawarkan kursus yang tak semestinya untuk keluar bekerja kerana ia mengamalkan system khidmat sosial di samping member peluang kepada semua rakyat untuk melanjutkan pelajaran. Manakala IPTS menawarkan kos yang mempunyai cabang pekerjaan dalam pasaran kerjaya semasa kerana pelajar adalah pelanggan. Terdapat beberapa IPTS yang merupakan anak syarikat bagi beberapa syarikat swasta atau GLC contohnya seperti Telekom Malaysia (Multimedia College dan Multimedia University), TNB (UNITEN), Sunway (Sunway College) dan sebagainya. Selalunya, para pelajar yang memenuhi syarat syarikat tersebut akan diambil bekerja selepas tamat pengajian.

Pelbagai perbandingandan perbezaan dapat dilihat diantara IPS dan IPA .Justeru itu, kewujudan kedua-duanya adalah sangat wajar bagi memainkan peranan masing-masing dalam cuba melengkapi system pendidikan negra. Hal ini kerana, sistem pendidikan yang berkualiti dan terjamin setanding Negara maju lain amat diperlukan Negara demi kemajuan masyarakat dan juga Negara.

KELEMAHAN DAN MASALAH YANG MUNGKIN TIMBUL

(13)

Manakala, pengajian ilmu ekonomi, pengurusan, sains dan teknologi menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya.Hal ini, status dan martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa ilmu akan tercabar.Falsafah pendidikan Negara mungkin tidak dihayati lagi. Kedaulatan dan kewibawaan bahasa Melayu juga terjejas.Selain itu, usaha kita memperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan ilmiah mungkin terjejas. Sebaliknya bahasa Inggeris akan menguasai kehidupan kita nanti.

Selanjutnya,apa yang merisaukan lagi ialah Polarisasi social akan muncul.Sektor pendidikan sepatutnya menyatu padukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.Malangnya golongan pelajar IPTA menggunakan bahasaMelayu.Golongan pelajar tajaan kerajaanbelajar di luar Negara merupakan golongan cendekiawan.Pelajar IPTS pula berpendidikan bahasa Inggeris. Timbullah persaingan dalam pelbagai lapangan ikhtisas atau professional baik di sector awam atau sector swasta.ini membawa persoalan, mampukah siswazah-siswazah lepasan IPTA bersaing. Pendidikan yang berbezaakan melahirkan manusia yang berbeza khususnya dari perubahan sikap, tingkah laku berfikir dan cara hidup.Kini muncul isumonopoli IPTS oleh golongan kaya sahaja.Hal ini menyebabkan jurang perpaduan wujud dan perpecahan masyarakat.

Selain itu, isu permit pelajar disalah guna oleh para penjenayah juga menjadi kerungsingan.Ini keranan pelajar antarabangsa diberi permit tinggal lama di sini.Maka ramai penjenayah menyamar sebagai pelajar dengan mendaftarkan diri dengan IPTS dan mengambil kesempatan dengan menjalankan perbuatan jenayah.Misalnya jenayah internet, pengedaran darah dan jenayah lain.

RUMUSAN

(14)

Di samping itu, peranan IPTS adalah penting terutamanya bagi menarik lebih ramai pelajar antarabangsa ke negara ini. Untuk itu, IPTS perlu mempunyai persekitaran yang kondusif dan program pengajian yang berkualiti serta bertaraf antarabangsa. Di masa hadapan, peranan Institut Pendidikan semakin penting dalam menyediakan tenaga kerja mahir dan separa mahir dan sebagai laluan alternatif kepada individu dalam pembangunan kerjaya mereka. Matlamat negara untuk menjadi hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa akan tercapai apabila IPT membina reputasi masing-masing dan meningkatkan kualiti pengajian tinggi.

Pertumbuhan Institut Pendidikan Swasta ternyata mendatangkan kebaikan dan memainkan peranannya yang tersendiri. Walaupun mempunyai kelemahan ataupun masalah.Namun ia masih boleh dikawal dan diatasi melalui urustadbir yang lebih baik serta kawalan undang-undang Negara yang lebih terjamin.Oleh itu , usaha yang berkesan dari pelbagai pihak perlu dijalankan untuk memastikan penubuhan Institut Pendidikan Swasta mendatangkan faedah dan membawa kemajuan pada masyarakat dan negara.

LAMPIRAN

(15)
(16)
(17)

1. Laman web Bahagian Pendidikan Swasta , http://www.schoolmalaysia.com/jps/index.php

2. Buku Dasar Pendidikan Swasta, http://swastajpnpahang.webs.com/1@Pernyataan %20Dasar%20IPS.pdf

3. LAMAN SESAWANG JABATAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA http://jpt.mohe.gov.my/menudirektori.php

4. Jabatan Pengajian Tinggi Bahagian Penyelidikan,

http://jpt.mohe.gov.my/PENYELIDIK/penyelidikan%20IPPTN/Bab5.pdf

5. KERTAS CADANGAN PERMOHONAN PENUBUHAN :Institut Pendidikan Swasta http://schoolmalaysia.com/jps/borang/garispand_GPenIPS07.pdf

6. INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA, Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pendidikan Swasta.

Referensi

Dokumen terkait

Dengan kata lain, jika permasalahan RSA kuat sulit secara asimtotik berkenaan dengan distribusi ensembel atas hasil kali dua bilangan prima selamat berbeda, maka

Sebagai batasan dalam penyusunan laporan tugas akhir ini, penulis membatasi pembahasan yang akan diuraikan yaitu tentang asuhan kebidanan pada Ny.A di Desa

1) Variabel suku bunga dalam jangka pendek maupun jangka panjang menunjukkan hasil positif dan signifikan terhadap investasi asing di Jawa Tengah selama penelitian

Media yang digunakan dalam proses pembelajaran praktikum tentang Manajemen Aktif Kala III adalah dengan menggunakan phantom panggul, phantom plasenta, tetapi belum ada media

Data yang didapat selanjutnya diselesaikan menggunakan metode MOST, adapun analisis yang akan dilakukan pada penelitian ini yaitu, Analisis waktu standar sebelum

ám a jelentkező– ajánló párok ezenkívül arról is hírt adnak, hogy adott típusú jelentkező esetén milyen foglalkozási csoportban dolgozó ismeretségek alkotják egy

Serbuk sari yang telah disimpan pada suhu -196 °C dan -20 °C selama 4 minggu dapat digunakan untuk produksi benih dengan potensi jumlah benih per tongkol sebesar 20% dari

Unit Amatan dalam penelitian ini adalah portal berita detik.com, kompas.com dan antaranews.com Unit Analisis dalam penelitian ini adalah berita yang dibuat oleh ketiga media