• Tidak ada hasil yang ditemukan

MASYARAKAT FEUDALISME DI JEPUN berubah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "MASYARAKAT FEUDALISME DI JEPUN berubah "

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

MASYARAKAT FEUDALISME DI JEPUN PENGENALAN

Sebelum abad ke-16 dan 17, pemerintahan feudal Jepun di bawah Keshogunan Kamakura (1185-1333). Pada tahun 1192, Minamoto no Yoritomo telah dilantik oleh Maharaja Go-Saga menjadi Shogun. Yoritomo telah menjalankan pemerintahannya di bandar tepi laut Kamakura dipanggil kerajaan Bakufu yang dikenali pemerintahan Keshogunan

Kamakura. Shogun Yoritomo mula mengasingkan pemerintahan Jepun daripada Kyoto. Semasa Maharaja Go-Daigo, pemerintahan Keshogunan Kamakura telah diambil alih oleh Keshogunan Ashikaga pada tahun 1336-1573 selama 237 tahun. Pemerintahan Shogun Ashikaga Yoshimitsu dijalankan tanpa merujuk kepada maharaja. Bermula tahun 1603, pemerintahan di Jepun telah bermulanya era Keshogunan Tokogawa berpusat di Edo yang diasaskan oleh Shogun Tokogawa Ieyasu. Shogun Tokogawa telah menguasai kesemua aspek pemerintahan seperti pengawalan terhadap agama, ekonomi, golongan bangsawan, cukai dan sebagainya. Era Tokogawa telah membawa keamanan dan kemakmuran kepada negara dan rakyatnya seramai 31 juta orang selama 265 tahun.

CIRI-CIRI SISTEM FEUDAL DI JEPUN

1.Sistem feudal juga dapat dilihat dengan jelas di Jepun, iaitu maharaja yang berada di kemuncak struktur pemerintahan mempunyai kuasa yang tidak terhad ke atas segala aspek di bawah pemerintahannya termasuklah tanah. Hakikat ini dapat dilihat pada zaman Keshogunan Kamakura antara tahun 1185 hingga 1333 (abad ke-12-14), di mana keluarga Minamoto menjadi keluarga yang penting di Jepun. Keluarga ini mampu membekalkan keperluan keselamatan yang diperlukan oleh maharaja dan mereka turut menguasai tanah dan segala penghasilannya.

2.Sebagai ketua kepada keluarga Minamoto, Yoritomo misalnya telah melantik mereka yang setia kepadanya mewarisi jawatan jito atau pengurus tanah dan bertanggungjawab mengutip cukai. Shugo merupakan pegawai yang bertanggungjawab memastikan agar semua cukai di bayar walaupun kekerasan terpaksa digunakan. Sistem sebegini terus kekal sehingga zaman Meiji sehingalah beberapa perubahan besar dilakukan.

3.Menurut Abdullah Zakaria Ghazali (2003:101) dalam usaha melihat sejarah sistem Feudal di Jepun, maka zaman Kamakura tidak harus ditinggalkan kerana zaman ini merupakan akar kepada keberlangsungan sistem feudal yang hanya tamat pada

(2)

4.Sehubungan itu kita dapat melihat sistem feudal di Jepun telah melahirkan dua golongan yang saling bergantung antara satu sama lain, iaitu golongan birokrasi

pemerintahan dan golongan tentera. Golongan birokrasi pemerintahan termasuklah tuan-tuan tanah atau daimyo yang bertanggungjawab menyumbangkan sebahagian daripada hasil tanah kepada maharaja.

5.Selain itu perjalanan sistem feudal di Jepun agak unik dan berbeza dengan negara lain. Ini disebabkan wujud keterikatan yang kuat antara golongan daimyo dengan tentera dan petani , manakala maharaja tidak mempunyai sebarang peranan. Kemunculan golongan tentera khusus (profesional) di Jepun begitu berpengaruh dalam menentukan hala tuju pemerintahan. Golongan daimyo merupakan kelompok yang sangat berkuasa di Jepun dan kuasanya dikatakan mengalahkan kuasa maharaja.

6.Golongan tentera mempunyai kebolehan yang besar dalam peperangan dan digunakan oleh golongan bangsawan sama ada untuk mempertahankan hak milik mereka atau menjaga keselamatan tuan-tuan mereka. Kekuatan ketenteraan ini menjadi tulang belakang kepada kebangkitan daimyo di Jepun sehingga maharaja tidak berfungsi sebagaimana sepatutnya.

STRUKTUR MASYARAKAT FEUDAL DI JEPUN

1.Struktur sistem feudal di Jepun berbentuk piramid yang terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan diperintah. Golongan pemerintah adalah Maharaja, Shogun dan Daimyo..

2.Golongan diperintah terdiri daripada samurai, petani, atisan (tukang) dan saudagar. Sistem ini dapat dilihat dengan jelas semasa pemerintahan Shogun Tokugawa. Dalam hierarki pemerintahan di Jepun Maharaja menduduki lapisan teratas. Namun pada abad ke16 dan 17 di bawah pemerintahan Shogun Tokugawa, maharaja Jepun tidak

(3)

4.Daimyo merupakan golongan bangsawan yang mempunyai peranan penting dalam pentadbiran Tokugawa. Mereka terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu daimyo Fudai, Daimyo Shimpan dan Daimyo Tozama. Daimyo Fudai ialah ahli keluarga Shogun Tokugawa dan telah dikurniakan tanah yang berhampiran kediaman Shogun. Daimyo Shimpan terdiri daripada pelbagai cabang keluarga Tokugawa iaitu membentuk keluarga Kii, Owari dan Mito. Mereka diberi tanah tidak jauh daripada shogun. Daimyo Tozama meruapakan daimyo yang memusuhi shogun iaitu terdiri daripada puak-puak suku barat (Satsuma, Hizan, Toza dan Chosu). Mereka telah ditempatkan jauh daripada shogun untuk mengelak ancaman daripada mereka.

5.Samurai merupakan kelas pahlawan (tentera) yang berada bi bawah golongan daimyo dan paling atas golongan di perintah. Mereka mempunyai kedudukan istimewa iaitu mempunyai nama keluarga dan membawa dua bilah pedang. Samurai berfungsi untuk menjaga keamanan negara dan keselamatan shogun serta daimyo. Mereka tidak

dibenarkan melakukan kerja lain. Jumlah golongan samurai kira-kira 400,000 orang iaitu kira-kira 6% daripada jumlah penduduk Jepun. Golongan samurai terbahagi kepada taraf seperti tinggi, sederhana dan rendah. Samurai bertaraf tinggi tidak ramai bilangannya dan dibenarkan memilki tanah. Samurai sederhana merupakan samurai berkuda manakala kelas rendah adalah samurai berjalan kaki. Ketika masa aman, samurai akan melakukan kerja lain seperi mengurus kewangan, mentadbir ladang, menjaga kebun dan menjadi utusan.

6.Dalam kalangan rakyat biasa, petani (nomin) menduduki tempat yang tertinggi dan dianggap golongan yang mulia di Jepun. Hal ini kerana mereka merupakan pengeluar beras yang menjadi bahan makan rakyat Jepun dan sebagai balasan mereka diberi upah hanya secukup makan sahaja kerana hasil beras untuk negara. Jepun telah menjalankan dasar tutup pintu ini menyebabkan rakyat hanya bergantung kepada beras yang

dikeluarkan oleh petani sahaja.

(4)

Referensi

Dokumen terkait

Skripsi ini tidak boleh diperbanyak seluruhnya atau sebagian, Dengan dicetak ulang, difotokopi, atau cara lainnya tanpa ijin

Sebagai contoh, seorang anak yang dibesarkan dalam lingkungan keluarga yang taat beribadah akan selalu bersikap sesuai dengan aturan agama, rajin beribadah, dan

HAM jenis ini harus ditegakhormati oleh Polri dan Kepolisian di seluruh dunia, terutama yang terkait dengan tindakan kesewenangan, penyiksaan dan

UNIT KEGIATAN MAHASISWA KEILMUAN DAN PENALARAN ILMIAH UNIVERSITAS HASANUDDIN (UKM KPI UNHAS) PERIODE 20171. o Nama Kegiatan

Vertical Integration (integrasi vertikal) Strategi pertumbuhan dengan pende- katan integrasi vertikal adalah partum- buhan yang dilakukan dengan meng- akuisisi perusahaan lain

GAMBAR 2.5 KERANGKA PEMIKIRAN DESTINATION IMAGE JEPANG TERHADAP KEPUTUSAN BERKUNJUNG WISTAWAN INDONESIA

Dalam literatur ilmiah yang membahas sebab-sebab terjadinya lupa, dapat ditemukan berbagai pandangan antara lain sebagai berikut : (1) Menurut Woodworth gejala lupa

Kemudian beliau ^ b e r s a b d a , "Sesungguhnya kemung- kinan saya tidak akan berjumpa dengan kalian setelah tahun ini, ketahuilah bahwa darah, harta dan kehormatan kalian