• Tidak ada hasil yang ditemukan

MASALAH KECICIRAN MENJADI PENGEKANG ASPI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "MASALAH KECICIRAN MENJADI PENGEKANG ASPI"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

MASALAH KECICIRAN MENJADI PENGEKANG ASPIRASI PENDIDIKAN NEGARA TERCAPAI

1.0 Faktor masalah keciciran

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai satu matlamat tinggi untuk bersaing dengan negara-negara maju di peringkat global. Bagi mencapai hasat ini, negara kita perlulah menyediakan sejumlah bilangan besar tenaga masyarakat yang celik pandai dan berguna. Namun begitu, dalam usaha menyediakan tenaga masyarakat yang celik pandai ini, negara telah mendapat tentangan yang hebat dalam sistem pendidikan iaitu melibatkan masalah keciciran. Oleh hal yang demikian Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) telah membuat satu kajian pada tahun 2013 terhadap golongan isi rumah berpendapatan rendah di seluruh Malaysia. Berdasarkan kajian tersebut majoriti pelajar yang terlibat dalam masalah keciciran ini datangnya daripada keluarga yang berpendapatan rendah. Hal ini kerana mereka memberi alasan tidak mempu untuk menampung perbelanjaan sekolah seperti membeli keperluan sekolah termasuklah buku dan seragam sekolah.

(2)

Carta 1: Statistik alasan ibu bapa yang menghadapi masalah anak keciciran

Seterusnya, tidak berdasarkan carta tersebut antara faktor berlakunya masalah keciciran ini ialah kegagalan ibu bapa untuk memberi perhatian yang cukup kepada anak-anak. Hal ini telah dikukuhkan oleh statistik yang telah dikeluarkan IDEAS yang menyatakan bahawa purata keprihatinan ibu bapa yang tidak mempuyai anak tercicir adalah lebih tinggi berbanding ibu bapa yang mempunyai anak tercicir. Ketidakprihatinan ibu bapa ini juga diukur melalui kekerapan ibu bapa berkomunikasi dengan pihak sekolah, pengetua atau guru besar, PIBG dan membuat lawatan ke sekolah. Jadual kekerapan tersebuat adalah seperti berikut:

(3)

Akhir sekali, antara faktor berlakunya masalah keciciran ialah kekeliruan persepsi ibu bapa terhadap pendidikan teknik dan vokasional. Kebanyakan ibu bapa beranggapan bahawa pendidikan akademik akan menjamin masa depan yang cerah kepada anak mereka sebaliknya masih ragu-ragu terhadap pendidikan teknik dan vokasional. Hal ini mengakibatkan ibu bapa memilih untuk membenarkan anak mereka berhenti sekolah apabila tidak minat untuk sekolah dan mempunyai prestasi yang lemah dalam akademik. Kemudian ibu bapa ini lebih memilih untuk anak mereka keluar bekerja. Secara kesimpulanya jelas menunjukkan bahawa terdapat banyak faktor yang mengakibatkan berlakunya masalah keciciran di negara kita khususnya bagi mereka yang berpendapatan rendah atas alasan gagal untuk menampung perbelanjaan anak mereka untuk pergi ke sekolah.

2.0 Kesan masalah keciciran terhadap aspirasi pendidikan negara

Secara asasnya, masalah keciciran ini mampu untuk menjejaskan sistem pendidikan di negara kita sekaligus menjejaskan pencapaian aspirasi pendidikan negara. Hal ini demikian kerana apabila masalah keciciran ini gagal untuk ditangani bilangan pelajar yang akan tercicir daripada sistem sekolah akan meningkat dari masa ke masa. Berikut merupakan aspirasi pendidikan negara yang terbahagi kepada aspirasi sistem pendidikan dan aspirasi murid:

(4)

Gambar 2: Aspirasi murid

(5)

Berdasarkan carta tersebut jelas menunjukkan purata kaum Melayu yang mengalami masalah keciciran adalah lebih tinggi berbanding kaum-kaum lain. Oleh hal yang demikian, potensi untuk timbul perasaan perkauaman dalam kalangan kaum Melayu akan berlaku disebabkan mereka hanya terdedah dengan situasi dan persekitaran dalam kelompok kaum yang sama. Oleh itu, jelas membuktikan bahawa masalah ini menjejaskan aspirasi pendidikan negara melalui aspirasi murid iaitu identiti nasional. Secara kesimpulanya, masalah keciciran ini akan menjejaskan kesemua aspirasi pendidikan negara kerana kanak-kanak ini telah terkeluar daripada sistem pendidikan sekolah yang merupakan medium utama untuk menyampaikan pengetahuan, kemampuan memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, identiti nasional dan kemahiran berfikir.

3.0 Inisiatif yang membantu dalam mengatasi masalah keciciran

Melihat kepada realiti yang berlaku di Malaysia, pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi menangani masalah keciciran ini seperti menguatkuasakan pendidikan wajib peringkat sekolah rendah, memperbanyakkan program pendidikan dan memberi sesi bimbingan dan kaunseling kepada ibu bapa khususnya berkaitan kesedaran terhadap kepentingan pendidikan kepada anak-anak. Namun, setelah meneliti daripada pelbagai program yang telah dilaksanakan Transformasi Asrama Harian 2013-2020 merupakan salah satu program yang banyak membantu dalam mengatasi masalah keciciran.

(6)

1996 dengan matlamat asal memastikan tiada masalah keciciran terhadap pelajar yang tinggal jauh daripada sekolah. Transformasi Asrama Harian ini telah dilaksanakan mulai tahun 2013 iaitu setelah memperbaiki sistem asrama harian yang terdahulu dengan meletakkan 4 bidang fokus utama.

Terdapat pelbagai kebaikan dengan wujudnya Transformasi Asrama Harian ini bagi memastikan masalah keciciran ini berjaya untuk diatasi. Pertama, melihat kepada 4 fokus yang telah digariskan dalam inisiatif ini iaitu:

1. Pengurusan dan pentadbiran asrama harian. 2. Penjanaan kejayaan akademik.

3. Penjanaan kecemerlangan sahsiah dan didisiplin. 4. Penjanaan kejayaan kokurikulum dan sukan.

Apabila dilihat secara kasar sememangnya keempat-empat fokus utama dalam inisiatif ini dapat membantu mengatasi masalah keciciran di negara kita melalui dua aspek utama iaitu:

1. Mengatasi masalah keciciran bagi pelajar yang kurang berkemampuan. 2. Mengatasi masalah keciciran bagi pelajar yang kurang minat untuk belajar.

Hal ini demikian kerana dengan adanya inisiatif seperti ini mereka yang datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan tidak lagi perlu untuk memikirkan masalah kewangan untuk menampung perbelanjaan anak mereka di sekolah. Sebaliknya, hanya perlu memberi sokongan dan perhatian yang penuh terhadap pembelajaran anak-anak di sekolah untuk mencapai kecemerlangan. Sebagai contoh, ibu bapa ini tidak lagi perlu khuatir terhadap kos wang saku untuk anak mereka membeli makanan di sekolah kerena mereka ini telah mendapat peruntukan makanan di asrama seperti sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam. Selain itu, ibu bapa juga tidak perlu khuatir lagi terhadap kos tambang bas untuk anak mereka pergi ke sekolah. Perkara ini secara kesimpulannya mampu mengurangkan perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka.

(7)

terhadap ilmu pengetahuan sekaligus membantu menarik minat mereka untuk pergi ke sekolah dan belajar bersungguh-sungguh demi mencapai kecemerlangan dan tahap potensi masing-masing.

Kesimpulanya, Transformasi Asrama Harian ini mampu untuk mengatasi masalah keciciran kerana pelaksanaan inisiatif ini adalah membantu ke arah para pelajar yang kurang berkemampuan dan kurang minat untuk pergi ke sekolah. Secara asasnya sumbangan melalui kedua-dua aspek ini merupakan satu sumbangan yang besar dalam menangani masalah keciciran. Hal ini kerana faktor utama berlakunya masalah keciciran ialah pelajar kurang minat untuk belajar dan pelajar kurang berkemampuan. Oleh itu, inisiatif ini jelas menunjukkan bahawa ianya merupakan satu pelaksanaan yang berkesan untuk menangani masalah keciciran.

RUJUKAN

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. (2013). Transformasi Asrama Harian 2013-2020. Putrajaya: Kementarian Pelajaran Malaysia.

Kadar kemiskinan menurun. (2014, July 12). Berita Harian [Kuala Lumpur]. Retrieved from http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/Kadarkemiskinanmenurun/m/mArticle

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Laporan awal pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (pendidikan prasekolah hingga lepas menengah). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Ringkasan eksekutif pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Noriati A. Rashid ... [et al.]. (2012). Falsafah dan pendidikan di Malaysia. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

(8)

Pengawasan longgar, kurang perhatian punca ramai tercicir. (2013, January 5). Borneo post [Kuching]. Retrieved from http://www.theborneopost.com/2013/01/05/pengawasan-longgar-kurang-perhatian-punca-ramai-tercicir/

Mohd Fuad Sam, Mastura A. Ghani, Mohd Zain Kosnon, Marina Abdul Majid & Wan Noor Siah

Referensi

Dokumen terkait

Kajian dijalankan bertujuan untuk menghasilkan pembangunan PBK berasaskan masalah yang merangkumi subjek grafik yang diharap dapat membantu pelajar mempelajari grafik

Untuk mengetahui dan mendeskripsikan solusi yang di ambil dalam mengatasi masalah yang muncul dalam pelaksanaan kebijakan pendidikan karakter berbasis budaya religius

Target program ini adalah mengatasi masalah limbah sisa tembakau dan cengkeh yang bisa dimanfaatkan serta ditingkatkan menjadi lebih bernilai ekonomis, membantu meningkatkan

Targetprogram ini adalah mengatasi masalah limbah sisa tembakau dan cengkeh yang bisa dimanfaatkan serta ditingkatkan menjadi lebih bernilai ekonomis, membantu meningkatkan

Dalam kondisi seperti ini pelayanan bimbingan dan konseling sangat penting untuk dilaksanakan guna membantu peserta didik mengatasi beberapa masalah yang dihadapinya,

Oleh itu, kajian ini telah mengambil inisiatif untuk membantu para pelajar dengan membangunkan sebuah modul dengan mengintegrasikan kecerdasan spiritual dan

Pemanfaatan limbah makanan kantin asrama Vyatra dengan sistem MFC diharapkan dapat menjadi alternatif pengolahan limbah untuk mengatasi permasalahan utama yang

penerapan konseling realitas untuk membantu siswa mengatasi masalah motivasi sekolah pada klien DF ini dapat dilihat dari hasil akhir konseling yaitu klien mulai rajin dalam