• Tidak ada hasil yang ditemukan

APLIKASI TEKNOLOGI MAKLUMAT KOMUNIKASI D

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "APLIKASI TEKNOLOGI MAKLUMAT KOMUNIKASI D"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

APLIKASI TEKNOLOGI MAKLUMAT KOMUNIKASI DALAM

PENGAJARAN BAHASA MELAYU

ISI KANDUNGAN

BIL MUKA SURAT

1. ISI KANDUNGAN 1

2. PENGHARGAAN 2

3. KERJA KURSUS WAJ 3105 –

- PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

BERBANTUKAN KOMPUTER 3

4. APLIKASI TEKNOLOGI MAKLUMAT KOMUNIKASI

(ICT) DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 4-7 - Abstrak

- Kata Kunci - Pengenalan

- Latar Belakang Kajian

- Definisi

5. METODOLOGI KAJIAN 8-14 - Objektif kajian

- Metodologi Kajian - Dapatan Kajian - Kepentingan Kajian

6. RUMUSAN, CADANGAN 15 – 17

7. PENUTUP 18

8. REFLEKSI KENDIRI 19

9. RUJUKAN 20

(2)

PENGHARGAAN

Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT, kerana dengan iziNya maka dapat menyiapkan tugasan Kerja Kursus BMM 3105 – Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer. Tajuk tugasan ini amat bersesuaian bagi saya sebagai seorang pendidik yang telah lama berkecimpung dalam bidang pendidikan ini. Sekurang-kurangnya saya dapat menambah ilmu dalam bidang TMK di Malaysia. Sepanjang proses menyiapkan tugasan ini telah banyak maklumat yang dapat saya peroleh dari penghasilan kerja kursus ini.

Sekalung penghargaan buat pensyarah Encik Muhammad Khairi Bin Mohamed Nor, Pensyarah Subjek BMM 3105 – Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer yang telah banyak memberi panduan dan tunjuk ajar sehingga terhasilnya kerja kursus ini. Setiap kali berinteraksi dengan beliau, banyak idea yang dilontarkan bagi membantu kefahaman saya menyiapkan kerja kursus ini.

Seterusnya buat isteri tercinta dan anak-anak tersayang yang banyak memberi dorongan tanpa jemu, cukup memberi kekuatan kepada saya dalam meneruskan cita-cita dan menghadapi cabaran sebagai seorang pelajar di IPG KSAH. Segala kesukaran dan cabaran yang dihadapi membuatkan aku lebih tabah dan bersemangat untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang pelajar.

Buat rakan-rakan yang banyak membantu, terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu. Moga kita akan terus bersahabat dalam kita memperlengkapkan ilmu dalam diri.

Sekian. Wassalam.

MAT ASLI BIN LEMBUT

(No Kad Pengenalan : 690103-02-5595) Pelatih Program PPG Ambilan Jun 2011.

(3)

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER

Pelbagai perubahan dan inovasi telah tercipta dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam bidang pendidikan kini. Kemajuan dalam pelbagai bidang kini membawa suatu anjakan besar dalam pendidikan negara kita. Kemajuan yang pesat dalam bidang teknologi pendidikan dan komunikasi telah memungkinkan perubahan dalam bidang pendidikan terutama dalam pengajaran Bahasa Melayu. Kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer telah diaplikasikan dengan meluas kini.

Berdasarkan pernyataan di atas, anda dikehendaki mentelaah, mengumpul dan menghasilkan bahan maklumat dalam bentuk penulisan artikel yang berformatkan kertas kerja seminar mengikut topik-topik berikut :

i) Pengenalan ii) Tinjauan Literatur iii) Metodologi Kajian iv) Analisis Data

v) Rumusan, Perbincangan dan Cadangan

ABSTRAK

APLIKASI TEKNOLOGI MAKLUMAT KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

(4)

Pengajaran Bahasa Melayu dengan menggunakan Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) adalah antara kaedah pengajaran yang dianggap bersesuaian dengan keperluan pendidikan kini. Penggunaan TMK dalam pengajaran bahasa mampu mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru dan penguasaan kemahiran bahasa pelajar. Persoalannya ialah sejauh manakah guru Bahasa Melayu (BM) melaksanakan pengajaran menggunakan TMK dan tahap penguasaan guru serta kekangan yang dihadapi. Justeru, kajian ini meneliti tahap dan kekangan dalam melaksanakan pengajaran bahasa menggunakan TMK . Penggunaan TMK dalam Pembelajaran merupakan satu aspek yang tidak dapat dielakkan oleh setiap guru. Penggunaan computer dapat memberikan kesan positif kepada pembelajaran murid sehinggakan mereka mampu menggunakan aplikasi TMK dalam kehidupan seharian mereka. Dapatan kajian menunjukkan sampel kajian menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan computer dan kebanyakan mereka telah mengikuti kursus asas komputer. Kursus yang berkaitan penyediaan bahan pengajaran multimedia, penggunaan internet dan pembinaan laman web agak kurang diberikan perhatian. Kesan pengajaran Bahasa Melayu menggunakan komputer kepada pelajar agak positif terutamanya kepada pelajar yang cerdas. Kekangan utama yang dihadapi oleh guru dalam menjalankan pengajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer ialah guru kurang mahir mengendalikan komputer untuk pengajaran dan pelajar kurang berminat dalam pembelajaran.

.

KATA KUNCI : perisian, komunikasi, teknologi, kekangan, penguasaan

I. PENGENALAN

(5)

Semenjak teknologi komputer menjadi pemangkin dalam pelbagai bidang di dunia, usaha badan pelaksanan bahasa dan ahli bahasa tidak mahu ketinggalan di belakang dalam memanfaatkan teknologi moden ini bagi memasyarakat bahasa dalam “Teknologi Bahasa Manusia”. Begitu juga dalam bidang pendidikan di Malaysia, Pihak berwajib telah melancarkan pelbagai dasar dan program bagi meningkatkan penguasaan warga pendidikan sama ada guru, kakitangan dan murid bagi menguasai ledakan teknologi agar tidak ketinggalan. Contohnya, pihak kerajaan telah melancarkan satu program literasi komputer yang bermatlamat mendedahkan murid-murid kepada pengetahuan asas computer. Pengajaran dan pembelajaran berbantukan computer telah mula dilaksanankan mulai tahun 1992 sebagai projek perintis bagi murid tahun 4, 5, dan 6.

A. LATAR BELAKANG KAJIAN

Terdapat beberapa isu yang sering dikaitkan dalam pengajaran menggunakan komputer. Antaranya keadaan yang menjadikan pengajaran tersebut tidak berkesan ialah kurangnya persediaan guru untuk membangunkan pengajaran yang berbantukan komputer. Di samping itu terdapat juga permasalahan dari segi hardware untuk perisian kursus, sikap guru, pentadbir, latihan, galakan keluarga dan pengaruh komuniti yang mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan dalam bilik darjah.

(6)

pembelajaran Bahasa Melayu. Guru Bahasa Melayu sebagai pengendali pengajaran, perlu mempunyai keterampilan dalam mengendalikan pengajaran bahasa berbantu komputer. Walaupun terdapat kesukaran dalam melaksanakannya, guru perlu bersedia dengan kemahiran dan pengetahuan selaras dengan keperluan pendidikan kini yang memerlukan pengajaran lebih berpusatkan pelajar. Oleh itu, kajian ini cuba mengkaji pemahaman guru BM terhadap konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer, tahap penguasaan komputer, kursus yang dihadiri, masalah yang dihadapi dan penyelesaiannya.

B. DEFINISI

APLIKASI TMK (ICT) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU)

Menurut Kamus Dewan (Edisi Keempat), mentakrifkan aplikasi sebagai kegunaan: iaitu mengaplikasikan, menggunakan secara praktik atau amali, melaksanakan atau menggunakan pada amalan. TMK pula diringkaskan daripada perkataan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan dalam huruf ringkas ICT pula adalah singkatan daripada Information and Communication Tecnology. Berdasarkan Kamus Dewan (Edisi 4) TMK bermaksud teknologi yang berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat melalui teknologi computer dan telee-komunikasi.

TEKNOLOGI

Dalam Kamus Dewan (Edisi Keempat), Teknologi membawa maksud , (téknologi) 1. aktiviti atau kajian yg menggunakan pengetahuan sains utk tujuan praktis dlm industri, pertanian, perubatan, perniagaan, dll, sains gunaan: Universiti Malaya memainkan peranan yg penting utk melahirkan pakar-pakar ~ kita; 2. kaedah atau proses menangani sesuatu masalah teknikal; ~ maklumat teknologi yg berkaitan dgn pe-merolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat secara elektronik; ~ maklumat dan komunikasi teknologi yg ber-kaitan dgn pemerolehan, penyimpanan, pem-prosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan tele-komunikasi; ~ tinggi teknologi yg berasaskan kajian saintifik termaju spt penggunaan peralatan elektronik yg canggih; berteknologi mempunyai teknologi: masya-rakat ~ tinggi.

(7)

Maklumat merujuk kepada makluman, pemberitahuan, keterangan, butir-butir, dan pengetahuan.

KOMUNIKASI

Menurut Kamus Dewan (Edisi Keempat) mentakrifkan komunikasi sebagai perhubungan (secara langsung atau dgn perantaraan surat, radio, telefon, dll); ~ massa komunikasi atau perhubungan dgn atau yg sampai kpd orang ramai amnya; berkomunikasi berhubungan (secara langsung atau dgn perantaraan surat, radio, telefon, dll), mengadakan perhubungan (bercakap, berbincang, bertukar-tukar pendapat, dll): bahasa ialah alat utk ~ dan alat utk berfikir dan melahirkan buah fikiran; mengkomunikasikan menyebarkan atau menyampaikan maklumat (berita,

dll) melalui saluran komunikasi: muzium di Amerika Syarikat menghubungi sekolah

utk ~ pengajaran yg diberikan.

Manakala Kamus Komputer memberi takrifan maklumat sebagai, 1. Sistem dan kaedah penghantaran dan penerimaan maklumat terkod antara sistem komputer dengan persisiannya dengan menggunakan kaedah elektronik atau optik. 2. Bidang ilmu yang berkaitan dengan penghantaran dan penerimaan maklumat terkod di antara peranti .

3. OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengkaji sejauh manakah pemahaman guru Bahasa Melayu terhadap konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer.

2. Mengkaji tahap penguasaan komputer dalam kalangan guru Bahasa Melayu.

3. Mengkaji persepsi guru terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran Bahasa Melayu.

4. Mengkaji masalah yang dihadapi oleh guru Bahasa Melayu dalam mengaplikasikan computer dalam pengajaran.

4. METODOLOGI KAJIAN

4.1 Metodologi Kajian

(8)

pelaksanaan dan hubungannya dengan penguasaan bahasa pelajar, kekangan dalam pelaksanaan dan cara mengatasi masalah tersebut.

4.2 Dapatan Kajian

a. Konsep Pengajaran Bahasa Berbantukan Komputer (PBBK)

Sebagai guru Bahasa Melayu yang telah diberi latihan oleh pihak kementerian bagi menguasai pelbagai kemahiran, sepatutnya telah sedia memahami konsep

penggunaan komputer di dalam bilik darjah. Berdasarkan dapatan kajian, didapati sampel kajian menunjukkan pemahaman yang pelbagai terhadap konsep PBBK. Berikut adalah maklumat yang diperoleh berdasarkan kajian yang telah dijalankan.

Pernyataan %

Pelajar mempelajari bahasa menggunakan komputer dengan

kehadiran guru bersama-sama 51.7 Pelajar mempelajari bahasa menggunakan komputer tanpa

kehadiran guru 18.4

Pelajar mempelajari aspek bahasa (contohnya, tatabahasa)

dengan menggunakan komputer 32.2

Pelajar menggunakan enjin pencari (seperti google) untuk mencari

fakta ketika menulis karangan 40.2 Pengajaran bahasa apabila guru menggunakan projektor LCD

sebagai alat bantu mengajar dalam sebahagian dari pengajarannya 39.1 Pelajar mempelajari cara menulis karangan atau surat dengan

menggunakan pemprosesan perkataan (microsoft word) 28.7 Pelajar mempelajari bahasa dengan menggunakan perisian

pembelajaran yang terdapat di dalam CD 44.8 Pelajar belajar bahasa melalui pembelajaran jarak jauh

(9)

Berdasarkan dapatan di atas, didapati pemahaman sampel kajian terhadap PBBK adalah pelbagai. Kepelbagaian ini banyak dipengaruhi oleh faktor pendedahan, peluang dan komitmen yang ditunjukkan dalam pelaksanaan pengajaran. Kebanyakan sampel kajian menyatakan bahawa konsep PBBK adalah pelajar mempelajari bahasa menggunakan komputer dengan kehadiran guru bersama-sama (51.7%). Pada dasarnya, PBBK dilaksanakan dengan pelajar berinteraksi dengan bahan yang tersedia di dalam komputer. Pelajar akan menggunakan bahan tersebut dengan bantuan guru. Bagi konsep yang kedua tertinggi dari segi peratus (44.8%) menyatakan pelajar mempelajari bahasa dengan menggunakan perisian pembelajaran yang terdapat di dalam CD. Pemilihan konsep ini dilihat signifikan apabila guru menggunakan CD pembelajaran yang terdapat di pasaran bagi membantunya mengajar. Pelajar dapat mempelajari bahasa dengan mengikuti bahan pembelajaran yang terdapat di dalam CD dan guru melakukan pemantauan pembelajaran. Konsep ketiga yang menjadi pilihan guru (40.2%) ialah pelajar menggunakan enjin pencari (seperti google) untuk mencari fakta ketika menulis karangan. Hal ini bermakna, guru memikirkan PBBK perlu dikaitkan dengan penggunaan internet yang banyak memberikan maklumat kepada pelajar terutama ketika menguasai kemahiran bahasa seperti menulis karangan. Bagi pilihan keempat, sampel memilih konsep PBBK sebagai pengajaran bahasa yang menggunakan

projektor LCD sebagai alat bantu mengajar (39.1%). Bahan bantu mengajar jenis elektronik dikaitkan dengan PBBK kerana keperluannya dalam pengajaran tersebut. Selain penggunaan projektor LCD, penggunaan bahan bantu elektronik yang lain juga mampu meningkatkan minat dan pemahaman pelajar. Konsep yang dianggap kurang dipersetujui bagi pentafsiran PBBK ialah pelajar belajar bahasa melalui pembelajaran jarak jauh menggunakan komputer (17.2%). Ini kerana diandaikan sampel kajian tidak mengambil kira aspek pembelajaran jarak jauh sebagai menepati konsep PBBK kerana tiada guru yang dapat membimbing pelajar apabila wujud masalah pembelajaran.

b. Penggunaan komputer dalam pengajaran BM

(10)

Data Penggunaan komputer dalam pengajaran BM

Saya pernah menggunakan komputer dalam pengajaran BM 56% Saya hanya mahir menggunakan powerpoint dalam mengajarkan BM menggunakan komputer. 60% Saya merasa selesa jika mengajarkan BM

dengan bantuan komputer. 64% Saya mampu menggunakan internet dalam P&P 64% Saya suka menggunakan bahan internet dalam

P&P BM. 57% Saya berminat menggunakan komputer dalam

pengajaran BM. 73% Saya berminat untuk mengajarkan BM

menggunakan komputer, tetapi saya tidak mempunyai banyak masa untuk menyediakan

bahan pengajaran. 35% Saya berminat untuk mempelajari kemahiran

menghasilkan bahan pembelajaran menggunakan

perisian mudah bagi BM. 65%

(11)

Mereka juga memiliki minat yang sederhana untuk diberikan pendedahan berkaitan penghasilan bahan perisian komputer.

c. Kesan penggunaan komputer dalam pengajaran.

Berdasarkan sampel kajian, didapati kebanyakannya bersetuju bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran BM terhad kepada kemahiran membaca sahaja. Manakala mereka berpendapat penggunaan komputer dalam mengajarkan karangan tidak begitu sesuai. Dalam hal ini, untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, guru perlu kreatif dalam pengajaran berbantukan komputer. Dari segi kemahiran menggunakan perisian komputer yang berkaitan dengan pembelajaran, kebanyakan sampel kajian tidak menguasainya dengan baik. Contohnya dalam penguasaan authorware, toolbook, wallwisher dan Kidblog sebagai platform pengajaran bahasa menjadi lebih menarik dan berkesan. Masalah ini juga wujud dalam hal menggunakan multimedia dalam pengajaran. Rumusan yang boleh dibuat berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada sampel kajian ialah mereka hanya akan menggunakan komputer apabila diminta berbuat. Di samping itu, terdapat kecenderungan menggunakan komputer lebih tertumpu dalam bidang berkaitan pengurusan.

d. Tahap penguasaan komputer

Kesemua sampel telah pernah mengikuti kursus berkaitan komputer. Berdasarkan dapatan yang diperoleh, kesemua sampel kajian telah menerima latihan komputer terutama dalam kursus dalam perkhidmatan yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran ataupun Pejabat Pendidikan Daerah.

Data Tentang Tahap Penguasaan Penggunaan Komputer guru dalam peratus.

Baik Sederhana Lemah

Microsoft Word 72 24 4

Microsoft Excel 35 60

5

(12)

Microsoft power point 36 45 19

Multimedia 15 40 45

Pembinaan Laman web 10 34 56 Internet 27 50 33

Aplikasi komputer yang paling dikuasai oleh sampel kajian ialah Microsoft Word tahap baik : 72%). Kemahiran lain yang dikuasai ialah Microsoft Excel tahap baik: 35%), Microsoft power point ( tahap baik: 36%), Internet (; tahap baik: 27), Microsoft Access (tahap baik: 10%). Bagi kemahiran multimedia ( tahap lemah: 49%) dan pembinaan laman web (tahap lemah: 56%) dianggap penguasaan yang lemah. Ini menggambarkan sampel kajian tidak menguasai aspek yang dianggap penting terutama yang berkaitan penyediaan bahan pengajaran yang memerlukan penggunaan elemen multimedia. Pembinaan laman web yang dianggap kurang memberi manfaat kepada pengajaran dan pembelajaran juga perlu diberikan perhatian terutamanya bagi memastikan pelajar berfikiran lebih kreatif lagi.

e. Kesan aplikasi komputer terhadap penguasaan bahasa pelajar

Dapatan kajian menunjukkan, penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu dapat menambahkan minat pelajar terhadap BM. Walau bagaimanapun, mereka berpendapat pelajar yang pandai lebih berminat dalam pengajaran apabila guru menggunakan komputer di dalam pengajarannya. Bagi pelajar yang lemah, mereka kurang menunjukkan minat dalam pembelajaran bahasa walaupun guru menggunakan computer. Dapatan juga menunjukkan penguasaan menulis karangan kurang berkesan jika menggunakan komputer. Dalam hal ini, pembinaan dan penggunaan bahan pembelajaran perlu lebih menekankan aspek multimedia dan interaktif bagi memberikan kesan yang lebih kepada pelajar. Pelajar juga berminat jika menggunakan bahan internet di dalam pengajaran.

(13)

Dapatan menunjukkan terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan komputer dalam pengajaran Bahasa Melayu. Masih terdapat guru yang kurang mahir dalam mengendalikan pembelajaran berbantukan komputer disebabkan kurang latihan. Guru juga menghadapi masalah dalam pengajaran berbantukan komputer kerana banyak masa perlu ditumpukan dalam menyediakan bahan pembelajaran. Di samping itu, murid juga kurang berminat menggunakan komputer dalam pengajaran Bahasa Melayu. Komputer yang digunakan di sekolah sering rosak dan ketinggalan dari segi kapasiti dan teknologi . Di samping itu, terdapat kekangan dari segi sistem selenggaraan komputer yang tidak cekap di sekolah. Masalah bilik komputer juga sering mengganggu kelancaran penggunaan komputer dalam pengajaran. Terdapat guru Bahasa Melayu yang tidak dapat menggunakan bilik komputer kerana sering digunakan oleh kumpulan pelajar lain. Pengaruh rakan sejawat tidak mempengaruhi sampel kajian dalam pelaksanaan pengajaran berbantukan komputer. Minat mengajar menggunakan komputer tidak menurun apabila tidak ramai guru yang berbuat demikian. Pihak pentadbir sekolah bukan merupakan kekangan kepada pelaksanaan kerana mereka memberi galakan kepada guru agar mengunakan komputer dalam pengajaran.

g. Cadangan untuk mengatasi masalah

Terdapat beberapa cadangan yang diberikan oleh sampel kajian untuk mengatasi masalah dalam meningkatkan lagi penggunaan komputer dalam pengajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah. Kebanyakannya bersetuju dengan cadangan untuk mengatasi masalah seperti mewujudkan jaringan sediakan peruntukan, prasana yang cukup, kumpulan pembinaan bahan, dorongan dan pendedahan perlu diberikan kepada warga guru.

(14)

5. RUMUSAN DAN CADANGAN

Isu-isu yang dibincangkan di atas kebanyakannya berfokus kepada pentingnya pengajaran berbantukan komputer dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran BM. Antara rumusan daripada dapatan kajian yang diperoleh seperti huraian berikut, Guru perlu menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer agar pemahaman yang mantap terhadap konsep tersebut dapat memberi kesan kepada mutu pengajaran guru. Ini disebabkan terdapat pelbagai pemahaman terhadap konsep yang diberikan oleh guru BM. Tiga komponen utama yang perlu ada di dalam pengajaran bahasa berbantukan komputer iaitu komputer, bahasa dan pembelajaran (Finkbeiner, 2001). Guru pada peringkat awal perlu memahami konsep dan prosedur pelaksanaan pengajaran menggunakan komputer agar

memberikan kesan yang optimum kepada pelajar.

(15)

memudahkan penyuntingan dilakukan. Bagi memastikan keberkesanan pengajaran, bahan bantu yang digunakan perlulah dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan (Yahya Othman, 2007). Kursus komputer telah dihadiri oleh kebanyakan guru Bahasa Melayu. Bagi menjamin keberkesanan penggunaan computer dalam pengajaran, kursus yang dihadiri perlu dikaitkan dengan pembinaan bahan pembelajaran serta perisian yang sesuai boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Ini bersesuaian dengan dapatan kajian lain di mana kebijakan guru memilih kaedah TMK yang sesuai bagi menepati objektif dan konteks pengajaran, mengubah suai bahan sedia ada ataupun membangunkan persekitaran yang sesuai bagi memastikan penglibatan murid dalam pembelajaran. Begitu juga dengan penggunaan komputer dalam pengajaran terutama yang melibatkan kursus dalam talian mampu menarik perhatian pelajar. Kesan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu juga didapati positif dengan kebanyakan sampel menyatakan demikian. Antaranya ialah penggunaan computer dapat memupuk minat yang mendalam terhadap penguasaan Bahasa Melayu.

Hasil kajian yang dijalankan oleh Saad Al Kahtani (1999) menunjukkan penggunaan komputer dalam pengajaran menulis karangan dapat memberi kesan terhadap pencapaian pelajar. Kekangan yang dihadapi oleh guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan pengajaran berbantukan komputer meliputi aspek kursus peningkatan, pelajar yang pelbagai kecerdasan, teknologi komputer yang sering berubah, masa yang diperlukan untuk membuat persediaan pengajaran, dan sebagainya boleh memberi kesan terhadap pengajaran.

Justeru itu, dalam hal membuat perancangan, dan persediaan pihak pentadbir sekolah perlu menyediakan guru-guru agar benar-benar menguasai kemahiran tersebut perlu dilakukan secara profesional. Masalah dalam penggunaan komputer perlu dihadapi dengan memberikan penekanan kepada aplikasi TMK dalam pengajaran sebagaimana yang ditekankan oleh Kementerian Pelajaran. Sukatan pelajaran Bahasa Melayu juga perlu dirujuk untuk melihat keperluan menggunakan komputer dalam pengajaran. Di samping itu, perhatian juga perlu diberi kepada aspek integrasi Bahasa melayu dengan mata pelajaran yang lain mampu untuk membantu pelajar mahir dalam sesuatu tajuk.

(16)

dikembangkan dalam Bahasa Inggeris, maka istilah-istilah yang digunakan itu perlu disesuai dan diselarikan dengan bahasa rasmi dan utama di negara yang tidak menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi mereka. Sebagai contoh di Malaysia oleh kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi, maka Bahasa Inggeris perlu dibuat penyesuaian, iaitu kepada suasana yang penggunaan Bahasa Melayu menjadi selari dengan Bahasa Inggeris. Yang dimaksudkan di sini ialah walaupun Bahasa Inggeris bermula dan kekal sebagai satu bahasa penting dalam dunia teknologi maklumat, namun ada ruang bagi penggunaan Bahasa Melayu mengikut keperluan masyarakat dan negara Malaysia. Perspektif demikianlah yang digunakan apabila melihat persoalan kedudukan dan peranan Bahasa Melayu dalam konteks kemajuan pembelajaran Bahasa Melayu sebagaimana yang dirancangkan di negara ini.

Sebenarnya tidak ada masalah penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa TMK dalam pembelajaran Bahasa Melayu di negara kita. Kata-kata yang menyatakan bahawa apabila Bahasa Inggeris digunakan secara meluas dalam teknologi maklumat, maka Bahasa Melayu akan diketepikan fungsinya hanyalah satu andaian yang salah dan kurang tepat. Terdapat satu unsur prejudis dan berniat jahat sesetengah pihak yang cuba ingin menghuru-harakan khalayak penutur Bahasa Melayu bahawa apabila Bahasa inggeris mengambii alih fungsi dalam penggunaan teknologi maklumat, maka Bahasa Melayu akan diketepikan sama sekali fungsinya sebagai bahasa ilmu dan bahasa teknologi maklumat. Dalam hal ini, Nik Safiah (1999), dengan tegas dan yakin bahawa tidak ada situasi 'kalah-menang' dalam isu bahasa dalam TMK di Malaysia.

(17)

Bahasa Inggeris tidak mengancam kedudukan dan kedaulatan Bahasa Melayu, sebaliknya memperkaya lagi istilah tatabahasa Bahasa Melayu sebagai bahasa TMK seperti mana terbitnya Kamus Komputer oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1995.

Kesimpulannya, Bahasa Melayu sedang mengalami zaman penuh cabaran terutama dari segi pandangan umum terhadap kepentingannya dalam pengajaran (A. Aziz Deraman, 2007). Walaupun demikian, aspek pengajaran perlu diberikan perhatian dengan menekankan penguasaan kemahiran bahasa yang diajarkan. Penggunaan komputer dalam pengajaran BM berupaya meningkatkan lagi keupayaan pelajar dalam menguasai BM dengan lebih baik. Oleh itu, aspek latihan dalam perkhidmatan, penyediaan bahan pembelajaran interaktif, menggalakkan penggunaan internet dalam pengajaran serta penyediaan teknologi yang sesuai dengan keperluan semasa perlu diberikan perhatian.

6. PENUTUP

Kesimpulannya, penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah dapat meningkatkan penguasaan bahasa murid. Di samping itu, TMK juga mampu menarik minat dan memotivasi murid untuk belajar bahasa dengan pelbagai variasi yang direncanakan oleh para guru bahasa dengan hasrat meningkatkan tahap pencapaian murid dalam bahasa. Murid akan teruja untuk meneroka dengan menggunakan perisian computer secara kendiri. TMK akan dijadikan medium utama oleh murid dalam mengakses maklumat semasa proses pembelajaran mereka.

Dalam suasana yang penuh mencabar pada masa kini, telah menjadi tanggungjawab atas para guru bahasa untuk mendaulatkan bahasa melayu serta merealisasikan hasrat pihak kerajaan mengangkat martabat profesioan pendidikan Malaysia ke pentas dunia. Penguasaan guru bahasa seharusnya melangkaui pelbagai bidang seperti bidang sosial, budaya, psikologi, dan pedagogi. Bukan hanya aspek selok belok bahasa sahaja yang perlu dikuasai oleh guru bahasa malah aspek-aspek bukan bahasa juga perlu dikuasai oleh mereka. Semuanya terkandung dalam aspek penggabungjalinan antara aspke bahasa dan kemahiran keseluruhan yang perlu dikuasai.

(18)

murid. Diharap kajian sebegini akan dilakukan dengan lebih kerap oleh pihak berkaitan dalam memperkasakan lagi bidang pendidikan di negara ini. Kemudahan sedia ada perlu dimanfaatkan semaksimum mungkin oleh para pendidik semasa melaksanakan pengajaran.

7. REFLEKSI KENDIRI

Bersyukur saya ke hhadrat kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya maka dapat memberikan petunjuk dan kekuatan kepada saya untuk menyiapkan tugasan bagi Kertas BMM 3105 – Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer dalam masa yang ditetapkan. Pengalaman sepanjang proses menyiapkan tugasan ini amat berguna kepada saya dalam usaha meningkatkan ilmu dalam dunia pendidikan masa kini. Sepanjang tempoh tugasan ini, amat banyak pengalaman dan ilmu yang dapat saya peroleh.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Muhammad Khairi Bin Mohamed Nor, Pensyarah BMM 3105 – Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer yang telah banyak memberi tunjuk ajar, nasihat dan bimbingan sehingga saya berjaya menyiapkan tugasan ini. Berdasarkan tajuk-tajuk yang telah diperbincangkan semasa interaksi berlangsung dapatlah saya jadikan panduan untuk saya siapkan tugasan ini sebaik mungkin.

Terlalu banyak rintangan dan dugaan terpaksa saya tempuhi. Buku-buku lama saya selak helai demi helai mencari bahan yang berkaitan dengan tajuk yang diberikan. Masa yang terluang pasti internet dilayari. Mencari sumber untuk dijadikan rujukan dan panduan bagi penghasilan tugasan ini.

(19)

Sekian. Terima Kasih.

RUJUKAN

A.Aziz Deraman (2007). Bahasa Melayu dan cabaran global. Dewan Bahasa,

Abdul Rahim bin Abdul Rashid, 2005, Profesionalisme Keguruan Prospek Dan

Cabaran, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Haji Muhammad Zakaria, 2005, Teknik Belajar Berkesan, Telaga Biru Sdn. Bhd,

Kuala Lumpur.

Kamus Dewan Edisi Ke-4, 2007,Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

http://prpm.dbp.gov.my/

http://www.scribd.com/doc/86636892/Kertas-Kerja-Pameran-Bbm-3105

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan uraian diatas, penelitian ini membuktikan bahwa pajak berpengaruh terhadap keputusan transfer Pricing dikarenakan semakin besar jumlah beban pajak yang

Zato bi bilo treba pred uvedbo alternativnega presejanja neodzivnic s samoodvzemom vzorca za test HPV v obstoječi presejalni program preveriti tudi, koliko žensk bi imelo

Pemuliaan konvensional/tradisional pada umumnya dilakukan dengan melakukan persilangan anggrek yang bertujuan untuk mendapatkan varietas baru dengan warna dan bentuk bunga

Hasil dari penelitian ini bahwa instrumen akreditasi sudah sesuai dengan Standar Nasional Perpustakaan Sekolah Menengah Atas, namun masih terdapat beberapa

Tujuan penelitian ini adalah untuk mengetahui secara deskriptif mengenai tingkat preferensi masyarakat terhadap kebijakan pemerintah tentang pengelolaan cendana di

Hasil pengendapan enzim yang ditunjukkan pada Gambar 2 mencapai aktivitas tertinggi pada konsentrasi aseton 90% dengan aktivitas sebesar 7,585 U/mL.. Enzim hasil pemekatan

Panti Sosial Sina Daksa Wirajaya (PSBDW) Makassar adalah sebuah panti sosial yang berdiri dari naungan kementrian sosial Ripublik Indonesia adalah sebagai bentuk kebijakan

Selanjutnya, sebanyak 17 persen informan menyatakan bahwa hashtag#2019GantiPresiden berdampak pada orientasi politik mereka dalam menentukan pilihan politik terhadap