PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN
PLG 555 : APLIKASI TEORI DALAM AMALAN
KAUNSELING : SEMESTER 1 2013
LAPORAN PERBANDINGAN
TEORI REALITI DAN TEORI
RASIONAL EMOTIF TINGKAH
LAKU (REBT)
DISEDIAKAN OLEH :
SITI NOORJANNAH BINTI ABD GANI
S-PM0105/13
830703-02-5056
DISEMAK OLEH :
ISI KANDUNGAN
BIL
ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT
1
PENGENALAN TEORI YANG DIPILIH : TEORI REALITI
DAN TEORI RASIONAL EMOTIF TINGKAH LAKU
(REBT)
2
2
KONSEP UTAMA TEORI REALITI DAN TEORI REBT
2 - 5
3
MATLAMAT TEORI REALITI DAN TEORI REBT
5 - 6
4
PROSES TERAPEUTIK TEORI REALITI DAN TEORI
REBT
7 - 8
5
APLIKASI TEKNIK TEORI REALITI DAN TEORI REBT
8 - 11
6
PERBANDINGAN TEORI REALITI DAN TEORI REBT
12 - 14
7
RUMUSAN
14 - 15
PENGENALAN TEORI YANG DIPILIH : TEORI REALITI DAN TEORI RASIONAL EMOTIF TINGKAH LAKU (REBT)1
Sejak akhir-akhir ini terdapat banyak masalah serta kes yang dilaporkan yang melibatkan kanak-kanak dan remaja. Diatas rasa bertanggungjawab inilah saya dengan ini memilih tajuk perbandingan teori realiti dan teori rasional emotif tingkah laku (REBT) dan membuat perkaitan dengan kes klien kanak-kanak dan remaja. Secara umumnya teori realiti sangat sesuai diaplikasikan kepada klien di institusi pendidikan samada kanak-kanak ataupun remaja manakala teori rasional emotif tingkah laku ini pula sesuai kepada klien disemua peringkat umur.
Dalam Akta Kanak-kanak 2001 yang mengatakan bahawa kanak-kanak didefinasikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun. Manakala menurut Rogers (1951) 'adolescence' bermaksud membesar menjadi matang. Remaja dikatakan berusia di antara 11 hingga 21 tahun merupakan transisi antara antara zaman kanak-kanak dengan zaman dewasa yang melibatkan perubahan biologi, psikologi, sosial dan ekonomi serta melibatkan perubahan peringkat tidak matang ke peringkat matang.
KONSEP UTAMA TEORI REALITI DAN TEORI REBT
Teori realiti merupakan teori di bawah asas KOGNITIF tingkah laku manakala teori REBT merupakan teori yang berada di bawah asas teori pemikiran ataupun kognitif. Teori realiti diasaskan oleh William Glasser (1925) yang merupakan seorang ahli psikologi manakala Albert Ellis (1913-2007) merupakan pelopor teori rasional emotif sebelum bertukar kepada teori REBT. Kedua-dua pengasas teori ini adalah merupakan anak murid Sigmund Freud iaitu pengasas teori psikodinamik iaitu teori psikoanalisis yang merupakan tunjang utama teori ilmu kaunseling. Kedua-dua mereka tidak setuju dengan teori psikoanalisis setelah mereka menganalisis dan mengkaji tentang teori psikoanalisis yang tidak begitu mendalam serta tidak saintifik.
Teori realiti menekankan bahawa manusia mempunyai kebebasan untuk membuat pilihan dalam hidup dengan penuh tanggungjawab di atas setiap pilihan yang telah dibuat. Semua tingkah laku kita datang daripada dalaman diri masing-masing untuk memenuhi lima keperluan asas seseorang. Walaupun sebenarnya keadaan
1 Selepas ini disebut teori REBT
1
persekitaran yang akan mempengaruhi keputusan dan tindakan kita namun kebanyakan tingkah laku kita tidak disebabkan olehnya. Lima keperluan asas yang menjadi faktor motivasi dalaman seseorang ialah keperluan untuk terus hidup (survival), rasa disayangi dan dipunyai (love and belonging), kuasa (power), kebebasan (freedom) dan keseronokan (fun). Menurut Glasser keperluan untuk seseorang rasa disayangi dan dipunyai merupakan keperluan utama dan asas bagi memenuhi keperluan-keperluan yang lain. Di samping itu, terdapat dua masa kritikal pembentukan identiti seseorang samada identiti kejayaan atau identiti kegagalan. Masa tersebut bermula di zaman kanak-kanak berumur 2 hingga 5 tahun di mana bermulanya proses sosialisasi dengan cara berhubung dengan ibu bapa, adik beradik serta rakan sebaya. Sekiranya pada masa ini kanak-kanak disayangi, dibimbing serta diterima oleh ibu bapa ia akan membentuk identiti kejayaan yang kekal dalam hidup mereka. Masa yang kedua ialah semasa kanak-kanak berumur 5 hingga 10 tahun di mana mereka mula bersekolah, membentuk konsep kendiri masing-masing, mendapat pengetahuan dan penghargaan di alam persekolahan. Jika mereka gagal atau bermasalah mereka akan membentuk identiti kegagalan.
Walaupun semua orang mempunyai keperluan yang sama namun setiap orang memenuhi keperluan ini dengan cara yang tersendiri dan unik. Kita membina satu album gambaran peribadi (personal picture album) berdasarkan kehendak kita iaitu dunia berkualiti (quality world) yang mengandungi imej tepat bagaimana kita hendak memenuhi keperluan kita dengan cara yang terbaik. Sebagaimana satu konsep kereta kelakuan sepenuhnya (total behavior car) yang menerangkan mengenai motivasi dalaman setiap manusia. Dalam kereta tersebut di bahagian engin ialah mewakili semua lima keperluan asas manusia manakala keempat-empat tayar mewakili tingkah laku, pemikiran, perasaan dan psikologi. Selain itu, stereng pula mewakili apa kehendak yang diperlukan di dalam hidup seseorang. Sekiranya seseorang yang membawa kereta ini tahu ke mana destinasi hendak dituju iaitu ke arah dunia berkualiti (quality world) maka orang tersebut akan berjaya menemui kejayaan atau arah yang dituju. Matlamat utama teori realiti ialah mengajar seseorang bagaimana hendak mendapatkan apa yang dikehendaki dalam hidup dengan tujuan dan cara yang terbaik.
pemindahan (transference) yang bermaksud bahawa kaunselor memainkan peranannya secara profesional tanpa berfikir mereka memainkan peranan sebagai ibu atau bapa klien. Ciri yang ketiga ialah tumpuan kepada peristiwa yang berlaku pada masa kini. Peristiwa yang lalu hanyalah sejarah dan tidak boleh diubah dan untuk menjadi seseorang yang berfungsi secara efektif mestilah merancang untuk masa kini supaya dapat mencapai kebahagiaan di masa hadapan. Ciri yang keempat pula ialah mengelak daripada fokus kepada simptom atau penyebab kelakuan yang negatif. Glasser mengatakan bahawa jika seseorang itu tahu simptom iaitu penyebab kelakukan negatif bagi dirinya dan dia keluarkan semua simptom itu maka sesorang itu akan menemui kebahagiaan. Ciri yang kelima ialah menolak model perubatan iaitu teori ini tidak menerima konsep ortodoks tentang penyakit mental termasuk kecelaruan neurotik dan psikotik.
Dalam teori REBT pula menekankan bahawa manusia didominasi oleh prinsip bahawa emosi, pemikiran dan perasaan terikat di dalam psikik manusia. Dalam REBT pemikiran manusia kerap membentuk perasaan dan tingkah laku. Perasaan pula memberi kesan kepada pemikiran dan tindakan. Tindakan juga memberi kesan kepada pemikiran dan perasaan. Kesimpulannya ketiga-tiga aspek ini mempengaruhi antara satu sama lain. REBT juga menekankan bahawa individu dilahirkan dengan potensi berfikir secara rasional dan tidak rasional. Dengan menggunakan pemikiran yang rasional dan bertingkah laku secara rasional akan membentuk diri individu ke arah lebih produktif dan realistik seterusnya mencapai kehidupan yang lebih bahagia. Teori ini juga memandang manusia dilahirkan dengan kecenderungan ke arah perkembangan dan pengiktirafan diri tetapi mereka akan mengkhianatinya disebabkan kecenderungan untuk berfikir secara tidak rasional dan contoh-contoh menyalah diri yang telah sebati di dalam hidup manusia.
Di dalam REBT Corey (2013) mengemukakan tiga pemikiran tidak rasional
(The Three Basics Musts) yang telah sebati dalam pemikiran hidup manusia iaitu : 1. Saya mesti melakukan yang terbaik dan semua orang mesti menghargai apa yang saya lakukan, jika sebaliknya saya bukanlah seorang yang baik
2. Semua orang perlu layan dan sayang saya sepertimana saya layan dan sayang mereka, jika sebaliknya mereka perlu dihukum dan dikutuk
teruk.
Selain itu, Corey (2013) juga menjelaskan bahawa teori ini berlandaskan kepada andaian bahawa manusia dilahirkan dengan keupayaan berfikir secara rasional dan tidak rasional. Manusia berupaya untuk memelihara diri, menyayangi diri, bergembira serta berkembang dan berkomunikasi dengan orang lain. Namun, manusia juga cenderung untuk merosakkan diri, tidak mahu berfikir, mengulangi kesilapan, mementingkan diri serta cuba mengelak penghargaan diri. Pemikiran tidak rasional ini perlulah dikenalpasti dan dipertikai serta disangkal oleh kaunselor dan menggantikan pemikiran yang rasional dan lebih positif.
MATLAMAT TEORI REALITI DAN TEORI REBT
Terdapat enam matlamat utama teori realiti ialah pertama menolong klien mempunyai psikologi yang kuat, rasional serta bebas dan bertanggungjawab terhadap tingkah laku sendiri. Matlamat kedua ialah menolong klien menjelaskan apa yang dikehendaki dalam hidup dan sedar tanggungjawab dengan matlamat hidup masing-masing. Ketiga ialah menolong klien membuat satu perancangan yang realistik, spesifik dan konkrit untuk mencapai kehendak yang diidamkan. Selain itu matlamat yang
keempat ialah kaunselor dan klien mempunyai hubungan yang baik serta mempunyai kefahaman untuk membantu klien berubah. Kelima ialah teori realiti adalah fokus kepada tingkah laku klien masa kini dan bukan yang lepas. Matlamat yang keenam ialah kaunselor tidak menggunakan hukuman serta tidak menerima alasan daripada klien. Sekiranya perancangan yang dirancang tidak berkesan kaunselor akan membantu klien membuat perancangan baru sehingga dapat mencapai matlamat hidup yang dikehendakinya.
Sebagai contoh dalam kes Hafiq seorang pelajar tingkatan 2 di Sekolah Menengah Seri mencuri barang-barang rakannya dan barang-barang koperasi di sekolah. Pelajar ini ke sesi kaunseling setelah diarahkan oleh guru disiplin dan menjadi kes rujukan. Dalam kes ini peranan kaunselor ialah sebagai guru atau fasilitator kepada klien dan menjadi model kepada klien. Selain itu matlamat sebenar kaunselor ialah mencari, menolong klien mengenal dan menilai tingkah laku yang sedang dilakukannya. Kaunselor juga akan memfokuskan kepada tingkah laku sekarang dan tidak melihat
kepada pengalaman awal kanak-kanak. Kaunselor juga berperanan untuk membantu klien mengubah tingkah laku negatif ke arah realiti tingkah laku yang positif dan berguna. Menurut Corey (2013) dalam teori REBT pula telah hanya terdapat dua matlamat utama iaitu yang pertama ialah menyedarkan klien supaya hidup di dalam keadaan rasional serta produktif dan membetulkan kesilapan yang ditaakul oleh emosi yang tidak rasional yang selalu menggunakan perkataan mesti, wajib, harus, perlu dan sepatutnya (must, should, ought, have to, need). Dalam keadaan ini, manusia sering menggunakan perkataan yang tidak rasional contohnya saya mesti menjadi seorang pelajar yang cemerlang namun, sekiranya saya gagal maka saya seorang pelajar yang tidak berguna. Keadaan inilah yang akan menyebabkan seseorang itu bertingkah laku secara tidak berkesan atau kemurungan samada di sekolah, kolej mahupun di rumah.
Matlamat yang kedua ialah membantu klien mengubah tabiat, pemikiran dan tingkah laku melalui model A-B-C sepertimana rajah di bawah:
Sebagai contoh di dalam kes kedua iaitu Adam seorang pelajar tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Balik Pulau yang merasa sedih dan kecewa (C : kesan emosi) di atas keputusan peperiksaan UPSR 2013. Adam mendapat keputusan 5B dalam peperiksaan tersebut (A : peristiwa yang berlaku). Adam percaya bahawa dirinya tidak pandai dan tidak berguna kepada kedua ibubapanya dan tidak layak menjadi model kepada adik-adiknya (B : kepercayaan). Adam juga mengatakan bahawa dia bercita-cita menjadi doktor namun cita-citanya tidak akan tercapai dengan keputusan 5B UPSR 2013 (B : kepercayaan). Dalam kes ini kaunselor akan menyedarkan klien tentang kepercayaan yang tidak rasional yang terdapat dalam diri klien. Kaunselor akan menjelaskan kepada klien bahawa kepercayaan yang tidak rasional inilah yang akan memberikan kemusnahan serta gangguan di dalam pemikiran klien. Kaunselor juga
D : Disputing intervention / dipertikai dan disangkal
E : Effect / kesan emosi dan tingkah laku
diterima dan ini akan menjadikan Adam menjadi individu yang lebih sihat.
PROSES TERAPEUTIK TEORI REALITI DAN TEORI REBT
Di dalam teori realiti kaunselor berperanan untuk menolong klien mencari cara yang berkesan bagi memenuhi lima keperluan asas terutamanya keperluan kasih sayang dan rasa dipunyai. Semasa sesi kaunseling dijalankan, kaunselor adalah dianggap sebagai seorang guru atau model yang akan menerima klien dengan mesra, sedia mendengar, memahami, kogruen, menghormati klien manakala klien dianggap sebagai seorang pelajar. Selain itu, kaunselor juga menekankan mengenai penghargaan kendiri klien untuk mendapatkan pilihan realiti yang sebenar. Di samping itu, sesi kaunseling yang dijalankan juga hanya fokus kepada tingkah laku yang dikehendaki klien dan apabila klien sudah bersedia untuk berubah, kaunselor akan bersama-sama membantu klien membina satu perancangan dan strategi yang spesifik ke arah perubahan tersebut. Selain itu, kaunselor juga sering memuji klien di atas tingkah laku atau perasaan yang positif yang terdapat di dalam diri klien semasa sesi kaunseling. Ini adalah untuk klien melihat dan menilai diri dan tingkah laku yang dilakukannya dengan perasaan bertanggungjawab. Di samping itu, kaunselor juga tidak menggunakan ujian, diagnosis atau menganalisis tentang diri klien tetapi kaunselor akan kerap bertanya mengenai tingkah laku yang sedang klien lakukan serta adakah tindakan tersebut memberi kesan kepada klien ataupun sebaliknya. Selain daripada itu, kaunselor juga tidak menitik beratkan mengenai pengalaman awal kanak-kanak, samada klien mendapat celik akal ataupun tidak, ataupun keadaan tidak sedar (unconscious) atau gangguan sakit jiwa oleh diri klien sebagai cara yang terbaik untuk mendapatkan maklumat.
Dalam teori REBT, Corey (2013) pula menekankan supaya klien dapat menerima diri sendiri (unconditional self-acceptance) dan klien juga dapat menerima orang lain (unconditional other acceptance). Semasa sesi kaunseling dijalankan, kaunselor adalah sangat aktif dan berterus terang dengan klien mengenai sesuatu emosi atau kepercayaan yang tidak rasional. Kaunselor juga seorang yang empati, saintifik, berminat membantu klien serta mengetahui dengan mendalam cara menggunakan teori REBT. Kaunselor juga seolah-olah seorang tenaga pengajar atau guru atau fasilitator kepada klien. Kaunselor juga perlu mendengar dengan teliti semua
pemikiran yang tidak rasional dan tidak logik yang terdapat dalam diri klien semasa sesi kaunseling dijalankan. Kaunselor akan menyangkal dan mempertikai semua emosi atau kepercayaan yang tidak rasional yang terdapat dalam diri klien.
Selain itu, kaunselor juga akan menyediakan instrumen pentaksiran sebagai penilaian pemikiran klien bagi mengenalpasti pemikiran rasional dan pemikiran tidak rasional yang terdapat dalam diri klien. Namun penilaian ini tidaklah sepertimana penilaian diagnostik yang digunakan di dalam kes DSM-IV. Semasa sesi kaunseling dijalankan juga kaunselor dan klien perlulah mempunyai hubungan yang mesra dan kefahaman antara satu sama lain supaya tujuan utama bagi membina sistem kepercayaan atau emosi yang rasional dapat dibentuk dengan sebaiknya.
APLIKASI TEKNIK TEORI REALITI DAN TEORI REBT
Dalam teori realiti kebanyakan teknik-teknik yang digunakan adalah bagi mengubah tingkah laku negatif klien kepada tingkah laku yang positif yang lebih baik. Terdapat dua komponen utama teknik teori realiti iaitu (1) persekitaran kaunseling dan (2) prosedur khas ke arah perubahan tingkah laku. Dalam komponen persekitaran kaunseling, kaunselor perlu mencipta perhubungan yang terapeutik melalui perhubungan yang mesra, melibatkan diri dengan klien serta membina rapport yang baik. Di samping itu juga, kaunselor sepatutnya mengelak daripada mencari salah, mengkritik, menyimpan dendam ataupun cepat putus asa kepada klien. Selain itu, kaunselor tidak menerima tingkah laku klien yang tidak realistik tetapi menerima klien sebagai seorang manusia. Sepanjang sesi kaunseling juga, kaunselor perlulah menarik minat klien untuk melakukan perubahan tingkah laku melalui humor atau kelucuan yang diwujudkan secara spontan dan tidak sengaja untuk memberikan keselesaan di samping meringankan tekanan kepada klien. Selain itu, kaunselor juga akan melakukan konfrantasi dan juga main peranan yang sesuai supaya klien dapat menerima tanggungjawab di atas tingkah laku atau perbuatan yang dilakukan olehnya.
Dalam komponen yang kedua iaitu prosedur khas ke arah perubahan tingkah laku melalui konsep akronim WDEP yang bermaksud W = (wants) kehendak, D =
(direction and doing) arah atau perkara yang dilakukan, E = (evaluation) penilaian, P =
1. Dalam peringkat W kaunselor akan bertanya kepada klien apakah kehendak yang dia mahukan atau impikan? contohnya dalam kes Hafiq kaunselor akan bertanya apakah kehendak atau kemahuan Hafiq dalam hidup ini?.
2. Dalam peringkat D pula akan membincangkan mengenai arah tuju kehidupan klien. Peringkat ini juga akan memberi fokus supaya klien mendapat kesedaran dan menukar tingkah laku negatif yang sedang dilakukan sekarang. Antara soalan yang akan ditanya ialah ke manakah arah tuju Hafiq sebenarnya dengan bertingkah laku mencuri?.
3. Pada peringkat E pula klien akan diberi peluang membuat pilihan yang efektif dan membuat penilaian kendiri berdasarkan tingkah laku kini serta arah tuju yang diinginkannya. Antara contoh soalan yang akan ditanya ialah adakah dengan mencuri Hafiq berjaya memenuhi kehendaknya? atau apakah kesannya sekiranya Hafiq memilih untuk mencuri sepanjang hidup?.
4. Pada peringkat P pula, klien dibantu kaunselor untuk merancang dan bertindak secara spesifik bagi memenuhi keperluan dan kehendak mereka. Contohnya dalam kes Hafiq yang berniat untuk mengubah tingkah laku negatifnya kepada tingkah laku positif melalui penyertaannya secara sukarela dalam Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) di sekolahnya bermula 1 haribulan Mac 2013. Penyertaan Hafiq dalam PBSM adalah pilihannya sendiri untuk menjadikannya seorang yang lebih bertanggungjawab terhadap diri sendiri selain daripada memupuk semangat setiakawan dan lebih berdisiplin. Perancangan juga perlulah mempunyai kualiti sebagaimana yang dijelaskan dalam akronim SAMIC 3 :
a) S = (simple) mudah difahami, spesifik dan konkrit. Dalam kes Hafiq perancangan yang dibuat perlulah mudah dan tidak membebankan Hafiq sebagai seorang pelajar.
b) A = (attainable) boleh dicapai dan dalam motivasi klien untuk mencapainya. Jika sukar akan menyebabkan Hafiq mudah putus asa dan enggan meneruskannya.
c) M = (measurable) boleh diukur iaitu perancangan yang dibuat mestilah tepat dan perubahan boleh dilihat dan bantu.
d) I = (immediate and involved) perancangan yang segera dan memerlukan penglibatan Hafiq sepenuhnya.
e) C 3 = (controlled, committed and continuous) kawalan, komitmen dan iltizam atau konsistensinya dalam melakukan perancangan tersebut. Dalam keadaan
ini, klien perlulah mengawal diri sendiri dan bukanlah orang lain serta bertanggungjawab di atas perancangan yang telah dibuat. Dalam situasi ini Hafiq perlulah sedar akan tanggungjawabnya untuk mengubah tingkah laku ke arah positif dan dia sendiri yang mengawal tingkah lakunya secara berterusan, konsisten dan istiqamah.
Dalam teori REBT pula, kaunselor dilihat memainkan peranan aktif mengajar semula klien bagaimana punca emosi yang tidak rasional dan yang tidak logik menjadi gangguan hidup klien. Terdapat tiga pecahan teknik REBT iaitu (1) teknik emotif (2) teknik kognitif (3) teknik tingkah laku. Di dalam teknik emotif terdapat teknik rational emotive imagery ataupun satu bentuk latihan mental untuk membina corak emosi yang baru dengan cara membayangkan apa yang berlaku sekiranya dia mengambil tindakan yang tidak rasional. Selain itu, kaunselor banyak menggunakan unsur humor yang dapat membantu klien menghilangkan masalah tersebut akibat terlaku serius. Teknik force and vigor juga amat sesuai kerana sebagai satu usaha kaunselor untuk membantu klien berdialog dengan diri sendiri dan kemudiannya menyangkal kepercayaan yang tidak rasional tersebut dengan tegas.
Dalam teknik kognitif kaunselor sedaya upaya secara aktif menyingkirkan kepercayaan tidak rasional dan mengajar klien bagaimana melakukannya. Konfrantasi yang baik mampu menyerang pemikiran tidak rasional dan memberikan celik akal
(insight) kepada klien. Selain itu kaunselor juga memberikan kerja rumah kepada klien dengan cara menggantikan perkataan yang negatif yang sering diperkatakan seperti 'saya akan gagal' atau 'tidak ada orang yang suka kepada saya' kepada pernyataan yang lebih positif seperti 'walaupun saya seronok disukai orang tetapi bukan semua orang mengukai saya dan bukan dunia ini sudah berakhir bagi saya'. Kaunselor juga mengajar klien untuk menukar penggunaan bahasa yang tepat supaya bahasa yang menggambarkan tidak berdaya atau menjatuhkan diri sendiri ditukar kepada penyataan baru yang membantu klien mengubah tingkah laku sekaligus menimbulkan perasaan tenang, lebih baik dan ceria.
Dalam teknik tingkah laku pula kaunselor banyak menggunakan peneguhan iaitu dorongan serta galakan seperti pujian atas perubahan yang dilakukan klien. Kaunselor juga kerap menggunakan teknik desintisasi bersistematik iaitu kaunselor mengajar klien memberi respon yang tidak diingini digantikan dengan tingkah laku yang diinginkan secara berperingkat. Selain itu kaunselor menggunakan teknik modelling
dengan memperlihatkan dua model atau situasi berbeza antara positif dan negatif untuk membantu klien melihat sendiri di mana kedudukan klien seterusnya memilih keputusan dengan lebih baik.
Selain ketiga-tiga teknik yang dinyatakan di atas teknik yang menggunakan model A-B-C-D-E Ellis adalah amat sesuai dan sebati bagi pengamal REBT. Kaunselor perlu mengenal pasti pemikiran tidak rasional klien contohnya di dalam kes Adam iaitu :
Situasi (A) : mendapat keputusan 5B dalam UPSR 2013
Kepercayaan (B) :1) Adam mengatakan bahawa dirinya tidak pandai dan tidak berguna kepada kedua ibubapanya
2) dia tidak layak menjadi model kepada dua adik beradiknya 3) dia juga mengatakan bahawa dia bercita-cita menjadi
doktor namun cita-citanya tidak akan tercapai Emosi (C) : merasa sedih dan kecewa
Tingkah laku (C) : berkurung diri dan menangis.
Setelah kaunselor dapat melihat Adam kecewa dan sedih di atas kepercayaannya yang tidak rasional yang terdapat dalam The Three Basics Musts iaitu dia tidak pandai, tidak berguna dan tidak layak menjadi model kepada adik-adiknya kaunselor akan membuat konfrantasi kepada Adam untuk menyangkal dan mempertikai serta memberikan celik akal kepadanya (D : sangkal atau pertikai). Antara contoh ayat yang digunakan ialah :
- adakah peperiksaan UPSR merupakan peperiksaan terakhir Adam?
- adakah dengan memikirkan menjadi seorang tidak berguna atau tidak pandai akan membuatkan Adam menjadi selesa dan tenang?
- adakah dengan cara sedih dan kecewa akan memberikan impian yang Adam impikan selama ini tercapai?
- adakah dengan berkurung dalam bilik serta menangis akan menyelesaikan masalah?.
akan menghasilkan kepercayaan yang rasional, realistik, dan logik. Oleh itu, diharapkan Adam berfikir secara rasional, logik dan bertingkah laku dengan baik dan positif.
PERBANDINGAN TEORI REALITI DAN TEORI REBT
Setelah dihuraikan sepertimana di atas, dapatlah dijelaskan bahawa teori realiti dan teori REBT mempunyai persamaan dan perbezaan masing-masing. Teori realiti yang dipelopori oleh William Glasser adalah diantara teori kognitif tingkah laku manakala dalam teori REBT pula diantara teori emosi, kognitif dan tingkah laku. Terdapat persamaan diantara kedua teori ini iaitu dari aspek tingkah laku. Di dalam teori realiti menekankan mengenai perubahan individu ke arah tingkah laku positif. Terdapat persamaan diantara kedua-duanya iaitu daripada aspek menukar tingkah laku klien ke arah yang lebih baik. Namun, perbezaannya ialah teori realiti tidak melihat kepada emosi dan kognitif individu sebagaimana teori REBT.
Selain itu, teori realiti mempunyai matlamat untuk melahirkan individu yang bertanggungjawab di atas tingkah lakunya dan pilihan menukar tingkah laku tersebut dibuat secara rasional dengan membuat perancangan yang spesifik dan realistik. Manakala dalam teori REBT pula lebih menekankan seseorang individu itu berfikir secara rasional dan membuang pemikiran yang tidak rasional yang mungkin sebati di dalam hidupnya. Di sini terdapat persamaan matlamat iaitu kedua-dua teori menekankan mengenai pertumbuhan manusia yang positif namun melalui cara yang berbeza iaitu samada dengan menukar tingkah laku negatif ke tingkah laku positif ataupun melalui pemikiran yang tidak rasional kepada pemikiran yang rasional. Setelah seseorang individu itu dapat menukar tingkah laku dan pemikiran yang tidak rasional kepada yang logik maka akan terhasillah tingkah laku yang baik serta pemikiran yang rasional melalui perancangan yang dirancang serta yang dibuat bersama kaunselor.
Menurut model ABC teori REBT, jika seseorang itu bertindak balas ke atas situasi yang negatif (A) dengan keadaan rasional (B) maka individu tersebut akan menghasilkan kognitif yang berfungsi, emosi yang sihat dan akan menghasilkan kesan yang tingkah laku yang sesuai (C). Namun jika individu tersebut bertindak balas ke atas situasi yang negatif (A) dengan pemikiran yang tidak rasional (B) maka akan terhasil individu yang kognitifnya tidak dapat berfungsi dengan baik (dysfunctional cognitive),
emosi yang tidak sihat serta bertingkah laku diluar jangkaan (C). Tugas REBT juga ialah
11
untuk mempertikai kepercayaan atau pemikiran yang tidak rasional (D) bagi menghasilkan individu yang mempunyai kepercayaan atau pemikiran yang rasional dan memberikan kesan emosi, tingkah laku yang positif dan efisyen (E+F). Matlamat teori REBT ini berbeza dengan matlamat teori realiti yang mana berkonsepkan kepada lima keperluan asas manusia yang wajib dipenuhi oleh setiap individu yang bergelar manusia iaitu keperluan untuk terus hidup (survival), rasa disayangi dan dipunyai (love and belonging), kuasa (power), kebebasan (freedom) dan keseronokan (fun). Ini kerana kesemua keperluan asas ini akan memberikan kebebasan kepada individu tersebut bagi menentukan identitinya samada identiti kejayaan ataupun kegagalan. Namun, pada pandangan saya, sekiranya digabungkan matlamat kedua-dua teori ini iaitu seseorang yang mempunyai keperluan asas yang lengkap bergabung dengan pemikiran atau kepercayaan yang rasional maka akan menghasilkan individu yang dapat berfungsi dengan baik dan berjaya samada dari segi emosi, kognitif seterusnya bertingkah laku dengan sangat baik, sopan serta efektik.
Dalam proses terapeutik pula, kedua-dua kaunselor dianggap sebagai tenaga pengajar, guru atau fasilitator. Kaunselor kedua-dua teori juga banyak memberikan peneguhan kepada klien supaya menilai tingkah laku ataupun pemikiran yang rasional. Kaunselor dalam realiti akan mengajar klien cara untuk menilai tingkah laku dengan penuh tanggungjawab supaya tingkah laku yang dirancang dengan penuh spesifik akan menghasilkan konsep penghargaan kendiri yang tinggi. Kaunselor REBT pula akan mendengar dengan teliti dan mencari kepercayaan yang tidak rasional dan membantu klien membuang kepercayaan tersebut dengan keupayaan sendiri. Kedua-duanya mempunyai persamaan iaitu kaunselor membantu klien untuk memperbaharui tingkah lakunya samada melalui penolakan kepercayaan tidak rasional yang memberikan kesan kepada tingkah laku dan emosi ataupun penolakan kepada tingkah laku yang negatif.
perubahan tingkah laku tersebut. Namun begitu terdapat juga perbezaan di dalam REBT iaitu menggunakan teknik emotif dan teknik kognitif. Pada pandangan saya, dari aspek teknik dapat diandaikan bahawa teori realiti merupakan sebahagian kecil daripada teori REBT yang banyak menggunakan emosi, kognitif serta tingkah laku. Namun teori realiti lebih menumpukan kepada tingkah laku semasa klien sahaja sepertimana kata-kata Glasser iaitu untuk menukar personaliti seseorang haruslah bermula dengan menukar tingkah lakunya.
Selain daripada itu, kedua-dua teknik ini banyak memberikan kesan kepada motivasi dalam individu untuk berkembang menjadi seseorang yang dapat berfungsi dengan baik. Kedua-dua teknik adalah sangat jelas, efektif, efisyen dari segi masa serta mudah untuk mengajar klien samada kaunseling individu mahupun kaunseling kelompok. Kedua-dua teknik juga sesuai digunakan untuk individu yang mengalami gangguan atau trauma yang dikategorikan gangguan pertengahan yang tidak terlalu teruk iaitu samada gangguan penderaan, personaliti, keresahan dan sebagainya. Namun, teori realiti berbeza dengan teori REBT yang menekankan tanggungjawab dan kebebasan individu untuk membuat keputusan tanpa mengkritik keperibadian seseorang namun REBT hanya mempertikaikan kepercayaan yang tidak rasional dan menukarnya kepada kepercayaan yang rasional.
Kedua-dua teori ini juga tidak terlepas daripada limitasi yang sama iaitu klien haruslah mempunyai pengetahuan dan dapat berfikir dengan baik serta menilai samada tingkah lakunya ataupun pemikirannya. Sekiranya klien yang tidak dapat berfikir sendiri kaunselor tidak dapat menggunakan teori realiti mahupun teori REBT.
RUMUSAN
Kesimpulannya ialah kedua-dua teori ini menekankan pembentukan manusia ke arah yang baik dan manusia itu perlulah berfungsi dengan baik samada dari segi emosi, kognitif mahupun tingkah laku. Kedua-dua teori ini juga sesuai diaplikasikan untuk pelbagai populasi iaitu samada di institusi pendidikan, institusi sosial, pusat komuniti ataupun hospital. Kedua-dua teori sangat baik dan sesuai dipraktikkan kepada guru-guru di sekolah, kolej ataupun jururawat yang bekerja di hospital.
Dalam teori realiti mahupun teori REBT mempunyai kelemahan dan kelebihan masing-masing, namun kaunselor berperanan untuk menjadikan teori ini berkembang
dengan baik dan sempurna. Seseorang kaunselor perlulah mengaplikasikannya dengan cara tersendiri tanpa tersasar daripada konsep dan matlamat teori. Diharapkan juga saya dapat mengkaji lagi secara mendalam mengenai kedua-dua teori ini seterusnya dapat mengaplikasikannya dengan baik selain dapat menolong klien menuju kehidupan yang lebih bahagia dan bermakna.
BIBLIOGRAFI
1. Corey, G (2013), Theory and Practice of Counseling and Psychotherapy (9th.ed.),
India : Brooks/Cole.
2. Sapora Sipon (2008), Teori Kaunseling dan Psikoterapi (Edisi Pertama), Negeri Sembilan : Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia
3. Sabariah Siron (2005), Teori Kaunseling dan Psikoterapi (Edisi Pertama),
Selangor : Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
4. Nor Shafrin Ahmad & Rohany Nasir (2013), Aplikasi Praktik Teknik Kaunseling & Psikoterapi (Edisi Pertama), Selangor : Universiti Kebangsaan Malaysia
5. Muhd. Mansor Abdullah (1993), Kaunseling Teori, Proses dan Kaedah (Edisi Kedua), Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
6. Robert E. Wubbolding, Answering Objections to Choice Theory / Reality Therapy,
International Journal of Choice Theory and Reality Therapy, Volume XXXI, No. 1, Fall 2011
7. Thomas K. Burdensi & Robert E. Wubbolding, Extending Reality Therapy With Focusing : A Humanistic Road For The Choice Theory Total Behaviour Car,
International Journal of Choice Theory and Reality Therapy, Volume XXXI, No. 1, Fall 2011
8. Patricia A. Robey, Jennifer E.Beebe & Alishia Davis Mercherson, Applications of
Choice Theory and Reality Therapy with Challenging Youth, International Journal of
Choice Theory and Reality Therapy, Volume XXXI, No. 1, Fall 2011
9. Windy Dryden, Flexibility and Passionate Non-extremism Versus Absolutism and Extremism: Teaching the Basics of REBT Theory and Showing Its Wider
Applicability, J Rat-Emo Cognitive-Behav Ther (2012) 30:38–51 DOI
10.1007/s10942-010-0119-8\
Theoretical Perspective, J Rat-Emo Cognitive-Behav Ther (2013) 31:39–48 DOI 10.1007/s10942-012-0158-4
11. Windy Dryden, The ‘‘ABCs’’ of REBT I: A Preliminary Study of Errors and Confusions in Counselling and Psychotherapy Textbooks, J Rat-Emo Cognitive-Behav Ther (2012) 30:133–172 DOI 10.1007/s10942-011-0137-1
12. Philip Hyland & Daniel Boduszek, Resolving a Difference Between Cognitive Therapy and Rational Emotive Behaviour Therapy: Towards the Development of
an Integrated CBT Model of Psychopathology, Mental Health Review Journal, Vol. 17
No. 2 2012, pp. 104-116, Q Emerald Group Publishing Limited, ISSN 1361-9322 DOI 10.1108/13619321211270425