• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengurusan Islam Antara Teori dan Pelaks

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Pengurusan Islam Antara Teori dan Pelaks"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

Pengur usan I slam: A ntar a T eor i dan Pelak sanaan1 D r. Mohd F uad Mohd Salleh

F akulti Perniagaan, UNISE L A bstr ak

Pengurusan Islam sering di kai tkan dengan pengurusan berintegrasi dan pengurusan beretika. Ia menjadi semakin popular semenjak Malaysia memperkenal dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam pentadbiran kerajaan. Namun kekurangan pendidikan formal dan buku rujukan mengenai teori pengurusan Islam menjadi perencat kepada kelancaran pelaksanaan pengurusan Islam. Pendidik menghadapi kesukaran untuk memperkenal bi dang ilmu ini kerana tiada kurikulum khusus yang menekankan pengetahuan mengenainya diperingkat peri ngkat sekolah mahupun pendidikan tingi. T eori Pengurusan Islam tidak dilahir, diajar dan dibentuk dalam masyarakat, sekurang-kurangnya dalam B ahasa Melayu yang menjadi Bahasa utama pengajaran dan pembelajaran di Malaysia. K erajaan melalui K ementerian Pengajian T inggi dan K ementerian Pendidikan perlu memperkenal dasar atau kurikulum yang memerlukan semua pendidi kan di peringkat menengah dan pendidikan tinggi menjadi kan Pengurusan Islam sebagai salah satu matapelajaran wajib yang perlu ditawarkan kepada semua pelajar untuk memberi pengetahun jelas kepada semua warga pelajar mengenai kelebihan dan kebaikan Pengurusan Islam.

1.0 Pengenalan

Umat Islam sejak sekian lama percaya terhadap kebenaran agama mereka iaitu Islam dan ketinggian pegangan hidup ini. Mereka mempunyai sandaran sejarah yang hebat dan meyakinkan. Sesungguhnya kelahiran dan kehadiran agama Islam di dunia adalah untuk mengatasi dan memperbaiki keadaan kerana Nabi diutus untuk menyebarkan agama Islam bagi memperbaiki budi perkerti umat manusia. B ermula selepas peristiwa Hijrah R asul SA W ke Madinah, Islam mula berkembang pesat sehingga berjaya menjelajah hampir semua benua. Namun semenjak kurun ke-12, dengan kebangkitan dunia E ropah (renaissance) dunia Islam seolah-olah mengalami kejumudan dan gagal menghasilkan sesuatu yang signifikan kepada kehidupan manusia sejagat sehinggalah berakhirnya pemerintahan K hilafah Islam di T urki. K ejatuhan K hilafah Islam dimulakan dengan memaksa Sultan A bdul Hamid K han II bin A bdul Majid K han, turun dari takhta pada 27 A pril 19092 hingga mengakibatkan sistem K hilafah berakhir pada 3 Mac 1924 (J ainuri 1995).

Inilah yang menjadi igauan umat Islam semasa berdepan dengan kuasa B arat. Mereka rasa kuat namun kekuatan itu tertanam di dalam sejarah. Hakikatnya mereka lemah. B ukan sahaja lemah malah keliru. Maka tidak hairan ketika Napoleon B onaparte dan saintisnya membuat demonstrasi ujikaji kimia di Mesir suatu ketika dahulu, terdapat dalam kalangan ulamak ketika itu teruja dan memberi komen, “sesungguhnya ini adalah sihir yang nyata! ” K omen yang jauh tersasar daripada landasan ilmu kerana mereka tidak pernah belaj ar dan didedahkan dengan ilmu kimia meskipun K halifah Harun A l-R ashid telah memperkukuh ilmu kimia berdasarkan ujikaji pada kurun ke 10 lagi (Stenhouse, 2008).

T elah tiba masanya untuk membangunkan kembali keagungan Islam. Salah satu cara ialah melalui pendidikan dengan memperbanyak sumber rujukan yang berasaskan ilmu Islam dan ditulis oleh orang Islam sendiri. D unia kini sedang memandang Islam sebagai harapan untuk menggarap dan menyelesai berbagai masalah yang sedang dihadapi oleh manusia. S esuai dengan A gama yang paling pesat berkembang sekarang, maka menjadi harapan semua umat

1

A rtikel penuh boleh di baca dalam buku K efahaman Islam di Mal aysi a terbitan Persatuan Ulamak Malaysia. 2

(2)

Islam agar sebuah rujukan mengenai ilmu pengurusan Islam dapat disediakan untuk tatapan dunia, bagi mengatasi atau setidak-tidaknya mengurangkan masalah yang sedang dihadapi dalam dunia pengurusan sekarang.

1.1 I slam D an Pandangan D unia

Meskipun masyarakat B arat dianggap unggul dalam soal-soal pentadbiran dan pengurusan, namun pada hakikatnya mereka hanya memulakan pengkajian di universiti dan menubuhkan fakulti pengurusan sekitar awal tahun 1920an. Syracuse University A merika S yarikat dianggap universiti pertama yang menubuhkan F akulti Pengajian Pengurusan pada tahun 19193. Meskipun penubuhan fakulti secara formal bermula lewat, namun sumbangan masyarakat B arat dalam memajukan ilmu pengurusan telah bermula lebih awal lagi dengan pengenalan beberapa teori pengurusan klasikal dan moden oleh sarjana-sarjana B arat.

Namun begitu teori-teori pengurusan klasikal dan moden melalui pendekatan kemanusiaan (behavioral) atau sains yang diperkenalkan oleh B arat tidak berjaya melahirkan pekerja yang tenteram jiwanya. Mereka sentiasa menuntut agar keperluan ekonomi dan psikologi mereka dipenuhi. Penyelewengan dan keruntuhan akhlak di kalangan pekerja sudah menjadi lumrah sehingga melibatkan pembunuhan. K es pembunuhan oleh pekerja organisasi direkodkan seawal 19264. A kibatnya banyak syarikat konglomerat yang terpaksa gulung tikar kerana tindakan sesetengah pegawai syarikat yang tidak beretika. Ini terbukti dengan runtuhnya empayar E nron, W orld.com, A rthur A nderson,5 L ehman dan berpuluh lagi nama-nama besar dalam berbagai industri di A merika S yarikat dan juga E ropah yang menjadi peneraju dalam pembangunan pengurusan dan kewangan dunia akibat daripada pengurusan yang tidak amanah.

T eori pengurusan yang dipelopori oleh B arat walaupun telah diamalkan sejak sekian lama masih terdapat lompong yang perlu diisi dan dilengkapkan. L ompong ini wujud kerana teori-teori B arat tidak menunj ukkan keperluan untuk meletakkan nilai-nilai agama sebagai satu elemen penting dalam membantu pengurus mengurus organisasi meskipun organisasi adalah terdiri daripada satu gabungan manusia yang mempunyai matlamat yang sama atau hampir sama6. L antas teori-teori ini langsung tidak menjurus kepada penyediaan manusia untuk kesejahteraan manusia dan dunia secara keseluruhannya.

Islam datang untuk mengisi lompong-lompong ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi Muhammad S A W dalam satu Hadith B aginda yang bermaksud:

”Aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak kamu”7

Ini menunjukkan bahawa manusia sebenarnya telah memiliki akhlak namun belum sempurna. Oleh itu Nabi datang bersama Islam untuk memberi petunj uk dan membimbing manusia dan

3

W hitman School of Management, S yracuse University. http://whitman.syr.edu/whitman-experience/whitman-history/index.aspx

4

Postal empl oyee runs amok, Northern Territory Times and Gazette (D ecember 21, 1926) . https://en.wikipedia. org/wiki/L ist_ of_ postal_ killi ngs#cite_ note-1. D ilayari pada 4 S ept. 2015.

5

F uad Salleh ( 2015). Busi ness ethics and entrepreneurship education. S yarahan U mum di Sekolah T inggi Ilmu E konomi (S T IE ) A MM, Mataram, Nusa T enggara B arat, Indonesia pada 19 Ogos 2015.

6

A bd K arim A li, R oslan Mohd noor, F uad Salleh ( 2015) . K efahaman Islam di Malaysia. 7

(3)

seterusnya membawa kebaikan dan kesejahteraan kepada seluruh alam, bertepatan dengan maksud F irman A llah:

“K ami tidak mengutus engkau, Wahai Muhammad, melainkan sebagai

rahmat bagi seluruh manusia” (QS. A l A nbiya: 107)

Pengurusan dalam Islam mengambil kira semua komponen dalam alam ini yang saling mempunyai hubungan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Perkara ini tidak diberi perhatian dalam teori pengurusan B arat. T eori-teori B arat hanya mengambilkira perkara-perkara yang berkaitan dengan manusia dan organisasi sahaja tanpa melihat perkaitannya dengan alam. T eori B arat tidak menghubungkan manusia dengan alam.

Pengurusan perlu dilihat dan dinilai dari perspektif baru iaitu Islam dan ia perlu dilihat dan dinilai secra menyeluruh. Islam datang dengan membawa semua petunjuk yang mencakupi berbagai bidang yang mampu menghasilkan kehidupan aman dan makmur. Hanya kekuatan umat Islam yang rajin untuk menggali kembali ilmu Islam untuk dikongsi bersama akan dapat menyumbang kepada kepercayaan dan keyakinan masyarakat kepada kemampuan Islam untuk mentadbir dunia.

2.0 I slam dan Pemik ir an M asak ini 2.1 Pemik ir an

T elah banyak diperkatakan mengenai idea pengurusan oleh berbagai penulis. Sebahagiannya menulis mengenai prinsip pengurusan dalam Islam namun menggunakan pemikiran B arat. Mereka hanya mengubahsuainya sahaja lantas mengatakan ia datang dari Islam. Mungkin apa yang mereka tulis ada kebenarannya kerana keagungan Islam telah lama terpendam atau terpadam dengan berakhirnya K hilafah Islam terakhir iaitu K hilafah Othmaniah di T urki pada 3 Mac 1924 yang diusulkan oleh K amal A tartuk dengan dibantu oleh Y ahudi.8 Nilai-nilai kemanusiaan dan keadilan sejagat j uga turut terhakis dengan kejatuhan pemerintahan Islam. Islam telah mengalami zaman kemunduran kerana kealpaan penganutnya lantas pemikiran manusia didominasi oleh fahaman B arat.

Oleh itu apabila kita membincangkan pemikiran Islam, ia mestilah bermula dari A llah dan berakhir dengan A llah. Pemikiran Islam tidak boleh diletakkan setaraf dengan pemikiran B arat kerana pemikiran Islam jauh lebih tinggi daripada kesemua pemikiran ciptaan manusia. Setiap apa yang A llah jadikan semestinya mendatangkan kebaikan dan A llah akan memberi petunj uk kepada mereka yang mencari redhaNya sepertimana yang telah dinyatakan dalam kitab suci A l-Qur’an yang membawa maksud:

”Sesunggunya telah datang kepada kamu daripada Allah satu cahaya dan kitab yang terang. Dengannya Allah memberi petunjuk (memimpin) siapa yang mengikut keredhaanNya ke jalan perdamaian dan dikeluarkannya dari kegelapan kepada cahaya yang terang benderang dengan izinNya dan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.” (A l-Maidah: 15 – 16).

8

(4)

Pemikiran Islam ialah pemikiran yang didasarkan kepada pengertian abadi kehidupan selepas mati. Pemikiran Islam didasarkan kepada dasar yang datang dari A llah. Pemikiran Islam adalah satu pemikiran lengkap melingkungi segala bentuk sistem yang diperlukan oleh manusia untuk hidup sejahtera. C ontohnya Islam datang dengan konsep ekonomi sejagat yang mampu memberi keadilan kepada alam. Islam datang dengan konsep politik yang tidak menindas. Islam datang dengan konsep pengurusan yang menghubungkan manusia dengan alam dan penciptanya.

J ika diteliti pemikiran Islam, ia adalah menyeluruh dan meliputi semua bidang kehidupan dan ia membawa kebaikan berbanding pemikiran lain selain dari Islam. Untuk mencapai tujuan tersebut Islam telah mengaj ar penganutnya agar memulakan pemikiran dengan meletakkan keredhaan A llah sebagai matlamat akhir.

2.2 K eper cayaan

Sesuai dengan asas pemikiran yang didasarkan kepada kepercayaan dan keyakinan kepada kewujudan T uhan Y ang S atu (E sa) Y ang Maha B erkuasa untuk mentadbir seluruh alam ini, maka semua kerja buat pemikir dan ilmuan Islam adalah dan hendaklah didasarkan kepada keyakinan bahawa apa yang mereka perbuat bukan hanya akan dinilai oleh manusia dan makhluk di bumi malah j uga makhluk di langit. K esemua perbuatan dan amalan mreka akan dinilai dan akan mendapat balasan dari A llah dengan balasan yang seadil-adil dan penuh saksama.

K eyakinan dan kepercayaan ini adalah bersandarkan kepada F irman A llah yang bermaksud: “T idak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menghambakan diri

kepadaK u” (Adz-D zaariyaat: 56)

T egasnya, setiap jin dan manusia ini adalah dijadikan khusus untuk beribadah kepada A llah. E rtinya, apa saja yang dibuat oleh manusia, ia mesti merupakan ibadahnya atau pengabdiaan dirinya atau amal baktinya kepada A llah SW T . T idak kiralah sama ada usahanya itu berupa urusan dalam mencari rezeki, dalam membangunkan rumahtangga, dalam mengatur pendidikan anak-anak, dirinya atau pun keluarganya, dalam mengatur pergaulan masyarakat, dalam berekonomi, berjual beli, dalam berjuang dan berjihad dan dalam apa saja baik dalam tidur atau jaga atau dalam aktiviti makan minum kita seharian, semuanya mestilah menjadi ibadah kepada A llah.

Ini jelas A llah gambarkan dalam sepotong firmanNya yang lain dalam surah A li Imran ayat 191 yang bermaksud:

“Orang yang mengingati Allah sambil berdiri dan duduk dan dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata, `Ya T uhan kami, tiadalah E ngkau menciptakan ini dengan sia-sia belaka” 2.3 A malan

(5)

mengikut garis panduan yang diturunkan melalui A l-Qur’an dan A s-Sunnah, maka berlakulah kesalahan dan kesilapan yang mencacatkan Islam, sedangkan Islam tidak cacat.

Oleh kerana itulah Nabi Muhammad S A W telah berpesan dalam satu Hadith B aginda yang maksudnya:

“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang kepada kedua-duanya; K itab Allah (Al-Qur’an) dan Sunnahku.”

A kibat tidak mengikuti A l-Qur’an dan S unnah secara betul dan sepenuhnya maka umat Islam hari ini telah hilang kehebatannya, hilang maruah dan harga diri dan hilang hampir segala-galanya9. K epercayaan umat Islam kepada agama Islam semakin menipis dan menghilang. Ia tidak lagi menjadi asas amalan mereka lalu mereka hanyut dengan berbagai perkara mungkar yang semakin menghakis roh amalan Islam dalam diri mereka.

A llah telah berfirman di dalam al-Quran, surah al-B aqarah ayat 21 yang bermaksud: “Wahai sekelian manusia, sembahlah tuhanmu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang sebelum kamu agar kamu bertakwa.”

Seruan ini A llah tujukan kepada semua manusia tidak kira orang Islam, orang yang beriman, orang yang durhaka atau pun orang kafir. Pendek kata, setiap manusia adalah dikehendaki oleh A llah supaya menyembahNya. A da pun menyembah A llah itu bererti mengabdikan diri atau memberi baktinya kepada A llah SW T semata-mata.

Ibadah asas ialah ibadah utama dan penting. T ermasuk di dalamnya ialah keenam-enam rukun iman dan kelima-lima rukun Islam. Hukumnya fardhu ain yakni tiap-tiap orang wajib menyakini dan beramal dengannya. T anpa ibadah asas seseorang itu tidak beriman. Ibadah cabang atau ibadah furu’ ialah yang berkaitan dengan fardhailull `amal (amalan utama). Diantaranya seperti sembahyang dhuha, sembahyang witir, sembahyang tahajjud, zikir yang tertentu dan lain-lainnya.

Manakala ibadah umum termasuklah semua kegiatan hidup kita yang kita lakukan setiap hari. B ermula dari kita mengatur diri, anak isteri rumahtangga, kampung halaman hinggalah kepada soal-soal pendidikan, mengurustadbirkan universiti, ekonomi, masyarakat, politik, sehingga ke persoalan dalam dan luar negeri. K alaulah semua dapat kita aturkan sebagaimana yang A llah kehendaki maka ia akan jadi ibadah yakni kita akan diberi pahala. S ebaliknya kalau kita cuai mengatur hidup kita tidak mengikut syariat, maka rugilah kita.

Hakikatnya apa saja kerja yang kita lakukan untuk jadi ibadah, ia mesti menempuh lima syarat. A pabila setiap kerja kita, yang kita lakukan menepati kehendak kelima-lima syarat itu, maka ia akan diterima sebagai ibadah, sebagai amal bakti dan sebagai satu pengabdian diri kita kepada A llah SW T sekiranya memenuhi syarat berikut:

i- Niat mesti betul

ii- Perkara yang dibuat sah / halal ikut syariat iii- Perlaksanaan mesti betul.

iv- Natijah mesti betul 9

(6)

v- T idak meninggalkan perkara yang asas (ibadah asas).

Islam juga menyeru kita untuk melaksanakan semua pekerjaan kita dengan penuh kesungguhan dan mendapatkan natijah terbaik dalam apa jua pekerjaan soleh yang kita kerjakan.

“Sesungguhnya Allah menyukai pekerjaan hambaNya yang dilakukan dengan penuh kesungguhan.” (Riwayat Abu D aud)

J ika kita amati saranan ini, orang Islamlah yang sewajarnya kehadapan, lebih rajin dan lebih bersungguh-sungguh dalam melakukan pekerjaan mereka kerana di sana selain mendapatkan bahagiannya daripada kemakmuran dunia, ia juga adalah suatu amal yang disukai oleh A llah dan mendapat pahala apabila melakukannya. Sebaliknya apa yang dapat kita lihat, orang-orang bukan Islam walaupun tiadanya ikatan antara mereka dengan hari akhirat serta persoalan dosa dan pahala, namun mereka cukup rajin bekerja, rajin berusaha sehingga mampu untuk memakmurkan dunia ini dengan apa yang mereka kehendaki.

Oleh sebab itulah maka dalam menuntut ilmu, menyampaikan ilmu, mengurus tadbir institusi ilmu, termasuk juga berdakwah mengajak manusia kepada Islam atau apa-apa jua pekerjaan kita bahkan walau di mana jua bidang kerjaya yang kita ceburi, semuanya mestilah dipusatkan kepada mencari redha A llah. B erdasarkan pegangan ini maka setiap kerjabuat yang dilakukan umat Islam perlu bertanya, “Sejauh mana kita telah melaksanakan pekerjaan dan amal di dunia ini dengan sebaiknya, bahkan sejauh mana pula kita telah melakukan pekerjaan tersebut dengan bersungguh-sungguh, adakah ia dilakukan semata-mata kerana menyahut perintah A llah dan mengharapkan keredhaanNya? ”

3.0 O bj ek tif Syar iah (Maqasid Syari`ah)

Syariat Islam adalah hukum dan peraturan Islam yang mengatur seluruh sendi kehidupan

manusia, baik 'Muslim' mahupun 'belum Islam'. S elain hukum dan peraturan, S yariat Islam juga

adalah penyelesai masalah dalam seluruh kehidupan ini. K epada umat Islam, S yariat Islam

merupakan panduan terpenting dan menyeluruh serta sempurna bagi seluruh permasalahan

kehidupan manusia dan kehidupan dunia ini. F irman A llah s.w.t yang bermaksud:

“P ada keseluruhannya K ami jadikan engkau ( wahai Muhammad S.A.W dan utuskan

engkau) menjalankan satu jalan yang cukup lengkap dari hukum-hukum agama; Maka

turutlah akan jalan itu dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang

tidak mengetahui (perkara yang benar)”. (A l-J athiah: 18).

A yat ini menunjukkan bahawa A llah telah menjadikan untuk Nabi Muhammad S.A .W . dan

umatnya, jalan-jalan yang jelas nyata mengenai urusan agama.

Menurut Ibn 'A shur (1366H) Maqasid al-Shari'ah dalam konsepnya yang umum ialah

"pengertian dan rahsia yang dapat difahami daripada syariat Islam dalam keseluruhan atau

sebahagian besar proses pensyariatannya. Sementyara 'A lal al-F asyy (1966) pula menghuraikan

Maqasid al-Shari'ah sebagai tuj uan dan rahsia hukum yang ditentukan oleh syariat Islam.

Menurut ar-R aysuniyy (1995), secara mudahnya huraian-huraian Ibn 'A shur dan al-F asi ini

boleh diringkaskan sebagai "objektif yang ditentukan oleh syariat supaya dicapai bagi

(7)

Objektif S yari`ah ini telah dirangkumkan kepada lima elemen utama iaitu:

• Memelihara kesucian dan kepercayaan beragama

• Menjamin keselamatan nyawa dan anggota tubuh badan manusia

• Menjamin kemurnian fikiran dan kewarasan akal

• Menjamin kehormatan dan maruah diri

• Menjamin usaha pemilikan dan penguasaan harta

4.0 K eper luan k epada Pengur usan I slam

Umat Islam percaya kepada kebenaran Islam dan ketinggian pegangan hidup ini. Islam memiliki sandaran sejarah yang hebat dan meyakinkan. Namun semenjak dunia Islam mengalami kej umudan mulai kurun ke 12 dan umat Islam gagal menghasilkan sesuatu yang signifikan kepada kehidupan manusia sejagat, Islam terus dipandang remeh oleh masyarakat dunia hinggalah Islam kembali bangkit dalam kurun ke-20. K urun yang melihat bangkitnya Islam dengan perkembangan gerakan Islam dan kebangkitan ilmu Islam di seluruh dunia mula dilihat dan diberi perhatian oleh masyarakat dunia. Sistem K ewangan Islam telah mula diterima dan diamalkan oleh masyarakat Islam dan bukan Islam di T imur dan B arat.

Pendekatan Islam dalam pengurusan merupakan disiplin baru dalam pendidikan moden yang dirujuk sebagai pengurusan Islam. Ia melihat pengurusan organisasi dari perspektif pengetahuan yang bersumberkan wahyu iaitu A l-Qur’an dan Hadith yang menghasilkan pelaksanaan yang sejajar dengan kepercayaan dan amalan Islam.

M engapa Pengur usan I slam per lu diper k enalk an?

Pengurusan Islam perlu diperkenalkan kerana beberapa sebab berikut:

1. Satu proses untuk meletakkan Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap dan menyeluruh.

2. Memantapkan proses pencarian ilmu terutama dalam kalangan umat Islam.

3. Memantap kerangka berfikir umah agar ia bertunj ang kepada pemikiran Islam sebenar. 4. Membebaskan pemikiran umat manusia daripada pelbagai asas pemikiran serta teori

yang tidak sejajar dengan nilai dan prinsip kemanusiaan.

5. Memberi ruang penambah baikan kerana pendekatan konvensional mempunyai banyak kelemahan kerana seringkali memisahkan dia antara teori dengan nilai budaya setempat.

5.0 Sumber Pengetahuan P engur usan I slam

(8)

K edua-dua sumber ini kemudiannya dibahas dan dibincangkan oleh pakar-pakar ilmu Islam dengan tambahan sumber lain seperti ijma’ dan qiyas akhirnya membentuk asas hukum dikenali sebagai ilmu usul (Usuul) dan kaedah-kaedah fiqh ( Qawa’id). K edua-duanya bersama kaedah-kaedah khusus dalam ilmu Islam menjadi teras dalam membincangkan keseluruhan ilmu dalam Islam yang mencakup berbagai bidang termasuk pengabdian, pengurusan, pentadbiran, ekonomi, sosial dan perniagaan.

6.0 Pengaj ar an I lmu Pengur usan I slam

T erdapat banyak tuntutan dan cabaran baru yang perlu dihadapi oleh pengurus dalam era globalisasi sekarang ini. C abaran pengurusan pemanasan global, perlindungan alam sekitar dan pembangunan, hak asasi manusia, perhubungan tanpa sempadan, e-perdagangan, silang budaya, falsafah etika dan banyak lagi yang memerlukan kumpulan pengurusan mendalami etika dan tanggungjawab sosial dalam melakukan tugas harian.

T erlalu banyak teori dan falsafah etika yang diamalkan di seluruh dunia sekarang ini. A ntaranya seperti K antian philosophical traditions yang beranggapan bahawa individu (dan organisasi) mempunyai tanggungj awab berdasarkan kepada satu set teras prinsip moral yang melangkaui kepentingan diri yang sempit. A ntara beberapa falsafah yang diamalkan sekarang termasuk Aristotelian virtue ethics, Utilitarianis dan E astern Philosopfy10.

Para sarjana Islam perlu menunjukkan bagaimana pengurusan Islam mampu memperkenal asas etika dan tanggungj awabnya dengan mengambilkira fahaman-fahaman dan pegangan-pegangan B arat tanpa perlu bertembung dengan fahaman-fahaman berkenaan. K ita perlu menunj ukkan bahawa falsafah etika dalam Islam adalah yang terbaik dan paling lengkap. K ita juga perlu menunjukkan bahawa kesemua fahaman dalam falsafah B arat sudah terangkum dalam falsafah etika dan tanggungjawab Islam. S ebagai satu contoh konsep pengurusan Islam yang berteraskan `Ubudiyah, Masuliah dan Itqan11 (UMI) perlu diperjelaskan kepada pelajar yang tidak berpeluang mempelajarinya dalam kuliah-kuliah pengurusan konvensional.

K onsep `Ubudiyah yang menekankan tentang sifat manusia sebagai hamba kepada A llah. Oleh kerana itu setiap perbuatan dan pekerjaan seharian manusia hendaklah selari dengan syariat yang diturunkan oleh A llah. Ia berasaskan kepada keimanan dan ketaqwaan kepada A llah. Masuliah pula adalah prinsip berkaitan amanah dan tanggungjawab. Setiap perbuatan dan pekerjaan manusia adalah berkaitan dengan agama dan melibatkan soal dosa dan pahala.

Prinsip ini menekankan soal pelaksanaan tugas dengan penuh tanggungjawab dan akauntabiliti (W an Nik, 2013)12. Itqan pula ialah prinsip yang menekankan kepada akhlaq dan amalan soleh. Setiap manusia ini perlu bersungguh-sungguh, tekun dan memberi komitmen yang tinggi dalam

10

Merriam-W ebster D icti nory. http://www.merriam-webster.com/dictionary/kantiani sm 11

Nurhafilah Musa (2014). P enerapan K onsep Mas'uliyyah dan Amanah dalam P entadbiran Awam ke arah Bersih Rasuah - K aji an di Majlis P erbandaran K ota Bharu-Bandaraya Islam.

12

(9)

melaksanakan tugas. Ini akan melahirkan kualiti kerja yang baik dan cemerlang. Ia juga melibatkan soal keikhlasan, atau juga dipanggil kerja bermutu atau kita panggil ia sebagai itqan dan ini adalah dari ajaran Islam yang mana ajaran inilah yang akan menyelamatkan manusia di dunia dan di akhirat (Nik A ziz, 1995)13.

B anyak lagi konsep, prinsip dan asas mengenai pengurusan Islam yang perlu dipelajari. Namun hakikatnya terlalu sedikit ilmu pengurusan Islam ini dicurah dan diajar secara formal di institusi pengajian tinggi (IPT ) terutama kepada pelajar yang bukan dalam jurusan pengajian ilmu-ilmu Islam. S ementara dalam pengajian di fakulti Islam contohnya, pelajarnya pula tidak didedahkan kepada ilmu pengurusan. Perkara seperti ini amat mencacatkan perkembangan ilmu dan menyebabkan ilmu Islam hanya berlegar dalam lingkungan pelajar-pelaj ar jurusan agama yang menyebabkan keindahannya tidak dapat difahami dan dinikmati oleh pelajar lain di luar bidang pengajian Islam yang juga kurang didedahkan dengan ilmu pengajian berasaskan Islam.

Perkara seperti ini amat jelas dapat dilihat dan disahkan dengan pembentukan kurikulum untuk program-program pengajian pengurusan dan perniagaan j uga program-program pengajian agama di mana-mana IPT . Ilmu Islam terlalu sedikit yang di masukkan dalam kurikulum pengajian dan ilmu pengurusan moden pula amat terbatas (jika ada) dibincangkan dalam kelas-kelas pengajian ilmu-ilmu Islam.14

Dalam usaha kerajaan untuk memperkenal indeks syariah, negara menghadapi kesukaran untuk mengumpul mereka yang memiliki kepakaran dalam kedua-dua bidang sekaligus. A hli akademik yang punya kesedaran Islam yang mengkhusus dalam bidang pengurusan memiliki pengetahuan yang amat terbatas mengenai asas dan dasar-dasar pengurusan Islam. K urangnya bahan bacaan dalam pengurusan Islam juga menyukarkan ahli akademik dan pelajar menambah ilmu untuk memahami sistem dan ciri-ciri pengurusan Islam. J ikapun ada, mereka yang menulis buku-buku dan makalah-makalah atau artikel berkaitan pengurusan dalam Islam adalah terdiri daripada kalangan mereka yang menedapat pendidikan formal dalam kuliah-kuliah pengurusan konvensional. Mereka menggagahkan diri menulis makalah dan terbitan-terbitan ini dengan kemampuan yang amat terbatas. Namun amat dikhuatiri, pandanga-pandangan yang dilontarkan dalam penulisan adalah kurang tepat dengan kaedah ilmu Islam. K eadaan ini dirumitkan lagi dengan kurangnya wacana dan kritikan terhadap terbitan-terbitan ini oleh pakar dari kedua-dua bidang: pengajian Islam dan pengajian pengurusan.

7.0 K esimpulan

Satu usaha bersepadu perlu dilakukan dan kerajaan sendiri melalui K ementerian Pengajian T inggi perlu memahami kepentingan kesemua pelajar, Islam atau belum Islam, didedhkan kepada ilmu Islam dengan mempelajarinya secara formal di dalam kuliah-kuliah di IPT . Ini penting untuk memastikan Malaysia tidak ketandusan pakar atau sekurang-kurangnya graduan yang memahami ilmu pengurusan dari sisi Islam. Perlunya pakar dan mereka yang

13

Nik A bdul A ziz Ni k Mat, (1995) . Islam Boleh. K elantan: Maahad ad-D akwah W al-Imamah. 14

(10)

berpengetahuan untuk membantu kerajaan menyediakan tenaga pakar untuk menyokong usaha memastikan Malaysia menjadi hub kewangan dan perbankan Islam, hub halal dan segala yang berkaitan dengan Islam dan ilmu Islam.

K PT boleh menyediakan garis panduan agar kurikulum pengajian di F akulti Pengurusan, E konomi atau Perniagaan memasukkan kursus Pengurusan Islam dan pengajian mengenai ilmu Islam sementara di F akulti Pengajian Islam pula ditambah dengan kursus pengurusan dan perniagaan. Selain dari itu seminar, wacana dan perbincangan antara fakulti-fakulti yang berbeza oriantasinya dilakukan secara lebih kerap. Ini untuk membolehkan fakulti-fakulti ini saling berhubung dan menyediakan ruang lebih terbuka untuk melakukan asimilasi bagi mengisi lompong yang ada sekarang kerana perbezaan oriantasi.

(11)

R ujukan

A bd K arim A li, R oslan, M. Noor dan F uad S alleh (2015). K efahaman Islam Semasa D i Malaysia, Realiti dan C abaran. Shah A lam: Persatuan Ulamak Malaysia.

A li Muhammad A sh-Shalabi. T erjemahan Samson R ahman MA (2003). Bangkit D an Runtuhnya K hilafah Utsmaniyyah. C etakan Pertama. Indonesia: Pustaka A l-K ausar.

al-F asyy,' A lal. (1966). Maqasidal-Shari'ah al-lslamiyyah wa makarimuha. D ar al-Bayda':

Maktabat al-W ihdah al-'A rabiyyah.

A l-R aysuniyy, A hmad (1995). Nazariyyat al-Maqasid 'ind al-Shatibiyy. E d. 4. R iyad : al-Dar

al-'A lamiyyah li al-K itab al-'A rabiyy.

F uad Salleh (2015). Business ethics and entrepreneurship education. Syarahan Umum di Sekolah T inggi Ilmu E konomi (ST IE ) A MM, Mataram, Nusa T enggara B arat, Indonesia pada 19 Ogos 2015.

J ainuri, A chmad. (1995) “L andasan T eologis Gerakan Pembaruan Islam”, dalam J urnal Ulumul Qur’an, No. 3. V ol. V I, T ahun 1995.

K haled A bou E l F adl (2005). Selamatkan Islam dari Muslim Puritan. J akarta: PT Serambi Ilmu Semesta.

Merriam-W ebster Dictinory. http://www.merriam-webster.com/dictionary/kantianism. D ilayari 5 Sept. 2015.

Nik A bdul A ziz Nik Mat, (1995). Islam Boleh. K elantan: Maahad ad-D akwah W al-Imamah. Nurhafilah Musa (2014). P enerapan K onsep Mas'uliyyah dan Amanah dalam Pentadbiran

Awam ke arah Bersih Rasuah - K ajian di Majlis Perbandaran K ota Bharu-Bandaraya Islam.

Postal employee runs amok, Northern Territory Times and Gazette (D ecember 21, 1926). https://en.wikipedia. org/wiki/L ist_ of_ postal_ killings#cite_ note-1. D ilayari pada 4 Sept. 2015.

Pusat A l Qur'an Indonesia ( 2014). K isah Sedih D ari K halifah T erakhir Umat Islam. http: //www.pusatalquran.com/2014/04/kisah-sedih-dari-khalifah-terakhir-umat.html. D ilayari 5 Sept. 2015.

Stenhouse , P. (2008). What was and what might have been The "Golden Age" of Harun Al-Rashid. C hevalier Press.

W an Nik W an Y usof (2013). D ua dekad K elantan bersih, beramanah. http://www.detikdaily.net/v6/modules. php? name=News& file=print& sid=18929

Referensi

Dokumen terkait

Karena nilai t hitung lebih besar dari t tabel dengan alpha 5% yaitu 1,96 maka artimya Bentuk keuangan memiliki pengaruh yang signifikan terhadap IndependensiUKM

Pengadaan ini dilaksanakan secara elektronik, dengan mengakses aplikasi Sistem Pengadaan Secara Elektronik (SPSE) pada alamatwebsite LPSE : lpse.kemenag.go.id. Jadwal

Untuk mengatasi kenakalan yang terjadi di SMAN 1 Ngadirojo, guru agama melakukan berbagai upaya baik yang dilakukan dalam kegiatan pem- belajaran maupun di luar

Konsep pemikiran yang digunakan yaitu pelanggan PDAM Tirta Lawu Kabupaten Karanganyar akan memberikan tanggapan terhadap kualitas pelayanan pada tingkat harapan dan

Hasil: Bina Keluarga Lansia (BKL) ini efektif dilihat dari hasil wawancara 6 BKL yang setiap BKL diambil 2 kader, 2 keluarga lansia dan 2 lansia tentang keberhasilan

Through the main character in the novel, Margaret Hale, the writer wants to study deeply the influences of family and environment people on Margaret’s personality development..

Akuifer ditemukan pada sumur uj1 yaitu W5, W3, dan W4.. Terdapat empat satuan geomorfologi yang dihitung dari permukaan. Akuifer ini termasuk.;ents dan batubara. Umur

EFL students’ attitudes towards learning English language: The case of libyan secondary school students. The effect of cooperative integrated reading and