• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGENALAN KANDUNGAN HASIL PEMBELAJARAN CTU263 9/11/2013 CTU 263 ISLAM DAN PENGURUSAN. Maruwiah Ahmat 1

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PENGENALAN KANDUNGAN HASIL PEMBELAJARAN CTU263 9/11/2013 CTU 263 ISLAM DAN PENGURUSAN. Maruwiah Ahmat 1"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

Maruwiah Ahmat CTU 263 ISLAM DAN PENGURUSAN

PENGENALAN

2

HASIL PEMBELAJARAN

• Menerangkan kegunaan kaedah fiqh dalam pengurusan Islam

KANDUNGAN

5 Aplikasi Kaedah Fiq dalam

Pengurusan 5.1 Definisi Kaedah Fiqh 5.2 Kepentingan Kaedah Fiqh 5.3 Kaedah Fiqh Asas

5.3.1 Setiap amal bergantung kepada tujuannya 5.3.2 Kesukaran membawa kemudahan 5.3.3 Kemudaratan dihilangkan

5.3.4 Keyakinan tidak luput oleh keraguan

(2)

3

 Salah satu ciri yang istimewa dalam syariah Islam ialah ia

fleksibel dan sesuai dengan setiap zaman. Syariah Islam tidak jumud atau beku seperti yang difikirkan oleh segelintir orang. Hukum-hakam Islam tidak hanya terikat kepada nas-nas secara tekstual, literal dan zahir tetapi harus

diselaraskan dengan prinsip dan kaedah fiqh bagi mendepani permasalahan umat dan peredaran zaman.

 Islam bukan agama bersifat ritual semata-mata tetapi

merangkumi persoalan urusan kemasyarakatan seperti kekeluargaan, pendidikan, ekonomi (iktisad), perundangan (nizam), jihad dan pemerintahan (siasah) yang mana mesti diurus dengan penuh kebijaksanaan.

Pengenalan

4

 Cabaran zaman dengan kemajuan teknologi, sistem ekonomi

yang kompleks, urusan manusia yang makin rencam menyebabkan pelbagai permasalahan baharu timbul.

 Untuk itu, para ulama perlu menguasai pelbagai bidang ilmu

fiqh dengan lebih meluas untuk memenuhi keperluan umat seperti fiqh perbandingan, fiqh awlawiyyat, fiqh kenegaraan, fiqh ekonomi dan sebagainya.

 Para ulama mazhab telah banyak membicarakan perkara

seperti ini.

 Antara mazhab yang begitu luas mengambil kira

kaedah-kaedah fiqh dalam ijtihadnya ialah mazhab Imam Abu Hanifah dan as-Syafi’i.

(3)

5

Mengaplikasikan kaedah-kaedah fiqh bukan

bermakna mengetepikan nnas Al-Quran dan

as-Sunnah tetapi sebaliknya untuk mengurus dan

memandu urusan agama dan urusan manusia agar

diselaraskan dengan keadaan dan masa demi

kemaslahatan umat itu sendiri dan mencapai tujuan

syariah (maqasid syariah).

Pengenalan

6

Dari Segi Bahasa

Kaedah fiqh (Qawaid Fiqhiyah) menurut pengertian

bahasa ia mengandungi dua kalimah; kalimah

pertama berasal daripada bahasa Arab iaitu

qa’idah

(qawaid) yang membawa maksud asas

sesuatu dan asalnya.

Manakala kalimah kedua ialah perkataan

fiqhiyyah

berasal daripada perkataan

fiqh

yang mana ia

membawa maksud ‘al-fahmu’ iaitu suatu kefahaman.

(4)

7

Dari Segi Istilah

Para ulama mentakrifkan kaedah fiqh dengan pelbagai takrif namun para penyelidik mendapati bahawa ia mengandungi maksud yang sama namun diungkapkan dalam pelbagai susunan bahasa. Antara takrif yang kerap diutarakan dalam memahami kaedah fiqh ialah prinsip-prinsip fiqh yang bersifat umum dalam bentuk nas pendek yang berbentuk hukum umum yang sesuai dengan bahagian-bahagiannya.

Selain daripada itu, kaedah fiqh juga ditakrifkan sebagai asas-asas atau prinsip-prinsip fiqh yang bersifat menyeluruh dalam bentuk nas-nas dan teks-teks perundangan yang ringkas yang merangkumi hukum-hukum yang disyariatkan secara umum mengenai atau tentang perkara-perkara yang tergolong di dalam lingkungannya.

5.1 Definisi Kaedah Fiqh

8

Sebahagian ulama’ pula mentakrifkan kaedah fiqh

sebagai kaedah-kaedah hukum yang bersifat umum

yang diambil daripada dalil-dalil Al-Quran dan

al-Sunnah yang mana ia menjadi asas kepada

kaedah-kaedah yang sekali gus dapat disesuaikan dengan

banyak juziyyah atau cabang-cabang perbahasan

dalam ilmu fiqh.

Sebagai kesimpulannya, kaedah fiqh ialah suatu

kaedah dalam undang-undang Islam yang disusun oleh

para ulama untuk menjadi asas untuk memahami dan

mengembangkan fiqh Islam tentang kaedah-kaedah

hukum.

(5)

Ringkasnya ia adalah kaedah umum yang meliputi

seluruh cabang masalah fiqh.

Ia menjadi panduan untuk menetapkan hukum sama

ada ke atas perkara/perbuatan yang telah

ditunjukkan nas yang jelas mahupun yang belum ada

nas sama sekali.

Terdapat dua kaedah induk:

(a)

Menolak segala yang merosakkan

(b)

Menarik segala yang baik

5.1 Definisi Kaedah Fiqh

10

Antara kepentingan qawaid fiqhiyyah ialah:

(1) Menyatukan permasalahan dan menyederhanakan fiqh

Islam kerana banyak persoalan furu’ yang biasa

dikumpulkan dalam satu kaedah sahaja.

(2) Mempelajari ilmu ini dapat membantu dan menjaga

serta mengikat banyak masalah yang hampir sama

dalam hal kaedah yang sama boleh digunakan.

(3) Mendidik para peniliti untuk menguasai

masalah-masalah fiqh dan menjadikannya mampu

menyimpulkan hukum-hukum yang tidak tertulis dalam

kitab-kitab fiqh sesuai dengan kaedah mazhab

masing-masing.

(6)

11

(4) Mempermudahkan para peneliti untuk mencari

bahagian-bahgian dari hukum serta

mengeluarkannya dari pelbagai aneka ragam,

kemudian membatasinya dalam satu topik

dengan memperhatikan pengecualian pada

tiap-tiap kaedah.

(5) Mengikat hukum-hukum yang banyak dengan

satu ikatan sahaja menunjukkan bahawa hukum

itu bertujuan menunjukkan kemaslahatan.

5.2 Kepentingan Kaedah Fiqh

12

Pembahagian Kaedah Fiqh

5.3 Kaedah Fiqh Asas

Setiap perkara berdasarkan niat Keyakinan tidak boleh dihilangkan oleh keraguan Kemudharatan mesti dihindarkan Kesusahan Membawa Adat Menentukan Hukum اهدصاقمب روملأا ) ) كشلاب لازي لا نيقيلا ) لازي ررضلا ) ) ةداعلا ةمكحم ) ) ريسيتلا بلجت ةقشملا ) )

(7)

5.3 Kaedah Fiqh Asas

13

Setiap Perkara Berdasarkan Niat

Berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

“Sesungguhnya setiap pekerjaan diambil kira dengan

niat dan sesungguhnya setiap orang dikira apa yang

diniatkan.” (Riwayat Bukhari)

Oleh itu pengurusan dan pentadbiran yang dilakukan

oleh ahli organisasi mestilah dengan niat yang selari

atau tidak bercanggah dengan hukum Islam/syariat.

Keyakinan Tidak Dihilangkan oleh Keraguan  Sabda Rassulullah SAW:

“Apabila seseorang daripada berasa ada sesuatu di dalam perutnya lalu timbul keraguan, adakah keluar seesuatu atau tidak darinya, janganlah dia keluar dari masjid sehingga dia mendengar bunyi atau menghidu bau.” (Riwayat Bukhari)

 Kaedah tambahan:

(a) Asas sesuatu tiada

(b) Asal sesuatu itu adalah harus sehingga ada dalil yang menunjukkan ia haram.

Contoh: Penggunaan binatang/tanaman dalam penghasilan produk yang tidak jelas dalil pengharamannya adalah halal.

14

(8)

15

Kemudharatan Mesti Dihindarkan

Berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

“Tidak berlaku mudharat dan tidak boleh memudharatkan.”

Contoh: - perkara yang boleh membawa kemudharatan

hendaklah dihindarkan seperti pembinaan kilang arak.

Kaedah tambahan:

Menghindarkan kemudharatan lebih utama dari mendapat

kebajikan.

Contoh: Keputusan tidak membina empangan yang

berhampiran dengan banyak kawasan kampung kerana

akan membawa kemudharatan besar berbanding

manfaat.

5.3 Kaedah Fiqh Asas

16

5.3 Kaedah Fiqh Asas

Kesusahan Membawa Kemudahan

Berdasarkan firman Allah SWT:

“Allah mengkehendaki kamu mudah dan Dia tidak

mengkehendaki kamu susah.” (Surah al-Baqarah: 185)

Kesusahan terdiri dari sebab musafir, sakit, dipaksa,

lupa, jahil dan tidak dapat dielakkan daripada

berlaku.

(9)

17

Kaedah tambahan:

1.

Darurat mengharuskan perkara yang dilarang.

Contoh: - makanan dan minuman yang

diharamkan menjadi harus untuk menahan

kebuluran dan dahaga.

2.

Keperluan tertentu dikira darurat sama ada untuk

umum atau khusus.

Contoh: - diharuskan kajian mengenai nuklear

sedangkan ia boleh membawa kemudaratan yang

lebih besar kepada umum.

5.3 Kaedah Fiqh Asas

18

Contoh lain:

Dibolehkan untuk memasarkan produk dari unsur haram

seperti ubat dari gelatin khinzir sekiranya ia merupakan

satu-satunya ubat untuk mengubati sesuatu penyakit.

(10)

19

Adat Menentukan Hukum

Berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

“Apa yang difikirkan oleh orang Islam baik, maka ia adalah

baik di sisi Allah SWT.”

Contoh: Penentuan had umur baligh perempuan dan lelaki

berbeza dari setiap negara. Jadi begitu juga

kelayakan/umur seseorang untuk menjawat sesuatu

pekerjaan adalah berbeza bagi sesebuah negara.

Contoh: Wakil syarikat yang dihantar ke luar negara

harus mentaati adat istiadat negara tersebut selagi tidak

bercanggah dengan syariat Islam.

5.3 Kaedah Fiqh Asas

20

Kesimpulan

5 Qawaid Fiqhiyah tersebut dapat membantu

membentuk atau melahirkan sesebuah pengurusan

yang berkualiti serta tidak bercanggah dengan

syariat Islam demi mendapat keberkatan dan

keredhaan Ilahi.

Aplikasi kaedah fiqh dalam pengurusan juga

memudahkan seseorang pengurus dalam mengurus

sesebuah organisasi agar tidak bercanggah dengan

syariat Islam.

(11)

21

1. Nota kuliah/slide Ustzh Nadiyah Hashim, ACIS, Kota Samarahan, Sarawak. 2. http://zahien.blogspot.com/2006/09/pengurusan-dalam-islam.html (18/7/2013) 3. http://lebaiyusri.blogspot.com/2008/10/kaedah-fiqh-dalam-pasaran-modal-islam.html (8/9/2013) 4. http://nasbunnuraini.wordpress.com/2010/11/23/kepenting an-kaedah-kaedah-fiqh/ (8/9/2013)

Rujukan

Referensi

Dokumen terkait