• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGENALAN KANDUNGAN HASIL PEMBELAJARAN CTU263 8/29/2013 CTU 263 ISLAM DAN PENGURUSAN. Maruwiah Ahmat 1

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PENGENALAN KANDUNGAN HASIL PEMBELAJARAN CTU263 8/29/2013 CTU 263 ISLAM DAN PENGURUSAN. Maruwiah Ahmat 1"

Copied!
25
0
0

Teks penuh

(1)

1

Maruwiah Ahmat CTU 263 ISLAM DAN PENGURUSAN

PENGENALAN

2

HASIL PEMBELAJARAN

• Menjelaskan definisi, fungsi dan metod komunikasi menurut Al-Quran.

KANDUNGAN

4. Komunikasi dalam Pengurusan Islam 4.1 Definisi Komunikasi 4.2 Fungsi Komunikasi 4.3 Metod Komunikasi menurut Al-Quran 4.4 Nilai dan Etika

Komunikasi 4.5 Halangan dalam

(2)

PENGENALAN

3

 Komunikasi memainkan peranan dalam perjalanan kehidupan setiap

makhluk Allah yang ada di muka bumi ini. Ia adalah asas dalam kehidupan seseorang manusia. Dalam aspek pekerjaan dan perniagaan, komunikasi menjadi nadi yang menentukan kejayaan dan kegagalan sesebuah operasi atau perancangan.

 Sebagai alat untuk menyampaikan maksud serta maklumat kepada

setiap individu, masyarakat mahupun organisasi. Kegagalan untuk menyampaikan maklumat atau maksud yang sebenar-benarnya boleh menyebabkan salah faham dan seterusnya krisis yang tidak diingini.

 Oleh itu setiap inidividu atau pekerja dalam sesebuah organisasi

dari semua peringkat perlu mengamalkan kaedah atau sistem komunikasi yang berkesan.

Komunikasi dari segi bahasa berasal dari perkataan

“communicate” yang bermaksud

penyertaan atau

pemberitahuan

. Oleh yang demikian, perkataan

komunikasi menekankan kegiatan seseorang individu atau

kelompok atau sifat ingin mempengaruhi orang lain.

Menurut Kamus Dewan (2002), komunikasi ialah

perhubungan (secara langsung atau perantaraan surat,

radio, telefon dan lain-lain); mengadakan perhubungan

(bercakap, berbincang, bertukar-tukar pendapat dan

4

(3)

5

Menurut Sillars (1988) dalam Succes in Communication:

“Komunikasi adalah penghantaran, penerimaan atau

pertukaran maklumat, pendapat atau idea dengan

tulisan, percakapan atau imej visual (atau mana-mana

kombinasi ketiga-tiga unsur tersebut) supaya bahan

yang dikomunikasikan difahami dengan jelas oleh

sesiapa yang terlibat.”

Menurut The American Heritage Dictionary (1991),

komunikasi bermaksud proses pertukaran pemikiran,

mesej, dan maklumat melalui ucapan, isyarat, tanda

atau penulisan.

4.1 Definisi Komunikasi

6

Trenholm dan Jensen (1991) telah mendefinisikan

komunikasi sebagai proses untuk menghantar

maklumat, idea, perasaan, kemahiran dan lain-lain

dari penyampai kepada penerima melalui saluran

tertentu.

Kesimpulannya, komunikasi ialah satu proses

perpindahan maklumat, perasaan, idea dan

fikiran seseorang individu kepada

individu/sekumpulan individu yang lain.

4.1 Definisi Komunikasi

(4)

7

Unsur-unsur komunikasi

4.1 Definisi Komunikasi

penyampai saluran penerima mesej maklum balas 8

Jenis Komunikasi

4.2 Fungsi Komunikasi

• Komunikasi lisan satu proses komunikasi yang melibatkan suara.

• Berkomunikasi secara lisan lebih menitik beratkan kepada nada suara, bahasa yang digunakan, kefasihan sebutan dan kelancaran perkataan yang digunakan.

Komunikasi Lisan

• Komunikasi jenis ini tidak melibatkan suara. Prosesnya adalah secara bertulis, bercetak ataupun melalui penggunaan isyarat, simbol dan pergerakan lain-lain anggota badan.

Komunikasi bukan lisan

• Secara amnya media dan saluran adalah benda yang sama kerana kedua-duanya membawa atau mengandungi mesej untuk disampaikan daripada pihak sumber atau pengeluar kepada pihak penerima.

• Dalam konteks penulisan media ditakrifkan sebagai alat atau bahan yang mempunyai mesej, maklumat atau pengetahuan yang terbit atau dikeluarkan oleh pihak tertentu bagi

(5)

9

Tujuan Komunikasi Islam

1. Memberitahu.

- memaklumkan kepada seseorang atau sesebuah masyarakat tentang ajaran-ajaran yang terkandung dalam Al-Quran dan as-Sunnah iaitu pada umumnya perkara-perkara yang berkaitan dengan akidah, syariah dan akhlak.

- menghebahkan kepada umat manusia tentang Islam adalah agama yang membawa rahmat kepada dunia.

2. Menerangkan.

- memberi penjelasan tentang ajaran-ajaran agama secara terperinci mengenai ajaran-ajaran Al-Quran dan as-Sunnah supaya ia difahami oleh semua golongan masyarakat dan mudah untuk dilaksanakan dalam kehidupan seharian kita.

4.2 Fungsi Komunikasi

10

3.

Memberi kefahaman

.

- perjelaskan tentang ajaran Islam agar ia boleh

difahami oleh umat Islam.

4.

Memberi ilmu.

- Komunikasi Islam atau juga disebut komunikasi

dakwah sangat diperlukan untuk menyampaikan

pelbagai ilmu pengetahuan yang terkandung dalam

ajaran Islam. Ilmu-ilmu tersebut terdiri daripada ilmu

wahyu atau naqli dan juga ilmu-ilmu aqli (pemikiran).

4.2 Fungsi Komunikasi

(6)

11

5. Memberi petunjuk.

- Komunikasi Islam ini penting untuk mengajar individu dalam masyarakat tentang bagaimana cara-cara yang perlu dilakukan oleh umat Islam dalam melaksanakan ajaran Al-Quran dan as-Sunnah. Memberi petunjuk di sini bermaksud memberi panduan atau mengarahkan jalan kehidupan yang benar dan diredhai Allah SWT.

6. Menyeru kepada kebajikan.

- Komunikasi Islam juga merupakan komunikasi dakwah yang sangat penting, dalam hal ini ia membantu menangani masalah kemiskinan, pendidikan, kesihatan dan lain-lain. Antara kaedah dakwah ialah melalui lisan, selain perbuatan.

4.2 Fungsi Komunikasi

12

7. Menguruskan pemerintahan.

- Melalui komunikasi Islam ini membantu hubungan dua hala menjadi baik dan menjadikan negara kita lebih makmur.

8. Memberi hikmah.

- hikmah ialah kebijaksanaan atau suatu kebenaran.

- tindakan yang hikmah dapat membentuk masyarakat pada hari ini lebih persefahaman antara satu sama lain.

(7)

13

9.

Menyampaikan khabar gembira dan peringatan.

- khabar gambira bererti berita-berita dari

Al-Quran dan as-Sunnah tentang:

balasan syurga kepada umat yang patuh kepada

ajaran Islam.

pahala yang berlipat ganda kepada orang yang

beribadah di bulan dan di hari mulia.

kesediaan Allah untuk mengampuni dosa umatnya yang

bertaubat dengan taubat nasuha.

kenikmatan yang dialami oleh penghuni syurga.

kelebihan mati syahid dan lain-lain lagi.

4.2 Fungsi Komunikasi

14

yang dimaksudkan memberi peringatan ialah perkara yang

merupakan amaran dari Allah SWT terhadap umat yang lalai dam melanggar ajaran-ajaran Islam.

 balasan azab neraka kepada orang yang melanggar

hukum-hukum agama.

 azab kubur dan seksaan Mahsyar terhadap orang yang mati

dengan membawa dosa.

 kutukkan Allah terhadap orang yang melakukan kezaliman di

atas muka bumi.

 ditimpa bencana terhadap kaum atau masyarakat manusia

yang membuat kerosakan di muka bumi ini.

Tujuan pengkhabaran perkara-perkara tersebut terhadap umat manusia adalah untuk mendorong manusia supaya selalu

melakukan kebaikan dalam hidup dan cuba kawal diri untuk melakukan perkara yang tidak diredha Allah.

(8)

15

4.2 Fungsi Komunikasi

Tujuan Komunikasi dalam Organisasi Islam

1. Saling Faham Memahami

Majikan dan pekerja berkomunikasi kerana ada beberapa tujuan yang hendak dicapai. Kadangkala mereka berkomunikasi untuk memahami keadaan yang berlaku di sekeliling mereka. Sama ada yang berkait dengan tugas, bidang kerja, gaji, ganjaran dan sebagainya.

2. Menjalin Hubungan.

Sebagai majikan yang mempunyai ilmu berkomunikasi yang baik, pasti mereka dapat mendekati para pekerja mereka dengan baik. Perkara ini akan menyebabkan kedua-dua pihak merasa dihargai dan dihormati.

16

4.2 Fungsi Komunikasi

3.

Mempengaruhi.

Perbuatan berkomunikasi juga berkait rapat dengan

perbuatan cuba mempengaruhi fikiran, perasaan,

tingkah laku orang lain

4.

Membantu.

Seorang majikan akan memberitahu tentang

tugas-tugas yang perlu dilakukan oleh pekerjanya.

(9)

17

Adab Berkomunikasi dalam Islam untuk

Individu

Sentiasa senyum dan elakkan bermasam muka atau

bermuram. Bercakaplah dengan lembut dan jangan

meninggikan suara.

Jika ketawa, ketawalah

secara bersederhana dan

bukan berdekah-dekah.

4.3 Metod Komunikasi Islam

18

Jika anda bercakap dengan orang yang

sedang berdiri maka berdirilah sama, jika

tidak, jemputlah ia untuk duduk. Sebaik

mungkin, anda duduk setelah orang itu

duduk.

Jadilah orang yang pertama menyapa

dengan memberi salam melainkan sekiranya

anda sedang duduk atau berada dalam

kumpulan.

Jawablah salam dengan penuh dan bukan

sebahagian sahaja. Jawablah dengan

penuh keceriaan.

(10)

19

Apabila seseorang itu bercakap

dengan anda, berikan perhatian

sepenuhnya.

Apabila berbicara dengan jantina

sejenis anda, pandanglah mukanya

ketika ia sedang berbicara.

Sebutlah sedikit sahaja mengenai diri

anda dan hindarkan percakapan

yang menyakitkan hati seseorang

walaupun ia benar. Sekira perlu maka

susun ayat anda supaya ia tidak

menyakitkan hati si pendengar

4.3 Metod Komunikasi Islam

20

Belajarlah untuk memberi pujian

kepada orang yang anda sedang

bercakap dan doakan kerahmatan

Allah kepadanya semasa perbualan.

Jaga penampilan anda, sentiasa

dalam keadaan tengak dan bukan

membongkok atau menyandar.

Apabila menguap atau bersin, tutup

mulut anda dengan sesuatu atau

dengan tangan.

(11)

21

Organisasi

Semakan Ketepatan Fakta

Sebelum sesuatu maklumat itu disampaikan, pastikan maklumat tersebut mempunyai fakta yang

tepat. Oleh itu, setiap fakta yang diterima dan yang hendak di sampaikan hendaklah ditapis, disaring dan disahkan kebenarannya sebelum disampaikan kepada orang lain. Elakkan dari menyebarkan maklumat-maklumat yang masih spekulatif atau semata-mata sangkaan.

4.3 Metod Komunikasi Islam

22

Pilih Maklumat yang Sesuai Dengan Penerima yang

Sesuai

Pilihlah maklumat yang hendak disampaikan. Ketepatan memilih maklumat berasaskan fungsi atau kedudukan sipenerima maklumat. Maklumat yang tepat, jika diberikan kepada penerima yang tidak sepatutnya, boleh

menyebabkan kesilapan atau krisis.

Kekuatan Bahasa dan Kepetahan Berbicara

Sebagai pengurus yang baik, anda wajar melatih diri supaya anda petah berkata-kata bagi menyampaikan sesuatu maklumat. Sekiranya anda tidak mampu maka anda perlu melantik jurucakap yang petah berkata-kata.

(12)

23

Hikmah Dalam Komunikasi

Berbicaralah dengan penuh hikmah kerana ia mampu untuk mengelakkan konflik antara dua pihak. Berbicara dengan penuh hikmah dapat memberi pengajaran yang baik kepada mereka yang sealiran dengan kita, malah berbincang dan berbahas dengan baik

merupakan cara terbaik bagi mengatasi konflik. Konflik tidak boleh dibiarkan berlalu tetapi perlu diselesaikan dengan cara komunikasi yang berhemah.

4.3 Metod Komunikasi Islam

24

 Prinsip Taqwa

 Takwa bererti sentiasa mengambil langkah berhati-hati dalam melalukan sesuatu perkara dengan mengelakkan diri daripada dosa dan sifat tercela. Dalam organisasi sudah tentu terdapat pelbagai bangsa, kaum, budaya dan ragam manusia. Sistem komunikasi yang berjaya ialah dengan menggunakan pelbagai saluran, saluran rasmi dan saluran tidak rasmi, namun, krisis sering terjadi apabila saluran komunikasi tidak rasmi tidak dikawal dengan nilai dan etika. Nilai dan etika yang digariskan oleh manusia, tidak mampu dikawal sepenuhnya. Oleh itu prinsip taqwa amat penting dalam

berkomunikasi kerana dengan adanya taqwa manusia akan menjaga batas-batas komunikasi mereka secara lebih berkesan. Takwa juga menjadikan seseorang itu sentiasa manjauhi sifat buruk sangka terhadap orang lain.

(13)

25

Bentuk-bentuk komunikasi yang dianjurkan oleh Islam

KOMUNIKASI ANTARA HAMBA DENGAN ALLAH S.W.T.

1. Berdoa

Firman Allah s.w.t :

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul.

(Al-Baqarah:186)

4.3 Metod Komunikasi Islam

26

4.3 Metod Komunikasi Islam

2. Solat

Solat adalah asas komunikasi antara

hamba dengan Allah s.w.t. Ini kerana

amalan solat adalah perintah yang

diambil sendiri oleh Rasulullah s.a.w

daripada Allah s.w.t.

Selain itu solat merupakan tiang agama

dan menjadi ukuran antara muslim dan

kafir. Manakala apabila dibangkitkan

semula amalan solat akan ditanya dahulu

kemudian disusuli amalan lain.

(14)

27

3. Zikir

Zikir adalah komunikasi yang unggul.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

(Iaitu) orang yang menyebut dan mengingati Allah

semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka

berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan

tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata):

Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan

benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka

peliharalah kami dari azab neraka (Ali Imran: 191).

4.3 Metod Komunikasi Islam

28

4. Melakukan ibadah

 Perlaksaan ibadah melalui perbuatan sebagai lambang

komunikasi Muslim.

 Firman Allah SWT yang bermaksud:

Pada waktu itu Kami meterikan mulut mereka dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing) dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan. (Yaasin: 65)

4.3 Metod Komunikasi Islam

(15)

29

KOMUNIKASI SESAMA MANUSIA/ HAMBA1. Komunikasi Dengan Ibu bapa.

 Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu

bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan) (Luqman: 3).

4.3 Metod Komunikasi Islam

30

2.

Komunikasi dengan rakan sebaya.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu

dalam kerugian; kecuali orang yang

beriman dan beramal soleh dan mereka

pula berpesan-pesan dengan kebenaran

serta berpesan-pesan dengan sabar.

(Al-Asr: 1-3 ).

(16)

3.

Komunikasi dengan Jiran Tetangga.

Nabi s.a.w telah bersabda: Tidak

sempurna iman seseorang itu,

sebelum dia mengasihi saudaranya

atau baginda bersabda: Sebelum

dia kasihkan jiran tetangganya,

sebagaimana dia kasihkan dirinya

sendiri.

31

4.3 Metod Komunikasi Islam

4. Komunikasi dengan Pemimpin

32

4.3 Metod Komunikasi Islam

Sabda Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya kebenaran itu membawa kebaikan, dan kebaikan itu membawa kepada syurga. Dan sesungguhnya seseorang itu akan berkata benar

sehingga dia ditulis di sisi Allah sebagai orang yang berkata benar.

Sesungguhnya dusta itu membawa kepada kedurjanaan, dan kedurjanaan membawa kepada neraka.

Sesungguhnya seseorang itu akan berkata dusta hingga dia ditulis di sisi Allah sebagai pendusta.

(17)

33

5. Komunikasi Dengan Staff/Rakyat

 Semua ketua bertanggungjawab kepada setiap rakyat yang

bernaung di bawah pentadbirannya. Maka setiap ketua hendaklah menjalankan peranan tersebut.

 Dalam memberi arahan kepada staf bawahan ataupun

berhubungan dengan unit, atau bahagian atau jabatan ketua juga harus berhubung dengan pihak luar atau rakan kongsi di luar lingkungan organisasi.

 Oleh itu, komunikasi bukan hanya sekadar melalui

percakapan atau perbualan tetapi juga melalui, penulisan, gambar lakaran atau melalui tindakan, ataupun bahasa badan.

4.3 Metod Komunikasi Islam

34

 Komunikasi juga boleh dijalankan secara formal atau pun tidak.  Selain itu komunikasi digunakan untuk mengembangkan

organisasi contohnya dalam latihan, taklimat dan mesyuarat.

 Komunikasi juga penting dalam penyelasaian masalah, membuat

keputusan dan juga menguruskan konfliks. Oleh itu, sorang ketua harus mengetahui pendekatan dan strategi komunikasi yang berkesan.

 Kepimpinan yang berkesan mestilah mempunyai kemahiran

dalam berkomunikasi, di mana komunikasi dua hala dia antara pemimpin dan staf bawahan merupakan kaedah komunikasi yang hebat dan boleh memberi kejayaan kepada organisasi.

4.3 Metod Komunikasi Islam

(18)

35

Selain itu, memberi latihan atau membimbing staf

dengan kaedah yang betul dan sistematik di samping

kaedah mentoring merupakan cara terbaik untuk

membangun staf atau pengikut.

Kemahiran mengurus konflik juga harus ada pada

setiap pemimpin bagi menghadapi konflik dalam

organisasi.

Pemimpin yang berjaya ialah pemimpin yang

mempunyai pengetahuan dalam komunikasi,

kejurulatihan dan juga mengurus konflik.

4.3 Metod Komunikasi Islam

36

Kaedah Komunikasi Islam

Qaulan Kariman Qaulan Sadidan Qaulan Balighan Qaulan Layyinan Qaulan Ma’rufan

(19)

37

Qaulan Kariman

Sebagai muslim kita harus berkata dengan kata-kata

yang mulia, hindarilah kata-kata yang hina, seperti

mengejek, mengolok-ngolok hingga menyakiti perasaan

orang lain.

Pepatah mengatakan, “Lidah tidak bertulang”,

walaupun lidah tak bertulang, namun lidah boleh lebih

tajam dari pedang. Banyak orang boleh sembuh bila

dilukai dengan pedang, namun bila dilukai dengan

lidah, sakitnya akan terbawa sampai mati.

Hati-hati dengan perkataan, bila ingin bergurau tetap

jaga lidah dari kata-kata yang menyakiti, bergurau

dan bergaul harus tetap dengan kata-kata yang mulia.

4.3 Metod Komunikasi Islam

38

 Ayat Al-Quran yang menyuruh mengamalkan qaulan

kariman:

 53. Dan katakanlah (Wahai Muhammad) kepada

hamba-hamba-Ku (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan yang menentang);

sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia. (al-Isra’: 53)

4.3 Metod Komunikasi Islam

                  

(20)

39

Qaulan Ma’rufan

 “Berkatalah yang baik atau diam” itu pesan rasullulah

kepada umatnya. Sebagai muslim yang beriman lisan harus dijaga dari perkataan yang sia-sia, apapun yang diucapkannya harus selalu mengandungi nasihat,

menyejukkan hati bagi orang yang mendengarnya.

Jangan biarkan lisan ini mencari-cari kejelekan orang lain.

 Hindari kata-kata yang hanya bisa mengkritik atau

mencari kesalahan orang lain, memfitnah, menghasut. Ia perbuatan yang sangat hina, hingga Allah berfirman dalam surah Al-Hujurat ayat 12, ia seumpama orang yang memakan bangkai temannya sendiri. Sungguh sangat menjijikkan.

4.3 Metod Komunikasi Islam

40

12. Wahai orang yang beriman! jauhilah kebanyakan dari

sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang

dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari

sangkaan

itu adalah dosa

; dan janganlah kamu

mengintip atau

mencari-cari kesalahan dan keaiban orang

; dan janganlah

setengah kamu

mengumpat

setengahnya yang lain. Adakah

seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya

yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat)

maka sudah tentu kamu jijik kepada-Nya. (Oleh itu,

patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan

bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah

Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

(21)

41

 Ayat Al-Quran yang menyuruh mengamalkan qaulan makrufan:

5. Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang yang belum sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada Dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu; dan berilah mereka belanja dan pakaian dari pendapatan hartanya (yang kamu niagakan), dan juga berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik. (an-Nisa: 5)

4.3 Metod Komunikasi Islam

42

Qaulan Sadidan

Seorang muslim berkata harus benar, jujur jangan

berdusta. Kerana sekali kita berkata dusta, selanjutnya

kita akan berdusta untuk menutupi dusta kita yang

pertama, begitu seterusnya, sehingga bibir kita pun

selalu berbohong tanpa berasa berdosa. Siapapun tak

ingin dibohongi, seorang akan sangat sakit hatinya bila

mengetahui orang yang dipercayainya berbohong.

Rakyat pun akan marah bila dibohongi pemimpinnya.

Juga amat penting dalam menyampaikan kebenaran,

adalah keberanian untuk berbicara tegas, jangan ragu

dan takut, apa lagi ia jelas hukumnya dalam Al-Quran

dan hadis.

“Katakanlah kebenaran itu, meskipun sakit”.

(22)

43

Ayat Al-Quran yang menyuruh mengamalkan

qaulan sadidan:

70. Wahai orang yang beriman, bertaqwalah

kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat

- benar (dalam segala perkara). (Ahzab: 33)

4.3 Metod Komunikasi Islam

44

Qaulan Balighan

Sebagai orang yang bijak bila berkomunikasi kita

harus melihat stuasi yang tepat dan

menyampai-kan dengan kata-kata yang tepat. Bila bicara

dengan kanak-kanak kita harus berkata sesuai

dengan pemikiran mereka, bila dengan remaja

kita harus memahami dunia mereka. Jangan kita

berbicara tentang teknologi nuklear di hadapan

khalayak yang berusia lanjut tentu sangat tidak

tepat sasaran, malah membuat mereka semakin

tidak faham.

(23)

45

Ayat Al-Quran yang menyuruh mengamalkan qaulan

balighan:

63. Mereka itulah orang yang diketahui oleh Allah akan

apa yang ada dalam hati mereka, oleh itu berpalinglah

Engkau daripada mereka, dan nasihatilah mereka, serta

katakanlah kepada mereka kata-kata yang boleh

memberi kesan pada hati mereka. (al-Nisa’: 63)

4.3 Metod Komunikasi Islam

46

Qaulan Layyinan

 Tidak mengeraskan suara, seperti membentak, meninggikan

suara. Siapapun tidak suka bila berbicara dengan orang yang kasar.

 Rasullulah SAW selalu bertutur kata dengan lemah lembut,

hingga setiap kata yang beliau ucapkan sangat menyentuh hati siapapun yang mendengarnya.

 Allah SWT melarang bersikap keras dan kasar dalam

berdakwah, kerana kekerasan akan mengakibatkan dakwah tidak akan berhasil malah akan dijauhi orang.

 Dalam berdoa pun Allah memerintahkan agar kita memohon

dengan lemah-lembut, “Berdoalah kepada Tuhanmu dengan

berendah diri dan suara yang lemah-lembut, sungguh Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas,” (Al-A’raaf: 55)

(24)

47

Ayat Al-Quran yang menyuruh mengamalkan

qaulan layyinan:

44. "Kemudian hendaklah kamu berkata

kepada-Nya, Dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga

ia beringat atau takut". (Taha: 44)

4.3 Metod Komunikasi Islam

48

Asas-asas Komunikasi dalam Islam

4.3 Metod Komunikasi Islam

Taqwa

Rahmah

Ukhuwwah Kemaafan

Melebihkan orang lain

(25)

49

Rujukan Nota Kuliah Bab 4

1. Nota kuliah/slide Ustzh Nadiyah Hashim, ACIS, Kota Samarahan, Sarawak. 2. http://zahien.blogspot.com/2006/09/pengurusan-dalam-islam.html (18/7/2013) 3. http://epjjuitmdgn.blogspot.com/2009/03/komunikasi-dalam-pengurusan-islam.html (15/8/2013) 4. http://www.squad99.org/sq/index.php?option=com_content&vi ew=article&id=181:kaedah-ber (15/8/2013) 5. http://ideologi.my/v3/modules/AMS/article.php?storyid=6 (15/8/2013)

RUJUKAN

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan pada latar belakang, maka peneliti tertarik mengetahui lebih dalam mengenai karakteristik pada industri kecil lapis legit di Desa Merak Batin

Tabanan sangatlah efektif, hal ini dabatlah dibuktikan usaha dan upaya kantor Dinas Pekerjaan Umum melakukan upaya baik prepentif maupun represif. Upaya Prepenif yaitu

Isu mengenai kesenjangan adalah bagian yang tidak terpisahkan dari setiap pembicaraan mengenai kualitas hidup. Pengukuran yang dilakukan secara terpisah pada setiap indikator

Data dari modul K2607, yang dalam hal ini adalah data level suhu tinggi permukaan 100° c data tersebut merupakan besaran analog 4000mv atau 4 volt,dan level High atau Low

Demam tinggi, anoreksia dan sering muntah menyebabkan pasien dehidrasi dan haus. Pada pasien ini perlu diberi banyak minum, yaitu 1,5 sampai 2 liter dalam 24 jam. Dapat diberikan

“Peliharalah harta kamu dan janganlah kamu (menghibahkannya) secara umra karena sesungguhnya siapa yang (menghibah) sesuatu secara umra, maka ia menjadi milik

Fungsi main ini umumnya ditulis dalam bentuk int main ( ) yang berarti bahwa nilai kembali dari fungsi adalah integer, atau void main ( ) yang berarti fungsi tersebut tidak

Hasil penelitian ini sejalan dengan hasil penelitian yang dilakukan oleh Aziz (1990) pada 230 siswa SMAN di Yogyakarta yang menemukan bahwa tidak ada perbedaan antara