• Tidak ada hasil yang ditemukan

Model Pembangunan Institusi Pendidikan a

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Model Pembangunan Institusi Pendidikan a"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

1

Model Pembangunan Institusi Pendidikan Al-Quran Bagi Anak Istimewa

Wan Sabri Wan Husin1, Mohd Zaini Mat Abas2, Nor Áziah Mohd Daud3, Norakyairee Mohd Raus4, Nazean Jomhari5, Afifah Salleh6

Kolej Poly-Tech MARA1, Akademi Fakih Intelek2, Jabatan al-Quran dan al-Hadith UM3, Pengajian Quran dan Sunnah USIM4, Jabatan Kejuruteraan Perisian UM5,Jabatan Pengurusan

Pendidikan UM6

Abstrak

Di Malaysia, istilah anak istimewa merujuk kepada anak-anak berkeperluan khas yang memerlukan perhatian dan penjagaan yang berbeza berbanding kanak-kanak tipikal. Kanak-kanak ini berbeza dari segi ciri-ciri neurologi, keupayaan deria, keupayaan berkomunikasi, tingkahlaku dan emosi serta ciri-ciri fizikal. Kertas kerja ini disediakan untuk memastikan pemampanan institusi pendidikan al-Quran anak-anak istimewa berdasarkan model pembangunan perniagaan. Institusi ini diwujudkan dengan visi untuk membantu golongan OKU mendekati al-Quran. Antara misi institusi ini ialah membimbing OKU untuk mengenali al-Quran, mendidik ahli keluarga dan masyarakat untuk menghayati Al-Quran dan menyampaikannya kepada golongan OKU, dan membangunkan bahan bantu belajar bagi pengajian Al-Quran yang bersesuaian dengan keperluan OKU. Objektif kertas ini adalah untuk mengenal pasti model pembangunan perniagaan yang sesuai dalam memastikan kesinambungan institusi pendidikan al-Quran anak-anak istimewa serta memperincikan model pembangunan perniagaan untuk pendidikan al-Quran anak-anak istimewa.

(2)

2 1. PENGENALAN

Kertas ini disediakan sebagai asas kepada rancangan membina sebuah organisasi mapan bagi membangunkan sahsiah dan potensi anak-anak istimewa melalui pendidikan al-Quran. Kandungannya dipetik daripada pembacaan literatur (penyelidikan perpustakaan) dan pengalaman mengendalikan sebuah organisasi pendidikan al-Quran untuk anak-anak istimewa yang dinamakan “FAKIH” oleh sekumpulan sukarelawan dan penyelidik.

Secara umumnya, objektif penyediaan kertas ini adalah untuk menghuraikan catatan pengalaman dan halangan dalam memperjuangkan hak-hak anak istimewa untuk mendapatkan pendidikan al-Quran. Secara khususnya, kertas ini disediakan bagi memenuhi matlamat-matlamat berikut:

 Memberi ruang berfikir kepada para penyelidik dalam memperluas dan memperkasakan laluan perjuangan pendidikan al-Quran untuk anak-anak istimewa dan dikongsi bersama pemikir-pemikir lain agar memperoleh input berguna bagi penambahbaikan model pengurusan organisasi;

 Meneroka literatur terdahulu sebagai pengalaman dalam mengurus organisasi pendidikan sebegini;

 Menguji model perniagaan yang dibina untuk diperhalusi sebagai kaedah pengurusan yang berkesan agar organisasi yang akan dibangunkan ini menjadi lebih cekap dan berkesan.

2. TINJAUAN LITERATUR

2.1 Kategori Murid Bermasalah Pembelajaran Di Malaysia

Di Malaysia, murid bermasalah pembelajaran tidak seperti di Barat. Ini kerana murid bermasalah pembelajaran di Malaysia merangkumi kecacatan yang pelbagai. Menurut Yaya Ramasamy (2008), sekolah khas bermasalah pembelajaran menyediakan pendidikan bagi mereka yang terdiri daripada pelbagai kategori seperti Sindrom Down, perkembangan lewat, autisme ringan, terencat akal minimum, hiperaktif, bermasalah pembelajaran spesifik (contoh: disleksia), hipoaktif, bermasalah emosi, bermasalah pertuturan, lembam serta pelbagai lagi.

2.2 Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas Di Barat

(3)

3 dalam sistem sekolah awam kepada semua kanak-kanak istimewa yang berumur dalam lingkungan 3-18 tahun. Menurut undang-undang tersebut juga, program-program yang disediakan harus menepati segala keperluan dan kemudahan yang diperlukan oleh kanak-kanak berkeperluan khas dalam persekitaran yang tidak terhad (least restrictive environment) ataupun yang setaraf dan bertepatan dengan kanak-kanak dan persekitaran tipikal. Peruntukan pendidikan secara least restrictive environment membawa kepada pembentukan pendidikan inklusif di negara Barat. Falsafah pendidikan inklusif juga dikembangkan daripada amalan integrasi, dengan matlamat bagi memastikan murid-murid berkeperluan khas mendapat pendidikan yang sama dengan murid tipikal (YayaRamasamy, 2008).

Hak ini diperkembangkan kepada kanak-kanak berkeperluan khas, dalam peruntukan Public Law 99-457, yang memberi fokus kepada bayi dan kanak-kanak malah memberi hak yang jelas kepada ibu bapa dalam membentuk program pendidikan bagi anak-anak istimewa (Jamilah, 2005).

Kurikulum khas telah dibentuk berikutan Majlis Kurikulum Kebangsaan di United Kingdom (Aird, 2000) menetapkan subjek-subjek tambahan bagi murid yang mempunyai masalah pembelajaran yang teruk pada tahun 1992. Pembentukan kurikulum ini berasaskan kepada empat pengaruh iaitu pengaruh adaptif, pengaruh perkembangan, pengaruh tingkah laku dan pengaruh fungsional (YayaRamasamy 2008). Antara bidang-bidang yang diperkenalkan dalam kurikulum pendidikan khas adalah perkembangan motor, kemahiran urus diri, pendidikan sensori dan persepsi, pendidikan emosi, tingkah laku dan sosial, pengurusan mobiliti dan kemahiran pengurusan diri serta kemahiran kendiri (Jamilah, 2005).

2.3 Sejarah Pendidikan Khas Di Malaysia

Pendidikan Khas di Malaysia berada di bawah seliaan 5 kementerian iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia.

Minat terhadap Pendidikan Khas di Malaysia bertitik tolak pada tahun 1920an lagi apabila kebanyakan sukarelawan mula terlibat dalam membuka sekolah-sekolah cacat penglihatan dan pendengaran (YayaRamasamy 2008). Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 merupakan titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Ia membuatkan badan dan pertubuhan sukarela mula membuka mata untuk sama-sama berganding bahu dalam usaha membantu golongan istimewa ini.

2.4 Sejarah NGO Yang Menubuhkan Institusi Pendidikan Islam Di Nusantara

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

(4)

4 adalah membentuk gerakan Islam komprehensif bagi merealisasikan cita-cita islamiyyah. Kaedah yang digunakan untuk menimbulkan kesedaran islamiyyah adalah melalui penerbitan dan penganjuran ceramah, forum, simposium, seminar dan lain-lain dalam kalangan masyarakat. ABIM membimbing belia Islam ke arah pengukuhan kefahaman dan penghayatan nilai-nilai hidup yang mendorong perubahan dan kemajuan.

Usaha tarbiyyah daripada ABIM digandakan secara lebih sistematik bermula dari peringkat kanak-kanak sehinggalah ke peringkat institusi pengajian tinggi. Menurut Nasir (2010), beberapa institusi pendidikan telah dibuka seperti Taman Asuhan Kanak-kanak Islam (TASKI), Sekolah Rendah Islam (SRI), Sekolah Menengah Islam (SMI), Institut Pengajian Ilmu-ilmu Islam (IPII) dan Institut Perguruan ABIM (IPA). Institusi ini dibuka kepada ahli ABIM dan orang awam. Penubuhan institusi berkenaan adalah suatu manifestasi daripada kemahuan untuk melihat suatu sistem pendidikan alternatif berteraskan Islam berkembang dalam masyarakat (Nasir 2010).

Kolej Dar al-Hikmah (KDH)

KDH dibuka bagi peringkat pengajian tinggi. Matlamat KDH adalah untuk membangunkan tradisi ilmu dan kegemilangan Tamadun Islam serta menjadikan Islam sebagai cara hidup. Bagi memenuhi hasrat tersebut, KDH telah menaiktaraf kursus-kursus asas Islam di IPI sebagai subjek wajib dan menggabungkannya dengan program profesional atau akademik untuk melahirkan sumber manusia yang beriman, berilmu, berketerampilan, berakhlak dan berdaya maju (Nasir 2010).

Jemaah Islah Malaysia (JIM)

JIM merupakan sebuah NGO berasaskan Islam di Malaysia. JIM didaftarkan secara rasmi pada 27 Julai 1990 dan kini mempunyai cawangan di setiap negeri di seluruh Malaysia. Visi JIM adalah untuk membangunkan sebuah negara Malaysia yang melaksanakan syariat Islam secara sepenuhnya menjelang Wawasan 2020. Misinya pula adalah untuk membangunkan sumber manusia bagi melahirkan insan soleh (orang yang baik) dan musleh (membaiki orang lain), membudayakan pendekatan perkongsian dan permuafakatan, dan mengislah serta menggembleng tenaga masyarakat ke arah kebenaran dan keadilan sejagat.

(5)

5 Menurut ZatulAkmam, Sekolah al-Amin adalah antara institusi pendidikan JIM yang berjaya menarik perhatian masyarakat. Falsafah sekolah berkenaan mengutamakan tauhid bagi membina dan melahirkan insan rabbani, berilmu, beriman dan berakhlak mulia serta mampu membentuk kehidupan diri, masyarakat, negara dan dunia sebagaimana yang dituntut oleh al-Quran dan al-Sunnah melalui sistem pendidikan yang seimbang, menyeluruh dan berterusan. Matlamat umum pendidikannya adalah untuk melahirkan generasi bertaqwa yang mampu menghayati dan memperjuangkan Islam secara menyeluruh. Keutamaan dalam aspek ini terbukti apabila kurikulumnya diambil daripada beberapa sekolah agama di Kelantan dan Terengganu yang selaras dengan kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Namun, kurikulumnya tidak hanya menekankan aspek kerohanian, tetapi juga mengambil kira aspek akademik, kemahiran hidup dan teknologi moden (ZatulAkmamYusop 1993).

Parti Islam Semalaysia (PAS)

Pertubuhan ini membuka Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) bagi pendidikan awal kanak-kanak. Menurut BadlihishamMohdNasir, pada 1996, PASTI dianggarkan mempunyai sebanyak 700 cawangan, 2000 guru dan 30,000 murid. PAS memperkenalkan persekolahan di peringkat rendah dan menengah secara rasminya pada tahun 1995 dan 1996 apabila Muassasah DarulUlum dan Sekolah DarulUlum(SRIDU) ditubuhkan. Terdapat beberapa lagi institut lain seperti Institut Berakan, Sekolah Rendah Agama al-Munir di Terengganu dan Madrasah Taufikiyyah Khairiyyah al-Halimiyyah di Kedah. Arus penswastaan pendidikan yang berkembang turut mendorong parti ini menubuhkan Kolej Profesional Kosis-Kohilal (1995) dan Institut Teknologi Ibnu Sina (1997). Kedua-dua kolej ini beroperasi selaras dengan konsep IPTS dan menekankan pendidikan Islam di samping mengenakan bayaran yang berpatutan berbanding institusi pendidikan swasta yang lain (BadlihishamMohdNasir, 1999).

(6)

6  Pusat Pendidikan Sahabat Insani

Pusat Pendidikan Sahabat Insani ditubuhkan dengan matlamat asas untuk menyuburkan pendidikan Islam, kebajikan dan dakwah dalam kalangan golongan kelainan upaya. Fokus utamanya adalah terhadap masalah pendengaran, masalah penglihatan dan masalah pembelajaran. Golongan saudara baru, warga emas, anak-anak yatim, fakir miskin dan masyarakat setempat khasnya dan Malaysia amnya juga diberikan perhatian tetapi khusus untuk yang beragama Islam sahaja.

Sahabat Insani adalah istilah yang dibawa oleh persatuan terhadap golongan-golongan di atas sebagai lambang kasih sayang dan keperihatinan yang tinggi yang perlu diberikan kepada mereka, khususnya dalam bidang pendidikan Islam. Pusat Pendidikan Sahabat Insani ditubuhkan sebagai pusat sokongan pengajian dan pendidikan Islam bagi golongan istimewa dan pihak-pihak lain dalam sasaran aktiviti persatuan (SahabatInsani, Mei 2012).

Pusat Pendidikan Taruna Al-Quran

Pusat pendidikan Taruna Al-Quran merupakan pusat pendidikan yang memfokus kepada bidang kemanusiaan, keagamaan, dan pendidikan di Yogyakarta, Indonesia. Daripada data-data yang dikemaskini, pusat pendidikan ini memiliki pelajar kategori pondok dan bukan pondok sebanyak 731 orang, dan guru dan pegawai sebanyak 147 orang. Pusat ini membuka sekolah khusus untuk mereka yang mengalami autisme dan ADD/ADHD. Wujudnya sekolah khusus Taruna Al-Quran ini sebagai institusi dalam sistem pendidikan adalah bagi membentuk anak yang memerlukan perhatian khusus bagi usaha penerapan al-Quran dalam diri. Antara misi pusat ini adalah:

a) Menyemai nilai-nilai Islam sehingga pelajar berakhlak mulia

b) Membimbing siswa supaya berdikari

c) Memberi ilmu-ilmu berkenaan penyesuaian diri dengan masyarakat

d) Memberi persiapan mental, sosial dan kognitif siswa melalui sosialisasi untuk mengikuti proses pendidikan selanjutnya di sekolah aliran perdana

e) Membekalkan kemahiran hidup bagi siswa yang kurang mampu dalam akademik

f) Memajukan peranan masyarakat untuk meningkatkan mutu pendidikan (Taruna Al-Quran, Februari 2013)

Akademi Fakih Intelek (AFI)

(7)

7 Matlamat utama penubuhan AFI adalah untuk menanam kecintaan terhadap al-Quran dalam dada anak-anak istimewa. Antara misi penubuhannya adalah bagi membimbing insan istimewa dalam mengenali al-Quran, mendidik ahli keluarga dan masyarakat untuk menghayati al-Quran serta menyampaikannya kepada golongan istimewa, serta membangunkan bahan bantu mengajar bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran al-Quran. Setakat ini AFI mempunyai hampir 35 orang pelajar manakala guru-gurunya terdiri daripada sukarelawan dari Universiti Malaya; hampir 20 orang kesemuanya termasuk 2 orang staf. Proses pengajaran dan pembelajaran kini dijalankan di sebuah banglo milik Universiti Malaya di Petaling Jaya.

Jika diperhatikan setakat ini, telah banyak pertubuhan yang membuka institusi pendidikan Islam, namun masih kurang institusi pendidikan Islam khas untuk anak-anak istimewa. Kesedaran terhadap peri pentingnya penerapan al-Quran terhadap golongan istimewa ini menjadi pemangkin kepada Pusat Pendidikan Sahabat Insani dan AFI dalam membuka pusat pendidikan yang mengajar al-Quran khususnya dan ibadah, akhlak, sirah dan lain-lain amnya.

2.5 Pengurusan Kewangan Dalam Sistem Pendidikan

Menurut Umar Muhammad At-Tumi Al-Shaibani (1979), ada beberapa faktor penting yang memberi kesan kepada perkembangan pengurusan sekolah. Salah satunya adalah keadaan semasa sekarang yang menuntut perancangan negara yang terperinci bagi membantu ke arah perkembangan ekonomi, masyarakat dan pendidikan. Perancangan seperti ini akan membawa kepada kejayaan yang lebih besar terhadap perkembangan negara itu sendiri. Perancangan mempunyai kaitan rapat dengan pengurusan. Setiap perancangan yang baik memerlukan pengurusan yang baik bagi menjalankan apa yang dirancang agar segala objektif dapat tercapai (Ahmad Kilani Mohamed, 2003).

ABIM

ABIM telah menubuhkan Yayasan Takmir Pendidikan yang mula beroperasi pada tahun 2001. Pada awal penubuhannya, Yayasan Takmir diamanah dan diberi tanggungjawab oleh ABIM Pusat bagi merancang, memantau, mengurus, menyelaras dan memastikan semua institusi pendidikan ABIM, yang terdiri daripada TASKI, TAHFIZ, SERI dan SEMI, berada pada landasan yang betul dan tepat, selaras dengan cita-cita dan hasrat Falsafah Pendidikan Islam. Berkat semangat muafakat, amal jamaie serta bantuan daripada semua pihak, semua sekolah di bawah kelolaan Yayasan Takmir telah menunjukkan kemampuan sebagai institusi pendidikan Islam yang berwibawa dan berkualiti.

JIM

(8)

8 PPAAB bertanggungjawab antaranya melantik Lembaga Pengelola Pusat Pendidikan Al-Amin dan memastikan penyata kewangan disediakan untuk memberi gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan syarikat menurut peruntukan Akta Syarikat 1965. Penubuhan PPAAB adalah bertujuan untuk memantap dan seterusnya memperkasakan Sistem Pendidikan Islam Bersepadu ke tahap yang lebih kompeten dan profesional seiring dengan misi Pusat Pendidikan Al-Amin (PPAA) untuk melahirkan pelajar soleh wa musleh. (Diambil daripada laman web www.jim.org.my/)

Pusat Pendidikan Taruna Al-Quran

Pusat Pendidikan Taruna Al-Quran membentuk Yayasan Taruna Al-Quran pada 10 Mac 1997 mengikut Akta No. 05 1997 dalam bidang kemanusiaan, keagamaan, dan pendidikan. Dari segi pembiayaan, pendidikan di Yayasan Taruna Al-Quran terutamanya pendidikan di pesantren sama sekali tidak mengambil yuran daripada pelajar-pelajarnya. Pendidikan bukan kepesantrenan pula menerapkan pola subsidi silang di mana murid-murid yang berlatarbelakangkan keluarga berkemampuan hendaklah membiayai pendidikan murid-murid yang berasal daripada keluarga kurang berkemampuan.

AFI

Yayasan Al-Quran Bagi Anak Istimewa (Yayasan FAQEH) mula ditubuhkan pada 7 Februari 2013 sebagai penaung kepada AFI. Yayasan ini ditubuhkan untuk mendapatkan sumbangan dana bagi menampung segala pembiayaan yang diperlukan bagi menjalankan program dan aktiviti pembelajaran al-Quran dan ibadah di AFI.

2.6 Model-Model Sedia Ada

Kewujudan FAKIH adalah bagi memenuhi tuntutan keperluan anak-anak istimewa yang tidak berpeluang mempelajari al-Quran kerana ketiadaan kelas yang sesuai. Selepas penubuhannya, didapati betapa perlunya satu model pengurusan organisasi terbaik yang boleh dijadikan garis panduan dalam mengendalikan organisasi ini.

Business Model(BM)

Menurut (Seidewitz (2003)), model ialah satu set kenyataan tentang beberapa sistem setelah beberapa kajian dilakukan. Dalam model perniagaan dengan UML (Eriksson) berpandangan model perniagaan menjawab persoalan seperti berikut:

a. Bagaimana sistem berinteraksi?

b. Apakah aktiviti-aktiviti yang dijalankan? c. Apakah matlamat utama kerja?

d. Apa yang terlibat dalam sistem ini? Siapa? Sumber-sumber dari mana? e. Apakah kaedah-kaedah yang mengawal aktiviti dan struktur?

(9)

9

Business Model Innovation(BMI)

Model perniagaan (BM) dan Model Perniagaan Inovasi (BMI) telah menjadi fokus perhat ian yang besar oleh kedua-dua ahli akademik dan pengamal (Zott 2011), (Teece 2012). BM telah menjadi subjek pembelajaran yang kian berkembang bagi kajian akademik dan berorientasikan pengamal. Terdapat peningkatan dalam jumlah kertas yang diterbitkan dan pengetahuan masyarakat tentang BM juga semakin berkembang (Komuniti Perniagaan Model 2012). Banyak diadakan sesi persidangan dan ramai panel yang mengupas subjek BM (Lindgren (2012)). Namun, ternyata penyelidik dan pengamal masih belum mengkaji secara meluas tentang strategi BM yang berorientasikan pendidikan dan strategi-strategi yang perlu dilaksanakan apabila mereka mengamalkan BMI.

Business Model Innovation Leadership (BMIL)

Menurut (Lindgren (2012)), model Inovasi Kepimpinan Perniagaan(BMIL) amat kompleks untuk dijalankan, terutamanya kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Terdapat banyak peluang, kesulitan dan strategi untuk mempertimbangkan pengendalian perniagaan secara serentak.

Perniagaan diilhamkan oleh (Abell 1980), (Porter 1985), (Hammel 1985), (Vervest 1995) dan (Johnson dan Christensen, 2010) di mana mereka menetapkan perniagaan ditakrifkan pada 7 dimensi:

a. Cadangan Nilai - Nilai cadangan dari segi produk, perkhidmatan, dan proses perkhidmatan dan produk yang diberikan oleh perniagaan

b. Kumpulan Pelanggan - Pengguna dan kumpulan pelanggan yang disasarkan oleh perniagaan

c. Rantaian Nilai [Bahagian Intemal] – Bagaimana Rantaian Nilai berfungsi bagi menghasilkan cadangan nilai (produk dan perkhidmatan) yang berguna kepada pengguna / kumpulan pelanggan dalam perniagaan

d. Kecekapan teknologi yang digunakan (produk, pengeluaran, teknologi proses), sumber manusia, sistem organisasi, DAN budaya yang digunakan dalam perniagaan

e. Rangkaian - Rangkaian fizikal, digital, dan visual digunakan dalam perniagaan f. Perhubungan - hubungan ketara dan tidak ketara digunakan dalam perniagaan g. Nilai formula - nilai formula untuk perniagaan

Education Management Model

Terdapat pelbagai model pengurusan pendidikan di Malaysia. Walau bagaimanapun, model pengurusan FAKIH akan menampilkan perbezaan berbanding dengan model-model pengurusan pusat pendidikan yang lain berdasarkan ciri-ciri kelainan yang terdapat dalam mengendalikan klien utama FAKIH, iaitu anak-anak istimewa dari pelbagai kategori.

(10)

10 daripada anak-anak yang bermasalah pendengaran, hiperaktif, mengalami autisme dan sebagainya. Ini membawa kepada cadangan pembangunan model pengurusannya seperti dalam Rajah 1 dan huraiannya secara ringkas dalam Bahagian 3.

3. CADANGAN MODEL PENGURUSAN PENDIDIKAN FAKIH

Rajah 1 menunjukkan model pembangunan dan pengurusan FAKIH yang dicadangkan dan sedang melalui proses penyesuaian dan pengubahsuaian. Pembangun polisi dan pemilik terutama bagi keseluruhan organisasi dan program diamanahkan kepada Lembaga Pemegang Amanah FAKIH (Lembaga). Lembaga ini menjadi pemilik kepada dua entiti, iaitu Yayasan FAQEH (Yayasan) dan Pengurusan Organisasi FAKIH (Organisasi). Kedua-dua entiti ini akan mengurus satu komponen penting secara bersama yang digelar “sumber”, di mana Yayasan akan mengurus penyediaan sumber sementara Organisasi akan mengurus penggunaan sumber.

(11)

11 LEMBAGA PEMEGANG

AMANAH FAQEH

YAYASAN FAQEH PENGURUSAN PENGAJIAN

PEMASARAN OPERASI

SUMBER SUKARELAWAN IBU/ BAPA

PENJAGA

PENDIDIK PENYELIDIK

Rajah 1: Model Pembangunan dan Pengurusan Organisasi FAKIH

Kelebihan yang terdapat pada pihak Organisasi pula ialah kesanggupan ramai sukarelawan yang ingin menyumbangkan tenaga untuk membantu mendidik anak-anak istimewa ini. Walaupun begitu, para sukarelawan ini juga perlu diberi sedikit honorarium atau saguhatibagi usaha yang mereka curahkan, sekurang-kurangnya untuk menampung perbelanjaan bagi menghadirkan diri. Selain itu, komitmen ibubapa kepada anak-anak istimewa seperti ini juga adalah tinggi, dan ini merupakan peluang terbaik bagi Organisasi untuk melaksanakan pengurusannya dengan lebih berkesan.

(12)

12 4. KESIMPULAN DAN CADANGAN

Skim pendidikan untuk golongan kelainan upaya perlu diperkemaskan dari segi tadbir urus dan juga modul pengajaran. Sekiranya pihak kerajaan dilihat tidak berkesempatan untuk mengambil bahagian dalam pembangunan pendidikan bagi golongan ini, masyarakat yang berkemampuan perlu bertindak dan memainkan peranan. Anak-anak kelainan upaya ini juga perlu dianggap sebagai aset yang boleh dikembangkan potensi mereka. Mereka perlu dibina dan dibimbing; sekurang-kurangnya mereka tidak menyusahkan masyarakat keseluruhan yang membentuk majoriti.

(13)

13 RUJUKAN

Ahmad Kilani Mohamed, (2003), Pengurusan Pendidikan D Sekolah: Huraian Menurut Perspektif Islam. Johor:Universiti Teknologi Malaysia

Jamila K.A. Mohamed (2005), Pendidikan Khas Untuk Kanak-kanak Istimewa, Pahang: PTS Professional

Eriksson, H., Penker, M., & Training, O. (n.d.). Business Modeling with UML.

Jariyati binti Jahri, (2003).Pelaksanaan kurikulum pendidikan Islam khas bermasalah pembelajaran (PKBP) di tiga buah sekolah menengah di Kuala Lumpur, University Malaya

Lindgren (2012). Business Model Innovation Leadership : How Do SME ’ s Strategically Lead Business Model Innovation.

Nasir, B. M. (2010). Pendidikan dalam Gerakan Islam di Malaysia฀: Satu Tinjauan, 2(1)

Seidewitz, (2003). "What models mean."

Yaya A/P Ramasamy, (2008), Persepsi ibu-bapa terhadap perkhidmatan pendidikan khas: Satu Kajian Kes di Sebuah sekolah bermasalah pembelajaran di Subang Jaya, Universiti Malaya

Jemaah Islah Malaysia diambil daripadawww.jim.org.my/ pada (April 2012)

Angkatan Belia Islam Malaysia diambil daripadahttp://www.abim.org.my/ (April 2012)

Yayasan Taruna Al-Quran, (2013), http://taruna-alquran.com/tentang-taruna-al-quran/ (8 Feb 2013)

Yayasan Taruna Al-Quran, (2013), http://taruna-alquran.com/sdit-taruna-al-quran/ (8 Feb 2013)

Pusat Pendidikan Sahabat Insani. (2012, 7 Disember), diambil daripada

http://pusatpendidikansahabatinsani.blogspot.com/2012/05/pengenalan persatuan.html

Pusat Pendidikan Sahabat Insani. (2013, 20 Februari), diambil daripada

Referensi

Dokumen terkait

Seluruh berkas asli yang tercantum didalam formulir isian kualifikasi yang saudara sampaikan pada paket pekerjaan tersebut di atas (Khusus Ijazah, cukup menunjukan fotocopy

diketahui sebagai suatu norma hukum positif, maka pancasila dijabarkan dalam suatu peraturan perundang-undangan yang ekplisit, hal itu secara kongkrit dijabarkan dalam tertib hukum

Fasilitas kredit kepada bank lain yang belum ditarik 3903. Posisi penjualan spot dan derivatif yang masih berjalan

Berkaitan juga dengan dampak dari program-program yang telah dilaksanakan dalam kaitan pemberdayaan anak kurang mampu yaitu Siswa-siswi Medan Generasi Impian adalah hampir

Prevalensi gangguan depresi pada ODHA sebesar 22-45% dan 15-20% diantaranya melakukan percobaan bunuh diri. Gangguan depresi dapat disebabkan oleh faktor organik

Perkembangan sistem komunikasi personal nirkabel (wireless) yang pesat telah membangkitkan gagasan tentang akses internet dan informasi dari perangkat komunikasi personal

Hasil penelitian yang dilakukan, dari 93 responden yang diwawancara dan kurang mendaptkan dukungan keluarga sebanyak 8 responden, dimana responden tidak

Hence, RECOFTC Nepal Country program is envisioned to engage in sharing lessons learnt/ Capacity building and further contribute in the development of community