• Tidak ada hasil yang ditemukan

E PEMBELAJARAN PERLAKSANAANNYA SEBAGAI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "E PEMBELAJARAN PERLAKSANAANNYA SEBAGAI"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

E-PEMBELAJARAN: PERLAKSANAANNYA SEBAGAI KAEDAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KOLEJ KOMUNITI KUANTAN, PAHANG

Muraly Tharen a/l Rengasamy, Nor Rizal Bin Md Noar Kolej Komuniti Kuantan

muralytr@yahoo.com, mrezzmn@yahoo.com

ABSTRAK

E-Pembelajaran menjadi kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) pada masa kini dan hadapan. Sekiranya dilaksanakan dengan baik kaedah ini berupaya menjadikan proses PdP menjadi lebih berkesan dan efektif. Kajian ini merupakan himpunan beberapa sumber bacaaan, dua kajian kes berkaitan e-Pembelajaran dan analisa satu laporan pemarkahan peperiksaan. Kajian yang telah dibuat adalah berdasarkan persepsi pelajar dan pensyarah terhadap sistem e-Pembelajaran di Kolej Komuniti Kuantan. Responden kajian adalah terdiri daripada 55 orang pensyarah dan 25 orang pelajar. Pelajar dan pensyarah yang terlibat adalah terdiri daripada program Sijil Pelukis Pelan Senibina (SPS), Sijil Mekanikal Pembuatan (SMN), Sijil Teknologi Elektrik (STE) dan Unit Pengajian Am. Analisis yang dibuat mendapati penggunaan sistem e-Pembelajaran dalam pelaksanaan PdP di Kolej Komuniti Kuantan memberi kesan peningkatan terhadap pembelajaran pelajar. Hasil dapatan menunjukkan rata-rata responden mempunyai persepsi yang tinggi terhadap penilaian dan kandungan sistem e-Pembelajaran. Hubungan analisis ini maka dapat dirumuskan bahawa sememangnya penggunaan sistem e-Pembelajaran dapat memberi impak positif dan memberi manfaat kepada pelajar dan pensyarah untuk melaksanakan aktiviti PdP secara atas talian.

Kata Kunci : e-Pembelajaran, pencapaian akademik pelajar

1.0 PENGENALAN

Seiring dengan perkembangan era globalisasi dan keperluan semasa dalam abad ke-21, sekolah-sekolah atau institusi-institusi pengajian tinggi perlu mempunyai hala tuju masing-masing dalam memberi cabaran pendidikan kepada pelajar pelajarnya. Kaedah pembelajaran elektronik merupakan salah satu kaedah PdP yang penting pada masa kini.

Ia turut dinyatakan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025. Terdapat sepuluh lonjakan yang digariskan di dalam pelan tersebut bagi mentransformasikan sistem sedia ada. Pembelajaran dalam talian tahap global (GOL) merupakan lonjakan kesembilan yang memberikan penekanan terhadap pembelajaran berasaskan ICT. Kadar penggunaan internet di Malaysia pada masa kini pada tahap 67% iaitu ketujuh tertinggi di Asia. Hal ini membolehkan pencapaian matlamat yang tertera dalam Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN).

(2)

komuniti akademik, meneroka penubuhan platform e-Pembelajaran kebangsaan untuk membangun kandungan MOOC.

Kolej Komuniti Kuantan telah mengorak langkah dengan melaksanakan e-Pembelajaran terhadap pelajar semester satu bagi program SPS, SMN dan STE sebagai projek rintis. Keberkesanan dan kelemahan kaedah pembelajaran ini perlu dikaji bagi meneruskan kaedah ini secara menyeluruh terhadap semua modul yang ada di Kolej Komuniti Kuantan. Sebagai permulaannya, terdapat dua kajian awal pada tahun 2015 yang berkaitan dengan persepsi responden terhadap sistem e-Pembelajaran ini. Selain daripada itu, analisis terhadap pemarkahan pelajar yang terlibat turut diambil kira bagi menilai keberkesanan e-Pembelajaran di kolej ini.

2.0 OBJEKTIF

Objektif kajian ini ialah untuk:

1. Meneliti tahap keberkesanan penggunaan e-Pembelajaran yang baru dilaksanakan di Kolej Komuniti Kuantan, Pahang khusus kepada aktiviti PdP pelajar semester satu bagi program Sijil Pelukis Pelan Senibina (SPS), Sijil Mekanikal Pembuatan (SMN) dan Sijil Teknologi Elektrik (STE).

2. Melihat perhubungan di antara penggunaan e-Pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar berdasarkan laporan peperiksaan yang terlibat.

3.0 KEPENTINGAN PENULISAN Kepentingan kajian ini adalah:

1. Memahami keperluan menaiktaraf serta memperbaiki kekurangan terhadap antaramuka sistem e-Pembelajaran agar lebih mesra pengguna.

2. Memurnikan sistem e-Pembelajaran dari aspek penyusunan serta pembangunan interaktif dan rekabentuk supaya sistem boleh digunakan dengan lebih berkesan.

3. Meningkatan kualiti penyediaan dan perkongsian alat bantu mengajar (ABM) yang disediakan oleh pensyarah kepada pelajar.

4. Memberi maklumat kepada unit kualiti Kolej Komuniti Kuantan terhadap keberkesanan penggunaan e-Pembelajaran dan kesannya kepada tahap pencapaian akademik pelajar.

(3)

4.0 TINJAUAN LITERATUR 4.1 Konsep e-Pembelajaran

Secara umumnya, pembelajaran elektronik (e-Pembelajaran) adalah satu bentuk PdP yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau internet) untuk menyampaikan isi kandungan, interaksi atau pemudahcaraan. Internet, intranet, satelit, tape audio/ video, TV interaktif dan CD ROM adalah sebahagian media elektronik yang dimaksudkan di dalam kategori ini (Kaplan, 1999).

Pengajaran boleh dijalankan secara pada waktu yang sama (synchronous) atau pada waktu yang berbeza (asynchronous). Bahan PdP yang disampaikan melalui media ini mempunyai ciri-ciri multimedia seperti teks, grafik, animasi, simulasi, audio dan video. Ia juga harus menyediakan kemudahan untuk perbincangan kumpulan serta bimbingan boleh dijalankan secara di atas talian (Learnframe, 2001).

E-Pembelajaran membolehkan pembelajaran tercanggih dilaksanakan dan membolehkan pencapaian ke atas lebih ramai pelajar tanpa mengira jarak jauh di samping membolehkan pembelajaran berlangsung secara berterusan. (Rosmah, Rasidah, Nor Liza dan Rohayu, 2001).

Bates seorang pakar dalam bidang e-Pembelajaran menjelaskannya dengan mengunakan konsep kontinum e-Pembelajaran (e-learning continuum) (Bates, 2001). Penerangan konsep ini ditunjukkan pada Rajah 1. Ia bermula dengan situasi tanpa pembelajaran atas talian kepada pembelajaran atas talian sepenuhnya. Ia merangkumi empat kaedah pembelajaran iaitu kaedah pembelajaran bersemuka di dalam kelas, pembelajaran bersemuka dengan bantuan teknologi, pembelajaran kurang bersemuka bersama PdP atas talian dan akhir sekali pembelajaran jarak jauh. Pembelajaran dengan bantuan teknologi yang diterangkan adalah merangkumi aktiviti seperti menyediakan laman web kursus yang mempunyai hubungan dengan laman lain, pelajar mampu menaikturun dokumen slaid PowerPoint yang diajar serta mampu melaksanakan pembentangan dan perbincangan secara atas talian.

Rajah 1 : Konsep Kontinum e-Pembelajaran

(4)

Konsep e-Pembelajaran yang digunakan di Kolej Komuniti Kuantan lebih mirip kepada kaedah pembelajaran bersemuka dengan bantuan teknologi sepertimana yang digambarkan pada konsep Kontinum e-Pembelajaran. Proses PdP di Kolej Komuniti Kuantan sentiasa mengamalkan pembelajaran secara bersemuka di dalam bilik kuliah, makmal dan bengkel. Bahan alat bantu mengajar (ABM) seperti nota, slaid pembentangan, demonstrasi melalui tayangan video serta penilaian pelajar akan dimasukkan ke dalam sistem e-Pembelajaran kolej. Semua pensyarah modul diberikan katalaluan bagi proses kerja-kerja mengemaskini modul masing-masing sepanjang semester.

Rajah 2: Konsep e-Pembelajaran Kolej Komuniti Kuantan

E-Pembelajaran Kolej Komuniti Kuantan boleh dicapai melalui alamat berikut http://192.168.20.100/moodle/ . Paparan grafik berikut akan keluar sebaik sahaja pengguna membuat capaian alamat tersebut.

(5)

4.2 Kekuatan dan kelemahan e-Pembelajaran

Dengan adanya sistem e-Pembelajaran, ianya secara tidak langsung membantu pelajar dan pensyarah dalam proses memberi maklumat tanpa mengira lokasi dan masa. Kandungan bahan ABM dan penilaian juga mampu dikemaskini dalam masa yang singkat dengan kata lain ianya mampu menjimatkan kos dan juga tenaga kerja. Selain itu, pelajar juga mempunyai ruang untuk belajar sendiri mengikut kesesuaian masa pelajar. Terdapat juga pelajar yang mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi melalui rakan sebaya melalui chat group atau bulletin boards. (Alam Pendidikan Bulletin Board, 2001)

Namun yang demikian disebalik kelebihan yang mampu dikecapi oleh pihak kolej, terdapat beberapa kelemahan dan kekangan yang perlu dihadapi dalam menjayakan kaedah PdP sebegini. Kelemahan utama dalam pelaksanaan e-Pembelajaran adalah kos infra ICT yang tinggi. Kolej Komunti Kuantan telah memperolehi peruntukan sebanyak 1.5 juta untuk memperbaharui dan menaiktaraf sistem ICT pada tahun 2014. Bajet yang diperuntukan ini adalah merangkumi kerja-kerja menaiktaraf bilik server, pembelian peralatan rangkaian komputer dan server, memasang dan menyelenggara persekitaran rangkaian komputer kolej serta memberi latihan pentauliahan kepada pegawai yang terlibat dengan pengurusan ICT Kolej Komuniti Kuantan.

Dengan adanya kelengkapan peralatan serta latihan meningkatkan kemahiran pensyarah dalam mempelajari sistem e-Pembelajaran, maka kolej mampu melaksanakan kaedah PdP ini bermula pada pertengahan tahun 2014. Peningkatan sistem sememangnya dikemaskini dari masa ke semasa bagi meningkatan kualiti dan mesra pengguna. Tumpuan juga diberikan kepada kualiti kandungan bahan ABM dan penilaian yang diberikan kepada pelajar. Proses ini memerlukan komitmen dari semua pihak supaya sistem ini dapat digunakan dengan lebih berkesan.

5.1 ANALISIS DATA

Analisa data ini diperolehi daripada dua kajian kes yang dibuat di Kolej Komuniti Kuantan serta Laporan Keputusan Peperiksaan Unit Peperiksaan Kolej Komuniti Kuantan (2014-2015). Kajian kes oleh Azliza Yusop dan Normilawati Hassan (2015) adalah berkaitan dapatan persepsi pensyarah manakala kajian kes oleh Normilawati Hassan dan Azliza Yusop (2015) pula adalah dapatan persepsi pelajar terhadap sistem e-Pembelajaran. Pembacaan dan analisa data diasingkan kepada beberapa bahagian bagi memudahkan mengenalpasti maklumat penting. Berikut merupakan bahagian yang telah dibuat:

i) Menilai hasil dapatan penggunaan e-Pembelajaran di kalangan pelajar semester satu program SPS, SMN dan STE di Kolej Komuniti Kuantan.

ii) Menilai hasil dapatan penggunaan sistem e-Pembelajaran di kalangan pensyarah di Kolej Komuniti Kuantan.

iii) Membuat analisis laporan peperiksaan terhadap pelajar yang terlibat.

(6)

Berdasarkan pembacaan kajian, didapati kedua-dua kajian tersebut menggunakan kaedah penyelidikan berbentuk kuantitatif dan set soal selidik sebagai instrumen untuk mengumpul data. Bagi menangani kes kebolehpercayaan dan keesahan data pula, set soal selidik yang dibuat adalah mengikut format dan diukur menggunakan skala likert. Interpretasi tahap julat skor min adalah seperti berikut :

Jadual 1 : Aras Tafsiran Nilai Min

Skor Min Tahap

1.00 – 2.50 Rendah

2.51 – 3.50 Sederhana

3.51 – 5.00 Tinggi

Sumber : Diadaptasi daripada Wiersma W., (1995)

Berikut merupakan jadual daripada kajian yang terlibat digabungkan bagi melihat jurang perbezaan penilaian persepsi antara pensyarah dan pelajar:

Jadual 2 : Persepsi pensyarah dan pelajar terhadap aplikasi e-Pembelajaran dari aspek penilaian sistem e-Pembelajaran yang digunakan dalam proses PdP

Kajian 1:

Persepsi Pensyarah Persepsi PelajarKajian 2:

Item Penyataan SkorMin Tahap SkorMin Tahap

A) Mesra Pengguna

2 Fail boleh dimuat turun dengan mudah. 3.58 Tinggi 3.72 Tinggi

3 Menu navigasi membantu anda menggunakansistem e-Learning dengan mudah. 3.54 Tinggi 4.88 Tinggi

4

Pautan ke laman utama (main page) dan laman-laman tambahan memudahkan anda mengendalikan

Sistem e-Learning ini. 3.58

Tinggi 4.88 Tinggi

Skor keseluruhan 3.56 Tinggi 4.57 Tinggi

(B) Interaktiviti dan Rekabentuk

5 Elemen-elemen dan ikon di dalam sistem

e-Learning ini sangat interaktif. 3.58 Tinggi 4.20 Tinggi

6 Apabila diklik, opsyen yang berkaitan di menu

akan berfungsi seperti yang diharapkan. 3.54 Tinggi 4.92 Tinggi

7 Apabila diklik, kebanyakan pautan yang diberikan

untuk ke laman web lain berfungsi dengan baik. 3.53 Tinggi 4.92 Tinggi

(7)

9 Saiz tulisan yang digunakan membuatkan sistem e-Learning ini kelihatan menarik. 3.54 Tinggi 3.92 Tinggi

10 Latar belakang dan penggunaan warna padapaparan sistem e-Learning yang digunakan adalah menarik.

3.47 Sederhana 3.72 Tinggi

11 Stail yang digunakan dari laman ke laman

membuatkan sistem e-Learning ini menarik. 3.58 Tinggi 3.72 Tinggi 12 Capaian antara halaman sangat interaktif 3.53 Tinggi 3.92 Tinggi

Skor keseluruhan 3.51 Tinggi 4.17 Tinggi

Berdasarkan Jadual 2 dapat dirumuskan bahawa pensyarah dan pelajar tidak menghadapi masalah dari aspek sistem e-Pembelajaran yang mesra pengguna. Masing-masing bersetuju dengan memberikan markah min skor keseluruhan ialah 4.06. Didapati pelajar memberikan skor yang lebih tinggi berbanding dengan skor pensyarah.

Dari aspek interaktif dan rekabentuk sistem pula dapatan menunjukkan markah min skor keseluruhan ialah 3.84. Kedua-dua skor ini berada ditafsiran tahap yang tinggi. Didapati juga pelajar turut memberikan skor yang lebih tinggi bagi setiap item berbanding pensyarah. Pensyarah memberikan skor sederhana bagi item 8 dan 10. Ianya berkemungkinan pensyarah merasakan paparan grafik, latarbelakang dan penggunaan warna pada paparan sistem boleh dibaiki supaya ianya lebih menarik.

Jadual 3 : Persepsi pensyarah dan pelajar terhadap aplikasi e-Pembelajaran dari aspek kandungan sistem e-Pembelajaran yang digunakan dalam proses PdP

Kajian 1: Persepsi Pensyarah

Kajian 2: Persepsi Pelajar

Item Penyataan SkorMin Tahap SkorMin Tahap

(C) Kegunaan dan Kesesuaian

13 Informasi yang diberikan di dalam sistem e-Learning adalah menepati kehendak pengajaran dan pembelajaran.

a. Teori (Nota Teori) 3.58 Tinggi 4.08 Tinggi

b. Amali (Video & Animation) 3.53 Tinggi 3.52 Tinggi

c. Penilaian (Kuiz & Ujian) 3.47 Sederhana 3.52 Tinggi

14 Informasi yang diberikan di dalam sistem e-Learning tersebut disampaikan dengan jelas.

a. Teori (Nota Teori) 3.54 Tinggi 4.20 Tinggi

b. Amali (Video & Animation) 3.52 Tinggi 3.52 Tinggi

c. Penilaian (Kuiz & Ujian) 3.29 Sederhana 3.52 Tinggi

15 Informasi yang diberikan boleh membantupensyarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

(8)

-16 Informasi yang diberikan boleh membantu pelajar-pelajar di dalam subjek-subjek yang dipelajari. 3.52 Tinggi 3.88 Tinggi

17

Pautan-pautan yang disediakan dapat membantu pensyarah dan pelajar dalam memperkemaskan lagi

mutu pengajaran dan pembelajaran. 3.53 Tinggi 3.88 Tinggi

18 Aplikasi e-Learning membantu pelajar

mempraktikkan Self Learning Time (SLT). 3.58 Tinggi 3.72 Tinggi

Skor keseluruhan 3.51 Tinggi 3.76 Tinggi

Berdasarkan Jadual 3 dapat dirumuskan bahawa pensyarah dan pelajar juga tidak menghadapi masalah dari aspek kegunaan dan kesesuaian sistem e-Pembelajaran. Dapatan menunjukkan markah min skor keseluruhan ialah 3.64. Bagi aspek ini pelajar memberikan skor yang lebih tinggi berbanding pensyarah.

Item 13c dan 14c merupakan pernyataan berkaitan penilaian terhadap pelajar. Didapati pensyarah memberikan skor yang sederhana pada bahagian ini. Ini berikutan pensyarah lebih memahami struktur kursus dan berkemungkinan mereka merasakan ianya perlu dikaji semula untuk memperbaiki kandungan penilaian pelajar.

Berikut pula analisis pemarkahan yang dibuat bagi melihat samada berlaku peningkatan kecemerlangan dalam modul-modul tertentu mengikut program. Analisis rekod pemarkahan yang dibuat adalah bagi pelajar semester satu program Sijil Pelukis Pelan Senibina, Sijil Mekanikal Pembuatan dan Sijil Teknologi Elektrik.

Hanya tiga sesi pengambilan yang dipilih berikutan bagi membuat perbandingan sebelum sistem dibangunkan (Sesi Nov 2013), sistem digunakan tetapi tidak menyeluruh (Sesi Julai 2014) dan sistem digunakan secara menyeluruh (Sesi Nov 2014). Peningkatan dan kemerosotan kecemerlangan pelajar dapat menggambarkan keberkesanan penggunaan sistem e-Pembelajaran dalam proses PdP di kolej.

Graf 1 : Perbandingan pelajar yang mendapat status cemerlang mengikut modul bagi program Sijil Pelukis Pelan Senibina

Modul SPS 1033

Modul SPS 1025

(9)

Berdasarkan paparan Graf 1, dapat diperhatikan bahawa modul Bahan Binaan 1 (SPS 1033), Grafik Senibina 1 (SPS 1025) dan Lukisan Kerja (SPS 1015) berlaku peningkatan peratusan status pelajar cemerlang. Peningkatan keputusan pelajar sebegini menggambarkan pelajar lebih memahami apa yang dipelajari dengan lebih baik berikutan proses PdP ditambahbaik.

Graf 2 : Perbandingan pelajar yang mendapat status cemerlang mengikut modul bagi program Sijil Mekanikal Pembuatan

Berdasarkan paparan Graf 2 pula, dapat diperhatikan bahawa ketiga-tiga modul iaitu Lukisan Kejuruteraan (SMN 1023), Pneumatik (SMN 1034) dan Teknologi Workshop (SMN 1013) mengalami peningkatan peratusan status pelajar cemerlang. Peratusan yang dicapai adalah masing-masing 100% bagi setiap modul.

Graf 3 : Perbandingan pelajar yang mendapat status cemerlang mengikut modul bagi program Sijil Teknologi Elektrik

Modul SMN 1023

Modul SMN 1034

Modul SMN 1013

Modul STE 1112

Modul STE 1122

(10)

Paparan Graf 3, dapat diperhatikan bahawa ketiga-tiga modul juga berlaku peningkatan peratusan status pelajar cemerlang. Modul yang terlibat ialah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (STE 1112), Prinsip Elektrik 1 (STE 1122) dan Pemasangan Elektrik Fasa Tunggal (STE 1146).

6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Secara keseluruhan hasil dapatan menunjukkan perlaksanaan sistem e-Pembelajaran di Kolej Komuniti Kuantan telah memberikan impak yang baik kepada pelajar dan pensyarah.

Beberapa cadangan penambahbaikan perlu dibuat bagi sistem e-Pembelajaran ini dapat digunakan dengan lebih berkesan. Aspek yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:

i) Paparan antaramuka, latarbelakang dan penggunaan warna perlu lebih mesra pengguna dan menarik.

ii) Isi kandungan penilaian (kuiz dan ujian) perlu dimurnikan semula supaya bersesuaian dengan struktur kursus.

iii) Penggunaan sistem e-Pembelajaran perlu dibuat secara menyeluruh terhadap modul lain.

iv) Sistem dicadangkan dinaiktaraf dengan memasukkan aspek penilaian secara atas talian.

v) Sistem dicadangkan mempunyai rekod kekerapan penglibatan pelajar dan pensyarah yang aktif melaksanakan perbincangan atas talian (online discussion) seperti cadangan Bates 2001.

Dengan terlaksananya semua penambahbaikan dan pemurnian aspek di atas diharapkan Kolej Komuniti Kuantan mampu mencapai lonjakan kesembilan seperti yang terkandung di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015–2025 yang merupakan kesinambungan kepada Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), yang dilancarkan pada tahun 2007.

7.0 KESIMPULAN

(11)

7.0 RUJUKAN

Wiersma W. (1995). Research Methods in Education: An Introduction. Boston: Allyn an Bacon.

Kaplan, L. (1999). The Cost of Networked Learning. Sheffield, UK: Sheffield Hallam University. Dicapai pada Oktober 11, 2012 dari www.shu.ac.uk/cnl/report1.html

Bates, T. (2001). National Strategies for E-learning in Post-Secondary Education. Paris: UNESCO: International Institute for Education Planning

Learnframe (2001). [Dalam Talian] http://www.elearningshowcase.com/elearnfaq [2001, May 31]

Rosmah, Rasidah, Nor Liza, dan Rohayu (2001). E-Pembelajaran dalam pendidikan. Diperoleh pada Mei 19, 2012 dari http://www.scribd.com

Buletin Board (2001). [Dalam Talian] http://www.ppk.kpm.my/ [2001, June 13]

Rubiah Omar dan Jamilah Hj. Ahmad (2009). Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam kalangan ahli akademik. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1),55-172

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015–2025. Dimuat turun pada 15 Mei, 2015, daripada http://hes.moe.gov.my/event/

Azliza Yusop dan Normilawati Hassan (2015). Dimuat turun pada 8 Jun, 2015, daripada http://www.academia.edu/12872262/KAJIAN_PERSEPSI_PENSYARAH_

TERHADAP_APLIKASI E-LEARNING_SEBAGAI_SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI_KOLEJ_KOMUNITI_KUANTAN

Normilawati Hassan dan Azliza Yusop (2015). Dimuat turun pada 8 Jun, 2015, daripada https://www.academia.edu/12872155/KAJIAN_PERSEPSI_PELAJAR_TERHADAP_ APLIKASI_SISTEM_E-LEARNING_KOLEJ_KOMUNITI_KUANTAN SEBAGAI SUMBER_PENGAJARAN_DAN_PEMBELAJARAN_TERKINI_DI_KOLEJ_ KOMUNITI_KUANTAN

Gambar

Grafik Senibina 1 (SPS 1025) dan Lukisan Kerja (SPS 1015) berlaku peningkatan peratusan

Referensi

Dokumen terkait

Aksesi mangga Dodor yang spesifik yang diperoleh di Desa Toaya berdasarkan analisis morfologi dan anatomi adalah TF9, TF11, dan TF14, di Desa Lero aksesi LR6, LR13,

Pelatihan peningkatan kemampuan mendongeng bagi guru dan orang tua siswa di PAUD Makanatut Thalibin ternyata mendapat respon yang sangat baik dan positif dari peserta

Hasil Uji Zona Inhibisi Kombinasi Antara Fraksi 24-28 Meniran dengan Amoksisilin dan Kloramfenikol Terhadap Bakteri S.aureus Interaksi yang ada pada kombinasi

pri čemer pomenijo: LCC - skupna sedanja vrednost stroškov življenjskega cikla posamezne alternative I - sedanja vrednost osnovnih investicijskih stroškov 21 Repl - sedanja

The work is original and based on field work and library research. Saood Alam Qasmi

sumber daya yang dibutuhkan dalam mendukung proses  produksi pengolahan  bahan pangan nabati dan hewani menjadi  produk pembersih 3.7 Memahami proses  pengolahan bahan  pangan

penulis yang berbeda dari penulis naskah têmbang pada umumnya menjadi alasan lain selain alasan dari segi filologis yang mengharuskan penelitian naskah untuk

dan menjaga kerukunan antar umat beragama serta meningkatkan kesadaran hidup berbangsa dan bernegara. Dinas Sosial Kota Depok sebagai Organisasi Perangkat Daerah yang