• Tidak ada hasil yang ditemukan

International Conference on Global Education VII Humanising Technology For IR 4.0

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "International Conference on Global Education VII Humanising Technology For IR 4.0"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

KESEDARAN INTEGRITI AKADEMIK DI ERA BIG DATA DI KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA

Elyn Binti Mohd Ridzwan, Azyati Binti Mohd Agos E-mail : azyati.agos@pmjb.edu.my

ABSTRAK

Tidak dapat dinafikan wujudnya hubungan simbiotis antara globalisasi dan teknologi maklumat di era big data saat ini. Perkembangan informasi sangat pesat dan pantas,telah membuka ekosistem baharu dalam capaian, untuk sesiapa sahaja dalam memperolehi ilmu pengetahuan, informasi dan data yang lengkap dan terbaharu. Kemudahan dalam mengakses informasi menjadikan seakan dunia tanpa batas, tanpa ada limitasi waktu dan jarak dalam memperoleh maklumat yang diinginkan. Hal ini menuntut mahasiswa untuk memiliki kesedaran integriti akademik yang baik serta terencana. Kajian ini bertujuan melihat tahap kesedaran

integrity akademik mahasiswa Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia dalam

mendemokrasikan capaian kepada ilmu di era big data bagi suatu dimensi pendidikan yang lebih bersepadu dan holistic dalam pembentukan modal insan berjiwa kelas pertama. Data dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik yang diedarkan kepada 350 orang mahasiswa Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kesedaran integriti akademik pelajar adalah tinggi secara keseluruhannya. Tidak terdapat perbezaan signifikan terhadap tahap kesedaran integriti akademik mengikut jantina bagi beberapa domain yang dikaji. Namun demikian data menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap kecerdasan IQ dalam membentuk kecerdasan moral dan kesedaran integriti akademik. Secara tuntasnya, pelajar perlu di didik bukan sahaja melengkapkan mereka dengan kecemerlangan ilmu akademik yang mapan, malah memperkasa daya tahan dan meningkatkan kepintaran moral bagi memanfaatkan penerokaan informasi dan ilmu di ruang pembelajaran era digital.

Kata Kunci : integriti akademik, big data, mahasiswa

LATAR BELAKANG KAJIAN

Fenomena Big Data mempengaruhi cara mengakses dan memperolehi data,

keupayaan memahami data yang diperolehi akan menentukan manfaat yang dapat digunakan ke atas data. Saat ini tercatat sekitar 2,5 quintilion bytes data yang di hasilkan, sebanyak 90% nya merupakan data di seluruh dunia yang terkumpul hanya dalam 2 tahun terakhir (Herschel & Miori, 2017). Fenomena Big data memainkan peranan penting dalam memperkasa globalisasi sebagai satu anjakan sosial. Tidak dapat dinafikan dengan wujudnya teknologi maklumat dalam bentuk big data dan globalisasi yang akan memungkinkan penggabungan serta penggunaan sejumlah data yang dihasilkan secara masif dan ini akan menggalakkan pendemokrasian ilmu pengetahuan berlaku. Lanskap teknologi maklumat dan jalinannya dalam lapangan pendidikan ini terus-menerus berkembang dengan pantas menyebab pelbagai isu yang memerlukan pertimbangan moral, undang-undang dan sosial timbul dikalangan mahasiswa.

Integriti atau ketelusan dalam akademik adalah asas dalam menguatkan sistem pendidikan sesebuah negara. Pembangunan moral dan akhlak mahasiswa perlu diberi perhatian yang mendalam kerana aspek penting ini berupaya memacu nilai sejagat yang mampu membentuk generasi ilmuan yang mempunyai nilai etika yang tinggi. Kini, isu yang melibatkan kesedaran integriti akademik yang rendah menunjukkan trend yang semakin parah dan akan merosakkan nilai integriti sesebuah sistem pendidikan. Jika

(2)

fenomena ini tidak diberi perhatian yang serius, implikasi yang cukup besar akan berlaku. Kesannya ia boleh menjejaskan sistem pendidikan malah menyukarkan institusi pendidikan untuk mencapai matlamat akademik dan seterusnya menjadi medan penyebaran ilmu (Jurdi, Hage,& Chow, 2011).

Dunia yang penuh persaingan hari ini memerlukan golongan berkemahiran, bersemangat kental, mempunyai ilmu pengetahuan dan memiliki kecerdasan intelek serta moral sebagaimana yang diingini dalam falsafah pendidikan Negara. Pelajar yang cemerlang bukan sahaja berjaya dalam bidang akademik tetapi juga perlu mempunyai kepintaran moral dan emosi yang mapan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran. Goleman (1995) berjaya menyedarkan banyak pihak betapa pentingnya kematangan moral dan emosi dalam kehidupan. Menurut beliau manusia hanya menggunakan 20% sahaja IQ berbanding 80% EQ untuk mencapai kejayaan.

OBJEKTIF KAJIAN

Keperluan kajian ini di laksanakan berasaskan beberapa objektif khusus yang telah dikenalpasti, iaitu:

1. Menentukan tahap kesedaran integriti akademik pelajar Politeknik dan Kolej

Komuniti Malaysia dalam mengakses informasi di era big data.

2. Mengenalpasti perbezaan tahap kesedaran integriti akademik mengikut jantina.

3. Mengenalpasti sama ada kecerdasan IQ mempengaruhi tahap kesedaran integriti

akademik pelajar.

SIGNIFIKAN KAJIAN

Berdasarkan perkembangan akademik semasa, terlalu banyak timbul isu yang dikaitkan dengan tahap kesedaran integriti akademik yang mempunyai hubungan yang signifikan dengan perlakuan pelajar yang terbabit secara khusus dengan proses pembelajaran. Terdapat banyak kajian yang dijalankan sebelum ini menunjukkan nisbah angka yang tinggi iaitu seperti Norsihadan Nurliyana (2013) menyatakan 80% pelajar di Malaysia melakukan ketidakjujuran akademik yang menginterpretasi tahap integriti akademik mereka sangat rendah. Center for Academic Integrity (1999) melaporkan lebih 70% pelajar pengajian tinggi terlibat dengan ketidakjujuran akademik dan ini dikuatkan lagi dengan laporan Domeova dan Jindrova (2013) ke atas laporan yang dibuat oleh (CAI) menyokong data tersebut yang mendapati bahawa lebih 75% daripada pelajar-pelajar pengajian tinggi tiada kesedaran integeriti akademik. Di era big data dengan promosi maklumat dihujung jari, pembangunan etika dan integriti akademik perlu dititikberatkan kerana ini menjadi indikator dan petunjuk pembangunan sesebuah sistem pendidikan lebih baik dan berprestasi tinggi.

PERNYATAAN MASALAH

Revolusi Industri 4.0 yang rancak berlaku di seluruh dunia memerlukan semua pihak bergerak pantas seiring dengan pembangunan pesat dalam sistem automasi lebih pintar. Tidak terkecuali kepesatan perkembangan di bidang akademik yang menuntut keluhuran moral dan kesedaran integriti yang tinggi dalam pendemokrasian ilmunya. Globalisasi dan teknologi internet telah berjaya mewujudkan senario pembelajaran sepanjang hayat. Namun begitu, internet hanyalah teknologi yang memudahkan proses pencarian ilmu pengetahuan dan kemahiran, jika individu tidak komited malah tidak telus mengadaptasi maklumat yang tersedia, maka internet akan gagal meningkatkan kualiti pembelajaran itu sendiri. Pembelajaran terbuka dan jarak jauh masih boleh

(3)

diancam oleh masalah ketidaktelusan akademik yang dilakukan oleh para mahasiswa kerana transmisi ilmu secara maya ini.

Kurangnya integriti akademik menjadi kebimbangan sejagat dan setiap tahun banyak penyelidikan telah dijalankan sama ada di institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta (Sevari Karim &Ebrahimi, 2011).Adalah menjadi kebiasaan masalah integriti akademik berlaku di institusi pengajian tinggi kini (Beck, 2014).

Ramai mahasiswa pada masa kini begitu mudah mengambil dan meniru karya penulis lain untuk dijadikan sebagai tugasan mereka untuk dihantar kepada pensyarah (Auer & Kruper, 2001 & Laird, 2001). Perbuatan sebegini adalah sangat tidak etika dan menggambarkan kesedaran integriti akademik tidak diaplikasikan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa institusi pengajian tinggi. Berdasarkan apa yang telah dibincangkan di atas, rata-rata kajian lepas mengatakan bahawa isu integriti dan ketidaktelusan akademik adalah suatu masalah yang kian meruncing. Akan tetapi

sistem pendidikan yang menekankan pembelajaran berasaskan amali atau “hands-on

seperti yang terdapat di Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Latihan Perindustrian (ILP), Sekolah Menengah Vokasional (SMV) dan banyak lagi institusi lain perlu diperhatikan tahap kecerdasan moral dan kesedaran integriti akademik mereka untuk melihat hubungannya dengan penguasaan kecerdasan inteleknya dalam ilmu kemahiran. Isu kesedaran integriti akademik adalah sangat berkait dengan nilai moral yang ada didalam diri mahasiswa. Oleh itu, satu kajian akan dijalankan untuk mengenalpasti hubungan yang mungkin wujud di antara kecerdasan intelektual dengan kematangan moral dan melihat sejauhmana hubungan kecerdasan intelektual dalam memberi pengaruh terhadap pembentukan integriti akademik dalam melahirkan mahasiswa serta graduan yang lebih holistik dan bersepadu.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian Kesedaran Integriti Akademik Di Era Big Data Di Kalangan Pelajar Politeknik Dan Kolej Komuniti Malaysia ini menggunakan kaedah kuantitatif secara soal selidik keatas 350 orang pelajar yang mewakili seluruh populasi Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia yang dalam pelbagai program peringkat Diploma dan Sijil di Politeknik dan Kolej Komuniti masing-masing. Soal selidik yang telah di jawab, dikumpulkan dan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Analisis dibuat bagi mendapatkan min, peratus dan korelasi antara pembolehubah daripada data yang dikumpulkan.

KAJIAN LITERATUR

Kajian dalam isu integrity akademik telah lama dilaksanakan. Elliot, Deal&Hendrik, (2014). Sebanyak 107 kajian secara spesifik telah dijalankan pada tahun 1970-an. Simkindan McLeod (2010) mendapati 60-86% mahasiswa terlibat dalam ketidakjujuran akademik, Begitu juga kajian yang dijalankan oleh McCabe (2005), merangkumi 80,000 mahasiswa, hasilnya menunjukkan 21% mahasiswa mengakui melakukan ketidakjujuran akademik sekurang-kurangnya sekali, manakal 63% lagi melakukan plagiat.

Kajian serupa juga telah banyak dilakukan oleh pengkaji-pengkaji Malaysia terhadap mahasiswa institusi pengajian tinggi (Sevari & Ebrahimi, 2012). 82 % pelajar UiTM juga pernah melakakukan perkara yang sama berdasarkan kajian Nursiha dan Nurliyana (2013). Ramlan, Zaharah dan Saedah juga mendapati 55% pelajar Muslim pada 2014 terlibat dengan ketidakjujuran akademik dan angka ini meningkat kepada 63 % pada 2015.

(4)

Penanda aras kemajuan dan intelektualiti sesebuah negara diukur melalui ilmu pengetahuan dan nilai integriti rakyatnya. Semakin tinggi nilai akademik dan integriti sesebuah negara semakin tinggi indeks kompetensi dan kemajuan sesebuah negara dapat dilihat (Ramlan, 2017). Kajian kesedaran plagiat di kalangan mahasiswa Pengajian tinggi juga telah banyak dikaji. Walau bagaimanapun, kajian ke atas mahasiswa di Malaysia masih kurang. Kajian oleh Arief Salleh.et.al (2008) bagi mengetahui pandangan mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam plagiarisme mendapati masih kabur dan tidak jelas. Hasil analisis kajian oleh Mavis V.J. (2009) bertajuk Plagiat: Persepsi Dan Amalan Mahasiswa/Mahasiswi Program Kemanusiaan Di Unimas menunjukkan pemahaman mahasiswanya terhadap plagiat masih di tahap sederhana dan data juga menunjukkan yang isu plagiat dipandang sederhana serius. Sebab utama mereka plagiat adalah kurang kemahiran akademik (Arieff Salleh. et.al. 2008). Walau bagaimanapun dapatan Latisha dan Surina (2012) ke atas 100 orang mahasiswa diploma universiti awam Malaysia mendapati majoritu pelajar faham dan mengetahui mengenai undang-undang institusi terhadap isu ketidakjujuran akademik termasuklah plagiarism.

Peningkatan dalam trend plagiarism di kalangan pelajar adalah kerana mudahnya mendapatkan bahan-bahan daripada internet. Kenyataan ini disokong kuat oleh Dawson (2004), serta Devlin dan Gray (2007). Smith, et.al. (2007) pula mendapati bahawa kurangnya kesedaran mengenai plagiarism adalah punca utama peningkatan trend ini. Manakala Zuraina Ali, Hafizoah Kassim, Zarina Mohd Ali, Noor Raha Mohd Radzuan, dan Nor Yazi Khamis (2007) pula mendapati mahasiswa tidak sedar bahawa melakukan plagiat merupakan masalah serius dan mereka tidak sedar terdapat undang-undang dan pengawalan terhadap salahlaku ini oleh pihak university atau institusi. Noran Fauziah Yaakub (2000) pula menyatakan faktor sikap peribadi dan tekanan menjadi penyebab atas salahlaku plagiarism di kalangan mahasiswa.

Kajian-kajian lepas juga menunjukkan bahawa faktor demografi juga memainkan peranan dalam pelakuan salahlaku ketidakjujuran akademik. Faktor demografi ini termasuklah jantina, program pengajian, dan pencapaian pelajar. Kajian oleh Belcheir (2005) Park (2003), Sheard, Markham, & Dick, (2003) telah membuktikan kenyataan

tersebut. Dapatan kajian oleh Smith, et.al (2007) dan Arieff et.al (2008) menunjukkan

pelajar lelaki lebih mudah melakukan plagiartism berbanding pelajar perempuan.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN Demografi Responden

Jadual 1 Demografi Responden

Profil Peratus(%) Jantina Lelaki 45 Perempuan 55 HPNM Cemerlang (3.00 – 4.00) 71.7 Sederhana (2.00-2.99) 26.7 Lemah (1.00-1.99) 1.7

Berdasarkan Jadual 1 Demografi Responden, 55% responden adalah perempuan manaka bakinya (45% ) adalah lelaki. 71% responden yang menjawab soalselidik ini mempunyai keputusan cemerlang iaitu Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) adalah antara 3.00 hingga 4.00. Hanya 1.7% responden dalam kategori lemah ( HPNM 1.00-1.99) sementara 26.7% lagi adalah pelajar yang sederhana (HPNM 2.00-2.99)

(5)

Dapatan hasil kajian bagi soal selidik yang diedarkan dianalisis untuk menentukan peratusan dan tahap min. Untuk menganalisa makna nilai min bagi empat markah skala likert, kajian ini dibahagikan mengikut justfikasi kepada dua mata iaitu tahap rendah dan tinggi. Maka skor min daripada analisa kajian ini adalah berdasarkan jadual justifikasi dibawah.

Skor Min Intepretasi

1.00 – 2.50 Rendah

2.51 – 4.00 Tinggi

Dapatan hasil kajian adalah untuk menjawab objektif khusus di bawah:

1. Menentukan tahap kesedaran integriti akademik pelajar Politeknik dan Kolej

Komuniti Malaysia dalam mengakses informasi di era big data.

Jadual 2: Ujian Diskriptif dilakukan untuk kesemua pembolehubah bagi setiap domain

yang dikaji.

PEMBOLEHUBAH MIN SISIHAN

PIAWAI

Kesedaran Kendiri 3.31 0.36

Mengendali Integriti Kendiri 2.88 0.43

Sumber Rujukan Era Big Data

2.88 0.43

Etika Menggunakan Internet 2.93 0.37

Hasil kajian menunjukkan kesemua domain yang diuji bagi setiap pembolehubah mencapai skor min yang tinggi. Ini menunjukkan rata-rata responden dari Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia mempunyai kesedaran kendiri yang memberangsangkan iaitu sangat optimistik, berwawasan, positif dalam menghadapi cabaran sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Mereka juga mampu mengendali integriti kendiri dengan baik bahkan sedar akan kesan kesalahan tidak telus dalam mencari maklumat ilmiah dalam proses pembelajaran mereka. Responden turut mengakui mereka akan merujuk kepada sumber rujukan yang pelbagai dalam meyiapkan tugasan. Malah sebahagian mereka menjadikan pensyarah sebagai rujukan disamping rujukan secara maya di internet. Mencari maklumat, menapis serta memberi kredit keatas hasil kerja orang lain sememangnya diamalkan oleh majoriti responden dalam kajian ini. Maka, boleh di simpulkan bahawa tahap kesedaran integriti akademik pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia dalam mengakses informasi di era big data adalah tinggi di mana bacaan min keseluruhan bagi setiap pemboleh ubah adalah di antara 2.88 sehingga 3.11.

2. Mengenalpasti perbezaan tahap kesedaran integriti akademik mengikut

jantina.

Jadual 3: Min dan sisihan piawai tahap kesedaran integrity akademik mengikut jantina

Jantina N Min Sisihan Piawai t

Lelaki 135 3.29 .389

-0.666

(6)

Keputusan analisa mendapati , min skor tahap kesedaran integrity pelajar lelaki ialah 3.72 lebih rendah daripada min skor kesedaran integriti akademik pelajar perempuan iaitu 3.75. Perbezaan ini adalah tidak signifikan memandangkan t = -0.744 iaitu lebih rendah daripada t = 1.966 (p>0.05). Hasil dapatan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap kesedaran integriti akademik antara lelaki dan perempuan pada aras keyakinan α = 0.05.

3. Mengenalpasti sama ada kecerdasan IQ mempengaruhi tahap kesedaran

integriti akademik pelajar.

Di dalam kajian ini, tafsiran McBurney (2001) akan digunakan sebagai mengukur kekuatan kolerasi setiap pemboleh ubah. McBurney(2001) menyatakan, kolerasi digunakan untuk mengukur perkaitan antara pemboleh ubah. Kolerasi Pearson r digunakan untuk mengukur darjah hubungan antara dua pemboleh ubah di dalam skala antara 0 hingga 1.00. Namun, hubungan antara pemboleh ubah juga boleh berlaku di dalam keadaan negatif iaitu antara 0 hingga – 1.00.

Jadual 4: Hubungan Kecerdasan IQ mempengaruhi tahap kesedaran integriti akademik

Pembolehubah Korelasi Pearson ,r Signifikan, p Tahap Hubungan

Kesedaran Kendiri .865 .032 Perkaitan kuat

Mengendali Integriti Kendiri

.754 .001 Perkaitan

sederhana

Sumber Rujukan

Era Big Data

.882 .083 Perkaitan kuat

Etika

Menggunakan Internet

.866 .012 Perkaitan kuat

Berdasarkan dapatan analis Korelasi Pearson yang dilakukan pada Jadual di atas, didapati bahawa faktor kecerdasan IQ yang diwakili oleh HPNM dan tahap kesedaran integriti akademik responden mempunyai hubungan yang positif di mana kesemua nilai pemboleh ubah yang dikaji berada pada kadar signifikan kurang 0.05 (2 tailed). Keadaan ini memberi gambaran bahawa kecerdasan IQ memainkan peranan penting menyumbang kepada tahap kesedaran integriti akademik. Kecerdasan IQ yang rendah menginterpretasi responden mempunyai tahap kesedaran integriti akademik yang rendah dan begitulah sebaliknya.

RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Hari ini wujud pelbagai perubahan corak hidup dan sistem sosial masyarakat dunia kesan daripada arus era globalisasi. Dek kerana kesan globalisasi tidak dapat kita elakkan maka, masyarakat perlu bergerak seiring dengan kepantasan perubahan yang dibawa oleh globalisasi itu sendiri. Sebagai usaha untuk penyesuaian, penguasaan ilmu dan pengetahuan baru dapat dilakukan melalui pembelajaran sepanjang hayat.

Tidak dapat disangkalkan lagi, teknologi internet telah membuka peluang meningkatkan keupayaan pembelajaran dan perkembangan profesionalisme individu. Internet memberi ruang kepada setiap orang meneruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai cara. Malah ia membantu sistem pendidikan masyarakat ke arah perkongsian maklumat tanpa batasan. Perkongsian dan pencarian maklumat

(7)

tanpa sekatan ini amat bermanfaat jika dilayari dengan kesedaran integriti akademik yang tinggi semasa menghasilkan tugasan dan penulisan.

Berdasarkan kepada dapatan kajian, terdapat kesedaran integriti akademik yang tinggi di kalangan pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia sepanjang proses pengajian mereka. Beberapa faktor penting menyumbang kepada perkembangan positif

ini antaranya ekosistem pembelajaran secara hands on dimana proses pengajaran dan

pembelajaran banyak bergantung kepada bimbingan pensyarah secara terus. Program kesedaran yang dianjurkan oleh institusi turut menyumbang kepada sinergi positif ini. Mahasiswa diasuh dan dididik dengan amalan etika kendiri yang mapan dalam suasana pembelajaran yang inklusif akan memberi impak baik kepada masa depan pendidikan Negara. Kewujudan perisian akademik yang menyokong penulisan pelajar yang lebih bermutu seperti Turnitin juga membantu meningkatkan tahap kesedaran integriti akademik dikalangan mahasiswa Politeknik dan Kolej Komuniti.

Hasil kajian ini tidak sependapat dengan dapatan kajian yang dilaksanakan sekitar tahun 2016 oleh beberapa pengkaji terhadap mahasiswa di Malaysia yang mana kajian menunjukkan amalan ketidakjujuran akademik masih berlaku secara berleluasa dikalangan mahasiswa. Kebanyakan aspek dikaji menunjukkan nilai yang tinggi dimana ianya menjuruskan kepada amalan dan pelakuan ketidakjujuran akademik sering dilakukan.

Kesedaran integriti akademik mahasiswa dapat ditingkatkan melalui pendidikan moral yang diberikan oleh keluarga, institusi pendidikan, dan masyarakat. Komitmen, kerjasama dan konsistensi dari semua pihak dalam memberikan kesedaran moral pada para mahasiswa amat diperlukan. Dengan kesedaran dan kecerdasan moral yang dimiliki mahasiswa, mereka akan terjaga dari tribulasi dan tekanan etika yang tidak dapat dielakkan dalam era big data yang tiada sempadan ini. Elemen kecerdasan IQ mahupun kesedaran moral dapat mempersiasiagakan mahasiswa dari mengakses informasi-informasi yang tidak sesuai dengan menjaga nilai-nilai insaniah yang sedia ada.

RUJUKAN

Herschel, R., & Miori, V. (2017). Ethics & Big Data. Technology in Society. doi: 10.1016/j.techsoc.2017.03.003

(Sari 22 (2004) 77 - 96 Globalisasi, Teknologi Maklumat dan Ilmu: Menyuluh Pengalaman Malaysia

Latisha Asmaak Shafiee & SurinaNayan. (2012). The Net Generation and Academic Dishonesty in Malaysia. Technology Innovations in Education. pp 181-186. Dawson, J. (2004, 9-10 February). Plagiarism: What’s really going on? Paper Presented

at the Seeking Educational Excellence. 13th Annual Teaching and Learning Forum, Perth: Murdoch University.

Devlin, M., & Gray, K. 2007. In Their Own Words: A Qualitative Study of the Reasons Australian University Students Plagiarize.Higher Education Research &

Development. 26(2): 181-198. Retrieved from

http://www.informaworld.com/10.1080/07294360701310805

Smith, M., Noorlaila Ghazali, & Siti Fatimah Noor Minhad. 2007. Attitudes Towards Plagiarism Among Undergraduate Accounting Students: Malaysian Evidence.

Asian Review of Accounting, 15(2):122-146.Retrieved from

http://www.emeraldinsight.com/Insight/viewPDF.jsp?contentType=Article&Filen ame=html/Output/ Published/EmeraldFullTextArticle/Pdf/3410150202.pdf.

(8)

Zuraina Ali, Hafizoah Kassim, Zarina Mohd Ali, Noor Raha Mohd Radzuan, & Nor Yazi Khamis. 2007. Designing Standard Plagiarism Guidelines Internet Materials, Universiti Malaysia Pahang, Pahang.

Noran Fauziah Yaakub. 2000. Procrastination Among Students in Institutes of Higher Learning: Chalenges for K-Economy Retrieved 1 April, 2009, from http://mahdzan.com/papers/procrastinate/default.asp

Belcheir, M. J. 2005. Academic Dishonesty at Boise State University (Research Report). Boise: Boise State University, Office of Institutional Assessment. Park, C. 2003) In Other (people's) Words: Plagiarism by University Students-literature

and Lessons Assessment & Evaluation in Higher Education 28(5): 471-488. Retrieved from http://www.informaworld.com/10.1080/02602930301677

Sheard, J., Markham, S., & Dick, M. 2003. Investigating Differences in Cheating Behaviours of IT Undergraduate and Graduate Students: The Maturity and Motivation Factors.Higher Education Research & Development 22(1): 91-108.

Retrieved from

http://www.it.uu.se/edu/course/homepage/datadidaktik/ht07/teaching/Investigatin g%20Cheating%20 HERD%202003.pdf.

Arieff Salleh Rosman, Ahmad Mahyuddin Hassan, Azmi Shah Suratman, Mohd Nasir Ripin, & Nurazmallail Marni. 2008. Persepsi Pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Terhadap Plagiarisme. Jurnal Teknologi . 48(E): 1-14. Retrieved from http://eprints.utm.my/8736/

McCabe, D.L. (2005).Cheatingamongcollege and university students: A North American perspective.International Journal for Educational Integrity,1(1).

Elliot, J., Deal, J., &Hendryx, M. (2014).Exposing academic dishonesty: Prevalence and correlates at a small,Midwestern liberal-arts school. Journal of Academic and Business Ethics, 9, 1-18.

Simkin, M., & McLeod, A. (2010). Why do college students cheat? Journal of Business Ethics, 94(3).

Latisha Asmaak Shafiee & SurinaNayan. (2012). The Net Generation and Academic Dishonesty in Malaysia. Technology Innovations in Education. pp 181-186. Saveri Karim & Ebrahimi Ghavam. (2011). The Relationship between Self Control, self

effectiveness, Academic Perfomance and Tendency toward Academic Cheating: A Case Report of University Survey in Iran. Malaysina Journal of Distance Education, 13(2), pp 1-8.

Nursiha Saidin, Nurliyana Isa.(2012). Investigating Academic Dishonesty among Language Teacher Trainee: The Why and How of Cheating. Procedia-Social and Behavioral Sciences. 90, 522-529

Integriti Akademik Berasaskan Penghayatan Rohani.University of Malaya. Retrieved from http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/7854

Referensi

Dokumen terkait

Retribusi Terminal adalah pelayanan atas penyediaan tempat parkir untuk kendaraan penumpang bis umum dan mobil barang, tempat kegiatan usaha, fasilitas lainnya di

Dalam kesempatan ini juga, dengan menghayati bahwa kehidupan dan pertumbuhan jemaat di GKI Kemang Pratama adalah tanggung jawab kita bersama, marilah dalam rasa syukur

638/BPBD/2016 tanggal 26 Agustus 2016 tentang Perpanjangan Penetapan Status Siaga Darurat Penanggulangan Bencana Asap Akibat Kebakaran Hutan dan Lahan di Provinsi

Muhibbin mengandung kritik yang membahas mengenai masalah pendidikan, masalah kejahatan, masalah generasi muda pada masyarakat modern, masalah peperangan, masalah

Makanan yang paling banyak dikonsumsi oleh ikan sepat siam baik yang berukuran kecil maupun besar adalah mikroalga dari Kelas Bacillariophyceae berjenis Diatoma, Melosira, dan

Fungsi Save, adalah fungsi yang digunakan untuk menyimpan citra hasil deteksi tepi, atau dapat juga digunakan untuk menyimpan citra yang telah diolah dengan beberapa jenis operasi

Pertama, dari segi semantis, baik pada diatesis pasif bahasa Jepang maupun bahasa Indonesia, pendamping inti yang berperan penanggap adalah yang mengalami suatu peristiwa

Berdasarkan hasil pengamatan yang telah dilakukan, aktivitas guru pada penerapan model Siklus Belajar ( Learning Cycle ) ini, menunjukkan adanya peningkatan aktivitas