• Tidak ada hasil yang ditemukan

International Conference on Global Education VII Humanising Technology For IR. 4.0

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "International Conference on Global Education VII Humanising Technology For IR. 4.0"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

PENGGUNAAN PETA PEMIKIRAN I-THINK TERHADAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

DI SEKOLAH RENDAH

Izzah Farhanah binti Zulkifli Dr. Nurfaradilla Mohamad Nasri

Abstrak

Kurikulum pendidikan mengandungi elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) berdasarkan tanda aras antarabangsa sebagai ketetapan kejayaan murid. KBAT ialah kemampuan individu bagi membuat penaakulan dengan menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan nilai juga refleksi untuk menyelesaikan masalah, dan seterusnya membuat keputusan selain berinovasi bahkan mampu mencipta sesuatu yang baharu. Oleh itu, kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan peta pemikiran i-Think dalam meningkatkan penguasaan KBAT bagi subjek Bahasa Melayu sebagai usaha mengamalkan kemahiran berfikir dalam kalangan murid tahun 3. Penggunaan alat berfikir peta pemikiran ini juga bagi melahirkan murid yang berupaya menganalisis serta membuat penilaian. Kaedah penyelikan kuantitatif kuasi eksperimen yang berbentuk pra-pasca kumpulan tidak seimbang digunakan dalam kajian ini. Data diperoleh daripada borang soal selidik dan pencapaian skor ujian pra dan ujian pasca yang telah diedarkan kepada responden sebelum dan selepas tindakan dilaksanakan. Hasil kajian ini menunjukkan penggunaan peta pemikiran i-Think dalam pengajaran dan pemudah caraan subjek Bahasa Melayu telah memberikan pengaruh positif terhadap penguasaan KBAT dalam kalangan murid. Peningkatan markah yang diperoleh daripada ujian pasca juga menunjukkan penggunaan peta pemikiran i-Think sebagai alat berfikir adalah amat pratikal diaplikasikan oleh para guru subjek Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pemudah caraan. Kajian ini juga membantu merangsang KBAT murid dengan pengetahuan penggunaan peta pemikiran yang bersesuaian dengan topik pembelajaran.

Kata kunci : KBAT, peta pemikiran, i-think, kemahiran berfikir aras tinggi

PENGENALAN

KBAT atau HOTs menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2012) adalah berdasarkan Taksonomi Bloom merujuk kepada empat aras teratas kemahiran berfikir iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) merupakan agenda penting dalam pendidikan Malaysia. Šlaus dan Jacobs (2011) menyatakan bahawa pendidikan adalah penyumbang utama pembangunan Negara. Oleh itu kemahiran KBAT ini telah ditafsirkan secara terus melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) (KPM, 2013) kesan dari keputusan pentaksiran antarabangsa PISA dan TIMSS yang menurun 2009 hingga 2015. Pembelajaran bahasa, matematik dan sains dalam PISA dan TIMSS menjadi penandaaras pada peringkat antarabangsa.

Sukiman et al. (2012), menyatakan bahawa cita-cita KPM untuk melahirkan modal insan yang mampu bersaing dalam era globalisasi tidak mampu direalisasikan apabila corak pegajaran dan pembelajaran tiada perubahan. Menurut Rosnani Hashim (2003) pula, sekiranya dibandingkan dengan aspek lain, aspek guru memainkan peranan penting yang menentukan kejayaan penggunaan KBAT. Penguasaan dan kemahiran terhadap kemahiran berfikir dalam kalangan guru amat perlu sebagai persediaan untuk mengamalkan malah mengaplikasikan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pemudahcaraan (Yahya Othman, 2014). Dalam kajian lepas ada menyatakan bahawa

(2)

berlaku kurangnya penggunaan kaedah pengajaran yang mampu menggalakkan pelajar berfikir aras tinggi dalam kalangan guru. Menurut Nor Razah (2011), pemikiran aras rendah serta tidak bersifat global sering diamalkan para pelajar. Perkara ini turut dinyatakan Nor Hasnida dan rakan-rakan (2011) iaitu pelajar masih berada pada tahap sederhana dalam kemahiran berfikir yang secara tidak langsung telah memberi impak terhadap perkembangan pemikiran aras tinggi pelajar.

Pengkaji lebih memberi fokus dalam kajian ini kepada peningkatan penguasaan KBAT dalam kalangan responden dengan mengaplikasikan Peta Pemikiran I-think terutama dalam kemahiran membaca. Pengaplikasian peta pemikiran i-Think merupakan salah satu strategi PdPc yang mampu merangsang kemahiran berfikir dalam kalangan murid. Oleh hal yang demikian, kajian ini diharap dapat menjawab persoalan tentang pengaruh penggunaan peta pemikiran i-Think terhadap KBAT dalam kalangan murid di sekolah rendah dan menilai perbezaan penguasaan KBAT dalam kalangan murid sebelum serta selepas penggunaan peta pemikiran i-Think. Kajian ini dijangka akan memberi faedah kepada para guru untuk menjadikan peta pemikiran i-Think sebagai salah satu alat untuk meningkatkan KBAT murid di sekolah rendah. Kajian ini dapat memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman cara-cara penggunaan alat berfikir iaitu peta pemikiran i-Think. Kefahaman mereka dalam penggunaan i-Think dapat mempercepat proses berfikir aras tinggi yang dapat dizahirkan menggunakan alat berfikir. Kajian ini diharap dapat memberi faedah kepada sistem pengajaran dalam pendidikan yang perlu selari dengan perkembangan arus globalisasi agar negara Malaysia tidak ketinggalan jauh kebelakang dalam usaha untuk menjadikan sistem pendidikan bertaraf dunia.

Objektif Kajian

Kajian yang dilaksanakan ini bertujuan mencapai tiga objektif kajian berdasarkan hipotesis yang telah dibina. Objektif kajian ini juga berkenaan persoalan sesuatu kajian yang akan dilaksanakan dan perlu selaras dengan permasalahan atau isu yang dikaji. Objektif dalam kajian ini berkaitan dengan tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam kalangan murid di sekolah rendah. Objektif yang telah dibina ini telah dipastikan mampu diukur serta dinilai sepanjang kajian ini dilaksanakan.

1. Mengenal pasti sama ada terdapat hubungan signifikan antara pengetahuan penggunaan peta pemikiran i-Think dengan tahap peguasaan KBAT murid di sekolah rendah.

KAJIAN LITERATUR

Konsep Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

Menurut Brookhart (2010) Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan kemahiran mempersoal, memahami, berupaya, menganalisa sesuatu bagi memahami pemikiran sendiri serta orang lain manakala Rajendran (2014) dan Yee et al., (2015) pula menyatakan bahawa KBAT ialah aras paling tinggi dalam proses kognitif dengan melibatkan pembinaan konsep, menganalisis, mengaplikasi, sintaksis juga menilai maklumat terkumpul mahupun yang dicetuskan melalui pengamatan, refleksi untuk penyelesaikan masalah, penaakulan sebagai satu proses terhadap tindakan KBAT. Konsep KBAT ini juga terkandung dalam Buletin Transformasi Pendidikan Malaysia (2015) dengan turut menekankan kemahiran membuat keputusan, berinovasi dan mampu mencipta sesuatu yang baharu. Dalam PdPc di Malaysia, KBAT yang digunakan adalah daripada model Taksonomi Bloom Semakan Semula oleh Anderson dan Krathwohl (2001) yang juga memberi fokus terhadap pengaplikasian pemikiran

(3)

kritikal, logikal, kreatif,reflektif dan juga meta kognitif (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2014).

Konsep Peta Pemikiran i-Think

I-Think ialah pemikiran yang inovatif. Murid milenial amat perlu diberikan pendedahan dengan kemahiran berfikir aras tinggi untuk bersaing di peringkat global. Pihak Agensi Inovasi Malaysia telah menghasilkan modul i-Think yang boleh meningkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir kreatif, kritis dan inovatif. Modul ini diperkenalkan kerana KBAT dalam kalangan pendidik dan murid masih ditakuk rendah seperti hasil kajian keperluan (2011). Oleh itu, sepuluh sekolah rendah telah menjadi perintis untuk program i-Think di seluruh Malaysia dan guru-guru sekolah tersebut serta jurulatih kebangsaan dilatih oleh Kestrel Education yang menjadi perunding untuk memberikan kursus KBAT. Penggunaan alat berfikir ini dapat membantu murid untuk lebih memberi tumpuan dalam pembelajaran, membina keyakinan diri serta bergerak aktif dalam kelas. Hal ini demikian kerana kaedah penggunaan peta pemikiran lebih berpusatkan murid manakala guru sebagai pemudahcara.

Murid akan mendapat dorongan daripada peta pemikiran bagi memahami konsep, analisis masalah dan penyelesaian masalah (Hyerle & Yeager, 2012). Peta pemikiran i-Think dan KBAT amat sinonim antara satu sama lain. Menurut Kamarudin & Siti Hajar (2004), semua operasi berfikir atau kognitif seperti sintesis, analisis dan penilaian adalah saling berkaitan dengan KBAT yang menjelaskan kemampuan sesuatu proses kognitif yang berlaku dalam memori jangka pendek seseorang. Selain itu, KBAT juga berlaku sekiranya individu mendapat matlumat baharu, kemudian meletakkannya dalam ingatan, mengatur, menghubungkan pengetahuan sedia ada individu dan menjanakan pengetahuan bagi mendapatkan sesuatu malahan untuk menyelesaikan masalah rumit (Tengku Fairus dan Zamri, 2014). Kedua-dua pengkaji ini juga memberi cadangan agar para pendidik menerapkan KBAT di dalam pengajaran dan pemudah caraan. Berdasarkan Hyerle (2011), peta pemikiran terdiri daripada lapan jenis iaitu Peta Bulatan, Peta Pokok, Peta Buih, Peta Buih Berganda, Peta Alir, Peta Pelbagai Alir, Peta Titi Dan Peta Dakap.

Kajian tentang teori-teori yang berkaitan

Teori kognitif dikenal pasti saling berhubung dengan pembudayaan kemahiran berfikir aras tinggi yang dihasratkan oleh kementerian pendidikan untuk melahirkan murid yang berfikiran inovasi dan berkeupayaan untuk bersaing dengan dunia moden kini. Menurut Nik Basri (2005), teori ini menunjukkan pembelajaran adalah perubahan apabila pengetahuan yang terdapat dalam ingatan disimpan. Di samping itu, perubahan skema dan bentuk pengetahuan adalah tanda meningkatnya ilmu pengetahuan dalam memori jangka panjang ( Kamarudin & Siti Hajar, 2004). Hal ini jelas menerangkan bahawa di dalam otak seseorang individu pasti berlaku proses mentalis.

Proses pembelajaran terjadi dalam fikiran malah tidak boleh dilihat secara terus melalui sikap dan perbuatan adalah yang diperkatakan oleh teori kognitif. Teori ini berfokus kepada kaedah pembelajaran contohnya pemikiran terbuka, cara menyelesaikan masalah serta penemuan dan juga pengkelasan. Menurut ahli psikologi kognitif iaitu Piaget dan Bruner, mereka memberi fokus terhadap berbagai-bagai variasi pembelajaran untuk menyelesaikan masalah berdasarkan umur serta kemampuan pelajar.

Bagi pengkaji-pengkaji selain Piaget dan Bruner, proses kognitif ini juga difokuskan oleh Kohler, Ausubel dan Gagne yang menyatakan bahawa, tingkah laku

(4)

boleh berubah dalam pembelajaran malahan pembelajaran itu sendiri merupakan proses mentalis bagi menghubungkan perkara di persekitaran pelajar. Hal ini menunjukkan bahawa setiap pembelajaran ada objektif yang tersendiri bukan boleh dipandang remeh.Proses pembelajaran boleh diteruskan sekiranya terdapat respons murid daripada rangsangan yang diterima. Ini menunjukkan motivasi memainkan peranan penting sebagai penggerak yang boleh meningkatkan usaha untuk memahami maksud rangsangan yang diterima. Pembentukkan dan pengekalan perubahan tingkah laku akan mengakhiri proses pembelajaran.

Hasil pembelajaran yang lepas saling berhubung dengan pembelajaran yang baharu. Ini yang ditekankan oleh teori konstruktivisme iaitu membentuk pengetahuan yang aktif menerusi proses pembelajaran yang lalu dan yang baharu. Murid atau pelajar membentuk perkaitan pembelajaran tersebut dengan sendiri. Dengan itu, teori ini memberi implikasi dengan mewujudkan pembelajaran berpusatkan murid di dalam bilik darjah dan guru bertindak sebagai pemudah cara. Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) turut bersependapat dengan mengatakan bahawa peranan guru dalam konstruktivisme adalah sebagai fasilitator bagi membimbing pelajar membentuk pengetahuan yang baharu di samping membantu pelajar untuk menyelesaikan masalah yang terdapat dalam proses pembelajaran.

Kajian-Kajian Lepas Yang Berkaitan

Antara dapatan daripada kajian lepas tentang peta pemikiran i-Think ialah pengaplikasian i-Think yang menerapkan teknologi semasa lebih pantas dan efektif dalam pengajaran dan pemudah caraan (Sidek & Ahamad, 2012a). Hasil kajian yang memberi tumpuan kepada pengajaran dan pemudah caraan yang melibatkan 22 orang pelajar yang mengikuti semesta pertama pada tahun 2012 dalam Pengajian Melayu di IPG Kampus Sultan Mizan menjelaskan bahawa terdapat perbezaan tindak balas pelajar bagi item yang digunakan iaitu meningkat sebanyak 17.1% daripada 47.8% pada awalnya. Peningkatan respons pelajar ini adalah kerana penggunaan peta pemikiran dalam pengajaran dan pemudah caraan yang dilaksanakan oleh pensyarah. Tambahan lagi, kesan yang diberikan dalam kajian ini ialah peningkatan sebanyak 47.8%. Oleh itu, jelaslah bahawa penggunaan i-Think dalam pengajaran dan pemudah caraan memberi impak inovatif malah amat sesuai untuk diterapkan dalam semua subjek di sekolah kerana alat berfikir ini mampu menjanakan pemikiran aras tinggi.

Dapatan kajian Rohaida (2014) pula, menunjukkan tiada perbezaan secara signifikan pencapaian kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan semasa ujian pra dijalankan. Namun begitu, dapatan kajiannya menyatakan bahawa wujudnya perbezaan yang signifikan bagi kumpulan eksperimen selepas ujian pasca dilaksanakan dengan min skor yang membuktikan bahawa terdapat kesan terhadap pencapaian kemahiran menulis dari aspek karangan dengan menggunakan peta pemikiran i-Think. Kajian yang menyelidik keberkesanan peta pemikiran i-Think ini dijalankan dalam tempoh lapan minggu terhadap murid tahun 6 sebanyak 60 puluh murid di sekolah rendah dalam daerah Johor. Berdasarkan kajian ini Rohaida (2014) membuat kesimpulan bahawa penguasaan kemahiran menulis bagi aspek membuat olahan dalam karangan dapat ditingkatkan melalui penggunaan peta pemikiran i-think dalam pengajaran dan pemudah caraan subjek Bahasa Melayu.

Di samping kajian dalam negara, kajian luar negara juga dikaji untuk menilai jurang kajian. Antaranya kajian yang dijalankan di Amerika yang mengkaji penggunaan peta pemikiran dalam kalangan 100 orang responden dari gred 8 terhadap pencapaian dalam pembelajaran. Data kajian ini dikumpulkan daripada sampel kajian

(5)

menggunakan borang kaji selidik, berdasarkan pemerhatian dan juga penilaian pasca ujian. Kajian daripada Long dan Carson (2011) ini mendapati bahawa murid yang menggunakan peta pemikiran i-Think dalam pengajaran dan pemudah caraan boleh menguasai kemahiran dalam sesuatu pembelajaran dan tahap penguasaan ini berbeza dengan murid yang didedahkan dengan pembelajaran secara tradisional seperti menulis nota.

Kesimpulannya, penggunaan peta pemikiran i-Think sebagai alat berfikir dalam pengajaran dan pemudah caraan dapat membantu dan merangsang KBAT dalam kalangan murid. Kepelbagaian strategi PdPc ini amat perlu untuk menerapkan KBAT dalam kurikulum yang sedia ada kerana mampu membantu proses kemahiran berfikir murid supaya lebih berstruktur seperti membuat banding beza, menganalisis, inferens, dan penilaian untuk mengukuhkan kefahaman pembelajaran mereka. Dengan penggunaan peta pemikiran ini juga dapat meningkatkan pencapaian murid khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

METODOLOGI KAJIAN Reka bentuk kajian

Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kuasi eksperimen. Kaedah ini digunakan bagi mengenal pasti keberkesanan penggunaan peta pemikiran i-Think dalam meningkatkan tahap penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid bagi subjek Bahasa Melayu sekolah rendah.

Dalam kajian ini, populasi kajian merupakan murid tahun tiga daripada dua buah kelas yang berbeza secara setara iaitu aliran perdana iaitu tahun 3B dan 3F. Terdapat dua kriteria pemilihan sampel kajian ini iaitu kedua-dua kumpulan ialah hampir sama dari aspek pencapaian ujian, lokasi sekolah dan latar belakang sosioekonomi untuk mengawal pemboleh ubah ekstranus selain bertujuan untuk memastikan sampel kajian tidak mempengaruhi sesama mereka sepanjang kajian dilaksanakan.

Instrumen kajian

Kajian ini menggunakan instrumen ujian pra dan ujian pasca. Murid dalam kumpulan rawatan melalui proses pengajaran dan pemudah caraan dengan menggunakan peta pemikiran i-Think (peta pokok, peta bulatan, peta pelbagai alir dan peta bulatan) manakala pengajaran dan pemudah caraan tradisional tanpa penggunaan peta pemikiran diberikan kepada murid kawalan.

Ujian pra dan ujian pasca dilaksanakan dengan ujian yang mengandungi item-item KBAT. Soalan ujian terdiri daripada lima soalan berbentuk subjektif yang membawa 50 markah. Set ujian ini diambil berdasarkan buku teks Bahasa Melayu Tahun 3 dan juga buku aktiviti DSKP KSSR Semakan 2017 Bahasa Malaysia Tahun 3. Setiap kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan diberikan set soalan ujian yang sama. Soalan-soalan ini dibina mengikut pemikiran aras tinggi Taksanomi Bloom iaitu menganalisis, sintesis dan juga penilaian. Ujian ini diberikan kepada sebelum dan juga selepas pengajaran dan pemudah caraan menggunakan peta pemikiran i-Think bagi kumpulan rawatan dan pembelajaran dengan kaedah tradisional oleh kumpulan kawalan. Setiap responden diberi masa selama satu jam tiga puluh minit untuk menjawab kesemua soalan tersebut.

-

ANALISIS DATA

Pengkaji seterusnya memeriksa dan menyemak jawapan ujian pra dan juga ujian pasca tersebut untuk laporan dalam penyelidikan. Data ujian-t yang dikumpulkan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 25.0 dengan aras signifikan 0.05.

(6)

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Ho1 : Tidak terdapat hubungan signifikan antara penggunaan peta pemikiran i-Think dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam ujian pra

Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara skor markah kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan dalam ujian pra. Jadual 1 telah menunjukkan analisis ujian-t bagi bagi kedua-dua kumpulan dalam ujian pra. Nilai t yang diperoleh daripada ujian pra ialah 1.364 dengan tahap signifikan p=0.178 iaitu nilai yang lebih besar daripada nilai p>0.05. Data ini menjelaskan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara penggunaan peta pemikiran i-Think dan penguasaan KBAT dengan kesetaraanpencapaian murid kumpulan kawalan dan rawatan bagi ujian pra. Berdasarkan min kumpulan kawalan menunjukkan 50.90 dengan sp= 10.63 lebih tinggi daripada min kumpulan rawatan yang menunjukkan nilai 47.33 dengan sp= 9.596. Perbezaan ini adalah tidak signifikan. Oleh itu, Ho1 diterima dan gagal ditolak.

Jadual 1. Analisis ujian pra kumpulan kawalan dan rawatan

Kumpulan N Min Sisihan

Piawai Nilai t Tahap Sig. Skor Kawalan 30 50.90 10.630 1.364 0.178 Rawatan 30 47.33 9.596

Dalam ujian pasca, analisis yang dilakukan ialah ujian-t bebas untuk mengenal pasti pencapaian penguasaan KBAT bagi kumpulan rawatan setelah pembelajaran dan pemudah caraan menggunakan peta pemikiran i-Think dilaksanakan. Analisis ini dapat melihat perbezaan antara pencapaian kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan.

Jadual 2. Analisis ujian pasca kumpulan kawalan dan rawatan

Kumpulan N Min Sisihan

piawai Nilai t Tahap signifikan Skor Kawalan 30 55.60 8.637 -8.336 .000 Rawatan 30 76.33 10.535

Jadual 2 menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan terhadap pencapaian skor murid kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan bagi ujian pasca. Data menunjukkan nilai t = -8.336 dan tahap signifikan p=0.000. Ini menunjukkan nilai tahap signifikan lebih kecil daripada p<0.05. berdasarkan min kumpulan rawatan menunjukkan nilai min 76.33 dengan nilai sp=10.54 lebih tinggi daripada nilai min kumpulan kawalan iaitu 55.60 dengan nilai sp=8.63. Dengan itu, Ho1 ditolak dengan dapatan yang membuktikan terdapat hubungan yang signifikan antara penguasaan KBAT kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan dengan penggunaan peta pemikiran i-Think dalam pengajaran dan pemudah caraan.

Dapatan kajian ini disokong dapatan Nik Nur Farihah (2014) yang menunjukkan peningkatan pencapaian murid selepas penggunaan peta pemikiran i-Think dalam pengajaran dan pemudah caraan. Hasil dapatan ini juga selaras dengan dapatan kajian Rohaida (2014) yang menunjukkan adanya keberkesanan terhadap penguasaan KBAT melalui rangsangan alat berfikir peta pemikiran i-Think.

(7)

PERBINCANGAN

Tujuan kajian yang difokuskan pengkaji adalah mengenal pasti sama ada terdapat hubungan signifikan antara penggunaan peta pemikiran i-Think dengan tahap peguasaan KBAT murid di sekolah rendah. Berdasarkan analisis data yang telah diperoleh telah menunjukkan bahawa terdapat kesan penggunaan peta pemikiran i-Think dengan tahap peguasaan KBAT murid di sekolah rendah. Analisis data daripada ujian pra telah menunjukkan pencapaian murid kumpulan kawalan dan rawatan dalam penguasaan KBAT adalah hampir setara pada peringkat awal. Ini dapat dilihat berdasarkan keputusan skor min bagi kumpulan kawalan pada ujian pra ialah 50.90 manakala min bagi kumpulan rawatan pula 47.33 dengan beza min 3.0 antara kedua-dua kumpulan kawalan dan rawatan.

Analisis perbandingan data kumpulan kawalan dan rawatan juga dilakukan pengkaji untuk menilai keberkesanan penggunaan peta pemikiran i-Think dalam penguasaan KBAT. Berdasarkan dapatan data tersebut, beza min antara kumpulan kawalan dan rawatan ialah sebanyak 20.73 pada ujian pasca. Dapatan ini membuktikan berlaku peningkatan penguasaan KBAT dengan penggunaan peta pemikiran i-Think terhadap kumpulan rawatan dalam sesi pengajaran dan pemudah caraan. Hal ini demikian kerana penggunaan peta pemikiran i-Think dapat membantu merangsang pemikiran aras tinggi dalam kalangan murid melalui suasana pembelajaran yang global, demogratif, interaktif yang berupaya untuk meningkatkan kemahiran berfikir sekaligus meningkatkan penguasaan KBAT (Khan, 2006).

Melalui analisis data ujian pasca juga, dapat dikenal pasti peningkatan terhadap markah responden iaitu 51 markah bagi peningkatan tertinggi manakala peningkatan 14 markah pula merupakan peningkatan markah yang paling sedikit. Data ini menunjukkan berlakunya perubahan yang postif ke arah peningkatan pencapaian responden setelah melalui pengajaran dan pemudah caraan menggunakan peta pemikiran i-Think. Dapatan ini juga selaras dengan kajian lepas Zohar (2004) yang menyatakan bahawa penggunaan peta pemikiran dapat meningkatkan pembelajaran bagi kemahiran berfikir aras tinggi.

Keseluruhannya, penggunaan peta pemikiran i-Think sebagai alat berfikir dapat membantu merangsang pemikiran aras tinggi dalam kalangan murid bagi subjek Bahasa Melayu. Oleh itu, tartegi pembelajaran menggunakan peta pemikiran amat praktikal untuk diamalkan oleh para guru.

RUJUKAN

A Rahman Haron, Jamaludin Badusah & Zamri Mahamod .2015. kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam salak didik dengan elemen nyanyian dan elemen pantun. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 5 (1): 53-60.

Abdul Rasid. R, Martini Misdon & Azhar Md. Sabil. 2017. Use of i-Think thinking maps in understanding komsas Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Malaysia 42(1): 51-59.

Christine Anak Linsah. 2017. Penggunaan peta pemikiran i-think terhadap penguasaan bahasa melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan murid bidayuh. Tesis Sarjana, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Chua Yan Piaw.2009. Statistik penyelidikan lanjutan Buku 5. Selangor: McGraw Hill (Malaysia) Sdn.Bhd.

Creswell, J. W. 2008. Education research: Planning, conducting and evaluating quantitative and qualitative research (3rd Edition). New York : Pearson International Edition.

(8)

Khairudin Ahmad. 2011. Keberkesanan kaedah peta konsep terhadap pencapaian, sikap, dan kemahiran memahami kronologi dalam kalangan pelajar tingkatan empat. Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Halim Arifin. 2013. Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran Pemahaman Bacaan. Tesis

Dr Falsafah. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2014. Elemen kbat Dalam Pedagogi. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Hyerle, D. 2000. A field guide to using visual tools. Washington: Association for Supervision and Curriculum Development. Hyerle, D. 2011. Student successes with thinking maps. 2nd Edition. Thousand Oaks, CA: Corwin Press

Nik Nur Farihah binti Nik Harmi. 2014. Keberkesanan kaedah peta pemikiran (i-think) terhadap pencapaian, sikap dan kesediaan murid tingkatan empat. Tesis Sarjana, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Norafidah Noralidin & Juliana Osong. 2014. Meningkatkan tahap kemahiran berfikir aras tinggi (kbat) dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu melalui komuniti pembelajaran profesional (KPP): 1-14.

Rohaida Yusop & Zamri Mahamod. 2015. The effectiveness of i-Think to improve the achievement writing in Malay language among year 6 students. Malay Language Education Journal 5(2): 31-37.

Rosnidar, Haeidatul Nashrah, Norazilawati Abdullah, Nik Azmah Nik Yussuf. 2015.Keberkesanan penggunaan i-think terhadap pencapaian dan minat murid dalam tajuk sifat bahan sains tahun 4. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia 5(2): 99-116.

Siti Nurliyana binti Ab Halim. 2015. Pengetahuan, sikap dan kesediaan pelajar terhadap kemahiran berfikir aras tinggi (kbat) dalam pembelajaran pemahaman bacaan. Tesis Sarjana, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Yahya Othman .2014. Peranan Guru Bahasa Melayu Dalam Merangsang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Dewan Bahasa.14(25). 20-24

Zamri Mahamod. 2014. Inovasi P&P dalam pendidikan Bahasa Melayu. Cetakan Ketiga. Tanjung Malim: Penerbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Zohar, A. 2004. Elements of teachers’ pedagogical knowledge regarding instruction of higher order thinking. Journal of Science Teacher Education, 15(4), 293-312.

Referensi

Dokumen terkait

Retribusi Terminal adalah pelayanan atas penyediaan tempat parkir untuk kendaraan penumpang bis umum dan mobil barang, tempat kegiatan usaha, fasilitas lainnya di

638/BPBD/2016 tanggal 26 Agustus 2016 tentang Perpanjangan Penetapan Status Siaga Darurat Penanggulangan Bencana Asap Akibat Kebakaran Hutan dan Lahan di Provinsi

Muhibbin mengandung kritik yang membahas mengenai masalah pendidikan, masalah kejahatan, masalah generasi muda pada masyarakat modern, masalah peperangan, masalah

Makanan yang paling banyak dikonsumsi oleh ikan sepat siam baik yang berukuran kecil maupun besar adalah mikroalga dari Kelas Bacillariophyceae berjenis Diatoma, Melosira, dan

pri čemer pomenijo: LCC - skupna sedanja vrednost stroškov življenjskega cikla posamezne alternative I - sedanja vrednost osnovnih investicijskih stroškov 21 Repl - sedanja

Fungsi Save, adalah fungsi yang digunakan untuk menyimpan citra hasil deteksi tepi, atau dapat juga digunakan untuk menyimpan citra yang telah diolah dengan beberapa jenis operasi

Pertama, dari segi semantis, baik pada diatesis pasif bahasa Jepang maupun bahasa Indonesia, pendamping inti yang berperan penanggap adalah yang mengalami suatu peristiwa

Berdasarkan hasil pengamatan yang telah dilakukan, aktivitas guru pada penerapan model Siklus Belajar ( Learning Cycle ) ini, menunjukkan adanya peningkatan aktivitas