• Tidak ada hasil yang ditemukan

International Conference on Global Education VII Humanising Technology For IR 4.0

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "International Conference on Global Education VII Humanising Technology For IR 4.0"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

HUBUNGAN KOMPETENSI GURU SEJARAH DALAM PELAKSANAAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH (KPS) DI SEKOLAH-SEKOLAH

MENENGAH DAERAH ASAJAYA Hasbie Bin Bakar, PM Dr Mohd Mahzan Awang

E-mail : hasbiebakar5897@gmail.com ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat kompetensi guru Sejarah berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan kualiti peribadi, dan persepsi guru tentang hubungannya dengan pelaksanaan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) mata pelajaran Sejarah di sekolah. Seramai 107 orang guru Sejarah daripada lima buah sekolah menengah di Daerah Asajaya dan Sadong Jaya terlibat dalam kajian ini. Kajian dilakukan melalui kaedah tinjauan borang soal selidik menggunakan skala Likert Lima Poin dan diurus tadbir penyelidik di samping bantuan daripada ketua panitia Sejarah di setiap sekolah yang terpilih. Soal selidik yang dibina dan diadaptasi daripada kajian-kajian lalu yang berkaitan adalah berlandaskan kepada Kurikulum Pendidikan Sejarah, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Dapatan data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 22.0. Statistik deskriptif seperti frekuensi, peratusan, sisihan piawai dan skor min digunakan untuk melihat taburan profil responden, kompetensi guru dan perspektif guru terhadap pelaksanaan KPS dalam PdP Sejarah. Manakala, statistik inferensi yang digunakan ialah Ujian-t, dan Korelasi Pearson untuk menjawab persoalan kajian serta menguji hipotesis kajian yang dibina. Dapatan kajian menunjukkan guru Sejarah perlu memiliki kompetensi yang tinggi dalam keenam-enam aspek kompetensi yang dibincangkan untuk melaksanakan KPS dalam PdP menurut persepsi guru Sejarah. Manakala Ujian-t menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan persepsi guru lelaki dan guru perempuan terhadap tahap kompetensi guru Sejarah dalam pelaksanaan KPS dari aspek pengetahuan isi kandungan dan personaliti atau kualiti peribadi dalam PdP Sejarah. Dapatan analisis korelasi mendapati hubungan positif yang signifikan antara kompetensi guru dari aspek pengetahuan isi kandungan dan personaliti atau kualiti peribadi dengan pelaksanaan KPS dalam PdP Sejarah. Implikasi kajian kepada guru Sejarah dan pihak yang berwajib adalah keperluan transformasi kompetensi guru Sejarah dalam melaksanakan KPS agar mampu meningkatkan keberkesanan PdP mata pelajaran Sejarah seterusnya dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran Sejarah.

Kata Kunci : kompetensi guru, kemahiran pemikiran sejarah, perspektif guru, transformasi kompetensi

PENDAHULUAN

Guru berperanan bukan sekadar penyampai ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada golongan pelajar, malahan bertanggungjawab menyuburkan minat, mengembangkan bakat dan mengasah kebolehan pelajar-pelajar selain merupakan sumber pembina daya pemikiran yang analitikal, kritikal dan kreatif agar dapat menyesuaikan diri dengan perubahan semasa selaras dengan kehendak dan hala tuju sistem pendidikan.

Sebagai aspirasi seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini haruslah menyedari tugas dan amanah yang amat penting yang telah diberikan kepada mereka untuk mendidik generasi yang akan meningkat dewasa (Sharil 2003 dalam Abdul Said et al. 2013). Perubahan yang dinamik dalam kurikulum dan kokurikulum sistem pendidikan semasa selaras dengan keperluan dan kehendak masa kini menuntut guru peka dalam mentransformasikan diri ke arah pandangan, sikap dan daya usaha

(2)

berterusan untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, pedagogi dan kemahiran yang tinggi serta pengetahuan yang mendalam dalam bidang ilmu yang diceburi, demi mempertingkatkan tahap kompetensi diri sekali gus berupaya menggalas tugasan keguruan yang kian mencabar.

Pendidik yang berkualiti tinggi pastinya akan menghasilkan pelajar yang cemerlang, seimbang dan berdaya saing. Menurut Booth (1993); Goodwin dan Stevens (1993) pelajar yang berkualiti terhasil menerusi proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Seseorang guru mestilah memiliki elemen kompetensi untuk menjadi guru yang baik termasuklah menguasai kandungan subjek yang diajar, berpengetahuan pedagogi, berupaya memilih sumber pengajaran, mampu mempelbagaikan strategi pengajaran, memiliki kemahiran teknologi, mempunyai kemahiran komunikasi yang baik serta mempunyai sikap dan personaliti yang positif seperti bermotivasi, humor dan berkeyakinan.

Dalam konteks pendidikan Sejarah bagi merealisasikan matlamat pembelajaran tercapai, guru Sejarah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan pengajarannya di samping menerapkan kemahiran-kemahiran sejarah agar dapat diaplikasikan dalam realiti kehidupan harian mereka. Dalam pada yang sama penyampaian maklumat berbentuk fakta, meningkatkan kemahiran berfikir serta membantu pelajar memahami peristiwa dan mengaitkan pembelajaran Sejarah dengan kehidupan sebenar merupakan hasil pembelajaran yang tidak ternilai. Guru Sejarah merupakan agen aktif yang membawa ilmu Sejarah daripada dunia akademik dan mengaplikasikannya ke dalam kehidupan seharian pelajar.

Selain itu, perkembangan dan perubahan yang pesat dalam kurikulum memerlukan guru-guru mempertingkatkan kemahiran sedia ada agar dapat bergerak seiringan dengan harapan masyarakat dan negara. Darling Hammond dan Bransford (2005) menegaskan standard pembelajaran kini berada pada tahap yang tinggi kerana sekolah perlu menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai supaya dapat bersaing dan berjaya dalam dunia yang semakin mencabar. Selain sebagai pembekal maklumat, guru juga berkeupayaan melaksanakan tugasan secara efektif bagi membantu pelajar yang berkepelbagaian aras pengetahuan dan kebolehan untuk mengakses sumber-sumber pembelajaran yang semakin kompleks di samping menerapkan pelbagai kemahiran termasuklah Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS).

Apa yang menjadi persoalannya sekarang ialah, adakah guru memiliki segala ramuan dan magis yang diperlukan dalam menjalankan tugas sebagai guru. Menurut Mok Soon Sang (2002), guru adalah pendidik yang akan menjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan negara pada masa depan. Oleh yang demikian, guru seharusnya memiliki sifat dan kualiti peribadi, profesional dan sosial yang baik dan murni. Pengajaran yang berkesan seharusnya dapat membantu melahirkan pelajar yang cemerlang dan seterusnya tenaga kerja yang berkualiti.

Pernyataan Masalah

Telah dinyatakan dalam kurikulum mata pelajaran Sejarah KBSM bahawa, pendekatan pengajaran dan pembelajaran pendidikan sejarah perlu menjurus kepada pemupukan kemahiran berfikir dan kemahiran pemikiran sejarah di kalangan murid. Meningkatkan kemahiran berfikir dinyatakan dalam sebahagian daripada objektif pendidikan Sejarah, iaitu untuk membolehkan pelajar menganalisis, merumus dan menilai fakta-fakta sejarah negara secara rasional dan meningkatkan daya pemikiran dan kematangan yang berasaskan iktibar daripada pengalaman Sejarah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003). Dalam organisasi kurikulum pendidikan sejarah juga telah

(3)

dinyatakan bahawa, kemahiran pemikiran sejarah merupakan unsur kemahiran yang ingin dipupuk di kalangan pelajar dan kemahiran ini terkandung dalam struktur disiplin pendidikan sejarah di samping dua unsur yang lain, iaitu ilmu (kandungan) dan penerapan nilai (patriotisme). Kesemua unsur ini berjalan serentak dalam pengajaran dan pembelajaran dan secara berterusan.

Menurut Zahara Aziz (2000), keberkesanan pengajaran Sejarah bergantung kepada perancangan dan kualiti guru Sejarah. Namun kelemahan dari segi pengajaran masih menjadi isu utama yang berkaitan dengan pencapaian pelajar dalam peperiksaan SPM. Sebagai individu yang dipertanggungjawabkan untuk mengajar sejarah, kaedah pengajaran guru dinamakan sebagai punca kepada sikap negatif pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah. Corak pengajaran di sekolah dilihat masih bersifat konvensional dan membosankan. Sebilangan guru yang nasih mengamalkan pendekatan tradisional dalam pengajaran dan pembelajaran (Aini Hassan 1998; Siti Hawa Abdullah 2008), kaedah pengajaran berpusatkan guru (Larry Cuban 1993) dalam Wiersma (2008) dan bergantung kepada buku teks sebagai sumber fakta dan bahan utama pengajaran (Barton & Levstik 2004). Hanya segelintir sahaja antara guru yang mengeksploitasi sumber digital sejarah dalam pengajaran dan pembelajaran (Norizan Ahmad 2003). Keterbatasan ini berkemungkinan berpunca daripada beberapa kekurangan seperti kurang pengetahuan dan kemahiran ICT, peralatan yang kurang lengkap dan kekangan masa (Bolick & McGlinn 2004).

Dalam masa yang sama, walaupun pengajaran kemahiran berfikir telah diperkenalkan dalam semua mata pelajaran sekolah di Malaysia, namun dari sudut pelaksanaannya, khasnya bagi mata pelajaran Sejarah, masih kurang diamalkan. Guru misalnya masih tidak begitu menekankan aspek membimbing pelajar untuk menguasai beberapa kemahiran yang sememangnya terdapat dalam kemahiran pemikiran sejarah seperti mengumpul data, meneroka bukti, membuat tafsiran, membuat imaginasi, menganalisis, merumus dan membuat penilaian. Beberapa andaian dibuat tentang sebab-sebab pengajaran kemahiran berfikir tidak dipraktikkan. Antaranya ialah, pelajar perlu menguasai fakta sebelum diajar dengan kemahiran berfikir dan penekanan peperiksaan yang mementingkan pengujian kebolehan pelajar mengingat kembali fakta (Phillips 1992). Pendekatan soalan dalam peperiksaan juga sepatutnya turut berubah. Lebih banyak soalan yang berbentuk kemahiran berfikir perlu dikemukakan dalam semua peperiksaan awam di sekolah. Penekanan terhadap kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran tidak lagi boleh diabaikan kerana kurangnya penekanan terhadap kemahiran berfikir ini memberi kesan pada pencapaian pelajar dalam peperiksaan.

Kegagalan pengajaran guru menarik minat pelajar untuk mempelajari Sejarah dikaitkan sebagai masalah dalam pembelajaran Sejarah. Pengajaran guru yang dilihat tidak membantu pelajar memahami dan memerhati manfaat mempelajari sejarah. Selaras dengan kajian oleh Biddulph dan Adey (2004), Harris dan Haydn (2008) mendapati pelajar mengetahui kepentingan mempelajari sejarah namun tidak jelas mengenai kegunaannya dalam kehidupan seharian, Menurut Zahara Aziz (2000) sekiranya guru mampu menjalankan aktiviti pengajaran yang memberi latihan kepada pelajar untuk berfikir, maka apabila pelajar meninggalkan alam persekolahan dan menjejak alam baharu, mereka akan berasa lebih yakin kerana berkebolehan dan berinisiatif dalam menyelesaikan masalah dan berfikiran kreatif dan kritis. Tanggapan negatif pelajar perlu dihapuskan dengan daya kreativiti dan inovatif guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dengan menerapkan

(4)

kemahiran-kemahiran pemikiran sejarah agar mereka dapat berinteraksi dengan alam nyata di kehidupan seharian mereka.

Sikap kurang positif terhadap proses pengajaran mata pelajaran Sejarah turut menimbulkan masalah kepada aktiviti pembelajaran pelajar di bilik darjah. Guru yang sambil lewa dan tidak menguasai pengajaran akan membawa masalah dalam sistem pendidikan negara (Samsudin 2004). Guru perlu mengamalkan sikap yang positif dalam pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar. Menurut Tuan (2006) guru mestilah menguasai isi-isi pelajaran dan yakin supaya pengajaran dan pembelajaran dapat disampaikan dengan baik dan sempurna. Dengan yang demikian, pelaksanaan kemahiran pemikiran sejarah secara berstruktur akan dapat dilakukan dan pastinya akan menambahkan lagi minat serta keinginan pelajar untuk belajar Sejarah.

Dalam konteks pendidikan sejarah, guru Sejarah merupakan individu yang memberi kesan secara langsung ke atas pencapaian akademik pelajar. Guru Sejarah yang kompeten berupaya mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif, menarik dan menyeronokkan dan yang lebih utama berupaya merangsang dan mengembangkan daya intelek serta memotivasikan pelajar untuk terus belajar bagi mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik. Semakan semula kemahiran pemikiran sejarah dalam edisi sukatan pelajaran sejarah jelas menunjukkan ia juga merupakan aspek kemahiran yang perlu dipupuk dalam kalangan pelajar. Oleh yang demikian, pengkaji berpendapat perlu dijalankan satu kajian untuk mengetahui hubungan dan perkaitan kompetensi guru dengan pelaksanaan kemahiran pemikiran sejarah di sekolah di samping melihat sejauh manakah kemahiran ini diberi penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah dan seterusnya dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran berkenaan. Kajian seperti ini juga amat bersesuaian dalam konteks keperluan Malaysia untuk melahirkan generasi yang mampu berfikir dan seterusnya dapat memenuhi matlamat dan aspirasi negara bagi membolehkan mereka bersedia menghadapi segala cabaran dalam usaha mencapai matlamat Wawasan 2020.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk meninjau sejauh mana tahap kompetensi guru Sejarah dalam pengajaran dan pembelajaran dan persepsi guru dalam pelaksanaan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) di sekolah-sekolah menengah di daerah Asajaya dan Sadong Jaya. Kajian ini menggariskan beberapa objektif yang hendak dicapai, seperti;

i. Mengenal pasti tahap kompetensi guru Sejarah yang paling tinggi dikuasai dan diamalkan dalam melaksanakan KPS.

ii. Mengenal pasti perbezaan persepsi dalam kalangan guru Sejarah terhadap aspek kompetensi guru dalam melaksanakan KPS berdasarkan jantina.

iii. Mengenal pasti perbezaan persepsi dalam kalangan guru Sejarah terhadap aspek kompetensi guru dalam melaksanakan KPS berdasarkan aliran pengkhususan (opsyen).

iv. Mengkaji hubungan kompetensi guru Sejarah berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan kualiti peribadi dalam amalan pengajaran dengan pelaksanaan KPS.

Kerangka Konseptual

Menurut Wiersma (2000), pembinaan kerangka konsep adalah bertujuan untuk meramal dan menerangkan sesuatu fenomena secara sistematik. Kerangka konsep juga menjadi pemandu arah dan panduan kepada penyelidik semasa menjalankan kajian (Hatta 2000). Pembinaan kerangka konseptual ini adalah berpandukan kepada model

(5)

kompetensi Iceberg Hay McBer (1996) dan model kompetensi guru Zaleha dan Azhari (2013). Model kompetensi Iceberg McBer (1996) menunjukkan bahawa pengetahuan dan kemahiran berperanan dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Sementara elemen perilaku yang ditentukan oleh ciri-ciri peribadi yang terselindung menjadi faktor penting dalam membezakan antara pekerja yang berprestasi tinggi dengan yang sebaliknya.

Menurut Model Iceberg (1996), kompetensi yang didominasikan oleh pengetahuan dan kemahiran ini mudah dikenal pasti kerana ia didukung oleh ciri-ciri peribadi. Sekali pun ciri-ciri ini agak sukar dikenal pasti namun ia merupakan faktor penting dalam mewujudkan pekerja cemerlang yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam setiap tugasan yang dipertanggungjawabkan. Prinsip asas model kompetensi memperlihatkan bahawa prestasi setiap guru akan meningkat sekiranya mempunyai kompetensi yang diperlukan dalam melaksanakan tugasan dengan berkesan dan memberi impak yang positif kepada organisasinya iaitu mampu melaksanakan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) dengan berkesan di samping dapat mempengaruhi pencapaian dan penguasaan murid dalam mata pelajaran Sejarah. Rajah 1 menunjukkan pemboleh ubah-pemboleh ubah dalam kajian ini.

Manakala model kompetensi guru Zaleha dan Azhari (2013), menitikberatkan tentang pengetahuan guru sebahagiannya harus merangkumi elemen pengetahuan guru tentang isi kandungan dan pengetahuan pedagogi. Hal ini melibatkan kemahiran guru dalam mempelbagaikan strategi pengajaran, penggunaan teknologi maklumat dan kemahiran membuat penilaian pembelajaran. Domain personaliti guru atau kualiti peribadi juga turut diambil kira dan diberi penilaian berpandukan kepada beberapa elemen kualiti sosial yang tinggi seperti kebolehubahan (fleksibiliti), kecindan, bermotivasi, prihatin, komited, keadilan dan sifat fizikal seperti tutur kata, keterampilan dan pemakaian.

Rajah: Kerangka konseptual berkaitan pemboleh ubah kompetensi guru Sejarah berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan personaliti atau kualiti peribadi guru dan hubungannya dengan pelaksanaan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS).

Sumber: Dipetik dan disuaikan daripada Hay McBer (1996) dan Kompetensi guru Azhari dan Zaleha (2013)

METODOLOGI

Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan data berbentuk numerical akan dianalisis menggunakan analisis inferens dalam mencari hubungan antara pemboleh ubah tidak bersandar dengan pemboleh ubah bersandar (Gay & Airasian 2000). Penyelidik

Kompetensi Guru Sejarah

Pengetahuan Guru

Isi Kandungan Sejarah Pedagogi Sejarah

Kemahiran Guru

Strategi Pengajran Membuat Penilaian Teknologi Maklumat

Personaliti atau Kualiti Peribadi Guru Sejarah

Pelaksanaan Kemahiran

Pemikiran Sejarah

(6)

menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen utama atau instrumen tunggal dalam proses pengumpulan data secara kuantitatif. Bentuk pengumpulan data menggunakan borang nominal (bangsa, jantina), ordinal (gred guru) dan data sela (skor kebolehan guru) sebagai ukuran tahap pencapaian guru.

Reka bentuk kajian adalah berpandukan model Wiersma (1995) yang melibatkan empat peringkat seperti ditunjukkan dalam Rajah 2. Model Wiersma memperincikan langkah-langkah yang boleh diambil oleh pengkaji bagi mendapatkan hasil kajian. Menurut Wiersma (2000), kaedah tinjauan sering digunakan dalam kajian-kajian pendidikan khususnya yang berkaitan dengan pemboleh ubah-pemboleh ubah dalam konteks sedia ada seperti sikap, persepsi dan pencapaian. Kajian tinjauan bermatlamat untuk mengumpul maklumat mengenai pemboleh ubah. Lima pemboleh ubah yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada jantina guru, tahap akademik, penguasaan kompetensi guru dan pencapaian pengajaran mata pelajaran Sejarah. Reka bentuk metodologi kajian secara umumnya dapat diringkaskan seperti dalam Rajah 3.

Rajah 2: Komponen reka bentuk kajian Sumber: Wiersma (1995)

Peringkat Persediaan

Mengenalpasti pasti permasalahan kajian Mengkaji bahan yang berkaitan Menentukan prosedur dan jangka masa kajian

Menentukan instrumen kajian

Kajian Rintis

Mengimbas permasalahan Membina soalan kajian Kajian rintis soal selidik Analisis dapatan soal selidik

Pengumpulan Data Pemilihan responden kajian Pengumpulan data di lapangan

Persediaan Akhir Mengalisis data Menginterpretasi data

Menyemak semula soalan kajian dan teori atau konsep Menulis laporan

(7)

Rajah 3: Reka bentuk metodologi kajian Sumber: Wiersma (2000)

Persampelan Kajian

Persampelan bertujuan memperoleh makulmat atau data yang memberi gambaran tentang ciri-ciri populasi tersebut. Populasi jarang digunakan untuk mengutip data malahan tidak perlu berbuat demikian kerana akan melibatkan wang, masa dan tenaga yang banyak. Tambahan pula, adalah agak mustahil menyiapkan satu kajian dalam masa yang singkat sekiranya dijalankan ke atas semua populasi. Daripada saiz populasi kajian, penyelidik akan menggunakan kaedah penentuan sampel berdasarkan penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970) dan Cohen (1969).

Pemilihan responden adalah secara rawak berstrata iaitu populasi merupakan guru Sejarah yang mengajar menengah rendah dan menengah atas. Kemudian subgroup yang terpilih adalah guru yang akan dikalsifikasikan mengikut bidang pengkhususan dan bukan bidang pengkhususan Sejarah. Dalam pemilihan sampel pengkaji memilih kesemua sekolah di kawasan kajian memandangkan hanya terdapat lima (5) buah sekolah menengah sahaja di Daerah Asajaya dan Sadong Jaya. Borang soal selidik akan diedarkan ke sekolah-sekolah yang terpilih untuk dijawab dan dilengkap isi oleh responden mengikut klasifikasi yang telah ditetapkan. Jumlah sampel akan melebihi jumlah minimum sampel bagi populasi yang disarankan dalam penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970) serta Cohen (1969).

Instrumen Kajian

Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai madium utama bagi mendapatkan data dan ia merupakan perkara yang sangat penting dalam kajian ini. Item-item terhasil daripada perbincangan dengan pensyarah penyalia setelah penyelidik meneliti sorotan penulisan yang berkaitan dengan pengetahuan guru, kemahiran guru serta ciri-ciri personaliti atau kualiti peribadi guru bagi melihat hubungannya dalam pelaksanaan KPS.Soal selidik digunakan untuk mengetahui pandangan seseorang dengan menggunakan soalan bebas-jawab (terbuka), senarai semak atau skala kadar (Mohamad

Soal Selidik Responden

Bahagian A: Maklumat Profil Responden Bahagian B: Kompetensi Guru Sejarah

Analisis Data

Analisis Deskrptif:

Frekuensi, Peratus, Min, Sisihan Piawai

Analisis Inferensi:

Ujian-t, Kolerasi Pearson

Hubungan Kompetensi guru Sejarah Dalam Pelaksanaan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) di Sekolah Menengah.

(8)

Najib 1999). Pilihan soal selidik dalam kajian ini adalah jenis soalan kadar menggunakan kaedah Likert.

Penyelidik menggunakan Skala Likert bertujuan untuk mengumpul maklumat dengan mudah dan dapat memberikan hasil yang tepat terhadap sesuatu pemboleh ubah yang dikaji. Selain itu, Skala Likert juga mempunyai tahap kebolehpercayaan yang melebihi 85% (Mohd Majid Konting 1994). Dalam menggunakan Skala Likert ini, responden diminta membulatkan nombor yanag bersesuaian dengan pernyataan yang diberikan. Item-item dalam instrumen merupakan pernyataan enam kontruk yang terkandung dalam kompetensi guru berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan personaliti atau kualiti peribadi dan kaitannya dengan penerapan KPS dan hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar dari persepsi guru Sejarah seperti dalam jadual 1.

Jadual 1: Item-item Kompetensi Guru Sejarah Dalam Pengajaran

Bil Konstruk Kompetensi Guru Nombor Item 1 Pengetahuan Isi Kandungan 1 hingga 10 2 Pengetahuan Pedagogi 11 hingga 19 3 Kemahiran Mempelbagaikan Strategi Pengajaran 20 hingga 29 4 Kemahiran Membuat Penilaian Pembelajaran 30 hingga 38 5 Kemahiran Penggunaan Teknologi Maklumat (ICT) 39 hingga 46 6 Personaliti atau Kualiti Peribadi 47 hingga 58 Sumber: Hay McBer (1996) dan Kompetensi guru Azhari & Zaleha (2013)

Prosedur Penganalisisan Data

Analisis data dilakukan untuk membolehkan kita mendapat kesimpulan daripada kajian yang telah dijalankan. Data-data yang terkumpul daripada borang soal selidik yang diedarkan akan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Window version 22.0. Perisisn tersebut merupakan satu program yang akan membantu untuk memudahkan lagi proses menganalisis data-data yeng diperoleh daripada borang soal selidik. Selepas proses tersebut selesai dilakukan, data-data yang terkumpul dapat dinilai dan digunakan sebagai maklumat yang bermanfaat. Penganalisian terhadap data-data yeng dikumpul akan menggunakan kaedah analisis yang tertentu mengikut kesesuaian. Dua jenis kaedah statistik yang digunakan bagi tujuan kajian ini adalah statistik deskriptif dan juga ststistik inferensi.

Pengumpulan data kajian menggunakan borang soal selidik yang menggunakan Skala Likert lima poin untuk mengukur aras persetujuan responden terhadap pernyataan-pernyataan yang dikemukakan dalam borang soal selidik ini. Sementara statistik inferensi digunakan untuk membuat generalisasi keputusan ujian yang diperoleh dengan menggunakan Ujian-t (t-Test) dan Kolerasi Pearson.

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Hasil Analisis Deskriptif Kompetensi Guru Sejarah Berdasarkan Persepsi Guru

Analisis deskriptif yang melibatkan min dan sisihan piawai dijalankan bagi menentukan kompetensi guru Sejarah berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan

(9)

personaliti peribadi dan hubungannya dengan pelaksanaan KPS dalam pengajaran berdasarkan persepsi guru Sejarah di sekolah-sekolah menengah di Daerah Asajaya dan Sadong Jaya, Samarahan, Sarawak. Hasil kajian bagi kompetensi guru berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan kualiti peribadi dalam pengajaran dalam kalangan guru-guru menengah rendah (tingkatan 1,2 dan 3) dan menengah atas (tingkatan 4 dan 5) ditunjukkan dalam jadual 6.0.

Jadual 6.0 menunjukkan bahawa aspek kompetensi dalam pengajaran yang paling tinggi dikuasai dan diamalkan oleh guru Sejarah mengikut persepsi guru ialah kompetensi Personaliti atau Kualiti Peribadi (min = 4.18 dan sp = 0.41). Seterusnya diikuti oleh kompetensi Pengetahuan Isi Kandungan (min = 4.11 dan sp = 0.42), Kemahiran Membuat Penilaian Pembelajaran (min = 4.08 dan sp = 0.49), Kemahiran Mempelbagaikan Strategi Pengajaran (min = 4.0 dan sp = 0.50), Pengetahuan Pedagogi (min = 3.92 dan sp = 0.52) dan yang terakhir adalah Kemahiran Penggunaan Teknologi Maklumat (ICT) dengan (min = 3.79 dan sp = 0.69). Secara khususnya bagi aspek kompetensi yang diukur dari perspektif guru, dapatan menunjukkan keseluruhan aspeknatau konstruk yang diukur (6 konstruk) berada pada tahap tinggi. Ini memberikan satu justifikasi bahawa semua guru yang mengajar Sejarah bersetuju aspek kompetensi guru yang dinyatakan adalah penting untuk dikuasai oleh setiap guru terutama guru Sejarah dan boleh memberikan kesan yang positif terhadap pelaksanaan KPS bagi meningkatkan penguasaan dan pencapaian akademik pelajar.

Jadual 2: Skor Kompetensi Guru Dalam Pengajaran Mengikut Persepsi Guru Kompetensi Guru Min Sisihan Interpretasi Piawai

Pengetahuan Isi Kandungan 4.11 0.42 Tinggi Pengetahuan Pedagogi 3.92 0.52 Tinggi Kemahiran Mempelbagaikan 4.00 0.50 Tinggi Strategi Pembelajaran

Kemahiran Membuat Penilaian 4.08 0.49 Tinggi Pembelajaran

Kemahiran Menggunakan 3.79 0.69 Tinggi Teknologi Maklumat (ICT)

Personaliti atau Kualiti Peribadi 4.18 0.41 Tinggi

_____________________________________________________________________ Analisis Inferensi Persepsi guru terhadap kompetensi guru Sejarah dalam pelaksanaan KPS berdasarkan faktor jantina dan pengkhususan.

Rumusan daripada Jadual 2 menunjukkan perbandingan persepsi terhadap kompetensi guu Sejarah dalam pelaksanaan KPS semasa pengajaran dan pembalajaran antara guru lelaki dengan guru perempuan bagi aspek Pengetahuan Isi Kandungan mendapati nilai (t = -2.245), p<0.05 adalah signifikan. Ini menunjukkan bahawa guru lelaki dan guru perempuan mempunyai persepsi yang berbeza terhadap Pengetahuan Isi Kandungan dalam pelaksanaan KPS semasa pengajaran Sejarah. Dengan ini Ho1.1 adalah gagal diterima. Perbezaan yang ketara min guru perempuan (4.15) lebih tinggi berbanding min guru lelaki (4.05). Aspek Pengetahuan Pedagogi didapati nilai (t = -.843). p>0.05 adalah tidak signifikan, aspek Kemahiran Mempelbagaikan Strategi Pengajaran didapati nilai (t =-.083), p>0.05 adalah tidak signifikan, aspek Kemahiran

(10)

Penggunaan Teknologi Maklumat (ICT) nilai (t = -.982), p>0.05 adalah tidak signifikan. Dengan ini Ho1.2, Ho1.3, Ho1.4 dan Ho1.5 gagal ditolak dan pengujian tidak menunjukkan signifikan. Bagi kompetensi guru dalam pengajaran dari aspek Personaliti atau Kualiti Peribadi antara guru lelaki dan guru perempuan didapati nilai (t = -2.071), p>0.05 adalah signifikan. Ini menunjukkan bahawa guru lelaki dan guru perempuan mempunyai persepsi yang berbeza terhadap Personaliti atau Kualiti Peribadi guru dalam pelaksanaan KPS dalam pengajaran Sejarah. Dengan ini Ho1.6 adalah ditolak. Terbukti jelas apabila dilihat pada min guru perempuan (4.22) lebih tinggi berbanding min guru lelaki (4.13).

Jadual 3: Ujian-t Perbandingan Persepsi Guru Sejarah Terhadap Kompetensi Guru Sejarah Dalam Pengajaran Berdasarkan Jantina

Aspek Kompetensi Jantina Bil Min Sisihan Nilai t Sig Piawai

Pengetahuan Isi Lelaki 34 4.05 .44 -2.246 .025** Kandungan Perempuan 73 4.15 .41

Pengetahuan Pedagogi Lelaki 34 3.89 .54 -.843 .400 Perempuan 73 3.94 .49

Kemahiran Lelaki 34 3.92 .54 -1.173 .242 Mempelbagaikan Perempuan 73 3.98 .47

Strategi Pembelajaran

Kemahiran membuat Lelaki 34 4.05 .50 -.830 .407 Penilaian 73 4.10 .48

Pembelajaran

Kemahiran Lelaki 34 3.75 .72 -.982 .327 Penggunaan Perempuan 73 3.83 .67

Teknologi Maklumat

Personaliti atau Lelaki 34 4.13 .40 -2.071 .039** Kualiti Peribadi Perempuan 73 4.22 .41

Hubungan kolerasi antara kompetensi guru Sejarah berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan personaliti atau kualiti peribadi dalam pelaksanaan PKS dalam pengajaran subjek Sejarah

Hubungan kolerasi antara kompetensi guru Sejarah berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan personaliti atau kualiti peribadi dalam pelaksanaan KPS terhadap pengajaran subjek Sejarah oleh guru, dianalisis menggunakan ujian kolerasi Pearson r untuk menguji enam hipotesis yang telah dibina oleh pengkaji. Keputusan ujian menunjukkan bahawa kompetensi guru Sejarah dalam pengajaran Sejarah dari aspek Pengetahuan Isi Kandungan mempunyai hubungan kolerasi positif yang signifikan dengan pelaksanaan KPS dalam pengajaran mata pelajaran Sejarah. Namun, kekuatan hubungan ini pada tahap lemah dengan nilai r = 0.207, (p <0.05) pada aras signifikan 0.01 (2 hujung). Oleh yang demikian, hipotesis nul adalah ditolak. Ini bermakna terdapat hubungan kolerasi yang signifikan antara kompetensi guru dalam pengajaran dari aspek Pengetahuan Isi Kandungan dengan pelaksanaan KPS dalam mata pelajaran Sejarah. Didapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Pengetahuan Pedagogi dengan pelaksanaan KPS dalam pengajaran mata pelajaran Sejarah dengan nilai r = 0.001, (p >0.05) pada aras signifikan 0.01 (2 hujung). Jelas menunjukkan bahawa kompetensi guru

(11)

dalam pengajaran dari aspek Pengetahuan Pedagogi tidak menjejaskan pelaksanaan KPS dalam pengajaran mata pelajaran Sejarah.

Didapati bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Kemahiran Mempelbagaikan Strategi Pengajaran dengan pelaksanaan KPS dengan nilai r = -.012, (p >0.05) pada aras signifikan 0.01 (2 hujung). Ini menunjukkan bahawa kompetensi guru dalam pengajaran dari aspek Kemahiran Mempelbagaikan Strategi Pengajaran tidak menjejaskan pelaksanaan KPS dalam pengajaran mata pelajaran Sejarah. Didapati bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Kemahiran Membuat Penilaian Pembelajaran dengan pelaksanaan KPS dalam pengajaran Sejarah dengan nilai r = 0.014, (p >0.05) pada aras signifikan 0.01 (2 hujung). Ini membuktikan bahawa kompetensi guru dalam pengajaran dari aspek Kemahiran Membuat Penilaian Pembelajaran tidak menjejaskan pelaksanaan KPS dalam pengajaran mata pelajaran Sejarah. Didapati bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Kemahiran Penggunaan Teknologi Maklumat (ICT) dengan pelaksanaan KPS dengan nilai r = 0.016, (p >0.05) pada aras signifikan 0.01 (2 hujung). Ini menunjukkan bahawa kompetensi guru dalam pengajaran dari aspek Kemahiran Penggunaan Teknologi Maklumat (ICT) tidak menjejaskan pelaksanaan pelaksanaan KPS dalam pengajaran mata pelajaran Sejarah.

Manakala kompetensi guru dalam pengajaran dari aspek Personaliti atau Kualiti Peribadi mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan pelaksanaan KPS dalam pengajaran mata pelajaran Sejarah. Kekuatan hubungan ini pada tahap lemah. Ini jelas apabila nilai r = 0.160, (p <0.05) pada aras signifikan 0.01 (2 hujung). Oleh yang demikian, hipotesis nul adalah ditolak. Ini bermakna terdapat hubungan kolerasi yang signifikan antara kompetensi guru dalam pengajaran dari aspek Personaliti atau Kualiti Peribadi dengan pelaksanaan KPS dalam pengajaran mata pelajaran Sejarah. Oleh yang demikian, hipotesis nul (Ho3.1 dan Ho3.6) adalah ditolak, sementara (Ho3.2, Ho3.3, Ho3.4 dan Ho3.5) gagal ditolak.

Jadual 4: Hubungan Kolerasi Antara Kompetensi Guru Sejarah Berdasarkan Pengetahuan, Kemahiran Dan Personaliti atau Kualiti Peribadi Dalam Pengajaran Terhadap Pelaksanaan KPS

Aspek Kompetensi Bil Pekali Kolerasi Signifikan (r) (2 Hujung) Pengetahuan Isi Kandungan 107 0.207 0.000** Pengetahuan Pedgogi 107 0.001 0.980 Kemahiran Mempelbagaikan 107 -.012 0.832 Strategi Pengajaran Kemahiran Membuat 107 0.014 0.795 Penilaian Pembelajaran Kemahiran Penggunaan 107 0.016 0.771 Teknologi Maklumat (ICT)

Personaliti atau Kualiti 107 0.160 0.003** Peribadi

**Signifikan pada aras 0.01 (2hujung)

PERBINCANGAN

Kajian ini mengenai persepsi guru terhadap kompetensi guru Sejarah dan hubungannya dengan pelaksaan KPS dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran Sejarah di sekolah-sekolah menengah yang merangkumi aspek

(12)

pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kompetensi seseorang guru memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk pemahaman dan pencapaian seseorang pelajar dengan menekankan amalan KPS dalam pengajaran mata pelajaran Sejarah.

Taraf dan kelulusan akademik yang tinggi dalam ilmu Sejarah atau pendidikan Sejarah merupakan sebahagian daripada prasyarat utama dalam usaha membentu dan membina suasana yang kondusif agar pengajaran dan pembelajaran Sejarah dapat berjalan dengan lancar dan bermakna. Seseorang guru Sejarah perlu memiliki keupayaan dalam memahami isi pelajaran secara mendalam, mampu menguasai serta memberi penekanan kepada kemahiran berfikir aras tinggi dalam setiap topik yang diajar disamping kemahiran-kemahiran pemikiran Sejarah. Kemampuan ini sudah mestinya akan meletakkan guru Sejarah dalam kelompok guru yang berprestij dan elit. Usaha ini selaras dengan kehendak dasar kerajaaan dalam mentranformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan sebagai mana yang terkandung dalam anjakan keempat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 untuk mentranformasikan sistem pendidikan negara. Dalam kajian ini didapati bahawa kualiti guru sama ada dari aspek pengetahuan dan ciri-ciri kualiti peribadi yang diterjemahkan secara tersurat atau tersirat merupakan faktor berasaskan sekolah yang paling signifikan yang didapati mampu membawa kepada kesan yang positif terhadap keputusan akademik pelajar. Dapatan ini selaras dengan kajian antarabangsa yang menunjukkan bahawa kualiti guru merupakan faktor penentu yang paling penting dan berkesan dalam menentukan keberhasilan dan kemenjadian murid.

Perlu ditegaskan bahawa pengajaran Sejarah yang efektif bukan sahaja menjurus kepada subject matter atau pun memahami ilmu yang terkandung dalam sukatan pelajaran malahan turut memberi tumpuan kepada matlamat umum pendidikan Sejarah yang bertujuan memupuk dan memperkukuhkan semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia seterusnya warga dunia. Oleh yang demikian para guru harus bersedia menyahut cabaran matlamat pendidikan Sejarah dengan menguasai terlebih dahulu setiap tajuk, konsep, kandungan serta kemahiran Sejarah sebelum, semasa dan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Cabaran ini ekoran pelbagai isu yang berbangkit dalam kalangan guru-guru Sejarah seperti yang berkaitan dengan profesionalisme yang menjurus ke arah kompetensi guru Sejarah dalam pengajaran khususnya pelaksanaan KPS yang seharusnya seiringan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian berkaitan kompetensi guru amat perlu dilakukan dari semasa ke semasa supaya kelemahan dan kekurangan yang berkaitan dengan aspek amalan pengajaran guru dapat dikenal pasti dan seterusnya menemui jalan penyelesaian dengan segera.

Peningkatan prestasi pelajar Malaysia sejak akhir-akhir ini tampak membanggakan, namun pencapaian itu menghadapi risiko secara relatif dan mutlak. Hal ini disebabkan sistem pendidikan negara lain dapat meningkatkan prestasi pelajar dengan lebih baik dan cepat selain mampu mengekalkan momentum tersebut secara konsisten. Oleh itu jurang pencapaian antara sistem pendidikan Malaysia dan negara lain semakin tercabar dan bertambah lebar. Maka kita boleh simpulkan bahawa pulangan daripada pelaburan tidak setinggi yang diharapkan. Keadaan ini jelas disebabkan peruntukan pendidikan tidak disalurkan kepada faktor yang memberi impak yang tinggi terhadap keberhasilan murid seperti latihan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru secara berterusan sebagai badan pelaksana sistem pendidikan negara di peringkat teras atau bawahan. Sistem pendidikan berprestasi tinggi seperti yang terdapat di Singapura, Korea Selatan dan Shanghai China sememangnya memperuntukkan

(13)

jumlah bajet yang besar serta mengambil kira kepada keperluan yang memberi impak yang tinggi terhadap kemenjadian dan keberhasilan murid berbanding Malaysia. Maka dengan itu kita mengharapkan sistem pendidikan negara juga melaksanakan usaha tranformasi yang sistematik dengan tahap perbelanjaan untuk pendidikan di Malaysia patut dikekalkan dan berfokus mengikut keutamaan.

Dapatan kajian yang menunjukkan bahawa kompetensi guru dari aspek pengetahuan isi kandungan dan kompetensi guru dari aspek personaliti atau kualiti peribadi mampu memberi kesan yang positif terhadap keberhasilan pembelajaran murid merupakan satu pertanda jelas atau input yang berguna dalam usaha menjayakan aspirasi sistem pendidikan negara. Kompetensi guru yang dinyatakan ini dapat kita ambil kira dalam memastikan aspirasi yang dihasratkan Kementerian Pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dilaksanakan dengan jayanya memandangkan peruntukan yang tinggi diperoleh. Namun peningkatan keberhasilan murid terutamanya dalam peperiksaan utama seperti PT3, SPM dan STPM masih tidak lagi sepadan dengan sumber yang disalurkan ke dalam sistem. Maka dengan itu kepentingan dalam meningkatkan kualiti guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu diutamakan dan diberi perhatian sewajarnya. Guru yang memiliki dan menguasai ilmu yang mentap dalam bidang atau pengajian yang menjadi pengkhususannya dapat meningkatkan profesionalisme keguruan, melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan serta menjadi lebih kreatif dan inovatif.

Peningkatan kualiti guru sama ada dari aspek pengetahuan mahupun kualiti peribadi boleh direalisasikan melalui anjakan keempat pelan transformasi sistem pendidikan negara dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu dengan mentransformasikan profesion keguruan menjadi kerjaya pilihan utama. Guru sama ada yang sedang berkhidmat ataupun yang masih berada di institusi latihan perguruan perlu diberi latihan sebaik mungkin dari mula mereka mengikuti latihan sehinggalah mereka bersara. Guru perlu dititikberatkan dengan kemajuan yang berasaskan prestasi dan kompetensi dalam sesuatu mata pelajaran yang diajar. Selain itu kita juga mengharapkan agar syarat kelayakan kemasukkan guru hanya terdiri daripada calon yang terbaik sahaja. Hal ini bermakna kementerian perlu meninggikan syarat kelayakan kemasukkan ke profesion keguruan bagi memastikan semua guru yang mengikuti setiap latihan perguruan memenuhi syarat minimun kelayakan akademik.

Dalam melahirkan insan guru yang berkualiti dan memiliki kompetensi, maka kualiti kurikulum dan pensyarah perlu ditingkatkan. Kementerian perlu menilai semula kandungan kurikulum latihan preperkhidmatan semasa bagi memastikan guru benar-benar cekap dan cukup bersedia dalam mengaplikasikan kemahiran berfikir aras tinggi yang diperlukan oleh pelajar di Malaysia dalam setiap mata pelajaran yang diajar. Dengan memiliki kompetensi dari aspek pengetahuan seperti pengetahuan terhadap isi kandungan peajaran, kemahiran dalam menggunakan ICT serta kompetensi dari aspek kualiti peribadi sudah semestinya akan meningkatkan keupayaan guru ke tahap global agi membantu mencapai keberhasilan pelajar seperti yang dihasratkan. Keberhasilan dan kemenjadian yang dimaksudkan ini adalah pelajar harus memiliki pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, pemupukkan etika dan kerohanian dan yang terakhir adalah memiliki identiti nasional yang kukuh melalui penghayatan prinsip Rukun Negara yang diperlukan untuk kejayaan dan masa depan negara.

(14)

KESIMPULAN

Merujuk kepada hasil perbincangan dan rumusan terhadap dapatan hasil kajian, jelas menunjukkan bahawa kompetensi guru dari aspek pengetahuan isi kandungan dan kompetensi guru Sejarah dari aspek personaliti atau kualiti peribadi mempunyai hubungan yang signifikan terhadap pelaksanaan KPS dalam pengajaran mata pelajaran Sejarah. Oleh yang demikian bagi memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran, guru-guru Sejarah perlu peka terhadap kompetensi serta kelemahan yang ada dalam diri mereka sama ada dari aspek pengetahuan, kemahiran atau pun kualiti diri. Kompetensi dalam pengajaran yang dimiliki akan memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan sama ada bagi pelajar yang mempunyai penguasaan tinggi, sederhana mahu pun pelajar yang berpenguasaan lemah dalam meningkatkan pencapaian mereka dalam mata pelajaran Sejarah. Maka satu anjakan paradigma perlu dilakukan oleh insan guru khususnya guru-guru Sejarah dalam melaksanakan pendidikan Sejarah dengan lebih berkesan kerana kegagalan serta ketidadksediaan membuat perubahan akan menyebabkan usaha memartabatkan pendidikan Sejarah bakal menemui kegagalan. Guru sebagai jentera utama pelaksana harus memiliki semangat yang waja serta berani membuat perubahan secara revolusi bagi memulihkan pendangan negatif segelintir masyarakat terhadap pendidikan Sejarah di negara ini seterusnya di dunia global.

RUJUKAN

Ab. Halim Tamuri & Mohamad Khairul Azman Ajuhary. 2010. Amalan pengajaran guru pendidikan Islam berkesan berteraskan konsep Mu’allim. Journal of Islamic and Arabic Education 2(1): 43-56.

Ab Rahim Abd. Rashid, 1997. Penerapan Patriotisma dan Wawasan dalam Kurikulum Pendidikan Sejarah. Kertas kerja dibentangkan di Kursus Penataran Sejarah KBSM

untuk Guru Sumber Sejarah, Air Keroh, Melaka, 10 - 14 Mac.

Abdul Razak Ahmad. 1999. Hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian mata pelajaran Sejarah daripada segi jantina, etnik dan lokasi sekolah. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdul Said Ambotang, Mohd Yusof Abdullah, Baharom Mohamad & Shukri Zain. 2013. Pengaruh pengetahuan pedagogi dan kandungan terhadap efikasi guru

dalam pengajaran Ekonom.

http//medc.com.my/v2/wp-conten/uploads/2013/06/1.pdf (19 Ogos 1014).

Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman. 2003. Falsafah pendidikan dan kurikulum. Tanjong Malim: Quantum Books

Ahmad Bin Rahim & Sidek Bin Said. 2012. Pelaksanaan kurikulum Sejarah menengah rendah di Malaysia - Satu penilaian.

http://www.fp.utm.my/ePusatsumber/listseminar/mecd2012/pdf/40.pdf (1 Mei 2014).

Ahmad Rizal Madar, Nurul Akhmar Kamaruddin & Saifullizam Puteh. 2005. Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam menguasai mata pelajaran Kejuruteraan di Politeknik-politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Prosiding seminar pendidikan JPPG, hlm. 52-59.

Anita Abu Hassan. 2009. Kesan pembelajaran koperatif ke atas sikap dan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sejarah. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

(15)

Anuar Ahmad. 2001. Kertas kerja warganegara patriotik, masyarakat sivil dan pendidikan sejarah di Malaysia. Anjuran Pusat Kembangan Kurikulum, Kuala Lumpur.

Anuar Ahmad, Siti Haishah Abd Rahman & Nur Atiqah T. Abdullah. 2009. Tahap keupayaan pengajaran guru Sejarah dan hubungannya dengan pencapaian murid di sekolah berprestasi rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1): 53-66.

Ariegusrini Bte Ague & Mohamad Jalil Bin Salleh. 2009. Kreativiti pengajran dan pembelajaran Sejarah. Dlm. Abdul Razaq & Isjoni. Transformasi pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Penerbitan bersama: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi; dan FKIP, Universitas Riau, Pekan Baru Indonesia. Hlm. 183-196.

Akhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin. 2011. Pengurusan bilik darjah dan tingkahlaku. Kuala Lumpur: Freemind Harizons Sdn. Bhd.

Azhari Mariani & Zaleha Ismail. 2013. Pengaruh kompetensi guru Matematik ke atas amalan pengajaran kreatif. Kertas kerja dibentangkan di 2nd International Seminar on Quality and Affordable Education. Anjuran Fakulti Pendidikan, Unuversiti Teknologi Malaysia.

Azizi Yahaya, 2007. Menguasai penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd

Azwan Ahmad, Abdul Ghani Abdullah Mohammad Zohir Ahmad & Abd. Rahmad Abd. Azizi. 2005. Kesan efikasi kendiri guru Sejarah terhadap amalan pengajaran berbentukan teknologi maklumat dan berkomunikasi {ICT}. Jurnal Penyelidikan pendidikan 7:15-24.

Azwani Ismail , Zahara Aziz , Sharifah Nor Puteh , Abdul Razaq Ahmad. t.th Kesan model stad terhadap sikap dan kemahiran berkomunikasi pelajar dalam mata pelajaran Sejarah. http://www.mara.gov.my/c/document_library/get_ file?uuid=809cd346-c671-436b -sc32-9d5c66577485&groupId=30564 [10 ogos 2014].

Baharuddin Jabar, 2006. Pelaksanaan Kemahiran Pemikiran Sejarah dalam Pengajaran Guru-Guru Sejarah: Satu Kajian Kes di Daerah Hilir Perak.Penyelidikan Terpilih UPSI. Penerbit UPSI: Tanjung Malim

Bity Salwana Alias, Ahmad Basri Md. Yussof, Ramlee Mustapha & Mohammed Sani Ibrahim. 2010. Analisis kompetensi pengetua berdasarkan kualiti peribadi, pengetahuan, kemariran dan amalan dalam bidang pengurusan sekolah menengah Malaysia. Jurnal Pendidikan Malaysia 35[2]: 31-41

Booth, A. 1993, Learning history in university; Student Views on teaching and assesment. Studies in higher Education. 18{2}: 227-235.

Chua, Yan Piaw. 2012. Asas Statistik penyelidikan. Edisi ke-2. Kuala Lumpur: Mcgraw-hill Education [Malaysia] Sdn Bhd.

Chua, Yan Piaw. 2013. Asas Statistik penyelidikan. Analisis data dan skala likert. Edisi ke-2. Kuala Lumpur: McGraw-Hill Education [Malaysia] Sdn Bhd.

Chua, Yan Piaw. 2014. Kaedah penyelidikan. Edisi ke-3. kuala Lumpur: McGraw-Hill Education [Malaysia] Sdn. Bhd.

Chua, Y. P. 2012. Mastering research methods. Kuala Lumpur: McGraw-Hill Education [Malaysia] Sdn Bhd

Downey, M. T. and Levstik, L. S., 1991. Teaching and Learning History In Shaver, J. P.(ed) (1991). Handbook of Research on Social-Studies Teaching and Learning, A Project of the National Council for the Social Studies. New York: Macmillan

(16)

Endrew Singai. 2009. Hubung kait di antara gaya kepimpinan pengetua dan motivasi pelajar dengan prestasi akedamik pelajar: Kajian disekolah menengah di Daerah Serian. Tesis sarjana Pengurusan Pendidikan. Sultan Idris.

Eggen, P. D. and Kauchak, D. P., 1988. Strategies For Teachers: Teaching Content and Thinking Skills. New Jersey: Prentice Hall.

Good, T. L., & Mulyuran, C. 1990. Teacher ratings: A call for teacher control and self evaluation. Dlm. J. Millman & L. darling-hammond {Pnyt}. The new handbook of teacher evaluation: Assessing elementary and secondary school teachers, 191-215.Newbury Park, CA: Sage.

Habsah Binti Mohamed. 2014. Hubungan gaya pengajaran guru terhadap gaya pembelajaran dan pencapaian pelajar tingkatan empat di Putrajaya, Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Halimah Harun. 2006. Minat, motivasi dan kemahiran mengajar guru pelatih. Jurnal Pendidikan 31: 83-96.

Hamidah Abd. Rahman, Aziz Nordin, Muhketa Isa, Fatimah Puteh, Faruk Muhammad, Norazman Abd. Majid, Aminah Ahmad Khalid, Siti Fatimah Bahari, Shufaat Tumin & Zurihanmi Zakariya. 2005. Teacher’ competency in the teaching of Mathematics in English in Malaysian Schools: Reform, Revolution and Paradigm Shifts in Mathematics Education, Anjuran The Mathematics Education Into The 21st. Century Project, Johor Bahru, 25 November-1 Disember.

Haniza Abdul Khalid. 2003. Attitude and motivation toward English as medium of instruction. Kertas Projek Sarjana Pendidikan (Tidak diterbitkan), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hudgins, B. B. Edelman, S., 1988. Children’s Self-Directed Critical Thinking. Journal of Educational Research, 81, 261 - 273.

Jamil Ahmad. 2002. Pemupukan Budaya Penyelidikan di Kalangan Guru di Sekolah: Satu Penilaian. Tesis Dr. Falsafah. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Janimah Binti Suhaimin. 2011. Persepsi guru Sejarah terhadap kesan latihan ikhtisas dari aspek kemahiran pengajaran, penggunaan bahan bantu mengajar dan pengetahuan. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Julismah Jani, Ong, Kuan Boon, Mohd Sani Madon, Hishamuddin Ahmad, Nur Haziyanti Mohamad & Yusof Ahmad. 2009. Pendekatan pengajaran, gaya belajar dan jenis penilaian dalam mata pelajaran Sains Sukan di sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Malaysia 34 (2): 81-91.

Kamisah Osman, Zanaton Iksan & Lilia Halim. 2007. Sikap terhadap Sains dan sikap saintifik di kalangan pelajar Sains. Jurnal Pendidikan 32: 39-60.

Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988. Sukatan Pelajaran Sejarah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003. Sukatan Pelajaran KBSM Sejarah (Semakan) Pusat Perkembangan Kurikulum. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001a. Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan Misi. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum

Khoo Kay Kim. 2000. Falsafah Sejarah: Ke Arah Mengembangkan Unsur Patriotism dan Kenegaraan.Kertas Kerja yang dibentangkan di Seminar Kebangsaan Falsafah Pendidikan Ke Arah Pemantapan Gagasan dan Wawasan Kenegaraan, Univeristi Malaysia, 6 -7 Julai.

Khairul Anuar A. Rahman. 2012. disposisi guru berkesan: Personaliti dan kemahiran komunikasi. Akademika 82(2): 37-44.

(17)

Krisnaveni a/p Vasudevan, 2013. Kemahiran Pemikiran Sejarah dalam Mata Pelajaran Sejarah dari Perspektif Guru dan Pelajar. Tesis Sarjana : Universiti Kebangsaan Malaysia.

Lim, Chin Guan & Tiew, Wai Sin. 2007. Kajian tentang faktor pertalian sikap pelajar, minat pelajar, pengaruh guru dan penglibatan ibu bapa terhadap pencapaian mata pelajaran Sejarah di kalangan pelajar tingkatan empat di Melaka. Jurnal Penyelidikan Pendidikan. Jilid 9. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kementerian Pendidikan Malaysia.

M.Anadan A/L Manikam. 2011. Kesan pendekatan kontekstual terhadap sikap dan pencapaian pelajar tingkatan dua dalam mata pelajaran Sejarah. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Marzuki Ngah. 2005. Persepsi pelajar-pelajar KPLI Maktab Perguruan Kuala Terengganu terhadap personaliti pensyarah maktab. http://www.ipbl.edu.my/ portal/penyelidikan/seminarpapers/2005/marzukiMPKT.pdf (18 November 2014). Marzona, R.J. Brandt, et all. 1988. Dimension of Thinking: A Framework for

Curiculum and Instruction. Virgina: Association for Supervision and Curiculum Development.

Mohd. Majid Konting, 1990. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Phillips, J. A., 1992. Memperkembangkan Daya Pemikiran Pelajar Melalui Mata Pelajaran KBSM. Jurnal Pendidikan Guru, 9, 1- 15.

Pusat Perkembangan Kurikulum. 2002. Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah; Tingkatan 4 dan 5. Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur.

Pusat Perkembangan Kurikulum. 2003. Huraian Sukatan Pelajaran KBSM Tingkatan IV Sejarah.

Subadrah Nair & Malar Muthiah, 2005. Penggunaaan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham dalam Pembelajaran Sejarah, Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil.20: 21-24, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Zahara Aziz & Nik Azleena Nik Ismail. 2007. Kajian Tinjauan Kesediaan Guru-Guru Sejarah Menerapkan Kemahiran Pemikiran Sejarah kepada Pelajar. http://journalarticle.ukm.my/196/ [20 November 2014]

Referensi

Dokumen terkait

Oleh yang demikian itu, wajarlah sekiranya satu kajian diadakan bagi mengetahui sejauhmanakah tahap penggunaan, tahap kemahiran dan tahap keyakinan guru-guru serta

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap ciri-ciri k-worker pelajar Politeknik METrO Johor Bahru berdasarkan perspektif majikan dari aspek kemahiran

Melalui kajian ini juga, dapat dilihat bahawa pengaplikasian aktiviti yang telah dilaksanakan dengan menggunakan kaedah Alphabet Mirror ini sangat memberikan

Kajian oleh Sharita,Norfidah dan Asmah (2018) menunjukkan pengetahuan pelajar semester empat POLIMAS terhadap Revolusi Industri 4.0adalah sederhana malah kajian ini

Boaler (2015) yang menjalankan kajian di United Kingdom telah meneroka penggunaan pelbagai kaedah untuk membantu murid menguasai kemahiran asas matematik.

ABA.Dapatan kajian berdasarkan skor ujian pra dan pasca menunjukkan tahap pencapaian murid telah meningkat melebihi 80%.Manakala, temubual dijalankan kepada guru

Keberkesanan aplikasi History Flip &amp; Board Writing ditunjukkan melalui 3 aspek iaitu keputusan ujian pra dan pasca, maklum balas guru pemerhati dan murid

Selain itu, pengkaji juga menyarankan agar adanya kajian yang lebih khusus tentang amalan pedagogi kasih sayang dalam kalangan guru yang mengajar murid