• Tidak ada hasil yang ditemukan

International Conference on Global Education VII Humanising Technology For IR. 4.0

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "International Conference on Global Education VII Humanising Technology For IR. 4.0"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

KESEDIAAN PELAJAR POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU MENJADI

K-WORKER BERDASARKAN PERSEPSI MAJIKAN Julia bt. Jantan, Malisa bt. Othman, Mohd Zairi b. Husain

E-mail : jjpjb@yahoo.com.my, wm_lisa@ymail.com

ABSTRAK

Pekerja yang cemerlang dari setiap segi adalah merupakan pekerja yang menjadi idaman setiap majikan. Oleh yang sedemikian, secara umumnya majikan lebih cenderung untuk mengupah graduan yang memenuhi sifat k-worker sebagai pekerja. Inspirasi Malaysia utuk menjadi negara membangun menjelang tahun 2025 memerlukan negara berubah daripada ekonomi berdasarkan pengeluaran (p-ekonomi) kepada ekonomi berdasarkan pengetahuan (k-ekonomi). K-worker merupakan tulang belakang kepada k-ekonomi, maka dalam menangani perubahan ini tanggungjawab negara yang utama adalah dalam pembangunan sumber manusianya. Namun begitu masih lagi terdapat ruang kosong di antara pengetahuan dan kemahiran di kalangan graduan dari segi pengetahuan teoritikal dan praktikal. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti ciri-ciri k-worker yang perlu ada dalam diri graduan politeknik bagi memastikan mereka memenuhi keperluan majikan. Sejumlah 92 responden terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada majikan. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS 21. Hasil dapatan kajian ini dapat menyumbang kepada pihak yang berkaitan khususnya politeknik untuk mengenalpasti dan merancang halatuju graduan politeknik, pemerkasaan program dan kurikulum agar selaras dengan kehendak industri. Ini bertepatan agar graduan politeknik yang dilahirkan adalah kompeten, mempunyai ciri-ciri k-worker (kemahiran teknikal, pengetahuan dan kemahiran insaniah) yang bersepadu sekaligus meningkatkan kebolehkerjaan yang tinggi. Ciri-ciri worker ini sangat penting bagi memenuhi tuntutan pasaran pekerjaan dan dunia k-ekonomi yang semakin berkembang pesat.

Kata Kunci : k-worker, kebolehkerjaan dan k-ekonomi

PENGENALAN

Modal insan merupakan satu faktor yang sangat kritikal dalam membina sebuah negara maju. Malaysia khususnya perlu mengambil berat beberapa ciri dalam pelaburan modal insannya dalam proses menuju ke arah pembentukan negara maju (Ramlee, 2013a). Menurut Armitage, Bryant & Dunhill (2003), perkara yang menjadi kepuasan bagi pihak yang berkepentingan terhadap sesebuah industri adalah aktiviti yang mendatangkan keuntungan seperti inovasi kepada rekabentuk produk, pengurangan kos pengeluaran, mengawal kualiti produk dan pengurusan sumber manusia. Graduan di Malaysia kini perlu lebih mempunyai kemahiran-kemahiran yang pelbagai dalam menghadapi saingan global. Secara umumnya majikan lebih cenderung untuk mengambil graduan yang memenuhi sifat k-worker sebagai pekerja. Graduan yang menganggur dikenalpasti sebagai tidak berjaya memenuhi keperluan skop tugas sesuatu pekerjaan dan menyebabkan mereka gagal mendapatkan pekerjaan.

Di sinilah sesebuah organisasi memerlukan k-worker untuk melaksanakan strategi mendapatkan keuntungan. Pengetahuan digunakan sebagai teras kerja melawan cabaran yang dihadapi oleh organisasi. Teknologi baru boleh menjadikan pekerja “bekerja secara lebih pintar” untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi kepada pelanggan (Koch, 2003). Ekonomi yang berasaskan pengetahuan (k-ekonomi) memerlukan ramai pekerja yang kreatif dan inovatif (Ramlee, 2013a). K-ekonomi menjana permintaan yang tinggi kepada graduan dari institusi pengajian tinggi di Malaysia kerana di institusi inilah berlakunya aktiviti pembelajaran dan pendidikan.

(2)

Terdapat beberapa kemahiran yang diperlukan dalam pekerjaan untuk maju dan kekal dalam k-ekonomi (Taib, 2012). Pekerja yang mengikuti proses pendidikan dan latihan dalam mengendalikan teknologi yang diperkenalkan kepada organisasi akan menjadi k-worker kerana mereka boleh membina kemahiran dan kepakaran dalam mengendalikan teknologi tersebut.

K-worker kini menjadi suatu faktor dalam membantu perkembangan sesebuah negara yang mengamalkan ekonomi. Bagi menjayakan ekonomi, maka perlunya k-worker dalam melaksanakannya. Seperti yang dinyatakan oleh Wan Doraishah Wan Abdul Manan (2002), k-worker adalah pekerja yang mempunyai cukup pengetahuan dan sesuai untuk melaksanakan tugas pekerjaan. Penghasilan produk atau perkhidmatan yang berkualiti sesuai dengan kehendak organisasi dapat dicapai dengan menggunakan pengetahuan yang ada pada k-worker. Menurutnya lagi, k-worker merupakan aset yang sangat berharga kepada sesebuah organisasi syarikat.

SOROTAN KAJIAN

Institusi pengajian tinggi adalah satu badan yang bertanggungjawab mencipta dan mengeluarkan pekerja masa hadapan yang berpengetahuan dan akan menjadi sebahagian daripada pasaran pekerja (Emanoil & Alexandra, 2013). Oleh itu, di dalam k-ekonomi, institusi pengajian tinggi memainkan peranan yang sangat penting kerana ia bukan sahaja mempengaruhi kehidupan seseorang individu malah memberi kesan terhadap prestasi sesebuah organisasi dan ekonomi negara. Kesimpulannya, dalam menjadi badan yang efisien dan bertanggungjawab terhadap individu, organisasi dan keseluruhan persekitaran perniagaan, institusi pengajian tinggi bukan sahaja perlu menekankan terhadap pemerolehan pengetahuan tetapi juga dalam memperkembangkan kemahiran komunikasi dan interpersonal (Ramona-Diana Leon, 2011).

Menurut Ramona-Diana Leon (2011), institusi pengajian tinggi perlu mengajar pelajar-pelajar mereka bagaimana untuk menggunakan maklumat yang mereka pelajari, bagaimana pengetahuan profesional boleh dikitar dalam interaksi mereka dengan orang lain dan bagaimana mahu menjalin gabungkan apa yang mereka ketahui dan pelajari dalam produk organisasi, perkhidmatan serta perhubungan perniagaan. Maclean dan Ordonez (2007), menyatakan bahawa era maklumat memerlukan k-worker. Bertepatan dengan perkembangan semasa dalam k-ekonomi, sistem pendidikan Malaysia harus bersedia mengeluarkan graduan berasaskan k-worker di mana mereka boleh menggunakan pemikiran logik-abstrak untuk menilai masalah, membuat penyelidikan dan menggunakan pengetahuan yang dipelajari, mengemukakan penyelesaian, dan mereka dan menjalankan penyelesaian tersebut, dan bekerja di dalam kumpulan.

Cabaran dalam dunia pekerjaan kini yang semakin meningkat memerlukan pelajar bukan sahaja lengkap dari segi pengetahuan terkini malah pelajar perlu mempunyai kemahiran insaniah (Buntat, Saud & Hussain, 2008). Secara keseluruhan boleh dirangkumkan bahawa industri tidak memerlukan pelajar yang cemerlang di bidang akademik tetapi gagal menyesuaikan diri dalam organisasi. K-worker harus memiliki tiga komponen ketrampilan yang terdiri daripada ketrampilan teknikal, ketrampilan kemanusiaan dan sosial dan ketrampilan metodologi dan pembelajaran (Koch, 2003).

Kemahiran Teknikal

Pengetahuan khusus dan keupayaan analitikal dalam menggunakan alat-alat dan teknik dalam displin kejuruteraan awam, kejuruteraan elektrik, elektronik dan sistem maklumat juga dikenali sebagai kemahiran teknikal (Ramlee, 2013a). Menurut Koch (2003), kemahiran teknikal boleh ditafsirkan sebagai penguasaan terhadap pengetahuan

(3)

dan kemahiran mengenai teknik kerja, kecekapan menggunakan peralatan, bahan, keupayaan menganalisis punca kegagalan, jaminan kualiti serta mengikut norma dan peraturan dalam menggunakan kemahiran tersebut.

Majikan amat memerlukan pekerja yang mempunyai kemahiran ini. Pendekatan dan pendidikan yang berasaskan „hands-on‟amat sesuai digunakan untuk memastikan kemahiran teknikal ini relevan dan selari dengan kehendak semasa. Majikan kini lebih memilih untuk menggaji graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, tetapi juga cemerlang dan dilengkapi dengan kemahiran kebolehkerjaan yang akan membentuk ciri k-worker.

Pengetahuan

Dalam abad ke 21 ini, berlaku pertumbuhan pesat dalam k-ekonomi, pengetahuan, maklumat dan pembelajaran menjadi faktor yang sangat penting dalam sesebuah organisasi. Organisasi memerlukan k-worker yang boleh menimba pengetahuan, menguasai pengetahuan dan memindahkan pengetahuan. Yao & Fan, 2015, menegaskan dalam era maklumat, k-worker menjadi sumber modal dan juga persaingan yang sangat penting dalam organisasi kerana ia mampu menentukan kedudukan dan masa depan organisasi dalam industri. Menurut mereka juga dalam situasi moden yang inovatif, k-worker dianggap sebagai satu badan yang mencipta, menyebarkan dan menggunakan pengetahuan. Kajian yang dilakukan oleh Mladkova (2011) menunjukkan 82% responden menyatakan mereka memerlukan pengetahuan yang spesifik berkaitan dengan profesion mereka.

K-worker adalah mereka yang mencipta kekayaan menggunakan otak melalui daya cipta, analisis, penilaian serta reka bentuk yang menambah nilai kepada produk (Yao & Fan, 2015). Pengetahuan adalah aset tidak nyata yang mana jika diuruskan dengan bijak ia akan menambah nilai sesebuah organisasi (“The brains business,” 2005). Berdasarkan pendapat Tickle dan Louise (2013), institusi pengajian tinggi perlu menyediakan pengalaman bekerja kepada pelajar melalui latihan industri atau work-based learning (WBL). Di Politeknik METrO Johor Bahru khususnya, konsep WBL dilaksanakan di mana pelajar dimestikan untuk mengikuti WBL selama 12 bulan untuk kursus Diploma Logistik dan Rangkaian Bekalan dan Diploma Keusahawanan, manakala 6 bulan untuk Diploma Perbankan Islam. Tempoh latihan ini berupaya untuk meningkatkan nilai pengetahuan seiring dengan kemahiran yang diperlukan oleh industri dan ini menjadi penentuan bagi menyediakan tenaga kerja yang berkualiti dan profesional pada masa depan.

Kemahiran Insaniah

Menurut Bekri et al., (2011), kompetensi ini terkandung dalam konsep kemahiran generik atau keupayaan generik, kemahiran keupayaan atau kemahiran utama. Pada tahun 1980an, kemahiran generik ini dikenali ramai dan digunakan secara meluas terutamanya di Australia. Kesemua kemahiran ini dikenal pasti sebagai kemahiran yang penting untuk seseorang individu mencari pekerjaan dan mengekalkan pekerjaan tersebut (Cassidy 2006, Mohd Yusof et al. 2010).

Oleh yang demikian, sangat penting bagi institusi pengajian tinggi untuk mempunyai hubungan kerjasama dengan industri supaya kehendak yang diperlukan oleh majikan dapat dipenuhi. Namun isu ini perlu mengambil masa untuk melaksanakannya kerana tenaga pengajar itu sendiri kadangkala tidak terdedah kepada kemahiran sosial yang dikehendaki oleh pihak industri. Menurut kajian yang dijalankan oleh Sail (2010), pembuat polisi dan pakar kurikulum dalam pendidikan vokasional

(4)

terdahulu melihat bahawa kemahiran sosial tidak diperlukan secara kritikal dalam kurikulum teknikal. Mereka beranggapan kemahiran tersebut akan diperoleh melalui pergaulan dan pengalaman dalam organisasi dan masyarakat.

LATAR BELAKANG KAJIAN

Pengangguran di kalangan graduan secara tidak langsung berkaitan dengan pengetahuan yang mereka miliki. Secara umumnya majikan lebih cenderung untuk mengambil graduan yang memenuhi sifat k-worker sebagai pekerja. Graduan yang menganggur dikenalpasti sebagai tidak berjaya memenuhi keperluan skop tugas sesuatu pekerjaan dan menyebabkan mereka gagal mendapatkan pekerjaan. Oleh yang demikian, untuk menjadi graduan yang dikehendaki oleh industri, latihan dan kemahiran perlu diberikan kepada graduan agar dapat memenuhi kehendak pasaran kerja. Menurut Ishak Mad Shah (2002) dan Che Mat (2000), institusi TVET memainkan peranan dalam melahirkan k-worker dengan melengkapkan kesediaan diri menjadi pekerja sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

Hasil kajian yang dilakukan oleh Buntat, Saud dan Hussain, 2008, menunjukkan masih terdapat jurang antara perkara yang dipelajari oleh pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan yang dikehendaki oleh industri. Perkara ini berlaku kerana pelajar kurang didedahkan kepada teknologi-teknologi baru kerana pembelajaran berlaku berdasarkan kepada kurikulum yang sedia ada. Selain daripada itu, kekurangan pelajar dalam menguasai bahasa inggeris juga menjadi salah satu faktor jurang tersebut. Kemahiran-kemahiran insaniah yang lain seperti bekerja dalam kumpulan juga mencapai keseluruhan min yng sederhana. Walaubagaimana pun, pelajar mengakui kemahiran bekerja dalam kumpulan merupakan satu aspek yang penting dalam mencari pekerjaan.

Pernyataan Masalah

Berdasarkan keratan akhbar The Star 16 Mei 2012, menyatakan pekerja graduan muda adalah tidak sesuai dengan pekerjaan dan merupakan tanggungan kepada syarikat. Memetik pernyataan Jeannie Khoo, Pengarah Kelly Services Marketing (Malaysia & Singapura) “27 buah politeknik di Malaysia menjana ribuan pekerja berkemahiran setiap tahuan, namun kebanyakkan mereka perlu dilatih semula oleh majikan”. Bagaimana institusi pengajian tinggi boleh mengeluarkan k-worker yang berkemahiran tinggi masih menjadi persoalan.

Beberapa pengkaji mendapati masalah yang dihadapi oleh graduan adalah mereka tidak dapat mengintegrasikan antara kemahiran pengetahuan yang mereka ada dengan kemahiran teknikal dan juga kemahiran insaniah. Masih terdapat jurang antara kriteria yang diperlukan oleh pihak industry dan pendidikan yang dilalui oleh graduan (Bilal & Ummah, 2016; Wesley et al., 2017). Menurut Emanoil & Alexandra, 2013, kebanyakkan kursus yang diajar kepada para graduan tidak berorientasi kepada kemahiran kerja berkumpulan, komunikasi dan penggunaan teknologi maklumat. Akibatnya, graduan tidak berupaya untuk memberi tindak balas secara efisien terhadap cabaran k-ekonomi dan secara tidak langsung ia akan menggambarkan kelemahan organisasi kerana organisasi berada satu langkah dibelakang daripada perkembangan dan isu yang berlaku dalam pasaran. Majikan mendapati masih ada ruang kosong antara pengetahuan teoritikal dan praktikal dalam diri graduan sebuah university semasa menjalani latihan industri (Bilal & Ummah, 2016). Berdasarkan kajian Hanapi dan Kamis (2017), mereka mendapati kebanyakkan graduan menganggur kerana berlaku keidak sepadanan antara kemahiran teknikal dan kemahiran kebolehpasaran.

(5)

Objektif Kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap ciri-ciri k-worker pelajar Politeknik METrO Johor Bahru berdasarkan perspektif majikan dari aspek kemahiran teknikal, pengetahuan dan kemahiran insaniah. Oleh itu, secara khusus tujuan kajian ini adalah untuk:

1. Mengenal pasti tahap kemahiran teknikal graduan Politeknik METrO Johor Bahru berdasarkan persepsi majikan.

2. Mengenal pasti tahap pengetahuan graduan Politeknik METrO Johor Bahru berdasarkan persepsi majikan.

3. Mengenal pasti tahap kemahiran insaniah graduan Politeknik METrO Johor Bahru berdasarkan persepsi majikan.

Skop Kajian

Kajian ini adalah terhad kepada graduan Politeknik METrO Johor Bahru. Responden kajian meliputi graduan Politeknik METrO Johor Bahru yang bergraduat pada sesi 2014/2015.

Metodologi

Instrumen yang digunakan adalah soal selidik. Soal selidik adalah tertumpu kepada tahap kemahiran teknikal, pengetahuan, dan kemahiran insaniah berdasarkan kepada persepsi majikan terhadap graduan politeknik METrO Johor Bahru. Bagi pendekatan kajian kuantitatif, tinjauan kaji selidik dijalankan ke atas 92 majikan mengikut sektor industri di seluruh Malaysia. Kaedah kuantitatif menggunakan analisis deskriptif kerana kajian ini dapat memperihal tentang sesuatu perkara dengan mengambil kira pelbagai aspek dan faktor yang perlu dinilai. Mohd Majid (2010) menjelaskan penyelidikan deskriptif adalah satu bentuk penyelidikan yang bertujuan untuk mengumpul maklumat dan menerangkan apa yang sedang berlaku. Ini disokong oleh Ahmad Munawar & Mohd Nor Shahizan (2014) iaitu kajian berbentuk deskriptif dapat memberi gambaran atau maklumat mengenai sesuatu keadaan pada suatu masa tertentu, di samping membantu membuat perancangan pada masa akan datang. Justeru ia sesuai digunakan dalam kajian ini kerana dapatan kajian ini merupakan maklumat peristiwa yang sedang berlaku dan boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan untuk masa akan datang.

Populasi dan Persampelan

Dalam kajian ini, populasi adalah seramai 92 majikan yang tersenarai dalam direktori pengesanan graduan politeknik Malaysia. Kajian telah dilaksanakan secara kuantitatif dengan membuat tinjauan ke atas sampel majikan graduan Politeknik METrO Johor Bahru. Teknik persampelan rawak telah digunakan dalam pemilihan sampel kajian. Kaedah ini dipilih bagi memastikan sampel kajian dapat mewakili populasi majikan di Politeknik METrO Johor Bahru. Jumlah saiz majikan adalah berdasarkan jadual penentuan saiz sampel oleh Krejecie dan Morgan (1970) dengan aras keyakinan 95% seperti di Jadual 1.

(6)

Jadual 1 Jadual penentuan Sampel Populasi

(Sumber : Krejcie, R., & Morgan, D. (1970).

ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

Data kuantitif bagi kajian ini telah dianalisis secara deskriptif dengan membuat pengukuran berbentuk purata atau min dan dinterpretasi berdasarkan interpretasi skor min oleh Mohd Najib (2003) seperti yang ditunjukkan dalam Jadual bawah.

Jadual 2 Interprerasi Skor Min

Skor Min Interpretasi

1.00 - 1.50 Sangat Rendah

1.51 - 2.50 Rendah

2.51 - 3.50 Sederhana

3.51 - 4.50 Tinggi

4.51- 5.00 Sangat Tinggi

Sumber : Mohamad Najib (2003)

Demografi

Tiga aspek yang diambil kira dalam demografi adalah; i) jenis organisasi yang terlibat sebagai majikan, ii) kluster organisasi iaitu merujuk kepada jenis industri dan iii) gaji yang ditawarkan kepada graduan Politeknik METrO Johor Bahru. Maklumat ini penting bagi mengetahui latar belakang majikan untuk dipadankan dengan dapatan kepuasan majikan terhadap tiga aspek utama kajian iaitu kemahiran teknikal, pengetahuan dan kemahiran insaniah graduan politeknik.

Bilangan Organisasi

Berdasarkan Jadual menunjukkan 91.3% dari keseluruhan sampel organisasi terdiri dari organisasi swasta. Manakala bakinya iaitu 8.7% terdiri dari sampel organisasi kerajaan. Ini menunjukkan sebilangan besar daripada 92 organisasi dalam kajian ini terdiri dari majikan dari sektor swasta berbanding sektor kerajaan.

Jadual 3 Kebolehpercayaan Item

Organisasi Bilangan Peratusan

Swasta 84 91.3

Kerajaan 8 8.7

(7)

Bil/Peratusan Mengikut Bidang

Berdasarkan Jadual menunjukkan peratusan tertinggi sebanyak 88.0% majikan terdiri dari kluster perdagangan, diikuti bidang Kejuruteraan Elektrikal (5.4%), kejuruteraan Mekanikal (4.3%) dan Pelancongan dan Hospitaliti (2.2%). Taburan ini menunjukkan hampir keseluruhan majikan adalah dari bidang perdagangan.

Jadual 4 Taburan Kluster Organisasi

Bidang Kekerapan Peratusan

Kejuruteraan Mekanikal 4 4.3

Kejuruteraan Elektrik 5 5.4

Perdagangan 81 88.0

Pelancongan & Hospitaliti 2 2.2

Jumlah 92 100.0

Gaji Permulaan

Jadual 5 menunjukkan taburan peratusan gaji permulaan yang telah ditawarkan oleh majikan kepada graduan Politeknik METrO Johor Bahru. Hasil dapatan menunjukkan gaji antara RM1001-RM1500 merupakan peratusan paling tinggi iaitu sebanyak 92.4%. Manakala gaji antara RM2,001 - RM2,499 mendapat 5.4%. Sebanyak 2.2% pula disumbangkan oleh gaji paling rendah iaitu RM500 dan ke bawah mewakili 2 majikan.

Jadual 5 Taburan Gaji Graduan Politeknik METrO Johor Bahru

Gaji (RM) Kekerapan Peratus

RM500 dan ke bawah 2 2.2

RM1001-RM1500 85 92.4

RM2,001 - RM2,499 5 5.4

Jumlah 92 100.0

Kemahiran Teknikal

Berdasarkan Jadual didapati kesemua item di bawah elemen kemahiran telah mencapai tahap tinggi dengan julat skor min antara (M=3.67) hingga (M=4.04). Sisihan piawai adalah agak kecil iaitu purata keseluruhan 0.507. Nilai min terendah adalah 3.67. Secara keseluruhan dapatan ini menunjukkan tahap kepuasan majikan yang tinggi dari aspek kemampuan kemahiran teknikal. Skor tertinggi adalah kemahiran menggunakan maklumat dan skor min terendah adalah kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Jadual 6 Skor Min dan Sisihan Piawai Bagi Kemahiran

Item Kemahiran Min S.P

i Kemahiran pengurusan maklumat 4.04 .69

ii Kemahiran menggunakan komputer dalam pemprosesan

maklumat 4.04 .59

iii Kemahiran memilih peralatan/teknologi 3.84 .62

iv Kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif 3.77 .63

v Kemahiran membuat keputusan 3.67 .65

vi Kemahiran menyelesaikan masalah 3.68 .66

(8)

Pengetahuan

Berdasarkan

Jadual , didapati kesemua item di bawah elemen pengetahuan telah mencapai tahap tinggi dengan julat skor min antara (M=3.67) hingga (M=4.04). Dapatan ini menunjukkan tahap kepuasan majikan yang tinggi terhadap graduan Politeknik METrO Johor Bahru jika diukur dari aspek kemampuan pengetahuan. Namun didapati skor min paling tinggi adalah pengetahuan mengaplikasikan teknologi. Manakala skor min terendah merujuk kepada pengetahuan berkaitan dengan pengurusan organisasi.

Jadual 7 Skor Min dan Sisihan Piawai Bagi Pengetahuan

Item Pengetahuan Min S.P

i Pengetahuan teknikal berdasarkan keperluan kerja 4.01 .67

ii Pengetahuan mengaplikasi teknologi 4.39 5.27

iii Pengetahuan pengurusan tentang organisasi 3.76 .69

iv Pengetahuan berkaitan dengan bidang tugas 4.04 .74

Jumlah 4.05 1.46

Kemahiran Insaniah

Berdasarkan

Jadual , didapati kesemua item di bawah elemen kemahiran insaniah telah mencapai tahap tinggi dengan julat skor min antara (M=3.55) hingga (M=4.27). Dapatan ini menunjukkan tahap kepuasan majikan yang tinggi terhadap graduan Politeknik METrO Johor Bahru jika diukur dari aspek kemampuan kemahiran insaniah. Didapati skor min paling tinggi adalah berdisplin dalam menjalankan tugas. Manakala skor min yang terendah merujuk kepada kemahiran menggunakan bahasa inggeris.

Jadual 8 Skor Min dan Sisihan Piawai Bagi Kemahiran Insaniah

Item Kemahiran Insaniah Min S.P

i Berdisiplin dalam menjalankan tugas 4.27 .68

ii Kebolehan berkomunikasi dengan baik 4.01 .62

iii Kebolehan bekerja secara berpasukan 4.07 .62

iv Kemahiran menguasai bahasa inggeris 3.55 .67

v Ketelitian dalam tugasan 3.97 .69

vi Pengamalan nilai-nilai murni 4.14 .59

iv Kemahiran keusahawanan 3.71 .59

Jumlah 3.96 .48

Min Keseluruhan

Berdasarkan Jadual 9 ketiga-tiga konstruk mencapai tahap tinggi berdasarkan interpretasi skor min oleh Mohd Najib (2003) seperti yang ditunjukkan dalam Jadual iaitu antara dengan skor min 3.84 hingga 4.05. Manakala purata keseluruhan skor min adalah 3.95.

Jadual 9 Skor Min Keseluruhan Konstruk Kajian

Konstruk Min Keseluruhan

Kemahiran 3.84

3.95

Pengetahuan 4.05

(9)

Secara keseluruhannya, boleh disimpulkan bahawa kajian ini telah melibatkan sebanyak 92 responden yang terdiri daripada majikan. Kajian ini ingin melihat kesediaan graduan Politeknik METrO Johor Bahru menjadi k-worker berdasarkan persepsi majikan dan berfokuskan kepada kemahiran teknikal, pengetahuan dan kemahiran insaniah. Demografi dapatan kajian menunjukkan kebanyakkan responden adalah dari swasta iaitu sebanyak 91.3% dan 88.0% dari keseluruhan responden adalah dari bidang perdagangan. Analisis deskriptif menunjukkan tahap kepuasan majikan terhadap kemahiran graduan adalah tinggi (M=3.84), pengetahuan (M=4.05) dan kemahiran insaniah (M=3.96). Manakala secara keseluruhannya tahap kepuasan majikan terhadap graduan politeknik menunjukkan skor min sebanyak 3.95 iaitu pada tahap tinggi berdasarkan interpretasi skor min oleh Mohd Najib (2003).

CADANGAN

Di sini, pengkaji akan membincangkan tentang cadangan hasil daripada dapatan dan analisis data hasil daripada borang soal selidik

Kementerian Pengajian Tinggi

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10), 2011-2015, pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk mengarusperdana dan memperluas akses kepada Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang berkualiti untuk memenuhi keperluan industri yang memerlukan tenaga kerja mahir.

Maklumat dari dapatan kajian ini menjadi salah satu elemen dalam dokumen M02 iaitu pemantaun program, penyemakan dan penambahbaikan kualiti berterusan. Dapatan kajian kepuasan majikan yang positif terhadap graduan Politeknik METrO Johor Bahru dapat membantu menjamin kualiti pengajian yang dibekalkan kepada pelajar.

Jabatan Pendidikan Politeknik

Hala Tuju Transformasi Politeknik merupakan agenda transformasi bagi melestarikan pembangunan modal insan melalui pembangunan sumber manusia negara berkeupayaan baharu sehingga tahun 2020.

Hasil dapatan kajian ini merupakan maklumbalas dan ia menunjukkan signal yang positif dari industri terhadap kebolehkerjaan graduan politeknik. Namun ada beberapa elemen yang perlu diberi perhatian bagi memastikan politeknik mampu mencapai tahap kecemerlangan. Ia meliputi aspek pemerkasaan kurikulum, kaedah pengajaran dan pembelajaran serta pembangunan sahsiah pelajar.

Politeknik METrO Johor Bahru

Pengurusan Politeknik METrO Johor Bahru perlu memberi perhatian kepada penghasilan inisiatif ke arah membentuk pelajar yang mempunyai kemahiran, pengetahuan dan kemahiran insaniah yang tinggi.

Antara inisiatif yang boleh dilaksanakan adalah ke arah kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan heutagogy. Ia adalah kaedah pengajaran berpusatkan pelajar dengan memberi peluang kepada pelajar mengkonstruk sendiri pembelajaran mereka dengan bantuan pensyarah dan teknologi ICT terkini. Selain itu, menyedari hakikat bahawa pelajar Politeknik perlu menguasai mempunyai kemahiran sahsiah yang baik, maka Politeknik METrO Johor Bahru perlu menyediakan program-program pembangunan pelajar yang berunsurkan keusahawanan, kesukarelawanan, kepimpinan dan kesukanan.

(10)

Industri

Pengangguran di kalangan graduan secara tidak langsung berkaitan dengan pengetahuan yang mereka miliki. Secara umumnya majikan lebih cenderung untuk mengambil graduan yang memenuhi sifat k-worker sebagai pekerja. Menurut Ishak Mad Shah (2002) dan Che Mat (2000), institusi TVET memainkan peranan dalam melahirkan k-worker dengan melengkapkan kesediaan diri menjadi pekerja sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

Kajian ini diharap dapat membantu pihak industri mengenalpasti indikator k-worker di kalangan pelajar Politeknik METrO Johor Bahru. Indikator ini akan membantu pihak industri mengenalpasti dan dijadikan sebagai penanda aras dalam memilih pelajar menjadi pekerja mereka.

Kurikulum

Hasil kajian yang dilakukan oleh Buntat, Saud dan Hussain, (2008), menunjukkan masih terdapat jurang antara perkara yang dipelajari oleh pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan yang dikehendaki oleh industri. Perkara ini berlaku kerana pelajar kurang didedahkan kepada teknologi-teknologi baru kerana pembelajaran berlaku berdasarkan kepada kurikulum yang sedia ada.

Dapatan kajian ini boleh membantu pihak Kementerian Pendidikan Tinggi untuk mengenalpasti kurikulum serta program kemahiran vokasional yang sesuai ditawarkan kepada pelajar disamping menyediakan transisi kerjaya setanding dengan pelajar universiti yang lain dalam usaha menyediakan graduan yang kompeten, mempunyai kemahiran generik serta kebolehpasaran yang tinggi bagi memenuhi tuntutan pasaran pekerjaan dan dunia k-ekonomi yang semakin berkembang pesat. Data ini juga dijangka sesuai untuk dijadikan rujukan dan ianya boleh digunakan dalam merancang kurikulum pembelajaran pelajar khususnya kepada pelajar yang berada di semester akhir dengan memberi fokus kepada peningkatan ciri-ciri untuk menjadi bekerja berpengetahuan yang dingini oleh industri.

RUJUKAN

Ab. Hadi, Yusop. (2009) Kesediaan Pelajar Institut Latihan Perindustrian Malaysia menjadi K-worker Untuk Memenuhi Keperluan Industri.

Ahmad Munawar Ismail & Mohd Nor Shahizan Ali. (2014). Kaedah Penyelidikan Islam:Perspektif Islam. (Ahmad Munawar Ismail, Ed.) (1st ed.). Bangi: Penerbit UKM.

Armitage, A., Bryant,R.,& Dunhill,R. (2003).Teaching and Training in Post-Compulsory Education. (2nd ed). Philadelphia: Open University Press.

Bekri R. et al. (2011). Penguasaan Core Abilities Pekerjaan Dalam Kalangan Graduan Diploma Kemahiran Malaysia Penyejukan Dan Penyaman Udara: Satu Kajian Kes. Prosiding Seminar Serantau Kelima Tahun 2011 Universitas Riau, Pekan baru dan Universiti Kebangsaan Malaysia pada 12 – 14 Mei 2011, Pekan Bau Riau, Indonesia.

Bilal, M.N.M. & Ummah, M.A.C.S. 2016. A CaseStudy on the Impact of Internship Training in Finding Successful Job Placements: With Special Reference to South Eastern University of Sri Lanka. Proceeding of the 3rd International HR Conference, 3(1).

Buntat, Y., Saud, M. S., & Hussain, H. A. (2008). Cabaran Politeknik Sultan Ahmad Shah (POLISAS) membangunkan modal insan sejajar dengan keperluan sektor industri.

(11)

Cassidy, S. (2006). Developing Employability Skills: Peer Assessment in Higher Education. In: Education + Training, 48(7), 508-517.

Che Mat (2000). Career Management. Kuala Lumpur: Malaysia News Publication. Emanoil, M., & Alexandra, S. (2013). Knowledge workers–the modern workers

prototype in present and future organization. Annals of the University of Oradea, Economic Science Series, 22(2).

Hanapi, Z, & Kamis., A. (2017). Analisis perbandingan di antara industri, pensyarah dan graduan terhadap kepentingan kemahiran teknikal dan kemahiran kebolehkerjaan yang perlu dikuasai oleh graduan bidang elektrik di kolej komuniti. Humanika, 9(1-5), 67–75.

Ishak Mad Shah. (2002). Pengenalan Psikologi Industri dan Organisasi. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Koch, M. (2003). K-Worker Occupational Competence. Kertas Kerja dalam Seminar „Action Oriented Learning –Trainee Centered Teaching: In-Service Technical Teacher Trainng at GMI Programme Design‟ pada 27 Mac 2003 di Bilik Seminar C1, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn, anjuran Dul System Project (DSP), German Malaysia Institute (GMI) dan KUiTTHO. Ms 8.

Krejcie, R. V, & Morgan, D. W. (1970). ACTIVITIES, 38, 607–610.

Leon, Ramona-Diana. (2011). Creating The Future Knowledge Worker. Management & Marketing Challenges for the Knowledge Society. Vol. 6, No. 2, pp. 205-222. Maclean, R. & Ordonez, V. 2007. Work, skills development for employability and

education for suspicious development. Education Research Policy Practice, 6: 123-140.

Mládková, L. (2011). Management for knowledge workers. Economis & Management 2011.16

Mohd Najib, A.Ghafar (2003), Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Fakulti Pendidikan , Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Yusof Husain, Seri Bunian Mokhtar, Abdul Aziz Ahmad, & Ramlee Mustapha (2010). Importance of Employability Skills from Employers’ Perspective. In: Procedia - Social and Behavioral Sciences, 7(C), 430–438. Ramlee Mustapha. (2013a). Transforming Education toward K-Economy in Malaysia. International Journal for Educational Studies, 6(1). Retrieved from http://educare-

ijes.com/transforming-education-toward-k-economy-in-malaysia/?s=Transforming+Education+toward+K-Economy+in+Malaysia

Rajalakshmi, S., & Banu, R. S. D. W. (2012). Analysis of Tacit Knowledge Sharing and Codification in Higher Education. In 2012 International Conference on Computer Communication and Informatics (ICCCI -2012). Coimbatore, India.

Rajiv Rasikchandra Malkan (2009). Post-Secondary Technical Vocational Education Training: A Qualitative Case Study of Industrial Training Institute (ITI) In Maharasthra State, India. PhD Dissertation of the Graduate College at the University of Nebraska.

Sail, R. M., & Alavi, K. (2010). Social skills and social values training for future k-workers. Journal of European Industrial Training, 34(3), 226-258.

Taib, K. M.(2012), Training and Development for Knowledge Workers–Malaysian Scene.

The brains business. (2005, September 10). Economist, 376(8443). Retrieved from Academic Search Premier database.

Tickle, Louise (2013). “Employability initiative winner: Edinburgh College of Art,” The Guardian, 28 February.

(12)

Universiti Putra Malaysia (UPM) (2012). Kajian Tahap Penerimaan Masyarakat Terhadap Latihan Kemahiran. Report.

Wan Doraishah Wan Abdul Manan. (2002). „Challenges Ahead’. Buletin Akademik UiTM, Terengganu. Bil 2 – Januari/Februari 2002, 7-12.

Wesley, S. C., Jackson, V. P. & Lee, M. 2017. The perceived importance of core soft skills between retailing and tourism management students, faculty and businesses. Employee Relations, 39(1), 79-99. doi:10.1016/j.sbspro.2010.10.059.

Yao, J. and Fan, L.L. (2015) The Performance of Knowledge Workers Based on Behavioral Perspective. Journal of Human Resource and Sustainability Studies, 3, 21-27.

Referensi

Dokumen terkait

Retribusi Terminal adalah pelayanan atas penyediaan tempat parkir untuk kendaraan penumpang bis umum dan mobil barang, tempat kegiatan usaha, fasilitas lainnya di

Dalam kesempatan ini juga, dengan menghayati bahwa kehidupan dan pertumbuhan jemaat di GKI Kemang Pratama adalah tanggung jawab kita bersama, marilah dalam rasa syukur

638/BPBD/2016 tanggal 26 Agustus 2016 tentang Perpanjangan Penetapan Status Siaga Darurat Penanggulangan Bencana Asap Akibat Kebakaran Hutan dan Lahan di Provinsi

Muhibbin mengandung kritik yang membahas mengenai masalah pendidikan, masalah kejahatan, masalah generasi muda pada masyarakat modern, masalah peperangan, masalah

Makanan yang paling banyak dikonsumsi oleh ikan sepat siam baik yang berukuran kecil maupun besar adalah mikroalga dari Kelas Bacillariophyceae berjenis Diatoma, Melosira, dan

pri čemer pomenijo: LCC - skupna sedanja vrednost stroškov življenjskega cikla posamezne alternative I - sedanja vrednost osnovnih investicijskih stroškov 21 Repl - sedanja

Fungsi Save, adalah fungsi yang digunakan untuk menyimpan citra hasil deteksi tepi, atau dapat juga digunakan untuk menyimpan citra yang telah diolah dengan beberapa jenis operasi

Pertama, dari segi semantis, baik pada diatesis pasif bahasa Jepang maupun bahasa Indonesia, pendamping inti yang berperan penanggap adalah yang mengalami suatu peristiwa