• Tidak ada hasil yang ditemukan

International Conference on Global Education VII Humanising Technology For IR. 4.0

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "International Conference on Global Education VII Humanising Technology For IR. 4.0"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

PENGGUNAAN PETA PEMIKIRAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER DALAM MATA PELAJARAN EKONOMI

HaryatiBinti Tengah @ Mohd Idris

(haryati2112@gmail.com)

Muhammad Bin Hussin ABSTRAK

Abad ini, dunia pendidikan semakin mencabar dengan pelbagai isu dan cabaran. Para pendidik perlu mengikut gelombang arus perubahan bagi melengkapkan diri untuk membangunkan modal insan cemerlang. Guru bukan sahaja berperanan melahirkan pelajar cemerlang dari sudut kurikulum dan kokurikulum sahaja malahan cemerlang sahsiah dan mempunyai ciri kepimpinan diri. Pelbagai cabaran terpaksa dihadapi guru pada masa kini. Cabaran utama pendidikan abad ke-21 adalah melahirkan generasi yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) demi menjana modal insan berkualiti bagi menghadapi cabaran global pada abad ke-21. Penguasaan KBAT merupakan keperluan bagi pelajar yang mengambil mata pelajaran Ekonomi kerana pembelajaran ekonomi banyak melibatkan teoritikal dan konseptual yang memerlukan pelajar mengira, melakarkan keluk dan graf serta mengaplikasikan teori dalam menyelesaikan masalah. Oleh itu, pembelajaran ekonomi memerlukan pelajar mempunyai kemampuan dari segi pemikiran abstrak yang berkait dengan KBAT. Cadangan kepada penyelesaian masalah tersebut ialah penumpuan terhadap kaedah PdPc dalam kelas. Antara cadangan yang dikemukakan ialah melalui penggunaan peta pemikiran dan pembelajaran berbantu komputer dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Cadangan ini juga akan disokong dengan teori-teori pembelajaran yang sesuai bagi mengukuhkannya. Secara keseluruhannya, kertas konsep ini dihasilkan agar dapat membantu guru-guru agar dapat mencari kaedah PdPc berkesan dalam mata pelajaran Ekonomi SPM agar prestasinya pada masa akan datang dapat ditingkatkan.

Kata Kunci : Peta pemikiran, Pembelajaran berbantukan komputer, KBAT PENGENALAN

Hasrat murni Kementerian Pendidikan Malaysia adalah jelas termaktub di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan matlamat Wawasan 2020 juga ingin menjadikan negara kita sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Serantau. Seterusnya, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025diwujudkan bagi memacu sistem pendidikan ke arah yang lebih berdaya saing di peringkat global. Berdasarkan pelan tersebut, tanggungjawab ini terletak di bahu pemimpin sekolah. Oleh yang demikian, bagi memastikan kemenjadian warga sekolah tarcapai, sekolah memerlukan pemimpin yang mampu menjana kemenjadian tersebut daripada pelbagai sudut. Dalam pelan tersebut menggariskan 11 anjakan utama dalam sistem pendidikan negara. Setiap anjakan tersebut menjadi garis panduan kepada semua Pegawai Pendidikan Daerah (PPD), pengetua, penolong-penolong kanan, guru kanan, semua guru dan staff untuk melaksanakan dasar yang dirangka oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Program Transformasi Sekolah 2025 merupakan satu lagi usaha gigih Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. Program ini diharapkan dapat mengaplikasikan amalan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Pendidikan merupakan proses yang membolehkan indidvidu memperoleh dan menggunakan ilmu

(2)

Mata pelajaran Ekonomi Asas merupakan satu daripada mata pelajaran elektif Teknik dan Vokasional yang ditawarkan kepada pelajar tingkatan empat dan tingkatan lima. Mata pelajaran ini telah disemak semula di bawah Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas (MPEI) yang dilaksanakan pada tahun 2017. MPEI Ekonomi khususnya bertujuan untuk memberi murid pemahaman teguh mengenai prinsip asas ekonomi bagi membantu murid memahami ekonomi dunia moden dan membuat keputusan yang rasional sebagai kemahiran pembelajaran sepanjang hayat (Kementerian Pendidikan Malaysia: Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2015). Kurikulum ini dirangka bagi melahirkan modal insan yang menyeluruh, seimbang, berakhlak mulia, kritis, kreatif, inovatif serta mengamalkan budaya profesional bagi menghadapi cabaran abad ke-21 seiring dengan matlamat ke arah negara maju dan perkembangan teknologi dalam industri.

Walau bagaimanapun, pencapaian pelajar dalam mata pelajaran ekonomi SPM masih rendah dan kurang memuaskan. Isu ini bukan sahaja berlaku di sesebuah sekolah atau daerah sahaja tetapi merupakan isu seluruh Malaysia. Dalam buku Pengumuman Analisis Laporan SPM 2017, Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) Ekonomi Asas pada kebangsaan hanya mencatatkan 6.29 sahaja (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017). Angka ini nyata menunjukkan pencapaian mata pelajaran ini yang paling rendah berbanding mata pelajaran lain. Sebagai akibatnya, terdapat pentadbir sekolah yang menggugurkan subjek ini daripada pilihan elektif mata pelajaran di sekolah tersebut. PERNYATAAN MASALAH

Berdasarkan kajian-kajian lepas, terdapat beberapa faktor yang dikenal pasti mempengaruhi pencapaian mata pelajaran Ekonomi. Kajian yang dijalankan oleh Normala et.al (2014), mendapati bahawa pelajar yang lemah dalam Ekonomi Asas dan Matematik di peringkat SPM mempunyai prestasi yang rendah dalam Kursus Makroekonomi di universiti. Banyak kajian lepas menekankan bahawa pengetahuan asas dalam ekonomi dan juga matematik adalah penting dalam mempengaruhi pencapaian siswazah dalam kursus ekonomi di universiti. Lumsden dan Scott (1987) mendapati siswazah yang lulus matematik di peringkat A-level memperoleh keputusan baik dalam kursus ekonomi. Di samping itu, Bransfield et al., (1992) pula mendapati siswazah yang mengambil kursus Matematik Pengurusan sebelum mengambil kursus ekonomi memperoleh keputusan yang lebih baik berbanding siswazah yang tidak mengambil kursus tersebut. Selain itu, keputusan yang baik dalam subjek matematik di peringkat sekolah menengah merupakan petunjuk penting terhadap kejayaan siswazah dalam kursus ekonomi di kolej (Anderson et al., 1994). Sementara Von Allmen (1996) mendapati perbezaan satu gred dalam matematik menyumbang lebih daripada dua kali ganda peluang untuk siswazah mendapat gred A dalam subjek mikroekonomi, dan kurang daripada separuh peluang untuk mereka yang mendapat keputusan yang lemah. Terdapat juga kajian lepas yang mendapati bahawa pengetahuan asas ekonomi di sekolah menengah mempengaruhi pencapaian siswazah dalam kursus ekonomi di universiti (Tay, 1994; Shananah dan Mayer, 2001).

Konsep-konsep ekonomi diajar dengan menggunakan kaedah kuantitatif, termasuklah penggunaan graf, keluk serta contoh berangka dan aplikasi. Menurut Shuhmann (2005) mereka yang lemah dalam literasi kuantitatif akan menyumbang kepada pencapaian yang rendah dalam kursus ekonomi. Oleh yang demikian, subjek ekonomi dianggap sebagai subjek yang sukar oleh kebanyakan siswazah (Cadenas, 1999). Permasalahan ini juga dihadapi oleh pelajar diperingkat sekolah menengah.

(3)

Apabila pelajar tidak menguasai asas kemahiran Matematik dengan baik, mereka cenderung untuk mendapat markah minima dalam bahagian pengiraan Ekonomi.

Kegagalan memahami konsep-konsep ekonomi yang abstrak antara punca utama kegagalan pelajar mengikuti pembelajaran Ekonomi Asas (Yin, 2008).Untuk menguasai ilmu ekonomi, seseorang itu perlu mempunyai kemampuan dari segi pemikiran abstrak dan boleh mengaplikasikannya (Johnston dan James, 2000). Selain itu, merekajuga perlu mampu untuk menerangkan idea yang kompleks dengan logik dan lancar. Kelemahan pelajar dalam menguasai KBAT menyebabkan pelajar tidak berkemampuan mengaplikasikan konsep dan teori ekonomi dengan menggunakan angka dan graf untuk membuktikan sesuatu konsep dan menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan ekonomi.KBAT ditakrifkan sebagai penggunaan potensi minda untuk menghadapi cabaran-cabaran baru (Onosko dan Newmann, 1994). Penggunaan potensi minda bermaksud apabila seseorang individu perlu mentafsir, menganalisis atau memanipulasi maklumat untuk menjawab sesuatu persoalan atau menyelesaikan sesuatu masalah yang dikemukakan. Manakala mengikut Lembaga Peperiksaan Malaysia (2013), Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. Dalam kajian lain yang dijalankan oleh Arsaythamby & Julinamary (2015), pelajar Tingkatan 6 sukar menjawab soalan berbentuk penyelesaian masalah berbanding soalan melukis graf. Perkara ini disokong oleh Lee & Muhammad (2015) yang menyatakan bahawa kaedah pengajaran berpusatkan guru menyebabkan pelajar tidak menguasai KBAT. Jadual 1.0 menunjukkan definisi KBAT daripada pengkaji-pengkaji lain.

Jadual 1.0 Definisi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Sumber Tahun Definisi

Miri et al 2007 Strategi penetapan meta-objektif. Padahal pemikiran kritikal, sistematik dan kreatif adalah taktik dan aktiviti yang diperlukan untuk mencapai objektif yang ditetapkan. Rajendran,

N.

2008 Penggunaan perkembangan minda untuk menghadapi cabaran baru.

Thompson, T 2008 Pemikiran bukan algoritma (algorithmic). Thomas,A.,

& Thorne, G.

2010 Pemikiran pada tahap yang lebih tinggi daripada dengan hanya sekadar menyatakan semula semula fakta. Ia memerlukan kita melakukan sesuatu terhadap fakta. Kita mesti memahami fakta-fakta, menghubungkan fakta- fakta tersebut, mengkategorikan

dan memanipulasikan fakta-fakta, meletakkannya ke dalam cara yang baru serta mengaplikasikan fakta tersebut untuk mencari penyelesaian baru kepada masalah baru.

Kruger, K. 2013 Ia melibatkan pembentukan konsep,pemikiran kritis, kreatif / percambahan fikiran, penyelesaian masalah, perwakilan mental, penggunaan peraturan, penaakulan dan pemikiran logik.

Sumber : Goethals, 2013

(4)

dalam PdP masih berada pada tahap rendah, banyak inovasi teknologi yang diperkenalkan tidak digunakan secara kreatif dan efektif (Nor Izzah 2010, Hani Meryliena 2012), sebaliknya guru lebih selesa dengan amalan pengajaran secara tradisional (Noraini 2012).

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Jones (2004) dalam Noraini (2013) mendapati bahawa terdapat tujuh halangan yang wujud semasa pengintegrasian ICT dalam pengajaran ialah guru kurang berkeyakinan semasa pengintegrasian, kurang capaian terhadap sumber, kekurangan masa untuk membuat pengintegrasian, kurang latihan yang efektif, menghadapi masalah teknikal semasa perisian digunakan, kurang capaian individu semasa penyediaan bahan pengajaran dan usia guru. Selain itu kajian Program Latihan Guru dan Impaknya terhadap Pembelajaran Pelajar oleh Mohammad Sani (2001) mendapati beberapa kekangan utama yang dihadapi oleh guru dalam mengintegrasikan komputer dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran ialah aspek pengupayaan, beban tugas, peruntukan kewangan, faktor masa, tuntutan sukatan pelajaran, sokongan pihak pengurusan sekolah, kerjasama rakan sejawat, desakan peperiksaan, kemudahan dan peralatan sekolah, aspek pelbagai arahan daripada pihak sekolah, dan aspek sokongan daripada Pegawai Pendidikan Daerah. Selain itu kesukaran guru untuk mengubah gaya PdPc (Becker & Watt 1996; Arbaat 2008), tidak berani mengambil risiko, takut untuk mencuba inovasi (Kupersmith 1992; Pitkin 1997; Van Fleet & Walker 2003) juga akan menjadi halangan diri untuk menerima teknologi baru secara terbuka (Hunt et al. 2004; Weston 2005).

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF

Kognitif didefinisikan sebagai proses mental untuk mentafsir, mempelajari dan memahami sesuatu proses pembelajaran termasuklah pengamatan yang berlaku dalam otak manusia. Manakala perkembangan kognitif pula ialah perkembangan yang dialami oleh akal dari aspek pemikiran dan berkait dengan keupayaan seseorang individu menerima maklumat, menyimpan maklumat dan bagaimana ia diingat semula untuk menyelesaikan masalah (Bahagian Pendidikan Guru, 2008).

Ahli psikologi kognitif berpendapat bahawapembelajaran adalah proses mental yang aktif untuk mendapatkan, menyimpan, mengingat dan menggunakan ilmu. Antara ahli Teori Perkembangan Kognitif yang terkenal adalah Jean Piaget dan Lev Vygotsky. Menurut Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget, minda individu boleh berkembang, berubah dan dapat mengadaptasi masalah yang berlaku apabila berinteraksi dengan persekitaran. Manakala Teori Perkembangan Kognitif Lev Vygotsky pula lebih menekankan kognitif sosial, di mana ilmu pengetahuan dibina berdasarkan kepada interaksi sosial, alat budaya dan aktiviti yang membentuk pembinaan dan pembelajaran individu seperti bahasa, sistem matematika, dan alat-alat ingatan. Oleh itu, dalam konteks pembelajaran, pelajar dan guru perlulah bekerjasama untuk meningkatkan hasil pembelajaran dan membolehkan pelajar menyelesaikan masalah sendiri.Vygotsky menekankan bahawa semua aktivitimental yang melibatkan kemahiran berfikir aras tinggi didorong oleh alat-alat psikologi seperti bahasa, lambang dan simbol.

Sehubungan dengan itu, peta pemikiran (i-Think) digunakan sebagai satu kaedah pengajaran ke arah membina perkembangan kognitif dan kemahiran berfikir bagi memupuk pembelajaran bermakna kepada pelajar (Bahagian Perkembangan Kurikulum, 2012). Peta Pemikiran merupakan alat berfikir yang membolehkan guru menyampaikan kurikulum yang sedia ada dalam bentuk yang lebih bermakna. Peta Pemikiran menggabungkan proses kognitif dalam pembelajaran dengan maklumat dalam bentuk visual serta menyediakan satu cara berfikir yang konsisten dan ―brain compatible‖ bagi

(5)

guru menyampaikan maklumat dan untuk murid belajar dan mengekalkannya (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013b). Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru boleh menerapkan proses KBAT kepada murid melalui penggunaan peta pemikiran.

TEORI CONNECTIVISME

Teori connectivisme dipelopori oleh George Siemen (2004). Teori ini merupakan teori pembelajaran yang baharu pada era digital ini. George Siemen percaya bahawa teori connectivisme dapat melengkapi teori-teori pembelajaran masa lalu seperti teori konstruktivisme, kognitivisme dan behaviorisme dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) pada era digital ini. Teknologi telah mengubah kehidupan komunikasi dan pembelajaran. Dengan perubahan ini, pembelajaran secara tradisional juga perlu berubah mengikut format digital seiring dengan perubahan teknologi. Pendidik berpeluang untuk mencuba pendekatan pedagogi terkini, peralatan untuk menjalankan ujian, serta memahami bagaimana kaedah pembelajaran dalam kalangan pelajar berlaku (Hudiya, 2017). Teori connectivisme memperlihatkan kesan yang positif terhadap pembelajaran secara online (Barnett, McPherson & Sandieson, 2013). Dalam PdPc Ekonomi, PBK dapat membantu pelajar memahami isu ekonomi semasa, memperoleh data ekonomi yang sebenar dengan tepat dan menggalakkan pembelajaran berpusatkan pelajar.

PERBINCANGAN

Cadangan untuk mewujudkan kaedah PdPc berkesan bagi mata pelajaran Ekonomi ialah dengan menerapkan dua elemen. Elemen tersebut ialah penggunaan peta pemikiran (i-think) dan pembelajaran berbantu komputer (PBK). Peta pemikiran digunakan untuk memupuk KBAT dalam kalangan pelajar. Halic, Lee, Paulus, dan Spence, (2010) mendapati bahawa apabila seseorang pelajar melibatkan diri secara aktif ke dalam sesuatu kumpulan perbincangan tentang sesuatu tajuk, pelajar tersebut dilihat mempunyai tahap pemahaman yang tinggi dalam sesuatu pembelajaran. Guru Ekonomi perlu menggunakan kaedah pembelajaran abad 21 yang berpusatkan pelajar semasa PdPc. Kaedah ini juga dapat memupuk kemahiran penyelesaian masalah dalam kalangan pelajar.

Pembelajaran ekonomi yang banyak melibatkan pengiraan dan graf serta penganalisaan dan penilaian dapat melatih minda murid supaya menjadi kritis dan kreatif, dan seterusnya menguasai KBAT. Seperti yang dinyatakan oleh Siegfried, Bartlett, Hansen, Kelley, McCloskey dan Tietenberg (1991), pembelajaran ekonomi membolehkan individu menguasai kemahiran berfikir secara analitis, kritis dan kreatif, dan dapat menggunakan alat yang sesuai untuk menyelesaikan masalah serta dapat memahami dan menjelaskan fenomena yang tidak terjangka. Menurut John Maynard Keynes dalam Lopus, Morton, dan Willis (2003) pula menyatakan bahawa ekonomi merupakan satu kaedah pemikiran, atau teknik berfikir yang membantu kita membuat rumusan yang betul. Manakala menurut Schur (1985), Ekonomi adalah berasaskan prinsip-prinsip asas yang membolehkan seseorang individu membuat penilaian dengan bijaksana dan mengenal pasti kesan daripada sesuatu tindakan yang telah diambil. Selain itu, mereka juga perlu mampu untuk menerangkan idea yang kompleks secara logik dan lancar (Johnston, James, Lye dan McDonald, 2000). Berdasarkan hasil kajian lepas dan pendapat pengkaji-pengkaji ini jelas menunjukkan bahawa pembelajaran ekonomi memerlukan pelajar memiliki kemahiran berfikir terutamanya kemahiran

(6)

Menurut Criswell (1989) dalam Munir dan Halimah (2000), pembelajaran berbantukan komputer (PBK) didefinisikan sebagai penggunaan komputer dalam menyampaikan bahan pengajaran dengan melibatkan pelajar secara aktif serta membolehkan maklum balas. Menurutnya lagi, PBK ialah untuk mengajar dan mengajar bermakna menyampaikan pengajaran dengan menggunakan program komputer. Menurut Shaharom (1991), pengajaran berbantukan komputer terbahagi kepada beberapa kategori dan simulasi komputer merupakan salah satu contoh dalam kategori tersebut. Menurut Gokhale (1996), penggunaan simulasi komputer dalam pembelajaran boleh meningkatkan pemikiran tahap tinggi di kalangan pelajar.

Para pengkaji seperti Abdul Wahab, Kamaliah dan Hasrina (2006) mencadangkan guru-guru untuk meneroka penggunaan teknologi sebagai media pengajaran utama bagi mengatasi masalah yang dinyatakan di atas. Ini kerana teknologi membolehkan pengajaran disampaikan dalam bentuk yang menarik dan mudah. Penggunaan teknologi komputer ini juga secara tidak langsung boleh dijadikan alat untuk mempertingkatkan pemikiran tahap tinggi (Saifullizam et al, 2005). Teknologi yang bersesuaian mampu meningkatkan kebolehan kognitif dan sosial disamping menyokong pembelajaran kanak-kanak. Kajian yang dijalankan di Borno Nigeria oleh State & Umar (2016) menyatakan bahawa guru Ekonomi perlu sentiasa meningkatkan kemahiran pedagogi.

Teknologi menyediakan peluang fakulti untuk mengubah pendekatan pengajaran secara tradisional (Rence & Strange, 2011). Jabatan Pendidikan di Amerika Syarikat mendakwa bahawa teknologi merupakan dorongan untuk meningkatkan pembelajaran, produktiviti dan prestasi (Georgian & Olson, 2008). Penggunaan teknologi pembelajaran sering digambarkan sebagai pembelajaran berintegrasikan teknologi seperti pembelajaran berasaskan komputer, alat dan aplikasi komputer yang menyediakan pilihan multimedia, animasi, persekitaran maya, permainan dan simulasi, pembelajaran mudah alih wiki, blog dan banyak lagi (Graesser, Chipman & Raja, 2008; Ragupathi & Hubball, 2015). ‗Teknologi bukan sebagai agen perubahan: ia adalah guru‘ (Kirkwood & Price, 2013).

Dalam bidang pendidikan, kemahiran abad 21 merujuk kepada PdPc yang bertunjangkan kemahiran ICT bagi melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif (Mohsin, Aqmal dan Hassan, 2011). ICT telah diselitkan dalam pelbagai bidang demi memperkasakan martabat negara di arena antarabangsa. Pelbagai usaha dalam bentuk dasar-dasar baharu telah mengorak langkah ke arah menyelitkan ICT secara sepenuhnya dalam sistem pendidikan negara. Mishra (2011) mengklasifikasikan ICT sebagai pengetahuan asas dalam pembelajaran abad ke-21. Hal ini menunjukkan pengetahuan ICT telah diselitkan ke dalam pengetahuan asas murid yang harus dikuasai sepenuhnya. Anjakan ketujuh PPPM pula mengesyorkan agar guru-guru memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia (KPM, 2013). Berdasarkan penelitian dan pemberatan ini, jelas bahawa industri ICT terbukti menjadi tulang belakang pembangunan sesebuah negara termasuk Malaysia (Abdul Ghani, 2014). Kementerian Pendidikan Malaysia (2015) juga menjadikan kemahiran maklumat, media dan teknologi sebagai salah satu kemahiran yang diperlukan dalam pembelajaran abad ke-21. Namun, Kementerian Pendidikan Malaysia masih menganggap cabaran utama pembelajaran abad Ke-21 adalah keupayaan guru-guru mengaplikasikan dan mengadaptasikan pelbagai sumber teknologi serta maklumat bagi melaksanakan PdPc yang efektif dan berkualiti serta relevan dengan perkembangan semasa (KPM, 2015).

Di Malaysia, pembelajaran berasaskan permainan digital secara mudah alih (Mobil Gamebased Learning) sudah mula dipraktikan di sekolah-sekolah terutamanya di kawasan bandar (Laili & Maizatul Hayati, 2014). Hal ini turut disokong oleh kajian

(7)

(Yatim dan Masuch, 2007) di mana aktiviti mereka bentuk permainan digital di dalam bilik darjah membolehkan kanak-kanak menonjolkan kreativiti, melaksanakan idea yang asli dan belajar berfikir secara logik dan berstruktur mengikut persekitaran mereka.Suasana pembelajaran ‗e-learning‘ akan memaksa pelajar menjadi berdikari dan lebih aktif dalam pembelajarannya kerana perancangan pelajaran dilakukan oleh pelajar itu sendiri.Saadiah (2003) berpendapat bahawa ICT merupakan medium yang dapat membantu proses interaksi antara kendiri, selain itu telah merevolusikan persekitaran pembelajaran di seluruh dunia.

KESIMPULAN

Prestasi pelajar yang rendah dalam mata pelajaran Ekonomi SPM berpunca daripada kegagalan pelajar menguasai KBAT dan kaedah pengajaran yang berpusatkan guru. Masalah ini perlu diatasi segera oleh guru mata pelajaran agar tahap penguasaan pelajar dalam Ekonomi SPM semakin meningkat. Hal ini juga bertepatan dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia bagi melahirkan masyarakat yang berpengetahuan ekonomi dan memainkan peranan sebagai pengguna, pengeluar, ahli masyarakat, warganegara dan warga global yang bijak, rasional dan bertanggungjawab.

Penerapan KBAT melalui penggunaan peta pemikiran yang berlandaskan teori Perkembangan Kognitif dicadangkan dalam kajian ini. Dijangkakan penggunaan peta pemikiran ini dapat meningkatkan pencapaian mata pelajaran Ekonomi dan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar. Selain itu, penggunaan peta pemikiran dapat memupuk KBAT dalam kalangan pelajar. Peta pemikiran juga merupakan satu daripada kemahiran pembelajaran abad 21 yang perlu dikuasai semua pelajar pada masa kini.

Prestasi pelajar tidak hanya bergantung kepada kaedah pembelajaran pelajar tetapi juga melibatkan gaya PdPc yang diaplikasikan semasa proses pembelajaran berlangsung. Pengenalpastian gaya pembelajaran pelajar membolehkan penentuan aktiviti pembelajaran yang sesuai diaplikasikan untuk PdPc (Honey & Mumford 2000; Riding & Sadler‐Smith 1997).Kaedah PdPc yang berpusatkan guru atau kaedah ―chalk and talk‖ menyebabkan pergantungan terhadap guru sepenuhnya untuk menyampaikan isi pelajaran. Kaedah ini tidak dapat memupuk KBAT dan kurang menggalakkan interaksi sesama pelajar semasa PdPc. Pembelajaran berbantu komputer (PBK) dapat meningkatkan kefahaman pelajar terhadap mata pelajaran Ekonomi. Disamping itu, PBK juga dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Teori Connectivisme menyokong prinsip penggunaan teknologi masa kini dalam proses pembelajaran.

Penggunaan peta pemikiran dan pembelajaran berbantukan komputer diharapkan dapat meningkatkan tahap penguasaan pelajar dan meningkatkan prestasi mata pelajaran Ekonomi SPM. Kerjasama daripada pihak pengurusan sekolah, ibu bapa, pelajar dan guru akan dapat mengatasi halangan kepada pencapaian cemerlang dalam mata pelajaran Ekonomi.

RUJUKAN

Abdul Wahab Ismail Ghani, Kamaliah Hj Siarap & Hasrina Mustafa 2006. Penggunaan komputer dalam pengajaran-pembelajaran dalam kalangan guru sekolah menengah: satu kajian kes di Pulau Pinang. Kajian Malaysia, XXIV (1 & 2). Didapati daripada http://web.usm.my/km/24-06/KM%20ART%2011.pdf

Arsaythamby, V., & Julinamary, P. 2015. Students‘ Perception on Difficulties of Symbols, Graphs and Problem Solving in Economic. Procedia - Social and

(8)

Behavioral Sciences, 177(July 2014), 240–245. https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2015.02.401

Barnett, J., McPherson, V., & Sandieson, R. M. (2013). Connected teaching and learning: The uses and implications of connectivism in an online class. Australasian Journal of Educational Technology, 29(5), 685–698. https://doi.org/10.14742/ajet.243

Gokhale, A.A. (1996). Effectiveness of Computer Simulation for Enhancing Higher Order Thinking. Journal of Industrial Teacher Education, 33(4), 36-46.

Halic, O., Lee, D., Paulus, T., & Spence, M. 2010. To blog or not to blog: Student perceptions of blog effectiveness for learning in a college-level course. The Internet and Higher Education, 13(4), 206-213. doi: 10.1016/j.iheduc.2010.04.001

Hudiya, A., Fariza, K., &Aidah, A. K. 2017. Penggunaan Massive Open Online Course ( MOOC ) sebagaikaedahpembelajaranbaharu. In M. R. Rohaila, R. Nabila Atika, & J. NurAtikah (Eds.), Pembelajaran Abad ke-21: Trend IntegrasiTeknologi(pp. 179–188). FakultiPendidikan UKM. Retrieved from https://www.academia.edu/31631536/Penggunaan_Massive_Open_Online_Cour se_MOOC_sebagai_Kaedah_Pembelajaran_Baharu

Kaur, T., Singh, R., & Krishnan, S. K. 2014. Teachers ‘ Teaching Practice and Student Achievement in Basic Economics — A Comparison in Two Types of Schools in Malaysia, 7(11), 162–172. https://doi.org/10.5539/ies.v7n11p162

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2017. Pengumuman Analisis Keputusan SPM Tahun

2017.http://lp.moe.gov.my/images/bahan/spm/2018/Pengumuman%20Analisis% 20Keputusan%20SPM%202017.pdf

Kementerian Pendidikan Malaysia: Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kurikulum Standard Sekolah Menengah Ekonomi : Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran. 2015.

Kirkwood, A., & Price, L., 2013. Missing: evidence of a scholarly approach to teaching and learning with technology inhigher education. Teaching in Higher Education, Vol. 18, No. 3, pp. 327-337.

Laili Farhana, M. I., & Maizatul Hayati, M. Y. 2014. Kreativiti dan Kemahiran Kanak-Kanak dalam Mereka Bentuk Permainan Digital bagi Tujuan Pembelajaran. Journal of ICT in Education, 1, 1–8.

Lee, Y. H. & M. B. H. 2015. Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Melalui Penggunaan Peta Pemikiran i-Think Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Ekonomi. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara Kali Ke-5Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara Kali Ke-5, 890–901.

Mohsin, M., Aqmal, S.F. & Hassan, R.2011. Pengajaran dan pembelajaran berasaskan ‗Streaming Video‘bagi meningkatkan tahap kefahaman pelajar abad ke-21.‖ Dalam Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi Dalam Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional.

Munir dan Halimah Badioze Zaman .2000. ―Aplikasi Multimedia Dalam Pendidikan.‖ Pemikir. Bil. 19. Najjar, L. J. (1995). ―Dual Coding as a Possible explanation for the effect of multimedia on learning.‖ World Wide Web: Retried July 25, 2004. http://www.cc.gatech.edu/gvu/report

Noh, N. M., Merylina, H., Mustafa, A., Hamzah, M., Ismail, A., & Abdullah, N. 2013. Proceedings of the 7 Th International Malaysian Educational Technology Convention ( Imetc 2013 ) Penggunaan Inovasi Teknologi Dalam Pengajaran :

(9)

Cabaran Guru Dalam E- Pembelajaran Proceedings of the 7 Th International Malaysian Educational Technology Conv, (September), 16–18.

Normala binti Zulkifli, S. N. bin A. A. & Z. bin Z. 2014. Pengaruh pengetahuan asas ekonomi dan kemahiran Matematik terhadap pencapaian siswazah UPSI dalam kursus Makroekonomi. E-Proceeding of the World Conference on Integration of Knowledge (WCIK 2014), (September), 135–140. Retrieved from http://worldconferences.net/proceedings/wcik2014/wcik paper 2014/041 Normala Binti Zulkifli.pdf

Ragupathi, K &Hubball, H., 2015. Scholarly approaches to learning technology integration in a research-intensiveuniversity context: Impact of a new faculty initiative. Transformative Dialogues: Teaching & Learning Journal, Vol.8, No. 1,

Renes, S. L., & Strange, A. T., 2011. Using technology to enhance higher education. Innovations in Higher Education,Vol. 36, pp. 203-213.

Saifullizam Puteh, Mohd Zairulniza Jaludin, & Ahmad Rizal Madar. 2005. Pembelajaran Berbantukan Komputer: Aras Penguasaan Kemahiran Pelajar dalam Penyelesaian Masalah. Konvensyen Teknologi Pendidikan Ke 18, 629– 634.

State, B., & Umar, A. 2016. Effectiveness of Demonstration and Lecture Methods in Learning Concept in Economics among Secondary School Students in, 7(12), 51–59.

Wahyu dan Yahya .2016. Aplikasi E-Learning dalam pengajaran & Pembelajaran Di Sekolah-Sekolah Malaysia: Isu dan Cadangan Pelaksanaannya.

Yin, K. Y. 2008. Keberkesanan kaedah penyelesaian masalah secara kolaboratif dalam kalangan pelajar ekonomi tingkatan enam. (Dissertasi yang tidak diterbitkan), Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Didapati daripada http://eprints.usm.my/10296/1/KEBERKESANAN_KAEDAH_PENYELESAIA N_MASALAH _SECARA.pdf12

Referensi

Dokumen terkait

Muhibbin mengandung kritik yang membahas mengenai masalah pendidikan, masalah kejahatan, masalah generasi muda pada masyarakat modern, masalah peperangan, masalah

Makanan yang paling banyak dikonsumsi oleh ikan sepat siam baik yang berukuran kecil maupun besar adalah mikroalga dari Kelas Bacillariophyceae berjenis Diatoma, Melosira, dan

pri čemer pomenijo: LCC - skupna sedanja vrednost stroškov življenjskega cikla posamezne alternative I - sedanja vrednost osnovnih investicijskih stroškov 21 Repl - sedanja

Fungsi Save, adalah fungsi yang digunakan untuk menyimpan citra hasil deteksi tepi, atau dapat juga digunakan untuk menyimpan citra yang telah diolah dengan beberapa jenis operasi

Pertama, dari segi semantis, baik pada diatesis pasif bahasa Jepang maupun bahasa Indonesia, pendamping inti yang berperan penanggap adalah yang mengalami suatu peristiwa

Berdasarkan hasil pengamatan yang telah dilakukan, aktivitas guru pada penerapan model Siklus Belajar ( Learning Cycle ) ini, menunjukkan adanya peningkatan aktivitas

Retribusi Terminal adalah pelayanan atas penyediaan tempat parkir untuk kendaraan penumpang bis umum dan mobil barang, tempat kegiatan usaha, fasilitas lainnya di

Dalam kesempatan ini juga, dengan menghayati bahwa kehidupan dan pertumbuhan jemaat di GKI Kemang Pratama adalah tanggung jawab kita bersama, marilah dalam rasa syukur