• Tidak ada hasil yang ditemukan

International Conference on Global Education VII Humanising Technology For IR. 4.0

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "International Conference on Global Education VII Humanising Technology For IR. 4.0"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

FAKTOR SIKAP PELAJAR DENGAN PENCAPAIAN MATA PELAJARAN EKONOMI PERINGKAT SPM

Uma devi a/p Magandan Mukan Muhammad Hussin

ABSTRAK

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti sama ada faktor sikap pelajar mempengaruhi pencapaian pelajar mata pelajaran ekonomi peringkat SPM. Melalui kajian ini juga akanmengenal pasti sama ada terdapat perbezaan faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar di antara sekolah-sekolah yang dipilih. Kajian ini melibatkan 150 orang responden iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan lima yang mengambil ekonomi di sekolah harian seperti SMK Khir Johari Beranang,SMK Bandar Tasik Kesuma, SMK Mantin dan SMK Bandar Rinching. Kajian ini berbentuk tinjauan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi bagi melihat hubungan di antara pembolehubah. Dapatan kajian mendapati terdapat perbezaan signifikan terhadap sikap dan pencapaian pelajar. Beberapa cadangan dikemukakan untuk panduan kajian selanjutnya.

Kata kunci:sikap, pencapaian pelajar dalam mata pelajaran ekonomi.

Pengenalan

Mata pelajaran ekonomi perlu dipelajari semasa di sekolah menengah walaupun pelajar akan mendalami kurikulum semasa mereka melanjutkan pelajaran pada peringkat universiti (Caropreso dan Haggerty,2000). Ekonomi merupakan satu bidang ilmu yang sangat penting dan berguna kepada kehidupan manusia. Kenyataan ini disokong oleh William (2008) yang menerangkan bahawa ilmu ekonomi dalam kehidupan dapat dilihat dalam membentuk masyarakat yang bijak dalam membuat keputusan. Pembelajaran ekonomi juga dapat melatih minda para pelajar supaya mereka menjadi lebih kritis dan kreatif (Nurhasmuni, 2016). Selain itu, mata pelajaran ini juga dapat melatih para pelajar dengan kemahiran-kemahiran generik seperti kemahiran interpersonal, mengurus dan menyelesaikan masalah (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003).

Pembelajaran ekonomimerangkumi pengetahuan, pemahaman, analisis dan aplikasi. Beliau mengatakan bahawa pengetahuan dapat meningkatkan bahan bacaan yang telah dipelajari dan ia akan membawa ke peringkat universiti (Mogab dan Sellers,2004) .Aspek kedua yang dinyatakan ialah aspek pemahaman. Pemahaman merupakan keupayaan untuk memahami makna bahan. Melalui aspek pemahaman, seseorang pelajar dapat menterjemahkan bahan dari satu bentuk ke bentuk lain seperti daripada ayat kepada jadual. Bagi aspek ketiga iaitu aplikasi adalah keupayaan untuk menggunakan bahan yang dipelajari dalam situasi baru dan konkrit. Ini mungkin termasuk penerapan perkara-perkara seperti konsep, prinsip, undang-undang, dan teori. Analisis merupakan aspek yang keempat yang mengatakan bahawa pelajar perlu mempunyai keupayaan untuk mengkhususkan bahan dariapada bahagian yang umum. Melalui aspek ini, pelajar dapat mengenalibahagian-bahagian dalam sesuatu komponen seperti struktur organisasi serta menganalisis hubungan antara bahagian organisasi yang tersebut.

Selaras dengan objektif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), mata pelajaran ekonomi merupakan mata pelajaran yang diubahsuai sukatannya pada tahun 2017. Mata pelajaran ini penting untuk masyarakat Malaysia kerana iamemberi peluang

(2)

pekerjaan yang meluas dalam beberapa sektor seperti sektor kewangan, jualan dan pemasaran, pengurusan, dan juga keusahawanan. Mata pelajaran ekonomi merupakan salah satu mata pelajaran elektif untuk pelajar tingkatan empat dan lima di semua jenis sekolah menengah di Malaysia. Selepas itu sukatan pelajarannya digubal untuk pelajar hanya memahami perinsisp asasnya (Kementerian Pelajaran Malaysia,2000).

Sebenarnya, elemen pendidikan Ekonomi telah dimasukkan dalam kurikulum sekolah rendah bagi pelajar tahun empat, lima dan enam melalui mata pelajaran kajian tempatan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Selain itu, mata pelajaran Ekonomi ditawarkan kepada pelajar tingkatan empat dan lima sebagai salah satu mata pelajaran elektif dan pelajar boleh memilih sebagai mata pelajaran tambahan yang ditawarkan oleh sekolah selepas mereka mendapat keputusan Penilaian Mengangah Rendah (PMR). Selain sekolah menengah harian sekolah teknik dan vakasional juga menawarkan mata pelajaran elektif seperti Ekonomi, Prinsip Perakaunan dan Prinsip Perniagaan kepad pelajar lepasan PMR (Seow Yea Pyng, 2011).

Fakta-fakta di atas menunjukkan bahawa ilmu Ekonomi berhubungkait dengan kehidupan setiap manusia. Setiap individu perlu sekurang-kurang dapat memahami beberapa konsep penting Ekonomi sebelum menyertai kehidupan bermasyarakat. Adakah faktor sikap pelajar mempunyai hubungan dengan pencapaian mata pelajaran ekonomi? Persoalan inilah yang ingin dijawab dalam penyelidikan ini.

Pernyataan masalah

Mata pelajaranekonomi merupakan mata pelajaran elektif yang dipilih oleh pelajar menengah atas lepas mendapat keputusan Penilaian menengah Rendah. Di Malaysia kebanyakan pelajar kelas sastera memilih mata pelajaran ekonomi sebagai subjek pilihan. Rithuwan (2008) mengatakan bahawa didapati ramai pelajar ekonomi berpendapat bahawa matapelajaran ini sukar untuk difahamiIni disebabkan mereka berpendapat bahawa mata pelajaran ekonomi sukar dipelajari.Sejak kebekalangan ini, bilangan pelajar yang memilih mata pelajaran ekonomi semakin merosot dari setahun ke setahun. Hal ini jelas di lihat melalui analisis keputusan peperiksaan SPM daripada 2016 hingga 2018. Pada tahun 2017bilangan calon yang mengambil mata pelajaran ekonomi 14.64 peratus kepada 13.82 peratus. Bilangan calon hanya meningkat sedikit pada tahun 2018 iaitu sebanyak13.97 peratus. Hal ini jelas menggambarkan bahawa enrolmen pelajar memilih mata pelajaran ekonomi masih kurang memuaskan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara sikap pelajar dengan pencapaian mata pelajaran ekonomi peringkat SPM.Hasil daripada kajian lepas di atas, kajian mereka menyokong bahawa sikap memainkan peranan penting terhadap pencapaian pelajar.

Tinjauan lituratur

Sikap pelajar terhadap mata pelajaran Ekonomi

Sikap terhadap mata pelajaran Ekonomi terbahagi kepada positif dan sikap negetif (Fish bein dan Ajzen,1975). Sikap merupakan suatu kecenderungan untuk secara konsisten memberikan tanggapan sama ada menyukai atau tidak menyukai terhadap suatu objek. Kecenderungan ini merupakan hasil pengalaman pembelajaran, bukan pembawaan atau keturunan (Ajzen & Fishben 1970). Simpson & Oliver (1990) pula mentakrifkan sikap sebagai respon, sama ada suka atau tidak suka, terhadap objek sekeliling, manusia, tempat, peristiwa atau idea. Pelajar yang mempunyai sikap yang positif, bersedia untuk belajar dan bermotivasi tinggi akan berjaya menguasai sasaran dan begitulah sebaliknya (Zaliza dan Zaitul Azma, 2013).

(3)

Sikap yang positif melahirkan insan manusia yang cemerlang (Zamrah,1999). Dalam kajian Nor Kalsum (2014), sikap bertanggungjawab terhadap pempelajarannya menggalakkan sesorang pelajar sentiasa menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru. Ia juga mengungkit sikap kerajinan seperti sentiasa hadir ke kelas.Selain itu, sikap positif juga mebuatkanseseorang pelajar bersemangat untuk belajar (Kamaruddin,1997). Menurut Suradi (1987) sikap negatif bagi pelajar terhadap guru melemahkan minat dan motivasi pelajar dalam mata pelajaran yang diajar oleh guru tersebut.

Metodologi

Kajian ini mengaplikasikan kaedah kuantitatif dengan instrumen borang kaji selidik untuk mengetahui sama ada sikap mempengaruhi pencapaian pelajar.Terdapat dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Di Bahagian A mengandungi maklumat latar belakang demografi pelajar seperti jantina,aliran dan kepeutusan peperikasaan akhir tahun tingkatan empat bagi mata pelajaran ekonomi pelajar . Bahagian ini memerlukan pelajar menandakan pada kotak jawapan pilihan serta mengisi ruang kosong yang disediakan.

Terdapat 21 item yang pada bahagian B digunakan untuk mengukur sikap pelajar terhadap mata pelajaran ekonomi.Soal selidik sikap terhadap mata pelajaran ekonomi telah diambil dan diubahsuai berdasarkan item-item soal selidi kajian (Arisham,Salina, Soper 2016&Noorafini2017). Item di bahagian ini menggunakan skala Likert 5 mata iaitu skala 1 mewakili ‘Sangat Tidak Setuju’, skala 2 mewakili ‘Tidak Setuju’, skala 3 mewakili ‘Kurang Setuju’, skala 4 mewakili ‘Setuju’ dan skala 5 mewakili ‘Sangat Setuju’.Seterusnya, instrumen ini diuji dengan kajian rintis pada pelajar bukan daripada populasi kajian ini. Nilai alpha terhadap konstruk bagi Kajian rintis adalah seperti jadual 1.0 yang berikut:

Konstruk Nilai pekali alpha

Sikap terhadap mata pelajaran ekonomi 0.853

Nilai pekali konstruk berkaitan isu-isu ekonomi dan pengetahuan ekonomi masih pada tahap baik menurut kajian Hair et al (2011). Beliau mengatakan bahawa nilai pekali alpha melebihi 0.60 menunjukkan kebolehpercayaan yang tinggi.

Selepas mendapat keputusan kajian rintis, pengkaji telah menghantar soal selidik tersebut ke sekolah-sekolah yang dipilih. Seramai 150 orang pelajar telah dipilih secara rawak menggunakan daripada populasi yang dipilih. Seterusnya, borang soal selidik diedarkan melalui panitia ekonomi dan dapatkan balik selepas seminggu daripada setiap sekolah tersebut. Seterusnya, satistik Korelasi Pearson digunakan untuk menganalisis hubungan antara sikap eplajar dengan pencapain pelajar dalam mata pelajaran ekonomi.

Analisa Data

Bagi menentukan tahap sikap terhdapa mata pelajaran ekonomi, Skala Likert 5 mata telah dibahagikan kepada 3 kategori iaitu rendah, sederhana dan tinggi seperti yang ditunjukkan dalam jadual 2.0 yang di bawah untuk menentukan interpretasi tahap min. Tahap interpretasi ini digunakan untuk menghuraiakan dapatan analisis deskriptif yang berikut.

(4)

Interpretasi Tahap Julat Min

Rendah 1.00 – 2.99

Sederhana 3.00 – 3.99

Tinggi 4.00 – 5.00

Jadual 2.0 InterpretasiTahap Min

Dapatan dan perbincangan

Berdasarkan jadual 3.0 menunjukkan taburan keseluruhan sikap pelajar terhadap mata pelajaran ekonomi, item yang keenam mempunyai tahap kecenderungan tinggi. Hal ini menunjukkan pelajar sedar bahawa mata pelajaran ekonomi adalah penting dalam menyelesaikan masalah harian. Item 4 dan 10 menunjukkan tahap kecenderungan yang rendah.Selain daripada item-item itu, dalam item 9, 10, 12, 13 dan 14 menujukkan tahap kecenderungan sederhana. Item 6 dan 7 pula mempunyai tahap kecenderungan yang rendah dimana sikap positif pelajar terhadap mata pelajaran ekonomi adalah sederhana.

Bil Pernyataan n Min Sisihan

Piawai

Tahap Interpretsi

1 Saya mudah faham subjek Ekonomi

150 3.05 0.97

Sederhana

2 Kadang-kadang saya membaca sebarang

buku berkaitan ekonomi 150 3.40 0.67

Sederhana

3 Subjek ekonomi adalah sangat susah bagi

saya 150 3.30 0.76

Sederhana

4 Subjek ekonomi adalah membosankan

150 2.92 0.92 Rendah

5 Saya menonton ceramah yang disampaikan

oleh ahli ekonomi dalam televisyen 150 3.04 0.78

Sederhana

6 Ekonomi sangat berguna untuk

menyelesaiakn masalah harian 150 4.01 0.83

Tinggi

7 Saya terlalu sukan akan tugasan ekonomi

150 3.61 0.83 Sederhana

8 Saya selalu fikir ‘saya boleh buat’ apabila

berhadapan dengan tugasan ekonomi 150 3.30 0.65

Sederhana

9 Saya meluakan banyak masa untuk

mempelajari ekonomi 150 3.69 0.57

Sederhana

10 Saya menggunakan konsep ekonomi

menganalisis situasi 150 2.98 0.68

Rendah

11 Saya memberikan tumpuan sepenuhnya

ketika belajar di dalam kelas. 150 3.57 0.92

Sederhana

12 Saya akan menyiapkan kerja rumah mata

pelajaran 150 3.47 0.87

Sederhana

13 Saya mengambil mata pelajaran ekonomi

kerana saya tidak ada pilihan 150 3.33 0.92

Sederhana

14 Saya tekun membuat latihan-latihan

ekonomi walaupun tidak diminta oleh guru.

150 3.13 0.96

Sederhana

15 Saya sering bertanya kepada rakan dan

(5)

jelas.

16 Saya memperuntukkan tempoh masa

tertentu dalam sehari untuk mempelajari dan mempraktikkan ekonomi

150 3.30 0.87

Sederhana

17 Saya berasa risau jika tidak memahami

pelajaran selepas tamat kelas 150 3.35 0.81

Sederhana

18 Saya mengambil bahagian secara aktif

dalam aktiviti kelas 150 3.75 3.40

Sederhana

19 Saya seronok jika dapat mempraktikkan

latihan ekonomi dengan rakan-rakan. 150 3.45 0.76

Sederhana

20 Saya merancang strategi belajar untuk

mencapai matlamat pembelajaran. 150 3.24 0.82

Sederhana

21 Apabila menghadapi masalah mempelajari

ekonomi, saya akan berusaha menyelesaikannya.

150 3.37 0.70

Sederhana

Jadual 3.0Taburan Min sikap pelajar terhadap mata pelajaran ekonomi

Daripada hasil analisis min menunjukkan bahawa sikap pelajar terhadap mata pelajaran ekonomi adalah tinggi dengan nilai keseluruhan min adalah 7.32. Menurut Salina (2016), Ekonomi terhasil daripada sikap pelajar.Kelemahan pelajar dalam mata pelajaran ini dipengaruhi oleh faktor dalaman seperti sikap pelajar(Noorafini 2017).

Hubungan antara sikap dengan pencapaian pelajar

Hasil analisis statistik inferensimenunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara sikap dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran ekonomi. Ini menunjukkan bahawa sekiranya sikap pelajar terhadap matapelajaran ekonomi adalah tinggi, maka pencapaian mereka juga akan tinggi. Sebaliknya jika sikap pelajar terhadap mata pelajaran ekonomi rendah, maka pencapaian mereka dalam matapelajaran tersebut juga akan rendah.

Sikap Nilai Korelasi (r) Aras Signifikan (p)

0.10* 0.66

* Signifikan pada aras 0.01 (Ujian dua hujung)

Hasil dapatan kajian ini menunjukkan sikap merupakan salah satu faktor yang menentukan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran ekonomi.Dalam faktor sikap, dapatan kajian ini mendukung dapatan kajian-kajian lepas seperti yang dilakukan oleh Chew Soi Mooi (2006), Masita (2002), mereka mendapati bahawa sikap mempengaruhi pencapaian pelajar ekonomi. Kajian lanjut dicadangkan diperluaskan ke sekolah menengah swasta supaya boleh bandingkan perbezaan antara sikap pelajar sekolah kerajaan dan sekolah swasta..

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, beberapa tindakan perlu diambil oleh guru mata pelajaran ekonomi untuk mengekalkan sikap positif pelajar seperti memberi ceramah ahli ekonomi, menggalakkan penglibatan pelajar di dalam kelas danbersedia memberi tunjuk ajar dan bimbingan yang berterusan. Oleh itu, kerjasama antara pihak sekolah, guru dan institusi pendidikan amat diperlukan untuk mengenalpasti sikap pelajar dahulu sebelum memilih mata pelajaran elektif mereka. Hal ini dapat mengurangkan kegagalan pelajar dalam

(6)

mata pelajaran ekonomi serta meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran tersebut.

Rujukan

Abu, N. E., & Eu, L. K. (2012). Hubungan antara sikap, minat, pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya terhadap pencapaian mmatematik tambahan tingkatan 4, 72(12), 1–10. https://doi.org/10.1140/epjc/s10052-012-2241-5

Vellymalay, S. K. N. (2012). Sikap dan Tingkah Laku Remaja Terhadap Pembelajaran di Sekolah : Satu Kajian Kes di Rumah Kanak-kanak. Jurnal Pendidikan Malaysia 36(2)(2011): 25-32 Sikap, 36(2), 25–32.

Teknik, K. (n.d.). Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik Pengajaran Bahasa, (c), 32– 61.

Jepketer, A., Kombo, K., & Kyalo, D. N. (2015). Teachers’ classroom strategy for enhancing students’ performance in public secondary schools in Nandi County, Kenya. IOSR Journal Of Humanities And Social Science Ver. II, 20(7), 61–73. https://doi.org/10.9790/0837-20726173

Christine, D., & Halbrook, R. (1976). Home economics education students ’ attitudes toward the Future Homemakers of America.

Ahmad Rizal Madar, Nurul Akmar Kamaruddin, & Saifullizam Puteh. (2005). Faktor - faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam menguasai mata pelajaran kejuruteraan di politeknik - politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Prosiding Seminar Pendidikan JPPG 2005, (1962), 52–59.

Faizal Amin Nur Yunus, Nabilah Abdul Suki, Jamil Abd Baser, Saiful Hadi Masran, M. F. M. & M. B. R. (2016). Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Kompetensi Pengajar Tvet Terhadap Pengajaran Teknikal Berdasarkan Pendekatan Model Rasch, (3).

Van Wyk, M. M. (2012). Measuring students’ attitudes to economics education: A factorial analysis approach. Journal of Social Sciences, 31(1), 27–42. https://doi.org/10.1108/IJPPM-11-2012-0127

Penelitian, A., Bimantara, S., Studi, P., Ekonomi, P., Sosial, J. P. I., Keguruan, F., … Pura, U. T. (2018). MINAT BELAJAR PADA MATA PELAJARAN EKONOMI MAN 1 PONTIANAK.

Adu, E. O., Galloway, G., & Olaoye, O. (2014). Teachers’ Characteristics and Students’ Attitude towards Economics in Secondary Schools: Students’ Perspectives.

Mediterranean Journal of Social Sciences, 5(16), 455–462.

https://doi.org/10.5901/mjss.2014.v5n16p455

Wee, H. S. (1998). Pengaruh Sosio-Demografi Terhadap Sikap Pemilihan Mata Pelajaran Ekonomi. Retrieved from http://etd.uum.edu.my/766/

Una, S., Husain, D., & Halim, A. (2017). The Attitude of Economic Students and Lecturers toward Economic English Material Based on Shariah Economy System.

Journal of Language Teaching and Research, 8(4), 697–703.

https://doi.org/http://dx.doi.org/10.17507/jltr.0804.08

Nasir, Z. M., & Hamzah, Z. A. Z. (2014). Sikap Dan Motivasi Pelajar Terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 134, 408–415. https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2014.04.263

Faizal, M., Lee, N., Leow, A. &, & Wei, T. (2017). Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Penilaian Kendiri Pembelajaran Geometri Tingkatan Satu (Learning Form One Geometry: Validity and Reliability of a Self-Evaluation Instrument).

(7)

http://mjli.uum.edu.my/images/pdf2/vol14no1jun17/9.-KESAHAN-DAN-KEBOLEHPERCAYAAN.pdf

Wee, H. S. (1998). Pengaruh Sosio-Demografi Terhadap Sikap Pemilihan Mata Pelajaran Ekonomi. Retrieved from http://etd.uum.edu.my/766/

Baharom Mohamad, Roslee Talib, Muhammad Suhaimi Taat, Abdul Said Ambotang, Shukri Zain, & Yusof Abdullah. (2013). Cabaran transformasi agenda pendidikan negara. Utusan Borneo, B4. Retrieved from http://eprints.ums.edu.my/5925/

Hermawan, R. W., Soetjipto, B. E., & Rahayu, W. P. (2016). The Effect of Entrepreneurial Self-Efficacy and Locus of Control on Entrepreneurship Interest through Entrepreneurship Literacy. International Organization of Scientific

Research Journal of Business and Management, 18(2), 141–148.

https://doi.org/10.9790/487X-1821141148

Thang, N. Q., Huy, B. T., Van Tan, L., & Phuong, N. T. K. (2017). Lead and Arsenic Accumulation and Its Effects on Plasma Cortisol Levels in Oreochromis sp. Bulletin of Environmental Contamination and Toxicology, 99(2), 187–193. https://doi.org/10.1007/s00128-017-2113-7

Referensi

Dokumen terkait

Retribusi Terminal adalah pelayanan atas penyediaan tempat parkir untuk kendaraan penumpang bis umum dan mobil barang, tempat kegiatan usaha, fasilitas lainnya di

Dalam kesempatan ini juga, dengan menghayati bahwa kehidupan dan pertumbuhan jemaat di GKI Kemang Pratama adalah tanggung jawab kita bersama, marilah dalam rasa syukur

Muhibbin mengandung kritik yang membahas mengenai masalah pendidikan, masalah kejahatan, masalah generasi muda pada masyarakat modern, masalah peperangan, masalah

Makanan yang paling banyak dikonsumsi oleh ikan sepat siam baik yang berukuran kecil maupun besar adalah mikroalga dari Kelas Bacillariophyceae berjenis Diatoma, Melosira, dan

pri čemer pomenijo: LCC - skupna sedanja vrednost stroškov življenjskega cikla posamezne alternative I - sedanja vrednost osnovnih investicijskih stroškov 21 Repl - sedanja

Fungsi Save, adalah fungsi yang digunakan untuk menyimpan citra hasil deteksi tepi, atau dapat juga digunakan untuk menyimpan citra yang telah diolah dengan beberapa jenis operasi

Pertama, dari segi semantis, baik pada diatesis pasif bahasa Jepang maupun bahasa Indonesia, pendamping inti yang berperan penanggap adalah yang mengalami suatu peristiwa

Berdasarkan hasil pengamatan yang telah dilakukan, aktivitas guru pada penerapan model Siklus Belajar ( Learning Cycle ) ini, menunjukkan adanya peningkatan aktivitas