• Tidak ada hasil yang ditemukan

International Conference on Global Education VII Humanising Technology For IR. 4.0

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "International Conference on Global Education VII Humanising Technology For IR. 4.0"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

KAJIAN KEBOLEHLAKSANA PENGGUNAAN 3 PHASE TRAINER FOR DET2033 – ELECTRICAL CIRCUITS DI KALANGAN PELAJAR JABATAN

KEJURUTERAAN ELEKTRIK, POLITEKNIK MELAKA Ahmad Syukri Bin Mohamed Yunus

(syukri@polimelaka.edu.my)

Zahidi Binti Zamzuri

(zahidizamzuri@gmail.com)

Azlina Binti Nordin

(azlina_nordin@polimelaka.edu.my)

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk menilai sejauh mana 3 Phase Trainer for DET2033 yang telah dibangunkan boleh digunakan sebagai alat bahan bantu mengajar (ABBM) dan dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ( PdP ) di Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Politeknik Melaka (PMK). Penggunaan trainer yang berada di pasaran sekarang adalah terhad kepada penggunaan bekalan kuasa 3 fasa dan hanya boleh beroperasi di tempat yang mempunyai bekalan 3 fasa terutamanya di makmal. Trainer ini dapat memaparkan gelombang 3 fasa Star-Delta dengan hanya menggunakan bekalan kuasa 240VAU satu fasa dan juga boleh digunakan di dalam kelas atau tempat selain makmal. Penggunaan bekalan kuasa satu fasa 240VAU yang lebih rendah untuk beroperasi menjadikan Trainer ini lebih selamat dan dapat digunakan dibawah pengawalan yang minima oleh pensyarah kursus. Seramai 97 orang pelajar Sesi Disember 2018 yang mengambil kursus DET2033 Electrical Circuit dipilih secara tidak rawak sebagai responden untuk kajian ini. Satu set borang soal selidik diedarkan bagi mendapatkan data kajian. Dua elemen yang yang dinilai oleh pelajar adalah dari aspek rekabentuk dan kebolehlaksana penggunaannya. Dapatan kajian menunjukkan 3 Phase Trainer for DET2033 memudahkan pelajar untuk memahami Sistem 3 fasa dengan lebih berkesan. Purata Skor pelajar yang diperolehi adalah 88% menyatakan trainer ini sangat sesuai dan membantu pelajar dalam proses PdP

Kata kunci: sistem 3 fasa, gelombang 3 fasa, trainer

1. PENDAHULUAN

Politeknik Melaka (PMK) menawarkan program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan) (DJK) dan Kursus DET2033 - Electrical Circuits adalah salah satu mata pelajaran teras yang perlu diambil oleh setiap pelajar DJK Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) pada semester dua. Proses pengajaran dan pembelajaran ( PdP ) untuk kursus DET2033 melibatkan 2 jam teori dan 2 jam amali di makmal di JKE.

Alat bahan bantu mengajar (ABBM) adalah alat kelengkapan yang digunakan oleh guru atau murid untuk membantu dalam pengajaran di dalam bilik darjah. Menurut Mohd Dahlan Bin Mohd Ramli (1989) dalam Norzainariah Abu Hassan (2004), ABM ini boleh dikategorikan kepada tiga jenis iaitu ABM asas, ABM bukan elektronik dan ABM elektronik.

3 Phase Trainer for DET2033 digunakan sebagai alat bahan bantu mengajar (ABBM) untuk meningkatkan pemahaman pelajar terhadap salah satu topik di dalam kursus DET2033 iaitu Sistem Tiga Fasa khususnya bagaimana sistem 3 fasa menghasilkan gelombang sinus dengan perbezaan fasa sebanyak 120º.

(2)

Rajah 1: Blok Diagram Sistem

Gambar 1: Gelombang 3 Fasa dihasilkan dan diukur menggunakan GW oscilloscope GOS-5101

Kajian kebolehlaksana penggunaan 3 Phase Trainer For DEE2033 – Electrical Circuits di kalangan pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Melaka dilaksanakan untuk melihat sejauh mana trainer yang telah dibina dapat membantu pelajar dalam memudahkan kerja-kerja amali dan meningkatkan pemahaman pelajar terhadap kursus DET2033 - Electrical Circuits.

2. PENYATAAN MASALAH

Menurut Musa Mohamad (Utusan Malaysia, 2002), “Penggunaan perkakas dan peralatan juga sebenarnya boleh menarik minat para pelajar mengikuti mata pelajaran”. Perkembangan tersebut menunjukkan beberapa alternatif serta pendekatan baru perlu

(3)

dilakukan bagi meningkatkan peratusan pelajar di dalam bidang sains dan teknologi. Beberapa kajian yang telah dijalankan terdahulu menunjukkan penggunaan trainer sebagai alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran memberi kesan yang positif (Nurzaliza, 2016, Krishnamoorthy, 2017).

Penggunaan trainer yang berada di pasaran sekarang adalah terhad kepada penggunaan bekalan kuasa 3 fasa dan hanya boleh beroperasi di tempat yang mempunyai bekalan 3 fasa terutamanya di makmal. 3 Phase Trainer For DEE2033 – Electrical Circuits ini dapat memaparkan gelombang 3 fasa Star-Delta dengan hanya menggunakan bekalan kuasa 240VAU satu fasa dan juga boleh digunakan di dalam kelas atau tempat selain makmal. Penggunaan bekalan kuasa satu fasa 240VAU yang lebih rendah untuk beroperasi menjadikan Trainer ini lebih selamat dan dapat digunakan dibawah pengawalan yang minima oleh pensyarah kursus.

3. OBJEKTIF

Objektif kajian ini dijalankan adalah:

i. Mengenalpasti 3 Phase Trainer for DET2033 bersifat mesra pengguna bagi membantu pensyarah dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran ( PdP ) Kursus DET2033 - Electrical Circuits.

ii. Menilai tahap kebolehlaksana penggunaan 3 Phase Trainer for DET2033 yang dihasilkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ( PdP )

iii. Menilai tahap pemahaman pelajar bagaimana sistem 3 fasa menghasilkan gelombang sinus dengan perbezaan fasa sebanyak 120º.

4. METODOLOGI 4.1 Rekabentuk Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah borang soal selidik yang diedarkan kepada pelajar secara tidak rawak.

4.2 Alatan dan instrumen kajian

Instrumen kajian yang digunakan ialah kaedah soal selidik. bagi mendapatkan bukti tentang keberkesanan 3 Phase Trainer for DET2033 yang telah dibangunkan boleh digunakan sebagai alat bahan bantu mengajar (ABBM) dan dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ( PdP ) di Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Politeknik Melaka (PMK) . Borang kaji selidik ini diedarkan kepada pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik ( JKE ) Sesi Disember 2018 yang mengambil Kursus DET2033 - Electrical Circuits. Soal selidik ini telah diubahsuai dari Baharuddin Aris (2000) mengikut kesesuaian yang diperlukan. Keesahan dan kebolehpercayaan soal selidik ini diadaptasi dari kajian „Pembinaan Pakej Trainer Board Mikro Pengawal 16F84 : Kajian Terhadap Kesesuaian Penggunaannya Sebagai ABBM Bagi Mata Pelajaran Sistem Mikro Pemproses dan Mikropengawal di Kalangan Pelajar Kejuruteraan Elektrik Pada Peringkat Ijazah Pertama di KUiTTHO’ oleh Mohd Kamal Bin Hat (2004).

Kesemua borang kaji selidik ini dianalisis menggunakan perisian Microsft Excell . Hasil daripada analisis ini dipersembahkan dalam bentuk statistik deskriptif min. Jadual digunakan bagi menggambarkan nilai atau data hasil analisis.

5.0 ANALISIS DAN KEPUTUSAN

5.1 Persepsi responden terhadap keberkesanan 3 Phase Trainer for DET2033 yang

(4)

Jadual 5.1: Saya boleh memahami bagaimana gelombang 3 fasa terhasil dengan bezafasa 120°dengan mengunakan trainer ini.

Berdasarkan daripada jadual 5.1 menunujukkkan bahawa 70 atau 78 % orang pelajar sangat setuju bahawa trainer yang di bangunkan ini membolehkan mereka memahami bagaimana gelombang 3 fasa terhasil dengan bezafasa 120°dengan mengunakan trainer ini.

Jadual 5.2: Pelajar boleh mengaitkan teori dan praktikal dengan mengunakan trainer ini.

Berdasarkan daripada jadual 5.2 menunjukkkan bahawa 84 atau 93 % orang pelajar sangat setuju bahawa dengan mengunakan trainer ini mereka boleh mengaitkan teori dan praktikal bagi tajuk 3 fasa.

(5)

Jadual 5.3: Trainer sangat sesuai untuk digunakan untuk PdP teori dan amali.

Berdasarkan daripada jadual 5.3 menunjukkkan bahawa 84 atau 93 % orang pelajar sangat setuju bahawa dengan mengunakan trainer ini mereka boleh mengaitkan teori dan praktikal bagi tajuk 3 fasa.

Jadual 5.4: Trainer ini lebih selamat digunakan.

Berdasarkan daripada jadual 5.4 menunjukkkan bahawa 90 atau 100 % orang pelajar sangat setuju bahawa dengan mengunakan trainer ini lebih selamat berbandingkan menguna trainer yang sedia ada kerana trainer ini mengunakan voltan satu fasa.

(6)

Jadual 5.5: Trainer ini dapat meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari topik 3 fasa.

Berdasarkan daripada jadual 5.5 menunjukkkan bahawa 80 atau 89 % orang pelajar sangat setuju bahawa dengan mengunakan trainer ini dapat meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari topik 3 fasa.

Jadual 5.6: Trainer ini akan dapat meningkatkan perbezaan konsep 3 fasa dan 1 fasa.

Berdasarkan daripada jadual 5.6 menunjukkkan bahawa 77 atau 86 % orang pelajar sangat setuju bahawa dengan mengunakan trainer ini akan dapat meningkatkan kefahaman pelajar perbezaan konsep 3 fasa dan 1 fasa.

(7)

Jadual 5.7: Trainer ini akan dapat membantu meningkatkan kefahaman konsep 3 fasa .

Berdasarkan daripada jadual 5.7 menunjukkkan bahawa 75 atau 83 % orang pelajar sangat setuju bahawa dengan mengunakan trainer ini akan dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar 3 fasa.

Jadual 5.8: Trainer ini akan dapat membantu meningkatkan kefahaman perbezaan sambungan Bintang dan Delta bagi 3 fasa.

Berdasarkan daripada jadual 5.8 menunjukkkan bahawa 83 atau 92 % orang pelajar sangat setuju bahawa dengan mengunakan trainer ini akan dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar perbezaan tentang 3 fasa bagi sambungan bintang dan delta.

(8)

Jadual 5.9: Trainer ini akan dapat menjimatkan masa waktu membuat amali 3 fasa.

Berdasarkan daripada jadual 5.9 menunjukkan bahawa 74 atau 82 % orang pelajar sangat setuju bahawa dengan mengunakan trainer ini akan dapat membantu menjimatkan masa waktu membuat amali 3 fasa.

6. KESIMPULAN

Beberapa kajian yang telah dijalankan terdahulu menunjukkan penggunaan trainer sebagai alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran memberi kesan yang positif (Nurzaliza, 2016, Krishnamoorthy, 2017).

Secara keseluruhannya berdasarkan kepada analisa yang dijalankan, hasil dapatan kajian menunjukkan 3 Phase Trainer for DET2033 dapat memudahkan pelajar untuk memahami topik Sistem 3 fasa dengan lebih berkesan. Purata Skor pelajar yang diperolehi adalah 88% menyatakan trainer ini sangat sesuai dan membantu pelajar dalam proses PdP di dalam bilik kuliah dan juga semasa membuat latihan amali. Trainer ini juga dapat menjimatkan tenaga kerja iaitu pensyarah semasa proses membuat amali selain ianya tidak merbahaya kerana keluaran voltannya adalah kecil berbanding jika mengunakan trainer yang sediaada yang mana keluarannya adalah besar.

Kesimpulannya, 3 Phase Trainer for DET2033 ini dapat dijadikan sebagai ABBM yang sesuai digunakan bagi kursus DEE2033 – Electrical Circuits di JKE, PMK. Melalui kesesuaian penggunaan trainer ini, diharapkan proses P&P akan dapat dijalankan dengan lebih berkesan.

RUJUKAN

Baharuddin Aris, Noraffendy Yahya, Jamaluddin Hj. Harun & Zaidatun Tasir (2000). Teknologi Pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia

Krishnamoorthy (2017). Kajian Persepsi Pelajar Semester 2 Politeknik Melaka Diploma Kejuruteraan Elektrik Terhadap Trainer Penjana 3 fasa di Dalam Kursus DET2033 Electrical Circuit.Narec17

Mohd Kamal Hat (2004). Pembinaan Pakej Trainer Board Mikro Pengawal 16F84 : Kajian Terhadap Kesesuaian Penggunaannya Sebagai ABBM Bagi Mata

(9)

Pelajaran Sistem Mikro Pemproses dan Mikropengawal di Kalangan Pelajar Kejuruteraan Elektrik Pada Peringkat Ijazah Pertama di KUiTTHO :Universiti Teknologi Tun Hussain Onn Malaysia.

Musa Mohamad.(2002). Kenyataan Akhbar Menteri Pendidikan YB Tan Sri Dato‟ Seri Musa Mohd 2002, 20 Julai. http:www.moe.gov/keratanBI.asp.

Norzainariah Bt. Abu Hassan, “Kebolehgunaan Kit Pengajaran Dan Penbelajaran Bagi Meningkatkan Prestasi Pelajar : Satu Tinjauan Di Kuittho.” 2004

Nurzaliza (2016). Kajian Kebolehlaksana Penggunaan Digital Trainer For DEE2034 – Digital Electronics di Kalangan Pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Sultan Azlan Shah. iCompEx‟16

Gambar

Gambar 1: Gelombang 3 Fasa dihasilkan dan diukur menggunakan GW  oscilloscope GOS-5101

Referensi

Dokumen terkait

Retribusi Terminal adalah pelayanan atas penyediaan tempat parkir untuk kendaraan penumpang bis umum dan mobil barang, tempat kegiatan usaha, fasilitas lainnya di

Dalam kesempatan ini juga, dengan menghayati bahwa kehidupan dan pertumbuhan jemaat di GKI Kemang Pratama adalah tanggung jawab kita bersama, marilah dalam rasa syukur

Muhibbin mengandung kritik yang membahas mengenai masalah pendidikan, masalah kejahatan, masalah generasi muda pada masyarakat modern, masalah peperangan, masalah

Makanan yang paling banyak dikonsumsi oleh ikan sepat siam baik yang berukuran kecil maupun besar adalah mikroalga dari Kelas Bacillariophyceae berjenis Diatoma, Melosira, dan

pri čemer pomenijo: LCC - skupna sedanja vrednost stroškov življenjskega cikla posamezne alternative I - sedanja vrednost osnovnih investicijskih stroškov 21 Repl - sedanja

Fungsi Save, adalah fungsi yang digunakan untuk menyimpan citra hasil deteksi tepi, atau dapat juga digunakan untuk menyimpan citra yang telah diolah dengan beberapa jenis operasi

Pertama, dari segi semantis, baik pada diatesis pasif bahasa Jepang maupun bahasa Indonesia, pendamping inti yang berperan penanggap adalah yang mengalami suatu peristiwa

Berdasarkan hasil pengamatan yang telah dilakukan, aktivitas guru pada penerapan model Siklus Belajar ( Learning Cycle ) ini, menunjukkan adanya peningkatan aktivitas