• Tidak ada hasil yang ditemukan

International Conference on Global Education VII Humanising Technology For IR. 4.0

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "International Conference on Global Education VII Humanising Technology For IR. 4.0"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TERHADAP SUB. TOPIK

RENTETAN PERISTIWA PERJANJIAN HUDAIBIYAH MELALUI APLIKASI HISTORY FLIP AND BOARD WRITING.

HanitaLadjaharun@ Ladjaron

(hanita75harun@yahoo.com)

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan sebagai usaha mengatasi kesukaran murid dalam menguasai topik sejarah tingkatan 4 yang bertajuk Rentetan Peristiwa Perjanjian Hudaibiyah. Kajian ini melibatkan seramai 45 orang murid tahap lemah dari kelas 4 Fittonia. Tinjauan awal mendapati penguasaan murid berada pada tahap rendah dan mendorong guru membuat penanambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan penguasaan murid bagi tajuk Rentetan Peristiwa Perjanjian Hudaibiyah. Bahan yang digunakan merupakan hasil inovasi guru yang dinamakan History Flip and Board Writing. Pelaksanaan ujian pra dan pasca serta pemerhatian terhadap pembelajaran murid dijalankan bagi meninjau keberkesanan aplikasi bahan inovasi serta penguasaan murid. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan sangat ketara dalam markah pencapaian dalam ujian pra dan pasca. Selain itu, maklum balas dari guru pemerhati dan murid juga menunjukkan pembelajaran yang bermakna dilalui oleh murid. Berdasarkan pemerhatian, guru mendapati penglibatan, kesungguhan dan ketrampilan murid begitu terserlah sepanjang sesi pembelajaran. Keberkesanan History Flip and Board Writing mendorong saya mengembangkan inovasi ini ke topik-topik lain yang bersesuaian bagi membolehkan murid terus melalui pembelajaran yang efektif.

PENGENALAN

History Flip andBoard Writingmerupakan bahan bantu belajar bagi membolehkan

murid mendapat gambaran lebih jelas mengenai topik sejarah tingkatan 4 iaitu“Rentetan Peristiwa Perjanjian Hudaibiyah”. Inovasi ini terdiri dari satu set kad (kalender) untuk aktiviti Show & Tell(penerangan) dan satu set kad untuk aktiviti murid menyusun dan melengkapkan maklumat secara berkumpulan.Setiap set terdiri dari tujuh keping kad untuk aktiviti murid dan mengandungi ilustrasi kartun berwarna-warniyang telah dilukis khas bagi membolehkan murid mendapat gambaran berkaitan topik“Rentetan Peristiwa Perjanjian Hudaibiyah”. Kad diperbuat daripada material yang boleh ditulis dengan white board marker pen agar boleh digunakan berulang kali.

Menurut Mok (2002), potensi merujuk kepada keupayaan dan kebolehan terpendam dalam individu, dan jika dicungkil ia boleh digunakan untuk melakukan sesuatu yang berkembang maju. Pendekatan ini juga turut mengambilkira potensi murid yang terdiri dari aliran Pendidikan Seni Visual (PSV) yang cenderung meminati ilustrasi dan lukisan. Oleh itu, inovasi History Flip and Board Writing dihasilkan agar mampu menarik minat dan meningkatkan motivasi belajar murid lemah namun ada kecenderungan dalam bidang seni visual. Selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang menekankan 6 Aspirasi Murid maka pendekatan aktiviti berkumpulan dijalankan agar murid dapat mengaplikasikan kemahiran Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21).

(2)

Gambar 1: History Flip

Gambar 2: Board Writing

Gambar 3: Paparan Board Writing

Ruang untuk menulis nombor/ susunan gambar secara kronologi Perkataan yang menjadi panduan untuk menulis cerita

Ruang untuk menulis cerita. Hanya menggunakan white

board marker pen agar

boleh dipadam selepas digunakan.

(3)

Gambar 4 - 7: Paparan Ilustrasi pada History Flipyang dilukis

Gambar 8 - 11:Paparan penerangan ringkas bagi setiap ilustrasi REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Pengajaran guru yang hanya bersandarkan pada maklumat di buku teks dan membuat penerangan power point tidak mampu menarik minat dan fokus murid. Terdapat murid yang berbual dan hampir tertidur mengikuti penerangan guru. Selain itu, maklumat yang ringkas tanpa sebarang visual di buku teks dan power point guru menyukarkan penguasaan murid dan kurang memotivasikan mereka mempelajari topik

(4)

ini. Semasa aktiviti secara berpasangan untuk melengkapkan peta alir rata-rata murid hanya menyalin bulat-bulat maklumat dari buku teks.

Petikan 1: Maklumat berkaitan topik dari buku teks.

Berdasarkan ujian yang dijalankan selepas pembelajaran tersebut, pencapaian murid amat mengecewakan. Seramai 29 dari 45 orang murid atau 65% gagal dalam ujian ini. Pencapaian gred tertinggi ialah gred B+ hanya melibatkan seorang murid. Seterusnya, bagi gred B hanya melibatkan 3 orang murid, bagi gred C dan C+ masing-masing melibatkan seorang murid sahaja, bagi gred D pula hanya melibatkan empat orang murid dan gred E pula melibatkan 6 orang murid.

Jadual 1: Pencapaian murid dalam ujian pra

PERKARA/ GRED UJIAN PRA

A+ 0 A 0 A- 0 B+ 1 B 3 C+ 1 C 1 D 4 E 6 G 29 JUMLAH 45

Walapun kecewa dengan keputusan ini, namun guru berkeyakinan masih ada ruang penambahbaikan dari aspek pengajaran guru dan pembelajaran murid. Sikap murid yang rajin datang ke sekolah, kecenderungan pada seni visual, aktif berbual dan menghormati guru dilihat sebagai kekuatan.

FOKUS KAJIAN

Fokus kajian ini ialah meningkatkan penguasaan murid terhadap topik “Rentetan Peristiwa Perjanjian Hudaibiyah” melalui aplikasi bahan inovasi History Flip and

Board Writing. Pelaksanaan aktiviti juga menekankan aplikasi unsur Pembelajaran

(5)

OBJEKTIF KAJIAN

i. Membolehkan murid menguasai isi pelajaran yang bertajuk Rentetan Peristiwa

Perjanjian Hudaibiyahdengan lebih mudah dan efektif.

ii. Memberikan gambaran sebenar tentang Rentetan Peristiwa Perjanjian

Hudaibiyahmelalui hasililustarsi kartun yang menarik.

iii. Menggalakan amalanPAK-21.

KUMPULAN SASARAN

Seramai 45 orang murid tahap lemah dari kelas 4 Fittonia terlibat dalam kajian ini. Mereka terdiri dari 21 orang murid lelaki dan 24 murid perempuan.

PERANCANGAN TINDAKAN

Jadual 2:Jadual Perancangan Tindakan

Tarikh Tindakan

2 April 2018 *Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (35 minit)

Persembahan power point oleh guru

 Aktiviti melengkapkan peta alir

*Pelaksanaan ujian pra (20 minit)

7 April 2018 *Menyemak hasil ujian murid

*Membuat analisis pencapaian murid *Membuat refleksi kendiri

8 - 10 April 2018 *Menghasilkan bahan bantu belajar inovasi History Flip

and Board Writing

*Menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

11 April 2018 Menambahbaik RPH

16 April 2018 Guru memilih dan melatih 8 orang murid untuk membuat

aktivitiShow & Tellmenggunakan bahan History Flip

19 April 2018 *Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan 2

aktiviti utama:

Show and Tell menggunakan History Flip

Melengkapkan maklumat menggunakan Board

Writing

*Pemerhatian oleh dua orang guru Sejarah.

19 April 2018 Perbincangan guru mengajar dengan guru pemerhati bagi

mendapatkan maklum balas

21 - 22 April 2018 Membuat analisis data/ maklumat berdasarkan ujian pra

dan pasca, gambar aklumbalas guru dan murid

29 - 30 April 2018 Menulis laporan

PELAKSANAAN KAJIAN

1) Guru membuat persembahan power point berkaitan isi pelajaran berdasarkan

maklumat yang tertera di buku teks. Selepas itu murid melaksanakan aktiviti melengkapkan peta alir secara berpasangan dan diikuti dengan pelaksanaan ujian pra. Hasil analisis ujian pra telah mendorong guru menghasilkan bahan bantu belajar yang mengambilkira kecerdasan pelbagai, minat dan potensi murid serta aplikasi PAK-21.

(6)

2) Setelah mengambilkira tiga faktor di atas, maka guru berusaha memikirkan bagi menghasilkan bahan yang sesuai. Bahan yang dihasilkan diharapkan dapat melibatkan murid secara aktif meneroka maklumat secara efektif serta mampu memberikan kefahaman terhadap topik. Makaterhasilkan bahan bantu belajar

History Flip and Board Writing. Guru mengambil masa sekurang-kurangnya

sehari untuk membuat lakaran dan akhirnya menyediakan tujuh ilustrasi lengkap bagi menggambarkan topik berkenaan.

3) Guru memilih dan melatih murid yang bakal membuat aktiviti Show & Tell

menggunakan History Flip. Pemilihan adalah secara rawak tanpa mengambilkira ketrampilan sedia ada kerana ingin memberikan peluang kepada semua murid mengasah bakat dan menyerlah keyakinan diri. Murid yang dipilih terkejut tetapi teruja dengan peluang yang diberikan oleh guru. Terdapat juga murid yang awal-awal mahu menarik diri tetapi telah diberikan dorongan dan motivasi sehingga mahu berusaha untuk mencuba.

4) Semasa pelaksanaan di bilik darjah, guru memberikan arahan kepada muridyang

berkaitan membuat aktvitiShow & Tell menggunakan History Flip. Murid membuat penerangan dalam kumpulan yangg terdiri dari 4 hingga 5 orang. Visual yang ditunjuk dan diterangkan ternyata mampu menarik fokus murid mengikuti penerangan rakan mereka.

.

Gambar 12 - 13:Murid membuat penerangan menggunankanHistory Flip

5) Dalam langkah seterusnya, murid diarahkan melengkapkan Board Writing sambil

dipantau oleh guru dan rakanyang telah membuat Show & Tell. Pada tahap ini, murid yang membuat penerangan tadi secara tanpa dirancang bertindak sebagai pembimbing rakan mereka melengkapkan maklumat pada Board Writing. Hal ini secara tidak langsung telah mampu menyerlahkan ketrampilan murid sebagai pembimbing dan pemimpin dalam kumpulan.

(7)

6) Selesai melengkapkan Board Writing ujian pasca dijalankan selepas sekali lagi. Ketika ini, 100% murid fokus menjawab soalan ujian dan memperlihatkan kesungguhan untuk mengingat dan melengkapkan semua jawapan. Pada akhir sesi guru memuji usaha dan penglibatan murid yang sangat aktif dan bersungguh-sungguh.

DAPATAN KAJIAN

Keberkesanan aplikasi History Flip & Board Writing ditunjukkan melalui 3 aspek iaitu keputusan ujian pra dan pasca, maklum balas guru pemerhati dan murid yang serta pemerhatian guru.

8.1 Keputusan ujian pra dan pasca PERKARA/ GRED UJIAN PRA UJIAN

PASCA BEZA A+ 0 12 +12 A 0 16 +16 A- 0 7 +7 B+ 1 3 +2 B 3 3 - C+ 1 2 1 C 1 0 -1 D 4 2 -2 E 6 0 -6 G 29 0 -29 JUMLAH 45 45 -

Jadual 2: Perbandingan pencapaian murid mengikut gred

Carta 1: Perbandingan pencapaian murid mengikut gred

0 5 10 15 20 25 30 35 A+ A A- B+ B C+ C D E G

(8)

Penglibatan aktif keseluruhan murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran telah menjanjikan pencapaian yang sangat memuaskan dalam ujian pasca yang dijalankan. Murid kelihatan bersungguh-sungguh menjawab keseluruhan soalan sehingga masa tamat. Berbanding sebelum ini terdapat 8 orang murid yang tidur dan tidak berusaha untuk menjawab keseluruhan soalan. Berdasarkan ujian pasca 100% murid lulus berbanding sebelum ini seramai 29 orang gagal. Seramai 35 daripada 45 orang atau 78% murid memperolehi sekurang-kurangnya gred A- dengan 12 orang memperolehi gred A+, 16 orang memperolehi gred A, dan 7 orang memperolehi gred A-. Pencapaian gred B+ meningkat kepada 2 orang berbanding hanya seorang semasa ujian pra. Bagi pencapaian gred C, D dan E telah menunjukkan penurunan sangat ketara berbanding ujian pra.

MAKLUM BALAS GURU PEMERHATI

a. Puan Suzanah Ahmad, Ketua Panitia Sejarah Guru

1) BBM yang disediakan sangat berkesan dalam melibatkan murid secara aktif

sepanjang sesi pebelajaran.

2) Penglibatan murid begitu seronok dan bersungguh-sungguh menjayakan

setiap aktiviti.

3) Ilustrasi kartun yang menarik dan kata kunci pada bahan telah mampu

meningkatkan penguasaan murid.

Murid

1) Murid aktif berkolaboratif dan berkomunikasi sepanjang sesi pembelajaran.

2) Penerangan murid semasa aktiviti Show & Tell agak malu-malu dan

tersekat-sekat tetapi semakin berkeyakinan apabila sentiasa dibantu oleh guru.

3) Penglibatan murid yang aktif menimbulkan suasana agak bising disebabkan

jumlah mereka yang ramai namun masih mampu dikawal oleh guru.

b. Cik Chin Sui Yin, Guru Sejarah Guru

1) Bahan yang unik, berkesan dan belum terdapat di pasaran.

2) Membolehkan guru mengaplikasi pengajaran berkesan dengan melibatkan

murid secara aktif walaupun mereka agak lemah.

Murid

1) Murid fokus sepanjang sesi dan mampu memahami isi pelajaran dengan

baik melalui bahan disedikan.

2) Murid terlibat secara aktif untuk berbincang, membuat keputusan dan

menulis cerita di atas kad.

3) Murid mengaplikasikan kemahiran pemikiran sejarah iaitu menyusun

maklumat mengikut kronologi.

4) Murid memperlihatkan kesungguhan dan bermotivasi belajar.

MAKLUM BALAS MURID a. Norayu Binti Mazri

1) Memudahkan saya mengingati jalan cerita dengan lengkap dan tersusun.

2) Saya juga gembira kerana belajar secara kumpulan dan boleh berbincang

dengan rakan untuk menulis cerita.

3) Aktiviti ini membolehkan saya belajar dengan seronok dan tidak sedar masa

(9)

b. Nor Azizah Lukman

1) Saya dapat mengingat fakta Sejarah dengan lebih mudah kerana terdapat

gambar kartun yang menarik dan memudahkan kefahaman saya.

2) Perbincangan bersama rakan menjadikan kami belajar dengan santai dan

seronok.

3) Saya boleh menjawab soalan kerana dapat mengingati fakta dengan baik

semasa belajar topik ini.

PEMERHATIAN

Gambar 16 - 17: Pemerhatian terhadap penglibatan murid

Berdasarkan gambar di atas, jelas menunjukkan penglibatan aktif murid berinteraksi dengan bahan dan rakan sepanjang aktiviti dijalankan. Komunikasi dan kolaborasi aktif ini menjana kemahiran berfikir dan mampu mengembangkan atau meningkatkan ketrampilan diri mereka. Saya mendapati bahan inovasi History Flip and

Board Writing dengan ilustrasi menarik dan saiz A3 yang sesuai dengan keperluan

murid telah menjadi penyumbang utama dalam menarik minat dan fokus murid sepanjang 70 minit sesi pembelajaran. Ilustrasi yang disediakan membolehkan murid menguasai isi pelajaran dan mampu menjawab soalan ujian dengan sangat memuaskan. Aktiviti berpusat kepada murid dan bahan membolehkan guru hanya berperanan sebagai fasalitator. Terserlah kegembiraan, keseronokan dan kesungguhan murid menjayakan pembelajaran.

Kesan untuk pembelajaran seterusnya

Minat murid dalam pembelajaran sejarah yang semakin mendalam mendorong guru memberikan tugasan lebih mencabar kepada murid. Pada awalnya, guru tidak meletakkan harapan yang tinggi terhadap hasil yang akan ditunjukkan. Tugasan secara berkumpulan diberikan bagi memastikan tugasan tidak berat dan membolehkan amalan kerjasama dalam kalangan murid. Namun begitu, guru agak terkejut kerana 100% berjaya menghasilkan bahan History Flip mengikut tajuk yang diberikan. Walaupun hasilnya tidak begitu kemas dan teliti tetapi mampu memberikan gambaran mengenai peristiwa yang dikaji. Malah murid juga mengaplikasikan amalan kitar semula dengan menggunakan bahan buangan untuk menghasilkan bahan mereka. Guru mendapati murid berusaha mencari dan merujuk pelbagai sumber yang menunjukkan kesungguhan mereka. Malah guru mendapati murid mengaplikasikan History Flip dalam mata pelajaran lain seperti Bahasa Melayu.

(10)

Gambar 18 - 19: Murid menghasilkan bahan History Flip RUMUSAN

Keberkesanan HistoryFlip and Board Writing dalam meningkatkan penguasaan dan minat belajar murid telah mendorong saya menghasilkan lebih banyak lagi bahan ini untuk topik-topik yang lain. Malah, saya melibatkan murid menghasilkan History

Flipand Board Writing bagi topik-topik yang terpilih mengikut kreativiti mereka.

Hasilnya, objektif pembelajaran yang disasarkan tercapai dan meningkatkan motivasi serta minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah..Konklusinya, guru perlu sentiasa berusaha memikirkan pendekatan yang mampu memberikan peluang dan ruang pembelajaran terbaik kepada murid agar pembelajaran bermakna dapatdiaplikasi seterusnya mampu melahirkan generasi berkeupayaan mendepani cabaran global pada masa akan datang.

RUJUKAN

Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 (2002). Dewan Bahasa Dan Pustaka: Kuala Lumpur. Mok Soon Sang, Ilmu Pendidikan Untuk KPLI. (2002) Kumpulan Budiman Sdn.

Bhd: Kuala Lumpur.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. (2013) Putrajaya: Kementerian

Gambar

Gambar 2: Board Writing
Gambar 4 - 7: Paparan Ilustrasi pada History Flipyang dilukis
Gambar 12 - 13:Murid membuat penerangan menggunankanHistory Flip  5)  Dalam langkah seterusnya, murid diarahkan melengkapkan Board Writing sambil
Gambar 16 - 17: Pemerhatian terhadap penglibatan murid
+2

Referensi

Dokumen terkait

Muhibbin mengandung kritik yang membahas mengenai masalah pendidikan, masalah kejahatan, masalah generasi muda pada masyarakat modern, masalah peperangan, masalah

Makanan yang paling banyak dikonsumsi oleh ikan sepat siam baik yang berukuran kecil maupun besar adalah mikroalga dari Kelas Bacillariophyceae berjenis Diatoma, Melosira, dan

pri čemer pomenijo: LCC - skupna sedanja vrednost stroškov življenjskega cikla posamezne alternative I - sedanja vrednost osnovnih investicijskih stroškov 21 Repl - sedanja

Fungsi Save, adalah fungsi yang digunakan untuk menyimpan citra hasil deteksi tepi, atau dapat juga digunakan untuk menyimpan citra yang telah diolah dengan beberapa jenis operasi

Pertama, dari segi semantis, baik pada diatesis pasif bahasa Jepang maupun bahasa Indonesia, pendamping inti yang berperan penanggap adalah yang mengalami suatu peristiwa

Berdasarkan hasil pengamatan yang telah dilakukan, aktivitas guru pada penerapan model Siklus Belajar ( Learning Cycle ) ini, menunjukkan adanya peningkatan aktivitas

Retribusi Terminal adalah pelayanan atas penyediaan tempat parkir untuk kendaraan penumpang bis umum dan mobil barang, tempat kegiatan usaha, fasilitas lainnya di

Dalam kesempatan ini juga, dengan menghayati bahwa kehidupan dan pertumbuhan jemaat di GKI Kemang Pratama adalah tanggung jawab kita bersama, marilah dalam rasa syukur