• Tidak ada hasil yang ditemukan

International Conference on Global Education VII Humanising Technology For IR. 4.0

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "International Conference on Global Education VII Humanising Technology For IR. 4.0"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

PERLAKSANAAN AMALAN PEDAGOGI KASIH SAYANG: SUATU TINJAUAN

Norasikin binti Azmi, Rosadah binti Abd Majid E-mail : sikinazmi.edu@yahoo.com

ABSTRAK

Kementerian Pendidikan Malaysia telah menampilkan budaya baharu dalam pendidikan di Malaysia iaitu budaya berteraskan kasih sayang, kegembiraan dan hormat menghormati yang juga merupakan elemen yang diterapkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Ini merupakan salah satu anjakan dalam membendung masalah displin pelajar yang merupakan isu pendidikan di dalam negara dan global. Kasih sayang memainkan peranan penting dalam dunia pendidikan dan ianya boleh dikategorikan sebagai salah satu faktor utama dalam membangunkan hubungan atau interaksi yang harmonis antara pendidik dan anak didiknya. Dalam kajian ini, suatu tinjauan telah dijalankan menggunakan set soal selidik elemen pedagogi kasih sayang yang telah diubahsuai bagi mengutip data yang melibatkan 30 orang guru sekolah rendah yang terdiri daripada guru pendidikan khas dan guru aliran perdana. Ianya adalah untuk mengetahui perlaksanaan amalan pedagogi kasih sayang terhadap murid berdasarkan empat elemen dalam pedagogi kasih sayang. Dapatan kajian mendapati bahawa ukuran skor min untuk elemen pedagogi kasih sayang adalah seperti berikut; elemen kebaikan dan empati, 4.07; elemen keakraban dan ikatan, 4.19; elemen pengorbanan dan kemaafan, 3.73 manakala elemen komuniti dan penerimaan, 4.07. Ini menunjukkan amalan pedagogi kasih sayang telah dilaksanakan atau diterapkan dalam pengajaran dan pemudahcaraan guru serta murid juga telah terlibat dalam melaksanakan amalan tersebut. Amalan pedagogi kasih sayang ini tidak seharusnya diabaikan kerana sistem hubungan ini serasi dengan fitrah dan jiwa manusia.

.

Kata Kunci : Amalan, Pedagogi Kasih Sayang, Kasih Sayang, Penglibatan Murid, Pengajaran dan Pemudahcaraan Guru

PENGENALAN

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menggariskan tiga hala tuju bagi memartabatkan sistem pendidikan Malaysia sesuai dengan visi menjadikan pendidikan untuk semua. Hala tuju pertama ialah mengembalikan cinta ke dalam pendidikan dengan menekankan anak – anak agar mencintai ilmu, terus membesar sebagai seorang yang sentiasa mahu belajar dan memahami bahawa pendidikan merupakan suatu proses yang berterusan. Selain itu, KPM juga turut menampilkan budaya baharu dalam pendidikan di Malaysia iaitu budaya berteraskan kasih sayang, kegembiraan dan hormat menghormati yang juga merupakan elemen yang diterapkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) (Mohd Fathi et al. 2010).

Sebagai warga pendidik, perkara ini bukanlah perkara baharu kerana ianya telah sekian lama diterapkan dalam pengajaran guru dan pembelajaran murid sebagai salah satu daripada aspek nilai – nilai murni. Penerapan nilai murni dalam bilik darjah adalah lebih mudah kerana hanya melibatkan guru dan murid berbanding untuk mewujudkan seluruh komuniti sekolah dalam memaparkan tindakan saling sayang meyayangi, gembira dan menghormati antara satu sama lain adalah satu cabaran yang perlu digalas

oleh semua anggota dalam komuniti sesebuah sekolah. Hakikatnya, menjelang tahun

2020 antara cabaran yang perlu didepani oleh Malaysia dalam menjadi sebuah negara Maju adalah dengan melahirkan masyarakat yang bermoral dan beretika. KPM mendedahkan sebanyak 402 buah sekolah di seluruh Malaysia dikenali sebagai sekolah

(2)

'hotspot', iaitu sekolah yang didapati mempunyai masalah disiplin dan dadah (Dewan Rakyat Malaysia 2017). Ini memperlihatkan bahawa isu disiplin dalam kalangan para pelajar sekolah semakin membimbangkan dan seolahnya tiada berkesudahan. Menurut Sohami (2004) berlakunya masalah gangsterisme adalah kerana tidak wujudnya keseimbangan antara kecerdasan intelek dengan kecerdasan emosi. Selaras dengan itu, hasrat KPM untuk memberi penekanan kepada aspek kemanusiaan dan berasaskan nilai dengan menerapkan budaya kebahagiaan, kasih sayang dan saling menghormati di sekolah agar isu disiplin ini dapat dikurangkan dan dikawal amatlah bersesuaian dengan menerapkan nilai kasih sayang dalam pendekatan mengajar guru.

Berikutan hal tersebut, kajian berkaitan pedagogi kasih sayang ini dijalankan dengan menggunakan elemen kasih sayang berdasarkan Pedagogi Kasih Sayang Tim Loreman (2011). Ianya adalah bertujuan untuk mengetahui perlaksanaan amalan pedagogi kasih sayang berdasarkan elemen kebaikan dan empati, keakraban dan ikatan, pengorbanan dan kemaafan serta komuniti dan penerimaan dengan melihat amalan guru dan penglibatan murid. Kebanyakan orang tidak menyedari akan kepentingan empati dalam kehidupan. Perasaan empati ini juga berkait dengan rasa kepedulian terhadap orang lain iaitu merasai apa yang dirasai oleh orang lain baik susah mahupun senang, gembira atau sedang berduka. Ini adalah kerana, sebagai manusia kita tidak boleh hidup bersendirian dan kehidupan kita sebagi manusia amat berkaitan dengan manusia yang lain. Keakraban dan ikatan pula adalah merujuk kepada hubungan yang terbentuk antara dua orang individu atau lebih (Tim Loreman 2011). Menurut Wentzel, K. R. (2009), guru yang berkesan adalah guru yang dapat membina hubungan yang baik dengan pelajarnya dari segi emosi yang intim, selamat, dan boleh dipercayai. Sebelum itu, Ismail Abbas (2007) telah menjelaskan dalam membina hubungan guru dan pelajar, sewajarnya melihat pelajar secara positif dan melayaninya secara berperikemanusiaan. Hal ini dibahaskan Wentzel, K. R. (2009), bahawa hubungan yang berkualiti, mampu menyokong perkembangan emosi pelajar dengan baik, membina sikap positif, dan motivasi dalam mencapai hasil akademik.

Pada hakikatnya, pengorbanan adalah satu konsep dan amalan yang diajarkan secara langsung oleh Allah kepada umat Islam Kehidupan juga adalah satu pengorbanan yang melibatkan perjuangan. Ia menuntut banyak pengorbanan yang perlu dilakukan. Individu perlu berkorban masa dan tenaga, wang ringgit dan pemikiran untuk meneruskan kehidupan. Kadang-kadang mereka terpaksa mengorbankan kepentingan peribadi dan diri sendiri demi kebajikan dan kemaslahatan orang lain dan ia adalah satu ibadah yang akan diberi ganjaran pahala oleh Allah. Amalan ini amat mulia kerana ia akan memberi satu peluang dan kehidupan baharu kepada orang lain demi kebajikan umum. (Yahya 2006; Tim Loreman 2011). Manakala sifat pemaaf adalah merupakan satu sifat yang universal, semua agama menuntut supaya manusia bersifat demikian. Sifat ini adalah menunjukkan martabat yang tinggi dan nilai kemanusiaan yang hebat dan mulia. Semua guru harus memiliki sifat ini supaya kita sentiasa dipandang mulia oleh pelajar kita, malahan kita akan dipandang mulia oleh masyarakat sekeliling.

Selain itu, dalam apek komuniti dan penerimaan pula adalah tentang aspek keterbukaan guru dan komuniti dalam menerima dan menghargai kepelbagaian individu. Hakikatnya guru-guru sentiasa bersedia untuk mengenali murid dengan lebih lanjut jika pelajar memberi kerjasama, bersungguh-sungguh dalam mencari bantuan mereka (Rafiza Abdul Razak & Siti Zarina Syed Nordin, 2013). Perselisihan pendapat dan penolakan emosi akan berlaku jika tiadanya keterbukaan dan penerimaan antara guru dan murid. Pentingnya penerapan amalan kasih sayang dalam pengajaran dan pemudahcaraan bagi membentuk manusia yang berhati mulia, patuh dan taat kepada

(3)

ajaran agama serta berkeperibadian luhur. Ini adalah kerana, kasih sayang adalah sifat semulajadi dalam diri manusia yang menjadi tali penghubung yang kuat antara sesama manusia. Kasih sayang juga adalah perkara asas dalam proses pendidikan dan pembentukan karakter dan akhlak manusia. Pendidikan yang menggunakan pendekatan kasih sayang merupakan kaedah pendidikan terbaik kerana sistem hubungan ini serasi dengan fitrah dan jiwa manusia dan memberikan pengaruh timbal balik dalam hubungan antara guru dan pelajar (Ahmad Firdaus, Kamarul Azmi & Khairunnisa 2016). Mendidik mereka dengan ikhlas, bersungguh-sungguh dan penuh kasih sayang juga akan memberi kesan psikologi yang mendalam dalam diri pelajar tersebut.

METODOLOGI

Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif deskriptif berbentuk tinjauan untuk menjawab objektif dan persoalan kajian. Sampel bagi tujuan tinjauan telah dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata memandangkan populasi yang tidak seragam mengikut jumlah sampel guru dan persampelan bertujuan kerana ianya lebih spesifik bagi mendapatkan maklumat tertentu yang tidak ada pada semua individu. Ini bertepatan dengan kepakaran dan pengetahuan mereka terhadap isu yang dikaji dan responden mempunyai maklumat mengenai isu yang dikaji. Saiz sampel yang diambil adalah merujuk kepada Jadual Penentuan Saiz Berdasarkan Populasi oleh Krejcie dan Dayle (1970). dengan mengubahsuai soal selidik pedagogi kasih sayang oleh Tim Loreman (2011).

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik yang dibina sendiri oleh penyelidik dengan merujuk kepada skala Pedagogi Kasih Sayang Tim Loreman (2011) yang menfokuskan tentang empat elemen dalam pedagogi kasih sayang. Soal selidik ini telah melalui proses dan prosedur bagi memastikan kesemua item soalan mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Borang soal selidik ini mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A yang terdiri daripada maklumat demografi responden iaitu jantina, umur, sekolah yang diajar, pengalaman mengajar dan kategori murid atau kelas. Responden di minta memilih satu jawapan yang bertepatan dengan diri responden berdasarkan pilihan aneka jawapan yang disediakan bagi setiap item. Bahagian B mengandungi 12 item pernyataan yang diubahsuai berdasarkan elemen amalan pedagogi kasih sayang Tim Loreman (2011) yang diuji menggunakan 5 skala Likert. Ianya terdiri daripada 4 konstruk iaitu; kebaikan dan empati (kindness and empathy), keakraban dan ikatan (intimacy and bonding), pengorbanan dan kemaafan (sacrifice and forgiveness), serta komuniti dan penerimaan (community and acception).

Pengkaji menggunakan 5 skala likert dengan skor satu hingga lima diberikan bermula dengan sangat tidak setuju (STS), tidak setuju (TS), kurang setuju (KS), setuju (S) dan sangat setuju (SS). Dalam kajian ini pengkaji menggunakan Statistik Deskriptif (Min dan Sisihan Piawai) di mana nilai skor yang diperolehi di jumlahkan dan di puratakan untuk menghasilkan nilai min yang dapat diinterprestasikan bagi menghasilkan dapatan kajian yang sah dan boleh dipercayai. Interprestasi data dibuat berdasarkan nilai min yang diperolehi samada rendah, sederhana dan tinggi seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.

(4)

Jadual 2.1: Jadual Interpretasi Data

Nilai Min Interpretasi

1.00 – 1.80 Sangat Rendah

1.81 – 2.60 Rendah

2.61 – 3.40 Sederhana

3.41 – 4.20 Tinggi

4.21 – 5.00 Sangat Tinggi

Sebelum kajian sebenar dilakukan, satu kajian rintis (pilot test) telah dijalankan dalam sebuah kumpulan guru yang melibatkan 30 orang responden. Kajian rintis ini merupakan cara terbaik untuk menentukan kajian yang dijalankan dapat dilakukan dengan sempurna kerana ia digunakan untuk menguji kaedah terbaik mentadbir instrumen, mengenal sampel dan kesesuaian kaedah analisis. Dapatan daripada kajian membolehkan penyelidik memperbaiki setiap instrumen yang diuji dan merasai pengalaman yang berguna sebelum berada dalam situasi yang sebenar (Leedy dan Ormrod 2001; Ghazali dan Sufean 2016). Untuk menganggarkan kebolehpercayaan

item-item dalam soal selidik, pekali alpha Cronbach digunakan melalui perisian

Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 23.0. Jadual 2.2: Keputusan Ujian Rintis

No.Item Item Nilai Pekali

Alpha

Tafsiran Nilai cronbach alpha ( ) 1 - 5 Demografi

- -

6 - 9 Elemen Kebaikan dan Empati = .696 Puas hati (satisfied coefficients) 10 - 11 Elemen Keakraban dan

Keintiman = .743 Stabil (stability coefficients) 12 – 14 Elemen Pengorbanan dan

Kemaafan = .788 Stabil (stability coefficients) 15 - 18 Elemen Komuniti dan

Penerimaan = .832 Kebiasaan (customary coefficients) Dapatan daripada kajian rintis, nilai pekali alpha Cronbach bagi setiap item ialah antara 0.696 hingga 0.832. Dalam statistik kebolehpercayaan instrumen kajian menggunakan pekali alpha Cronbach, nilai alfa 0.65 hingga 0.95 dianggap memuaskan kerana nilai yang terlalu rendah menunjukkan keupayaan item-item instrumen kajian mengukur konsep dalam kajian adalah rendah manakala nilai alfa yang terlalu tinggi pula mungkin menunjukkan semua item adalah serupa atau bertindih antara satu sama lain.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Populasi kajian terdiri daripada guru-guru di sebuah sekolah rendah di Sentul, Kuala Lumpur yang melibatkan 21 orang guru aliran perdana dan 9 orang guru PPKI yang keseluruhannya berjumlah 30 orang responden. Analisis data dalam bahagian ini memberi penjelasan berkaitan dengan analisis peratusan dan kekerapan bilangan responden bagi melihat perlaksanaan elemen dalam amalan pedagogi kasih sayang terhadap murid. Analisis ini melihat kepada pendapat, pengetahuan, strategi dan juga tindakan responden terhadap setiap item yang diajukan oleh pengkaji dalam soal selidik tersebut.

(5)

Perlaksanaan Amalan Pedagogi Kasih Sayang

Amalan pedagogi kasih sayang yang digariskan oleh Tim Loreman terdiri

daripada empat aspek iaitu; kebaikan dan empati (kindness and empathy), keakraban

dan ikatan (intimacy and bonding), pengorbanan dan kemaafan (sacrifice and

forgiveness), komuniti dan penerimaan (community and acceptance). Analisis skor min dan interprestasi data mengikut subkonstruk ditunjukkan dalam jadual 3.1, 3.2, 3.3 dan 3.4 dibawah.

3.1 Bagaimanakah elemen kebaikan dan empati (kindness and empathy)

diterapkan dalam kalangan murid?

Jadual 3.1: Elemen Kebaikan dan Empati

Bil Item Skala Min Tafsiran

STS TS KS S SS

1

Murid-murid sentiasa

bekerjasama dengan saya dan rakannya dalam aktiviti Pdpc yang menekankan nilai kasih sayang dan kebaikan.

0 0.0 % 0 0.0 % 1 3.3 % 22 73.3 % 7 23.3 % 4.20 Sangat Tinggi 2 Murid-murid mengambil inisiatif dalam melakukan perkara yang menjurus ke arah kebaikan di bilik darjah.

0 0.0 % 1 3.3 % 3 10.0 % 22 73.3 % 4 13.3 % 3.97 Tinggi 3

Murid-murid menyertai aktiviti khusus yang dirancang bagi meningkatkan sifat empati.

0 0.0 % 0 0.0 % 4 13.3 % 21 70.0 % 5 16.7 % 4.03 Tinggi

Purata keseluruhan 4.07 Tinggi

3.2 Bagaimanakah elemen keakraban dan ikatan (intimacy and bonding)

diamalkan?

Jadual 3.2: Elemen keakraban dan ikatan

Bil Item Skala Min Tafsiran

STS TS KS S SS 1

Murid menunjukkan kelakuan yang akrab dengan rakan dan guru 0 0.0 % 0 0.0 % 1 3.3 % 19 63.3 % 10 33.3 % 4.30 Sangat Tinggi 2 Murid menganggap saya

sebagai tempat berlindung

0 0.0 % 1 3.3 % 4 13.3 % 17 56.7 % 8 26.7 % 4.07 Tinggi

(6)

3.3 Bagaimanakah elemen pengorbanan dan kemaafan (Sacrifice and

forgiveness) diterapkan dalam kalangan murid?

Jadual 3.3: Elemen pengorbanan dan kemaafan

Bil Item Skala Min Tafsiran

STS TS KS S SS 1

Murid-murid sedia berkorban antara satu sama lain

0 0.0 % 1 3.3 % 10 33.3 % 18 60.0 % 1 3.3 % 3.63 Tinggi 2 Murid-murid saling memaafkan dan sentiasa berusaha untuk mencapai kesepakatan 0 0.0 % 1 3.3 % 4 13.3 % 24 80.0 % 1 3.3 % 3.83 Tinggi 3 Murid-murid menyertai aktiviti pembelajaran khusus bagi meningkatkan komitmen mereka dengan yang lain

0 0.0 % 1 3.3 % 6 20.0 % 23 76.7 % 0 0.0 % 3.73 Tinggi

Purata keseluruhan 3.73 Tinggi

3.4 Bagaimanakah elemen komuniti dan penerimaan (Community and

acceptance) dilaksanakan?

Jadual 3.4: Jadual elemen komuniti dan penerimaan

Bil Item Skala Min Tafsiran

STS TS KS S SS 1 Kepelbagaian murid dihargai/diraikan 0 0.0 % 0 0.0 % 3 10.0 % 20 66.7 % 7 23.3 % 4.13 Tinggi 2

Murid-murid telah terlibat dalam aktiviti yang khusus bertujuan untuk mengatasi halangan pelbagai budaya/ latar belakang bagi

meningkatkan penerimaan 0 0.0 % 0 0.0 % 3 10.0 % 22 73.3 % 5 16.7 % 4.07 Tinggi 3

Murid-murid telah terlibat dalam aktiviti yang khusus bertujuan untuk saling kenal mengenali antara satu sama lain 0 0.0 % 0 0.0 % 3 10.0 % 21 70.0 % 6 20.0 % 4.10 Tinggi 4

Murid-murid telah terlibat dalam aktiviti yang khusus bertujuan untuk mengatasi halangan dalam pelbagai konteks/suasana 0 0.0 % 0 0.0 % 3 10.0 % 24 80.0 % 3 10.0 % 4.00 Tinggi

Purata keseluruhan 4.07 Tinggi

Terdapat 12 item yang mewakili empat elemen dalam amalan Pedagogi Kasih Sayang. Semua item dalam empat elemen tersebut berada pada tahap skor min yang tinggi iaitu; elemen kebaikan dan empati, 4.07; elemen keakraban dan ikatan, 4.19; elemen pengorbanan dan kemaafan, 3.73 manakala elemen komuniti dan penerimaan, 4.07. Min skor elemen pedagogi kasih sayang yang paling tinggi ialah elemen keakraban dan ikatan, 4.19 dengan dua item pernyataan iaitu murid menunjukkan

(7)

kelakuan yang akrab dengan rakan dan guru mendapat min sebanyak 4.30 dan murid menganggap guru sebagai tempat berlindung mendapat min berjumlah 4.07.

Melihat kepada dapatan kajian menunjukkan amalan pedagogi kasih sayang dengan menekankan elemen kebaikan dan empati yang berjalan secara tidak langsung diantara guru dengan murid. Penekanan elemen ini bukan sahaja dalam aktiviti pdpc yang dilakukan dalam kelas, namun ianya perlu sentiasa ditekankan melalui pedagogi mengajar guru sehingga murid – murid sedar akan kepentingan melakukan kebaikan dan sikap empati dalam diri. Analisa data juga menunjukkan murid – murid juga kebanyakannya telah terlibat dalam melakukan kebaikan dalam kelas, cuma ianya perlu diberi sokongan dan penekanan yang lebih oleh guru supaya elemen ini menjadi perkara utama dalam pedagogi guru. Melalui kajian yang dilakukan menunjukkan elemen keakraban dan ikatan yang mendapat skor min tertinggi menandakan wujudnya hubungan yang selesa dan akrab antara guru dan murid. Ianya merupakan suatu suasana yang harmonis dan patut diamalkan secara berterusan oleh setiap pendidik dengan menjadi contoh yang baik dan mesra kepada murid. Kasih sayang yang ditunjukkan oleh guru akan mewujudkan keakraban dan hubungan yang selesa antara guru dan murid. Menurut Mohd Sahandri Gani et al, (2010) guru yang paling berkesan adalah guru yang paling mudah didekati oleh semua pelajarnya. Oleh itu dalam mendidik guru haruslah berusaha untuk mengesani setiap pelajarnya dengan menggunakan sentuhan kasih sayang.

Manakala berdasarkan dapatan data pada elemen pengorbanan dan kemaafaan menjurus kepada pernyataan; murid-murid sedia berkorban antara satu sama lain menunjukkan hampir separuh daripada responden memberi respon negatif terhadap pernyataan itu. Kesimpulan yang boleh dibuat menunjukkan murid boleh memaafkan rakan mereka namun tidak sanggup untuk berkorban demi rakan mereka. Mengikut Tim Loreman (2011) guru perlu menggalakkan murid – murid supaya sedia berkorban sama ada terhadap guru, rakan sekelas, ahli keluarga dalam sesuatu situasi. Namun pengorbanan ini haruslah bermula daripada guru. Guru seharusnya menunjukkan pengorbanan yang betul terhadap murid. Pengorbanan ini juga haruslah diikuti oleh kemaafan sebagai contoh murid memberikan dan berkongsi makanannya dengan rakan lain kerana rakan tersebut tidak mempunyai duit untuk membeli makanan dan ketika belakunya salah faham diantara murid-murid dalam kelas dimana mereka harus mengorbankan keegoan mereka daripada terus bergaduh dengan memaafkan rakan tersebut bagi mengelakkan berlakunya masalah yang lebih besar. Bagi mencapai kesepakatan, guru harus melakukan aktiviti yang melibatkan semua murid. Komitmen yang baik antara murid akan mewujudkan suatu keadaan yang positif dalam pergaulan mereka dan pencapaian dalam kelas.

Elemen komuniti dan penerimaan juga perlu ditekankan dalam amalan pedagogi kasih sayang dengan meraikan atau menghargai kepelbagaian murid. Menurut Rafizah & Siti Zarina (2013) guru-guru menyatakan kesediaan untuk lebih membantu pelajar yang memberi kerjasama, bersungguh-sungguh dan mencari bantuan mereka. Guru boleh melibatkan murid dalam aktiviti – aktiviti yang boleh mengalakkan penerimaan dari faktor budaya, etnik, agama dan latar belakang murid dengan melibatkan komuniti sekolah seperti kakitangan dan ibubapa. Ibubapa juga harus terlibat dalam aktiviti bagi mengurangkan jurang antara murid seperti aktiviti sambutan hari lahir, program gotong royong sekolah, pejumpaan ibu bapa dan guru dan program sambutan hari raya. Kesimpulannya adalah amalan pedagogi kasih sayang diamalkan oleh guru dalam pengajaran dan pemudahcaraan dengan prestasi penglibatan murid yang baik.

(8)

Jelaslah bahawa pendidikan yang menggunakan pendekatan kasih sayang merupakan kaedah pendidikan terbaik kerana sistem hubungan ini merupakan fitrah dan serasi dengan jiwa manusia. Perasaan kasih sayang terhadap anak didik khususnya dalam dunia pengajaran dan pendidikan adalah suatu keperluan kerana kasih sayang merupakan alat atau medium yang dapat memperbaiki tingkah laku akhlak dan mengharmonikan hubungan sesama manusia. Menurut Muhd Nasruddin Dasuki (2015), Rasullulah saw telah memperkenalkan empat peringkat pendidikan yang memberi penekanan terhadap elemen kasih sayang yang sepenuhnya terhadap kanak – kanak sejak dari lahir hinggalah mereka berumur 6 tahun. Kita perlu mencontohi keperibadian Rasullullah dalam mendidik sebagaimana yang telah disebutkan oleh Anas bin Malik r.a. bermaksud, “Aku tidak pernah melihat seorang pun yang paling berkasih-sayang dalam memenuhi segala keperluan keluarganya daripada Rasulullah.” (HR. Muslim). Berdasarkan hadith ini jelas menunjukkan bahawa Rasullullah merupakan seorang yang penyayang di mana ini dibuktikan bahawa baginda suka memanggil kanak-kanak dengan nama-nama yang baik yang mana mereka suka mendengarnya. Baginda juga memberikan kepada mereka nama-nama gelaran yang manis dan selalu bergurau dengan tujuan berkasih sayang.

Oleh yang demikian, pedagogi kasih sayang ini adalah satu seni mengajar yang perlu diaplikasikan oleh guru dengan bijak baik dari segi aktiviti, pergaulan mahupun percakapan terhadap murid – murid. Guru – guru perlu bijak dalam berkata – kata dengan mengelakkan penggunaan perkataan kesat dan kasar kepada anak murid. Dalam buku karangan Abdulah Zhidi menyatakan menurut Kolhberg pada peringkat umur murid sekolah rendah ini, mereka mahu dihormati dan dihargai serta diterima semua. Oleh itu, kita sebagai guru jangan lunturkan keinginan dan semangat mereka untuk belajar dengan mengherdik dan menghina mereka kerana hal tersebut akan membantutkan semangat mereka untuk belajar. Sebaliknya, gunakanlah dan sebarkanlah kasih sayang seperti yang diajarkan Rasulullah dalam mendidik.

CADANGAN DAN KESIMPULAN

Berdasarkan kajian yang dilakukan, pengkaji berpendapat perlunya kajian yang lebih mendalam dan lanjut tentang pedagogi kasih sayang ini dengan mengaitkan tentang teknik pendidikan cara Rasullullah, teknik pendidikan Al-Ghazali mahupun dengan mengaitkan kajian mengikut teori kemanusiaan. Selain itu, pengkaji juga menyarankan agar adanya kajian yang lebih khusus tentang amalan pedagogi kasih sayang dalam kalangan guru yang mengajar murid berkeperluan khas, boleh juga membuat kajian lanjut bagi melihat perbezaan guru yang mengajar kelas aliran perdana dan kelas pendidikan khas dan hubungannya dengan pembentukan kasih sayang dan amalannya dalam kalangan murid.

Kesimpulannya, kasih sayang amat penting kerana ianya membentuk ketaatan dan kebersamaan seperti yang disabdakan olah Nabi Muhammad saw, “Seseorang akan dikumpulkan bersama orang yang dicintainya.” Ini mengukuhkan bahawa kasih sayang akan mewujudkan ketaatan lalu hadirnya suatu ikatan kebersamaan. Kasih sayang seorang guru tertanam dalam sanubari para pelajarnya maka mereka akan menjadi penurut dan pengikut gurunya. Kasih sayang guru ini akan membuatkan para pelajarnya tidak mudah mengabaikan tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan kepada mereka. Begitulah pentingnya peranan kasih sayang dalam membentuk jiwa dan akhlak para pelajar. Keteguhan dan keutuhan pendiriannya bergantung sejauh mana kasih sayang yang diterimanya selama masa dididik.

(9)

RUJUKAN

Ahmad Firdaus Mohd Noor, Kamarul Azmi Jasmi & Khairunnisa A Shukor. 2016.

Pembinaan hubungan antara guru dengan pelajar. Technical and Social Science

Journal (TSSJ), 5 (1). pp. 138-148. http://eprints.utm.my/id/eprint/55385/ [12 Mei 2019].

Dewan Rakyat Malaysia. 2017. Perbahasan Pelan Tindakan Kementerian Pendidikan

Malaysia Terhadap Sekolah Bermasalah di Parlimen Lembah Pantai. Penyata

Rasmi Dewan Rakyat. Parlimen Ketiga Belas Penggal Kelima

Ghazali Darusalam & Sufean Hussin (2016). Metodologi Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya.

Ismail Abbas. 2007. Peranan guru membina murid menghadapi wawasan 2020. Jurnal

Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Islam, Selangor, Jilid 10

Mohd Fathi Adnan, Rohana Hamzah & Amirmudin Udin. 2010. Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan dalam pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia. Edupress. http://eprints.utm.my/id/eprint/14917/ [12 Mei 2019].

Mohd Sahandri Gani Hamzah, Ramli Basri & Shaffe Mohd Daud. 2010. Karakter Guru Ilmu Diagung Guru Disanjung. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Rafizah Abdul Razak & Siti Zarina Syed Nordin.2013. Projek pembangunan perisian multimedia: strategi pengajaran yang membentuk keperibadian guru pelatih. Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia Pasifik (JUKU). Januari 2013, bil 1, Isu 1. Sohaimi Abd. Aziz. 2004. Pendidikan EQ Mampu Atasi Masalah Disiplin. Utusan

Malaysia. 13 April 2004.

Tafsir Ahmad. 2004. Ilmu Pendidikan dalam Persepektif Islam. Bandung: Remaja

Rosda Karya.

Tim Loreman. 2011. Love as Pedagogy. Concordia University College of Alberta,

Edmonton, Canada: Sense Publisher

Wentzel, K. R. 2009. Students’ Relationships with Teachers as Motivational Contexts (pp. 301-322). Handbook of Motivation at School.

Referensi

Dokumen terkait

Muhibbin mengandung kritik yang membahas mengenai masalah pendidikan, masalah kejahatan, masalah generasi muda pada masyarakat modern, masalah peperangan, masalah

Makanan yang paling banyak dikonsumsi oleh ikan sepat siam baik yang berukuran kecil maupun besar adalah mikroalga dari Kelas Bacillariophyceae berjenis Diatoma, Melosira, dan

pri čemer pomenijo: LCC - skupna sedanja vrednost stroškov življenjskega cikla posamezne alternative I - sedanja vrednost osnovnih investicijskih stroškov 21 Repl - sedanja

Fungsi Save, adalah fungsi yang digunakan untuk menyimpan citra hasil deteksi tepi, atau dapat juga digunakan untuk menyimpan citra yang telah diolah dengan beberapa jenis operasi

Pertama, dari segi semantis, baik pada diatesis pasif bahasa Jepang maupun bahasa Indonesia, pendamping inti yang berperan penanggap adalah yang mengalami suatu peristiwa

Berdasarkan hasil pengamatan yang telah dilakukan, aktivitas guru pada penerapan model Siklus Belajar ( Learning Cycle ) ini, menunjukkan adanya peningkatan aktivitas

Dalam kesempatan ini juga, dengan menghayati bahwa kehidupan dan pertumbuhan jemaat di GKI Kemang Pratama adalah tanggung jawab kita bersama, marilah dalam rasa syukur

638/BPBD/2016 tanggal 26 Agustus 2016 tentang Perpanjangan Penetapan Status Siaga Darurat Penanggulangan Bencana Asap Akibat Kebakaran Hutan dan Lahan di Provinsi