• Tidak ada hasil yang ditemukan

International Conference on Global Education VII Humanising Technology For IR. 4.0

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "International Conference on Global Education VII Humanising Technology For IR. 4.0"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

INTERAKSI SOSIAL DAN PENGLIBATAN KANAK-KANAK MELALUI AKTIVITI SENI DI PRASEKOLAH

Niza Wahida Binti Wahishad Kamariah Binti Abu Bakar

nizawahida13@gmail.com

Fakulti Pendidikan

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 43600 Bangi, Selangor, Malaysia

ABSTRACT

The development of interaction of social and emotional skills is the ability of children to communicate in giving emotional reactions to a situation highlighted by the child through behaviour. Good social development is very important in the life of a child as it is the root of academic excellence. In the early stages of childhood, the development of social interaction greatly influenced academic success and well-being. In the early days of childhood, their development can be seen from the aspect of association when it comes to peer-to-peers and the way they interact with and the behaviours that are being highlighted. In the social life of children, besides playing, performing arts activities is one of the active activities that can be done to help shape the development and social skills of children. Implementation of this study is to see how far the level of social interaction of preschool children can grow through the art activities held in preschool.

In view of this, the art education affects all areas of development of Children learning how to express their ideas and convert the concepts they are learning into the art of their development. By participating in various art activities such as painting, singing and dancing, it's easy for kids to express themselves, build communication skills and problem solving, develop their social skills, respect for themselves and improve their personal qualities. The development of children's social skills will be measured in terms of recognizing self-emotions, managing emotions, motivating oneself, recognizing other people's emotions and establishing social relationships. This study is a case study and data collected using a recording of child behaviour observations, and document analysis.

Key words: Development of social skills, pre-schoolers and art activities. 1.0 PENGENALAN

Pendedahan awal bidang Pendidikan Prasekolah amatlah penting bagi setiap individu terutamanya kanak-kanak ketika memasuki dunia awal persekolahan. Ia merupakan pengalaman awal yang sangat bermakna bagi mereka ketika baru hendak mengenal pensel dan buku. Kesan daripada pengalaman pembelajaran dan persekolahan yang berimpak baik, bermakna dan menyeronokkan dapat melahirkan insan yang mempunyai nilai estetika diri yang baik, berkemahiran dan mempunyai keyakinan diri dapat mengukuhkan lagi semangat untuk meneruskan pembelajaran. Kandungan yang dipelajari di peringkat prasekolah pada asasnya merupakan pengetahuan dan kemahiran asas yang diperlukan murid sebagai persediaan untuk mengikuti pendidikan di peringkat sekolah rendah kelak. (Dokumen Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, 2017)

(2)

Fokus utama kurikulum prasekolah adalah untuk melahirkan murid yang mempunyai kebolehan berinteraksi serta berkomunikasi dan bersosial dengan yakin. Tambahan pula, Kementerian Pelajaran Malaysia (2012) dalam KSPK telah menekankan beberapa aspek perkembangan awal yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak iaitu perkembangan sosial, emosi, kerohanian fizikal, kognitif, sahsiah, sebagai satu persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan awal kemahiran 4M (Membaca, mengira, menulis, menaakul). Pelbagai jenis pendekatan pengajaran dan pembelajaran

yang turut menekankan beberapa kaedah seperti Hands-onLearning, Pembelajaran

Melalui Bermain, Pembelajaran Secara Konstruktivisme, Inkuiri Penemuan dan Pembelajaran Masteri. Pendekatan serta kaedah yang diaplikasikan hendaklah memberi peluang pembelajaran yang tiada batas dan sempadan serta tidak hanya terhad kepada murid yang cemerlang semata-mata malah murid yang kurang bernasib baik dalam pembelajaran. Justeru itu, pendidikan awal prasekolah yang telah diwujudkan bukan sahaja bertujuan untuk mendedahkan murid dalam menguasai pelbagai asas kemahiran dan sebagai persediaan ke tahun satu malah diwujudkan untuk menghasilkan kanak-kanak yang boleh menguasai pelbagai kemahiran intrapersonal dan interpersonal. Selain itu, kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan ini telah meletakkan hasrat yang tinggi agar murid mampu menangani cabaran, menyelesaikan masalah, berkeinginan untuk belajar dan bersedia untuk pembelajaran seterusnya.

Melihat senario yang kerap kali terjadi kini dalam negara kita dalam kalangan ibu bapa dan masyarakat umumnya yang lebih mengutamakan pencapaian anak dari

segi IQ (Intellectual Quotient) sangat jelas ketara jika dibandingkan dengan masyarakat

luar negara. Pada hakikatnya, Pencapaian dari segi EQ(Emotional Quotient) kurang

dititikberatkan kerana masyarakat menganggap pengajaran seseorang individu hanya terletak pada kecerdasan akademik semata-mata daripada dipengaruhi oleh kematangan emosi dan sosial. Pendekatan formal yang diamalkan dalam gaya pengajaran dan pembelajaran prasekolah yang mengutamakan konsep penguasaan 3M iaitu kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira. Keadaan sedemikian terjadi berikutan permintaan ibu bapa yang menginginkan anak masing-masing menguasai kemahiran 3M tersebut. Selain itu, faktor kurangnya pemahaman konsep perkembangan awal kanak-kanak dan faedah penglibatan seni juga menjadi penyebab utama sistem pendidikan prasekolah belum mencapai objektif yang sebenar walaupun sebahagian besar tujuan pendidikan prasekolah adalah menghasilkan kanak-kanak yang mampu menguasai aspek JERIS terutamanya dari segi kemahiran sosial.

2.0 TINJAUAN LITERATUR

Perkembangan Sosial

Perkembangan sosial yang merujuk kepada perkembangan kemahiran interaksi sosial dan kematangan emosi yang di perlukan adalah untuk menjalin perhubungan yang berkait dengan orang lain atau pun masyarakat lain. Proses memperkembangkan nilai empati serta memahami keperluan orang lain juga turut termasuk dalam perkembangan sosial. Dalam mempergiatkan lagi usaha bagi meningkatkan perkembangan sosial, kanak-kanak perlu berinteraksi secara aktif dengan rakan sebaya dan juga pergaulan ketika bersama orang dewasa mereka dalam cara yang diterima secara sosial. Membangunkan kemahiran sosial yang baik adalah perlu bagi mereka yang akhirnya membentuk hubungan yang sihat dan dimuatkan ke dalam pelbagai senario sosial yang selesa.

Menurut Syamsul Yusuf (2007) dalam buku Perkembangan Kanak-kanak turut menyatakan perkembangan sosial merupakan kayu ukur pencapaian kematangan dalam

(3)

hubungan sosial. Hal ini bermaksud, kanak-kanak akan cepat matang, mempunyai yakin diri yang tinggi, cepat belajar jika mereka banyak terlibat dalam hubungan sosial dengan orang sekeliling sama ada ibu bapa, guru, rakan dan masyarakat. Hubungan sosial adalah hubungan antara individu dengan individu yang lain dan saling mempengaruhi. Kanak-kanak berinteraksi atau bekerja dalam kumpulan adalah contoh hubungan sosial yang terjadi dalam kanak-kanak.

Interaksi Sosial

Interaksi sosial yang terjadi adalah hubungan antara individu lain dengan individu

lainnya. Seorang individu lain yang dapat mempengaruhi yang lain begitu jua dengan keadaan di sebaliknya. Interaksi dan komunikasi yang terjadi telah dipengaruhi oleh banyak sebab termasuklah faktor manusia lain yang ada di sekitar yang memiliki juga perilaku spesifik. Di dalam jaringan perhubungan interaksi sosial yang terjadi berkemungkinan seseorang individu itu akan dapat menyesuaikan diri dengan orang lain atau sebaliknya. Pengertian penyesuaian di dalam konteks ini membawa maksud luas iaitu bahawa seorang individu itu akan dapat menceburkan diri dengan keadaan di persekitarannya atau sebaliknya. Seseorang individu itu akan dapat mengubah sesuatu lingkungan yang terjadi sesuai dengan keadaan dalam diri individu, sesuai dengan apa yang diperlukan dengan keperluan individu yang berkaitan.

Dalam erti kata lain, interaksi sosial turut membawa maksud hubungan sosial yang dinamik. Hubungan sosial yang dimaksudkan hubungan antara individu dengan individu lain, antara satu kelompok dengan kelompok yang lain mahupun antara kelompok dengan individu. Simbol yang terdapat dalam sesuatu interaksi turut

membawa maksud sebagai sesuatu yang bernilai atau bermakna. Menurut Maryati dan

Suryawati (2012) turut menyatakan bahawa “Interaksi sosial adalah hubungan timbal balik atau interstimulasidan respons antara individu, antara kelompok atau antara individu dan kelompok”.

KAJIAN LEPAS

Kajian Lepas Berkaitan dengan Interaksi Sosial

Kajian kes yang dilakukan oleh Maher&Alston (1990) dalam Buku Perkembangan

Kanak-kanak (2011) telah membahaskan dan mengutarakan mengenai kepentingan

interaksi sosial dengan menjelaskan bahawa persekitaran baru amatlah diperlukan bagi memberi peluang baru dalam membina struktur kemahiran interaksi sosial yang lebih kukuh. Mereka juga turut mengatakan bahawa situasi sedemikian membolehkan para guru dan pelajar memperluaskan jaringan pengetahuan mereka malah peluang untuk berinteraksi dengan ramai orang ketika dalam proses perundingan sosial serta kefahaman mengenai interaksi sosial yang diperolehi dari pengalaman lepas bagi tujuan

perkembangan secara berterusan. Meneliti kajian yang berkaitan dengan kajian yang

dilakukan oleh Kocer (2012) yang bertajuk “The Evaluation Of Art Activities Applied In Preschool Education Programmes In Terms Of Self-Expression Opportunity Given To Child”mendapati bahawa pendidik dalam kumpulan kajian iaitu yang terdiri daripada 10

orang guru perempuan yang mempunyai pengalaman luas dalam Pendidikan Awal

Kanak-kanak lebih menumpukan terhadap perkembangan motor halus kanak-kanak dan

tidak memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk melahirkan kreativiti mereka

secara terbuka telah mengehadkan mereka untuk menzahirkan keupayaan bersosialisasi dan tidak tahu bagaimana untuk mengekspresikan emosi mereka sehingga menimbulkan tingkah laku yang negatif.

(4)

Kajian Lepas Berkaitan Dengan Pendidikan Seni

Berdasarkan artikel yang ditulis oleh Altinkaynaka, Aydos dan Arman (2012) yang

bertajuk “The Views Of Teachers And Managers About Art, Music And Drama

Activities Carried Out By In-Field-Teachers In Early Childhood Education Institutions” yang menyatakan bahawa pendidik biasa dan pendidik dalam bidang awal kanak-kanak mempunyai pendekatan yang berbeza iaitu masing-masing mempunyai pendekatan positif dan negatif dalam mengajar Pendidikan Seni yang merangkumi muzik, seni dan drama yang turut mempengaruhi kemahiran sosial dan tingkah laku kepada kanak-kanak.

Kajian dan artikel yang telah ditulis oleh Arslan (2013) dalam 5th World

Conference on Education Sciences– WCES 2013 bertajuk “A Study Into The Effects Of Art Education On Children At The Socialisation Process” mendapati bahawa kanak-kanak ini akan dipengaruhi oleh persekitaran yang terdapat di sekelilingnya, termasuklah persekitaran masyarakat sekeliling, pendidik dan keluarga kanak-kanak sendiri. Sekiranya seorang kanak-kanak mempunyai pengalaman yang luas serta semakin mendalam pengetahuan seseorang kanak-kanak terhadap sesuatu bidang, semakin banyak idea baru yang boleh dihasilkannya. Oleh itu, pengkaji amatlah menyarankan serta memainkan peranan besar dalam kalangan pendidik bagi mencungkil bakat seni yang terdapat dalam diri kanak-kanak serta memperluaskan lagi pendedahan mereka terhadap perkara yang mereka minati agar kanak-kanak boleh berkembang mengikut bakat yang ada dalam diri masing-masing secara semula jadi tanpa ada sebarang paksaan mahupun sekatan. Seperti kajian yang ditulis oleh Brown

dan Kacey (2012) yang bertajuk “Arts Enrichment and Preschool Emotions For

Low-Income Children At Risk” mendapati bahawa implikasi daripada penggayaan seni akan membantu kanak-kanak yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah kepada kesediaan sosioemosi kanak-kanak untuk belajar.

Berdasarkan huraian daripada beberapa artikel berkaitan aktiviti seni dalam

Pendidikan Awal Kanak-kanak dalam Science Direct Journalsbermula 2010 sehingga

2016 bagi “Procedia-Social and Behavioral Sciences, The Arts in Psychotherapy dan

Childhood Research Quarterly”secara keseluruhannya mendapati bahawa aktiviti seni adalah perlu diberi perhatian dalam pelaksanaan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Menerusi aktiviti seni, perkembangan dalam diri seseorang kanak-kanak dapat dipertingkatkan khususnya perkembangan fizikal dan psikomotor halus kanak-kanak, kreativiti, emosi, sosial, kognitif dan juga perkembangan bahasa mereka. Kajian Brown e tal. (2010) menunjukkan bahawa melalui aktiviti seni, kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran kognitif, sosioemosi dan sosial mereka. Selain itu, melalui seni juga kanak-kanak belajar untuk meluahkan emosi dan perasaan mereka yang seterusnya secara tidak langsung menjadi terapi pada diri mereka. Brown e tal (2010) menunjukkan kanak-kanak berisiko dapat memajukan diri mereka melalui aktiviti seni yang bertindak sebagai terapi untuk meluahkan emosi dalam keadaan tertekan. Peranan pendidik, pengurus dan pelaksana program Pendidikan Awal Kanak-kanak yang sememangnya perlu diberi keutamaan dalam membantu meningkatkan perkembangan kanak-kanak secara holistik. Kajian oleh Altinkaynaka, Aydos dan Arman (2012) mendapati bahawa pendidik haruslah memberikan peluang dan kebebasan kepada kanak-kanak untuk meneroka tentang seni, di samping bertindak sebagai pencungkil bakat kanak-kanak.

Kajian kes yang turut dijalankan oleh Jamilah dan Salimah (2005) yang bertajuk dengan peranan dan pengaruh aktiviti melukis dalam meningkatkan keyakinan diri berkomunikasi sosial secara berkesan di kalangan kanak-kanak prasekolah, telah pun

(5)

dilaksanakan ke atas 5 orang kanak-kanak berumur 5 tahun yang dipilih secara rambang di sebuah sekolah Tadika Methodist yang terletak di Tanjong Malim, Perak dari pelbagai latar belakang. Kajian yang dilaksanakan selama 6 minggu berpaksikan objektif kajian bagi melihat sejauh manakan peranan dan pengaruh sesebuah aktiviti melukis itu dapat meningkatkan keyakinan diri seseorang individu dalam berkomunikasi sosial secara berkesan dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Kepentingan kajian ini disedari kepentingannya kerana ianya mampu dalam meningkatkan peningkatan keyakinan diri semasa berkomunikasi sosial secara berkesan telah membantu dalam pembentukan hubungan interpersonal kanak-kanak dengan rakan sebaya dan guru. Hal ini telah sedikit sebanyak mempengaruhi perkembangan sosioemosi seorang kanak-kanak. Keputusan kajian telah menunjukkan bahawa aktiviti melukis berperanan dalam meningkatkan keyakinan diri ketika berkomunikasi dengan orang lain dengan menggunakan teknik-teknik pembelajaran yang bersesuaian.

Berdasarkan artikel-artikel yang diutarakan di atas jelas menunjukkan masih terdapat banyak topik-topik kajian berkaitan dengan seni dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak yang boleh dikaji pada masa hadapan untuk kegunaan kajian dalam kemahiran interaksi sosial yang dikaji. Kajian-kajian terdahulu telah membuktikan bahawa aktiviti seni sangat mempengaruhi perkembangan kognitif, bahasa, sosio emosi dan fizikal kanak-kanak. Dalam tempoh 2010 sehingga 2016 berdasarkan analisis trend Analisis Kandungan Terhadap Aktiviti Seni Bagi Pendidikan Awal Kanak-kanak Dalam Jurnal Terpilih Dari Tahun 2010 Sehingga 2016 hasil kajian Idayu binti Abdul Said, Mohd Nazri Abdul Rahman dan Mariani Mohd Nor telah menyatakan bahawa kajian yang dijalankan lebih kepada keupayaan aktiviti seni dapat membantu meningkatkan perkembangan kanak-kanak berisiko dan bermasalah pembelajaran. Hal ini amat bertepatan untuk melakukan penambahbaikan terhadap kajian lepas dengan menggunakan atau mengaplikasikan aktiviti seni di prasekolah.

Berdasarkan hasil tinjauan lepas, jelaslah bahawa kajian-kajian yang dijalankan sebelum ini berkisar tentang bahan rangsangan yang digunakan oleh guru dalam memastikan perkembangan potensi kanak-kanak sama ada dalam aspek psikomotor kognitif dan afektif. Kanak-kanak pada era kini telah banyak terdedah dengan teknologi yang semakin canggih. Kanak-kanak pada zaman sekarang bukan seperti kanak-kanak pada zaman dahulu yang hanya bermain dengan alat permainan yang ada di rumah dan di sekolah. Zaman sekarang pemikiran kanak-kanak juga lebih terbuka jika hendak dibandingkan dengan kanak-kanak pada era 90-an. Pada zaman era konvergens kini kanak-kanak telah didedahkan dengan gadget yang terkini seperti telefon bimbit, tablet dan komputer riba sebagainya. Lantaran dari itu, kanak-kanak semakin kurang bergaul dan berinteraksi dengan kanak-kanak lain. Sebagai ibu bapa dan guru, kita hendaklah kreatif dan bijak dalam merancang banyak aktiviti bagi menggalakkan komunikasi dalam kalangan kanak-kanak supaya perkembangan sosial mereka dapat berkembang dengan baik.

Tambahan pula, persekitaran dan gaya hidup telah mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak ini. Kadang-kala kanak-kanak ini lebih mudah menunjukkan reaksi tingkah laku yang aktif dan terdapat juga kanak-kanak yang pasif. Sebilangan dari kanak-kanak ini jelas kurang mahu berinteraksi dengan orang sekeliling. Hal ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor yang telah mempengaruhi perkembangan sosial mereka, namun begitu terdapat langkah-langkah yang boleh digunakan dalam menangani masalah kanak-kanak yang kurang berinteraksi supaya masalah itu tidak memberi kesan kepada perkembangan sosial kanak-kanak.

(6)

Kepentingan Seni Dalam Pengajaran Pendidikan Prasekolah

Terdapat banyak contoh untuk aktiviti seni yang boleh dilaksanakan di prasekolah. Antara beberapa contoh seni antaranya ialah drama, menyanyi, berlakon dan bercerita. Drama yang diguna pakai adalah salah satu aktiviti di prasekolah kerana ianya boleh membina konsep yang positif kepada kanak-kanak serta memberikan pengalaman baru kepada mereka seperti yang terdapat jawapan yang betul atau salah seperti kata McCaslin (2000) dalam Buku Perkembangan Pendidikan Seni Kanak-kanak.

Sebagaimana yang diketahui umum sesebuah drama itu dapat menilai dan menghormati identiti tersendiri serta orang lain yang berhampiran dengan kanak-kanak tersebut serta ekspresi kreatif mereka. Sehubungan dengan itu, drama kreatif juga telah menawarkan pembelajaran secara bekerjasama dan berpasukan melalui perkongsian pengalaman menurut Heller (1996) dalam Buku Perkembangan Pendidikan Seni Kanak-kanak. Verrior (1994) dalam Buku Perkembangan Pendidikan Seni Kanak-kanak turut menyatakan drama bukan sahaja membolehkan kanak-kanak menghasilkan situasi atau keadaan yang bermakna. Selari dengan penemuan mengenai fungsi drama sebagai salah satu aktiviti seni yang telah banyak meninggalkan kesan positif, input aktiviti ini di dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) di bawah Tunjang Kreativiti dan Estetika telah menunjukkan seni bukan sesuatu yang tidak penting. Tujuan sesebuah drama itu bukan sahaja wujud untuk tujuan komersial malah untuk sesi pembelajaran dan pengajaran. aktiviti sebegini yang banyak memerlukan penglibatan aktif sehingga boleh dinyatakan idea serta ekspresi diri serta berupaya untuk menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor di samping memupuk nilai estetika ke dalam diri setiap kanak-kanak. Selain dari drama, terdapat aktiviti seni seperti berlakon merupakan salah satu lagi contoh aktiviti bermain yang lazim dipraktikkan oleh guru di prasekolah. Sebagai contoh, semasa kanak-kanak berlakon dan berimaginasi bermain masak-masak seperti situasi yang sebenar dan dalam situasi sebegini, mengikut Wilhelm dan Edminston (1998) dalam Buku Perkembangan Pendidikan Seni Kanak-kanak akan sekali gus memperkembangkan kemahiran interaksi dalam diri kanak-kanak ini.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk melihat bagaimana tahap perkembangan interaksi sosial kanak-kanak semasa terlibat dalam aktiviti seni yang dijalankan. Secara lebih khusus kajian ini mempunyai dua objektif utama. Objektif pertama adalah untuk mengenal pasti kemahiran interaksi sosial kanak-kanak sebelum terlibat dalam aktiviti seni. Bagi objektif kedua pula adalah untuk mengenal pasti kemahiran interaksi sosial kanak-kanak selepas terlibat dalam aktiviti seni. Objektif ketiga adalah untuk melihat aktiviti seni yang mampu menarik minat murid semasa aktiviti dijalankan.

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Pengkaji telah memilih untuk menggunakan penyelidikan kajian kaedah campuran reka bentuk eksploratori iaitu kaedah awal pendekatan yang dilaksanakan menerusi kaedah kualitatif sebagai keutamaan atau domain yang dilakukan bersama dengan pendekatan kaedah kuantitatif sebagai minor bagi tujuan menganalisis dan menginterpretasi setiap hasil dapatan data yang telah di kumpul atau dicatat. Kajian kualitatif yang lebih bersifat deskriptif digunakan dalam melaksanakan penggunaan kaedah soal selidik, temu bual dan rakaman pencerapan daripada responden yang terlibat. Kaedah kualitatif amatlah bersesuaian dilaksanakan dan digunakan dalam kajian ini kerana ia bermatlamat untuk menerangkan sesuatu permasalahan yang berlaku dengan lebih terperinci disusuli

(7)

dengan penggunaan kaedah kuantitatif yang merupakan suatu teknik atau cara bagi pengumpulan awal data kuantitatif secara lebih berstruktur. Temu bual dilakukan untuk mengetahui persepsi responden terhadap topik kajian yang dilaksanakan. Pencerapan yang dilaksanakan adalah amat penting untuk meninjau suasana fenomena yang berlaku dalam sekelompok populasi, khususnya populasi kanak-kanak. Dengan kata lain, pencerapan yang dilaksanakan adalah untuk meninjau bagaimana keberkesanan aplikasi aktiviti seni dalam meningkatkan perkembangan interaksi sosial kanak-kanak prasekolah.

5.0 DAPATAN KAJIAN

Menerusi hasil dapatan yang diperolehi oleh pengkaji menerusi kaedah reka bentuk eksploratori adalah memastikan segala bentuk maklumat dan dapatan pemerhatian dapat yang di kumpul serta diperolehi di kumpul dan di rekod secara lebih bersistematik. Segala data yang diperolehi daripada soal selidik yang telah dijawab oleh guru, ibu bapa dan penjaga berdasarkan pemerhatian daripada tingkah laku responden yakni murid-murid prasekolah yang berumur 5 dan 6 tahun di sebuah kelas prasekolah akan dianalisis dan dibincangkan melalui kaedah kualitatif dan kuantitatif bagi tujuan persembahan dapatan data yang diperoleh sebelum dan selepas tinjauan dilaksanakan. Hasil pemerhatian yang telah pun dilaksanakan sepanjang tiga bulan aktiviti seni ini dijalankan telah mendapati bahawa terdapat peningkatan interaksi sosial dalam kalangan responden. Sebanyak 80% keputusan responden dalam menyertai aktiviti seperti melukis, menyanyi dan menari dilaksanakan telah menunjukkan impak yang positif dan aktiviti seni seperti ini berjaya diterima baik oleh ke semua responden memandangkan aktiviti seperti ini amat menghiburkan bagi mereka. Berdasarkan rakaman pemerhatian yang telah dilakukan pengkaji terhadap responden telah menunjukkan bahawa kemahiran interaksi sosial mereka adalah berada pada tahap yang lemah, di mana ke semua responden kelihatan tidak mesra dan mempunyai rasa malu-malu untuk berhadapan dalam khalayak umum.

Data yang diperolehi diproses dan dianalisis telah ditunjukkan menerusi bentuk jadual bagi memudahkan para pembaca membuat pentafsiran. Dapatan kajian telah dilaksanakan dengan menggunakan kaedah berbentuk rakaman, gambar, temu bual dan hasil kerja. Penerangan dan perbincangan disertakan dengan catatan yang ringkas dalam setiap jadual yang dilampirkan akan adalah untuk menambahkan pemahaman setiap para pembaca yang membaca kajian ini. Hasil analisis daripada dapatan data kajian kualitatif mengenai pemerhatian berdasarkan tingkah laku ke semua responden dilakukan telah menunjukkan terdapat perbezaan tingkah laku dan kemahiran interaksi sosial yang ketara ketika berinteraksi sesama mereka (dalam kalangan responden) mahu pun ketika dengan pengkaji atau guru mereka.Analisis paparan data kuantitatif yang berteraskan data mentah yang telah diperolehi dari responden terdiri daripada 10 orang murid yang mempunyai masalah dalam berinteraksi secara sosial dan telah mengaplikasikan kaedah rawatan melalui aktiviti seni. Kumpulan rawatan ini menggunakan kaedah aktiviti seni seperti yang lebih berfokus kepada melukis dan menyanyi sambil membuat pergerakan. Empat kaedah digunakan untuk mencari permasalahan yang menyebabkan kemahiran interaksi sosial mereka terganggu dan tidak berkembang antaranya ialah melalui soal selidik, temu bual, pemerhatian, ujian pra dan ujian pos.

Semasa proses mentafsir dan menganalisis perolehan ke semua data menerusi kaedah kajian campuran ini, ke semua data kualitatif dan kuantitatif menerusi kaedah kualitatif dan kuantitatif hendaklah dianalisis dan di tafsir secara berasingan.

(8)

Kebiasaannya, semasa proses analisis ini dijalankan bukan hanya akan tertumpu kepada semua persoalan kajian semata-mata malah menerusi langkah dan kepelbagaian teknik yang berbeza yang telah ditetapkan oleh pengkaji sendiri. Ciri-ciri perkembangan kemahiran sosial kanak-kanak ini akan diukur dari aspek mengenali emosi kendiri, mengurus emosi, memotivasi diri, mengenali emosi orang lain dan menjalin hubungan sosial sebelum pengkaji dapat menentukan tahap perkembangan sosial mereka dapat diperkembangkan melalui aktiviti seni yang bersesuaian. Pada pemerhatian sebelum kaedah aktiviti ini dilaksanakan dilihat responden ternyata agak kekok memandangkan tiada keyakinan diri ketika berhadapan dengan orang yang baru pertama kali dijumpai mereka. Hasil pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji terhadap responden yang mempunyai masalah kemahiran interaksi sosial yang mana keputusan ini di ambil sebelum aktiviti seni yang dijadikan sebagai rawatan intervensi diaplikasikan kepada mereka. Jelas menunjukkan terdapat responden yang mempunyai masalah yang ketara dalam perkembangan kemahiran interaksi sosial mereka. Hasil keputusan pemerhatian selepas rawatan intervensi menggunakan aktiviti seni iaitu melukis, menyanyi dan menari telah menunjukkan perbezaan ketara yang jelas boleh dilihat.

Analisis Kemahiran Interaksi Sosial Ujian Pra

Gambar Rajah Graf Peningkatan Perkembangan Kemahiran Interaksi Secara Keseluruhannya

Menerusi hasil dapatan graf di atas telah menunjukkan berlaku kenaikan bar yang ketara dari ujian pra ke ujian pos. Seramai 8 orang responden sahaja yang boleh berkomunikasi dan tidak gabra berhadapan dengan orang ramai ketika Ujian Pra dilaksanakan manakala sebanyak 2 orang menunjukkan kurang reaksi dalam pergaulan. Setelah Ujian Pos dilakukan terdapat peningkatan yang ketara ditunjukkan oleh ke semua responden telah dapat berinteraksi dengan orang walaupun sekadar memberi senyuman kepada rakan lain serta dapat dilihat mereka mula bergaul dan bercakap sesama mereka. Peningkatan drastik dapat dilihat melalui aktiviti melukis dan menyanyi ternyata menunjukkan peringkat perkembangan yang positif.

6.0 PERBINCANGAN

Menerusi keputusan dapatan daripada perlaksanaan kajian yang telah dilaksanakan telah pun menghasilkan ke semua data dalam bentuk kualitatif serta kuantitatif bagi kajian ini dapat membantu guru dalam membuat rumusan. Dengan

0 1 2 3 4 5 R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8 R9 R10

PENINGKATAN KESELURUHAN KEMAHIRAN INTERAKSI SELEPAS INTERAKSI SOSIAL

(9)

penuh pengharapan diharapkan oleh pengkaji melalui dapatan hasil daripada kajian ini akan memberi idea dan jalan yang lebih kreatif khususnya bagi membantu para guru, ibu bapa dan penjaga serta masyarakat dalam mendidik kanak-kanak dalam memperkembangkan kemahiran interaksi sosial kanak-kanak. Secara keseluruhannya, pengkaji mendapati dan menegaskan sekali lagi bahawa tindakan yang dijalankan dalam kajian ini telah berjaya memperkembangkan kemahiran interaksi sosial melalui aktiviti seni kanak-kanak prasekolah. Pemerhatian yang dijalankan untuk dirakamkan menerusi nota lapangan, rakaman video dan gambar serta senarai semak berjaya dicapai oleh pengkaji untuk memperkembangkan kemahiran interaksi sosial bertepatan dan bersesuaian objektif kajian yang telah dikemukakan. Pemilihan fokus kajian bersesuaian kerana ke semua responden berada di dalam prasekolah tersebut mempunyai masalah yang berkaitan kemahiran interaksi sosial seperti kemahiran bergaul bersama rakan, mempunyai keyakinan diri berhadapan dengan orang ramai dan berkomunikasi dengan baik. Hal ini meyakinkan lagi andaian bahawa aktiviti seni seperti melukis, menyanyi dan menari mampu memperkembangkan kemahiran interaksi sosial kanak-kanak yang mempunyai masalah ketika berinteraksi sosial bersama rakan dan orang ramai. Teknik seperti ini telah dilihat berjaya untuk menarik minat murid bagi subjek mata pelajaran yang lain seperti Tunjang Bahasa Melayu jika digunakan. Bagaimana pun setelah pemerhatian dijalankan ke atas responden hendaklah dilakukan dalam kajian ke dua bagi meyakinkan lagi 3 orang responden kurang berinteraksi ketika bersama rakan dapat dipertingkatkan lagi kemahiran interaksi mereka agar lebih baik seterusnya dapat memantapkan lagi kemahiran bersosialisasi bukan hanya ketika bersama rakan sekelas sahaja bahkan ketika bersama dalam masyarakat atau komuniti luar.

Pemerhatian yang dijalankan oleh pengkaji terhadap aktiviti yang dilaksanakan telah membantu mengukuhkan lagi konsep dan intervensi yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Selain itu juga, pengkaji melaksanakan pemerhatian tersebut adalah bertujuan untuk memastikan setiap aktiviti dan rawatan teknik yang dirancang serta dilaksanakan akan berkesan. Bagi kaedah dapatan dalam kajian pertama ini dilaksanakan iaitu teknik pemerhatian menggunakan aktiviti seni kepada responden tidak dapat dijalankan sepenuhnya memandangkan pada masa itu, pengkaji masih agak samar-samar dan kabur dalam mengenal pasti mengenai kaedah yang boleh digunakan sebagai penilaian terhadap pemerhatian yang dijalankan. Pengkaji turut ragu-ragu dalam memilih aspek apakah yang perlu dilihat sepanjang proses tindakan kajian dilaksanakan. Seterusnya, bagi kajian kitaran ke dua, pengkaji telah membuat pemerhatian ke atas setiap responden melalui aktiviti seni bagi memperkembangkan kemahiran interaksi sosial menerusi catatan perekodan data melalui item yang terdapat dalam senarai semak mahupun rakaman video dan gambar. Hal bertujuan memudahkan lagi pengkaji dalam membuat hasil analisis data secara keseluruhannya yang ternyata lebih berkesan serta pengumpulan bahan bukti kajian yang kukuh dan mencantas segala keraguan pada pembaca. Hasil perolehan data menerusi kajian pos, pemerhatian terhadap perkembangan kemahiran interaksi sosial melalui aktiviti seni dan temu bual hanya terbatas kepada responden sahaja.

Dapatan kajian ini boleh dimanfaatkan jika kanak-kanak lain mempunyai masalah yang sama seperti yang dihadapi oleh responden tersebut. Ke semua data ini kemudiannya disimpulkan dengan kaedah teknik pengumpulan data berbentuk kualitatif dan kuantitatif. Kaedah kajian campuran reka bentuk eksploratori yang amat terkenal di mana ke semua data dan maklumat secara lisan diperakui kesahihannya melalui rakaman gambar dan video sebagaimana yang telah diterjemahkan ke dalam bentuk ayat secara kualitatif. Lampiran paparan graf dan jadual serta purata skor pula

(10)

dipersembahkan menerusi kaedah kuantitatif dalam memudahkan lagi pemahaman pengkaji lain dan pembaca kajian ini di masa hadapan kelak. data kualitatif yang berjaya diperolehi melalui hasil kaedah kualitatif ini telah berjaya dianalisis melalui bahan bukti daripada pengumpulan data kuantitatif menerusi kaedah kuantitatif yang telah diaplikasikan. Berpandukan perolehan data dan bukti yang telah dipaparkan, sasaran utama dalam merealisasikan objektif kajian ini telah berjaya pada sasarannya. Pencapaian ini juga turut dipaparkan dalam Gambar Rajah Graf di atas Perkembangan

Kemahiran Interaksi. Hasil gabungan ke semua perolehan data yang berbentuk kualitatif

dan kuantitatif yang sememangnya berkait rapat dengan satu elemen lain serta elemen yang lain. Hal ini turut menghuraikan keseluruhan dapatan daripada persoalan dalam kajian ini telah pun terjawab dengan dapatan data bukti yang telah dikepilkan bersama dalam penulisan kajian.

Keperluan dalam menyedari betapa pentingnya perkembangan proses kemahiran interaksi sosial kanak-kanak untuk merealisasikan rawatan intervensi yang dilaksanakan adalah berguna dan memberi manfaat semasa dalam menjayakan kajian ini. guru yang memainkan peranan sebagai pemacu malah menjadi pembimbing kepada murid bagi memperkembangkan kemahiran interaksi sosial kanak-kanak melalui penglibatan dalam aktiviti seni seperti melukis, menyanyi dan menari yang dijalankan secara berstruktur selama tiga bulan telah dilakukan pemerhatian oleh pengkaji. Pengkaji telah membina data kualitatif yang disokong oleh instrumen kuantitatif yang berbentuk graf dan purata Mean hasil daripada pemerhatian yang telah pun dilaksanakan. Kesan daripada aktiviti seni terhadap kanak-kanak telah menyerlahkan perkembangan kemahiran interaksi sosial masing-masing. Pengkaji telah berjaya menilai situasi fenomena sebelum, semasa dan selepas kajian sebegini melalui pemerhatian terhadap perlaksanaan aktiviti seni ke atas kanak-kanak ini semasa di dalam kelas.

Implikasi Kajian

Melalui kajian ini, aktiviti yang dilaksanakan telah dapat menarik minat responden semasa kajian ini dilaksanakan. Responden menunjukkan reaksi gembira apabila menyertai aktiviti menyanyi dengan penuh keterujaan dan keadaan ini menjadikan mereka menjadi lebih berani serta lebih berkeyakinan untuk bergaul dan berinteraksi bersama rakan mereka. Elemen muzik yang digunakan telah menarik minat kanak-kanak sehingga mereka begitu aktif dan terlibat memainkan kerana peranan muzik yang berjaya mempengaruhi mood seseorang terutamanya pendengar itu sendiri. Sebagai mana yang diketahui, muzik merupakan sebahagian daripada dunia kanak-kanak untuk berhibur yang sememangnya tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan mereka. Apabila melihat responden lebih memberi respons terhadap lagu mahu pun alunan muzik, sekali gus mereka merasa gembira apabila dapat menzahirkan ekspresi diri setelah mendengar bunyi lagu. Hasil kajian yang diperolehi turut mengesan pelajar atau kanak-kanak yang lembab berubah melalui usaha sama bersama.

Aspek penglibatan responden melakukan gerak kreatif semasa aktiviti nyanyian dijalankan yang merangkumi nada sebutan dan intonasi yang betul bukan sahaja mampu membantu menceriakan murid malah responden dalam masa yang sama turut dapat mempelajari kosa kata baru. diharapkan keputusan kajian ini secara keseluruhannya telah dapat memberikan faedah kepada pihak yang terlibat khususnya yang menceburi dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak ini. Sejajar dengan Teori Behaviour yang dipelopori oleh B.F Skinner telah menyatakan bahawa sesuatu perkara yang dilakukan hendaklah berulang kali dilakukan bagi memastikan agar hasil yang diperolehi adalah betul dan tepat.

(11)

Melalui sesi dapatan hasil kajian dalam pengajaran dan pengalaman mendapati bahawa pencapaian responden dalam sesuatu bidang menegaskan bahawa sesuatu kemahiran itu bergantung kepada gaya pengajaran serta amalan guru dalam menarik minat murid untuk bergaul dan berinteraksi sesama rakan. Perancangan oleh seseorang itu untuk menghasilkan sesuatu perancangan aktiviti atau bahan bantu mengajar yang sesuai hendaklah bersesuaian dengan peringkat umur serta perkembangan kanak-kanak itu sendiri dan yang paling utama aktiviti yang dijalankan hendaklah dapat menarik perhatian mereka untuk bersosial dan berkomunikasi. Harapan kajian ini di masa hadapan hendaklah dapat membantu dalam mengatasi cabaran dan masalah kebolehan bersosial dalam kalangan kanak-kanak tersebut. Selain itu, para guru dan ibu bapa serta masyarakat sekeliling hendaklah berusaha dalam menambah serta memperkayakan ilmu dan pengetahuan mereka bagi menangani isu dan permasalahan yang berkait dengan keupayaan bersosial dan interaksi kanak-kanak.

Kepentingan kajian ini dilihat dapat memberi kesedaran kepada para guru, ibu bapa dan masyarakat khususnya kebolehan penguasaan interaksi sosial kanak-kanak dalam mencapai kemajuan dan peningkatan pendidikan awal mereka selain daripada dapat membantu perkembangan kanak-kanak. Hasil penulisan Shelly. E, LetitiaAnne dan David O. Sears (2013) yang memetik Robert Weiss (1974), komunikasi sosial terjadi melalui perkongsian dengan orang lain telah membuahkan hasil komunikasi sosial dalam kalangan masyarakat. Sehubungan itu, dapatan kajian ini diharapkan dapat sebanyak sedikit memberi sumbangan kepada pihak yang berkepentingan sama ada para guru, ibu bapa, masyarakat ataupun pelajar itu sendiri dalam memahami aspek serta pentingnya komunikasi sosial di dalam kehidupan seharian. Selebihnya, cadangan yang diutarakan akan turut membantu sedikit sebanyak perubahan dan impak positif yang terjadi implikasi dari kajian ini akan dapat memupuk nilai semangat untuk meneruskan lagi kajian seterusnya pada masa akan datang.

7.0 KESIMPULAN

Rumusannya, aktiviti seni seperti melukis, menyanyi dan menari yang boleh dikategorikan sebagai didik hibur telah membantu sedikit sebanyak dalam pengajaran dan pembelajaran di prasekolah lain. Aktiviti seperti ini boleh diperkembangkan lagi dengan memberi pendedahan terhadap para guru dalam menguasai kemahiran dan teknik yang dapat menarik minat murid dalam komponen didik hibur terutamanya aktiviti melukis, menyanyi dan menari. Teknik yang pelbagai serta kaedah oleh guru hendaklah ditingkatkan dan masalah kemahiran interaksi sosial ini seharusnya diberikan fokus dan perhatian yang lebih teliti, dirancang dan dilaksanakan secara tidak terlalu formal dan lebih berbentuk semula jadi. Oleh itu, kepelbagaian corak pengajaran guru hendaklah mengaplikasikan pendekatan, kaedah dan teknik yang bersesuaian dalam menyampaikan pengajaran.

Kebolehan manusia yang kerap kali mereka cipta dan berinovasi menerusi proses yang kreatif dalam membina produk kreatif sejak berdekad lalunya, maka dalam sektor pendidikan juga hendaklah melakukan satu bentuk gaya dan kaedah pengajaran yang lebih berinovatif. Diharapkan pada masa hadapan, teknik dan kaedah seperti ini dilihat, diteliti dan digunakan sebagai satu cara menyelesaikan masalah kemahiran interaksi sosial. Perubahan yang dilakukan , biarkan perubahan tersebut berbentuk positif dan memberikan kemudahan serta faedah kepada individu lain yang ingin mengaplikasikan teknik ini terhadap responden mereka.

(12)

RUJUKAN

Rujukan Gaya UKM

Altinkaynaka, S. O., Aydos, E. H., & Arman, B. (2012). The Views Of Teachers And

Managers About Art, Music and Drama Activities Carried Out By In-Field-Teachers In Early Childhood Education Institutions. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 46, 2040-2045.

Arslan, A. A. (2013). A Study Into The Effects Of Art Education On Children At The

Socialization Process. 5th World Conference on Education Sciences – WCES 2013.

Boon Poon Ying, Noriati A. Rashid, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid danAlamBelajar. (Siri Pendidikan Guru). Oxford FajarSdn. Bhd.

Brown, E. D., &. Sax, K. L. (2013). Arts Enrichment and Preschool Emotions For

Low-Income Children At Risk. Early Childhood Research Quarterly, 28, 337-346. doi: 10.1016/j.ecresq.2012.08.002

Gardner, H. (1999). Intelligence reframed: Multiple intelligences for the 21st century.

New York, NY: Basic Books.

Hardy, W. L. (2011). Arts In Early Childhood Education And The Enhancement Of

Learning. (Unpublished Ed.D thesis, Walden University, Minneapolis).

Idayu Binti Abdul Said, Mohd Nazri Abdul Rahman (Ph.D) &MarianiMd Nor (Ph.D), Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling
Fakulti Pendidikan
Universiti Malaya (Januari, 2017), Analisis Kandungan Terhadap Aktiviti Seni Bagi Pendidikan Awal Kanak-Kanak Dalam Jurnal Terpilih Dari Tahun 2010-2016, Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, Januari 2017, Bil. 5, Isu 1.

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan,. Pendidikan Prasekolah. Dokumen Standard Kurikulm dan Pentaksiran. Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. April 2016. Terbitan 2016.

Kocer, H. (2012). The Evaluation Of Art Activities Applied In Preschool Education

Programmes In Terms Of Self- Expression Opportunity Given To Child.

Procedia-Social and Behavioral Sciences, 51, 289-295.


TanerElteun&ElifBektas (2010). Views Of Regional Boarding School Teachers About

The Use Of ICT In Education. Procedia social and behavioral science, 9, 462-267.

RosinahEdinin, Ph.d.. (2015). Penyelidikan Tindakan : Kaedah dan Penulisan. Pelangi Professional Publishing Sdn. Bhd.

Gambar

Gambar Rajah Graf Peningkatan Perkembangan Kemahiran Interaksi Secara  Keseluruhannya

Referensi

Dokumen terkait

Makanan yang paling banyak dikonsumsi oleh ikan sepat siam baik yang berukuran kecil maupun besar adalah mikroalga dari Kelas Bacillariophyceae berjenis Diatoma, Melosira, dan

pri čemer pomenijo: LCC - skupna sedanja vrednost stroškov življenjskega cikla posamezne alternative I - sedanja vrednost osnovnih investicijskih stroškov 21 Repl - sedanja

Fungsi Save, adalah fungsi yang digunakan untuk menyimpan citra hasil deteksi tepi, atau dapat juga digunakan untuk menyimpan citra yang telah diolah dengan beberapa jenis operasi

Pertama, dari segi semantis, baik pada diatesis pasif bahasa Jepang maupun bahasa Indonesia, pendamping inti yang berperan penanggap adalah yang mengalami suatu peristiwa

Berdasarkan hasil pengamatan yang telah dilakukan, aktivitas guru pada penerapan model Siklus Belajar ( Learning Cycle ) ini, menunjukkan adanya peningkatan aktivitas

Retribusi Terminal adalah pelayanan atas penyediaan tempat parkir untuk kendaraan penumpang bis umum dan mobil barang, tempat kegiatan usaha, fasilitas lainnya di

Dalam kesempatan ini juga, dengan menghayati bahwa kehidupan dan pertumbuhan jemaat di GKI Kemang Pratama adalah tanggung jawab kita bersama, marilah dalam rasa syukur

638/BPBD/2016 tanggal 26 Agustus 2016 tentang Perpanjangan Penetapan Status Siaga Darurat Penanggulangan Bencana Asap Akibat Kebakaran Hutan dan Lahan di Provinsi