• Tidak ada hasil yang ditemukan

International Conference on Global Education VII Humanising Technology For IR 4.0

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "International Conference on Global Education VII Humanising Technology For IR 4.0"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

PENDEKATAN GAMIFIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MANHAJ QIRAAT TERHADAP MURID

TINGKATAN EMPAT Muhammad Aizuddin Ismail

(aizuddin.mitsklang@gmail.com)

Nurul Nadiyah Mohd Kamal

(nadiyah.mitsklang@gmail.com)

ABSTRAK

Manhaj Qiraat merupakan salah satu mata pelajaran utama yang perlu diduduki oleh calon pada peringkat Sijil Menengah Agama Tahfiz Al-Quran (SMATQ) kelolaan Jabatan Agama Islam Selangor yang bermula pada tahun 2013 untuk memantapkan ilmu tentang seni bacaan Al-Quran dalam kalangan pelajar. Namun, kajian lampau mendapati bahawa kaedah pengajaran & pembelajaran Manhaj Qiraat masih menggunakan kaedah tradisional. Justeru, kertas kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan gamifikasi dalam mata pelajaran Manhaj Qiraat dan sejauh mana ia mempengaruhi minat belajar & pencapaian murid. Kajian ini melibatkan 30 orang pelajar Tingkatan Empat di Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (Klang) dengan menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif iaitu kajian lapangan dan data dari keputusan peperiksaan lepas. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan gamifikasi dalam kaedah pengajaran & pembelajaran dapat meningkatkan motivasi belajar serta pencapaian akademik pelajar terhadap mata pelajaran Manhaj Qiraat. Justeru, konsep didik hibur (fun learning) dengan penggunaan aplikasi yang menarik seperti Kahoot!, Quizizz, dan Quizlet amat wajar digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Manhaj Qiraat.

Kata Kunci: Pengajaran dan pembelajaran Manhaj Qiraat, gamifikasi, minat, Maahad

Integrasi Tahfiz Selangor (Klang)

PENDAHULUAN Pengenalan

Secara umum dalam konteks pendidikan Islam Manhaj Qiraat merupakan mata pelajaran yang perlu dipelajari oleh para pelajar, khususnya yang mengikuti aliran tahfiz al-Quran disebabkan ilmu Qiraat merupakan salah satu disiplin ilmu yang ada hubungan dengan Al-Quran dan perlu diberi perhatian sewajarnya.

Bagi melahirkan murid yang berpengetahuan dan mempunyai kemahiran berfikir selari dengan salah satu hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), guru harus kreatif dalam mempelbagaikan pedagogi pengajaran supaya dapat merangsang serta menarik minat murid untuk belajar Manhaj Qiraat. Hal ini kerana topik sejarah kehidupan imam-imam dalam Manhaj Qiraat dikatakan membosankan seperti mata pelajaran Sejarah kerana guru hanya menggunakan kaedah tradisional dengan berceramah dan hanya berbantukan buku teks serta papan hitam (Mohd Mahzan Awang, Abdul Razaq Ahmad & Nur Syazwani Abdul Talib, 2016). Penggunaan elemen gamifikasi ketika sesi pengajaran merupakan salah satu alternatif bagi merungkai permasalahan tersebut. Gamifikasi dapat melatih murid menyelesaikan masalah melalui pendekatan cara berfikir ketika bermain (Siti Norhaida, 2017) sekaligus membantu

(2)

mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih menyeronokkan serta berpusatkan murid.

Kaedah pembelajaran berasaskan permainan (game based learning) serta gamifikasi seperti Kahoot!!, Quizizz dan Quizlet mampu menjadi pemangkin ke arah meningkatkan kefahaman serta pencapaian murid (Muhammad Luqman Ibnul Hakim Mohd Saad, Ahmad Zulfadhli Nokman, Muhammad Saiful Anuar Yusoff, Shahrizal Mahpol & Marahaini Ahamad, 2017) selari dengan pendapat Irma Rasita Gloria Barus, Tatie Soedewo (2018) yang menyatakan penggunaan aplikasi Kahoot!! mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan serta tidak membosankan. Talirkodi A/P Vinathan (2016) dalam kajiannya dan dapatan Che Rogayah (2005) turut menyatakan integrasi ICT dalam pdp mampu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna

Setelah sepuluh tahun, perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran Manhaj Qiraat di Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (Klang) satu kajian perlu dilakukan bagi melihat keberkesanan dalam pelaksanaannya kerana Qiraat memainkan peranan dan sumbangan yang penting dalam pengajian ilmu al-Quran dan memahaminya dari segi sejarah atau keasliannya lebih-lebih kesannya boleh dilihat dari sudut perbezaan hukum syariat Islam. Seiring dengan perkembangan zaman revolusi industri 4.0 serta kemajuan teknologi maklumat, pedagogi pengajaran menuntut kepada sedikit perubahan supaya proses pembelajaran berlaku dengan lebih efisen serta memenuhi elemen-elemen Pembelajaran Abad Ke-21 (Harlina Ishak, Zubaidah Mat Nor & Ainee Ahmad, 2015). Latar Belakang Kajian

Menyedari peri pentingnya menyediakan generasi pelapis dalam bidang tahfiz Al Quran serta melahirkan golongan professional yang mahir dalam bidang Al Quran, Jabatan Agama Islam Selangor telah mengambil keputusan untuk mewujudkan sebuah maahad tahfiz yang diintegrasikan dengan sains dan teknologi. Bersandarkan kepada objektif dan matlamat tersebut, pada 28 Januari 2008, Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Istana Bandar (MITIB) mula beroperasi dengan pengambilan sulungnya seramai 58 orang pelajar terpilih dari seluruh Negeri Selangor berdasarkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan PSRA.

Faktor permintaan yang tinggi terhadap sekolah-sekolah menengah agama sebagai kesinambungan kepada pembelajaran agama di sekolah rendah dan KAFA seterusnya membawa kepada pembukaan Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi (MITS) Klang yang memulakan sesi pembelajaran pada 19 Januari 2009. Maahad ini yang terletak bersebelahan dengan Pusat Sumber Pendidikan JAIS (PSPJ) dan SRA Kampung Jawa di Klang merupakan Maahad kedua selepas Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Istana Bandar di Jugra Kuala Langat. Pembukaan maahad ini amat dinanti-nantikan oleh ibubapa dan penduduk Selangor yang kini semakin gemar memilih institusi tahfiz sebagai pilihan untuk anak-anak mereka.

Konsep pendidikan Holistik yang diamalkan di MITS menawarkan 4 versi kurikulum kepada murid iaitu :

1. Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

2. Kurikulum Dini

3. Kurikulum Turath

4. Kurikulum Tahfiz

Kurikulum Tahfiz Al-Quran yang ditawarkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor telah memberi peluang kepada semua murid MITS (kecuali Sabak Bernam)

(3)

untuk menceburi bidang menghafaz al-Quran dan mendalami ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya termasuklah ilmu Qiraat

Kurikulum ini dirangka bagi membolehkan para murid menghafaz al-Quran dengan baik dan sempurna, di samping memahami secara mendalam tentang semua ilmu yang berkaitan dengan al-Quran dan al-Qiraat serta cabang-cabang ilmu yang berkaitan dengan kedua-duanya.

Para pelajar tingkatan empat di MITS (kecuali Sabak Bernam) didedahkan dengan bacaan Qiraat secara jama’ di dalam juzuk satu surah al-Baqarah. Sebelum mempelajari, mengkaji serta memperdengarkan bacaan Qiraat secara jama’ di juzuk satu surah al-Baqarah, para pelajar telah dilengkapkan dengan pengetahuan asas berkaitan Qiraat seperti riwayat hidup sepuluh imam Qiraat yang masyhur dan rawi-rawi serta kaedah asas bacaan Qiraat bagi setiap Imam Qiraat di tingkatan tiga. Ini bermakna para pelajar telah pun dibekalkan dengan banyak maklumat mengenai para imam Qiraat beserta kaedah asas bacaan Qiraat bagi imam-imam tersebut semasa di tingkatan tiga.

Penyataan Masalah

Permasalahan mata pelajaran Manhaj Qiraat ini telah dibincangkan oleh Muhammad Hafiz bin Saleh, Abd Muhaimin bin Ahmad & Norazman bin Alias (2015) dengan menyatakan bahawa cabaran terawal yang akan dihadapi ketika mempelajari ilmu qiraat ialah terdapat 21 nama dan riwayat hidup yang perlu diingati dalam pembelajaran ilmu qiraat tujuh. Manakala bagi qiraat sepuluh, 30 nama & riwayat hidup yang harus diingati. Selain itu, di dalam ilmu qiraat terdapat beberapa istilah yang hanya digunakan dalam pembelajaran ilmu qiraat sahaja.

Amalan pedagogi guru ketika proses PdP juga turut menyumbang kepada kesukaran pelajar untuk memahami isi kandungan pelajaran. Kepelbagaian kaedah, teknik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Manhaj Qiraat secara berkesan tidak dapat dilaksanakan serta amalan pengajaran dan pembelajaran Manhaj Qiraat hanya menjurus ke arah amalan dan kaedah tradisi sahaja bertepatan dengan kajian Zainora Daud dan Muhammad Fairuz A. Adi (2012) yang menyatakan kaedah pengajaran Qiraat yang diaplikasi di dalam kelas berada pada tahap yang tinggi iaitu memuaskan di dalam semua bentuk kecuali penggunaan makmal al-Quran berada pada tahap kurang memuaskan dan penggunaan kaset dan VCD berada pada tahap yang tidak memuaskan yang memberi petunjuk bahawa pengajar ilmu Qiraat amat terkesan dengan budaya pengajian mereka ketika di Timur Tengah yang banyak tertumpu dengan kaedah tradisional sebagaimana yang diamalkan di dalam proses penurunan al-Quran kepada Rasulullah melalui malaikat Jibril. Zainora & Noorhasnira (2018) turut menyatakan bahawa hasil kajian menunjukkan tahap penilaian kendiri pelajar berada di tahap yang baik. Namun perlu kepada pemurnian dan penambahbaikan secara berterusan agar dapat membina nilai-nilai positif dalam kendiri pelajar bagi meningkatkan lagi tahap penguasaan mereka dalam pengajian qiraat.

Mohd Mahzan Awang, Abdul Razaq Ahmad, & Nur Syazwani Abdul Talib (2016) dalam kajian mereka turut bersetuju bahawa penggunaan multimedia serta pendekatan “belajar sambil bermain” dalam mata pelajaran berkaitan sejarah berupaya menarik minat serta memberi impak positif kepada komitmen pelajar berbanding cara penyampaian yang berbentuk tradisional, tidak menarik perhatian pelajar seterusnya menyebabkan mata pelajaran tersebut kurang diminati. Kajian ini disokong oleh Muhammad Hafiz bin Saleh, Abd Muhaimin bin Ahmad & Norazman bin Alias (2015) yang mengatakan penggunaan audio, video dan software qiraat sebagai alat bantuan mengajar kepada pengajar dan pelajar amat digalakkan agar pembelajaran tidak hanya

(4)

bergantung kepada keberadaan pengajar semata-mata. Rashidi bin Abbas (2017) turut bersetuju bahawa aplikasi yang interaktif dan bersistematik juga sangat penting dalam memastikan keberkesanannya kepada pelajar. Ini kerana kepelbagaian gaya dan strategi pembelajaran yang dibangunkan akan melahirkan huffaz yang berkualiti dari segi ilmu dan professional.

Objektif Kajian

1. Mengenal pasti sejauh mana pendekatan gamifikasi dapat membantu pelajar dalam mempelajari Manhaj Qiraat.

2. Meninjau respon pelajar terhadap pembelajaran Manhaj Qiraat berasaskan gamifikasi

3. Meninjau hubungkait tahap pencapaian pelajar dengan pendekatan gamifikasi di dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Kepentingan Kajian

1. Membantu pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi pelajar dengan

pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan.

2. Meyakinkan lebih ramai guru bahawa pendekatan yang menarik dan positif dapat mempertingkatkan kesediaan belajar pelajar.

KAJIAN LITERATUR Kajian Lepas

Harlina, Zubaidah dan Ainee (2015) telah mengkaji penggunaan aplikasi Kahoot! di dalam pengajaran abad ke 21 kerana mendapati bahawa proses pengajaran dan pembelajaran yang tidak menggunakan bahan konkrit dan bantuan multimedia akan membosankan pelajar. Mereka juga memfokuskan walau cantik dan canggih sesuatu teknologi bahan pengajaran haruslah berasaskan prinsip-prinsip pedagogi dan prinsip reka bentuk pengajaran dan pembelajaran, agar bahan tersebut mempunyai nilai yang tinggi.

Aplikasi Kahoot!, Quizizz & Quizlet Dalam PdPc Manhaj Qiraat

Secara umum Kahoot! & Quizizz (Rujuk Gambar 1-5) ialah dua jenis platform kuiz interaktif secara atas talian yang melibatkan interaksi dua hala antara guru dan murid dan sesuai digunakan sebagai aktiviti pengukuhan atau penutup sesi PdP kerana persembahannya yang menarik dan sangat mesra pengguna (Modul Teras Pembelajaran Abad Ke-21, 2017). Melalui aplikasi ini guru boleh membina pelbagai jenis item dengan mengambil kira kepelbagaian murid serta memperoleh analisis jawapan-jawapan yang telah diberikan murid secara langsung. Kuiz yang telah dicipta boleh diberikan kepada murid samada secara langsung ketika sesi pembelajaran atau ditetapkan sebagai kerja rumah.

Selain aplikasi Kahoot! dan Quizizz, guru juga boleh menggunakan aplikasi Quizlet yang mempunyai kelebihan tersendiri. Aplikasi ini dapat membantu memupuk semangat kerjasama antara murid dalam kumpulan sejajar dengan elemen kolaborasi yang perlu diterapkan dalam pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21. Murid perlu berbincang serta mencari jawapan yang tepat bersama rakan bagi soalan yang dikemukakan bagi mengelakkan kehilangan markah serta perlu memulakan semula kuiz secara tidak langsung dapat menerapkan nilai keyakinan serta berwaspada dalam setiap tindakan.

(5)

TEORI KONSTRUKTUAL Teori Pembelajaran Thorndike Pengenalan Teori

Teori pelaziman operasi Thorndike (Rujuk Gambarajah 1 – Lampiran) juga dikenali sebagai teori cuba-ralat. Teori ini telah dikemukakan oleh Edward L. Thorndike pada tahun 1911. Beliau menggunakan seekor kucing untuk membuat kajian. Dalam eksperimen ini, Thorndike membuktikan bahawa haiwan dan juga manusia belajar melalui proses cuba jaya, iaitu kaedah cuba dan ralat (Mok Soon Sang, 2010).

Teori Ibn Khaldun

Menurut Ibn Khaldun pengajaran yang sempurna hendaklah diberikan sesuai dengan taraf perkembangan akal dan pemikiran dan kemampuan murid. Murid-murid tidak harus dibebani dengan pemikiran yang masih mampu untuk dicapai. Di samping itu juga, guru haruslah menggunakan kaedah-kaedah yang sesuai dengan keadaan ketika mereka menjalankan isi kandungan pengajaran selaras dengan petunjuk Quran dan al-Hadith kerana Nabi sendiri menganjurkan jika berbicara hendaklah sesuai dengan tahap pemikiran akal manusia. Bahkan al-Quran turut memberi panduan yang jelas jika manusia hendak mengajak manusia ke jalan Allah, maka hendaklah dia menggunakan nasihat dan pesanan yang bijaksana bukan dengan kekasaran atau paksaan.

Implikasi Teori Thorndike Dan Ibn Khaldun Dalam Pembelajaran Manhaj Qiraat Berdasarkan Teori Thorndike dan Teori Ibn Khaldun (Rujuk Gambarajah 2), Pengkaji mendapati bahawa dalam sesebuah proses pembelajaran, guru haruslah bijak dalam menentukan pendekatan dan bentuk latihan yang sesuai dengan tahap perkembangan akal pelajar dan juga memberi pendekatan yang positif bagi melahirkan suasana yang harmoni dan menerbitkan kesediaan belajar pelajar secara semulajadi.

Menurut teori Ibn Khaldun, pengajaran hendaklah diberikan kepada pelajar mengikut tahap perkembangan akal mereka dan juga secara bijaksana dan bukan kekasaran dan paksaan. Selari dengan teori ini, Pengkaji mendapati guru telah membuat pendekatan gamifikasi bagi menggalakkan pelajar menghafal secara positif berbanding dengan cara konservatif iaitu menghafal dan peneguhan secara denda. Lu Chung Chin & Effandi Zakaria (2015) turut menyokong dengan menyatakan bahawa integrasi aktiviti permainan dalam pengajaran dan pembelajaran menunjukkan keberkesanan dalam memupuk tingkah laku pembelajaran positif berbanding dengan kaedah tradisional.

Guru juga telah secara tidak langsung menggalakkan dan membuat pelajar bersedia untuk belajar secara sukarela tanpa dipaksa. Dikukuhkan lagi dengan Hukum Kesediaan di dalam Teori Thorndike, di mana apabila seseorang murid bersedia untuk belajar, maka pembelajarannya akan menghasilkan kepuasan (Mok Soon Sang, 2010).

Pendekatan gamifikasi juga turut menggalakkan pelajar untuk membuat latihan berulang kali kerana sikap kendiri positif pelajar ingin bersaing dan beroleh kemenangan telah dapat dilahirkan secara tidak langsung apabila pelajar bersedia untuk belajar. Menurut Mok Soon Sang (2010), Hukum Latihan Teori Thorndike menyatakan semakin banyak latihan semakin bertambah kukuh ikatan atau asosiasi gerak balas tertentu dengan rangsangan yang berkaitan. Untuk menguasai sesuatu kemahiran, sebagai contoh dalam hal ini pelajar ingin menguasai Qiraat, pelajar perlu membuat latihan (gerak balas) berulang kali agar mereka beroleh kemenangan (rangsangan). Pengkaji mendapati aplikasi ini menepati Hukum Latihan yang diketengahkan oleh Thorndike.

Hukum Kesan pula menyatakan bahawa ikatan rangsangan dengan gerak balas akan bertambah kukuh sekiranya individu memperolehi kesan yang memuaskan selepas

(6)

gerak balasnya dihasilkan. Sebaliknya gerak balas yang tidak mendatangkan hasil yang berkesan akan kian menjadi lemah khasnya apabila sesuatu gerak balas yang membawa kesan yang menyakitkan atau seronok. Ketika sesi pengajaran & pembelajaran Manhaj Qiraat berjalan, Pengkaji mendapati guru memberi pendekatan positif dengan memberi ganjaran kepada pelajar yang memenangi kuiz dan dalam masa yang sama tidak mengenakan denda kepada pelajar yang gagal memenangi kuiz yang dijalankan. Akan tetapi, guru akan mengelolakan beberapa kuiz lagi dengan menggunakan aplikasi Kahoot!, Quizizz atau Quizlet bagi memberi peluang kepada pelajar lain pula untuk memenanginya pula. Dengan huraian ini, Thorndike merumuskan bahawa ganjaran menggalakkan manusia (atau haiwan) melakukan sesuatu gerak balas, manakala denda akan menghalang manusia daripada melakukannya (Mok Soon Sang, 2010).

METODOLOGI Sampel Kajian

Sampel kajian ini terdiri daripada 30 orang pelajar dari kelas 4 Nafi’ yang menuntut di Maahad Integrasi Tahfis Selangor (Klang).

Kaedah Kajian

Dalam kajian ini, Pengkaji telah memilih menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif dengan melakukan kajian lapangan dan mendapatkan data dari keputusan peperiksaan yang lepas.

Pengkaji telah memilih Kaedah Kajian Lapangan di mana Pengkaji sendiri telah “turun padang” untuk membuat pemerhatian secara in situ terhadap fenomena yang diselidik. Secara tidak langsung, penyelidikan kualitatif jenis ni mempunyai perkaitan rapat dengan kaedah pemerhatian peserta (Noraini, 2010). Menurut Fox (1998), kaedah pemerhatian selalunya digunakan apabila penyelidik cuba menyelidik norma, nilai dan maksud terkongsi subjek yang sedang diselidik.

Kaedah kedua yang digunakan ialah kaedah kuantitatif yang menggunakan data untuk menjelaskan fenomena dalam situasi (Mok Soon Sang, 2010) di mana keputusan peperiksaan pelajar telah dijadikan sebagai instrumen kajian.

Instrumen Kajian

Kajian ini menggunakan 2 instrumen kajian iaitu :

i) Pemerhatian

Pengkaji membuat pemerhatian di dalam kelas dan mendapat data refleksi yang diperoleh oleh guru setelah selesai proses pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk aplikasi Padlet.

ii) Soalan Peperiksaan

i. Perbandingan keputusan peperiksaan semasa dan tingkatan

sebelumnya (pelajar yang sama dan metod pengajaran berbeza). ii. Perbandingan keputusan rasmi peperiksaan SMATQ tahun semasa

dan sebelum (pelajaran berbeza dan metod pengajaran berbeza). DAPATAN KAJIAN

Pemerhatian

Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, Pengkaji telah menggariskan beberapa aspek untuk diperhatikan sepanjang pdpc berlangsung. Pengkaji telah melihat dari sudut emosi pelajar, kerjasama secara langsung dari pelajar dan penglibatan pelajar sepanjang proses

(7)

pdpc berlangsung. Pengkaji mendapati kesemua pelajar gembira dan menikmati proses pdpc dengan sukarela dan memberi kerjasama yang amat baik ketika ujian interaktif dijalankan.

Pengkaji kemudian mendapatkan refleksi pelajar yang telah dimuat naik oleh pelajar menggunakan aplikasi Padlet yang disediakan oleh guru yang mengajar. Berdasarkan maklum balas yang diterima, majoriti pelajar memberi komen serta respon yang sangat positif dan berharap agar sesi pembelajaran interaktif seperti ini dapat dilaksanakan bagi mata pelajaran yang lain.

Soalan Peperiksaan

Pengkaji turut menggunakan analisis keputusan peperiksaan sebagai data bagi membuat perbandingan antara proses PdPc Manhaj Qiraat menggunakan elemen gamifikasi dengan proses PdPc yang tidak menggunakan elemen gamifikasi. Perbandingan diantara pelajar itu sendiri dan juga pelajar lain telah di buat.

Perbandingan pertama dibuat dengan membandingkan keputusan peperiksaan tahun semasa pelajar dengan tahun sebelumnya. Gambarajah 3 (rujuk lampiran) menunjukkan Analisa Headcount bermula daripada keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2017 (TOV) dimana elemen gamifikasi belum digunakan dalam sesi PdPc sehingga keputusan Peperiksaan Sijil Menengah Agama Tahfiz Al-Quran 2018 (AR4) dimana elemen gamifikasi telah diamalkan dalam sesi PdPc sejak Peperiksaan Pertengahan Tahun 2018 (AR1). Analisa juga membuktikan bahawa berlaku peningkatan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) bermula daripada AR1 hingga AR4.

Perbandingan kedua pula dibuat berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) tahun semasa dengan tahun-tahun sebelumnya. Gambarajah 4 (rujuk lampiran) menunjukkan berlaku peningkatan GPMP sebanyak 0.28 pada tahun 2018 berbanding tahun 2017 dan yang terbaik berbanding tahun-tahun sebelumnya. Peratus mumtaz juga meningkat berbanding tahun-tahun sebelumnya (Rujuk Gambarajah 5).

Kesimpulan

Berdasarkan dapatan kajian di atas, dapat disimpulkan bahawa pendekatan gamifikasi seperti penggunaan aplikasi kahoot!, Quizizz dan Quizlet dalam pembelajaran Manhaj Qiraat dapat banyak (1) memberikan manfaat kepada pelajar di mana medium ini dapat membantu mereka untuk mengingati semula fakta-fakta yang telah dipelajari dengan cara yang lebih menarik dan menyeronokkan. Aplikasi-aplikasi ini juga (2) dapat menimbulkan persaingan yang sihat di kalangan pelajar kerana mereka berlumba untuk memenangi kuiz yang mereka sertai. Persaingan ini sekaligus dapat (3) memotivasikan pelajar untuk mempertingkatkan tahap penguasaan mereka di dalam subjek Manhaj Qiraat. Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai lagi kaedah gamifikasi yang dapat digunakan di dalam proses pembelajaran bagi menghasilkan suasana pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan. Saranan saya, guru perlu lebih kreatif dan inovatif dalam mempelbagaikan teknik pengajaran di dalam kelas dalam apa jua subjek yang di ajar agar sesuai dengan perubahan pesat yang di bawa oleh kesan gobalisasi, pendemokrasian pendidikan, ledakan teknologi maklumat, ekonomi yang berasaskan pengetahuan, persaingan hebat dan usaha ke arah pembentukan sistem pendidikan bertaraf dunia (Adliyah Ramli, 2017). Bersesuaian dengan perubahan masa, budaya persekolahan perlu berubah kepada amalan bermaklumat, kreatif, berfikir dengan mengaplikasikan teknologi maklumat. Pelajar di sekolah perlu mahir dan kompeten dengan penggunaan teknologi sebagai persediaan masa hadapan mereka.

(8)

RUJUKAN

Adliyah Ramli et al, (2017). Modul Teras Pembelajaran Abad Ke-21. Pejabat Pendidikan Daerah Klang .

Che Rogayah Seman, (2005). Kesan Visual Dinamik Terhadap Pencapaian Pelajar

Yang Berbeza Tahap Kebimbangan Matematik Dalam Pembelajaran

Trigonometri. (Tesis Sarjana Pendidikan, tidak diterbitkan). USM, Pulau Pinang. Chua Yan Piaw, (2010). Asas Statistik Penyelidikan. Mc Graw Hill, Malaysia.

Fox, N. (1998). Trend Focus For Research and Developement In Primary Healthcare:

Hot To Use Observation In A Research Project. Trent Focus.

Harlina Ishak, Zubaidah Mat Nor & Ainee Ahmad, (2015). Pembelajaran Interaktif

Berasaskan Aplikasi Kahoot! Dalam Pengajaran Abad Ke -21, Jabatan

Pendidikan Khas Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Kedah

Irma Rasita Gloria Barus, Tatie Soedewo (2018). Penggunaan Media Kahoot!! Dalam

Pembelajaran Bahasa Inggeris. Seminar Nasional : Teknologi Terapan Berbasis

Kearifan Lokal.

Lu Chung Chin* & Effandi Zakaria, (2015). Effect Of Game-Based Learning Activities

On Children’s Positive Learning And Prosocial Behaviours. Jurnal Pendidikan

MalaysiaMok Soon Sang, (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan : Perancangan

Dan Plaksanaan Penyelidikan Tindakan. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Puchong.

Mohd Mahzan Awang, Abdul Razaq Ahmad, & Nur Syazwani Abdul Talib, (2016).

Penggunaan Multimedia Dalam Pendidikan Sejarah Pada Abad Ke-21 Dan

Hubungannya Dengan Minat Belajar Sejarah. Fakulti Pendidikan, Universiti

Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Mok Soon Sang, (2010). Psikologi Pendidikan Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang, (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan : Perancangan Dan

Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Muhammad Hafiz Bin Saleh Abd Muhaimin Bin Ahmad Norazman Bin Alias, (2015).

Keberkesanan Mempelajari Ilmu Qiraat: Antara Harapan, Cabaran Dan Penyelesaian Masalah.

Muhammad Luqman Ibnul Hakim Mohd Saad, Ahmad Zulfadhli Nokman, Muhammad Saiful Anuar Yusoff, Shahrizal Mahpol & Marahaini Ahamad, (2017).

Penggunaan Aplikasi Kahoot! Dalam Pembelajaran Bahasa Arab : Satu

Tinjauan, Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Noraini Idris, (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Mc Graw Hill, Malaysia.

Rashidi bin Abbas (2017). Pengajaran Tahfiz Al-Quran Berbantukan Teknologi

(HUFFAZ-M). Konvensioan Fiqh dan Teknologi 2.0. Universiti Malaysia Pahang

(UMP).

Talirkodi A/P Vinathan, (2016). Hubungan Motivasi Guru Dengan Penggunaan ICT

Dalam Pengajaran Di Sjk (T) Daerah Kuala Muda Yan, Universiti Utara

Malaysia (UUM)

Zainora Daud Muhammad Fairuz A. Adi (2012). Kaedah Pengajaran Dan

Pembelajaran Pengajian Qiraat Di Jabatan Al-Quran Dan Al-Qiraat, Kuis: Satu

Tinjauan Awal. Kolej Universiti Islam antarabangsa Selangor (KUIS).

Zainora Binti Daud Noorhasnira Binti Ibrahim, (2018). Penilaian Kendiri Para Pelajar

Terhadap Pengajian Qiraat: Satu Kajian Deskriptif. Universiti Sains Islam

Referensi

Dokumen terkait

Makanan yang paling banyak dikonsumsi oleh ikan sepat siam baik yang berukuran kecil maupun besar adalah mikroalga dari Kelas Bacillariophyceae berjenis Diatoma, Melosira, dan

pri čemer pomenijo: LCC - skupna sedanja vrednost stroškov življenjskega cikla posamezne alternative I - sedanja vrednost osnovnih investicijskih stroškov 21 Repl - sedanja

Fungsi Save, adalah fungsi yang digunakan untuk menyimpan citra hasil deteksi tepi, atau dapat juga digunakan untuk menyimpan citra yang telah diolah dengan beberapa jenis operasi

Pertama, dari segi semantis, baik pada diatesis pasif bahasa Jepang maupun bahasa Indonesia, pendamping inti yang berperan penanggap adalah yang mengalami suatu peristiwa

Berdasarkan hasil pengamatan yang telah dilakukan, aktivitas guru pada penerapan model Siklus Belajar ( Learning Cycle ) ini, menunjukkan adanya peningkatan aktivitas

Retribusi Terminal adalah pelayanan atas penyediaan tempat parkir untuk kendaraan penumpang bis umum dan mobil barang, tempat kegiatan usaha, fasilitas lainnya di

Dalam kesempatan ini juga, dengan menghayati bahwa kehidupan dan pertumbuhan jemaat di GKI Kemang Pratama adalah tanggung jawab kita bersama, marilah dalam rasa syukur

638/BPBD/2016 tanggal 26 Agustus 2016 tentang Perpanjangan Penetapan Status Siaga Darurat Penanggulangan Bencana Asap Akibat Kebakaran Hutan dan Lahan di Provinsi