• Tidak ada hasil yang ditemukan

International Conference on Global Education VII Humanising Technology For IR 4.0

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "International Conference on Global Education VII Humanising Technology For IR 4.0"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

HUBUNGAN MOTIF BERAFILIASI PELAJAR TERHADAP TAHAP MOTIVASI BERPRESTASI PELAJAR SK ULU SEGAN, BINTULU

Long Ding

(longdink_75@yahoo.com) ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui hubungan antara motif berafiliasi dengan tahap motivasi berprestasi pelajar Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Ulu Segan, Bintulu. Motivasi berafiliasi adalah satu dorongan dari dalam diri individu untuk membina dan menjalinkan hubungan dengan individu yang lain. Manakala motivasi berprestasi adalah motif yang mendorong tindakan individu kepada satu tujuan yang diinginkan (Dias & Zulkaida, 2008). Kajian ini menggunakan kuantitatif korelasional di mana responden terdiri daripada 30 orang pelajar Tahun 6 menggunakan teknik Purposive Sampling. Instrumen untuk mengambil data adalah soal selidik dengan menggunakan skala Motif Berafiliasi yang berjumlah 50 item serta skala Motif Berprestasi yang berjumlah 20 item. Teknik analisa data menggunakan uji korelasi product moment, dengan bantuan SPSS versi 10.0 for Windows.

Kata kunci:motif berafilasi, motivasi berprestasi PENGENALAN

1.0 Pengenalan

Kajian ini bertujuan untuk meninjau hubungan antara motif berafiliasi pelajar dengan motif berprestasi pelajar Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Ulu Segan, Bintulu. SK Ulu Segan terletak 25 KM dari bandar Bintulu. Bilangan murid arus perdana pada tahun 2019 ialah seramai 279 orang. Data yang dijana dari Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah(SAPS) pada dari tahun 2013 hingga 2017 Gred Purata Sekolah(GPS) pada tahun 2014 hingga 2016 ialah antara 3.12 hingga 3.27. Matematik dam Bahasa Inggeris merupakan subjek yang paling rendah di mana Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) bagi kedua-dua subjek tersebut iaitu antara 3.78 hingga 4.27. Pencapaian UPSR pada tahun 2016, keputusan UPSR sekolah adalah pada Band 3. Sekolah dalam Band Satu (1), adalah sekolah rendah yang mendapat skor komposit sekurang-kurangnya 85 peratus (%). Skor komposit adalah skor yang diperoleh daripada gabungan 70% Gred Purata Sekolah (GPS) dan 30% Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). Skor komposit ini akan digunakan dalam penyenaraian sekolah mengikut Band 1 hingga Band 5. Semakin kecil Band, semakin atas kedudukan dalam senarai.

Menurut Mohamad Sattar Sabran (2005) UPSR adalah penilaian yang digunakan untuk mengukur kejayaan akademik di sekolah bertujuan untuk mengetahui keberkesanan pengajaran guru dan penguasaan pelajar dalam sesuatu peringkat persekolahan.. Pencapaian akademik adalah satu kayu ukur kecemerlangan sekolah dan pelajar yang menjadi satu penanda aras. Penilaian dalam pendidikan adalah sangat penting kepada semua pihak iaitu pelajar, ibu bapa dan para guru. Penilaian memainkan peranan yang penting dalam penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran guru dalam bilik darjah. Noraini Ahmad (2003), peperiksaan digunakan sebagai pengukur penguasaan pelajaran sesuatu ilmu.

Motivasi afiliasi merupakan motivasi yang memenuhi keperluan seseorang untuk berhubung rapat dan akrab dengan orang lain yang dapat dilihat dari segi

(2)

hubungan peribadi dan kerjasama dengan orang lain serta dicapainya persetujuan atau kesepakatan dengan orang lain. Motivasi berafiliasi timbul kerana setiap orang mempunyai berbagai jenis motif yang harus dipenuhi apabila ingin kehidupannya berlangsung. Andriani & Endang Sri Indrawati (2016), motivasi berafiliasi mempengaruhi minat seseorang. Ini bermakna, dalam kehidupan seharian, setiap individu mempengaruhi antara satu sama lain dan menjadi perantara seorang dengan yang lainnya untuk mencapai tujuannya. Golongan ini mengharapkan dirinya diterima dan disukai oleh orang lain dan menyukai situasi yang melibatkan kerjasama dengan orang lain berbanding keadaan terdapat persaingan dengan orang lain. Hubungan yang dijalinnya bersama orang lain diharapkan bersefahaman dan akan berusaha untuk mengelak konflik dalam hubungan yang terjalin di antara mereka (Munandar, 2008). Individu yang memiliki keperluan berafiliasi yang tinggi ialah mereka suka meluangkan banyak waktunya melakukan aktiviti bersosial untuk menjadi sebahagian dari kelompok atau organisasi tertentu.

Menurut Heckhause, motivasi berprestasi adalah suatu dorongan dalam diri untuk berusaha atau berjuang untuk meningkatkan atau memelihara kemampuannya setinggi mungkin dalam semua aktiviti dengan menggunakan standard keunggulan. Terdapat tiga komponen standard keunggulan iaitu standard keunggulan tugas, standard keunggulan diri dan standard keunggulan orang. Standard keunggullan diri berkaitan dengan pencapaian melakukan tugas sebaik yang mungkin. Standard keunggulan diri berkaitan dengan pencapaian prestasi yang lebih baik berbanding dengan prestasi yang pernah dicapai sebelumnya. Manakala, standard keunggu orang lain berkaitan dengan pencapaian prestasi yang lebih baik berbanding dengan prestasi orang lain.

1.1 Pernyataan masalah

Terdapat banyak usaha dan langkah yang telah, sedang dan dirancang oleh kerajaan untuk merapatkan jurang di antara sekolah bandar dan luar bandar. Usaha menaik taraf instrastruktur sekolah telah menjadi agenda utama dalam mengurangkan jurang tersebut. Dalam bajet 2017, sebanyak RM1.096 bilion diperuntukkan untuk projek-projek

pembangunan infrastruktur pendidikan. Sekolah luar bandar serba kekurangan dari segi infrastruktur dan peralatan, kemudahan asas, guru serta sokongan ibu bapa dan masyarakat. Ketidak samarataan dan jurang pendidikan ini wujud disebabkan kerajaan lebih tertumpu kepada usaha memastikan lebih ramai pelajar mendapat pendidikan pada masa itu berbanding dengan kualiti pendidikan. Kini, kerajaan telah banyak memberi tumpuan terhadap kawasan luar bandar dan pedalaman bagi mengurangkan jurang pendidikan serta mengurangkan kadar keciciran. Jurang pendidikan juga wujud antara jenis sekolah, kaum, jantina, tarafsosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Hal ini menyebabkan perbezaan prestasi dan pencapaian pelajar. Kesan jurang pendidikan telah menyumbang kepada keadaan tidak seimbang yang ketara daripada segi status ekonomi antara penduduk luar bandar dan bandar.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan dasar bagi merapatkan jurang pendidikan yang wujud seperti antara lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Oleh itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysi telah pun mengenal pasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan agar akses, ekuiti dan kualiti dalam pembelajaran dan pengajaran dapat ditingkatkan. Antara jurang pendidikan yang wujud adalah seperti, jurang antara bandar dan luar bandar, jurang digital, jurang antara tahap pencapaian pelajar, jurang antara pelajar normal dan pelajar berkeperluan khas serta jurang sosio ekonomi.

(3)

Kesimpulannya, sejak mencapai kemerdekaan, masih banyak isu dan masalah dalam pendidikan negara. Kerajaan telah dan masih dalam usaha mempertingkatkan dan memperbaiki sistem dan dasar pendidikan negara. Walaupun banyak usaha yang telah dilaksanakan, jurang pencapaian akademik sekolah bandar dengan sekolah di luar bandar masih jauh.

1.2 Kerangka Konsep

Kerangka konsep dalam Rajah 1 merupakan asas kajian bagi pengkaji untuk melaksanakan kajian ini. Kerangka konsep ini dibina adalah untuk mengkaji hubungan tahap motif berafiliasi dengan motif berprestasi pelajar di Sekolah Kebangsaan Ulu Segan. Berdasarkan kajian ini, aspek motif berafiliasi teori Motif Mc Clelland dikaitkan dengan motif berprestasi.

Rajah 1

1.3 Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan tahap motif afiliasi dengan motif berprestasi pelajar Tahun Enam di Sekolah Kebangsaan Ulu Segan.

1.4 Objektif

1. Mengenal pasti hubungan tahap motif berafiliasi dengan motivasi berprestasi pelajar.

2. Mengkaji tahap motif afiliasi pelajar. 3. Mengkaji tahap motivasi berprestasi. 1.5 Kepentingan Kajian

Kajian ini penting untuk mengkaji hubungan motif berafiliasi dengan pencapaian akademik murid SK Ulu Segan. Gred Purata Sekolah dalanm keputusan UPSR dari tahun 2014 hinggalah 2016 adalah antara 3.12 hingga 3.48. GPS ini menunjukkan pencapaian sekolah dalam UPSR adalah rendah dan sekolah dikategorikan dalam Band 3.

Pencapaian akademik yang tinggi merupakan keperluan yang sangat penting dalam pendidikan. Kajian ini penting untuk mengkaji hubungan motif berafiliasi terhadap motivasi berprestasi pelajar . Berdasarkan pada latar belakang dan masalah penelitian, hasil penelitian ini diharapkan dapat memberikan sumbangan yang bermanfaat kepada pelajar di SK Ulu Segan yakni memberikan pengetahuan baru dan dapat meningkatkan motivasi belajar di kalangan pelajar sehingga mampu memperbaiki dan meningkatkan pencapaian akademik pelajar di SK Ulu Segan.

1.6 Batasan kajian

Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Ulu Segan, Bintulu. Sekolah ini terletak di kawasan pedalaman iaitu 40 kilometer dari bandar Bintulu, Sarawak. Responden untuk kajian ini terdiri daripada 30 orang murid Tahun Enam.

Motif Berprestasi Motif Kekuasaan Teori Motif

Mc Clelland

(4)

1.7 Definisi Operasional i) Pencapaian Akademik

Menurut takrifan Carter (1973), pencapaian adalah satu penyelesaian mahupun kecekapan yang diperolehi dalam sesuatu bidang kemahiran yang diceburi dalam bentuk pengetahuan atau kemajuan di institusi pendidikan. Secara teorinya, pencapaian berlainan dengan kecerdasan, namun jika diperhalusi, pencapaian ada perkaitan dengan kecerdasan. Menurut Azman Idris (1994), pencapaian akademik merupakan hasil yang diperolehi oleh seseorang dalam sesuatu pembelajaran. Dalam kajian ini pencapaian akademik diukur melalui keputusan yang diperoleh oleh pelajar dalam UPSR.

ii) Motif

Perkataan “motif”, bermaksud daya upaya dalam seseorang yang mendorongnya untuk melakukan sesuatu. Motif juga dapat diertikan sebagai daya penggerak dari dalam diri untuk mencapai suatu tujuan. Selain itu, motif juga bermaksud sebagai suatu keadaan kesiapsiagaan. Perkataan motif berasal dari perkataan “Movere” iaitu bahasa latin yang bermaksud desakan yang menjadi kekuatan dalam diri seseorang sehingga mendorongnya membuat sesuatu yang menjadi „driving force‟ dalam diri. Menurut Guralnik dalam Sobur, (2003), motif merupakan suatu gerak hati atau perangsang yang mendorong seseorang melakukan sesuatu. Menurut R.S. Woodworth (dalam Sobur, 2003), menegaskan bahawa motif adalah suatu set menyebabkan seseorang itu melakukan sesuatu serta berhasrat untuk mencapai tujuan-tujuan tertentu. Menurut Hawkins dalam Ulfah, menyatakan bahawa motif adalah suatu pembentukan yang menggambarkan kekuatan dalam diri yang tidak disedari yang merangsang serta mendorong tindak balas perilaku serta memberikan tujuan khusus terhadap respon tersebut. Pendapat yang mirip dinyatakan oleh Jahja (dalam Ulfah,t.t) bahawa motif merupakan dorongan yang datang dari dalam diri untuk melakukan sesuatu.

iii) Afiliasi

Afiliasi merupakan keperluan untuk menjalinkan hubungan orang lain dan saling membahagiakan satu sama lain. Menurut Murray (dalam Walgito, 2010) afiliasi ialah motif atau keperluan yang berkaitan dengan mengadakan hubungan dengan orang lain. Menurut Mc Clelland afiliasi merupakan keperluan yang memenuhi jalinan hubungan yang rapat dan akrab dengan orang lain. Hal ini yang dilihat dari segi hubungan peribadi dan bekerjasama dengan orang lain serta dicapai dengan persetujuan atau kesepakatan dengan orang lain. Pada hakikatnya, setiap orang adalah perantara antara satu dengan yang lainnya untuk mencapai suatu tujuan. Sekiranya keperluan untuk berafiliasi mendesak, maka dia akan bersikap dan bertindak untuk sesuatu yang menyenangkan orang lain yang mewujud persefahaman., Kulsum (2014) meyatkan bahawa keperluan afiliasi adalah motif dasar untuk mencari dan mempertahankan relasi interpersonal. Keperluan afiliasi juga berkaitan dengan kecenderungan untuk membentuk persahabatan dan untuk bersosialisasi, berinteraksi secara dekat, bekerjasama dengan orang lain dengan cara yang bersahabat dan jatuh cinta. Kusumadewi (2008) turut mengemukakan bahawa keperluan afiliasi merupakan keinginan untuk mendekatkan diri, bekerjasama, saling menerima dan memberi dengan orang lain yang mempunyai persamaan dengan dirinya, menyenangkan orang lain dan mencari afeksi dari mereka, serta patuh dan setia kepada teman.

(5)

1.8 Rumusan

Motif adalah penting dalam mencapai sesuatu matlamat. Setiap hari pelajar turun ke sekolah dengan harapan untuk menimba ilmu. Namun, timbul persoalan, mengapa masih terdapat murid yang tidak menunjukkan prestasi yang baik dalam akademik? Dalam kajian ini, hubungan motif berafiliasi pelajar .

KAJIAN LITERATUR 2.0 Pengenalan

Bab dua ini akan membincangkan mengenai kajian-kajian serta keputusan yang diperolehi daripada hasil penyelidik yang lepas. Terdapat beberapa kajian yang telah dijalankan dalam mengkaji dan mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi berrpestas pelajar. Pelbagai model proses pendidikan telah dibina oleh para penyelidik untuk menunjukkan secara keseluruhan faktor-faktor yang mempunyai perkaitan dengan hasil pembelajaran pelajar khususnya pencapaian pelajar.

2.1 Kajian tentang faktor pengaruh pencapaian pelajar

Byrne, Harttie dan Farser (1986), yang dipetik oleh Harzly (2005), menyatakan bahawa budaya dan persekitaran sekolah yang baik akan mempengaruhi pembelajaran yang efektif dan berkesan dan akan meningkatkan pencapaian pelajar di sekolah tersebut. Seramai 1,675 orang pelajar di New South Wales, Australia terlibat dalam kajian mereka. Dapatan daripada kajian ini mendapati bahawa pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris dipengaruhi oleh suasana persekitaran sekolah tersebut.

Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar seperti budaya formal satu-satu buah sekolah dan juga aspek fizikal yang berkaitan kemuduhan infrastruktur dan prasarana. Secara umumnya, prestasi akademik pelajar di sekolah bandar adalah lebih baik berbanding dengan pelajar di sekolah luar bandar atau pedalaman sedangkan pelajar sekolah luar bandar sebenarnya sama dengan pelajar bandar. Menurut Nahar (2005), pada tahun 2005, pelajar dari sekolah pedalaman bernama Nur Amalina Che Bakri telah mendapat 17A1 dalam SPM. Namun begitu, bilangan pelajar yang cemerlang di sekolah menengah luar bandar adalah rendah. Kebanyakan pelajar luar bandar mendapat keputusan yang sederhana dalam peperiksaan awam.

Menurut Ramlan dan Lily Mastura (2005), kegiatan belajar adalah proses pendidikan yang paling utama di mana-mana sekolah mahupun di institusi pendidikan tinggi. Ini bermaksud perlaksanaan pendidikan adalah bergantung kepada proses pembelajaran yang berlaku di dalam kelas atau di luar kelas. Menurut Ford (1992), kejayaan seseorang itu bukan hanya boleh diusahakan oleh seseorang itu sahaja malah kejayaan di dalam pendidikan adalah merupakan hasil usaha sokongan dari pelbagai pihak. Bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru hendaklah berupaya mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. Menurut Ainon dan Abdullah (2005), Azizi Yahaya, Nur faizah Abdul Majid /Journal Educational Psychology and Counseling (2011) keberkesanan sesuatu pengajaran amat bergantung kepada kualiti seseorang guru. Guru yang komited dan beriltizam akan menjamin kejayaan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas

Menurut Mohd Salleh (1997), kedudukan kawasan sekolah dianggap sebagai faktor utama yang mempengaruhi ketidaksamaan dalam pendidikan. Kajian Ong (2001), telah menunjukkan bahawa pencapaian pelajar yang belajar di sekolah luar bandar adalah rendah jika dibandingkan dengan pencapaian pelajar di sekolah bandar. Menurut

(6)

Amir (2006), budaya formal sekolah merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran pelajar. Maka boleh dikatakan bahawa budaya formal sekolah berdasarkan dari aspek fizikal, sosial dan budaya ilmu memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar

2.2 Kajian tentang Motif Berafiliasi

Dalam Robins (1996), motif berafiliasi merupakan satu keinginan untuk diterima baik oleh orang lain dan disukai dan diterima baik oleh orang lain. Manakala, Stanley (dalam Gellerman, 1984) pula menyatakan bahawa afiliasi adalah hasrat untuk bersama dengan orang lain dengan tidak memperdulikan hal-hal yang lain melainkan kebersamaan yang diperolehinya dengan mereka. Motivasi berafiliasi adalah satu keperluan dalam kehidupan seharian setiap orang. Hasrat dan keingian tersebut adalah satu keperluan yang ingin dipenuhi oleh setiap individu selama hidupannya. Perasaan kekurangan yang dirasai oleh individu adalah kerana berafiliasi juga merupakan satu keperluan manusia. Dari aspek fisiologi, manusia perlukan makanan dan minuman, aspek psikologi manusia perlukan harga diri dan aspek sosiologi manusia perlukan aktualisasi diri dan afiliasi.

Bagaimanapun kekuatan hubungan antara keduanya agak lemah menunjukkan kemungkinan motivasi tidak berkait secara langsung dengan prestasi akademik, tetapi berinteraksi dengan pemboleh ubah lain dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar (Doljanac 1994). Berdasarkan teori motivasi yang menggunakan pendekatan teori matlamat, matlamat pencapaian seseorang akan mempengaruhi pencapaian melalui variasi dalam kualiti proses regulasi kendiri (Covington 2000). Proses regulasi kendiri ini sangat berkaitan dengan kebolehan atau kemahiran metakognisi seseorang. Ini menunjukkan wujudnya hubungan tidak langsung antara motivasi dengan pencapaian melalui metakognisi. Kajian lepas juga menunjukkan wujudnya hubungan secara langsung dan tidak langsung antara motivasi dengan pencapaian (Schraw, Horn, Thorndike-Christ & Bruning 1995; Lee 1997) dan kemungkinan wujudnya hubungan tidak langsung antara motivasi dengan pencapaian melalui pembolehubah metakognisi (Van Zile-Tamsen 1998; Covington 2000). Selain itu, beberapa konstruk motivasi seperti efikasi kendiri dan orientasi matlamat pembelajaran juga dikatakan menyumbang kepada hubungan antara metakognisi dengan pencapaian akademik (Pintrich & DeGroot 1990).

2.3 Kajian tentang hubungan motif dengan pencapaian akademik

Dapatan kajian mengenai motivasi dalam bidang pendidikan secara konsisten menunjukkan hubungan yang positif antara motivasi dengan prestasi akademik. Kajian Saemah Rahman & John Arul Philips (2006), faktor motivasi, iaitu efikasi kendiri dan matlamat pembelajaran mempunyai hubungan yang positif dengan kesedaran metakognisi yang juga mempunyai hubungan langsung yang positif dengan pencapaian walaupun keputusan hubungan antara kesedaran metakognisi, Motivasi dan Pencapaian Akademik mendapati tidak terdapat hubungan secara langsung yang signifikan antara kedua-duanya dengan pencapaian, tetapi kedua-dua pemboleh ubah tersebut masih penting kerana wujudnya hubungan tidak langsung dengan pencapaian melalui kesedaran metakognisi. Keputusan ini dapat menjelaskan bagaimana hubungan antara faktor motivasi dengan kesedaran metakognisi dan bagaimana faktor motivasi menyumbang kepada pencapaian akademik pelajar. Syah (2004) mengemukakan bahwa faktor personal internal yang berperanan dalam pencapaian prestasi akademik adalah kecerdasan, sikap, minat, bakat, motivasi.

(7)

McClelland mengemukakan teorinya Mc Clelland‟s Achievement Motivation Theory berpendapat bahawa setiap individu mempunyai daya berpotensi. Bagaimana daya dilepaskan dan digunakan pada bergantung kekuatan dorongan dan motivasi seseorang dan situasi serta peluang yang tersedia. Motivasi afiliasi ini mendorong seseorang untuk berperilaku tertentu melalui minat. Minat merupakan kesedaran seseorang terhadap suatu objek, orang, masalah, atau situasi yang mempunyai kaitan dengan dirinya. Minat merupakan aspek psikologi seseorang untuk memberi perhatian yang tinggi terhadap kegiatan tertentu dan mendorong yang berkaitan untuk melaksanakan kegiatan tersebut. Sehingga dapat dikatakan bahawa minat merupakan perhatian seseorang terhadap hal tertentu yang membuat seseorang memiliki dorongan untuk melaksanakan hal tersebut.

METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan

Metodologi kajian adalah penting supaya penyelidikan yang dijalankan mempunyai kaedah yang paling sesuai dan berkesan dalam menjawab permasalahan kajian. Oleh itu, kaedah kajian yang dirangka adalah melibatkan reka bentuk kajian, subjek atau sampel kajian, prosedur kajian, prosedur pengambilan data serta prosedur penganalisisan data.

3.2 Reka Bentuk kajian

Secara dasarnya kuantatif adalah daripada perkataan kuantiti (Kamus DBP) iaitu jumlah atau bilangan. Chua (2006) mengatakan kuantitatif dikaitkan dengan data numerika dan ketepatan, yang mana berdasarkan penyelidikan inkuiri positivis yang menggunakan kajian eksperimental dan data numerika untuk dianalisis dengan ujian statistik. Diantara Instrumen ujian kefahaman kosa kata kertas temubual semi struktur soal selidik terbuka tertutup modul argumentasi (komik) 4 jenis-jenis kajian kuantitatif ialah kajian

deskriptif, kajian korelasi, causal comparative, dan kajian eksperimental.

Menurut Bryman (2008), reka bentuk kajian adalah kerangka yang diguna oleh sesebuah kajian bagi mengutip dan menganalisis data. Bagi Robson (2011) pula, reka bentuk kajian berfungsi untuk menukar persoalan kajian kepada projek yang melibatkan komponen tujuan, teori, persoalan kajian, metod dan strategi persampelan. Sementara itu, Creswell (2009) berpandangan, reka bentuk kajian adalah rancangan atau cadangan bagi menjalankan kajian yang melibatkan interaksi antara falsafah kajian, strategi penyelidikan dan metod kajian. Reka bentuk kuantitatif sesuai bagi kajian deskriptif manakala kajian yang bertujuan membuat penjelasan, reka bentuk eksperimen adalah sesuai diguna (Robson 2011).

Justeru reka bentuk kajian yang akan dijalankan ini menggunakan pendekatan reka bentuk kuantitatif melalui kaedah tinjuauan. Menurut Chua (2006) kajian tinjauan merupakan salah satu kaedah penyelidikan bukan experimental yang popular digunakan dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang sains sosial.

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah kuantitatif dengan melakukan soal-selidik kepada murid-murid Tahun 6 di SK Ulu Segan .

Reka bentuk kajian yang dijalankan oleh penyelidik ini adalah lebih menjurus kepada cara serta bagaimana untuk mendapatkan jawapan bagi persoalan-persoalan kajian yang telah ditimbulkan. Ia juga merupakan metod untuk mendapatkan objektifobjektif kajian yang cuba dicapai oleh penyelidik. Objektif-objektif kajian tersebut ialah ;

(8)

a) Mengkaji hubungan motif berafiliasi dengan motif berprestasi.

b) Mengkaji sejauh mana motif berafiliasi mempengaruhi pencapaian akademik pelajar

Justeru, bagi mencapai objektif ini, penyelidik sedaya upaya cuba untuk membuat dan mengadakan kaedah serta cara untuk merealisasikan tujuan tersebut. Pada peringkat permulaan, penyelidik melakukan kajian-kajian dan tinjauan-tinjauan terhadap beberapa penyelidikan-penyelidikan yang telah dihasilkan sebelum ini. Ia bagi mengelakkan berlakunya pertindihan tajuk antara penyelidikan yang lain dengan penyelidikan yang dijalankan ini. Setelah memastikan tiadanya pertindihan tajuk, seterusnya penyelidik membuat tinjauan ke beberapa buah sekolah yang terdapat di sekitar daerah Bintulu. Hal ini kerana, penyelidik ingin mencari sekolah yang boleh dijadikan sebagai sampel kajian yang sesuai bagi penyelidikan ini. Begitu juga dengan murid-murid yang dijadikan sebagai responden kajian. Penyelidik hanya mengkategorikan murid-murid tahun empat sahaja yang mempunyai pelbagai prestasi akademik sebagai responden kajian. Ia juga dijadikan sebagai batasan serta sempadan kajian oleh penyelidik. Setelah sampel kajian dan responden diperolehi, seterusnya penyelidik membina beberapa instrumen kajian seperti soalan-soalan serta borang soal selidik bagi mendapatkan data dan maklumat daripada responden. Setelah pelbagai maklumat dan data-data diperolehi daripada soal selidik yang telah dijalankan, semua data-data ini diproses dan dianalisa dengan lebih mendalam bagi mengenerelisasikannya. Kemudian, data-data yang telah diproses ini, dimasukkan ke dalam kajian penyelidik, sebagai dapatan kajian.

3.3 Lokasi Kajian

Lokasi kajian lapangan yang dijalankan dalam kajian ini ialah di Sekolah Kebangsaan Ulu Segan. Sekolah ini merupakan salah satu daripada 3 buah pedalaman yang terdapat di daerah Bintulu. Sekolah ini dipilih kerana kemudahan aksesbiliti terhadap sekolah yang lebih baik berbanding dengan dua buah sekolah yang lain. Jarak sekolah juga diambil kira untuk memudahkan proses semasa kajian dijalankan untuk mendapatkan data.

3.4 Sampel Kajian

Responden dalam kajian ini terdiri daripada 30 orang pelajar Tahun 6. Murid-murid Tahun 6 dipilih dalam kajian ini kerana pelajar matang untuk menjawab soalan dan mampu memahami kehendak soalan dengan lebih baik berbanding pelajar yang berada dalam Tahap 1 di sekolah rendah.

3.5 Pengumpulan Data

Bagi pengumpulan data, kajian ini menggunakan dua kaedah dalam pengumpulan data iaitu data primer dan data sekunder. Data primer adalah merujuk kepada data yang dikumpulkan sendiri oleh penyelidik menerusi set soal selidik pelajar. Manakala pengumpulan data sekunder pula adalah lebih mengutamakan penyelidikan perpustakaan dan data tersebut telah dikumpul daripada kajian-kajian berkaitan yang dilakukan sebelum ini oleh penyelidik lain sama ada dalam bentuk artikel, artikel jurnal, tesis, buku, majalah, kertas seminar dan sebagainya. Adapun data primer dalam kajian ini ialah instrumen yang digunakan dalam kajian ini.

(9)

3.6 Instrumen Kajian

Instrumen kajian merupakan alat ukur yang digunakan dalam menentukan data serta maklumat yang dikehendaki dapat diperolehi atau sebaliknya. Maklumat berkaitan instrumen kajian adalah merupakan perkara yang amat mustahak dalam merancang sesuatu kajian bagi tujuan mengumpul data yang akan diperolehi (Cresswell, 2008). Instrumen kajian yang akan digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Set soal selidik yang digunakan dalam kajian ini akan dapat memberikan gambaran mengenai tahap motif berafiliasi dan motivasi berprestasi dalam kalangan pelajar .

Soal selidik hendaklah dijawab oleh pelajar Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Ulu Segan, Bintulu berkenaan tahap motif berafiliasi yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bahagian A: Maklumat demografi dan Bahagian B: Aspek motif berafiliasi dalam kehidupan murid.

3.7 Cara Analisis Data

Soal selidik pelajar pula akan dianalisis secara statistik menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 21.0. dengan menggunakan prosedur statistik frekuensi dan peratusan, kerana menurut Chua, (2010) bagi menganalisis perbezaan antara kumpulan-kumpulan responden, boleh menggunakan ujian bukan parametrik(parameter). Analisis deskriptif boleh menggunakan frekuensi dan peratusan kerana nilai skala likert adalah skala ordinal. Dapatan deskriptif berkaitan tahap motif berafiliasi dilaporkan pada peringkat pertama. Pada peringkat kedua pula dapatan analissi korelasi pearson diantara motif berafiliasi dengan dan motif berprestasi pula akan dihuraikan.

3.8 Kesimpulan

Bab ini telah membincangkan metodologi yang digunakan untuk melaksanakan kajian yang meliputi reka bentuk kajian, pemilihan responden dan tempat kajian, kesahan dan kebolehpercayaan maklumat, tatacara pengumpulan data yang diambil dan juga tatacara menganalisa data kajian serta perisian yang digunakan.Ini dilakukan bagi membantu pengkaji untuk memudahkan proses penganalisisan data kajian dengan mudah, cepat dan sistematik. Metodologi kajian yang digunakan adalah konsisten supaya tidak menyeleweng dari landasan dan batasan kajian. Kaedah yang tepat dan betul adalah penting bagi menghasilkan sebuah kajian yang berkualiti.

ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN 4.0 Pendahuluan

Bab ini akan menerangkan secara terperinci analisis data yang telah dilakukan dan dapatan yang diperolehi daripada kajian yang telah dijalankan. Bab ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu analisis terperinci dan analisis umum.

4.1 Analisis Terperinci

Analisis yang dilakukan ini adalah berkaitan dengan dapatan kajian yang diperolehi iaitu mengandungi interpretasi yang merangkumi keseluruhan ruang lingkup mengenai objektif kajian yang telah dikemukakan pada Bab 1. Sehubungan dengan itu, perbincangan dalam analisis ini akan menumpukan kepada menjawab kesemua persoalan kajian yang telah dikemukakan di dalam Bab 1 yang melibatkan soal selidik pelajar.

(10)

4.1.1 Analisis Data Soal Selidik

Dapatan soal selidik ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Bahagian A mengenai latarbelakang responden dan Bahagian B hubungan tahap motif berafiliasi dengan moitivasi berprestasi pelajar.

4.1.1.1 Bahagian A: Latarbelakang Demografi Responden

Dapatan kajian dalam aspek latarbelakang responden melipuiti aspek berikut:- 1) Jantina

2) Status Pelajar asrama atau harian

Jadual 4.1: Analisis Frekuensi dan Peratusan Responden Mengikut Jantina Frekuensi Peratus Peratus Valid Peratus Kumulatif Valid Lelaki 16 53.3 53.3 53.3 Perempuan 14 46.7 46.7 100.0 Jumlah 30 100.0 100.0

Berdasarkan Jadual 4.1 di atas, responden kajian ini seramai 30 orang pelajar (100.0%) yang terdiri daripada 16 orang responden lelaki iaitu sebanyak 53.3% dan 14 orang responden perempuan iaitu sebanyak (46.7%) daripada keseluruhan responden.

Jadual 4.2: Analisis Frekuensi dan Peratusan Responden Status Pelajar Asrama dan Harian. Frekuensi Peratus Peratus Valid Peratus Kumulatif Valid Ya 13 43.3 43.3 43.3 Tidak 17 56.7 56.7 100.0 Jumlah 30 100.0 100.0

Berdasarkan Jadual 4.2 di atas, 13 orang responden adalah pelajar asrama 43.3% dan 17 orang responden pelaajr harian iaitu sebanyak 56.7% daripada keseluruhan responden. 4.1.1.2 Bahagian B: Hubungan tahap motif berafiliasi dengan motivasi berprestasi pelajar.

Dapatan berdasarkan soal selidik pelajar terhadap:

1) tahap motif berafiliasi pelajar

2) tahap motivasi berprestasi pelajar

Jadual 4.3: Nilai pekali kebolehpercayaan item

Tahap α

Motif Berafiliasi .751

Motif Berprestasi .688

Berdasarkan Jadual 4.3, secara umumnya kebolehpercayaan item yang digunakan adalah boleh diterima dan baik dengan nilai alpha Cronbach (α= .0751) untuk TMA dan nilai alpha Cronbach (α= .688) untuk TMO. Mengikut Mohd. Majid Konting (1993) pekali kebolehpercayaan yang boleh diterima pengikut pengamal penyelidikan dalam sains sosial ialah lebih daripada α=.60. Manakala Nunally (1978) menyatakan nilai “Cronbach Alpha‟ hendaklah melebihi .70 untuk dianggap sebagai tahap yang diterima. Menurut Lyman(1986), Reliability coeficients boleh mengambil satu nilai

(11)

dari -0.1 hingga +1.0 secara konseptual, sekiranya Reliability coefficient adalah 0, tidak ada komponen yang „benar‟dalam skor. Sekiranya Reliability coefficient 1.0, skor yang diperhatikan tidak mengandungi error. 1.0 mengandungi keseluruhan skor yang betul walaupun pekali 1.0 adalah sangat jarang. Responden kajian terdiri daripada 30 orang pelajar Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Ulu Segan, Bintulu, Sarawak. Jadual 4.4 Tahap Motif Berafiliasi

Item N Min Sisihan

Piawai

Interpretasi Skor min keseluruhan 30 2.6226 0.08876 Sederhana

Berdasarkan Jadual 4.4, data menunjukkan tahap motif berafilasi pelajar secara keseluruhannya berada di tahap yang sederhana iaitu min skor keseluruhan 2.6226 dan sisihan piawai 0.8876. 49 item berada pada tahap sederhana. Hal ini menunjukkan tahap motif berafiliasi pelajar adalah sederhana. Hanya item 9. “Saya meminta kawan menyiapkan tugasan kumpulan walaupun sakit.” berada dalam tahap rendah.

Jadual 4.5 Tahap Motivasi Berprestasi

Item N Min Sisihan

Piawai

Intepretasi

Skor min keseluruhan 3.5249 1.0032 Tinggi

Berdasarkan Jadual 4.5, data menunjukkan tahap motivasi berprestasi pelajar. Secara keseluruhannya berada di tahap yang tinggi iaitu min skor keseluruhan 3.5249 dan sisihan piawai 1.0032. Hal ini menunjukkan tahap motivasi berprestasi pelajar adalah tinggi. Namun begitu bagi item 1.”Saya belajar kerana terpaksa.” menunjukkan min yang sederhana. Hal ini menunjukkan b a h a w a pelajar belajar bukan kerana paksaan tetapi mereka mempunyai motivasi untuk mencapai kejayaan. Item 5.”Saya hanya belajar jika peperiksaan/ujian.” pada tahap sederhana juga menunjukkan bahawa pelajar belajar bukan atas dasar peperiksaan tetapi mempunyai motivasi untuk mencapai satu tahap prestasi.

Jadual 4.6 Hubungan yang Signifikan antara Motif Berafiliasi dengan Motivasi Berprestasi Pelajar.

Kolerasi

Motif Berafiliasi Motivasi Berprestasi

Motif Berafiliasi Pearson Correlation 1 .379 * Sig. (2-tailed) .039 N 30 30 Motivasi Berprestasi Pearson Correlation .379 * 1 Sig. (2-tailed) .039 N 30 30

*. Correlation is significant at the 0.05 level (2 tailed).

Jadual 4.6 menunjukkan hasil analisis kolerasi bahawa terdapat hubungan yang sederhana di antara pemboleh ubah motif berafiliasi dengan pemboleh ubah motivasi

(12)

berafiliasi pelajar ada hubungan dengan tahap motivasi berprestasi pelajar. Hal ini kerana motif berafiliasi memberi dorongan kepada pelajar untuk menyaingi prestasi kawan-kawannya.

4.1.1.3 Perbezaan Tahap Motif Berafiliasi dan Motivasi Berprestasi Antara Jantina

Jadual 4.6 Min dan Sisihan Piawai Tahap Motif Berafiliasi Dan Tahap Motovasi Berprestasi Antara Murid Lelaki dan Perempuan

Jantina N Min Sisihan piawai

Motif berafiliasi Lelaki 16 2.5963 .23429

Perempuan 14 2.6529 .31755

Motivasi berprestasi Lelaki 16 3.4469 .30793

Perempuan 14 3.6143 .27972

Jadual 4.6 menunjukkan dari segi min dan sisihan piawai, tahap motif berafiliasi jantina menunjukkan pelajar lelaki (min= 2.5963 dan sp= .23429) mempunyai k e k e r a p a n yang lebih rendah daripada pelajar perempuan (min= 2.6529 dan sp= .31755). Tahap motivasi berprestasi pelajar lelaki (min= 3.4469 dan s = .30793) mempunyai kekerapan yang lebih rendah daripada pelajar perempuan (min= 3.6143 dan sp= .27972).

4.1.1.4 Perbezaan Tahap Motif Berafiliasi dan Motivasi Berprestasi Antara Pelajar Asrama dan Harian

Jadual 4.7 Min dan Sisihan Piawai Tahap Motivasi Berprestasi Antara Murid Asrama dan Harian

Asrama N Min Sisihan Piawai

Motif berafiliasi Ya 13 2.7585 .30380

Tidak 17 2.5188 .19805

Motivasi berprestasi Ya 13 3.4885 .31302

Tidak 17 3.5529 .30024

Jadual 4.7 menunjukkan dari segi min dan sisihan piawai, tahap motif berafiliasi pelajar asrama (min= 2.7585 dan sp= .30380) mempunyai kekerapan yang lebih tinggi daripada pelajar harian (min= 2.5188 dan sp= .19805). Tahap motivasi berprestasi pelajar asrama (min= 3.4885 dan sp= .31302) mempunyai kekerapan yang lebih rendah daripada pelajar harian (min= 3.5529 dan sp= .30024)

KESIMPULAN 5.0 Pendahuluan

Dalam bab ini, pengkaji merumuskan secara ringkas segala perbincangan dan dapatan kajian yang telah dilakukan dalam bab-bab sebelumnya. Seterusnya yang terakhir, pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai refleksi kepada keseluruhan kajian ini.

5.1 Rumusan kajian

Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang postif antara motif berafiliasi dengan motivasi berprestasi pelajar di Sekolah Kebangsaaan Ulu Sega. Kajian juga mendapati terdapat perbezaan tahap motif berafiliasi dan motivasi berprestasi mengikut jantina dan status pelajar asrama dan harian.

(13)

5.2 Dapatan kajian

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa wujudnya hubungan yang positf antara motivasi berafiliasi dengan motivasi berprestasi. Ini bermakna motif berafilasi pelajar mempengaruhi motivasi berprestasi pelajr. Dapatan ini adalah selari dengan kajian Sirajudin Islam (2018) menunjukkan bahawa motivasi berafiliasi memberi kesan terhadap sikap kesetiaan (loyaliti) komuniti permotoran. Kajian VAS Achadiyah (2006) menunjukkan bahawa motif berafiliasi memberi kesan terhadap rasa keterasingan pada narapidana. Motif berafiliasi sangat mempengaruhi

Responden dalam kajian ini adalah 30 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Ulu Segan, Bintulu. Dapatan kajian mendapati tahap motif berafiliasi pelajar lelaki lebih rendah berbanding dengan pelajar perempuan. Motivasi berprestasi pelajar lelaki lebih rendah berbanding dengan pelajar perempuanTahap motif berafiliasi pelajar asrama lebih tinggi berbanding dengan pelajar harianMotivasi berprestasi pelajar asrama lebih rendah daripada pelajar harian

5.3 Kesimpulan dapatan

Sebagai rumusan daripada dapatan yang diperolehi kajian yang dijalankan menggunakan soal selidik yang diedarkan kepada responden, dapatlah disimpulkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan perbezaan anyata motif berafilasi pelajar dengan motivasi berprestasi. Walaupun begitu koefisien korelasi menunjukkan hubungan tersebut adalah sederhana.

5.4 Cadangan

Responden kajian yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 30 orang pelajar Tahun Enam sekolah di luar bandar. Tahap motif berafiliasi pelajar luar bandar mungkin berbeza dengan pelajar sekolah bandar. Kajian ini boleh diperluaskan ke sekolah bandar yang mempunyai latar belakang sosioekonomi dan persekitaran pembelajaran yang berbeza dibandingkan dengan pelajar di luar bandar.

Selain daripada itu, kajian berbentuk analisis tahap motif berafilasi terhadap prestasi akademik juga relevan untuk dijalankan. Ini bertujuan untuk mengenal pasti kemungkinan wujud kecenderungan yang berbeza antara tahap motif berafilasi pelajar prestasi akademik mereka.

Berdasarkan dapatan kajian maka penulis menyampaikan dua saranan. Pertama, guru harus melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran kooperatif di mana pelajar bekerja dalam kumpulan untuk mencapai tujuan bersama. Pembelajaran kooperatif adalah suatu model pembelajaran di mana sistem belajar dan bekerja dalam kumpulan kecil antara empat hingga enam orang secara kolaboratif sehingga dapat merangsang pelajar lebih bersemangat dalam belajar. Anggota kumpulan terdiri daripada tahap kemampuan yang berbeza, pelajar dengankemampuan lebih tinggi berpotensi mengembangkan kemampuannya dan membimbing ahli kumpulan yang memiliki kemampuan kurang. Kedua, penubuhan Kelab Pimbing Rakan Sebaya (PRS)

di sekolah harus dipertimbangan. Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) adalah

satu program untuk melatih pelajar agar dapat menguasai kemahiran membantu supaya mereka dapat membantu rakan pelajar yang memerlukan pertolongan dari segi mental, sosial atau emosional dan di samping melatih mereka membantu diri sendiri.

(14)

RUJUKAN

Achadiyah, V. A. S. (2006). Hubungan antara motif berafilasi dengan alienasi pada narapidana. (Doctoral dissertation, University of Muhammadiyah Malang).

Ahmad, A. M. (2013). Faktor yang mempengaruhi perbezaan pencapaian akademik pelajar lepasan diploma politeknik dan matrikulasi terhadap subjek kejuruteraan (Doctoraldissertation,Universiti Tun Hussein Onn Malaysia).

Ahmad, J. (2002). Kesahan, kebolehpercayaan dan keberkesanan Modul Program Maju Diri ke atas motivasi pencapaian di kalangan pelajar sekolah menengah negeri Selangor (Doctoral dissertation, Universiti Putra Malaysia).

Andriani, A., & Indrawati, E. S. (2017). Motivasi Berafiliasi Dan Minat Menjadi Paskibraka Pada Siswa SMKN. Empati, 5(1), 153-157.

Arbaa, R., Jamil, H., & Razak, N. A. (2010). Hubungan guru-pelajar dan kaitannya dengan komitmen belajar pelajar: Adakah guru berkualiti menghasilkan perbezaan pembelajaran antara jantina pelajar. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35(2), 61-69. Andayani, R. T. (2013). Hubungan antara motif berprestasi dan sikap siswa terhadap

pelajaran pendidikan lingkungan hidup dengan prestasi belajar siswa pada pelajaran pendidikan lingkungan hidup. Empowerment, 2(1), 47-93.

Anggraini, J.(2006). Hubungan Antara Kebutuhan Afiliasi Dengan Asertivitas Pada Peseta Didik Di Madrasah Patra Mandiri Palembang.[Skripsi] (Doktoral Dissertation, UIN Raden Fatah Palembang).

Budidarmo, T.P(2013) Pengaruh Moitivasi Afiliasi Terhadap Minat Kewirausahaan(Dikhususkan Untuk Mahasiswa Di Jakarta) Universiti Indonesia. Islam, S., & Indrawati, E. S. (2018). Hubungan Antara Motivasi Berafiliasi dengan

Loyalitas pada Anggota Komunitas Motor Jupiter MX Community Kota Semarang. Empati, 7(1), 263-268.

Harenbi, Y. D. (2008). Hubungan antara banyaknya judul komik serial cantik yang dibaca dengan dorongan bersahabat akibat membaca serial cantik pada remaja putri (Doctoral dissertation, Sanata Dharma University).

Hudaidah, H. (2017). Pengaruh Motif Berafiliasi, Komunikasi Interperosnal Dan Efikasi Diri Terhadap Motif Berprestasi Mahasiswa Program Studi Pendidikan Sejarah FKIP Unsri. Fajar Historia: Jurnal Ilmu Sejarah dan Pendidikan, 1(2).

JGD – Journal of Governance and Development 8 Vol.7, 2011 (8 - 15) Keupayaan Teori dan Pelaksanaan Pentaksiran dalam Pembelajaran Arsaythamby Veloo* Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia *Corresponding author; email: arsay@uum.edu.my

Veloo, A. (2011). Keupayaan teori dan pelaksanaan pentaksiran dalam pembelajaran. Journal of Governance and Development, 7, 8-15.Portal KPM Sabran, M. S. (2005). 7 rahsia kecemerlangan akademik. Utusan Publications.Yahaya,

A., & Majid, N. A. (2011). Hubungan antara Budaya Formal sekolah dan gaya

pembelajaran pelajar dengan pencapaian Akademik Pelajar sekolah

menengah. Journal of Educational Psychology and Counseling, 2(1), 78-112. Rahman, S. (2006). Hubungan antara kesedaran metakognisi, motivasi dan pencapaian

akademik pelajar universiti. Jurnal Pendidikan Malaysia (Malaysian Journal of Education), 31, 21-39.

Ulfah, T. A. (2011). Gaya Hidup Hedonis Pada Mahasiswa Yang Mengunjungi Tempat Hiburan Malam Ditinjau Dari Motif Afiliasi. Jurnal Fakultas Psikologi Universitas Semarang.

(15)

Nugroho, R. A., & Hartono, S. (2017). Pengaruh Komitmen Organisasi, Motivasi Berprestasi dan Gaya Kepemimpinan terhadap Kinerja Karyawan PT Wangsa Jatra Lestari. Jurnal Bisnis dan Ekonomi, 23(2).

Pribadi, A. S., Pratiwi, M. M. S., & Brotowidagdo, R. (2018). Motif Afiliasi Pengguna Aktif Facebook. Proyeksi, 6(2), 50-57.

Martaniah, S. M. (1984). Motif Sosial.

Referensi

Dokumen terkait

Makanan yang paling banyak dikonsumsi oleh ikan sepat siam baik yang berukuran kecil maupun besar adalah mikroalga dari Kelas Bacillariophyceae berjenis Diatoma, Melosira, dan

pri čemer pomenijo: LCC - skupna sedanja vrednost stroškov življenjskega cikla posamezne alternative I - sedanja vrednost osnovnih investicijskih stroškov 21 Repl - sedanja

Fungsi Save, adalah fungsi yang digunakan untuk menyimpan citra hasil deteksi tepi, atau dapat juga digunakan untuk menyimpan citra yang telah diolah dengan beberapa jenis operasi

Pertama, dari segi semantis, baik pada diatesis pasif bahasa Jepang maupun bahasa Indonesia, pendamping inti yang berperan penanggap adalah yang mengalami suatu peristiwa

Berdasarkan hasil pengamatan yang telah dilakukan, aktivitas guru pada penerapan model Siklus Belajar ( Learning Cycle ) ini, menunjukkan adanya peningkatan aktivitas

Retribusi Terminal adalah pelayanan atas penyediaan tempat parkir untuk kendaraan penumpang bis umum dan mobil barang, tempat kegiatan usaha, fasilitas lainnya di

Dalam kesempatan ini juga, dengan menghayati bahwa kehidupan dan pertumbuhan jemaat di GKI Kemang Pratama adalah tanggung jawab kita bersama, marilah dalam rasa syukur

638/BPBD/2016 tanggal 26 Agustus 2016 tentang Perpanjangan Penetapan Status Siaga Darurat Penanggulangan Bencana Asap Akibat Kebakaran Hutan dan Lahan di Provinsi