• Tidak ada hasil yang ditemukan

International Conference on Global Education VII Humanising Technology For IR 4.0

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "International Conference on Global Education VII Humanising Technology For IR 4.0"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

KOMPETENSI KEPIMPINAN SEKOLAH MALAYSIA DALAM PERSPEKTIF KOMPAS 2.0

Shuibun Hamid

E-mail : shuibunsip@yahoo.com ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau persekitaran amalan pengurusan pemimpin sekolah. Kecemerlangan sesebuah sekolah dipengaruhi oleh kepemimpinan pengetua dan guru besar yang berkesan. Namun kesibukan komitmen pengetua dan guru besar(PGB) dalam menghadapi cabaran globalisasi memerlukan amalan kepimpinan yang berkualiti, agar matlamat organisasi tercapai. Kajian ini ditumpukan kepada pemimpin sekolah rendah dan menengah seluruh Malaysia. Ia juga bertujuan untuk mengenalpasti tahap kompetensi amalan kepimpinan PGB. Disamping itu penyelidik juga ingin melihat perbezaan amalan pengurusan berdasarkan kompetensi KOMPAS yang mempunyai lima domain kompetensi kepimpinan sekolah. Sejumlah 818 PGB seluruh Malaysia telah dilibatkan sebagai responden untuk kajian ini. Data dikumpul berdasarkan instrument Kompas yang dibuat secara dalam talian. Penyelidikan bertujuan mengenalpasti status kompetensi pemimpin sekolah berdasarkan penilaian kendiri. Data yang dikutip akan dirumuskan dalam perspektif menyediakan ruanglingkup latihan kepada pemimpin sekolah. Dapatan kajian menunjukkan wujudnya kesukaran kepada pemimpin sekolah dalam domain membuat perubahan dan inovasi. Dapatan kajian menjelaskan bahawa apabila seseorang pemimpin sekolah agak sukar untuk membuat perubahan dan inovasi maka wujudnya pemimpin yang kurang berpeluang mengenalpasti keupayaan dan kebolehan kepimpinan mereka. Secara keseluruhan dapatan juga menjelaskan bahawa pemimpin sekolah di Malaysia mempunyai tahap yang rendah dalam kebanyakan domain kompetensi kepimpinan sekolah dalam KOMPAS. Dapatan ini diharapkan dapat memberi sedikit panduan kepada pembimbing rakan sekolah seperti School Improvement Partner Plus (Si Partner), School Improvement Specialist Coach Plus (sisc+) serta Institut Aminuddin Baki (IAB) sendiri dalam menyediakan latihan dan konsultasi kepada pemimpin dan guru-guru di sekolah.

Kata Kunci : Pengetua Guru Besar (PGB), Kompetensi kepengetuaan Malaysia, KOMPAS 2.0, Kepimpinan sekolah, pengurusan sekolah

PENDAHULUAN

Tahun 2012, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), melaksanakan transformasi sistem pendidikan negara yang bermatlamat memperlengkapkan murid dengan segala kemahiran baharu untuk bersaing dan menangani setiap cabaran yang mendatang. Tahun yang berikutnya, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025 dilancarkan. PPPM mencadangkan 11 anjakan strategik untuk mentransformasikan sistem pendidikan negara. Anjakan 5, memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan setiap sekolah.

Abad ke-21 menyaksikan cabaran yang amat besar dalam dunia pendidikan dan persekolahan. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang begitu pesat, mengakibatkan banyak perubahan dan perluasan dalam skop kurikulum dan pentadbiran sekolah. Hal ini kerana pendidikan adalah kepentingan awam dan sektor utama dalam pembangunan Negara.

KPM telah menetapkan matlamat pembangunan sistem pendidikan Negara untuk menzahirkan sistem pendidikan berkualiti dunia dan menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan (Centre of Excellence) pendidikan (Abdul Shukor, 1998). Oleh itu

(2)

semua peringkat dalam pendidikan wajar memainkan peranan masing-masing untuk merealisasikan wawasan pendidikan berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pengetua dan Guru Besar (PGB), memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju sesebuah sekolah. Oleh yang demekian, PGB perlu bijak merencanakan perancangan yang berkesan agar perjalanan sekolah berjalan lancar mencapai kecemerlangan. Hussein Mahmood (2008), menyatakan bahawa realiti keberkesanan sesebuah sekolah amat rapat dengan prestasi kepimpinan yang efektif. Tai Mei Kin (2007) pula menyatakan bahawa kepimpinan yang cemerlang mempunyai ciri-ciri kepimpinan berkualiti, berkemahiran dan berketrampilan, mempunyai wawasan dan kreatif serta inovatif, berkemahiran berkomunikasi dan bermotivasi, berkemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah, mempunyai kecergasan fizikal, kestabilan emosi, dan kecergasan fikiran serta beriman.

Menurut mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Asiah Abu Samah (Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan 1993), semua pihak di sekolah haruslah melaksanakan setiap tugas dan tanggungjawab masing-masing secara professional serta tinggi mutunya, bukan sahaja dalam menangani hal-ehwal pengajaran dan pembelajaran di bilik-bilik darjah bahkan juga dalam mengurus dan mentadbir hal-hal lain seluruhnya.

Keutamaan strategi ditumpukan kepada pengurus-pengurus pendidikan khususnya pengetua dan guru besar (PGB) yang berada di peringkat pelaksana agar dapat memainkan peranan secara langsung dengan penuh komitmen malah kesedaran dan penghayatan yang mendalam terhadap beberapa strategi yang ditetapkan. Bagi memastikan pemimpin berkualiti ditempatkan di sekolah-sekolah (KPM, 2001). Peningkatan dan perluasan penggunaan ICT, pemantapan kurikulum sekolah, penyertaan pelajar dalam bidang sains, peningkatan dan penekanan kepada penilaian formatif dan perluasan penglibatan komuniti untuk kemajuan sesebuah sekolah adalah antara yang menjadi tanggungjawab utama pihak sekolah. Oleh itu fungsi sekolah menjadi bertambah penting

Pengetua / Guru Besar (PGB)

Menurut Ibrahim Mamat (1998), PGB sekolah ialah orang yang mengetuai/memimpin sekolah. Beliau menjadi pengurus dan pentadbir kepada apa jua yang terdapat di sekolah. Dalam pengurusan organisasi sekolah, PGB sekolah harus menjalankan dua fungsi formal iaitu fungsi pengajaran dan fungsi pentadbiran (Hussein Mahmood 1993).

Latar Belakang Kajian

Kewujudan jawatan baru, School Improvement Partnership Plus (SIP +), di setiap Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi membantu membimbing pengurusan sekolah menuntut bahawa setiap pegawai berkenaan perlu arif berkaitan ilmu kompetensi setiap PGB yang dibimbing. Semua aktiviti PGB dibimbing, sehinggalah tugas mengawal dan menyelia terletak dibahu PGB di sekolah kerana sistem pendidikan kini sudah menjadi besar dan kompleks. Pengurusan pendidikan bukan satu tugas yang mudah kerana PGB dipertanggungjawabkan seratus peratus mengurus dan menyelia sekolah dan bagaimana hendak mencorakkan kepimpinan di sekolah.

Kecemerlangan atau kejayaan organisasi sekolah banyak dipengaruhi oleh kepemimpinan PGB yang berkesan. Ini bermakna, PGB yang dapat menentukan maju atau mundurnya sesebuah sekolah.

(3)

In many way the school principal is the most important and influential in any school….. it is his leadership that sets the tone of school, the climate for learning,

the level of professionalism and morale of teacher and the degree on concern for what students may or may not become…. If a school is a vibran, innovative, child-

centred place; if it has reputation for excellence in teaching; if students are performing to the best of their ability one can almost always point to the principal’s leadership as the key to success.

(Sergiovani, 1995:83) Oleh yang demikian, Jawatankuasa Mengkaji Taraf Pelajaran (1982) di sekolah-sekolah telah menyarankan bahawa peranan utama kepemimpinan PGB mestilah:

….cekap dan banyak menghabiskan masa mengelola aktiviti pembelajaran di sekolah-

sekolah. Mengekalkan penyeliaan sekolahnya dengan cara berkesan, bertindak sebagai pakar runding, penasihat dan coordinator bagi program pengajaran dan

pembelajaran di sekolah dan perlu juga menghabiskan masa yang lebih dalam aktiviti-aktiviti professional guru dan pelajar, jangan hanya bekerja semata-mata

sebagai pentadbir yang berkurung di bilik mengeluarkan arahan dan surat-surat

siaran.

(Kementerian Pelajaran Malaysia : 1982:6)

Pernyataan berkenaan menunjukkan terdapat perubahan tugas utama PGB iaitu daripada pemimpin pentadbiran kepada pemimpin pengajaran. Perubahan peranan PGB berlaku kerana desakan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan PPD supaya pihak sekolah dapat mewujudkan sekolah berkesan atau kecemerlangan dalam pencapaian sekolah.

Menurut Hussein Mahmood (2007), tugas PGB adalah berkait rapat dengan tanggungjawab dan kebertanggungjawaban. Di sekolah, PGB menjalankan pelbagai tugas yang berkait rapat dengan aspek pentadbiran pengurusan, penyeliaan, kepimpinan, pendidikan dan yang berkaitan dengan organisasi sekolah sebagai satu institusi formal. Hanafi Kamal (1980; 245) menggariskan tugas PGB ialah:

(i) kepemimpinan (ii) kebajikan dan displin (iii) staf sekolah

(iv) perancangan, membuat keputusan, pengelolaan, penyelarasan dan perhubungan (v) kurikulum dan pengajaran

(vi) kualiti diri

(vii) pejabat sekolah, kemudahan fizikal, kewangan dan pengurusan perniagaan (viii) hubungan sekolah-masyarakat.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Ahmad Tajudin Abd. Hamid (1989), PGB di Malaysia adalah faham dan jelas tentang tugas mereka dalam kepemimpinan

(4)

tugas yang lain adalah berat dan pelbagai. Pernyataan di atas turut disokong laporan kajian oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan (1992), menunjukkan pengetua mempunyai beban tugas yang banyak. Fenomena ini menggambarkan beban tugas (work load) seorang PGB sentiasa bertambah dari masa ke semasa. Oleh itu, tentulah sukar bagi PGB menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai pentadbir atau pengurus sekolah bersendirian dengan lebih efisien dan efektif.

Kewujudan perjawatan SIP+ adalah berperanan sebagai pembimbing kepada PGB di setiap sekolah. Bimbingan SIP+ ini mencakupi keseluruhan kepimpinan PGB sekolah tersebut. Tujuh kompetensi kepimpinan pengetua yang digariskan berkenaan mencakupi dalam senarai instrument KOMPAS yang dinilai. Bimbingan awal SIP+ sememangnya mendalami apa yang PGB berkenaan perlu dibimbing. Analisis data yang diperolehi akan membantu SIP+ mencorakkan proses bimbingan kepada PGB yang dibimbing.

Mohd Salleh Lebar (2000) menyatakan bahawa PGB ialah orang yang secara langsung menentukan bagaimana pelajar-pelajar disesebuah sekolah berupaya menentukan tahap beban tugas dan tanggungjawab para gurunya. Jika tugas dan tanggungjawab para guru ini dikendalikan dengan berkesan dibawah kepimpinan dan bimbingan PGB tersebut, maka masalah-masalah kerja yang timbul tidak mampu menghalang kejayaan pencapaian akademik sesebuah sekolah itu. Menurut Gmelch W. H. (1983), seseorang PGB mampu mengubah stafnya daripada “…... a needless stressor to a creative motivator”. Kajian Green blatt, Cooper & Mats (1984) pula menekankan bahawa jika PGB memberikan tunjuk ajar dan bimbingan maka hasil kerja guru-guru akan menjadi bermutu dan berkualiti tinggi.

Pernyataan Masalah

Perubahan dalam pendidikan di Malaysia bergerak pantas sesuai dengan tuntutan zaman. Kesan perubahan ini turut mengubah kepemimpinan PGB daripada ‘routine manager’ kepada ‘leader manager’ dalam usaha melahirkan pemimpin berpemikiran peringkat sekolah yang sentiasa berada di sempadan ilmu dan meneroka idea bagi meningkatkan keberkesanan sekolah. Malah budaya kerja mengurus seseorang PGB menjadi sebahagian daripada indikator keberkesanan sesebuah sekolah. PGB berkesan sentiasa mengamalkan budaya kerja. Pengupayaan dan memikirkan sesuatu ‘unreasonable’ serta kreatif dalam menyelesaikan masalah untuk mewujudkan keberhasilan sekolah dan kepemimpinan yang efektif (Abdul Ghani, 2002).

Atan Long (1982) menyentuh tentang gaya / tingkahlaku PGB yang menyumbang kepada kejayaan sekolah iaitu :

a. PGB yang pragmatis.

b. PGB yang bertanggungjawab, berdedikasi, bermotivasi dan berketrampilan. c. PGB yang mampu mewujudkan mekanisme penyeliaan yang berkesan. d. PGB yang mengamalkan tanggungjawab bersama.

e. PGB yang mampu membuat pengagihan kuasa yang baik. f. PGB yang mempunyai visi.

g. PGB yang menggalakkan latihan dalaman untuk meningkatkan profesionalisme perguruan.

h. PGB yang menunjukkan keperihatinan terhadap kebajikan guru. i. PGB yang melahirkan semangat setia kawan.

(5)

Program Fellow Kanan, yang dibentuk menerusi Mesyuarat Profesional KPM Bil. 08/2013 bertarikh 21 Mac 2013 kanan di bawah pengelolaan IAB dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sekolah telah mendapati pemimpin sekolah yang dilawati kurang mempunyai idea yang kreatif, kurang kemahiran membuat keputusan, kurang mahir dalam aspek misi dan visi sekolah dan menggunakan stail kepimpinan yang tidak sesuai untuk membangunkan sekolah. Program ini telah dimulakan pada April 2013 seiring dengan gelombang pertama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

Objektif Kajian

Objektif kajian ini untuk meninjau setakat mana keupayaan PGB di Malaysia

1. Mencapai kecemerlangan sekolah dalam melakukan perubahan terhadap bidang kompetensi kepimpinan dimensi KOMPAS.

2. Dapatan kajian diharapkan menjadi sandaran kepada pegawai SIP + sebagai Panduan yang berkesan untuk bimbingan berkualiti.

3. Dapatan kajian juga amat diperlukan bagi melihat situasi keupayaan PGB sekolah bekeperluan tinggi dalam mencorakkan kepimpinan yang lebih berviarasi.

4. Dapatan kajian diharapkan menjadi panduan kepada pegawai di dalam Unit Pengurusan Sekolah PPD, untuk membuat tindakan dan keputusan terbaik dalam pengurusan sekolah.

5. Hasil rumusan data diharapkan memberi sedikit bantuan bagaimana keupayaan kepimpinan dapat ditangani.

6. Diharapkan kajian ini dapat dijadikan „turning point‟ membudayakan kajian tindakan di dalam dunia pendidikan khasnya di PPD seluruh Malaysia.

Persoalan Kajian

Penyelidikan ini cuba mengenengahkan beberapa persoalan yang akan cuba dijawab: 1. Apakah tahap amalan pengurusan mengikut dimensi kompetensi Dasar dan Hala

Tuju PGB di Malaysia

2. Apakah tahap „amalan pengurusan‟ PGB di Malaysia mengikut Dimensi kompetensi Hubungan Sesama Manusia?

3. Apakah tahap „amalan pengurusan‟ PGB di Malaysia mengikut Dimensi kompetensi Instruksional dan Pencapaian?

4. Apakah tahap „amalan pengurusan‟ PGB di Malaysia sekolah kebangsaan mengikut dimensi kompetensi Keberkesanan Kendiri?

5. Apakah tahap „amalan pengurusan‟ PGB di Malaysia mengikut dimensi kompetensi Mengurus Perubahan dan inovasi?

6. Apakah tahap „amalan pengurusan‟ PGB di Malaysia mengikut dimensi kompetensi sumber dan operasi?

7. Apakah tahap „amalan pengurusan‟ PGB sekolah menengah, SK, SJKC, SJKT, SABK, SMOA, di PPD Kuala Kangsar mengikut dimensi kompetensi Kompas? 8. Apakah tahap „amalan pengurusan‟ PGB sekolah band 5, 6 dan 7 di PPD Kuala

Kangsar mengikut dimensi kompetensi Kompas?

9. Adakah terdapat perbezaan keupayaan kompetensi PGB yang mengikuti NPQH, NPQEL dan tanpa mengikuti kedua-dua kursus berkenaan?

10. Adakah terdapat hubungan rumusan data KOMPAS dan SKPMg2 dalam konteks kompetensi PGB dan pencapaian sekolah?

(6)

Kepentingan Kajian

Pengkaji berpendapat kajian ini penting kerana kepimpinan pendidikan memberi impak yang signifikan ke atas kualiti kecemerlangan sekolah. Sekolah yang cemerlang semestinya dipimpin oleh PGB yang cemerlang.

Menurut Shapiro C.H (1982), seseorang ketua mempunyai pengaruh yang nyata dalam kebanyakan ciri atau struktur organisasinyanya dan pengaruh ini pula mempunyai korelasi dengan tahap kompetensi PGB berkenaan.

Kajian ini menjadi amat penting kepada SIP +, Daerah Kuala Kangsar. Segala dapatan kajian nanti akan menjadi dapatan yang rasmi dan rujukkan berguna untuk membimbing PGB berkenaan.

Enam Dimensi Kompetensi Kompas 1. Dasar dan hala tuju

PGB semestinya ada keinginan untuk membuat perubahan terhadap pencapaian dan kecemerlangan sekolah.

2 Hubungan sesama ,manusia

Berkeupayaan berkomunikasi dan bertindak sebagai pembimbing kepada semua staf, guru dan komuniti dalam bersama-sama untuk mencapai kecemerlangan sekolah. 3 Instruksional dan pencapaian

PGB semestinya merupakan pemimpin pembelajaran dan bertindak sebagai pakar dalam mencorakkan setiap kecemerlangan kepimpinannya.

4 Keberkesanan diri

Tanggapan PGB bahawa mereka mempunyai kemahiran dan keupayaan untuk membimbing organisasi, juga berkompetensi dalam membina program-program yang berkesan dan memberi manfaat kepada kecemerlangan sekolah.

5 Mengurus perubahan dan inovasi

PGB berkeupayaan menggerakkan kakitangannya supaya mampu mencorakkan kepimpinan pembelajaran dan kecemerlangan sekolah dengan idea-idea baharu dan berkualiti menyumbang dalam kecemerlangan.

6 Mengurus sumber dan operasi

Kreativiti PGB dengan sumber yang ada dapat memaksimakan keupayaan untuk menggerakkan kecemerlangan sekolah.

Limitasi Kajian

Kajian ini hanya melibatkan kepada responden yang terdiri daripada Pengetua dan Guru Besar (PGB). Maklumat yang didapati daripada kajian ini adalah terbatas kepada PGB sekolah sahaja. Skop kajian ini memfokuskan kepada tahap kompetensi kepimpinan PGB mengikut KOMPAS. Ini bermakna dapatan kajian ini hanya merujuk kepada keadaan populasi pemikiran, pandangan, dan amalan pengurusan PGB sahaja. Ia tidak boleh ditakrifkan untuk kepimpinan sekolah di Malaysia. Barisan kepimpinan „Senior Leadership Team‟ (SLT) juga antara pemimpin yang mampu merubah senario sekolah. Mungkin ada kebenarannya jika kajian ini mampu memperjelaskan dan mewakili senario sebenarnya kompetensi pengurusan di peringkat sekolah. Namun ianya tidak boleh dijadikan sebagai jawapan kepada amalan pengurusan PGB yang merangkumi seluruh sekolah di Malaysia.

818 responden memang boleh dianggap ramai, tetapi masih ramai PGB yang tidak berkesempatan mengisi soal selidik ini, Antaranya, sekolah tiada PGB, PGB berada di luar negara, tidak menguasai ilmu ICT dan tidak berjaya menghantar jawapan dan pelbagai masalah lagi.

(7)

Penyelidik akan membuat penyelidikkan lanjutan yang merangkumi sebahagian besar PGB yang belum mengisi soal selidik Kompas 2.0, di setiap negeri seluruh Malaysia. Penyelidikkan ini juga sudah pasti memakan masa yang agak lama. Kemungkinan besar di pihak Pengurusan Sekolah dan Unit Kualiti JPN amat memerlukan data penyelidikkan sebegini dalam memantapkan kualiti pendidikan.

Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik kendiri on line KOMPAS di dalam portal IAB. Justeru itu dapatan kajian amat bergantung kepada kejujuran dan keupayaan responden untuk menjawab pernyataan-pernyataan tentang perkara yang dikaji. Kebolehpercayaan dan kesahan kajian ini bergantung kepada andaian ini.

Kekangan masa memang merupakan masalah yang sudah dijangkakan. Masalah ini berkemungkinan lebih memberi impak yang besar kepada pengkajian. Ini oleh kerana pengkaji juga merupakan seorang pegawai pendidikan di Pejabat Pendidikan yang bertugas pada waktu kerja. Komitmen yang padu amat perlu untuk menyiapkan kajian ini. Sementelah pula pengkaji merupakan seorang pegawai yang membimbing pengurusan di sekolah. Keadaan ini lebih merumitkan kerana jarak antara sekolah setiap negeri agak jauh, masalah di dalam memungut data, membuat laporan, komitmen tugas hakiki dan terdapat banyak sekolah di luar bandar. Masa yang ditentukan untuk menyiapkan tugasan ini juga agak terhad.

Walaupun begitu, permasalahan ini merupakan satu peluang kepada pengkaji melihat dan membuat pemantauan sendiri di lokasi (sekolah) PGB yang merupakan responden kajian. Senario sebenar situasi di sekolah-sekolah yang dilawati memberi kelebihan kepada pengkaji meneliti dan membanding beza dapatan data dan situasi sebenar kompetensi PGB berkenaan.

Timbul juga kerumitan pengkaji apabila PGB yang enggan bekerjasama menjawab instrumen KOMPAS berkenaan. Pelbagai alasan diberikan. Antaranya, sistem dalam talian yang kurang berkesan, tidak ada di sekolah, sudah buat tetapi tidak membuat salinan dan sebagainya. Sememangnya pengkaji sentiasa berulang kali mengingatkan PGB berkenaan namun tiada respon positif didapati. Walau apapun pengkaji masih meneruskan kajian ini dan kajian ini disiapkan juga.

RUJUKAN

Abdul Ghani Abdullah (2002). Kajian mengenai pengganti kepimpinan sebagai moderator terhadapncara gaya kepimpinan tranformasi pengetua. Thesis kedoktoran (Tidak Diterbitkan). Universiti Sains Pulau Pinang.

Abdul Shukor Abdullah (1998). Fokus pengurusan pendidikan : Mesyuarat Penyelaras hal-hal profesional keli ke 58 : Dalam Persidangan kepimpinan strategik. Pahang : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.

Ahmad Atory Hussain (1996). Pengurusan organisasi. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Ahmad Mahzan Ayub (2002). Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Tajuddin Abd. Hamid (1989). Peranan pengetua dalam kepemimpinan pengajaran. Disertasi Sarjana (Tidak diterbitkan) Fakulti Pendidikan : Universiti Malaya.

Alias Baba (1992). Statistik Penyelidikan Dalam Pendidikan dan Sains Sosial. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.

Al. Ramaiah (1992). Kepimpinan Pendidikan, Cabaran Masa Kini. Petaling Jaya: IBS Buku Sdn. Bhd.

(8)

Blake, J. A., & Campion, D.J. (1976). Method and issues in Social research. New York : John Wiley and Son.

Blake, R.R. & Mouton, J.S.(1985). The new managerial gred III. Boston: Gulf Publishing Co.

Bulmer, M. (1977). Sociological research methods: An introduction. London: Macmillan Press.

Calvert, H. (1959). The Law & Principles Of Co-operation. Calcuta : Tacker Spink And Co.

Davis, K. dan Neustrom, J.N.(1985). Human Behavior of Work; Organizational Behavior, singapura: Kin Keong Printing Co. Pte. Ltd.

Davis , J.A (1997). Elementary survey analysis. New Jersey: Prentice-Hall, Inc. Dessler, G. (2001). Management, 2nd Edition. New Jersey: Prentice Hall.

Greenblatt, R.B. Cooper,. B.S. & Mats, R. (1984). Managing to effective teaching. Educational Leadership.

Hanafi Kamal (1980). An identification for the desirable behavioral domain of the secondary school principalships in Malaysia. Tesis kedoktoran yang tidak diterbitkan. University Ohio.

Hellriegel, D & Slocum, J. (1992) Management, USA : Addison. Wesley.

Herman, J.J., & Herman, J.L. (1994). Making change happen : Practical planning for school teachers. CA : Corwin Press.

Holt, D.H. (1993). Management : Princples and practices, 3rd ed. Engleewood Cliff : Prentice-Hall.

Hussein Mahmood (2008). Kepemimpinan dan keberkesanan sekolah. Edisi Kedua, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ibrahim Mamat (1998). Pengetua sekolah menangani isu dan cabaran kepimpinan Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Referensi

Dokumen terkait

Retribusi Terminal adalah pelayanan atas penyediaan tempat parkir untuk kendaraan penumpang bis umum dan mobil barang, tempat kegiatan usaha, fasilitas lainnya di

Dalam kesempatan ini juga, dengan menghayati bahwa kehidupan dan pertumbuhan jemaat di GKI Kemang Pratama adalah tanggung jawab kita bersama, marilah dalam rasa syukur

638/BPBD/2016 tanggal 26 Agustus 2016 tentang Perpanjangan Penetapan Status Siaga Darurat Penanggulangan Bencana Asap Akibat Kebakaran Hutan dan Lahan di Provinsi

Muhibbin mengandung kritik yang membahas mengenai masalah pendidikan, masalah kejahatan, masalah generasi muda pada masyarakat modern, masalah peperangan, masalah

Makanan yang paling banyak dikonsumsi oleh ikan sepat siam baik yang berukuran kecil maupun besar adalah mikroalga dari Kelas Bacillariophyceae berjenis Diatoma, Melosira, dan

pri čemer pomenijo: LCC - skupna sedanja vrednost stroškov življenjskega cikla posamezne alternative I - sedanja vrednost osnovnih investicijskih stroškov 21 Repl - sedanja

Fungsi Save, adalah fungsi yang digunakan untuk menyimpan citra hasil deteksi tepi, atau dapat juga digunakan untuk menyimpan citra yang telah diolah dengan beberapa jenis operasi

Berdasarkan hasil pengamatan yang telah dilakukan, aktivitas guru pada penerapan model Siklus Belajar ( Learning Cycle ) ini, menunjukkan adanya peningkatan aktivitas