• Tidak ada hasil yang ditemukan

International Conference on Global Education VII Humanising Technology For IR. 4.0

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "International Conference on Global Education VII Humanising Technology For IR. 4.0"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

PENGGUNAAAN ALPHABET MIRROR DALAM MEMPERBETULKAN KEMAHIRAN MENULIS HURUF KECIL /B/ DAN /T/ MURID KHAS

PEMBELAJARAN Che Nor Afizah Che Zain

(chenorafizahchezain@gmail.com)

Mohd Mokhtar Tahar ABSTRAK

Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai penulisan kreatif. Murid khas pembelajaran seringkali mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran menulis ini dengan baik. Sehubungan itu,kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menulis huruf kecil /b/ dan /t/ dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran dengan menggunakan kaedah Alphabet Mirror. Objektif bagi kajian ini ialah (i) menentukan keberkesanan penggunaan kaedah Alphabet Mirror dapat meningkatkan kemahiran menulis huruf kecil /b/ dan /t/? (ii) mengenalpasti penggunaan kaedah Alphabet Mirror dapat mengurangkan pola-pola kesalahan dalam kemahiran menulis huruf kecil /b/ dan /t/?. Kajian ini menggunakan Teori Konstruktivisme iaitu subjek kajian membina pengetahuan baharu melalui pengalaman sedia ada mereka. Kajian ini juga menggunakan Model Kurt Lewin (1946) yang menetapkan empat peringkat lingkaran iaitu merancang, bertindak, memerhati dan refleksi. Populasi murid di sekolah ini ialah 56 orang dan sampel kajian diambil seramai dua orang. Pelaksanaan prosedur kajian bermula dengan menjalankan pemilihan subjek kajian melalui pemerhatian, ujian diagnostik, ujian pra dan ujian pos. Seterusnya pelaksanaan intervensi dilakukan secara berperingkat-peringkat iaitu daripada operasi konkrit ke abstrak dengan menggunakan kaedah Alphabet Mirror. Instrumen yang digunakan ialah lembaran dan gambar yang diadaptasi daripada ujian kemahiran menulis kajian Yasmin (2015). Kesahan instrumen disemak oleh dua orang pensyarah dalam bidang Bahasa Malaysia dan seorang pensyarah dalam bidang pendidikan khas. Analisis data secara kualitatif digunakan untuk kajian ini dan pelaporan kajian adalah secara naratif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pencapaian kemahiran menulis murid selepas menggunakan kaedah Alphabet Mirror telah meningkat dari 20% ke 80 % berdasarkan skor ujian pra dan ujian pos. Berdasarkan kaedah pemerhatian dalam kajian ini juga, terdapat pengurangan pola-pola kesalahan menulis huruf kecil /b/ dan /t/ dari 80% ke 20% berdasarkan skor ujian. Kesimpulannya, penggunaan kaedah Alphabet Mirror memberikan impak yang positif kepada peningkatan penguasaan kemahiran menulis huruf kecil /b/ dan /t/ subjek kajian. Namun, usaha dan latihan yang berterusan perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa.

Kata Kunci : Alphabet Mirror, pola, analisis, naratif, intervensi.

Pendahuluan

Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai penulisan kreatif. Justeru untuk kajian ini, penulis telah memilih kemahiran menulis sebagai permasalahan yang ingin diatasi dalam kalangan murid khas pembelajaran di sebuah sekolah. Subjek kajian mempunyai masalah dalam menulis huruf kecil /b/ dan /t/ dengan baik. Menurut Tahar dan Yasin (2012), masalah ketidakcekapan koordinasi mata dan tangan semasa menulis. menyebabkan murid tidak dapat menulis.

Mereka sering kali menulis huruf berkenaan secara senget iaitu tidak berdiri tegak. Selain itu, subjek kajian juga seringkali menulis huruf /t/ seakan menyerupai

(2)

masalah yang dihadapi oleh subjek kajian agar mereka dapat meningkatkan keupayaan menulis mereka dengan lebih baik lagi. Kaedah Alphabet Mirror telah dicipta yang juga dikenali sebagai Cermin Huruf sebagai intervensi dalam kajian ini. Hal ini bertujuan agar mereka dapat menulis huruf berkenaan dengan lebih baik lagi. Kajian ini berusaha memastikan bahawa mereka akan berjaya untuk menguasai kemahiran menulis kedua-dua huruf berkenaan dengan baik menggunakan kaedah yang telah saya rancangkan untuk kajian ini. Penggunaan alat ini telah direka cipta khas sendiri untuk digunakan sebagai intervensi bagi kajian ini.

Alphabet Mirror ini diperbuat hasil daripada inovasi iaitu dengan melekatkan bentuk huruf /b/ dan /t/ pada permukaan cermin berkenaan. Dalam erti kata lain, aktiviti ini juga dikenali sebagai aktiviti menyurih huruf di atas permukaan sebuah cermin dengan menggunakan blok huruf. Menurut (Edward 2012), teknik menyurih tulisan dapat membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran motor halus yang penting untuk mereka melakukan tugasan lain, contohnya belajar menulis. Ia juga akan membantu mengembangkan koordinasi tangan-mata, ketangkasan dan kecerdasan ruang. Penggunaannya adalah subjek kajian perlu mengikut bentuk huruf berkenaan dengan menggunakan marker pen pada permukaan cermin tersebut. Pengulangan atau latih tubi akan berlaku untuk tindakan penggunaan alat ini kerana ia boleh dipadam dan diulang semula melakukannya.

Pernyataan Masalah

Menurut (Gardner, 2005) masalah kemahiran menulis dalam kalangan murid lembam bukan lagi suatu fenomena yang pelik tetapinya ianya sudah dikenali umum. Murid-murid ini seringkali mengalami kekeliruan dalam menulis huruf seperti /b/ dam /d/ dan huruf-huruf yang lain. Di sekolah, menulis merujuk kepada keupayaan subjek kajian menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda bacaan dan ejaan yang betul serta tulisan yang jelas dan kemas. Menurut Yasin dan Tahar (2016) kecekapan menulis merupakan satu halangan kepada pencapaian akademik di sekolah khususnya dalam Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran.

Antara kesalahan yang mereka sering kali lakukan seperti kedudukan huruf yang senget, kekeliruan bentuk huruf dan menulis huruf /b/ dan /t/ melebihi garisan. Hal ini berkemungkinan disebabkan oleh faktor genggaman pensel. Menurut Yasin dan Tahar (2016) murid-murid yang mempunyai masalah menulis akan menunjukkan skor genggaman yang lebih rendah berbanding dengan murid-murid yang tiada masalah menulis. Jadi, kajian ini akan lebih berfokus kepada ketiga-tiga pola kesalahan ini agar

subjek kajian dapat megubah cara penulisan mereka di masa akan datang. Masalah kemahiran menulis dalam kalangan murid lembaam masalah pembelajaran bukan lagi suatu fenomena yang pelik tetapinya ianya sudah dikenali umum. Murid-murid ini seringkali mengalamai kekeliruan dalam menulis huruf seperti /b/ dan /d/ dan huruf-huruf yang lain. Di sekolah, menulis merujuk kepada keupayaan subjek kajian menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda bacaan dan ejaan yang betul serta tulisan yang jelas dan kemas. (Gardner 2005). Oleh itu, penggunaan alat yang dinamakan Alphabet Mirror diaplikasikanuntuk merawat subjek kajian. Kajian ini ingin melihat sejauh manakah alat ini memberi kesan atau impak yang baik kepada subjek kajian.

(3)

Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut :

1. Menentukan keberkesanan penggunaan kaedah Alphabet Mirror dapat meningkatkan kemahiran menulis huruf kecil /b/ dan /t/ dengan betul dan baik.

2. Mengenalpasti pola-pola kesalahan dalam kemahiran menulis huruf kecil /b/ dan /t/.

Kerangka Konseptual

Menurut Lewin (1946), kajian tindakan memperlihatkan suatu kitaran langkah-langkah (a spiral of steps). Suatu kitaran kajian tindakan mempunyai empat langkah iaitu merancang (planning), memerhati (observing) dan mereflek (reflecting). Kitaran ini akan berterusan ke kitaran seterusnya yang melibatkan merancang semula, bertindak , memerhati dan mereflek bagi menghasilkan kitaran baru. Jadi, Model kajian tindakan Lewin ini telah dijadikan sebagai rujukan dalam kajian ini. Model ini dapat dilihat seperti yang telah ditunjukkan dalam Rajah 4 dan 5

Rajah 6 : Model Lewin Metodologi Kajian

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini ialah sebuah kajian kes. Analisis data secara kualitatif digunakan untuk kajian ini dan pelaporan kajian adalah secara naratif. Pelaksanaan intervensi dilakukan secara berperingkat-peringkat iaitu daripada operasi konkrit ke abstrak. Instrumen yang digunakan adalah lembaran kerja dan gambar. Kajian ini menggunakan Teori Konstruktivisme iaitu subjek kajian membina pengetahuan baharu melalui pengalaman sedia ada mereka. Kajian ini juga menggunakan Model Kurt Lewin (1946) yang menetapkan empat peringkat lingkaran iaitu merancang, bertindak, memerhati dan refleksi.

Persampelan Kajian

Kajian ini melibatkan dua orang subjek kajian dalam kalangan murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP) di salah sebuah sekolah

(4)

yang berumur 8 tahun. Perbezaan antara kedua subjek kajian ini ialah dari segi taraf ekonomi keluarga. Subjek kajian A merupakan seorang murid lelaki berketurunan Melayu, beragama Islam dan taraf ekonomi keluarganya adalah pada tahap sederhana.Manakala subjek kajian B adalah berketurunan Melayu juga dan dilahirkan dalam kalangan keluarga orang berada. Walaubagaimanapun, mereka mempunyai masalah utama yang sama dalam kemahiran menulis iaitu masalah dalam menulis huruf kecil /b/ dan /t/ secara senget iaitu tidak berdiri tegak kedudukan hurufnya.

Instrumen Kajian

Terdapat dua cara yang digunakan dalam proses mengumpul data. Instrumen yang digunakan ialah lembaran dan gambar yang diadaptasi daripada ujian kemahiran menulis kajian Yasmin (2015). Kesahan instrumen disemak oleh dua orang pensyarah dalam bidang Bahasa Malaysia dan seorang pensyarah dalam bidang pendidikan khas. Lembaran kerja dilakukan untuk mengenalpasti pola-pola kesilapan dalam kemahiran menulis huruf /b/ dan /t/ bagi mengaplikasikan pembelajaran daripada bentuk konkrit ke abstrak. Lembaran kerja dan gambar dijalankan untuk menyokong triangulasi data yang diperolehi. Analisis data secara kualitatif digunakan untuk kajian ini dan pelaporan kajian adalah secara naratif. Data ujian pra dan post yang dijalankan dalam ujian bulanan Januari, Mei dan Julai telah dianalisis menggunakan graf palang. Soalan ujian dilaksanakan untuk melihat perbezaan dapatan sebelum dan selepas menggunakan intervensi Alphabet Mirror.

Prosedur Kajian

Pelaksanaan prosedur kajian bermula dengan menjalankan pemilihan subjek kajian melalui pemerhatian, ujian diagnostik, ujian pra dan ujian pos. Seterusnya pelaksanaan intervensi dilakukan secara berperingkat-peringkat iaitu daripada operasi konkrit ke abstrak dengan menggunakan kaedah Alphabet Mirror. Tindakan telah dilaksanakan selama tiga minggu bersamaan dengan tiga aktiviti yang telah pun dirancang. Satu minggu hanya diperuntukan untuk pelaksanaan satu aktiviti sahaja.Alat Alphabet Mirror (Cermin Huruf) adalah sejenis bahan bantu mengajar yang menggunakan konsep mengikut bentuk huruf menggunakan span keras yang ditampal pada permukaan sebuah cermin. Subjek kajian telah mengikut bentuk huruf kecil /b/ dan /t/ yang ditampal pada permukaan cermin sehingga subjek kajian telah dapat menguasai huruf berkenaan. Setelah itu, subjek kajiantelah diberikan kebenaran untuk menulis huruf berkenaan pada sekeping kertas yang boleh ditulis dan dipadam. Hal ini akan menjadikan subjek kajian lebih mudah untuk menguasai kemahiran menulis huruf kecil /b/ dan /t/ berkenaan kerana telah dipandu menggunakan cermin huruf berkenaan. Penggunaan kaedah ini diciptakan oleh saya sendiri atas idea yang bersesuaian untuk mengatasi masalah subjek kajian yang sukar menulis huruf kecil /b/ dan /t/.

Menurut Model Kurt Lewin (1946) dalam buku Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan, telah menetapkan empat peringkat lingkaran iaitu merancang, bertindak, memerhati dan refleksi. Jadi, bagi gelung atau aktiviti yang pertama, saya telah meminta subjek kajian untuk menekap huruf kecil /b/ dan /t/ pada sebuah cermin. Terlebih dahulu, huruf berkenaan telah ditampal hasil daripada span keras. Jadi, subjek kajian telah tampil kehadapan dan menekap huruf tersebut pada cermin menggunakan maker pen. Aktiviti pertama ini telah mengambil masa selama seminggu untuk subjek kajian melaksanakannya. Hal in kerana, subjek kajian diminta untuk mengikut luar bentuk huruf yang diperbuat daripada span keras yang telah diwarnai dengan warna unggu. Kemudian, huruf berkenaan telah ditampal pada sebuah cermin. Hal ini bagi

(5)

memberikan keyakinan kepada subjek kajian untuk melakukannya dan mereka dapat melihat pergerakan jari dan tangan mereka ketika proses membentuk huruf dengan lebih jelas lagi. Subjek kajian telah melakukannya secara berulang kali sehingga dapat menguasai bentuknya dengan baik dan betul tanpa menghasilkan tulisan huruf kecil /b/ dan /t/ yang senget atau tidak berdiri lurus. Bagi aktiviti atau gelung lingkaran yang kedua, penghasilan sebuah potongan huruf kecil /b/ dan /t/ yang diperbuat daripada span keras yang telah diwarnai dengan warna ungu juga sama seperti dengan lingkaran pertama. Bezanya ialah subjek kajian telah membentuk huruf berkenaan melalui luar bentuk huruf bagi lingkaran pertama dan dalam bentuk huruf bagi lingkaran kedua. Bagi lingkaran kedua ini,subjek kajian diminta untuk tampil ke hadapan dan mengikut bentuk dalam yang telah ditampal pada permukaan sebuah cemin.

Penggunaan cermin untuk lingkaran ini juga sama dengan lingkaran pertama iaitu untuk memberikan keyakinan kepada subjek kajian dan supaya mereka dapat gambaran yang jelas tentang bagaimana huruf /b/ dan /t/ terbentuk. Pelaksanaan aktiviti ini juga telah mengambil masa lebih kurang seminggu. Hal ini kerana ianya akan berulang untuk beberapa kali sehingga mereka dapat menguasainya dengan baik. Bagi aktiviti atau gelung yang ketiga, subjek kajian telah disediakan dengan sebuah kertas kosong. Bagi langkah pelaksanaan aktiviti ini, subjek kajian akan dapat menguasai kemahiran menulis huruf /b/ dan /t/ dengan baik tanpa perlu aktiviti tekap menggunakan Alphabet Mirror lagi. Jadi, subjek kajian telah menulis huruf tersebut pada kertas kosong berkenaan supaya dapat melihat dengan sempurna pembentukan huruf tersebut secara tegak dan lurus. Hal ini bertujuan agar subjek kajian dapat menguasainya dengan baik dari hari ke hari.

Dapatan

Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pencapaian kemahiran menulis murid selepas menggunakan kaedah Alphabet Mirror telah meningkat dari 20% ke 80 % berdasarkan skor ujian pra dan ujian pos. Berdasarkan kaedah pemerhatian dalam kajian ini juga, terdapat pengurangan kesalahan menulis huruf kecil /b/ dan /t/ dari 80% ke 20% berdasarkan skor ujian pra, ujian pos dan latihan-latihan berterusan. Kesimpulannya, penggunaan kaedah Alphabet Mirror memberikan impak yang positif kepada peningkatan penguasaan kemahiran menulis huruf kecil /b/ dan /t/ subjek kajian. Melalui kajian ini juga, dapat dilihat bahawa pengaplikasian aktiviti yang telah dilaksanakan dengan menggunakan kaedah Alphabet Mirror ini sangat memberikan impak positif terhadap minat belajar subjek kajian, perkembangan kognitif subjek kajian dan penglibatan deria subjek kajian yang menyeluruh serta perkembangan potensi mereka dalam prestasi akademik telah dapat dicapai berdasarkan objektif yang disasarkan. Jadual di bawah menunjukkan hasil dapatan kajian bagi menjawab kedua-dua objektif kajian ini.

Objektif 1 :

1. Menentukan keberkesanan penggunaan kaedah Alphabet Mirror dapat meningkatkan kemahiran menulis huruf kecil /b/ dan /t/ dengan betul dan baik. Rajah di bawah menunjukkan keputusan skor pemarkahan kertas ujian bulanan subjek kajian sebelum dan selepas menggunakan intervensi Alphabet Mirror

Rujukan Skor Pemarkahan (%)

0 -19 20 - 39 40 - 59 60 - 79 80 - 100 Sangat Lemah Lemah Memuaskan Baik Cemerlang

(6)

Keputusan Skor Ujian Bulanan sebelum dan selepas Intervensi dijalankan (%)

Ujian Bulanan Januari (sebelum intervensi) Mei (selepas intervensi) Julai (selepas intervensi) Murid A 23 35 80 Murid B 25 54 80

Jadual 6.4: Keputusan Skor Ujian Sebelum dan Selepas Intervensi Dijalankan

Rajah 6.2 :Skor Ujian Bulanan Sebelum dan Selepas Intevensi

Rajah 6.2 di atas menunjukkan perbezaan skor markah ujian bulanan murid A dan Murid B sebelum intervensi pada bulan Januari dan bulan Mei, manakala skor ujian pada bulan Julai adalah selepas program intervensi dijalankan. Analisis dokumen terhadap lembaran kerja murid juga dilakukan bagi mengukuhkan lagi hasil kutipan data yang jitu dalam pembuktian hasil kajian tindakan yang dijalankan kepada murid-murid yang terlibat. Analisis lembaran kerja kedua-dua murid ini dilakukan secara sela masa yang telah ditetapkan bagi membolehkan kutipan data dapat direkodkan secara sistematik. Analisis ini dilakukan pada minggu pertama, minggu kedua dan minggu ketiga sebelum dan selepas aktiviti intervensi dijalankan. Hasil kutipan data dilihat berdasarkan borang keputusan skor yang telah disediakan seperti di atas dan skor markah dipindahkan ke dalam bentuk graf palang bagi membolehkan setiap perkembangan dapat dilihat dengan jelas seperti graf di atas. (Rujuk Rajah 6.3 dan Rajah 6.4)

Objektif 2 :

2. Mengenalpasti pola-pola kesalahan dalam kemahiran menulis huruf kecil /b/ dan /t/.

Rajah di bawah menunjukkan graf palang pola-pola kesalahan semasa menulis huruf kecil/b/ dan /t/. Hasil dapatan menunjukkan bahawa subjek kajian telah dapat mengurangkan pola-pola kesalahan menulis huruf kecil /b/ dan /t/ setelah kaedah

Alphabet Mirror diaplikasikan. Dapatan pertus pola-pola kesalahan sangat tinggi iaitu 80% sebelum intervensi dijalankan dan telah menurun kepada 20% dalam ujian bulanan yang telah dilaksanakan.

0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 Murid A Murid B Peratus (%)

Ujian Bulanan Januari (sebelum intervensi) Ujian Bulanan Mei (sebelum intervensi)

Ujian Bulanan Julai (selepas intervensi)

(7)

UJIAN

BULANAN UJIAN KEMAHIRAN(POLA-POLA KESALAHAN) MURID A SKOR

(%) SKOR MURID B (%) CATATAN JANUARI Sebelum Intervensi

1 KEDUDUKAN HURUF YANG SENGET 20 20

2 KEKELIRUAN BENTUK HURUF 10 20

3 MENULIS HURUF KECIL /b/ DAN /t/ MELEBIHI GARISAN 10 20 JUMLAH 40/ 50 40/ 50 80, 80 MEI Selepas Intervensi

1 KEDUDUKAN HURUF YANG SENGET 5 5

2 KEKELIRUAN BENTUK HURUF 10 10

3 MENULIS HURUF KECIL /b/ DAN /t/

MELEBIHI GARISAN 5 8

JUMLAH 20/ 50 23/ 50 40, 46

JULAI Selepas Intervensi

1 KEDUDUKAN HURUF YANG SENGET 3 4

2 KEKELIRUAN BENTUK HURUF 5 3

3 MENULIS HURUF KECIL /b/ DAN /t/

MELEBIHI GARISAN 2 5

JUMLAH 10/ 50 12/ 50 20, 24

Jadual 6.5: Skor Markah Ujian Bulanan

Keputusan Skor Ujian Bulanan sebelum dan selepas Intervensi dijalankan (%)

Ujian Bulanan Januari

(sebelum intervensi) Mei (selepas intervensi) Julai (selepas intervensi) Murid A 80 40 20 Murid B 80 46 24

Jadual 6.6 : Rujukan Skor Pemarkahan Ujian Bulanan

Rajah 6.7: Graf Palang Skor Pola Kesalahan Ujian Bulanan

Perbincangan

Setelah kajian tindakan ini dilaksanakan dengan menggunakan beberapa aktiviti yang

0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 Murid A Murid B Peratus (%)

Ujian Bulanan Januari (sebelum intervensi) Ujian Bulanan Mei (sebelum intervensi)

Ujian Bulanan Julai (selepas intervensi)

(8)

oleh kedua-dua subjek kajian ini merupakan salah satu kes yang akan dihadapi oleh kebanyakan guru dalam dunia perguruan mereka dan masalah ini sangat berkait rapat dengan profesion perguruan dalam bidang Pendidikan khas dan juga bidang Pemulihan. Melalui kajian tindakan ini juga, dapat dinyatakan bahawa guru perlu memahami situasi dan menyelidik terlebih dahulu punca masalah yang berkait dengan subjek kajian.

Keberkesanan penggunaan kaedah Alphabet Mirror dapat meningkatkan kemahiran menulis huruf kecil /b/ dan /t/ dengan betul dan baik.

Menurut Kamarudin Hj Husin (1988) dalam buku Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi Dan Sintaksis Untuk Guru Dan Pelajar, tulisan ialah bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi. Jadi tulisan memainkan peranan yang sangat penting dalam pelbagai bentuk. Jadi, kemahiran menulis perlu diberi penekanan utama untuk penguasaan kemahiran lain juga. Penggunaan kaedah Alphabet Mirror sememmangnya memberikan kesan yang baik kepada kemahiran menulis huruf kecil /b/ dan /t/ menerusi dapatan ujian bulanan subjek kajian. Peningkatan peratus yang jelas dapat dilihat pada graf palang menunjukkan bahawa kaedah ini memberi impak yang besar kepada peningkatan kemahiran menulis huruf kecil. Subjek kajian telah dapat menulis huruf kecil dengan baik pada lingkaran yang keempat tanpa menggunakan Alphabet Mirror. Hasil peratus ujian bulanan menunjukkan bahawa peningkatan tersebut berlaku secara menaik dari semasa ke semasa walaupun dalam tempoh masa yang lama. Jadi, kaedah ini Alphabet Mirror ini bersesuaian dengan kemahiran yang difokuskan.

Pengurangan pola-pola kesalahan dalam menulis huruf kecil /b/ dan /t/

Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan kaedah Alphabet Mirror telah mengurangkan pola-pola kesalahan menulis huruf kecil/b/ dan /t/ subjek kajian. Hal ini dapat dilihat pada graf palang yang telah dibina hasil daripada ujian pra dan pos. Peratus markah ujian bulanan sebelum subjek kajian menggunakan kaedah Alphabet Mirror adalah sangat tinggi iaitu sebanyak 80% pada bulan yang pertama. Subjek kajian seringkali menulisnya dengan pelbagai kesalahan sehingga membawa maksud yang berbeza. Tulisan ialah alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan. Ia merupakan bahasa yang tersusun yang berupa rangkai-rangkai kata dan ayat-ayat. Manakala menurut Juriah Long dan rakan-rakan (1990) dalam buku Fonetik dan Fonologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu, menulis adalah satu proses menyampaikan buah fikiran, idea atau pendapat dengan tepat dan berkesan kepada khalayak atau pembaca dengan menggunakan bentuk grafik. Apabila ianya membawa maksud yang lain, maka segala idea atau maklumat yang hendak disampaikan menerusi tulisan adalah kurang jelas dan tepat. Walaubagaimanapun, hasil ujian bulanan telah menunjukkan perubahan yang sangat positif setelah subjek kajian menggunakan Alphabet Mirror. Data ujian bulanan pada Mei dan Julai menunjukkan bahawa pola kesalahan tersebut semakin menurun sehingga 40% ke 20%. Hal ini menunjukkan bahawa peratus tersebut semakin meurun dan ini bermaksud semakin kurang kesalahan menulis huruf kecil yang dilakukan oleh subjek kajian. Justeru itu, markah ujian subjek kajian semakin baik dari bulan yang sebelum intervensi dilaksanakan. Namun begitu, latihan berterusan perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa agar kesalahan tersebut akan terus luput. Jadi, di sini saya simpulkan bahawa kemahiran menulis ialah proses merakam atau menghasilkan bahan yang berbentuk idea, pendapat, pengalaman, perasaan, maklumat dalam bentuk tulisan untuk berhubung dengan orang lain atau dengan diri sendiri. Kemahiran menulis memberikan impak yang sangat besar kepada kemahiran-kemahiran yang lain juga.

(9)

Kesimpulan

Hasil dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa keberkesanan pengaplikasian kaedah alat Alphabet Mirror ini adalah sangat positif terhadap masalah yang dihadapi oleh kedua-dua subjek kajian. Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa inovasi baharu yang boleh dilakukan ke atas aktiviti dalam penggunaan kaedah tersebut. Berdasarkan maklum balas yang diterima oleh beberapa orang guru yang juga telah mengikuti setiap perkembangan kajian tindakan ini mencadangkan penambahan beberapa aktiviti susulan yang lebih menarik perlu dilaksanakan. Salah satu aktiviti susulan yang dicadangkan ialah aktiviti menulis bebas huruf kecil /b/ dan /t/ menggunakan pensel warna di atas kertas lukisan perlu dijalankan bagi memberi latih tubi kepada kedua-dua subjek kajian saya ini supaya mereka dapat diberi peneguhan yang lebih kukuh dan mantap setelah aktiviti intervensi dalam kajian tindakan ini dilaksanakan. Secara keseluruhannya, segala perancangan yang telah diatur dalam kajian tindakan ini telah dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar. Objektif dan sasaran utama kajian ini juga telah dapat dicapai dengan baik.

Rujukan

Abdul Aziz Abdul Talib.(2016). Menguji Kemahiran Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan. (2012). Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi Dan Sintaksis Untuk Guru Dan Pelajar. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors

Adam Douglas. (2015). Last Chance to See. London: Pan Books Adams, M.(1990). Beginning to read. Cambridge: MIT Press.

Amir Awang.(2014). Kelemahan Membaca di kalangan Murid-murid. Dewan Masyarakat, jilid 21(8):38

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim & Yusof Boon. (2012). Psikologi Pendidikan. Johor Darul Takzim Universiti Teknologi Malaysia.

Benjamin Kibong (2005). Tiga Sekawan. Jurnal Penyelidikan Tindakan Institut Perguruan Batu Lintang, Jilid 2, ms. 1-16.

Brenna, B.A.(1995). fine early readers solving problems: a case study. Reading. 29: 30-33.

Cornwell, J.F.M. & Higgins, E. T. (2017). Journal of Experimental Social Psychology.

New York: Oxford University Press.

Culcutta, R.A.Tompkins J.R.(1999).Fundamentals of Special Education.

Gibson, E. & Levin, E.(1975). The psychology of reading. Cambridge: MIT Press. Higgins, K., Arditi, A. & Knoblauch, K. (1996). detection and discrimination of mirror

image letter pairs in central and peripheral vision. Vision Research. 36: 331-337. Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar. (2016). Fonetik dan Fonologi Siri

Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Johnson, D. W., Johnson, R. T., & Holubec, E. J.(1993). Cooperation in the Classroom (6th Ed.). Edina, MN: Interaction Book Company.

Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat: (2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2014). Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas. Matematik. Pusat Perkembangan Kurikulum.

(10)

Manggal, S.k.(2007). Educating Exceptional Children: An Introduction to Special Education. New Delhi: PHI Learning Pvt.Ltd.

Marohaini Yusoff (1989). Strategi Pengajaran Bahasa dan Kefahaman. Kuala Lumpur: Karya Bestari Sdn. Bhd.

Marilyn Friend, William Bursuck.(1996). Including Students with Special Needs. United States : A Simon & Schuster Company.

Mohd Hanafi Mohd Yasin, Mohd Mokhtar Tahar, Safani Bari, Djadja Rahadja, Zaenal Alimin (2016). Prosiding Seminar Antarabangsa Pendidikan Khas Rantau Asia Tenggara Siri Ke-6. Selangor. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Raminah Hj. Sabran & Rahim Syam.(2017). Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Rosner, J. & Rosner, J.(1990). Pediatric Optometry. United States: Butterworth-Heinamann.

Rosinah Edinin (PhD). (2011). Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Roziah Binti Abdul Halim.(2005). Meningkatkan kemahiran membaca murid-murid tahun satu dengan latih tubi menggunakan suku kata dan gambar. Dalam Porsiding Seminar Penyelidikan IPBA 2005.

Shahabudin Hashim, Rohizani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad. (2007). Strategi dan Teknik Mengajar dengan Berkesan. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing. Sofiah Hamid.(1983). Pendekatan Mengajar Bacaan Bahasa Melayu di Peringkat

Referensi

Dokumen terkait

Makanan yang paling banyak dikonsumsi oleh ikan sepat siam baik yang berukuran kecil maupun besar adalah mikroalga dari Kelas Bacillariophyceae berjenis Diatoma, Melosira, dan

pri čemer pomenijo: LCC - skupna sedanja vrednost stroškov življenjskega cikla posamezne alternative I - sedanja vrednost osnovnih investicijskih stroškov 21 Repl - sedanja

Fungsi Save, adalah fungsi yang digunakan untuk menyimpan citra hasil deteksi tepi, atau dapat juga digunakan untuk menyimpan citra yang telah diolah dengan beberapa jenis operasi

Pertama, dari segi semantis, baik pada diatesis pasif bahasa Jepang maupun bahasa Indonesia, pendamping inti yang berperan penanggap adalah yang mengalami suatu peristiwa

Berdasarkan hasil pengamatan yang telah dilakukan, aktivitas guru pada penerapan model Siklus Belajar ( Learning Cycle ) ini, menunjukkan adanya peningkatan aktivitas

Retribusi Terminal adalah pelayanan atas penyediaan tempat parkir untuk kendaraan penumpang bis umum dan mobil barang, tempat kegiatan usaha, fasilitas lainnya di

Dalam kesempatan ini juga, dengan menghayati bahwa kehidupan dan pertumbuhan jemaat di GKI Kemang Pratama adalah tanggung jawab kita bersama, marilah dalam rasa syukur

638/BPBD/2016 tanggal 26 Agustus 2016 tentang Perpanjangan Penetapan Status Siaga Darurat Penanggulangan Bencana Asap Akibat Kebakaran Hutan dan Lahan di Provinsi