• Tidak ada hasil yang ditemukan

International Conference on Global Education VII Humanising Technology For IR 4.0

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "International Conference on Global Education VII Humanising Technology For IR 4.0"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

RESILIENSI, KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF DAN KOMITMEN ORGANISASI GURU PENDIDIKAN KHAS

Salasiah Othman1, Rosadah Abd Majid2 E-mail : salsally7@gmail.com1, rosadah@ukm.edu.my2

ABSTRAK

Bidang psikologi positif iaitu resiliensi dan kesejahteraan subjektif didapati mempengaruhi peningkatan komitmen individu terhadap sesuatu organisasi. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan dan faktor peramal yang memberi sumbangan unik terhadap komitmen organisasi guru pendidikan khas di Zon Utara Perak. Seramai 164 orang guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) merupakan responden yang dipilih secara rawak di sekitar zon tersebut. Pemilihan kajian jenis kuantitatif menggunakan pendekatan reka bentuk tinjauan digunakan untuk mengumpul data melalui soal-selidik dengan lima skala Likert. Kajian rintis telah dijalankan dan memperolehi nilai Alfa Cronbach instrumen dengan nilai kebolehpercayaan resiliensi 0.947 (32 item), kesejahteraan subjektif 0.947 (15 item) dan komitmen organisasi 0.862 (16 item). Ujian Analisis Korelasi Pearson menunjukkan wujud hubungan yang signifikan antara resiliensi dengan komitmen organisasi (r=.307, p=.000) dan hubungan yang signifikan antara kesejahteraan subjektif dengan komitmen organisasi (r=.268, p=.000). Faktor peramal resiliensi dan kesejahteraan subjektif telah menyumbang sebanyak 11% varians terhadap komitmen organisasi. Dapatan ini menunjukkan bahawa resiliensi dan kesejahteraan subjektif mempunyai peranan dalam meningkatkan komitmen organisasi dalam kalangan guru PPKI dan memberi implikasi kepada teori serta praktis.

Kata Kunci : Resiliensi; Kesejahteraan Subjektif; Komitmen Organisasi; Guru Pendidikan Khas; Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

PENGENALAN

Cabaran globalisasi untuk mendepani Revolusi Perindustrian 4.0 (RI 4.0) turut mempengaruhi Malaysia agar tersenarai di antara negara yang menyediakan sistem pendidikan terbaik dunia. Namun profesion keguruan tidak mampu diambil alih sepenuhnya oleh kecanggihan teknologi atau bidang robotik sekalipun. Hanya golongan pendidik yang terpilih sahaja yang mampu untuk berurusan secara langsung memahami hati dan jiwa setiap anak didiknya. Sehubungan dengan itu, mereka perlu melengkapi diri dengan memiliki modal psikologi seperti resiliensi dan kesejahteraan subjektif yang lestari. Implikasinya kedua-dua modal psikologi ini berperanan memberi sumbangan terhadap komitmen organisasi dalam perkhidmatan yang cemerlang. Perkara ini amat diperlukan bagi memartabatkan profesion keguruan seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025.

Namun begitu akibat tekanan yang dialami oleh golongan guru mengakibatkan mereka tidak merasa seronok untuk kekal bertahan lebih lama di sekolah tersebut (Belknap,2015; Downing 2017; Junaidah & Nik Rosila 2013; Mohd Salmi 2016; Noorashikin 2016). Kajian Mazlina (2013) dan Downing (2017) mendapati guru pendidikan khas mengalami keletihan yang berganda apabila berhadapan dengan tingkah laku mencabar seperti hiperaktif, tantrum dan distruptif serta pelbagai keupayaan semasa mengajar. Tambahan pula mereka perlu memberi komitmen dan perhatian dalam bidang tugas mengajar, aktiviti kokurikulum perkeranian dan pengurusan profesional secara serentak (Downing 2017; Mazlina 2013; Nor Hamizan & Ferlis 2017; Schultz 2011).

(2)

Tinjauan literatur membuktikan bahawa modal psikologi boleh memberi kesan negatif terhadap kekurangan motivasi pekerja untuk hadir bekerja dan keinginan bertukar bidang atau menamatkan perkhidmatan (Downing 2017; Mohd Salmi 2016: Zuraidah & Mohamed Yussof 2019). Kualiti resiliensi guru dapat melindungi dan membantu untuk mengatasi masalah dengan meningkatkan kepuasan kerja terhadap komitmen organisasi (Polat & Iskender 2018). Isu-isu seperti masalah disiplin murid , murid tidak serius belajar , kelas yang penuh padat, kekerapan bermesyuarat, konflik peranan, dan kritikan boleh menyebabkan guru mengalami burnout (Farber 1984; Mazlina 2013). Berikutan pernyataan dan isu-isu yang timbul daripada masalah di atas maka pendekatan psikologi positif ini dapat menggantikan rawatan yang bersifat intervensi dengan meningkatkan modal psikologi. Peningkatan modal psikologi tersebut dapat mengurangkan kesan negatif seperti stres terhadap kerja bagi meningkatkan komitmen organisasi (Avey et al. 2010; Beddu et. al, 2014; Seligman, 2000).

Kepentingan Resiliensi

Resiliensi telah didefinisikan oleh Brunetti (2006) sebagai kualiti yang membolehkan guru untuk mengekalkan komitmen terhadap proses pembelajaran dan persekitaran kerja walaupun berhadapan dengan konflik berlarutan atau berulang. Kapasiti positif ini merupakan modal psikologi yang telah diperkembangkan oleh Seligman (2006) dengan membawa pendekatan baharu dalam merangsang prestasi manusia menggantikan intervensi dalam merawat patologi seseorang. Beliau mendapati resiliensi boleh meningkatkan kepuasan kerja dan mengurangkan tekanan kerja di kalangan pendidik. Resiliensi juga bermaksud merupakan keupayaan untuk mengatasi kelemahan peribadi dan tekanan persekitaran serta berupaya bangkit semula untuk menghadapi risiko bagi mengekalkan kesejahteraan (Oswald, Johnson & Howard 2003).

Sehubungan dengan itu elemen ini penting kepada setiap pendidik bagi memenuhi cabaran dan perubahan yang dilalui oleh mereka (Taylor 2013). Guru yang memiliki resiliensi tinggi mampu mengawal dan menilai situasi tidak menyenangkan untuk kekal berkhidmat dengan lebih cemerlang dalam profesionalisme keguruan. Sebaliknya jika resiliensi tidak dimiliki oleh guru maka tekanan yang berpanjangan dan keterlaluan boleh membawa impak negatif kepada kesihatan mental serta fizikal mereka. Situasi ini boleh menimbulkan tekanan emosi dan kemurungan yang akhirnya akan mengakibatkan berlakunya gejala 'burnout'.

Kepentingan Kesejahteraan Subjektif

Kesejahteraan subjektif bermaksud maksud gabungan faktor kepuasan hidup, kesan positif tinggi dengan kesan negatif yang rendah (Hefferon & Boniwell 2011). Merujuk kepada kerjaya guru bererti keupayaan guru untuk berinteraksi secara berkesan dengan persekitaran organisasi dan suasana pembelajaran. Ia menjadi elemen utama yang membuat seseorang individu berjaya dalam hidup dan merupakan satu aspek pembangunan penting dalam pendidikan dan profesion perguruan. Golongan pendidik memerlukan tahap kesejahteraan subjektif yang tinggi kerana sentiasa melibatkan interaksi dengan individu lain dalam persekitaran pekerjaan mereka.

Selain daripada itu guru yang terjejas kesejahteraan subjektif akan beremosi negatif dan tidak dapat berfungsi secara optimum sehingga mereka sering menunjukkan pelbagai simptom masalah seperti tidak fokus ketika bekerja, mengelak dan mengabaikan kerja (Belknap & Taymans, 2016; Noorashikin, 2016). Keadaan ini menjejaskan hubungan antara rakan sekerja, pentadbir dan pengurusan sekolah.

(3)

Sekiranya keadaan ini dibiarkan berlarutan pula boleh mendatangkan masalah psikologi yang menjejaskan kesihatan seperti sakit kepala, gangguan tidur, tekanan darah tinggi, perubahan sikap atau emosi yang tidak menentu (Noorashikin, 2016). Oleh hal yang demikian, maka guru perlu diberi kesedaran tentang kepentingan kesejahteraan subjektif (McInerney et al. 2015).

RASIONAL KAJIAN

Berikutan situasi ini kajian berkaitan resiliensi dan kesejahteraan subjektif telah menarik perhatian beberapa pengkaji tempatan dan luar negara (Belknap & Taymans 2015; Mohd Salmi 2016; Noorashikin 2016; Paul, Bamel & Gar, 2016; Polat & Iskender 2018; Ramesh, 2017). Setelah didapati Ramesh (2017) telah memulakan kajian terhadap guru pendidikan khas sekolah menengah di seluruh semenanjung Malaysia, maka pengkaji telah satu kajian yang dapat melihat objektif kajian berikut: 1. Mengenal pasti hubungan resiliensi dan kesejahteraan subjektif terhadap

komitmen organisasi dalam kalangan guru pendidikan khas sekolah kebangsaan. 2. Mengenal pasti sumbangan faktor peramal terhadap komitmen organisasi dalam

kalangan guru pendidikan khas di sekolah kebangsaan. METODOLOGI KAJIAN

Tinjauan telah dijalankan ke atas sekumpulan sampel yang dipilih secara pensampelan rawak berstrata untuk memilih 164 orang guru pendidikan khas sekolah kebangsaan di Zon Utara. Setelah mendapat kebenaran daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD) dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak maka soal-selidik diedarkan kepada sekolah yang terlibat. Responden memerlukan empat hingga enam minit untuk menjawab kesemua soalan. Data yang diperoleh kemudian dianalisis menggunakan perisian korelasi Pearson r dan regresi pelbagai. Pemboleh ubah utama kajian diukur dengan instrumen dan skala berikut seperti dalam Jadual 1.

Jadual 1 Taburan skala item soalan

Pemboleh ubah Skala/Soal Selidik Bilangan soalan Resiliensi Instrumen Resiliensi Kerjaya Pendidikan Khas

(Special Education Career Resiliency Scale) oleh Sotomayor (2012)

32

Kesejahteraan Subjektif

Skala Kepuasan Hidup (Satisfaction With Life Scale) oleh Diener (1985)

14 Komitmen

Organisasi

Soal selidik komitmen organisasi Organizational Commitment Questionnaire (OCQ) oleh Allen dan Mayer (1991).

16

Jumlah 62

DAPATAN KAJIAN

Tujuan kajian yang pertama adalah untuk melihat hubungan resiliensi dengan komitmen guru pendidikan khas sekolah kebangsaan di sebuah zon bagi negeri Perak. Hasil analisis Korelasi Person dipaparkan dalam Jadual 2.

(4)

Jadual 2 Matriks korelasi pemboleh ubah Resiliensi Kesejahteraan subjektif Komitmen Organisasi Resiliensi - 0.435** 0.307** Kesejahteraan subjektif - 0.268** Komitmen Organisasi - **p<0.01

Analisis Korelasi Pearson

Dapatan bagi analisis tersebut dalam Jadual 2 berikut menunjukkan terdapatnya hubungan yang signifikan antara faktor resiliensi dengan komitmen organisasi dalam kalangan guru pendidikan khas dengan nilai, r=.268, p=.000. Ini bermaksud komitmen organisasi guru ditentukan oleh aspek-aspek yang mengukur resiliensi guru. Analisis korelasi bagi menentukan hubungan antara kesejahteraan subjektif dengan komitmen guru turut menunjukkan hubungan yang signifikan positif apabila nilai, r=.307, p=.000. Ini bermaksud komitmen organisasi dalam kalangan guru tersebut juga ditentukan oleh kesejahteraan subjektif. Manakala, hubungan positif signifikan antara resiliensi dengan kesejahteraan subjektif apabila nilai r=.435, p=.000. Dapatan ini memenuhi objektif pertama dengan menunjukkan wujud hubungan antara faktor resiliensi dan kesejahteraan subjektif dengan komitmen organisasi guru-guru terlibat.

Tujuan kajian yang kedua adalah untuk mengenalpasti faktor peramal resiliensi dengan komitmen guru pendidikan khas sekolah kebangsaan di sebuah zon bagi negeri Perak. Hasil analisis regresi dipaparkan dalam Jadual 3.

Jadual 3 Analisis regresi

Peramal B (Unstandardized Coefficients) Ralat Piawai Beta (Standardized Coefficients) t p Konstan Resiliensi Kesejahteraan Subjektif 2.253 .235 .147 .325 .083 .073 .234 .167 6.940 2.847 2.026 .000 .005 .044 Catatan: R=.117, R2=.106, F=10.621, p=.000

Analisis Regresi Faktor Peramal

Seterusnya, analisis inferensi regresi digunakan bagi mengenal pasti apakah faktor resiliensi dan kesejahteraan subjektif menyumbang terhadap komitmen organisasi dalam kalangan guru pendidikan khas di sekolah kebangsaan. Dapatan kajian di dalam Jadual 3 menunjukkan kedua-dua faktor peramal mempunyai nilai yang signifikan dalam menerangkan varians bagi komitmen organisasi guru pendidikan khas di sekolah kebangsaan. Dua peramal ini ialah resiliensi (t=2.8474, p=.005) dan kesejahteraan subjektif (t=2.026, p=.044). Keputusan dalam Jadual 3 juga menunjukkan nilai koefisien bagi b0 ialah 2.253,b1 =.235 dan b2=.147.

Pekali penentuan R2 yang menunjukkan nilai=.117 menjelaskan bahawa faktor peramal resiliensi dan kesejahteraan subjektif telah menyumbang sebanyak 11% varian terhadap komitmen organisasi yang diberikan oleh guru-guru pendidikan khas. Statistik ANOVA dalam Jadual 3 di atas juga menunjukkan nilai F adalah besar (10.621) dan signifikan, p=.000. Cerun penganggar beta (β) bagi garisan regresi linear tidak bernilai sifar, maka mengesahkan bahawa terdapat hubungan yang linear antara pemboleh ubah tidak bersandar iaitu resiliensi dan kesejahteraan subjektif dengan pemboleh ubah

(5)

bersandar iaitu komitmen organisasi. Ujian-t dijadikan asas untuk menentukan sama ada faktor peramal menyumbang secara signifikan terhadap komitmen organisasi. Nilai beta bagi resiliensi juga menunjukkan nilai yang lebih besar (β=.234) daripada kesejahteraan subjektif (β=.167).

PERBINCANGAN

Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara resiliensi dan kesejahteraan subjektif dengan komitmen organisasi guru pendidikan khas. Penemuan ini juga selari dengan kajian terdahulu (Downy 2017; Luthans & Jensen 2005; Larson & Luthans, 2006; Youssef & Luthans, 2007; Polat & İskender 2018; Travis 2016; Ramesh 2017; Zuraidah & Mohamed Yusoff) yang menunjukkan resiliensi dan kesejahteraan subjektif berhubung positif dengan komitmen dan prestasi guru terhadap organisasi. Hasil analisis ini juga menunjukkan bahawa semakin tinggi resiliensi guru semakin tinggi tahap komitmen mereka terhadap organisasi.

Kajian-kajian lalu mendapati peningkatan tahap resiliensi bukan sahaja meningkatkan kesejahteraan subjektif bahkan meningkatkan kepuasan kerja dan mengurangkan masalah tekanan atau stres (Belknap & Taymans 2015; Herbert 2011; Hansen, Buitendach & Kanengoni 2015; Travis 2015; Polat & İskender 2018). Kajian ini mendapati resiliensi dan kesejahteraan subjektif merupakan faktor peramal seperti kajian sebelum ini. Kajian Jalali dan Heidari (2016) mendapati kebahagiaan dan kesejahteraan subjektif adalah peramal prestasi kerja yang paling kuat Namun begitu hasil kajian ini, nilai R2 menunjukkan kurang daripada 40%, justeru dapat disimpulkan tidak semua aspek dalam faktor peramal mempengaruhi komitmen organisasi para guru pendidikan khas di sekolah kebangsaan. Kadar peratusan varian yang rendah memberi petunjuk bahawa masih terdapat faktor peramal lain yang turut mempengaruhi komitmen organisasi para guru pendidikan khas selain yang tidak dikaji dalam kajian ini.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, resiliensi dan kesejahteraan subjektif mempunyai kecenderungan untuk mengekalkan pekerja supaya lebih komited terhadap organisasi dengan rasa setia dan tanggungjawab. Dapat disimpulkan juga tidak semua elemen di dalam resiliensi dan kesejahteraan subjektif menyumbang kepada komitmen organisasi guru pendidikan khas sekolah kebangsaan di Zon Utara Perak. Faktor lain seperti kewangan, keluarga dan lokasi tempat kerja turut menyumbang kepada komitmen organisasi.

Implikasi daripada kajian ini boleh diaplikasikan untuk memahami tingkah laku, emosi dan kepuasan kerja guru pendidikan khas. Dapatan kajian-kajian lalu telah menunjukkan bahawa resiliensi dan kesejahteraan subjektif memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada komitmen organisasi guru. Sehubungan itu, adalah diharap pengkaji akan datang akan lebih mempelbagaikan populasi responden, pemboleh ubah dan konstruk atau item yang lebih jelas. Dimensi lain yang boleh dikaji adalah seperti daya tindak, efikasi kendiri, motivasi, trait personaliti, sokongan sosial dan sebagainya.

Kepuasan bekerja guru menjadi satu indikator penting untuk menjamin kesejahteraan guru untuk berhadapan dengan pelbagai tugas yang mencabar. Peningkatan kepuasan bekerja mendorong kepada komitmen organisasi untuk pengekalan jawatan, peningkatan prestasi murid dan meningkatkan kualiti guru. Perhatian yang serius terhadap tekanan dan bebanan kerja berlebihan perlu diberi

(6)

perhatian oleh kementerian. Peningkatan kemahiran yang baharu, latihan dan insentif diperlukan oleh guru untuk meningkatkan tahap profesion mereka agar selaras dengan peredaran masa.

RUJUKAN

Allen, N. J. & d Meyer, J. P. 1990. The Measurement and Antecedents of Affective, Continuance and Normative Commitment to the Organization. Journal of Occupational Psychology 63(1): 1-18.

Avey, J. B., Luthans, F., Smith, R. M. & Palmer, N. F. 2010. Impact of positive psychological capital on employee well-being over time. Journal of Occupational Health Psychology 15(1): 17–28.

Beddu Salam Baco, Mohammad Azhar Mohamad Nor & Mohd. Dahlan Hj A.Malek. 2014. Modal psikologi (psychological capital), stres kerja dan komitmen kerja (work engagement): satu penelitian awal. Seminar Kebangsaan Integriti dan Keluarga, hlm.1-13.

Belknap, B. & Taymans, J. 2015. Risk and resilience in beginning special education teachers. The Journal Of Special Education Apprenticeship 4(1): 1-19. Brunetti, G. J. 2006. Resilience under fire: Perspectives on the work of experienced,

inner city high school teachers in the United States. Teaching and Teacher Education,22(7):812–825. http://doi.org/10.1016/j.tate. [27 Julai 2006]

Diener, E. & Ryan, K. 2009. Subjective well-being: a general overview. South African. Journal of Psychology 39(4): 391-406.

Downing, B. 2017. Special education teacher resilience: a phenomenological study of factors associated with retention and resilience of highly resilient special educators. Disertasi Dr. Fal, University Of California.

Farber, B. A. 1984. Stress and burnout in suburban teachers. Journal of Educational Research 77 (6): 325-332.

Hansen, A., Buitendach, J. H. & Kanengoni, H. 2015. Psychological capital, subjective well-being, burnout and job satisfaction amongst educators in the Umlazi region in South Africa: original research. SA Journal of Human Resource Management 13(1): 1-9.

Hefferon, K. & Boniwell, I. 2011. Positive psychology: theory, research and applications. Maidenhead: Open University Press.

Herbert, M. 2011. An exploration of the relationships between psychological capital (hope, optimism, self-efficacy, resilience), occupational stress, burnout and employee engagement. Disertasi Dr. Fal, University of Stellenbosch.

Jalali, Z. & Heidari, A. 2016. The relationship between happiness, subjective well-being, creativity and job performance of primary school teachers in Ramhormoz city. International Education Studies 9 (6): 45-52.

Junaidah Mohamad & Nik Rosila Nik Yaacob. 2013. Kajian tentang kepuasan bekerja dalam kalangan guru-guru pendidikan khas. Asia Pacific Journal of Educators and Education 28 (1): 103–115.

McInerney, D. M., Ganotice, F. A., King, R. B., Morin, A. J. S. & Marsh, H. W. 2015. Teachers’ Commitment and psychological well-being: implications of self-beliefs for teaching in Hong Kong. Educational Psychology, 35(8): 926–945. http://doi.org/10.1080/01443410.2014.895801 [7 Februari 2015]

Mohd Salmi Osman. 2016. Hubungan antara dimensi kecerdasan, emosi, spritual dan daya tahan dalam kalangan guru sekolah menengah. Tesis Dr. Fal, Universiti Putra Malaysia.

(7)

Mohd Salmi Osman, Maria Chong Abdullah , Abdul Aziz Ismail & Samsilah Roslan. 2015. Daya tahan dalam kalangan guru alaf 21. International Journal of Education and Training (InjET) 1(2): 1-9.

Nor Hamizan Melin & Ferlis Bullare @ Bahari. 2017. Daya tahan guru pendidikan khas. Prosiding Simposium Psikologi dan Kesihatan Sosial - I 2017, hlm. 170-177.

Noorshikin Edin. 2016. Cara berfikir dan daya tahan guru. Tesis Dr. Fal, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Oswald, M., Johnson, B. & Howard, S. 2003. Quantifying and Evaluating Resilience Promoting Factors : Teachers’ Beliefs and Perceived roles. Research in Education, 70 (1): 50– 64.

Paul, H., Bamel, U. K. & Gar, P. 2016. Employee Resilience and OCB: Mediating Effects of Organizational Commitment. Vikalpa: The Journal for Decision Makers 41(4):1-18.

Polat, D.D. İskender, D. 2018. Exploring teachers’ resilience in relation to job satisfaction, burnout, organizational commitment and perception of organizational climate. International Journal of Psychology and Educational Studies, 5(3): 1-13.

Ramesh, K. 2017. Hubungan resiliensi, modal psikologi dan tret personaliti terhadap kesejahteraan subjektif dan komitmen dalam kalangan guru pendidikan khas. Tesis Dr. Fal, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Schultz, D. & Schultz, S. E. 2009. Theories of Personality, 9th ed. Belmont, CA: Wadsworth/Thompson.

Seligman, M. E. P. & Csikszentmihalyi, M. 2000. Positive psychology: An introduction. American Psychologist 55(1): 5–14.

Sotomayor. E. A. 2012. Career resilience and continuing special education teachers: the development and evaluation of the special education career resilience scale.Tesis Dr. Fal, University of Maryland.

Taylor J. L. 2013. The Power of Resilience: A Theoretical Model to Empower, Encourage and Retain Teachers. The Qualitative Report,18 (70): 1-25.

Travis, G. C. 2015 A phenomenological study of the resiliency of special education teachers. Tesis Dr . Fal, Drexel University.

Youssef, C. M. & Luthans, F. (2007). Positive organizational behavior in the workplace. Journal Of Management, 33(5):774-800.

Zuraidah Muda & Mohamed Yusoff Mohd Nor. 2018. Modal psikologi dan komitmen guru dalam organisasi pendidikan. Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan. hlm. 186-196.

Referensi

Dokumen terkait

Retribusi Terminal adalah pelayanan atas penyediaan tempat parkir untuk kendaraan penumpang bis umum dan mobil barang, tempat kegiatan usaha, fasilitas lainnya di

Dalam kesempatan ini juga, dengan menghayati bahwa kehidupan dan pertumbuhan jemaat di GKI Kemang Pratama adalah tanggung jawab kita bersama, marilah dalam rasa syukur

638/BPBD/2016 tanggal 26 Agustus 2016 tentang Perpanjangan Penetapan Status Siaga Darurat Penanggulangan Bencana Asap Akibat Kebakaran Hutan dan Lahan di Provinsi

Muhibbin mengandung kritik yang membahas mengenai masalah pendidikan, masalah kejahatan, masalah generasi muda pada masyarakat modern, masalah peperangan, masalah

Makanan yang paling banyak dikonsumsi oleh ikan sepat siam baik yang berukuran kecil maupun besar adalah mikroalga dari Kelas Bacillariophyceae berjenis Diatoma, Melosira, dan

pri čemer pomenijo: LCC - skupna sedanja vrednost stroškov življenjskega cikla posamezne alternative I - sedanja vrednost osnovnih investicijskih stroškov 21 Repl - sedanja

Pertama, dari segi semantis, baik pada diatesis pasif bahasa Jepang maupun bahasa Indonesia, pendamping inti yang berperan penanggap adalah yang mengalami suatu peristiwa

Berdasarkan hasil pengamatan yang telah dilakukan, aktivitas guru pada penerapan model Siklus Belajar ( Learning Cycle ) ini, menunjukkan adanya peningkatan aktivitas