International Conference on Global Education VII Humanising Technology For IR 4.0

11 

Loading....

Loading....

Loading....

Loading....

Loading....

Teks penuh

(1)

PENINGKATAN SUBJEK MATEMATIK MURID TAHUN ENAM MELALUI PENGAJARAN BERPASANGAN

Nurihan Nasir (PhD) (nurihannasir@gmail.com) Rahayu Irdiana Ibrahim (rahayuirdiana@gmail.com) &Junaidah Zainal Abidin

(juniza@gmail.com) ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan mengenal pasti sejauhmana Pengajaran Berpasangan atau Pengajaran Bersama dapat membantu guru mengatasi masalah penguasaan Matematik dalam kalangan murid Tahun enam. Tinjauan awal masalah mendapati murid Tahun enam terlalu lemah dalam penguasaan Matematik terutamanya dalam soalan penyelesaian masalah. Sampel kajian terdiri daripada lapan orang murid Tahun enam iaitu seorang murid perempuan dan tujuh orang murid lelaki. Perlaksanaan kajian ini dilakukan dengan kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis hasil kerja murid manakala instrumen yang digunakan ialah soal selidik secara bertulis dan ujian peperiksaan. Data analisis awal kajian dengan menggunakan keputusan peperiksaan berasaskan sekolah iaitu Ujian Mac dan Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) manakala data analisis semasa kajian ialah Peperiksaan Percubaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan data analisis akhir kajian ialah Peperiksaan UPSR yang sebenar. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan hasil keputusan pencapaian peperiksaan Matematik UPSR murid Tahun enam. Hal ini dapat dibuktikan apabila keputusan UPSR mendapati seramai 7 daripada 8 orang telah berjaya lulus dalam subjek Matematik iaitu kira-kira sebanyak 87.5 peratus berbanding 75 peratus dalam keputusan Peperiksaan Percubaan UPSR. Selain itu, peningkatan bilangan murid mendapat gred B dan C meningkat daripada 3 orang kepada 5 orang. Kesimpulannya, Pengajaran Berpasangan seharusnya kerap berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) masa kini kerana ia dapat membantu guru dan murid bagi mengatasi masalah dalam subjek yang perlu diberi perhatian.

Kata kunci: soalan penyelesaian masalah, Pengajaran Berpasangan, penguasaan Matematik

1.0 PENGENALAN

Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bakal diduduki oleh murid Tahun 6 di sekolah rendah pada setiap bulan September. UPSR merupakan program pengujian bagi menilai pencapaian murid di akhir persekolahan di sekolah rendah. Oleh itu, murid Tahun 6 berusaha melengkapkan diri dari segi persiapan kognitif dan emosi untuk menghadapi peperiksaan yang penting ini. Masalah utama yang dihadapi oleh guru apabila murid Tahun 6 tidak menguasai kemahiran Matematik semasa mereka berada di Tahun 4 dan Tahun 5. Di sekolah besar iaitu sekolah gred A atau sekolah yang mempunyai bilangan murid yang ramai, kebiasaan guru memberi tumpuan kepada kelompok murid yang lemah untuk dibantu. Hal ini tidak berlaku di sekolah kecil atau Sekolah Kurang Murid (SKM) iaitu guru memberi fokus kepada semua murid yang mempunyai pelbagai kebolehan iaitu murid pandai, murid sederhana pandai, murid sederhana lemah dan murid lemah. Oleh itu, guru memainkan peranan penting untuk membantu murid pelbagai kebolehan ini bagi meningkatkan prestasi mereka dengan menggunakan pelbagai cara dan pendekatanPengajaran dan Pembelajaran (PdP).

(2)

1.1 Refleksi Masalah

Guru menghadapi masalah untuk membantu murid menghadapi peperiksaan UPSR 2018 dalam subjek matematik kerana kebanyakan murid masih memperoleh keputusan gred D dan E dalam peperiksaan percubaan UPSR 2018. Hal ini menyebabkan guru terpaksa meminta bantuan Pembimbing Pakar Pembangunan Sekolah (SISC+) untuk membantu guru supaya murid Tahun 6agar mampu memperoleh sekurang-kurang gred C dalam matematik. Oleh kerana masa yang begitu suntuk iaitu kira-kira sebulan setengah, guru terpaksa merancang beberapa sesi pertemuan kerap bersama SISC+ untuk mengatasi masalah penguasaan matematik yang masih lemah. Tambahan pula, murid juga menghadapi masalah dengan memahami soalan-soalan yang mempunyai elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi(KBAT) yang memerlukan murid berfikir dan menyelesaikan masalah matematik dengan tempoh masa yang ditetapkan. Selain itu, guru dan SISC+ juga menganalisis setiap kekuatan dan kelemahan murid berdasarkan keputusan peperiksaan Ujian Mac, Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT), Peperiksaan Percubaan UPSR (PP). Selain itu, aspek guru sebagai pembimbing dalam SKPMg2 (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2) turut menjadi fokus dalam memberi tunjuk ajar bagi menguasai isi pelajaran dan kemahiran, memandu murid membuat keputusan dan menyelesaikan masalah mengikut keperluan dan keupayaan murid dengan betul dan bersungguh-sungguh (Md Said Md Daimon, 2018).

2.0 FOKUS KAJIAN

Kajian ini dilakukan untuk menilai sejauhmana Pengajaran Berpasangan atau Pengajaran Bersama untuk membantu guru mengatasi masalah murid lemah dalam penguasaan Matematik UPSR. Guru sebagai pengkaji dan SISC+ sebagai pengkaji bersama perlu merancang tindakan yang sesuai digunakan semasa sesi perjumpaan(Coaching & Mentoring) diadakan. Hal ini menjadi keutamaan kepada pengkaji kerana tindakan atau aktiviti yang sesuai perlu dirancang untuk mencapai matlamat iaitu membantu guru mengatasi masalah murid lemah dalam penguasaan Matematik UPSR. Kajian ini bermula dengan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh guru dan murid terlebih dahulu sebelum merangka kaedah dan teknik PdP. Mengenal pasti masalah guru bermula dengan mengkaji latar belakang guru yang mengajar matematik dalam bilik darjah. Manakala mengenal pasti masalah murid pula tertumpu kepada dua perkara utama iaitu personaliti murid dan tahap pencapaian Matematik. Selain itu, pengkaji juga mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid sepanjang sesi Pengajaran Berpasangansemasa pembelajaran matematik. Setelah mengumpul masalah, pengkaji perlu menyenaraikan masalah yang dihadapi oleh guru dan murid bagi mengatur tindakan atau intervensi yang sesuai dilakukan dalam kajian ini. Tindakan yang digunakan ialah Pengajaran Berpasanganbagi meningkatkan prestasi murid Tahun 6 dalam subjek Matematik UPSR. Sebelum mengadakan Pengajaran Berpasangan, pengkaji mengadakan perbincangan mengenai tajuk Matematik dan masa PdP Matematikberdasarkan jadual kelas.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Am

Kajian ini dijalankan bertujuan mengkaji Pengajaran Berpasangan bagi membantu guru mengatasi masalah penguasaan matematik dalam kalangan murid Tahun 6.

(3)

3.2 Objektif Khusus

a) Mengenal pasti masalah yang dihadapi dalam pengajaran guru dan pembelajaran murid.

b) Menilai sejauhmana pengajaran berpasangan dapat meningkatkan prestasi murid dalam subjek Matematik.

4.0 Soalan Kajian

Kajian ini menjawab beberapa soalan yang dikemukakan:

a) Apakah masalah yang dihadapi oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran?

b) Apakah masalah yang dihadapi oleh murid semasa pengajaran dan pembelajaran?

c) Sejauhmana pengajaran berpasangan dapat membantu murid menguasai subjek Matematik?

5.0 KUMPULAN SASARAN

Responden merupakan murid luar bandar dalam kategori Sekolah Kurang Murid (SKM). Seramai 8 orang murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 7 orang murid lelaki dan seorang murid perempuan.

6.0 PELAKSANAAN KAJIAN

6.1 Tinjauan Awal Masalah

Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan awal masalah dibuat berdasarkan temu bual bersama guru dan murid, pemerhatian semasa Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), analisis keputusan Ujian Mac, analisis keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) dan analisis Peperiksaan Percubaan UPSR (PP) dan analisis dokumen berdasarkan hasil kerja murid. Tinjauan awal masalah adalah untuk menjawab soalan kajian 1 dan soalan kajian 2.

6.1.1 Temu bual

Pengkaji telah mengadakan temu bual terbuka untuk mendapat maklumat mengenai guru yang mengajar Matematik bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh guru terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Selain itu, pengkaji juga membincangkan masalah yang dihadapi murid. Temu bual terbuka dilakukan untuk mendapat sebanyak mungkin maklumat mengenai pengajaran guru dan tahap pembelajaran murid.

6.1.2 Pemerhatian

Selain temu bual, pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian dalam kajian ini. Pemerhatian merupakan proses meneliti situasi atau kejadian secara kritikal (Hamidon Abd Rahman & Nakoo Mustan, 2018). Pemerhatian tingkahlaku ini dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berlaku dalam bilik darjah. Pemerhatian juga dibuat semasa soal jawab dengan murid secara formal (kelas) atau non formal (personal).

6.1.3 Soalan Terbuka Secara Bertulis

Pengkaji menggunakan soalan terbuka dan responden perlu menulis jawapan sendiri. Menurut Hamidon Abd Rahman dan Nakoo Mustan (2018), soalan terbuka memberi kebebasan kepada responden untuk mengemukakan pendapat dan memberi

(4)

huraian lanjut berhubung soalan yang dikemukakan. Dalam kajian ini yang dikemukakan ialah:“Apakah masalah yang kamu hadapi dalam subjek matematik?” 6.1.4 Keputusan peperiksaan

Secara umumnya, keputusan peperiksaan dapat menunjukkan pencapaian murid sama ada menguasai atau tidak menguasai sesuatu mata pelajaran. Kajian ini mengambil kira keputusan murid sebagai salah satu elemen untuk mengenal pasti penguasaan matematik sama ada cemerlang, sederhana dan lemah.

Jadual 1:Petunjuk Pencapaian Berdasarkan Gred

Gred Markah Pencapaian

A 80 – 100 Cemerlang B 60 – 79 Sederhana C 50 – 59 D 40 – 49 Lemah E 0 – 39

Jadual 2: Keputusan Peperiksaan Berasaskan Sekolah

Bil Responden Ujian 1

Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) Peperiksaan Percubaan UPSR (PP) 1 A1 42 D 48 D 61 C 2 H 19 E 40 D 41 D 3 S1 13 E 24 E 20 E 4 S2 65 B 70 B 55 C 5 S3 41 D 41 D 53 D 6 Y 24 E 49 D 48 D 7 N 40 D 48 D 40 D 8 A2 41 D 36 E 36 E

6.1.5 Hasil Kerja Murid

Pengkaji bersama mengumpul semua maklumat berkaitan subjek Matematik terutamanya latihan yang telah diberi oleh guru dan latihan yang telah dibuat oleh murid.

(a) Buku latihan / buku tulis

(b) Lembaran kerja / latihan bukan menggunakan buku tulis (c) Buku ulangkaji / latihan berbentuk buku

(d) Fail murid yang mengandungi sebarang maklumat matematik

Selain itu, guru kerap memberi latihan Matematik terutamanya kertas I dan II Matematik. Latihan kertas I Matematik ini dibuat di rumah atau di sekolah semasa ketiadaan guru. Kebiasaannya, latihan diberi lebih awal sebelum guru menyemak jawapan. Murid buat latihan kertas II Matematik di sekolah dan guru mengadakan perbincangan dengan murid. Latihan diberi oleh guru sebelum PdP keesokan hari persekolahan. Murid mengadakan perbincangan dengan di rumah rakan.

(5)

6.2 Analisis Tinjauan Masalah 6.2.1 Analisis temu bual

Beberapa analisis temu bual secara informal yang dilakukan oleh pengkaji iaitu:

(a) Berdasarkan temu bual bersama guru mengenai murid sebelum kajian dijalankan. Dapatan kajian ialah:

 Murid kurang berminat mempelajari Matematik.

 Murid tidak ada keyakinan diri untuk aktif dalam PdP Matematik.

 Murid masih lemah dalam subjek matematik terutamanya soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

 Gagal mendapat 100% lulus kerana dua orang murid masih tahap lemah.

 Tidak ada murid kualiti merujuk kepada murid yang mendapat keputusan cemerlang – gred A.

 Keseluruhan pencapaian murid masih terlalu minimum.

(b) Berdasarkan temu bual bersama guru Matematik semasa mengenai PdP guru Matematik terdahulu. Dapatan kajian ialah:

Guru Matematik Terdahulu:

 menggunakan laras bahasa yang agak tinggi semasa penyampaiannya dalam kelas.

 PdPtidak menekankan kemahiran asas Matematik.

 Perwatakan guru agak garang menyebabkan murid takut hendak bertanya soalan.

Guru Matematik Semasa:

 Guru yang bukan opsyen.

 Kurang mahir dalam PdP Matematik.

 Kurang daya kreativiti dalam PdP Matematik.

(c) Berdasarkan temu bual bersama beberapa orang murid di bilik darjah sebelum kajian dijalankan. Dapatan kajian ialah:

 Murid tidak faham dengan pengajaran guru terdahulu.

 Murid takut hendak bertanya guru kerana guru terdahulu selalu marah.

 Pengajaran guru terdahulu tidak menarik. 6.2.2 Analisis pemerhatian

Dapatan pemerhatian pengkaji semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas ialah:

 Murid perlu diberi penerangan yang jelas dan berulang kali supaya mereka benar-benar faham sebelum diberi tugasan dalam kumpulan.

 Murid lebih suka bekerja secara individu walaupun tugasan diberi secara kumpulan.

 Kebanyakan murid yang lemah dalam pencapaian Matematik agak pasif dalam kumpulan.

 Murid mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan tugasan.

 Tidak ada pesaingan antara kumpulan untuk menyiapkan tugasan. 6.2.3 Analisis Soalan Terbuka Secara Bertulis

Analisis soalan terbuka secara bertulis: “Apakah masalah yang kamu hadapi dalam subjek matematik?”

(6)

Dapatan yang diperoleh ialah kebanyakan murid menulis jawapan:

 Matematik susah

 Tidak minat matematik

 Tak tahu jawapan dan tak tahu nak tulis jawapan

 Tak sempat menjawab soalan 6.2.4 Analisis Keputusan Peperiksaan

Analisis keputusan peperiksaan berasaskan sekolah iaitu Ujian Mac, Peperiksan Pertengahan Tahun (PPT), Peperiksaan Percubaan UPSR (PP) dan UPSR 2018 merupakan pertunjuk asas kepada kesan Pengajaran Berpasangan bagi membantu guru mengatasi masalah penguasaan matematik dalam kalangan murid Tahun 6.

Jadual 3: Keputusan Peperiksaan Berasaskan Sekolah dan UPSR 2018 GRE

D

MARKAH

PENCAPAIAN MURID

Ujian Mac PPT PP UPSR 2018

Bil % Bil % Bil % Bil %

A 80 - 100 0 0 0 0 0 0 0 0

B 60 - 79 0 0 0 0 1 12.5 1 12.5

C 50 - 59 1 12.5 3 37.5 2 25 4 50 D 40 - 49 2 25 3 37.5 3 37.5 2 25 E 0 - 39 5 62.5 2 25 2 25 1 12.5

Rajah 1: Keputusan Peperiksaan Berasaskan Sekolah dan UPSR 2018

Jadual 3 menunjukkan hasil keputusan pencapaian keseluruhan murid Tahun 6 yang menguasai kemahiran Matematik. Keputusan ujian bulan Mac menunjukkan prestasi yang amat lemah, hanya 1 daripada 8 respon iaitu 12.5% berjaya memperoleh gred C dan 2 daripada 8 respon iaitu 25% berjaya memperoleh Gred D sahaja. Manakala 5 daripada 8 orang iaitu 75% tidak menguasai kemahiran iaitu mendapat gred E. Hasil tinjauan awal terdapat masih ramai murid tidak menguasai sifir 2 hingga 9 dengan baik dan berkesan. Pada peringkat permulaan kajian ini, proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdPc) dilaksanakan dengan membuat pemerhatian kepada murid-murid

0 10 20 30 40 50 60 70 MAC PPT PCB UPSR Gred A Gred B Gred C Gred D Gred E

(7)

Tahun 6, Sekolah Kebangsaan Rambai Tujuh. Kelemahan dalam memahami fakta asas membuatkan murid-murid memberikan jawapan yang salah.

6.2.5 Analisis Hasil Kerja Murid Dapatan hasil kerja murid ialah: (a) Buku latihan / buku tulis

 Kurang latihan atau kerja rumah

 Banyak kerja murid tidak lengkap terutama murid lemah

 Kerja tidak sistematik dan banyak ruang kosong

 Kurang pembetulan yang dibuat oleh murid

 Tidak ada buku conteng atau buku khas pengiraan informal (b) Lembaran kerja / latihan bukan menggunakan buku tulis

 Tidak ada fail khas untuk simpanan hasil kerja lembaran

 Lembaran kerja bertaburan dalam beg dan dilipat dalam buku

 Kerja dalam lembaran kerja juga tidak teratur (c) Buku ulangkaji / latihan berbentuk buku rujukan

 Ada buku ulangkaji berbentuk latihan yang dibeli oleh guru

 Banyak latihan yang tidak disiapkan atau tidak lengkap (d) Fail murid yang mengandungi sebarang maklumat Matematik

 Tidak ada borang target atau borang headcount Matematik

 Kertas peperiksaan Matematik tidak disimpan dalam fail

6.3 Tindakan atau Intervensi Yang Dijalankan

Selepas sesi perbincangan dengan SISC+, pengkaji merangka beberapa tindakan atau intervensi bagi membantu masalah penguasaan matematik dalam kalangan murid Tahun 6. Pengkaji telah memulakan intervensi berikut:

6.3.1 Aktiviti 1: Mengenal pasti Personaliti Murid untuk lihat kekuatan dan kelemahan murid

Hasil analisis temu bual, pemerhatian dan soalan terbuka, beberapa perkara perlu diberi perhatian khususnya kepada keyakinan murid sendiri. Misalnya, temu bual dengan murid, kajian mendapati murid takut untuk bertanya soalan jika mereka tidak tahuatau tidak faham soalan Matematik. Hal ini berlaku kerana guru Matematik sebelum ini selalu marah jika mereka bertanya soalan. Oleh itu, guru terpaksa memberi motivasi dan pengukuhan diri sebelum mengajar kelas tersebut. Selain itu,SISC+ telah mengadakan sesi berkenalan dengan murid untuk mengetahui kebolehan komunikasi dan keberanian setiap murid. SISC+ mengenali personaliti murid melalui tiga perkara secara verbal lisan:

 Nama penuh

 Cita-cita

 Motto

Selepas sesi ini, SISC+ dan guru melantik dua orang guru muda yang terdiri daripada dua orang murid yang berpotensi untuk mendapat gred matematik yang lebih baik dan berkebolehan menerangkan ilmu kepada murid yang lain. Pengkaji membahagikan kepada dua kumpulan yang terdiri daripada murid pelbagai kebolehan. Kedua-dua kumpulan murid ini perlu bersaing semasa menjawab soalan Matematik untuk mendapat mata skor yang diberi oleh guru atau SISC+. Mata skor yang tertinggi diberi ganjaran oleh guru.

(8)

6.3.2 Aktiviti 2: Kemaskini Pengurusan Hasil Kerja Murid

Sebelum memulakan kajian ini, SISC+ telah memperkenalkan buku tulis tidak formal atau buku kiraan yang diberi nama buku Mutiara. Buku kiraan ini merupakan buku membuat jalan kerja Matematik yang non-formal. Murid hendaklah menggunakan buku ini semasa PdP dijalankan. Jalan kerja yang ditulis dalam buku Mutiara ini perlu kemas dan teratur. Selain itu, setiap murid perlu menyediakan fail Matematik untuk penyimpanan semua kertas soalan dan kertas jawapan, lembaran kerja, buku soalan dan sebagainya. Fail Matematik ini hendaklah ditinggalkan dalam kelas. Segala maklumat yang berkaitan dengan Matematik hendaklah disimpan dalam fail yang disediakan. Selain itu, murid ditekankan dengan konsep kerja dalam Matematik iaitu „Latihan, Semak dan Pembetulan‟.

6.3.3 Aktiviti 3: Pengajaran Guru Secara Berpasangan

Melalui kajian yang dijalankan, SISC+ telah mengadakan beberapa kali pengajaran bersama guru dalam kelas. SISC+ memberi fokus kepada kertas I Matematik UPSR manakala guru memberi tumpuan kepada kertas II Matematik UPSR. Setiap kali Pengajaran Berpasangan selesai diadakan, guru dan SISC+ berbincang mengenai kelemahan dan kekuatan PdP dan perkembangan murid dalam pembelajaran Matematik.

6.4 Pelaksanaan Tindakan (Intervensi) Dan Pemerhatian

6.4.1 Fasa 1: Pra-konferensi

Kajian ini dijalankan bertujuan mengkaji Pengajaran Berpasangan bagi membantu guru mengatasi masalah penguasaan matematik dalam kalangan murid Tahun 6.

Pengajaran Berpasangan atau mengajar secara bersama juga dikenali sebagai Co-Teaching The Lesson. Dalam model ini, SISC+ mengajar bersama-sama guru.

Beberapa soalan telah menjadi panduan dan fokus kepada SISC+:

 Apakah matlamat guru untuk PdP ini?

 Bagaimana anda bercadang untuk melaksanakan PdP ini?

 Apakah bahan yang diperlukan?

Dengan beberapa soalan ini, ia menjadi asas perbincangan awal antara guru dan SISC+ untuk memberi gambaran sebelum PdP dilakukan dalam bilik darjah.

6.4.2 Fasa 2: Pemerhatian

Pemerhatian berlaku semasa mengajar secara bersama „Co-Teaching The Lesson‟ Semasa proses PdP, peranan SISC+ boleh berubah bergantung kepada persetujuan yang dicapai semasa pra-konferensi. Terdapat tiga gaya untuk Pengajaran Berpasangan diadakan dalam kelas:

1. SISC+ menerajui bahagian yang berlainan pada PdP secara kolaboratif dengan guru.

2. SISC+ mengajar sebahagian daripada PdP sementara itu guru pula membuat pemerhatian.

3. SISC+ berfungsi sebagai pemerhati semasa aktiviti yang telah dipersetujui bersama dilaksanakan dalam PdP.

Tiga gaya ini diselang selikan dalam Pengajaran Berpasangan yang dilakukan tetapi kebanyakannya gaya pertama dan gaya kedua dibuat dalam kajian ini.

6.4.3 Fasa 3: Pasca-konferensi

Selepas sesi PdP, perbincangan berdasarkan pemerhatian PdP dan pembelajaran murid dilakukan untuk menilai sejauh mana Pengajaran Bersama dapat membantu

(9)

murid menguasai kemahiran matematik yang diajar. Soalan panduan yang digunakan oleh guru ialah:

 Apa yang anda perhatikan semasa PdP?

 Sejauh manakah kita berjaya melaksanakan PdP dengan berkesan?

 Adakah murid mempelajari apa yang sepatutnya dipelajari?

 Adakah proses PdP sesuai dengan matlamat?

Soalan panduan ini penting semasa perbincangan di akhir Pengajaran Bersama selesai dalam setiap sesi PdP. Walau bagaimanapun, ada juga perkara lain yang dibincangkaniaitupembelajaran Matematik dalam kalangan murid Tahun 6.

6.5 Refleksi Kajian

Sepanjang tempoh kajian dijalankan, pengkaji sentiasa membuat refleksi untuk menilai sejauh mana Pengajaran Berpasangan dapat mengatasi masalah penguasaan matematik dalam kalangan murid Tahun 6.

6.5.1 Refleksi Tinjauan Masalah

(a) Rekfleksi tinjauan masalah ini menjawab soalan pertama kajian iaitu apakah masalah yang dihadapi oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran?

Masalah utama yang dihadapi oleh guru ialah murid Tahun 6 tidak menguasai kemahiran Matematik Tahun 4 dan Tahun 5. Berdasarkan hasil analisis temu bual, pemerhatian, soalan terbuka, kajian mendapati pencapaian murid masih terlalu minimum secara keseluruhan. Perkara ini berlaku kerana murid tidak faham dengan pengajaran guru Matematik terdahulu, pengajaran guru terdahulu tidak menarik dan murid tidak berani bertanya apabila mereka masih tidak faham. Oleh yang demikian, persediaan guru sangat penting dalam PdP. Persediaan PdP ini penting untuk menarik minat murid dan merancang pengajaran mengikut kemampuan murid misalnya „Pembelajaran Terbeza‟. Selain itu guru hendaklah bersikap terbuka untuk menerima kritikan atau komen PdP supaya dapat memperbaiki PdP guru sesuai dengan tahap murid.

(b) Seterusnya rekfleksi tinjauan masalah juga menjawab soalan kedua kajian iaitu apakah masalah yang dihadapi oleh murid semasa dalam pengajaran dan pembelajaran?

Dapatan kajian mendapati murid masih lemah dalam Matematik terutamanya soalan penyelesaian masalah atau soalan KBAT. Tambahan pula, dua orang murid masih lemah dalam menguasai kemahiran Matematik yang dipelajari. Lantaran itu, pencapaian keseluruhan murid tidak mencapai sasaran 100% lulus Matematik. Dua orang murid lemah ini agak pasif dalam penglibatan kerja berkumpulan kerana tidak ada keyakinan diri. Selain itu, mereka tiada keyakinan menulis jawapan yang betul dan mengambil masa untuk menjawab soalan dikemukakan oleh guru. Kajian mendapati kelemahan murid perlu diperbaiki pada seawal tahap satu supaya tidak ada murid yang tercicir memandangkan bilangan murid tidak ramai iaitu seramai lapan orang sahaja.Potensi murid hendaklah ditingkatkan secara sedikit demi sedikit mengikut kemampuan mereka.

6.5.2 Refleksi Tindakan atau Intervensi

Sebanyak tiga aktiviti dilakukan oleh pengkajibersama berdasarkan proses tindakan atau intervensi bagi mengatasi masalah penguasaan matematik dalam kalangan murid Tahun 6. Walaupun demikian, fokus kajian tertumpu kepada aktiviti ketiga iaitu

(10)

Pengajaran Guru Berpasangan atau Pengajaran Bersama. Pengajaran Bersama ini dilakukan mengikut jadual kelas mata pelajaran Matematik danberdasarkan kemahiran menjawab soalan matematik iaitu kemahiran dalam kertas I dan kertas II Matematik UPSR. Secara keseluruhan, Pengajaran Bersama bukan sahaja membantu murid tetapi dapat membantu guru meningkatkan PdP dalam bilik darjah.

6.5.3 Refleksi Pelaksanaan Tindakan

(c) Rekfleksi pelaksanaan tindakan ini menjawab soalan ketiga kajian iaitu sejauh mana pengajaran berpasangan dapat membantu murid menguasai subjek Matematik?

Kebanyakan matlamat PdP guru adalah untuk murid menguasai kemahiran dalam kertas I dan kertas II Matematik UPSR daripada buku rujukan yang terpilih. Cadangan untuk melaksanakan PdP adalah pembelajaran berpusatkan kepada murid. Oleh itu, SISC+ telah menunjuk cara 4 aktiviti Pembelajaran Abad ke 21 (PAK 21). Bahan-bahan yang sering digunakan ialah buku aktiviti, buku Mutiara, pen marker, pen merah dan sebagainya.

Pengajaran Bersama dilakukan secara berkala bagi mengukuhkan pembelajaran murid. Perkara yang paling penting semasa proses „Co-Teaching‟ ialah mengingatkan bahawa SISC+ bukan seorang pengkritik tetapi membimbing dan membantu guru dalam PdP. Fokus kajian ini merujuk kepada dua gaya Pengajaran Berpasangan diadakan dalam kelas iaitu gaya pertama, SISC+ menerajui bahagian yang berlainan pada PdP secara kolaboratif dengan guru.Gaya kedua, SISC+ mengajar sebahagian daripada PdP sementara itu guru pula membuat pemerhatian.

Kebanyakan data pemerhatian PdP guru merujuk kepada aktiviti pembelajaran berpusatkan murid. Perlaksanaan PdP yang berkesan merujuk kepada elemen 4K (Komunikasi, Kolaboratif, Kreatif dan Kritis). Murid pula mempelajari kemahiran dalam kertas I dan kertas II Matematik UPSR daripada buku rujukan yang terpilih. Oleh itu, murid hendaklah membuat pembetulan apabila jawapan mereka tidak betul bagi memastikan mereka memahami apa yang sepatutnya mereka kuasai sesuai dengan konsep „Latihan, Semak dan Pembetulan‟. Manakala proses PdP disesuaikan dengan matlamat untuk murid menguasai kemahiran matematik yang diajar iaitu kemahiran dalam kertas I dan kertas II Matematik UPSR.

Secara keseluruhan, terdapat 3 fasa yang dilalui oleh pengkaji dalam memastikan proses Pengajaran Berpasangan iaitu, Fasa I: Pra-konferensi; Fasa 2: Pemerhatian dan Fasa 3: Pasca-konferensi. Ketiga-tiga fasa penting bagi memastikan pelaksanaan tindakan ini berjalan dengan lancar dan memenuhi kriteria elemen„Peer Coaching‟ dalam Komuniti Pembelajaran Profesional atau PLC.

7.0 KESIMPULAN

Kajian Pengajaran Berpasanganatau Pengajaran Bersama merupakan elemen yang sedang ditingkatkan dalam amalan PdP di sekolah masa kini. Pengajaran Berpasangan adalah elemen „Peer Coaching‟ dalam PLC yang sedang sering dibincangkan agar dapat memberi manfaat kepada guru dan murid. Justeru, kajian ini sangat bermakna kepada guru dan juga SISC+ supaya dapat meningkat pengajaran guru dalam bilik darjah dan juga meningkatkan kualiti Coaching and Mentoring(C&M) untuk SISC+.

Dapatan kajian ini diharapkan dapat menyuntik kesedaran dalam kalangan guru tentang kepentingan Pengajaran Berpasangan atau Pengajaran Bersama untuk meningkatkan prestasi murid dalam subjek kritikal atau memberi idea kepada guru dari segi pengajaran dalam bilik darjah.Menyedari kepentingan ini, guru dapat merancang

(11)

Pengajaran Berpasangan yang sesuai dilaksanakan di sekolah dan seterusnya budaya PdP yang berkesan dapat diamalkan sekolah.

8.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Cadangan seterusnya ialah Pengajaran Berpasangan dalam subjek matematik atau subjek lain perlu dilaksanakan pada peringkat awal tahun. Memandangkan kajian tindakan ini dilakukan dalam tempoh sebulan setengah, tentulah hasil kajian tidak optimum berbanding kajian tindakan yang bermula pada awal tahun. Justeru, perancangan yang rapi dan sistematik perlu dirangka dan dilaksanakanpada peringkat awal bagi menilai sejauh mana Pengajaran Berpasangan ini dapat memberi manfaat kepada murid dan guru di sekolah.

RUJUKAN

Abdul Latib Abd Rahman, Nor Azam Ariffin & Anas Suray. 2016. Panduan Penulisan Laporan Penyelidikan Tindakan. Comtech Multisystem.

Hamidon Abd Rahman & Nakoo Mustan. 2018. Kajian Tindakan Pendekatan Penyelidikan Abad Ke 21. Genting Highlands, Pahang: RVG Publishing House Sdn. Bhd.

Md Said Md Daimon. 2018. Kompilasi Panduan Pelaksanaan PdPc PAK21. Batu Pahat, Johor: Koperasi Pendidikan Daerah Batu Pahat Berhad (KOPDI).

Nurihan Nasir. 2005. Penggunaan perisian Autograph dalam pengajaran topik Graf Fungsi Kuadratik di kalangan murid Tingkatan empat.Tesis Sarjana Pendidikan. Tidak diterbitkan. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak.

Nurihan Nasir (2014). Kesan Kaedah Penggunaan Modul Aktiviti Berasaskan Visualisasi Terhadap Kemahiran Visualisasi Rajah Geometri dan Kemahiran Membina Rajah Geometri. Tesis Doktor Falsafah. Tidak diterbitkan. Universiti Sains Sains, Pulau Pinang.

Figur

Memperbarui...

Referensi

Memperbarui...

Related subjects :