• Tidak ada hasil yang ditemukan

International Conference on Global Education VII Humanising Technology For IR 4.0

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "International Conference on Global Education VII Humanising Technology For IR 4.0"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

PERANCANGAN PENDIDIKAN MELALUI VLE FROG UNTUK MURID SEKOLAH RENDAH

Nur Zawani binti Mokhtar

(wanithefirst@gmail.com)

Dr Bity Salwana bt Alias

ABSTRAK

Kertas konsep ini membincangkan secara ringkas perancangan pendidikan melalui VLE Frog untuk murid sekolah rendah. Sejajar dengan matlamat anjakan ketujuh dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) iaitu untuk mentransformasikan sistem pendidikan negara, kerajaan telah menyediakan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui 1BestariNet di 10,000 sekolah seluruh Malaysia termasuk sekolah-sekolah luar bandar. Pembelajaran Maya (Virtual Learning Environment - VLE) merupakan platform pembelajaran yang menjadi agenda utama terutamanya di sekolah rendah. Secara spesifiknya, platform VLE Frog telah digunakan dalam kalangan guru dan murid sekolah rendah. VLE Frog adalah satu kaedah penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pengurusan pentadbiran dijalankan melalui VLE Frog yang boleh diakses di sekolah, atau di mana-mana sahaja melalui capaian Internet. Selain itu, kertas konsep ini juga turut membincangkan cabaran sertacadangan-cadangan untuk penambahbaikan dalam menangani masalah yang dihadapi.

Kata kunci: VLE Frog, masalah, cadangan penambahbaikan

PENGENALAN

Penggunaan Internet dalam bidang pendidikan telah berkembang pesat selari dengan kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information Communication Technology (ICT). Pelbagai konsep dalam pendidikan telah diperkenalkan oleh pihak-pihak tertentu hasil daripada ledakan teknologi Internet dan perkembangan komunikasi bagi memberi manfaat kepada pendidik. Pengajaran dan pembelajaran maya merupakan salah satu bidang yang berkembang dalam era Internet ini. Kemajuan teknologi telah memberi cabaran baharu dan perlu dimanfaatkan untuk meningkatkan martabat profesion keguruan.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), telah meletakkan matlamat memanfaatkan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Sejajar dengan itu, kementerian berusaha untuk memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kecekapan cara penyampaian pendidikan. Sejak Internet diperkenalkan dalam sistem pendidikan di Malaysia, banyak perubahan telah berlaku. Ianya telah mengubah corak kehidupan komuniti dan masyarakat di seluruh dunia dalam penggunaannya di bidang pendidikan. Penggunaan Internet terus berkembang dari semasa ke semasa (Noraini et al., 2010). Pembelajaran maya yang merupakan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) berasaskan Internet adalah bidang yang turut berkembang dalam era ICT ini.

Setiap pelajar perlu mempunyai akses kepada pendidikan berkualiti dan integrasi dunia teknologi masa kini (KPM, 2012). Bagi merealisasikan inisiatif tersebut, KPM telah bekerjasama dengan pihak YTL Communications dan memperkenalkan projek 1BestariNet. Di bawah projek berkenaan, sebanyak 10 000 buah sekolah rendah dan menengah telah dilengkapkan dengan akses Internet berkelajuan tinggi tanpa wayar 4G yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi, dan pentadbiran dilaksanakan menerusi Persekitaran Pembelajaran Maya Frog atau Frog Virtual Learning Environment (VLE Frog).

(2)

TEORI/ MODEL

Pendekatan sistem, teori komunikasi, teori tingkah laku dan sebagainya dijadikan sebagai asas teori pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi. Hal ini disebabkan masih belum ada teori pengajaran yang boleh memberikan cara alternatif yang menyokong penggunaan teknologi terkini. Antara teori yang telah di guna pakai dalam pengajaran dan pembelajaran menggunakan Frog VLE ialah:

Teori Konstruktivisme

Strategi konstruktivisme berdasarkan prinsip pembelajaran yang berasal daripada cabang sains kognitif. Konstruktivisme juga diasaskan daripada idea beberapa ahli falsafah seperti John Dewey, Lev Vygotsky, Jerome Bruner, Jean Piaget dan Howard Gardner. Teori ini adalah berkaitan dengan pengajaran yang berdasarkan kepada penyelidikan dan pengalaman. Tokoh-tokoh dalam teori konstruktivisme ini melihat proses pembelajaran sebagai aktiviti pembinaan mental yang dicantumkan dengan maklumat baru. Teori ini menekankan kepada penglibatan murid dalam menyelesaikan masalah. Murid-murid akan membina pengetahuan sendiri untuk menjana idea dengan berdasarkan pengetahuan sedia ada. Semuamaklumat baru yang ada akan diolah dan disesuaikan dengan satu kerangka maklumat baru yang dinamakan konstruktivisme.

Ahli-ahli teori konstruktivisme percaya bahawa pembelajaran yang bermakna lahir daripada keinginan belajar sendiri, bersifat aktif, kesedaran serta memberikan latihan konstruktif termasuk kemahuan bersaling pusingan aksi-refleksi. Situasi dan aktiviti sosial ini akan membentuk pemahaman (Chi, Feltovich dan Glaser 1981). Justeru itu, pembelajaran mestilah berlaku dalam situasi yang kaya dengan konteks, bersifat reflektif, menimbulkan kerjasama ke arah penyelesaian masalah. Dalam erti kata lain, teori ini menekankan pengalaman kognitif dalam aktiviti sebenar.

Teori Kognitif

Teori kognitif adalah berkaitan dengan proses mental yang melibatkan pengamatan, pengetahuan dan pemahaman. Ahli-ahli psikologi yang terkenal seperti Kohler, Koffa, Piaget, Brunner, Ausuble, dan Gagne berpendapat proses pembelajaran adalah satu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran yang tidak dapat diperhatikan secara langsungdaripada tingkah laku manusia. Semua maklumat yang di terima di padankan dengan maklumat yang sedia ada, diubahsuai dan disusun semula seterusnya menghasilkan sesuatumaklumat yang baru.

Mengikut kajian-kajian mazhab kognitif, pembelajaran hanya boleh berlaku berdasarkan murid yang mempunyai cukup pengalaman yang berkaitan untuk mempelajari pengalaman baru di samping mempunyai motif serta rela mengambil inisiatif diri sendiri untuk menjalankan aktiviti pmbelajaran. Ahli-ahli kognitif mengaitkan aktiviti-aktiviti pembelajaran dengan proses-proses mental dalaman iaitu fikiran, ingatan, pengetahuan dan penyelesaian masalah yang berlaku dalam pembentukan skema manusia.

Ahli-ahli kognitif berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yangberlaku dalam minda manusia. Oleh yang demikian, ahli-ahli penyelidik tidak dapat memerhatikan secara langsung bagaimana pembelajaran berlaku kecuali dengan meramal daripada tingkah laku manusia. Proses dalaman yang dirujuk termasuk pemikiran, celik akal, pemprosesan maklumat, ingatan dan pengamatan.

Dengan menggunakan Frog VLE, guru dan murid melalui satu pengalaman yang barudan di luar jangkaan. Walaupun begitu, berdasarkan teori ini guru dan murid akan

(3)

melaluinya tanpa sebarang masalah. Malahan ilmu pengetahuan akan berkembang kerana capaian yang mudah kepada ilmu dan ilmu itu pula saling berkaitan.

Teori Minimalis

Teori ini diperkenalkan oleh J.M. Carroll pada tahun 1990. Beliau mengemukakan teori ini supaya informasi atau maklumat yang diberi boleh diterima lebih efisen. Teori minimalis merupakan rangka kerja untuk reka bentuk pengajaran, terutamanya untuk bahan-bahan latihan penggunaan komputer, aplikasi pemprosesan data serta pengaturcaraan. Teori ini menyokong pembelajaran kendiri dan menekankan kepentingan murid membina pengalaman semasa proses pembelajaran secara meminimumkan bahan pembelajaran yang menghalang pembelajaran.

Semua aktiviti pembelajaran mestilah bermakna dan mempunyai aktiviti tersendiridan murid hendaklah diberi projek yang realistik selepas pengajaran. Arahan yang diberikan mestilah yang membenarkan pembelajaran arah kendiri dan sentiasa diubahsuai dengan menambahkan pelbagai aktiviti. Selain itu, latihan dan aktiviti mesti memberikan ruang untuk murid mengakui dan memperbetulkan kesalahan.

KAJIAN TERDAHULU

Juan R. Pimentel (1999) mentakrifkan VLE (virtual learning environment) sebagai persekitaran maya yang memberi ruang kepada pelajar untuk melihat sekeliling, membuat penilaian kendiri dan melakukan tindakan menerusi pengalaman dan pembelajaran yang memangkin mereka untuk menjadi lebih cemerlang. Pembelajaran melalui persekitaran seperti ini melibatkan pemerhatian, pengalaman, situasi, peraturan, konsep dan teknik yang berterusan dalam meningkatkan prestasi pelaksanaan sesuatu tugas.

Definisi ini menekankan bahawa Virtual Learning Environment (VLE) ialah platform pembelajaran. Ia ialah satu sistem pendidikan e-pembelajaran berdasarkan web secara individu dengan menyediakan akses maya mengandungi pembelajaran di dalam kelas, pengisian pembelajaran, ujian, kerja rumah, gred, penilaian, dan sumber-sumber luaran seperti akademik atau pautan laman web pendidikan. Penggunaan VLE yang berdasarkan web ini di Malaysia selaras dengan apa yang dinyatakan oleh Siti Ezaleila dan Azizah (2011), rakyat Malaysia meluangkan purata masa hampir 20 jam seminggu di laman sosial untuk tujuan komunikasi, perkongsian maklumat serta hiburan. Mereka juga bersetuju bahawa laman sosial merupakan satu platform tambahan kepada interaksi luar talian yang biasa digunakan dan diyakini mampu menggantikan komunikasi lain dalam masa terdekat.

Menurut Burnett (2010), kanak-kanak pada zaman kini dibesarkan dalam persekitaran textual landscape. Textual landscape adalah satu persekitaran digital dimana kanak-kanak terdedah dengan pelbagai cara untuk berinteraksi dan bermain yang aktif. Persekitaran digital yang dimaksudkan adalah seperti permainan komputer, telefon bimbit dan dunia maya. Oleh itu penggunaan ICT dalam pembelajaran membolehkan pelajar berfikir dengan lebih kreatif dan inovatif serta mampu mencapai sesuatu ilmu secara kendiri tanpa terlalu bergantung kepada guru dalam pendidikan formal.

Kajian lepas berkaitan VLEFROG menyorot pelbagai aspek antaranya berfokus kepada tahap penggunaan VLEFROG dalam kalangan guru ( Hasnuddin et al 2015 ; Ummu Salma 2014; Ida Norini, 2013) , persepsi guru terhadap penggunaan VLEFROG (Ana Haziqah 2014; Nurul Farhana 2013; Aman Shah 2013) serta melihat kepada faktor

(4)

kekangan atau penghalang kepada pelaksanaan VLEFROG (Norazilawati et al. 2014; Nurul Farhana 2013; Nurul Juzailah 2013).

ISU/CABARAN

Antara cabaran yang dihadapi oleh guru semasa menggunakan Frog VLE dalam PdP adalah kekangan dari aspek infrastruktur. Senario kekurangan atau kelemahan dari aspek infrastruktur ini merupakan fenomena yang sering dialami dalam mengaplikasikan penggunaan TMK dalam proses PdP.

Cabaran dari segi kemudahan infrastruktur yang tidak mencukupi ini turut disokong oleh Dnyaneshwar (2011). Proses pengintegrasian teknologi maklumat dalam PdP memerlukan prasarana yang mencukupi seperti kemudahan makmal komputer, peralatan berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat, serta penyediaan dan penyelenggaraan komputer yang mencukupi dan lancar. Sistem penyelenggaraan bahan teknologi maklumat di sekolah yang tidak cekap menjadi salah satu punca permasalahan pengintegrasian ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Bantuan teknikal untuk mengekal dan menggunakan sumber teknologi sangat penting dalam memaksimumkan penggunaan teknologi dalam pembelajaran.

Cabaran dari aspek kekangan infrastruktur dilihat sebagai cabaran utama dalam melaksanakan PdP melalui Frog VLE ini. PdP melalui Frog VLE memerlukan peralatan dan perkakasan yang lengkap seperti komputer yang mencukupi mengikut jumlah pelajar bagi setiap kelas dan akses kepada internet yang berkelajuan tinggi. Masalah akan wujud apabila prasarana yang tidak mencukupi menyebabkan terdapat ramai pelajar yang tidak dapat turut serta dalam proses PdP melalui Frog VLE ini. Tambahan pula, adakalanya prasarana yang telah sedia ada pula rosak dan tidak dapat digantikan kerana melibatkan isu peruntukan.

Selain itu, kekangan berkaitan yang dihadapi dalam pelaksanaan pembelajaran maya ini adalah berlakunya ketidakseimbangan dalam pengagihan komputer di antara sekolah bandar dengansekolah di luar bandar. Ini secara tidak langsung menyebabkan wujudnya jurang pendidikan di antara pelajar di kawasan bandar dan pelajar di kawasan luar bandar. Di samping itu, walaupun pembelajaran melalui Frog VLE ini boleh dijalankan di mana-mana sahaja, namun, masalah masih lagi wujud kerana tidak semua pelajar mempunyai komputer meja ataupun komputer riba yang dilengkapi dengan kemudahan internet di rumah. Oleh itu, guru masih lagi mempunyai masalah untuk melaksanakan PdP secara maya ini.

Tambahan lagi, para pelajar dan guru mungkin menghadapi beberapa masalah teknikal di sekolah, di antaranya seperti kegagalan elektrik, capaian internet, serta masalah dalam kelajuan sambungan internet. Walaupun telah dilengkapi dengan akses internet berkelajuan tinggi 4G, ia masih belum mencukupi untuk membekalkan capaian internet yang terbaik bagi setiap sekolah di seluruh negara. Oleh itu, masalah ini masih lagi berlaku melainkan guru menggunakan internet peribadi seperti internet broadband dan hot spot.

Apabila guru merancang untuk sesuatu proses PdP yang menggunakan alatan teknologi, alatan teknologi itu perlu disediakan dan ia perlu berada dalam keadaan yang baik. Namun, teknologi pula merupakan satu komoditi yang masih tidak stabil. Sistem Frog VLE itu sendiri masih belum berfungsi sepenuhnya dan masih lagi dalam proses penambahbaikan. Seseorang guru akan berasa kurang bersemangat sekiranya kemudahan teknologi yang ingin digunakan tidak disediakan dengan baik.

Satu lagi cabaran yang dihadapi oleh guru adalah kekangan masa, yakni yang melibatkan aspek masa yang tidak mencukupi. Ramai beranggapan pembelajaran

(5)

melalui Frog VLE hanya membuang masa sedangkan mereka mempunyai beban tugas lain yang lebih penting untuk diberikan perhatian. Ini disebabkan terdapat halangan seperti capaian internet rendah yang memakan masa lalu membantutkan usaha guru untuk menggunakannya.

Selain itu, guru memerlukan masa bagi mempelajari dan mengaplikasi Frog VLE di dalam bilik darjah. Walaupun telah diberi latihan dalaman di peringkat sekolah, namun ianya masih belum mencukupi terutamanya bagi guru yang kurang berkemahiran TMK. Mereka memerlukan masa yang agak lama untuk menyesuaikan diri merekadengan pendekatan baharu ini. Ini adalah kerana Frog VLE merupakan satu inovasi teknologi baharu yang memerlukan pemahaman yang lebih teliti dan penguasaan yang jitu. Pandangan ini turut disokong oleh Norazilawati, Noraini, Nik Azmah dan Rosnidar (2013).

Posey, Burgess, Eason dan Jones (2010) menyatakan bahawa guru merupakan individu yang mempunyai beban tugas yang berat dan mereka tidak mempunyai masa untuk memikirkan perkara yang tidak mempunyai kaitan dengan profesion mereka. Kebanyakan responden yang ditemu bual merasakan pelaksanaan Frog VLE ini hanya membuang masa kerana mereka dibebani pelbagai tugas lain yang perlu diselesaikan. Selain itu, peruntukan masa bagi setiap minggu pengajaran hanya cukup untuk mereka menghabiskan silibus yang telah ditetapkan dalam sistem pendidikan negara. Jadi, untuk mereka meneroka dan mengaplikasikan Frog VLE dalam proses PdP adalah sesuatu yang agak merumitkan bagi mereka.

CADANGAN BAGI MENANGANI ISU/CABARAN

Beberapa langkah juga dicadangkan agar pihak kepimpinan sekolah dapat memberikan pertimbangan dalam usaha membangunkan rancangan yang lebih holistik bagi tujuan pelaksanaan Frog VLE ini. Cadangan untuk kajian susulan juga diutarakan.

Objektif pelaksanaan Frog VLE ini harus jelas, terutamanya kepada pihak pentadbir sekolah itu sendiri. Apabila objektif bagi pelaksanaan inovasi ini jelas, maka ianya akan menjadi lebih mudah bagi pihak pentadbir untuk menyalurkan maklumat kepada pihak yang berkepentingan dalam kalangan komuniti sekolah terutamanya guru, pelajar, dan juga ibu bapa. Matlamat tersebut haruslah boleh digarap, dicapai dan diguna pakai, serta boleh membantu mengatasi apa-apa isu atau masalah berhubung dengan pengajaran dan pembelajaran Frog VLE.

Memandangkan tiga kumpulan sasaran utama bagi Frog VLE ini adalah guru, pelajar dan ibu bapa, rancangan pelaksanaan aktiviti yang melibatkan pihak yang berkepentingan dalam kalangan komuniti sekolah perlu diselaraskan. Pihak pentadbir sekolah boleh memohon jasa baik pihak PPD dan JPN untuk mengadakan satu progam peningkatan kemahiran yang mana program ini akan menjadi satu platform bagi guru, pelajar dan ibu bapa agar dapat saling berinteraksi serta mendapatkan maklumat yang terkini mengenai pelaksanaan inovasi Frog VLE ini.

Perjalanan pelaksanaan sesuatu inovasi itu haruslah dipantau secara konsisten. Pelantikan jawatankuasa yang boleh membantu dalam strategi pemantauan adalah mustahak agar pihak pentadbir mendapat sokongan dan maklum balas dari pihak yang berkepentingan. Maklumbalas berhubung pelaksanaan Frog VLE ini harus dikumpulkan dan dinilai bagi tujuan penambahbaikan. Seterusnya, berdasarkan maklumbalas ini, satu kajian penilaian semula akan dilakukan untuk membaiki strategi pelaksanaan sedia ada.

Peranan pihak pentadbir sekolah adalah penting dalam memastikan kejayaan pelaksanaan Frog VLE ini. Semua pihak memainkan peranan yang penting untuk memastikan pelaksanaan Frog VLE ini dapat dijalankan dengan jayanya agar dapat

(6)

memberi menafaat kepada semua pihak yang terlibat dalam sistem pendidikan kita, terutamanya pelajar. Ini bertujuan agar dapat melahirkan pelajar yang berilmu, kreatif, kritikal, dan analitikal. Semua pihak haruslah berusaha mengatasi segala cabaran dalam melaksanakan Frog VLE agar inovasi ini dapat dikekalkan demi kepentingan sistem pendidikan di Malaysia.

RUMUSAN

Kesimpulannya, pelaksanaan Frog VLE ini masih mempunyai kelemahan yang perlu diatasi supaya dapat membantu dalam kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran.Beberapa cabaran dan kekangan yang merencatkan pelaksanaan persekitaran pengajaran maya ini di sekolah ini termasuklah kekangan infrastruktur, kekangan masa, sikap guru terhadap pelaksanaan Frog VLE. Oleh itu, semua pihak yang berkepentingan seperti pihak pentadbir, guru, pelajar, dan ibu bapa diseru berganding bahu untuk membangun dan meningkatkan penggunaan persekitaran pembelajaran maya secara menyeluruh dalam pelaksanaan Frog VLE di Malaysia. RUJUKAN

Abd Wahid, Mohammad Faizal Naharuddin. (2010). Pembangunan Perisian Multimedia Interaktif Teknologi Automotif: Anti-Lock Brake System (ABS). Skudai ,Johor: UTM.

Baharuddin Aris, Rio Sumarni Shariffudin, Manimegalai Subramaniam. (2002). Rekabentuk Perisian Multimedia. Skudai, Johor: UTM.

Burnett. (2010). Technology And Literacy in early childhood educational settings: A review of research. Journal of Early Childhood Literacy,10:247

Frog VLE Panduan Jurulatih. 2013. Diakses pada 28 April 2019. http://www.frogasia.com

Chi, M., Feltovich, P., & Glaser, R. (1981). Categorization and representation ofphysicsproblems by experts and novices. Cognitive Science, 5 , 121-152 Dnyaneshwar, S. (2011). Use of virtual classroom in teaching through distance mode: A

case study of SCDL. ELT-India. International Journal for the Teachers of English, 1(3), 35–42

Nurul Juzailah Jemain. (2013) .Faktor-Faktor Mempengaruhi VLE Frog Dalam KalanganGuru Di Sekolah Menengah,Kertas Projek. Fakulti Pendidikan, Universiti Perguruan Sultan Idris.

Ida Norini Mahamad Tajudin. (2013). Kajian Tinjauan Mengenai Keberkesanan Penggunaan Konsep Persekitaran Pengajaran Maya Frog (VLE FROG) di Kalangan Murid SK Haji Mahmud Chemor, Perak. Kertas Projek Fakulti Pendidikan, Universiti Perguruan Sultan Idris.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). 1BestariNet. Dicapai pada 20 April, 2019 daripada http://1Bestari.net/.

Megat Aman Zahiri, Nurul Shuhadah Abdul Rahman. (2010). Pembangunan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Bagi Topik Bulatan Matematik Tingkatan 2 Berasaskan Teori Konstruktivisme. Skudai, Johor: UTM.

Nor Azlah Mohd. Jaafar & Fariza Khalid. (2014). Keberkesanan Kemahiran Komunikasi di Kalangan Guru dalam Penggunaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Frog VLE). Pengajaran Sumber Dan Teknologi Maklumat: Impaknya Ke Atas Teknologi Pendidikan.

(7)

Noraini Mohd Noh, Mohd Arif Ismail & Jamil Ahmad (2010). Tahap penerimaan inovasi eduwebTV dalam kalangan Guru. Jurnal Penyelidikan Pendidikan3(5): 118-128.

Nurul Farhana Junus (2013). Cabaran Dalam Mengimplementasi Virtual Learning Environment (VLE) Frog Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Oleh Guru Di Sekolah-Sekolah Di Malaysia. Jurnal Pendidikan Malaysia.

Norazilawati Abdullah, Noraini Mohd Noh, Nik Azmah Nik Yusuf, & Rosnidar Mansor. (2013). Aplikasi persekitaran pengajaran maya (FROF VLE) dalam kalangan Guru Sains. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 3(2), 63– 76.

Posey, G., Burgess, T., Eason, M., & Jones, Y. (2010). The advantages and disadvantages of the

virtual classroom and the role of the teacher. Proceeding Paper, Southwest Decision Institution Conference.

Siti Ezaleila Mustafa & Azizah Hamzah. 2011. Media baharu yang baharu: Trend Penggunaan Jaringan Sosial Dalam Kalangan Pengguna Di Malaysia.Jurnal Pengajian Media Malaysia, 13(2), 93-110.

Ummu Salma Mohiddin & Fariza Khalid. 2014. Tahap Pengetahuan Guru Sekolah Rendah Dalam Penggunaan Vle Frog Untuk Pengajaran & Pembelajaran. The 4th International Conference on Learner Diversity (ICELD 2014)

Referensi

Dokumen terkait

Retribusi Terminal adalah pelayanan atas penyediaan tempat parkir untuk kendaraan penumpang bis umum dan mobil barang, tempat kegiatan usaha, fasilitas lainnya di

Dalam kesempatan ini juga, dengan menghayati bahwa kehidupan dan pertumbuhan jemaat di GKI Kemang Pratama adalah tanggung jawab kita bersama, marilah dalam rasa syukur

Muhibbin mengandung kritik yang membahas mengenai masalah pendidikan, masalah kejahatan, masalah generasi muda pada masyarakat modern, masalah peperangan, masalah

Makanan yang paling banyak dikonsumsi oleh ikan sepat siam baik yang berukuran kecil maupun besar adalah mikroalga dari Kelas Bacillariophyceae berjenis Diatoma, Melosira, dan

pri čemer pomenijo: LCC - skupna sedanja vrednost stroškov življenjskega cikla posamezne alternative I - sedanja vrednost osnovnih investicijskih stroškov 21 Repl - sedanja

Fungsi Save, adalah fungsi yang digunakan untuk menyimpan citra hasil deteksi tepi, atau dapat juga digunakan untuk menyimpan citra yang telah diolah dengan beberapa jenis operasi

Pertama, dari segi semantis, baik pada diatesis pasif bahasa Jepang maupun bahasa Indonesia, pendamping inti yang berperan penanggap adalah yang mengalami suatu peristiwa

Berdasarkan hasil pengamatan yang telah dilakukan, aktivitas guru pada penerapan model Siklus Belajar ( Learning Cycle ) ini, menunjukkan adanya peningkatan aktivitas