• Tidak ada hasil yang ditemukan

International Conference on Global Education VII Humanising Technology For IR. 4.0

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "International Conference on Global Education VII Humanising Technology For IR. 4.0"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

“Humanising Technology For IR. 4.0”

INOVASI ICT DALAM MENINGKATKAN GAYA PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI (PAK) DI KALANGAN PELAJAR ASRAMA PRA-UNIVERSITI

KAWASAN PEDALAMAN Rayner Robert Kenneth

([email protected])

Muhammad Hussin ABSTRAK

Pendidikan Pra-Universiti menyediakan pelajar untuk mempunyai lebih autonomi terhadap pembelajaran kendiri agar mereka dapat disiapsiagakan untuk iklim pembelajaran di instusi-institusi pendidikan tinggi yang menuntut pelajar untuk berdaya saing menjadi graduan yang berkualiti. Gaya Pembelajaran Akses Kendiri (PAK) merupakan gaya pembelajaran ideal yang haruslah diadaptasi oleh pelajar Pra-Universiti khasnya di kawasan pedalaman agar mereka lebih bersedia untuk menempuh dunia pendidikan tinggi dalam globalisasi teknologi maklumat masa kini. Namun begitu, agak malang sekali untuk pelajar Pra-Universiti di kawasan pedalaman yang kerana akses kepada sumber dan bahan pembelajaran adalah terhad disebabkan oleh kekurangan infrastruktur. Oleh sebab ini, kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh mana inovasi dalam infrastruktur teknologi maklumat (ICT) oleh guru akan dapat menyokong pelajar dalam meningkatkan gaya PAK dalam kehidupan sebagai pelajar. Kajian ini dikhususkan kepada 44 orang pelajar asrama Pra-Universiti SMK Marudi, iaitu sebuah sekolah pedalaman di kawasan Baram. Objektif kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana inovasi ICT meningkatkan gaya PAK di kalangan pelajar. Selain itu untuk menilai sejauh mana kemahiran ICT dan kemahiran menggunakan enjin carian Internet dapat dimanfaatkan oleh murid dalam meningkatkan aspek pembelajaran kendiri. Kajian dijalankan dengan menjalankan inovasi ICT, iaitu mewujudkan ruang Kiosk ICT yang mempunyai akses sentiasa terbuka untuk pelajar. Pemerhatian perubahan tingkah laku pelajar dalam kelas direkodkan dan Borang Soal Selidik Impak ICT Terhadap Gaya PAK pelajar diberikan kepada pelajar untuk diisi pada tiga bulan terakhir selepas Kiosk ICT diwujudkan. Hasil kajian ini menunjukkan pelajar asrama sangat bergantung dengan infrastruktur ICT sekolah dalam menyokong pembelajaran kendiri. Pelajar sekolah ini juga menzahirkan rasa setuju terhadap kewujudkan Kiosk ICT di sekolah.

Kata kunci: pembelajaran akses kendiri, pra-universiti, ict dalam pendidikan, pendidikan abad ke-21

PENGENALAN

Dalam sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di kalangan warga Pra-Universiti di sekolah pedalaman, kebanyakan sumber dan bahan pembelajaran diberi dan disediakan sepenuhnya oleh guru-guru. Ini menyebabkan murid—murid di peringkat Pra-Universiti mempunyai kebergantungan sepenuhnya terhadap sumber primer iaitu guru. Perkara ini tidak boleh tidak terutamanya di kalangan pelajar asrama kerana ketandusan akses kepada jaringan maklumat yang terkini khususnya di Kawasan pedalaman. Melangkah masuk ke fasa kedua pendidikan sekolah menengah, pelajar Pra-Universiti seharusnya disediakan dengan kemahiran-kemahiran pembelajaran kendiri yang mana mempersiap-siagakan mereka untuk pendidikan tinggi kelak. Tuntutan globalisasi masa kini memerlukan pelajar berusaha menjadi individu yang mempunyai sifat inkuiri tinggi, terkawal, bebas dan aktif dalam pembelajaran individu (Maimunah & Hashimah, 2017).

(2)

Pengalaman dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek Malaysian University English Test (MUET) telah memberikan penyelidik peluang untuk menyedari bahawa pelajar tidak mampu untuk mencari bahan pembelajaran luar daripada apa yang telah disediakan melalui buku. Budaya ―spoon feeding‖ masih lagi wujud dalam atmosfera pendidikan peringkat sekolah menengah termasuklah dalam kalangan pelajar Tingkatan 6. Menyediakan semua maklumat kepada pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah bukanlah satu budaya yang hendak diterap melalui transformasi kurikulum Tingkatan 6 yang digembar-gemburkan (Mainunah & Hashimah, 2017). Sebagai pelajar yang bakal melangkah ke alam Universiti, pelajar harusnya dididik sebagai seorang yang proaktif dalam mencari bahan-bahan pembelajaran sendiri.

Sebagai seorang warden asrama, penyelidik juga mendapati bahawa pelajar Pra-Universiti mengalami kekangan dalam mencari maklumat dan bahan rujukan dalam menyiapkan kerja kursus yang diberi yang seterusnya mengakibatkan proses pembelajaran kendiri pelajar-pelajar ini tergendala. Pelajar seringkali tergendala di dalam mencari pangkal di mana hendak mula dalam kerana ketandusan pengetahuan sedia ada dalam merangka penyediaan kerja kursus. Ini membantutkan proses pembelajaran kendiri yang dapat melonjakkan aspirasi Pendidikan abad ke-21.

FOKUS KAJIAN

Kajian ini menjurus kepada melihat bagaimana inovasi ICT di sekolah dapat membantu meningkatkan gaya Pembelajaran Akses Kendiri (PAK) terutamanya di kalangan pelajar Pra Universiti yang tinggal di asrama sekolah. Hayati (2005) menyatakan bahawa pembelajaran akses kendiri adalah satu teknik pembelajaran yang membolehkan murid-murid belajar dalam kadar kebolehan dan masa mereka sendiri dengan menggunakan bahan-bahan pembelajaran yang telah disusun-atur dan disediakan. Melalui gaya pembelajaran akses kendiri ini, murid akan secara tidak langsung mempunyai akses kepada tempat, bahan, bimbingan, stail dan tempoh masa belajar. Murid akan lebih berautonomi dalam pembelajaran melalui penggunaan bahan inovasi ICT yang disediakan oleh pihak sekolah.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif umum yang ingin dicapai melalui kajian ini adalah meningkatkan penglibatan pelajar asrama Pra Universiti sekolah di pedalaman dalam gaya Pembelajaran Akses Kendiri (PAK) melalui inovasi ICT yang dilakukan oleh guru di sekolah. Antara objektif-objektif khusus yang ingin dicapai oleh penyelidik melalui kajian ini adalah:

i) Meningkatkan kemahiran penggunaan ICT di kalangan pelajar asrama

Pra Universiti dalam menyokong gaya pembelajaran akses kendiri.

ii) Meningkatkan pengetahuan pelajar dalam penggunaan enjin carian untuk

mencari bahan-bahan maklumat dalam Internet.

Kumpulan Sasaran

Sampel kajian yang akan digunakan dalam kajian ini adalah semua pelajar asrama Pra Universiti SMK Marudi. Sampel ini melibatkan responden seramai 44 orang pelajar.

Tinjauan Masalah

Dalam menjalankan kajian ini, penyelidik telah menggunakan metodologi pemerhatian di dalam bilik kelas dan kuliah dan mendapati majoriti pelajar asrama Pra

(3)

“Humanising Technology For IR. 4.0”

Universiti mempunyai jurang pengetahuan sedia ada dan pendedahan isu-isu semasa yang sangat ketara berbanding pelajar-pelajar harian. Soalan-soalan yang diberikan semasa di dalam kelas kurang mendapat respons daripada pelajar asrama. Adapun respons yang diberikan adalah berbentuk jawapan ringkas yang kurang penerangan yang teliti disertai contoh-contoh yang relevan. Selain daripada itu, pelajar Pra-Universiti asrama SMK Marudi majoriti adalah daripada kawasan pedalaman. Penggunaan ICT adalah terhad, justeru tidak ramai di antara mereka memiliki telefon pintar yang sentiasa disambungkan dengan internet. Hasil temubual dengan pelajar mendapati walaupun sekolah dilengkapi dengan dua buah makmal komputer, namun begitu penggunaan makmal komputer adalah begitu terhad di mana terdapat begitu banyak karenah birokrasi yang perlu dilalui sebelum dapat digunakan. Had masa penggunaan juga adalah sangat terbatas di mana pelajarhanya boleh menggunakan makmal sewaktu masa persekolahan rasmi, dan ini menyebabkan pelajar Pra Universiti asrama memang tidak berkesempatan untuk menggunakan kemudahan makmal komputer.

Analisis Tinjauan Masalah

Dalam menilai permasalahan yang dihadapi oleh pelajar asrama Pra-Universiti SMK Marudi, satu soal selidik untuk mengkaji kepuasan pelajar asrama Pra-Universiti terhadap kemudahan ICT di sekolah telah diberikan kepada 44 orang responden. Hasil analisis soal selidik menggunakan SSPS Versi 23 adalah seperti di bawah:

Jadual 1: Kepuasanhati terhadap kemudahan ICT di sekolah

Melalui borang soal selidik yang telah diedarkan, respon menunjukkan bahawa kesemua item mendapat nilai median bawah daripada nilai 3.00. Ini menunjukkan pelajar asrama Pra-Universiti pada keseluruhan tidak berpuas hati terhadap kemudahan ICT yang disediakan di kawasan sekolah. Ini seterusnya menghalang pelajar untuk terlibat aktif dalam Gaya Pembelajaran Akses Kendiri (PAK) di mana mereka bertanggungjawab untuk mencari sumber bahan pembelajaran sendiri untuk menyokong pembelajaran kendiri.

Tindakan Menangani Masalah

Atas masalah ini, penyelidik melihat kepada satu keperluan untuk menyediakan ruangan terbuka di kawasan sekolah, yang mana pelajar boleh berlegar-legar dan dalam masa yang sama mempunyai perbincangan terbuka dalam usaha untuk menggalakkan pembelajaran kendiri di kalangan pelajar.

Dalam merungkai kepada permasalahan ini, penyelidik cuba untuk menghasilkan satu inovasi ICT untuk memastikan pelajar-pelajar mendapat akses kepada sumber pengetahuan berkualiti tanpa perlu menelan belanja serta kos yang tinggi. Penyelidik telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan satu ruangan di kawasan sekolah yang mana boleh diakses oleh semua pelajar pada bila-bila masa tanpa perlu melalui pelbagai

Statistik Jantina B1 B2 B3 B4 B5 B6 B7 N Valid 44 44 44 44 44 44 44 44 Missing 0 0 0 0 0 0 0 0 Mean 1.68 2.23 2.64 2.32 1.77 1.00 2.36 1.05 Median 2.00 2.00 3.00 2.00 2.00 1.00 2.00 1.00

(4)

karenah birokrasi. Ruangan ini dinamakan Kiosk ICT yang menggunakan netbook-netbook terpakai sekolah yang diperbaiki dan diselenggara semula.

Cara Pelaksanaan

Setelah siapnya Kiosk ICT, penyelidik telah mengambil masa selama tiga bulan untuk membuat pemerhatian terhadap perubahan tingkah laku dan gaya pembelajaran pelajar. Temu bual telah dijalankan terhadap guru-guru Pra-Universiti untuk mendapatkan maklum balas keberkesanan inovasi ICT dalam meningkatkan gaya pembelajaran akses kendiri di kalangan pelajar. Inkuiri-inkuiri melalui soalan-soalan aras tinggi juga diberikan di dalam kelas semasa sesi pengajaran dan pemudah caraan untuk mengenalpasti perubahan terhadap gaya pelajar menjawab soalan-soalan

berdasarkan pengetahuan sedia ada. Penyelidik juga telah merancang

penggunaankomputer di dalam kelas untuk menilai kemahiran pelajar menggunakan enjin carian Internet untuk mencari maklumat spesifik,

Borang soal selidik untuk menilai impak ICT dalam meningkatkan gaya pembelajaran akses kendiri telah diberikan pada penghujung tiga bulan tempoh penilaian penyediaan Kiosk ICT sebagai usaha inovasi ICT di sekolah ini. Respondenadalah seramai 44 orang pelajar asrama Pra-Universiti sekolah ini. Hasil dapatan daripada borang soal selidik ini dianalisis secara deskriptif menggunakan program SPSS Versi 23 untuk mendapatkan nilai min, median dan sisihan piawai item-item yang direkodkan.

Refleksi Kajian

Setelah tiga bulan Kiosk ICT diwujudkan, Borang Soal Selidik Impak ICT Dalam Pembelajaran Akses Kendiri di kalangan pelajar asrama Pra-Universiti SMK Marudi dijawab oleh para responden and analisis deskriptif kajian tindakan telah dijalankan menggunakan SPSS Versi 23. Hasil analisis ini dirumuskan seperti jadual statistik di bawah:

Jantina

Frekuensi Peratus Peratus Sah Peratusan Kumulatif

Valid Lelaki 14 31.8 31.8 31.8 Perempuan 30 68.2 68.2 100.0 Jumlah 44 100.0 100.0 N Valid 44 44 44 44 44 44 44 44 44 44 44 Missi ng 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 Mean 1.68 4.0 7 2.89 4.23 4.5 2 2.39 1.77 4.41 3.59 3.91 4.5 0

(5)

“Humanising Technology For IR. 4.0”

Jadual 2: Statistik Deskriptif Borang Soal Selidik Impak ICT Dalam Pembelajaran Akses Kendiri Di Kalangan

Pelajar Pra-Universiti SMK Marudi

Item dalam soal selidik ini yang mempunyai nilai median tertinggi adalah item B4. Item B4 yang dijawab oleh pelajar asrama mempunyai nilai median=5.00 yang jelas menunjukkan pelajar sangat bergantung kepada kemudahan infrastruktur yang disediakan di sekolah untuk meneruskan pembelajaran kendiri. Ini jelas membuktikan bahawa, inovasi ICT yang dijalankan di sekolah sangat menyokong proses pembelajaran kendiri di kalangan pelajar.

Item B5 dan B6 masing-masing mencatatkan nilai median terendah iaitu 2.00. Melalui data yang diperoleh ini, jelas infrastruktur ICT haruslah dinaiktaraf dan penggunaan makmal komputer di sekolah haruslah dipermudahkan agar pelajar-pelajar dapat menikmati akses kepada sumber pendidikan yang berkualiti. Pendidikan Pra-Universiti tidak lagi bermaksud duduk di kelas dan mendengar sesi kuliah yang

membosankan, tetapi sesi eksplorasi pengetahuan tinggi yang seterusnya

mencambahkan pemikiran pelajar yang bakal menjejak kaki ke Universiti.

Item B9 yang menilai persepsi pelajar terhadap kemahiran kendiri penggunaan ICT juga mencatat nilai median tinggi iaitu 4.00. Ini menunjukkan bahawa setelah wujudnya inovasi ICT yang dijalankan di sekolah, pelajar Pra Universiti mampu untuk meningkatkan kemahiran penggunaan ICT secara tidak langsung.

Kajian ini telah menunjukkan bahawa pelajar Pra Universiti mempunyai keinginan tinggi untuk meneroka ilmu dan menambah pengetahuan sedia ada, namun kekangan kemudahan ICT telah membantutkan usaha pelajar-pelajar asrama ini untuk mempunyai autonomi ke atas pembelajaran kendiri. Kemudahan Kiosk ICT yang telah disediakan mampu mengubah dan meningkatkan Gaya Pembelajaran Akses Kendiri (PAK) di kalangan pelajar asrama. Pelajar diberikan ruang untuk perbincangan aktif di samping pencarian maklumat secara terus dan tanpa batasan. Penggunaan ICT yang berterusan dalam masa yang sama menggalakkan pelajar untuk mengadakan perbincangan aktif di luar kelas bersama dengan komuniti luar. Melalui pengalaman penggunaan ICT yang dilalui seharian, pelajar Pra-Universiti akan dapat disiapsiagakan untuk kemahiran ICT dan kemahiran menggunakan enjin carian Internet yang sememang merupakan keperluan untuk terus berdaya saing kelak apabila memasuki alam pengajian di peringkat lebih tinggi.

Liaw et.al., (2007) telah menyatakan bahawa penggunaan internet dapat menyokong pembelajaran murid. Nooriati, Shireen dan Rahmah (2015) telah menyokong penyataan ini dengan menyatakan bahawa apa yang menarikanya berkenaan aspek penggunaan web, media sosial dan fasiiti internet sebagai alat penyampaian maklumat adalah kemampuan untuk meningkatkan gaya pembelajaran kendiri dengan mengarah terus kepada sumber dan bahan sokongan pembelajaran yang dapat dilihat dan dintegrasikan secara terus dalam pengajaran masa sebenar. Pembangunan infrastruktur teknologi maklumat pada masa kini amatlah pesat, dan pelajar pedalaman haruslah dididik dari awal berkenaan dengan cara penggunaan yang betul agar mereka tidak ketinggalan dalam arus kepesatan pengetahuan, terutamanya dalam penerokaan kajian-kajian yang mampu mengubah lanskap pendidikan negara. Median 2.00 4.0 0 3.00 4.00 5.0 0 2.00 2.00 4.00 4.00 4.00 4.5 0

(6)

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Kebanyakan pelajar sekolah yang menyambung pengajian ke peringkat universiti tidak disiapsiagakan dengan pembelajaran aktif kerana sudah terlalu biasa dengan norma pembelajaran pasif, dibekalkan segalanya dan sistem pentaksiran sekolah berpusatkan peperiksaan (Hussain & Berhannudin, 2009; Khairiyah, et al., 2009). Ini adalah salah satu kebiasaan untuk pelajar-pelajar di Malaysia. Tingkatan 6 atau dalam bahasa penjenamaan semulanya sebagai Pusat Pra-Universiti, haruslah mengambil inisiatif untuk meperlengkapkan pelajar dengan kemahiran-kemahiran pembelajaran aktif agar kelangsungan pelajar dalam mengharungi pendidikan tinggi akan dapat dilestarikan dan membiasakan mereka dengan suasana pembelajaran yang baharu. Atas kesedaran ini, untuk kajian masa hadapan, penyelidik berharap dapat menjalankan kajian untuk menilai aspek kemahiran ICT yang diperlukan oleh pelajar untuk menyokong pembelajaran, khasnya dalam usaha mencari sumber bahan pembelajaran untuk Malaysian Universiti English Test (MUET).

RUJUKAN

Hussain Othman, & Berhannudin M. Salleh. (2009). First Year Students First Year PBL

Experience in a Large Class. Paper presented at the International PBL

Symposium 2009, Republic Polytechnic, Singapore, 10-12 June 2009

Khairiyah Mohd Yusof, Syed Ahmad Helmi Syed Hassan, & Zaidatun Tasir. (2007).

Inducting First Year Engineering Students into Problem-Based Learning. Paper

presented at the International PBL Symposium 2007, Republic Polytechnic, Singapore, 7-9 March 2007.

Maimunah, N., & Hashimah, M. Y. (2017). Peranan Guru Tingkatan Enam Dalam Membentuk Pelajar Terarah Kendiri Dan Meningkatkan Kemahiran Abad Ke 21. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 5(1), 1–6. Retrieved from https://juku.um.edu.my/article/view/8212/5683

Noorriati, D., Shireen, H., & Rahmah, M. R. (Eds.). (2016). Can Self-directed Learning

Environment Improve Quality of Life? (-).

Referensi

Dokumen terkait

638/BPBD/2016 tanggal 26 Agustus 2016 tentang Perpanjangan Penetapan Status Siaga Darurat Penanggulangan Bencana Asap Akibat Kebakaran Hutan dan Lahan di Provinsi

Retribusi Terminal adalah pelayanan atas penyediaan tempat parkir untuk kendaraan penumpang bis umum dan mobil barang, tempat kegiatan usaha, fasilitas lainnya di

Dalam kesempatan ini juga, dengan menghayati bahwa kehidupan dan pertumbuhan jemaat di GKI Kemang Pratama adalah tanggung jawab kita bersama, marilah dalam rasa syukur

Berdasarkan hasil pengamatan yang telah dilakukan, aktivitas guru pada penerapan model Siklus Belajar ( Learning Cycle ) ini, menunjukkan adanya peningkatan aktivitas

Makanan yang paling banyak dikonsumsi oleh ikan sepat siam baik yang berukuran kecil maupun besar adalah mikroalga dari Kelas Bacillariophyceae berjenis Diatoma, Melosira, dan

pri čemer pomenijo: LCC - skupna sedanja vrednost stroškov življenjskega cikla posamezne alternative I - sedanja vrednost osnovnih investicijskih stroškov 21 Repl - sedanja

Fungsi Save, adalah fungsi yang digunakan untuk menyimpan citra hasil deteksi tepi, atau dapat juga digunakan untuk menyimpan citra yang telah diolah dengan beberapa jenis operasi

Pertama, dari segi semantis, baik pada diatesis pasif bahasa Jepang maupun bahasa Indonesia, pendamping inti yang berperan penanggap adalah yang mengalami suatu peristiwa