• Tidak ada hasil yang ditemukan

International Conference on Global Education VII Humanising Technology For IR 4.0

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "International Conference on Global Education VII Humanising Technology For IR 4.0"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) DALAM KALANGAN GURU MATEMATIK SEKOLAH RENDAH

LUAR BANDAR

Zuliana Abd Aziz, Roslinda Rosli E-mail : juezuliana@gmail.com

ABSTRAK

Menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) Malaysia 2013-2025,Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) telah diberi perhatian dengan seluruh jentera pendidikan disarankan untuk memacu Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) pada semua tahap pengajian. Oleh yang demikian, guru mempunyai tanggungjawab yang penting dalam mempelbagaikan pendekatan dan strategi pengajaran berbantukan TMK dalam bilik darjah termasuk di kelas matematik. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap penggunaan, tahap kemahiran, tahap keyakinan,serta permasalahan yang dihadapi oleh guru-guru matematik sekolah rendah kebangsaan di kawasan luar bandar. Kajian berbentuk tinjauan ini melibatkan 35 responden yang terdiri daripada guru-guru yang bertugas di sekitar daerah Samarahan. Data soal selidik dikumpulkan dan dianalisis dengan menggunakan perisisan ‘Statistical Package of Social Sciences (SPSS) Versi 22. Analisis dibuat secara kaedah deskriptif iaitu dalam bentuk kekerapan(f) dan peratus. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa tahap penggunaan dan kemahiran TMK dalam kalangan guru-guru Matematik berada pada tahap yang sederhana. Namun, guru-guru mempunyai tahap keyakinan yang tinggi terhadap pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pemudahcaraan. Sementara itu, pihak-pihak yang berwajib seperti Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Guru Besar perlu memainkan peranan dalam menangani sebarang kekangan yang timbul agar langkah pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pemudahcaraan berjalan lancar sepertimana yang diharapkan.

Kata Kunci : Tahap Penggunaan, Kemahiran, Keyakinan, Teknologi Maklumat dan

Komunikasi (TMK)

PENGENALAN

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) telah memberikan cabaran baru kepada dunia pendidikan yang tercetus daripada kesan globalisasi, liberalisasi dan pengantarabangsaan. Selaras dengan arus pemodenan, pendidikan tidak boleh lagi menggunakan pendekatan lama yang tidak merangsang minda pelajar kearah memperkembangkan idea dan pemikiran yang kreatif. Pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi komputer didapati dapat menimbulkan minat di kalangan pelajar. Menurut Noziati dan Siti Mistima (2015), teknologi sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran matematik yang mana TMK membantu meningkatkan pemahaman pelajar terhadap pelbagai konsep di dalam matematik. Menurut Kaware (2015), TMK merupakan suatu kombinasi alat dan sumber teknologi yang digunakan untuk memanipulasi serta menghubung kait antara maklumat. Walaupun demikian, terdapat sebilangan guru yang masih menggunakan kaedah pengajaran yang bersifat tradisional (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Berdasarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2001-2010), salah satu punca murid berpencapaian rendah atau sederhana dalam akademik adalah kerana 62% guru masih menggunakan kaedah pengajaran tradisional seperti penggunaan papan hitam dengan kapur atau lebih dikenali sebagai chalk and talk. Menurut Melvin, Chung Hui Ching dan Jamaludin Badushah (2010), Kaedah pengajaran yang sedemikian didapati tidak dapat merangsang proses

(2)

pembelajaran murid dan seterusnya melahirkan murid yang kurang bermotivasi terhadap pelajaran. Penggunaan kaedah sebegini didapati tidak mampu untuk menarik minat pelajar bagi mempelajari sesuatu ilmu yang disampaikan oleh guru dan tidak merangsang proses pembelajaran yang lebih bermakna. Oleh yang demikian itu, wajarlah sekiranya satu kajian diadakan bagi mengetahui sejauhmanakah tahap penggunaan, tahap kemahiran dan tahap keyakinan guru-guru serta kekangan yang dihadapi dalam mengintegrasikan TMK ke dalam mata pelajaran matematik sekolah rendah kebangsaan kategori luar bandar.

Oleh itu kajian ini bertujuan untuk

1. Mengenalpasti tahap penggunaan TMK dalam kalangan guru-guru matematik sekolah rendah luar bandar.

2. Mengenalpasti tahap kemahiran penggunaan TMK dalam PdPc sekolah rendah luar bandar.

3. Mengetahui tahap keyakinan penggunaan TMK dalam kalangan guru-guru matematik sekolah rendah luar bandar.

4. Mengetahui faktor-faktor yang menghalang pengintegrasian TMK dalam kalangan guru-guru matematik sekolah rendah luar bandar.

METODOLOGI

Reka Bentuk Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji memilih rekabentuk kajian tinjauan yang menggunakan kaedah soal selidik. Satu set borang soal selidik digunakan iaitu mengenai latar belakang responden, tahap penggunaan TMK, tahap kemahiran TMK, tahap kesediaan guru dan faktor-faktor yang menjadi penghalang kepada penggunaan TMK dalam kalangan guru. Selain daripada itu, kaedah pemerhatian dan temubual turut digunakan bagi mendalami permasalahan yang dialami.

Sampel dan pelaksanaan

Bilangan responden yang terlibat dalam menjawab soal selidik ini ialah seramai 35 orang. Sampel yang dipilih adalah terdiri daripada guru-guru matematik dan kaedah persampelan yang digunakan adalah persampelan rawak kerana pengkaji tidak menetapkan kriteria yang tertentu seperti pengalaman mengajar atau pun usia. Soal selidik diedarkan kepada 5 buah sekolah kategori luar bandar di Daerah Samarahan. Instrumen Kajian

Soal selidik ini terdiri daripada lima bahagian sebagaimana yang ditunjukkan pada Jadual 1.

Bahagian A: Latar belakang responden

Bahagian B: Tahap penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran Bahagian C: Tahap kemahiran guru-guru matematik dalam TMK

Bahagian D: Tahap kenyakinan guru-guru matematik terhadap TMK Bahagian E: Halangan pengintegrasian TMK

(3)

Jadual 1 : Kandungan Soal Selidik

BAHAGIAN KONSTRUK YANG DIUKUR BIL. ITEM ITEM

A B C D E

Latar belakang responden

Tahap penggunaan TMK dalam PdPc Tahap kemahiran guru-guru matematik Tahap keyakinan guru-guru matematik Faktor Halangan pengintegrasian TMK

JUMLAH 4 10 10 5 5 34 1-4 5-14 15-24 25-29 30-34

Bagi tujuan kesahan dan kebolehpercayaan, Pekali alfa Croncach digunakan untuk memperoleh tahap kebolehpercayaan, kesahan dalaman dan keseragaman item soal selidik. Nilai alfa Cronbach bagi setiap bahagian yang diperoleh adalah seperti dalam Jadual 2.

Jadual 2: Nilai Alfa Cronbach

Dimensi Nilai Alfa Cronbach

Tahap penggunaan TMK dalam PdPc Tahap Kemahiran TMK guru-guru Tahap keyakinan pengintegrasian TMK

.876 .941 .866

DAPATAN KAJIAN

Latar belakang responden

Jadual 1,2,3 dan 4 menunjukkan rumusan dapatan kajian mengenai latar belakang responden yang terdiri daripada jantina, umur, kelulusan akademik, dan pengalaman mengajar. Item-item ini dianalisis dengan mengambil kira kekerapan(f) dan peratusan.

Jadual 1: Latar belakang responden

KONSTRUK KEKERAPAN(f) PERATUS (%)

BAHAGIAN A Jantina Lelaki Perempuan Jumlah Umur (tahun) 25-30 36-40 41-45 46-50 51-55 56-59 Jumlah Akademik SPM

Ijazah Sarjana Muda Ijazah Sarjana Jumlah 17 18 35 4 6 6 8 5 6 35 5 28 2 35 48.6 51.4 100 11.4 17.1 17.1 22.9 14.3 17.1 100 14.3 80 5.7 100

(4)

Pengalaman (tahun) 1-5 6-10 11-15 16-20 21-25 26-30 31-35 Jumlah 4 6 5 9 5 4 2 35 11.4 17.1 14.3 25.7 14.3 11.4 5.7 100

Tahap penggunaan TMK dalam kalangan guru-guru Matematik

Jadual 2 menunjukkan keputusan tahap penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran matematik yang mana pengkaji dapat merumuskan penggunaan TMK kepada tiga bahagian iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Secara keseluruhannya didapati 7 daripada 10 item yang dikemukakan berada pada tahap yang sederhana.

Jadual 2: Rumusan Tahap Penggunaan TMK Dalam Kalangan Guru Matematik

Item Jenis Penggunaan Tinggi Sederhana Rendah

f % f % f % 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Menggunakan TMK sepenuhnya dalam PdPc matematik Menggunakan Video

Melayari internet bagi

mendapatkan bahan PdPc

Menggunakan Power point dalam PdPc matematik

Mengulangkaji

Aktiviti pemulihan matematik Aktiviti penggayaan matematik Mengajar tajuk yang tertentu Menggunakan multimedia Mesyuarat panitia Matematik

0 8 27 1 2 1 2 6 3 4 0 23 77 3 6 3 6 17 9 11 5 20 5 21 20 21 23 20 21 2 14 57 14 60 57 60 66 57 60 6 30 7 3 13 13 13 10 9 11 29 86 20 9 37 37 37 29 26 31 83

Tahap kemahiran guru-guru Matematik menggunakan TMK

Jadual 3 menunjukkan rumusan tahap kemahiran guru-guru matematik dalam menggunakan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah yang mana didapati 6 daripada 10 item berada pada tahap yang sederhana.

Jadual 3: Rumusan Tahap kemahiran guru matematik menggunakan TMK

Item Tahap Kemahiran Tinggi Sederhana Rendah

f % f % f %

11 Menyediakan nota dengan Microsoft

Word

19 54 14 40 2 6

(5)

matematik dengan Microsoft Excel

14 Membina nota matematik dengan

menggunakan Power Point

13 37 14 40 8 23

15 Mencari maklumat matematik dengan

menggunakan enjin carian

23 66 8 23 4 11

16 Menggunakan bahan multimedia

matematik

11 31 13 37 11 31

17 Menggunakan kuiz Vle Frog

Matematik

8 23 17 49 10 29

18 Menggunakan Youtube untuk PdPc

matematik

12 34 18 51 5 14

19 Menyunting video matematik 1 3 8 23 26 74

20 Mewujudkan Laman web matematik 0 0 7 20 28 80

Tahap keyakinan guru-guru Matematik dalam mengintegrasikan TMK

Jadual 4 menunjukkan tahap keyakinan guru-guru matematik dalam mengintegrasikan TMK dalam PdPc. Rumusan mendapati 3 daripada 5 item yang disenaraikan berada pada tahap yang tinggi seterusnya membuktikan bahawa tahap keyakinan guru-guru adalah tinggi.

Jadual 4: Rumusan Tahap Keyakinan Guru dalam Pengintegrasian TMK

Item Persepsi Tinggi Sederhana Rendah

f % f % f %

21 Dapat mengawal tingkahlaku murid 10 29 20 57 5 14

22 Dapat membantu Pembelajaran Kendiri

murid

25 71 5 14 5 14

23 Dapat meningkatkan prestasi murid 23 66 9 26 3 9

24 Mempunyai kemahiran TMK yang

mencukupi

4 11 20 57 11 34

25 Dapat meningkatkan keupayaan murid

belajar dan berfikir

28 80 5 14 2 6

Halangan guru dalam mengintegrasikan TMK

Jadual 5 menunjukkan antara halangan yang dihadapi oleh guru-guru matematik sekolah rendah dalam mengintegrasikan TMK dalam PdPc. Didapati majoriti guru-guru bersetuju bahawa 4 daripada 5 item telah menjadi faktor penghalang kepada pengintegrasian TMK.

Jadual 5 : Rumusan Halangan Pengintegrasian TMK

Item Halangan Setuju Kurang

setuju

Tidak setuju

f % f % f %

26 Prasarana yang terhad 26 74 7 20 2 6

27 Bilik pembelajaran yang sesuai 27 77 5 14 3 9

28 Mahir menggunakan

peralatan TMK

4 11 20 57 11 31

29 Masa persediaan 29 82 6 17 0 0

(6)

Pemerhatian

Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan ke atas beberapa buah sekolah yang terpilih, pengkaji mendapati terdapat hanya 20% sekolah yang dilengkapi dengan makmal komputer. Satu daripada sekolah tersebut merupakan sekolah kluster di daerah Samarahan. Sebagai sebuah sekolah kluster, sudah tentulah sekolah berkenaan mempunyai prasarana dan akses internet yang cukup baik. Keadaan ini berbeza dengan pemerhatian ke atas sekolah-sekolah harian biasa yang mana jumlah komputer yang dapat berfungsi adalah terhad disamping kemudahan akses internet yang agak perlahan. Selain daripada itu didapati terdapatnya sekolahyang tidak mempunyai bilik yang sesuai untuk dijadikan makmal komputer kerana binaan bangunan yang sudah agak lama.

Temu bual

Temu bual dijalankan dengan mengemukakan beberapa soalan dan dicatat oleh pengkaji. Hasil daripada temu bual yang dijalankan mendapati,terdapat sekolah yang mempunyai bilangan komputer yang tidak mencukupi untuk semua murid walaupun mempunyai kemudahan makmal komputer. Ini adalah kerana komputer yang dibekalkan tidak semua dapat berfungsi dengan baik. Daripada 16 komputer yang dibekalkan, didapati 8 daripadanya telah rosak sejak dari awal penerimaannya. Keadaan ini menyebabkan murid terpaksa berkongsi untuk menggunakan 8 buah komputer sedangkan purata murid dalam sebuah kelas di sekolah tersebut adalah 40 orang.

Berdasarkan analisis kajian yang diperolehi, didapati tahap penggunaan TMK dalam kalangan guru-guru sekolah rendah luar bandar di daerah Samarahan berada pada tahap yang sederhana dengan peratusan sebanyak 86%. Sungguhpun begitu, guru-guru didapati berupaya menggunakan video, PowerPoint, bahan multimedia, disamping mengulangkaji, mengadakan sesi pemulihan, penggayaan,serta mengajar tajuk-tajuk yang tertentu secara sederhana. Ini membuktikan bahawa guru sebenarnya mampu untuk mengintegrasikan TMK dalam PdPc namun terdapat beberapa halangan yang menyebabkan guru tidak dapat menggunakan TMK dengan baik.Walaupun demikian, didapati peratusan guru-guru menggunakan internet bagi mendapatkan maklumat adalah tertinggi iaitu 77%. Keadaan ini menunjukkan bahawa guru-guru mempunyai inisiatif dalam membantu mereka untuk menjalankan aktiviti PdPc secara berkesan. Selain daripada itu, penggunaan pelbagai media dalam teknologi seperti Facebook dan juga YouTube ternyata memudahkan guru dalam mendapatkan maklumat. Menurut Mohd Noorhadi dan Zurinah (2018), penggunaan media teknologi dalam PdPc terbukti lebih efisien kerana dapat membantu guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Hasil kajian ini adalah selari dengan kajian yang dijalankan oleh Khadiah et al. (2014), Johari dan Siti Norazlina (2010) dan Siti Zaleha & Siti Mistima (2017) yang mana tahap penggunaan TMK dalam kalangan guru-guru adalah sederhana. Secara tidak langsung, dapatan ini adalah berbeza dengan kajian yang telah dilakukan oleh Md Nor dan Rashita (2011) yang mendapati tahap penggunaan TMK dalam kalangan guru adalah rendah.

Kajian ini juga mendapati guru-guru di daerah Samarahan berkemahiran tinggi dalam menggunakan Microsoft Word bagi tujuan menyediakan nota dan membuat lembaran kerja. Keadaan ini disebabkan oleh tugasan guru yang tidak dapat lari daripada membuat nota, lembaran kerja mahu pun membina soalan-soalan ujian dan

(7)

bahawa perisian Microsoft Word merupakan aplikasi yang paling kerap dan paling mudah diaplikasikan oleh guru.

Selain daripada itu, hasil kajian turut mendapati tahap keyakinan guru-guru di Samarahan adalah sederhana dengan peratusan keseluruhan sebanyak 60%. Ini menunjukkan bahawa guru-guru mempunyai sikap yang positif dan menerima langkah pelaksanaan pengintegrasian TMK. Dapatan ini adalah selari dengan kajian yang dilakukan oleh Suzlina dan Jamaludin (2016) yang menyatakan bahawa sikap terhadap teknologi akan menjadi positif jika seseorang itu dapat mengawal teknologi tersebut. Walaupun demikian, analisis juga mendapati 80% guru-guru yakin bahawa pengintegrasian TMK dalam PdPc akan membantu meningkatkan keupayaan murid-murid untuk belajar dan berfikir. Menurut kajian yang dijalankan oleh Harun (2015), pembelajaran yang berteraskan TMK akan mampu menjadikan seseorang menggunakan akal untuk menjalankan proses pemikiran pada tahap yang tinggi. Secara tidak langsung juga dapat mendedahkan pelajar kepada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Ini amatlah berbeza dengan kajian yang dilakukan oleh Rohani (2011) dan Siti Mardziah (2013) yang mendapati bahawa guru kurang yakin terhadap penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kekangan guru dalam mengintegrasikan TMK

Berdasarkan soal selidik yang dilakukan, pengkaji mendapati 74% responden bersetuju bahawa kemudahan, komputer dan akses internet menjadi kekangan kepada guru dalam mengintegrasian TMK dalam PdPc. Masalah infrastruktur yang disediakan telah menjadi cabaran kepada guru-guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berorientasikan TMK. Kenyataan ini disokong oleh Hasliza Hashim, Siti Munira dan Zarina (2016). Menurut mereka, prasarana seperti kemudahan makmal komputer, layar putih dan peralatan berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat, serta penyediaan dan penyelenggaraan komputer yang mencukupi adalah diperlukan bagi memastikan keberkesanan pengintegrasian TMK dalam PdPc. Peralatan dan perkakasan yang lengkap seperti komputer yang mencukupi mengikut jumlah pelajar diperlukan bagi setiap kelas dan dilengkapi dengan akses kepada internet berkelajuan tinggi. Prasarana yang tidak lengkap akan menyebabkan ramai pelajar tidak dapat menyertai proses PdPc dengan baik. Berdasarkan pemerhatian dan temu bual yang dijalankan ke atas beberapa buah sekolah di daerah Samarahan, didapati 40% daripadanya tidak mempunyai kemudahan makmal komputer. Antara puncanya adalah keadaan bangunan sekolah yang sudah usang disamping kurangnya peruntukan untuk menyediakan tempat yang sesuai. Keadaan ini menyebabkan guru kurang bersemangat untuk mengintegrasikan TMK dalam PdPc lantas mengambil jalan mudah dengan menjalankan pengajaran secara konvensional.

Guru-guru juga didapati menghadapi kekangan masa untuk merancang TMK dalam PdPc. Menurut Simin et al. (2016), faktor kekangan masa menjadi salah satu punca kurangnya guru dalam mengintegrasikan TMK di dalam bilik darjah. Kesibukan guru-guru dalam mengatur PdPc disamping pelbagai tugasan yang lain menyebabkan guru-guru seakan tidak mempunyai masa untuk menyediakan bahan yang bersumberkan TMK. Ini adalah kerana purata masa mengajar seorang guru antara 27 ke 30 waktu dalam seminggu dan ini sudah tentulah mendatangkan kerumitan kepada guru untuk menyediakan rancangan PdPc yang mantap. Di samping mengajar juga, guru turut menjawat jawatan yang lain seperti Setiausaha Peperiksaan,AJK PIBG, Ketua Panitia, Guru Pusat Sumber, Guru RMT, Setiausaha Kurikulum dan sebagainya, Kepelbagaian

(8)

tugas yang disandang oleh guru ini tidak memungkinkan guru untuk menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang baik.

Selain daripada itu, tahap kemahiran TMK guru yang sederhana menunjukkan bahawa guru-guru di daerah Samarahan kurang diberi pendedahan mengenai penggunaan TMK dalam PdPc. Walaupun Kementerian Pendidikan Malaysia memberi perhatian akan kepentingan pengintegrasian TMK di sekolah, namun kurangnya kemahiran guru-guru dalam TMK telah merencatkan proses pengintegrasian ini. Kenyataan ini telah disokong oleh Nor Zaira Razali (2016) yang menyatakan tahap kemahiran TMK guru-guru berada pada tahap yang rendah. Sementara itu, Ummu Salma Mohiddin dan Fariza Khalid (2014) menyatakan bahawa pendedahan serta latihan TMK yang diberikan kepada guru-guru adalah kurang dan ini turut menjadi kekangan kepada pengintegrasikan TMK dalam PdPc.

Kurangnya sokongan daripada pihak pentadbir turut menjadi kekangan kepada guru-guru untuk mengintegrasikan TMK di sekolah. Antaranya adalah guru-guru tidak dibenarkan mengakses internet sekolah dan keadaan ini menyebabkan guru terpaksa menggunakan data sendiri yang terhad dan mahal atau mengambil langkah untuk tidak melaksanakan pengintegrasian TMK dalam PdPc. Selain daripada itu, masalah sambungan elektrik dan juga suis turut menyebabkan guru tidak mampu meneruskan pengintegrasian TMK di bilik darjah. Sikap pentadbir yang tidak cakna dengan keperluan guru secara tidak langsung akan melemahkan semangat guru biarpun KPM telah melaksanakan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) sejak tahun 2014.

KESIMPULAN

Melalui analisis secara diskriptif, kajian mendapati bahawa tahap penggunaan TMK guru-guru matematik di daerah Samarahan berada pada aras yang sederhana. Ini menunjukkan bahawa guru-guru matematik di daerah Samarahan mampu untuk mengintegrasikan TMK dalam PdPc, walaupun sekolah-sekolah di daerah Samarahan dikategorikan sebagai sekolah luar bandar. Selain daripada itu, kajian juga mendapati tahap kemahiran TMK guru-guru matematik juga adalah sederhana manakala tahap keyakinan guru-guru dalam pengintegrasian TMK berada pada tahap yang tinggi. Hal ini membuktikan bahawa guru-guru di daerah Samarahan mempunyai sikap yang positif dan menyambut baik langkah pengintegrasian TMK dalam PdPc.

Sehubungan dengan itu, faktor-faktor yang menjadi penghalang kepada pengintegrasian TMK haruslah diselidiki dan ditangani agar hasrat KPM dalam memacu pengintegrasian TMK tercapai. Tambahan pula, Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) telah diterapkan dalam sistem pendidikan Malaysia sejak tahun 2011 bagi tujuan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pengurusan pentadbiran. Justeru, aplikasi VLE yang telah diperkenalkan harus dimanfaatkan dan diaplikasikan dengan sebaik-baiknya.

Oleh yang demikian, guru perlu lebih kreatif dan fleksibel dalam pengajaran mereka. Guru juga harus peka pada tahap perkembangan dan ciri-ciri peribadi pelajar dan mengubahsuai teknik dan kaedah pengajaran mengikut keperluan pelajar. Sementara itu pihak Kementerian Pendidikan Malaysia perlu sentiasa memberi galakan dan dorongan kepada guru bukan sahaja dengan menyediakan kemudahan, bahkan juga sokongan moral. Walaupun dapatan menunjukkan tahap kemahiran guru-guru dalam TMK adalah sederhana, namun beberapa langkah boleh diambil seperti mengadakan bengkel mahu pun kursus kepada guru-guru. Langkah ini adalah perlu agar guru-guru

(9)

RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian, Norhashimah Hashim & Shamsudin Othman.2012. Multimedia Interaktif Mempertingkatkan Pembelajaran Kemahiran Membaca Murid-murid PROBIM.Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu.ISSN:2180-4842.Vol.2,Bil.2:46-53. Hasliza,Siti Munira,Mohd Nasri & Zarina Mustafa.2016. Cabaran yang dihadapi oleh

Guru Dalam Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog di Bilik Darjah.Asia Pasific Journal of Educators and Education,Vol.31,115-129

Ida Norini Mahamad Tajudin. 2013. Kajian Tinjauan Mengenai Keberkesanan Penggunaan Konsep Persekitaran Pengajaran Maya (VLE FROG) di Kalangan Murid SK Haji Mahmud Chemor,Perak. Laporan Akhir Penyelidikan.Fakulti Pendidikan, Universiti Perguruan Sultan Idris.

Kementerian Pendidikan Malaysia.2017. Modul Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK)Semakan Tahun 1. Kuala Lumpur: Penerbit Bahagian Teknologi Pendidikan.

Melvin,Chung, Hui dan Jamaludin Badusah.2010.Sikap Guru Bahasa Melayu terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran di sekolah-sekolah rendah di Bintulu, Sarawak. Jurnal Pendidikan Malaysia,35(1).pp.59-65

Md Nor & Rashita.2011. Pengintegrasian ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik di Kalangan Guru Matematik di Daerah Kota Tinggi. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik,2.pp.1-17.

Mohd Noorhaili Mohd Yusof dan Zurinah Tahir.2017. Kepentingan Penggunaan Media Sosial Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan IPTA. Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan,Vol.12(3).

Norazilawati Abdullah, Noraini Mohamed Noh, Nik Azmah Nik Yusuff, Rosnidar Mansor.2104. Aplikasi Persekitaran Pengajaran Maya (FROG VLE) Dalam Kalangan Guru Sains. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia Vol.3. No.2

Noziati Borhan & Siti Mistima Maat.2015.Sikap Guru Pelatih Terhadap Matematik dan Integrasi Komputer Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Jurnal Pendidikan Matematik,3(1),13-23.

Nur Afiqah Zakaria & Khalid, F. 2016. Manfaat Penerapan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pembelajaran Matematik serta Kekangannya. Dalam Nabilah Othman, Chiang Wei Luan & Nurul Syaida Md Zuki. (Editor)., Pendidikan Abad ke-21: Peranan Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Cabarannya. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM.

Rafiza Abdul Razak . 2013. Pembinaan Media Pengajaran Berasaskan Multimedia di Kalangan Guru ICTL. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik .Bil 1. Isu 2. Siti Zaleha dan Siti Mistima.2017.Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam

pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru matematik di zon Kajang,Selangor.Prosiding Seminar Pendidikan Serantau ke-V111(2017).Fakulti Pendidikan,UKM

Referensi

Dokumen terkait

Makanan yang paling banyak dikonsumsi oleh ikan sepat siam baik yang berukuran kecil maupun besar adalah mikroalga dari Kelas Bacillariophyceae berjenis Diatoma, Melosira, dan

pri čemer pomenijo: LCC - skupna sedanja vrednost stroškov življenjskega cikla posamezne alternative I - sedanja vrednost osnovnih investicijskih stroškov 21 Repl - sedanja

Fungsi Save, adalah fungsi yang digunakan untuk menyimpan citra hasil deteksi tepi, atau dapat juga digunakan untuk menyimpan citra yang telah diolah dengan beberapa jenis operasi

Pertama, dari segi semantis, baik pada diatesis pasif bahasa Jepang maupun bahasa Indonesia, pendamping inti yang berperan penanggap adalah yang mengalami suatu peristiwa

Berdasarkan hasil pengamatan yang telah dilakukan, aktivitas guru pada penerapan model Siklus Belajar ( Learning Cycle ) ini, menunjukkan adanya peningkatan aktivitas

Retribusi Terminal adalah pelayanan atas penyediaan tempat parkir untuk kendaraan penumpang bis umum dan mobil barang, tempat kegiatan usaha, fasilitas lainnya di

Dalam kesempatan ini juga, dengan menghayati bahwa kehidupan dan pertumbuhan jemaat di GKI Kemang Pratama adalah tanggung jawab kita bersama, marilah dalam rasa syukur

638/BPBD/2016 tanggal 26 Agustus 2016 tentang Perpanjangan Penetapan Status Siaga Darurat Penanggulangan Bencana Asap Akibat Kebakaran Hutan dan Lahan di Provinsi