• Tidak ada hasil yang ditemukan

International Conference on Global Education VII Humanising Technology For IR 4.0

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "International Conference on Global Education VII Humanising Technology For IR 4.0"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

KAJIAN KEPUASAN MAJIKAN TERHADAP GRADUANKOLEJ KOMUNITI SUNGAI PETANI KEDAH MALAYSIA TAHUN 2018

Siti Salmah Mohd Pilus ([email protected])

, Hafizol Abu Hassan ([email protected])

Hanisah Ahmad ([email protected])

ABSTRAK

Kebolehpasaran graduan adalah indikator bagi kejayaan sesebuah insitusi dalam usaha untuk mengeluarkan tenaga kerja yang berkualiti. Bagi sesebuah institusi, pelajar adalah satu produk berharga yang perlu dibentuk dan disediakan sebaik mungkin supaya segala keperluan bidang kerja dapat dipenuhi sepenuhnya. Kolej Komuniti Sungai Petani (KKSP) bertindak sebagai penyedia tenaga kerja kemahiran yang berkualiti kepada negara memegang tanggungjawab yang besar untuk melahirkan pekerja yang bukan sahaja berkemahiran, malah berpengetahuan tinggi dan mempunyai kemahiran insaniah yang diperlukan oleh bidang kerjaya pada masa kini.Kemahiran teknikal merujuk kepada kefahaman dan kecekapan dalam sesuatu aktiviti yang khusus, terutama yang melibatkan kaedah, proses, prosedur dan teknik. Pengetahuan pula merujuk kepada tahap kefahaman dan pengalaman individu mengenai bidang kerja yang diberikan. Aspek kamahiran insaniah yang diuji pula merujuk kepada kebolehan yang memfokus kepada pembangunan ketrampilan diri, personaliti dan kemanusiaan. Ketiga-tiga aspek ini iaitu kemahiran, pengetahuan dan kemahiran insaniah dinilai oleh majikan dalam menentukan kebolehpasaran graduan Kolej Komuniti.Sehubungan itu, satu kajian kepuasan majikan telah dijalankan bagi mengukur persepsi majikan terhadap lepasan KKSP dalam memenuhi aspek-aspek yang dinyatakan di atas. Seramai 30 majikan telah dipilih dalam kajian ini dan kaedah soal selidik telah dijalankan bagi mendapatkan persepsi majikan secara umum. Dapatan kajian menunjukkan semua majikan mempunyai persepsi yang baik terhadap lepasan KKSP dan konstruk-konstruk yang diuji mendapat nilai min yang tinggi.

Kata kunci: Majikan, Graduan, Kolej Komuniti

1.0 PENGENALAN

Kebolehkerjaan didefinisikan sebagai seseorang yang berkebolehan untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran untuk melakukan pelbagai pekerjaan dalam satu-satu masa, bukan sahaja mereka dapat melaksanakan tugasan tersebut dengan pantas dan cepat tetapi mereka dapat melaksanakan tugasan tanpa latihan yang lanjut (Little & Brenda, 2011). Manakala Lowden et al., (2011) menyatakan kebolehkerjaan ini merujuk kepada peribadi tertentu individu yang diperoleh dan digunakan dalam profesion kerjaya mereka. Andrew & Russel (2011) menyatakan kebolehkerjaan adalah satu set yang berkaitan sikap, pengetahuan dan kemahiran yang perlu dimiliki bakal pekerja untuk memastikan mereka mempunyai keupayaan di tempat kerja. Elemen-elemen dalam kebolehkerjaan sangat penting dikuasai oleh pelajar untuk persediaan ke alam pekerjaan. Menurut Little& Brenda (2011) pelajar patut mempersiapkan diri mereka dengan mempelbagaikan pengetahuan, kemahiran dan kemahiran insaniah yang ada pada diri mereka sama ada dari segi teknikal ataupun kemahiran-kemahiran lain yang boleh membantu mereka dalam kerjaya nanti.

Penggunaan teknologi terkini, prestasi ekonomi yang agak sederhana dan penciptaan peluang pekerjaan yang perlahan berbanding limpahan graduan telah

(2)

mewujudkan persaingan dalam kalangan graduan bagi mendapat pekerjaan (Ishak et al., 2008). Penggunaan teknologi terkini juga akan memberi kesan kepada modal manusia yang boleh menjana pertumbuhan ekonomi yang mampan agar dapat mencapai matlamat Model Ekonomi Baru. Model Ekonomi Baru ini mempunyai lapan inisiatif dan salah satu inisiatif ialah pembangunan modal insan yang dapat membangunkan tenaga kerja yang berkualiti. Tenaga kerja yang berkualiti ini mampu mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing. Sistem pendidikan dan tenaga kerja yang berkemahiran merupakan senjata utama bagi sesebuah negara menghadapi persaingan di peringkat global (Ramlee, 2013b). Namun keupayaan mendapat pekerjaan dalam kalangan siswazah serta kekurangan dan ketidakpadanan kemahiran merupakan penghalang pembangunan modal insan di Malaysia (Ramlee, 2013a).

Tenaga kerja yang fleksibel, berkemahiran teknikal dan memiliki kemahiran kebolehkerjaanyang tinggi seperti mempunyai pemikiran kreatif, kemahiran menyelesaikan masalah serta kemahiran analitikal akan mempelopori pentas global dunia pekerjaan serta menjadi pilihan majikan (Bagshaw, 1997; Jailani et al., 2007; Mohd Salleh & Mohd Zaki, 2006; Mohd Salleh et al., 2008; dan Siti Zaleha et al., 2007). Tenaga kerja yang mempunyai kemahiran kebolehkerjaanboleh mendepani perubahan sosial dan keadaan ekonomi yang sentiasa berubah (Clark, 2011). Pekerja atau pelajar yang menguasai kemahiran kebolehkerjaanberupaya melaksanakan tugas dalam pelbagai situasi di alam kehidupan, pembelajaran dan pekerjaan seharian (Abd Rahim & Ivan, 2007).

Oleh itu, kesan globalisasi dan k-ekonomi menuntut perubahan sistem pendidikan dan latihan teknik dan vokasional untuk menghasilkan modal insan yang berkemahiran tinggi dan berkualiti (Md. Nor, 2011). Kamaruddin (2010) serta Tan dan Nor Hazwin (2010) mempersoalkan sama ada graduan-graduan yang dihasilkan oleh institusi pengajian tinggi dapat memenuhi kehendak majikan pada masa kini. Persoalan ini juga tidak terkecuali kepada graduan-graduan Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Malaysia. Persoalan sekarang ialah, adakah graduan yang dihasilkan oleh Kolej Komuniti dapat memenuhi sumber tenaga kerja negara dan juga memenuhi pasaran kerja semasa? Untuk memenuhi persoalan kajian ini maka kajian majikan ini dilakukan untuk menjawab persoalan kajian tersebut.

Kolej Komuniti perlu memainkan peranan bagi menghasilkan graduan yang berilmu dan berkemahiran tinggi bagi menangani perubahan ekosistem pengajian tinggi negara (Fazlina, 2007). Oleh itu, untuk menjadi institusi pilihan dalam pendidikan teknik dan vokasional, pihak pengurusan Kolej Komuniti haruslah berusaha untuk menjadikan Kolej Komuniti sebagai satu institusi yang ulung dan seterusnya graduan yang dihasilkan memenuhi kehendak majikan serta juga pasaran kerja pada masa kini. Graduan yang diingini oleh majikan pada masa kini ialah tenaga kerja yang mempunyai kemahiran teknikal dan kemahiran kebolehkerjaan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menilai kemahiran kebolehkerjaanpelajar Kolej Komuniti menurut kaca mata majikan.

2.0 TUJUAN KAJIAN

1. Mengenal pasti tahap kemahiran graduan Kolej Komuniti Sungai Petani berdasarkan persepsi majikan.

2. Mengenal pasti tahap pengetahuan graduan Kolej Komuniti Sungai Petani berdasarkan persepsi majikan.

3. Mengenal pasti tahap kemahiran insaniah graduan Kolej Komuniti Sungai Petani berdasarkan persepsi majikan.

(3)

2.1 Skop Kajiandan Kepentingan Kajian

Kajian ini adalah terhad kepada graduan KKSP. Responden kajian meliputi graduan KKSP yang bergraduat pada sesi 2017/2018. Jenis instrumen yang digunakan iaitu instrumen soal selidik. Instrumen soal selidik adalah berfokus kepada tahap kemahiran, pengetahuan, dan kemahiran insaniah berdasarkan kepada persepsi majikan terhadap graduan Kolej Komuniti. Kajian ini penting sebagai garis panduan mengenai elemen-elemen kemahiran kebolehkerjaan yang telah diterapkan oleh pensyarah-pensyarah di Kolej Komuniti terhadap pelajar-pelajar. Ini dapat membantu mereka merancang latihan-latihan bagi menambah kemahiran-kemahiran bagi meningkatkan tahap keupayaan dan kecekapan tenaga kerja mereka. Hasil kajian ini juga berguna kepada individu yang menceburi bidang pekerjaan membuat perbandingan dan penilaian ke atas elemen kemahiran kebolehkerjaan yang diingini oleh majikan dan yang perlu ada oleh setiap individu sebelum mereka menceburi sesuatu bidang pekerjaan.

3.0 ULASAN LITERATUR

Perkembangan dunia masa kini di era globalisasi, majikan tidak hanya mementingkan kemahiran teknikal sahaja tetapi juga kepada pengetahuan dan kemahiran insaniah terhadap kebolehkerjaan agar pekerja mereka dapat menyesuaikan diri dengan semua jenis pekerjaan dan dalam masa yang sama memiliki “multiskills” (Butcher et al., 2011). Graduan yang menganggur merupakan fenomena serius yang berlaku pada masa kini. Perangkaan pasaran buruh menunjukkan bahawa keluaran institusi pengajian tinggi tempatan masih tidak dapat menampung kekosongan pekerjaan meskipun keluaran sesuatu kumpulan pekerja itu melebihi daripada permintaan para majikan. Antara faktor utama berlakunya fenomena ini adalah kerana graduan yang dihasilkan masih tidak dapat memenuhi kehendak majikan masa kini. Elemen-elemen yang perlu ada bagi seorang graduan seperti kemahiran teknikal, pengetahuan dan kemahiran insaniah merupakan aspek yang amat penting untuk ketrampilan seseorang pelajar (Colin, 2010). Ketrampilan seseorang pelajar telah menjadi agenda penting negara dan menjadi tanggungjawab institusi-institusi pengajian tinggi bagi melahirkan tenaga kerja yang mempunyai daya saing yang tinggi serta memenuhi keperluan pasaran.

Kebolehkerjaan adalah kemahiran bukan teknikal yang sering dikaitkan dengan sikap dan personaliti yang penting bagi seseorang graduan untuk mendapatkan kerja. Penerapan elemen- elemen kebolehkerjaan seperti kemahiran, pengetahuan dan kemahiran insaniah adalah perlu oleh tenaga pengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk melahirkan tenaga mahir yang berkualiti dan diperlukan oleh majikan. Elemen-elemen dalam kebolehkerjaan biasanya sering dikaitkan dengan gambaran personal, sikap, tabiat, tingkah laku, gaya berkomunikasi, penyelesaian masalah dan kemahiran membuat keputusan serta kebolehan mengorganisasikan. Goodwin & Vicki (2012) pula mentakrifkan kebolehkerjaan sebagai satu set pencapaian, kefahaman dan sifat peribadi yang membuatkan individu supaya lebih mudah untuk mendapatkan pekerjaan dan berjaya dalam pekerjaan yang dipilih oleh mereka.

Elemen-elemen dalam kebolehkerjaan dapat menguruskan kerjaya diri menuntut setiap individu untuk berkebolehan berubah dengan pantas mengikut keperluan semasa, fokus terhadap kualiti diri, kreatif dan sentiasa bertanggunjawab terhadap tugasnya. Individu yang pandai menguruskan kerjayanya lebih berkeyakinan dalam suasana kerja yang baharu (Redekopp et al., 2009). Ini adalah kerana dunia pekerjaan sekarang telah

(4)

menjadi kompleks terutama sekali kesan perubahan teknologi dan ekonomi. Pekerjaan sekarang memerlukan keupayaan, kemahiran dan pengetahuan yang pelbagai. Individu ini akan berhadapan dengan kurang pengalaman dalam menguasai teknologi terkini dalam pasaran semasa (Mc Dermott, 2010). Kajian yang dijalankan oleh Noh (2010) menyatakan bahawa penerapan yang dilakukan oleh tenaga pengajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran perlulah tinggi terutama yang melibatkan aspek kemahiran dan pengetahuan. Penerapan yang dikaji dalam kajian ini adalah pengetahuan, kemahiran dan kemahiran insaniah dalam kalangan graduan Kolej Komuniti.

Menurut Pegg et al., (2012) latihan kemahiran adalah pekerja yang mempunyai kemampuan menggunakan teknologi dan bahan baru secara optimum serta menggunakan daya cipta dan inovasi secara berkesan. Bagi tujuan ini, adalah perlu bagi sebuah negara membangunkan tenaga kerja yang bukan sahaja mempunyai kelayakan akademik dan teknikal yang tinggi tetapi memperolehi kepelbagaian kemahiran dan pengetahuan menggunakan ICT. Menurut Yahya (2010) berdasarkan Conference Board of Canada, terdapat tiga elemen kemahiran kebolehkerjaan yang diperlukan oleh majikan ialah kemahiran teknikal, pengetahuan dan kemahiran insaniah.

Berdasarkan tinjauan literatur, didapati para majikan menginginkan pekerja yang mempunyai pelbagai kemahiran pekerjaan termasuk pengetahuan dan kemahiran insaniah. Kebolehkerjaan graduan yang dihasilkan juga merupakan kayu pengukur kepada kejayaan Kolej Komuniti dan program yang diikuti oleh pelajar tersebut. Kajian ini diharapkan dapat memberi maklumat dan menambah baik elemen-elemen kebolehkerjaan yang harus diberi penekanan dalam melaksanakan program pengajian di Kolej Komuniti serta elemen-elemen kebolehkerjaan dari aspek pengetahuan, kemahiran dan kemahiran insaniah yang diperlukan oleh pihak majikan dan industri seiring dengan gagasan Revolusi Industri 4.0.

3.1 Pembentukan Kerangka Kajian

Kerangka kajian ini dibina berdasarkan konsep dan istilah yang dirujuk berdasarkan kebolehkerjaan. Kerangka konseptual kajian akan menjana permasalahan kajian, persoalan kajian, teknik pengumpulan dan analisis data serta bagaimana mengintergrasi dapatan kajian (Abowitz & Toole, 2010). Kerangka konseptual kajian yang ditunjukkan dalam Rajah 2.2 bertujuan untuk mengenal pasti tahap kemahiran, pengetahuan dan kemahiran insaniah graduan Kolej Komuniti di Malaysia.

(5)

Rajah 2.1Pembentukan Kerangka Kajian

Kini, majikan bukan sahaja melihat kepada kelayakan akademik semata-mata tetapi juga melihat kepada keupayaan atau kemahiran graduan dari aspek spiritual dan keusahawanan. Azah et al., (2010) telah mengupas permasalahan isu kemahiran yang perlu dimiliki oleh graduan di samping mempunyai kelulusan akademik yang baik. Penemuan kajian mereka mendapati graduan yang mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi seperti berkebolehan bekerja sendiri, kemahiran teknologi maklumat, kepimpinan, mudah menyesuaikan diri dan kemahiran intelektual telah membantu graduan untuk mendapatkan pekerjaan dalam tempoh singkat. Menurut Gunn et al., (2010), kebolehpasaran graduan merujuk kepada kemahiran yang meliputi personaliti, kemahiran interpersonal dan juga sikap dan tingkah laku yang baik. Ia menyatakan bahawa dalam keadaan dunia pekerjaan yang sentiasa berubah, para majikan industri memerlukan para pekerja yang lebih kreatif, fleksibel, dan mempunyai kemahiran interpersonal yang tinggi. Banyak kajian kebolehpasaran graduan yang dijalankan oleh para penyelidik terdahulu mendapati majikan memerlukan pekerja yang mempunyai sikap positif, kemahiran efektif, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran membuat keputusan, kemahiran bekerja dalam kumpulan, berdaya usaha, interpersonal dan juga kemahiran memimpin (Greenan, Wu, Ramlee, & Ncube, 2008; Kutscher, 2010; Lankard, 2014; Mobley, 2015).

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini dijalankan melalui kaedah pendekatan kajian kuantitatif, iaitu menggunakan Borang Soal Selidikyang diedarkan kepada 30 majikan mengikut sektor industri di seluruh Malaysia.Borang soal selidik yang digunakan untuk kajian ini mengandungi tiga bahagian utama. Bahagian A terdiri dari maklumat latar belakang syarikat, Bahagian B pula mengenai maklumat umum graduan Kolej Komuniti dan Bahagian C lebih kepada penilaian kepuasan majikan terhadap aspek kemahiran, pengetahuan dan kemahiran insaniah. Soal selidik tersebut telah dihantar dan diemel kepada majikan dan dibuat tindakan susulan melalui panggilan telefon dan aplikasi whatsapp untuk memastikan majikan benar-benar menerima instrumen yang telah

Kemahiran Teknikal

• Kemahiran pengurusan maklumat

• Kemahiran menggunakan komputer dalam pemprosesan • Kemahiran memilih peralatan/ teknologi

• Kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif

• Kemahiran membuat keputusan

• Kemahiran menyelesaikan masalah

Kemahiran Insaniah

• Berdisiplin dalam menjalankan tugas • Kebolehan komunikasi dengan baik • Kebolehan bekerja secara berpasukan • Kemahiran menguasai bahasa inggeris • Ketelitian dalam tugasan

• Pengamalan nilai-nilai murni • Kemahiran keusahawanan Pengetahuan

• Pengetahuan teknikal berdasarkan keperluan kerja • Pengetahuan mengaplikasi teknologi

• Pengetahuan pengurusan tentang organisasi • Pengetahuan berkaitan dengan bidang tugas

KEPUASAN MAJIKAN

(6)

dihantar. Item soal selidik ini diukur dengan menggunakan Skala Likert. Penggunaan Skala Likert dipilih kerana mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi (Chua et al., 2013) Skala Likert yang digunakan ialah (1) Sangat Rendah, (2) Rendah, (3) Sederhana, (4) Tinggi, dan (5) Sangat Tinggi.

Data yang dikumpul telah di analisa menggunakan program SPSS 19.0 dengan menggunakan statistik deskriptif seperti min dan sisihan piawai.

5.0 DAPATAN KAJIAN

Kaeadah analisis deskriptif digunakan dalam kajian ini bagi menerangkan mengenai dapatan kajian. Antara maklumat yang dipaparkan melalui analisis ini ialah jumlah, nilai min, kekerapan dan nilai sisihan piawai bagi setiap item yang diuji. Melalui analisa deskriptif ini juga, maklumat demografik responden seperti bidang dan gaji yang ditawarkan dapat dianalisis oleh perisian. Selain itu, analisis deskriptif yang dijalankan dapat memberikan nilai purata bagi setiap item. Nilai ini seterusnya dapat digunakan untuk memberi input kepada pihak yang berkepentingan dalam kajian ini.

5.1 Analisis Kuantitatif

Analisis kuantitatif yang dijalankan melibatkan para responden yang terdiri daripada para majikan kepada para graduan Kolej Komuniti Sungai Petani. Sebanyak 30 majikan telah memberi maklum balas melalui kaji selidik yang dijalankan.

5.1.2 Persediaan Awal Analisis Data

Data yang diterima telah disemak dan diperiksa bagi mengurangkan sebarang kesilapan semasa proses analisa dijalankan. Bagi mengurangkan kesalahan, data yang tidak lengkap tidak akan diproses oleh SPSS. Sebarang kesilapan dalam proses kemasukan data dapat dielakkan kerana proses kemasukan data dijalankan secara dalam talian dan data telah disemak oleh pegawai yang terlibat dalam kajian ini. Sebarang persoalan mengenai item-item kajian yang ditimbulkan oleh responden juga berjaya diselesaikan dengan baik.

5.1.3 Kebolehpercayaan

Bagi menentukan sesuatu instrumen kajian itu tepat, bermakna dan mempunyai kebolehgunaan yang tinggi, instrumen tersebut mestilah mempunyai nilai kesahan. Kesahan bermaksud satu persetujuan antara percubaan untuk mengukur trait secara maksimum. Kesahan dan kebolehpercayaan adalah satu kaedah untuk mengukur ketepatan dan kebolehgunaan item-item untuk mengukur pembolehubah-pembolehubah yang diuji.

Ujian kesahan untuk kajian ini menggunakan pengiraan koefisyen Alpha Cronbach. George & Mallary (2003), Nunnaly (1978) dan Pallant (2011) menyatakan nilai Alpha Cronbach mestilah melebihi 0.7. Dapatan analisis alpha cronbach yang dilakukan menunjukkan nilai bacaan bagi kemahiran, pengetahuan dan kemahiran insaniah adalah melebihi 0.7.

Jadual 5.1Analisis kebolehpercayaan

Konstruk Bilangan Item Alpha Cronbach

Kemahiran 6 0.807

Pengetahuan 4 0.803

Kemahiran Insaniah 8 0.875

(7)

5.2Analisis Demografik

i. Majikan

Analisis demografik bagi dapatan kajian menunjukkan kesemua majikan adalah majikan swasta dan kerajaan.

Jadual 5.2 Taburan Majikan

ii. Bidang

Kebanyakan majikan yang mengambil pelajar-pelajar ini bekerja iaitu sebanyak 53.3% adalah dari bidang Penginapan dan Aktiviti Perkhidmatan Makanan & Minuman. Jumlah kedua terbanyak adalah daripada bidangPembuatan iaitu sebanyak 16.7%. Jumlah ketiga terbanyak adalah daripada bidang Pembaikan Kenderaan Bermotor dan Motosikal, iaitu sebanyak 13.3%. Manakala jumlah keempat terbanyak adalah daripada bidang perkhidmatan lain iaitu sebanyak 6.7%. Sebanyak tiga majikan yang mewakili 3.3% daripada jumlah majikan adalah daripada bidang Pendidikan, Kesenian, Hiburan dan Rekreasi, dan Fesyen dan Kecantikan.

Jadual 5.3 Kekerapan mengikut bidang

Bidang Kekerapan Peratusan

Pembuatan 5 16.7

Pendidikan 1 3.3

Kesenian, Hiburan dan Rekreasi 1 3.3

Perkhidmatan lain 2 6.7

Pembaikan Kenderaan Bermotor dan Motosikal

4 13.3

Fesyen dan Kecantikan 1 3.3

Penginapan dan Aktiviti Perkhidmatan Makanan & Minuman

16 53.3

JUMLAH 30 100

iii. Gaji Permulaan

Majoriti dari lepasan Kolej Komuniti Sungai Petani ini iaitu sebanyak 50.0% diberikan gaji permulaan antara RM1001 ke RM1500. Rata-rata dari graduan ini menerima gaji antara RM501 ke RM1000 iaitu sebanyak 36.7%. Namun begitu, terdapat dua (2) orang graduan telah yang menerima gaji permulaan melebihi RM1500. Dan terdapat juga dua (2) graduan yang menerima gaji RM500 ke bawah.

Jadual 5.4 Kekerapan mengikut Gaji

Gaji (RM) Kekerapan Peratus (%)

RM500 dan ke bawah 2 6.7

RM501 – RM1000 11 36.7

RM1001 – RM1500 15 50.0

RM1501 – RM2000 2 6.7

JUMLAH 30 100.0

Organisasi Kekerapan Peratusan

Swasta 29 96.7

Kerajaan 1 3.3

(8)

5.3 Analisis Deskriptif

Bagi mengetahui tahap kemahiran para graduan kolej komuniti, enam item soal selidik telah disertakan dalam instrumen yang disediakan. Item-item yang disertakan adalah mengenai kemahiran pengurusan maklumat, menggunakan komputer, memilih teknologi, berfikir secara kreatif dan inovatif, membuat keputusan mudah serta menyelesaikan masalah. Item-item bagi pengetahuan pula adalah berkenaan pengetahuan teknikal, teknologi, pengurusan organisasi dan bidang tugas. Manakala bagi kemahiran insaniah, beberapa item berkaitan disiplin, komunikasi, perlaksanaan arahan, kerjasama berpasukan, pengiraan, ketelitian, ketepatan waktu dan ciri-ciri keusahawanan disertakan dalam soal selidik.

i. Kemahiran

Analisis min yang dilakukan menunjukkan nilai min 4.00 dengan sisihan piawai 0.561 iaitu mewakili nilai baik atau mahir. Kebanyakan pelajar lepasan Kolej Komuniti Sungai Petani (KKSP) telah dikelaskan sebagai berkemahiran oleh para majikan.

Jadual 5.5 Dapatan bagi Konstruk Kemahiran

Item Kemahiran Min S.P.

i Kemahiran pengurusan maklumat 3.97 .490

ii Kemahiran menggunakan komputer dalam pemprosesan

maklumat 3.87 .571

iii Kemahiran memilih peralatan/teknologi 4.00 .525 iv Kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif 4.10 .607

v Kemahiran membuat keputusan 4.07 .583

vi Kemahiran menyelesaikan masalah 4.00 .587

ii. Pengetahuan

Dari segi pengetahuan, rata-rata pelajar KKSP dikategorikan berpengetahuan tinggi, dengan nilai min 4.02 dan sisihan piawai 0.61.

Jadual 5.6 Dapatan bagi Konstruk Pengetahuan

Item Pengetahuan Min S.P

i Pengetahuan teknikal berdasarkan keperluan kerja

4.03 .556 ii Pengetahuan mengaplikasi teknologi 3.90 .662 iii Pengetahuan pengurusan tentang

organisasi

3.93 .651 iv Pengetahuan berkaitan dengan bidang

tugas

4.20 .551

iii. Kemahiran Insaniah

Dapatan analisis menunjukkan secara purata, para pelajar KKSP dikategorikan mempunyai kemahiran insaniah dengan nilai min 4.10 dan sisihan piawai 0.58.

Jadual 5.7 Dapatan bagi Konstruk Kemahiran Insaniah

Item Kemahiran Insaniah Min S.P

i Berdisiplin dalam menjalankan tugas 4.33 .547 ii Kebolehan berkomunikasi dengan baik 4.20 .610 iii Kebolehan bekerja secara berpasukan 4.43 .504 iv Kebolehan dalam menguruskan maklumat yang 3.90 .305

(9)

diberikan

v Kemahiran menguasai bahasa inggeris 3.50 .731

vi Ketelitian dalam tugasan 4.10 .548

vii Pengamalan nilai-nilai murni 4.43 .679

viii Kemahiran keusahawanan 3.90 .684

Jadual 5.8 Rumusan Keseluruhan

Konstruk Min S.P

Kemahiran 4.00 .446

Pengetahuan 4.01 .440

Kemahiran Insaniah 4.11 .376

Secara keseluruhan, nilai purata yang diperolehi bagi konstruk kemahiran, pengetahuan dan kemahiran insaniah pelajar KKSP adalah pada min keseluruhan 4.04 iaitu pada tahap tinggi.

6.0 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

Kajian mendapati bahawa secara keseluruhannya kepuasan majikan terhadap tahap kemahiran graduan Kolej Komuniti Sungai Petani adalah tinggi iaitu nilai min 4.04. Dapatan ini selari dapatan kajian Makki et al. (2015) yang merumuskan graduan yang berkeupayaan menguasai kemahiran mampu memperoleh pekerjaan dan menepati kehendak pekerjaan. Justeru objektif kajian dapat dicapai.

Item-item yang diukur termasuklah tahap prestasi kerja secara keseluruhan, tahap kemahiran teknikal, pengetahuan teknikal serta tahap kualiti kelayakan graduan KKSP dalam bidang pekerjaan lain pada tahap yang boleh diterima oleh majikan masing-maisng. Keputusan ini juga menunjukkan usaha yang dilakukan oleh pihak KKSP dalam meningkatkan kualiti graduan telah menampakkan hasil. Hasil dari kolaborasi pihak industri dalam program-program seperti program jemputan pensyarah industri, program sangkutan pensyarah, serta penilaian projek pelajar oleh industri telah memberi impak yang positif dalam menjamin kualiti para graduan.

6.1Kolej Komuniti Sungai Petani

Pihak Kolej Komuniti Sungai Petani dapat mengenalpasti kekuatan dan juga kelemahan sistem pengajaran dan pembelajaran. Walaupun secara keseluruhannya, pihak majikan menilai tinggi graduan KKSP dari segi kemahiran dan pengetahuan teknikal serta kemahiran generik, tetapi pihak Kolej Komuniti masih dapat mengesan ruang yang perlu dipertingkatkan. Seterusnya, untuk memastikan graduan KKSP perlu meningkatkan kemahiran teknikal dan kemahiran generik untuk menepati semua kehendak yang diperlukan dalam alam pekerjaan yang dinamik. Ini untuk menjamin graduan mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi.

6.2 Industri dan Majikan

Dapatan kajian menunjukkan seramai 100% pihak majikan sanggup menerima graduan KKSP sebagai pekerja jika terdapat kekosongan. Dengan itu, majikan juga bermanfaat dengan langkah penambahbaikan yang akan diambil oleh pihak KKSP untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan teknikal serta kemahiran generik graduan yang menjadikan bakal pekerja mereka yang lebih terlatih. Langkah ini penting untuk memastikan pasaran pekerja separa profesional dapat diisi dengan graduan yang

(10)

menepati keperluan dan kehendak industri tanpa perlu diberi latihan semula yang melibatkan kos tambahan. Sumber tenaga terlatih ini akan dapat membantu pihak industri dan majikan untuk bergerak dengan lebih maju selaras dengan PPTM (PT).

6.3 Pelajar

Pelajar dapat mengetahui keperluan dan harapan majikan terhadap mereka. Dengan itu, pelajar dapat melengkapkan diri sendiri dengan menambahbaik kelemahan yang didapati dalam dapatan kajian seperti kemahiran Bahasa Inggeris, kemahiran analitikal, bekerja secara kumpulan, kemahiran pengurusan, ketelitian dalam tugasan kerja melalui usaha sendiri dan bantuan pihak Kolej Komuniti melalui pelbagai program. Pada masa yang sama perkara ini juga dapat meningkatkan kebolehpasaran pelajar pada masa depan.

6.4 Kajian Masa Depan

Bagi menyempurnakan kajian kepuasan majikan ini, KKSP bercadang untuk menambahkan bilangan responden dengan cara meminta bantuan graduan KKSP untuk mengedar borang kepada majikan serta memulangkannya semasa konvokesyen.Langkah-langkah lain seperti pengedaran borang kaji selidik kepada pihak majikan yang mengambil graduan KKSP sebagai pekerja semasa lawatan latihan industri oleh pensyarah pemantauan latihan industri. Teknologi baru seperti kajian atas talian, aplikasi telefon seperti “WhatsApp”, “Telegram” dan “WeChat” dapat digunakan untuk meluaskan liputan kajian dan seterusnya membantu meningkatkan bilangan responden dan kebolehpercayaan kajian.

Kesimpulannya, pengetahuan, kemahiran dan kemahiran insaniah perlu seiring dalam kebolehkerjaan dan merupakan indikator yang penting dalam dunia pekerjaan hari ini. Para pekerja hari ini tidak dapat dianggap lengkap atau tidak berketrampilan jika mereka hanya memiliki kemampuan teknikal yang baik tanpa pengetahuan dan kemahiran kebolehkerjaan. Dengan kemahiran kebolehkerjaan akan mendapat peluang pekerjaan lebih luas, berkekalan dan seterusnya berjaya dalam pekerjaan. Dengan penerapan kemahiran kebolehkerjaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan membantu pelajar sebagai persediaan untuk menghadapi alam pekerjaan kelak.

RUJUKAN

Abowitz, D. A., & Toole, T. M. (2010). Mixed Method Research: Fundamental Issues of Design, Validity, and Reliability in Construction Research. Journal of Construction Engineering and Management. DOI:10.1061/(ASCE)CO.1943-7862.0000026

Ahmad Munawar Ismail & Mohd Nor Shahizan Ali. (2014). Kaedah Penyelidikan Islam:Perspektif Islam. (Ahmad Munawar Ismail, Ed.) (1st ed.). Bangi: Penerbit UKM

Al-Mansor Abu Said. (2012). Kaedah Penyelidikan Perniagaan (Cetakan Pertama). Dawama Sdn.Bhd, Kompleks Dawama.

Bilal, M. N. M. & Ummah, M. A. C. S. 2018. A Case Study on the Impact of Internship Training in Finding Successful Job Placements: With Special Reference to South Eastern University of Sri Langka. Proceedings of the 3rd International HR Conference, 3(1).

Butcher, Val, Smith, Judith, Kettle, Jane and Burton, Laila (2011). Review of good practice in employability and Enterprise Development by Centres for Excellence in Teaching and Learning. York: Higher Education Academy.

(11)

Chua, Y. P. (2009). Statistik Penyelidikan Lanjutan 1: Buku 1. Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn.Bhd.

Chua, Y. P. (2014). Asas Statistik Penyelidikan. (Y. P. Chua, Ed.) (3rd Editio). McGraw-Hill.

Colin, C. (2010) “Never employable enough: The (im) possibility of satisfying the boss’s desire,” Organization, 17(2): pp. 131-149.

Creswell, J. W. (2014). Research Design:Qualitatitive, Quantitative and Mixed Methods Approaches. (Thousand Oaks, Ed.) (3rd ed.). Sage Publications.

Creswell, J., & Clark, P. (2011). Designing and Conducting Mixed Methods Research (2nd edition). SAGE Publications, Inc.

Cohen, M. (2011). Research Methods in Education. Routledge; 7 edition (April 28, 2011 ).

Douglas A. Lind, William G. Marchal, S. A. W. (2015). Statistical Technique in Business & Economics. (Douglas Reiner, Ed.) (16th ed.). New York: McGraw-Hill Education.

Esa, A., Selamat, A.S., Padil, S. & Jamaludin, J. (2014). Applications of soft skills in engineering programme at polytechnic Malaysia. Procedia Social and Behavioral Sciences, 140, 115-120.

Gay et al. (2006). Perceptions of information and communication technology among undergraduate management students in Barbados. 2, 6-17. International Journal of Education and Development Using Information and Communication Technology (IJEDICT), 2, 6–17.

Goodwin & Vicki (2012) “North West Graduate Employability Programme.” York: Higher Education Academy.

Gunn, V. Bell, S and Kafmann. (2010) Thinking strategically about employability and graduate attributes: Universities and enhancing learning for beyond university. Enhancement themes. Available at http://www.enhancementthemes.ac.uk/ documents/G21C/Employability_230210.pdf

Halimahton, M. S. (2011). Kepimpinan Instruksional Menjana Generasi Kreatif dan Inovatif (pp. 1–25).

Hanapi, Z, &Kamis., A. (2017). Analisis perbandingan di antara industri, pensyarah dan graduan terhadap kepentingan kemahiran teknikal dan kemahiran kebolehkerjaan yang perlu dikuasai oleh graduan bidang elektrik di kolej komuniti. Humanika, 9(1-5), 67–75.

Hair, F., Black, W. , Babin, B. ., & Anderson, R. . (2010). Multivariate data analysis. Upper Saddle River, Boston: Pearson.

Jabatan Perdana Menteri. (2010). Perspektif Wawasan 2020. Retrieved from http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/255-perspektif-wawasan-2020.html

John W. Creswell. (2012). Educational Research, Planning, Conducting, and Evaluating Quantitative and Qualitative Research. Pearson.

Krejcie, R. V, & Morgan, D. W. (1970). ACTIVITIES, 38, 607–610.

Kwok, D., Gujral, M. & Chan, J. 2014. Work readiness: a study of student intern’s self-perception and supervisor evaluation. International Conference on Teaching & Learning in Higher Education, National University of Singapore.

Leo, M. 2018. Edu Advisor: What You Didn’t Know About Fresh Graduate Unemployment in Malaysia. Available at https://eduadvisor.my/articles/what-didnt-know-fresh-graduate-unemployment-malaysia-infographic/, accessed 19 March 2017.

(12)

Little, Brenda M. (2011) “Employability for the workers: What does this mean?,” Education and Training, 53(1): pp. 57-66.

Lowden, Kevin, Hall, Stuart, Elliot, Dely, and Lewin, Jon (2011). Employers’ Perceptions of the Employability Skills of New Graduates. London: The Edge Foundation.

Machart, R. 2017. The implementation of industrial training in tertiary education in Malaysia: Objectives, realisations and outputs in the case of foreign language students. International Review of Education, 63 (1), 103–122.

Ofsted (2010). Good practice in involving employers in work-related education and training.

Pegg, Ann, Waldcock, Jeff, Hendy-Isaac, Sonia and Lawton, Ruth (2012). Pedagogy for Employability. York: Higher Education Academy

Ramlee Mustapha. (2013a). Transforming Education toward K-Economy in Malaysia. International Journal for Educational Studies, 6(1). Retrieved from

http://educare-ijes.com/transforming-education-toward-k-economy-in-malaysia/?s=Transforming+Education+toward+K-Economy+in+Malaysia

Ramlee Mustapha. (2013b). Transforming Education toward K-Economy in Malaysia. International Journal of Education Studies.

Rosenberg, Stuart, Heimler, Ronald, and Morote, Elsa-Sofia (2012) “Basic employability skills: a triangular design approach,” Education and Training, 54(1): pp. 7-20.

Sekaran, U. (2013). Research Methods for Business (4th ed.). Hoboken, New Jersey: John Wiley & Sons.

Jackson, S.L. (2014). Research Methods: A Modular Approach (3rd ed.).

Shury, J., Winterbotham, M., Davies, B. and Oldfield, K. (2010). National Employer Skills Survey for England 2009: Main report: Evidence Report 23. IFF Research and UK Commission for Employment and Skills

Suleman., F. (2018). Employability skills of higher education graduates: little consensus on a much-discussed subject. Procedia Social and Behavioral Sciences, 228 (20), 169-174.

Tickle, L. (2013). “Employability initiative winner: Edinburgh College of Art,” The Guardian, 28 February.

Wickramasinghe, V. and Perera, L. (2010) "Graduates, university lecturers' and employers' perceptions towards employability skills", Education + Training, Vol. 52 Issue: 3, pp.226-244, https://doi.org/10.1108/00400911011037355

Wesley, S. C., Jackson, V. P. & Lee, M. 2017. The perceived importance of core soft skills between retailing and tourism management students, faculty and businesses. Employee Relations, 39(1), 79-99.

Zainudin Awang. (2012). Research Methodology and Data Analysis. (S. Dee Sega Enterprise, Subang Jaya, Ed.). Shah Alam: Penerbit Uitm Press.

Zeyrek, E. Y., & Lester, D. (2008). Cronbach alpha reliability and concurrent validity of the Collett-Lester Fear of Death Scale in a Turkish sample. Psychological Reports, 102, 706–708. doi:10.2466/PR0.102.3.706-708

Referensi

Dokumen terkait

Retribusi Terminal adalah pelayanan atas penyediaan tempat parkir untuk kendaraan penumpang bis umum dan mobil barang, tempat kegiatan usaha, fasilitas lainnya di

Dalam kesempatan ini juga, dengan menghayati bahwa kehidupan dan pertumbuhan jemaat di GKI Kemang Pratama adalah tanggung jawab kita bersama, marilah dalam rasa syukur

Berdasarkan hasil pengamatan yang telah dilakukan, aktivitas guru pada penerapan model Siklus Belajar ( Learning Cycle ) ini, menunjukkan adanya peningkatan aktivitas

Muhibbin mengandung kritik yang membahas mengenai masalah pendidikan, masalah kejahatan, masalah generasi muda pada masyarakat modern, masalah peperangan, masalah

Makanan yang paling banyak dikonsumsi oleh ikan sepat siam baik yang berukuran kecil maupun besar adalah mikroalga dari Kelas Bacillariophyceae berjenis Diatoma, Melosira, dan

pri čemer pomenijo: LCC - skupna sedanja vrednost stroškov življenjskega cikla posamezne alternative I - sedanja vrednost osnovnih investicijskih stroškov 21 Repl - sedanja

Fungsi Save, adalah fungsi yang digunakan untuk menyimpan citra hasil deteksi tepi, atau dapat juga digunakan untuk menyimpan citra yang telah diolah dengan beberapa jenis operasi

Pertama, dari segi semantis, baik pada diatesis pasif bahasa Jepang maupun bahasa Indonesia, pendamping inti yang berperan penanggap adalah yang mengalami suatu peristiwa