• Tidak ada hasil yang ditemukan

International Conference on Global Education VII Humanising Technology For IR. 4.0

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "International Conference on Global Education VII Humanising Technology For IR. 4.0"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

HADIS 360º: KAEDAH MENGUASAI HADIS SPM Dayang Azizah binti Mohd. Salleh

(dayangazizah1407@yahoo.com)

ABSTRAK

Kaedah inovatif ini bertujuan mempermudahkan pembelajaran murid bagi menguasai empat hadis yang terkandung dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 4 & 5. Secara khususnya dua tajuk; ‘Makanan yang Baik’ dan ‘Perpaduan Asas Kemajuan’ dipelajari semasa Tingkatan Empat (4) manakala dua tajuk lagi; ‘Hidup di Dunia Ibarat Seorang Perantau’ dan ‘Orang Beriman Kekasih Allah’ merupakan pelajaran ketujuh dan kelapan dalam kelas Tingkatan 5.

Selain daripada hadis-hadis ini penting dimanfaatkan dalam kehidupan harian, para pelajar juga perlu menguasai kesemua hadis ini bagi memperoleh skor yang baik dalam kertas Pendidikan Islam (Kertas 2). Soalan-soalan bahagian Hadis (3 daripada 4 hadis akan diuji) menyumbang markah 24 – 28 markah. Keupayaan calon menguasai bidang hadis ini akan memudahkan mereka mendapat gred cemerlang.

Justeru kaedah ini diperkenalkan bertujuan membantu murid benar-benar menguasai kesemua hadis ini dari aspek hafalan matan (teks hadis) mahu pun kandungannya. Nilai tambah (added value) yang dimiliki oleh kaedah ini ialah mendorong murid menjadi mahir teknik ‘belajar cara belajar’, berfikir aras tinggi dan memasyarakatkan ilmu agama yang dipelajari dalam sesi pembelajaran dan pemudahcaraaan (PdPc) di bilik darjah.

Nilai tambah kaedah ini terletak pada proses pelaksanaan kaedah ini. Pertama, pelajar perlu terlebih dahulu menghafaz hadis ini beserta maknanya. Berdasarkan pemahamam terhadap hadis ini secara berkumpulan murid perlu memetakan kandungan hadis. Peta pemikiran ini perlu disahkan oleh guru. Dalam fasa ini murid belajar cara belajar dengan mempermudah fakta dalam bentuk grafik secara kolaboratif. Seterusnya, setiap murid perlu mencari 10 orang individu untuk mereka kongsikan ilmu hadis yang telah mereka pelajari. Individu tersebut hendaklah terdiri daripada rakan sebaya dari kelas lain, ahli keluarga, jiran dan guru-guru di sekolah. Borang pengesahan hendaklah ditandatangani oleh audien beserta komen-komen yang membina. Akhir sekali murid perlu membina 5 soalan yang akur dengan konsep pembinaan item oleh Lembaga Peperiksaan (mereka telah didedahkan mengenai kaedah membina item) bagi setiap tajuk. Semua soalan dihimpunkan untuk dijadikan koleksi soalan pengayaan dan pemulihan dalam darjah.

Kaedah ini mendapat maklum balas yang amat memberangsangkan bukan sahaja daripada murid-murid yang terlibat bahkan daripada audien juga. Pencapaian murid dalam peperiksaan juga turut meningkat.

Kata kunci: Hadis; SPM; Pendidikan Islam; Pencapaian Murid

PENGENALAN

Seorang sarjana pernah berkata ‘jika anda menemui suatu kaedah yang dapat

digunakan untuk semua jenis murid, berhentilah menjadi guru’. Penyataan ini

menunjukkan bahawa seorang guru perlu sentiasa memikirkan kaedah, strategi atau pendekatan pengajaran bagi memastikan sesi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dalam darjah memberi impak yang bermakna kepada murid-murid. Dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, antara sub-bidang pembelajarannya ialah bidang Hadis. Berpegang kepada moto ‘mendidik dengan jiwa dan cinta’ pengkaji sentiasa berikhtiar untuk menampilkan kaedah PdPc yang segar, bermakna kepada murid dan berimpak tinggi.

(2)

Menurut Hall et al. (2008) pengetahuan, kemahiran, dedikasi dan keghairahan guru untuk membantu murid belajar merupakan pemangkin yang mempercepat strategi guru memenuhi aspirasi yang dihasratkan. Manakala McDonald & Hershman (2010) pula amat menekankan kejayaan guru meraih penglibatan (engagement) menyeluruh murid dalam pembelajaran sebagai faktor penting keberkesanan pembelajaran murid. Ini bermakna pembelajaran berpusatkan murid dengan bimbingan guru yang memiliki pakej penuh sebagai guru sebagaimana yang diperjelas oleh Hall et al. (2008) adalah suatu keperluan dalam PdPc.

Dalam konteks ini, guru perlu memainkan peranan sebagai fasilitator atau pemudahcara dalam darjah. Salhah Abdullah (2006) merujuk fasilitator yang berjaya sebagai individu yang berupaya menggalakkan pembelajaran bermakna dan berguna bagi kehidupan yang sebenar. Beliau juga menekankan kepentingan aktiviti pembelajaran dalam kumpulan sebagai suatu aktiviti PdPc yang mampu menyediakan jambatan antara dua konteks dalam situasi pembelajaran dan hubungannya dengan realiti kehidupan.

Dalam nada yang samaJohnson, L. (2011) mengesyorkan kepentingan aktiviti pembelajaran berbentuk kerjasama kumpulan bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang ceria dan menggembirakan. Kinston, A. (2014) menekankan persekitaran pembelajaran yang selamat dan seronok sebagai salah satu elemen konsep Effective

Classroom Practice (ECP). Persekitaran yang menyeronokkan menurut Blatchford

(2017) hanya dapat dicapai apabila guru berjaya mengurus kelas dengan berkesan.

Antaranya ialah dengan merancang PdPc yang melibatkan penglibatan murid secara menyeluruh (total engagement) seperti perbincangan kumpulan dan penerapan kemahiran insaniah seperti kemahiran komunikasi, kemahiran negosiasi dan kemahiran berucapyang mampu merangsang keyakinan diri murid. Penglibatan menyeluruh ini dilihat oleh Ferlazzo (2011) sebagai suatu mekanisme yang dapat menyuntik motivasi muriduntuk terlibat aktif pembelajaran seterusnya meningkatkan pencapaian akademik mereka.

Justeru kaedah ini dijalankan untuk memberi ruang kepada murid mengasah kemahiran insaniah, belajar cara belajar serta menguasai ilmu-ilmu hadis pada tahap yang tinggi. Kaedah ini juga memberi peluang kepada murid berkongsi ilmu yang dipelajari dalam bilik darjah dengan masyarakat kecil di luar lingkungan bilik darjah. Diharapkan ‘latihan awal’ ini akan melazimkan mereka dengan tuntutan penyebaran ilmu pengetahuan sebagaimana hadis Rasulullah yang bermakna ‘sampaikanlah daripadaku walau hanya sebaris ayat’.

LATAR BELAKANG RESPONDEN

Pada peringkat awal kaedah ini melibatkan 23 orang murid Tingkatan 5 kelas pertengahan. Murid-murid ini hanya mengambil enam subjek teras dan satu mata pelajaran elektif iaitu Pendidikan Seni Visual. Mereka terdiri daripada 11 lelaki dan 12 perempuan.

Rasional kumpulan ini dipilih sebagai responden ialah kerana kumpulan ini merupakan kumpulan yang berpotensi menguasai pembelajaran bidang hadis dengan baik. Hal ini akan membuka ruang dan peluang kepada mereka untuk meningkatkan tahap pencapaian akademik sehingga ke tahap optima.

Dalam Kertas 2 Pendidikan Islam, bidang hadis menyumbang markah antara 24-28 markah. Soalan bidang hadis berkisar seputar intisari dan intipati hadis yang dipelajari serta beberapa soalan KBAT yang boleh dijawab oleh golongan pelajar ini jika mereka benar-benar menguasai tajuk. Memandangkan bidang ini dikategorikan

(3)

sebagai bidang yang mudah berbanding bidang Tajwid dan Jawi, maka menjadi satu kerugian besar kepada pelajar jika tidak menguasainya dengan baik. Tamabahan pula hanya empat tajuk sahaja yang terkandung dalam sukatan pelajaran dan 3 daripadanya diuji dalam peperiksaan. Markah ini akan menjadi faktor yang kritikal untuk menentukan sama ada seseorang murid itu lulus atau gagal dalam dewan peperiksaan. Di sinilah letaknya kepentingan murid memahami dan menguasai intipati hadis-hadis tersebut. Pemahaman yang mendalam juga sudah tentulah amat penting untuk dijadikan pegangan dalam dewan kehidupan mereka.

PERSEPSI MURID TERHADAP BIDANG HADIS

Menerusi suatu tinjauan menggunakan soalan respons tidak terhad kepada responden pada awal penggal kedua pembelajaran Tingkatan 4, pengkaji mendapati bahawa murid mempunyai persepsi yang agak negatif terhadap bidang hadis. Bidang ini dikaitkan dengan ‘panjang, susah nak baca’, ‘tak faham teks hadis dalam Bahasa Arab’, ‘tak tahu nak tulis pengajaran hadis’ dan ‘bosan dengar kuliah’. Justeru mereka kurang berminat belajar dan membuat ulang kaji bidang hadis ini . Hanya 2 orang murid perempuan sahaja yang menyatakan ada membuat ulang kaji bidang hadis menjelang peperiksaan (pada saat akhir) berbanding 21 orang yang masih belum pernah mengulang kaji sepenuhnya bidang ini yang terdiri daripada 4tema iaitu pengambilan makanan, membina perpaduan, pengurusan masa dan pembentukan iman.

MATLAMAT

Memantapkan pemahaman murid terhadap 4 tajuk hadis yang dipelajari dalam bilik darjah berpaksikan kandungan pelajaran (content knowledge) dan kemahiran berfikir aras tinggi khususnya melalui soal jawab antara murid – audien.

OBJEKTIF

(a) Meningkatkan kemahiran belajar dalam kalangan murid.

(b) Menganjak tahap kemahiran insaniah seperti kemahiran komunikasi, kemahiran berucap dan kemahiran berbincang (negotiation skills).

(c) Melazimkan murid dengan budaya perkongsian ilmu yang menjadi tuntutan Islam sekaligus memasyarakatkan ilmu yang dipelajari dalam bilik darjah dengan masyarakat kecil di luar sekolah seperti ahli keluarga dan jiran tetangga.

(d) Memperluas penyebaran ilmu melalui perkongsian bersama rakan sebaya bukan dalam kelas yang sama.

(e) Memberi ruang dan peluang kepada murid untuk mengalami pengalaman membina soalan dengan mengambil kira konsep pembinaan item yang standard.

PEMERHATIAN TERHADAP PENCAPAIAN MURID DALAM

PEPERIKSAAN AWAL (AR1) TAHUN & PERTENGAHAN TAHUN (AR 2)

Berdasarkan pemerhatian dan analisis item bagi AR1& AR2 yang dijalankan oleh pengkaji terhadap pencapaian murid dalam bidang hadis (Kertas 2) beberapa kesimpulan dapat dilakukan.

AR1 dan AR2 terdiri daripada 3 soalan subjektif respons terhad dan respons terbuka yang membawa 28 markah. 8 markah adalah soalan KBAT manakala 4 markah adalah soalan pengajaran. Aras kesukaran bagi kedua-dua penilaian adalah hampir sama.

Secara keseluruhannya pencapaian sebahagian besar murid menunjukkan anjakan skor (bukan lonjakan) walaupun terdapat seorang murid yang menunjukkan tahap statik.

(4)

Berdasarkan temu bual dalamm sesi projeksi prestasi markah statik ini adalah disebabkan murid tidak menjawab (tertidur keletihan bekerja sehingga lewat malam / bermain permainan atas talian menggunakan telefon pintar.)Skor markah individu mengikut jantina ditunjukkan dalam Rajah 1.

BIL NAMA JAN AR1 AR2

1 ABDUL MUNZIR L 10 21 2 AEMRAN L 3 12 3 AIDIL NAZEEM L 8 22 4 AZMAN L 7 16 5 MOHAMAD IBNU L 3 12 6 MOHD HAIQAL L 12 21 7 MOHD NORHAFFIZUL L 11 24 8 MOHD. AFIF L 6 19 9 MUHAMMAD ADREIL L 4 4 10 MUHAMMAD RUSHDAN L 9 20 11 SHAH NIZAM L 12 24 PURATA SKOR 7.7 17.7

BIL NAMA JAN AR1 AR2

1 KHAIRUNNISA P 12 21 2 NORASMIZA P 13 24 3 NORSILLA P 12 23 4 NUR 'AIN P 12 22 5 NUR AMIRA P 10 19 6 NUR ARLIANA P 9 16 7 NUR KHAIRUNNISA P 9 22 8 NURDIYANA P 8 21 9 NURUL AFIFAH P 14 23 10 NURUL AQMAR P 5 17 11 SALMIAH P 14 26 12 YUSNI P 9 22 PURATA SKOR 10.6 21.3

Rajah 1: Skor markah bidang Hadis (Kertas 2) mengikut jantina dan peperiksaan

Bagi tujuan ‘pemarkatan’ bidang hadis ini, julat yang diguna pakai oleh pengkaji ialah sebagaimana di bawah. Taburan skor berdasarkan ketiga-tiga kateori pencapaian dan jantina turut ditunjukkan dalam Rajah 2 ini.

MARKAH PENUH = 28 AR 1 (L:P) AR 2 (L:P)

Rendah 0-8 8 (6:2) 1 (1:0)

Sederhana 9-20 15 (5:10) 8(5:3)

Tinggi 21-28 0 14 (5:9)

(5)

Rajah 2: Pemarkatan bidang hadis dan skor murid berdasarkan kategori pencapaian dan jantina

Purata skor markah bagi setiap kumpulan murid lelaki dan perempuan ditunjukkan dalam Rajah 3 di bawah.

Rajah 3: Skor Purata bagi kumpulan murid lelaki dan perempuan dalam AR1 & AR2

PERBINCANGAN DAPATAN

Skor murid bagi bidang hadis dalam AR1 dan AR2 menunjukkan anjakan dan lonjakan markah yang memberangsangkan kecuali satu kes terpencil yang telah dibincangkan sebelum ini. Berdasarkan skor ini rumusan awal yang dapat dilakukan ialah kaedah ‘HADIS 360º’ ini dapat digunakan sebagai suatu kaedah PdPc luar dan dalam bilik darjah yang dipercayai dapat membantu mencapai tujuan dan bjektif kaedah ini diperkenalkan. MARKAH PENUH = 28 AR 1 % L P AR 2 % L P Rendah 0-8 8 34.8 6 2 1 4.4 1 0 Sederhana 9-20 15 65.2 5 10 8 34.8 5 3 Tinggi 21-28 0 0 0 0 14 60.8 5 9 JUMLAH 23 100 11 12 23 100 11 12

Rajah 4 : Perbandingan pencapaian AR1 & AR2 dalam bentuk peratusan

Perbandingkan peningkatan skor murid dalam AR1 dan AR2 jelas dilihat dalam rajah berikut: 7.7 17.7 10.6 21.3 0 5 10 15 20 25 AR 1 AR 2 Perempuan Lelaki

(6)

KAJIAN MASA DEPAN

Dari aspek jantina, tinjauan ini jelas menunjukkan bahawa murid perempuan menunjukkan lonjakan skor yang lebih baik berbanding lelaki. Fenomena ini membuka ruang baharu kepada penyelidik untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian ini pada masa akan datang.

Selain itu bagi tujuan peningkatan markah kertas Pendidikan Islam secara keseluruhannya (Kertas 1 & 2) bidang-bidang lain juga wajar diberi perhatian untuk penyelidikan. Guru boleh menjadikan analisis item sebagai sumber utama untuk memulakan kajian tindakan atau tinjauan masalah pembelajaran murid seterusnya bertindak melaksanakan program intervensi berbentuk inovasi atau kreativiti kaedah, strategi, pendekatan mahu pun penghasilan produk (bahan bantu belajar/mengajar atau sumber pembelajaran). Kitaran PdPc seumpama ini diyakini akan dapat meningkatkan tahap pencapaian murid dan kelestarian semangat guru untuk terus memberi nafas baharu kepada PdPc.

MAKLUM BALAS MURID

Antara maklum balas yang diberikan oleh murid-murid yang terlibat dengan kaedah ‘Hadis 360º’ ini adalah seperti berikut:

Mula-mula susah, rasa nak pengsan. Tapi akhirnya best, sik maok stop menerang.

Orang excited maok dengar. Walaupun mula-mula nebes juak. Senang rupanya hadis ni. Dulu ingatkan susah.

Seronok giler dapat markah PI bila meningkat.

Saya tak pandai baca Jawi tapi saya suka menerangkan dengan orang. Apa lagi bila keluarga puji saya menerangkan dengan jelas. Harap ajaran saya betul la. Saya akan ingat isi-isi hadis ini sampai bila-bila.

Bukan senang tapi usaha tangga kejayaan.

0 5 10 15 20 25 Rendah Sederhana Tinggi 8 15 0 1 8 14 SKOR AR2 SKOR AR1

(7)

Lain kali buat nota dalam telefon. Send soalan dalam IG. Mesti best tengok orang ‘like’.

RUMUSAN

Adalah menjadi harapan pengkaji agar kaedah ini dapat dimanfaatkan secara meluas dalam PdPc guru-guru khususnya Pendidikan Islam. Kaedah ini juga boleh diubah suai berdasarkan keperluan mata pelajaran khususnya tajuk-tajuk yang berbentuk fakta.

Usaha murid memberi penerangan berkali-kali akan dapat memperkukuhkan daya memori mereka. Di samping itu murid-murid di kelas lain juga turut menerima manfaat kerana melalui penerangan yang mereka dengar daripada peserta-peserta kaedah Hadis 360º ini mereka akan turut sama belajar intipati hadis-hadis ini.

Refleksi murid yang mencadangkan agar kaedah ini diintegrasikan dengan elemen Teknologi Maklumat & Komunikasi wajar diberi perhatian serius memandangkan murid-murid abad ke-21 ini merupakan generasi digital yang membesar dalam era revolusi industri 4.0

RUJUKAN

Blatchford, R. (2017). The Teachers’ Standards in the Classroom. London: SAGE Publications Ltd.

Ferlazzo, L. (2011). Helping Students Motivate Students Themselves. New York: Eye-on-Education.

Hall, G.E et. al (2007). The Joy of Teaching. Boston: Pearson Education. Johnson, L. (2011). Teaching Outside the Box. San Francisco: Jossey-Bass.

Kington, A. (2014). Effective Classroom Practice. Berkshire: McGraw Hill Education. McDonald, E & Hershman, D (2010). Classrooms that Spark Recharge and Revive

Your Teaching. San Francisco: Jossey-Bass.

Salhah Abdullah (2006). Guru Sebagai Fasilitator. Bentong: PTS Profesional Publishing Sdn Bhd.

Referensi

Dokumen terkait

Makanan yang paling banyak dikonsumsi oleh ikan sepat siam baik yang berukuran kecil maupun besar adalah mikroalga dari Kelas Bacillariophyceae berjenis Diatoma, Melosira, dan

pri čemer pomenijo: LCC - skupna sedanja vrednost stroškov življenjskega cikla posamezne alternative I - sedanja vrednost osnovnih investicijskih stroškov 21 Repl - sedanja

Fungsi Save, adalah fungsi yang digunakan untuk menyimpan citra hasil deteksi tepi, atau dapat juga digunakan untuk menyimpan citra yang telah diolah dengan beberapa jenis operasi

Pertama, dari segi semantis, baik pada diatesis pasif bahasa Jepang maupun bahasa Indonesia, pendamping inti yang berperan penanggap adalah yang mengalami suatu peristiwa

Berdasarkan hasil pengamatan yang telah dilakukan, aktivitas guru pada penerapan model Siklus Belajar ( Learning Cycle ) ini, menunjukkan adanya peningkatan aktivitas

Retribusi Terminal adalah pelayanan atas penyediaan tempat parkir untuk kendaraan penumpang bis umum dan mobil barang, tempat kegiatan usaha, fasilitas lainnya di

Dalam kesempatan ini juga, dengan menghayati bahwa kehidupan dan pertumbuhan jemaat di GKI Kemang Pratama adalah tanggung jawab kita bersama, marilah dalam rasa syukur

638/BPBD/2016 tanggal 26 Agustus 2016 tentang Perpanjangan Penetapan Status Siaga Darurat Penanggulangan Bencana Asap Akibat Kebakaran Hutan dan Lahan di Provinsi