• Tidak ada hasil yang ditemukan

Integrasi Teknologi Whatsapp sebagai Pla

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Integrasi Teknologi Whatsapp sebagai Pla"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

Whatsapp sebagai Platfom M-Pembelajaran

Fatin Fatinah Manap1, Fariza Khalid2, Aidah Abdul Karim3 1,2,3

Teknologi mudah alih pendidikan sering digunakan untuk pengajaran dalam talian di universiti-universiti di seluruh dunia (Jimoyiannis et al., 2013). Ia menawarkan peluang kepada pelajar untuk meningkatkan mutu pengajaran dalam talian. Kursus dalam talian ini menjadikan teknologi mudah alih sebagai komponen yang lebih kerap digunakan di samping peningkatan penggunaan terhadap kursus mudah alih universiti. Selain dari itu bilangan kursus mudah alih yang berasaskan web juga semakin meningkat penggunaannya di universiti (Inan, Flores, & Grant, 2010). Maklumat dan komunikasi dikongsi antara pelajar melalui interaksi sosial pada alat mudah alih bagi menggalakkan peluang untuk bekerjasama dalam talian (Barhoumi & Rossi, 2013). Walau bagaimanapun teknologi pendidikan mudah alih juga memberi peluang kepada pelajar untuk berkomunikasi dan berkongsi pengetahuan dengan orang lain (Nelson, Christopher, & Mims, 2009). Alat mudah alih pendidikan telah muncul dan menunjukkan potensi yang besar untuk membantu pelajar dalam membina dan berkongsi maklumat serta pengetahuan melalui komputer atau peranti mudah alih (Pence, 2007).

Keberkesanan sesuatu teknologi itu dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak bergantung kepada peranan pengajar. Pengajar harus bijak menggunakan teknologi yang ada dengan menggunakan pedagogi yang bersesuaian. Hal ini demikian kerana, tanpa perancangan yang rapi, penggunaan teknologi semata-mata tidak akan membantu mencapai objektif pengajaran. Menurut Kern (2006), ada menyatakan bahawa penggunaan internet perlu digunakan sebanyak mungkin dalam pengajaran dan pembelajaran.

(2)

Whatsapp

Sejak diperkenalkan, Whatsapp ini telah menjadi sangat popular dan telah mendapat lebih 350 juta orang pengguna (Chovi, 2013). Whatsapp dicipta pada tahun 2009 oleh Jan Koum dan Brian Acton (Albergotti, MacMillan & Rusli, Evelyn, 2014) yang sebelum ini telah mencipta Yahoo (Eric, 2012). Ia bermula di pasaran sejak tahun 2010 dan dibangunkan terutamanya untuk tujuan menggantikan platform SMS yang sedia ada dengan memberikan caj perkhidmatan yang bebas. Bagi tujuan menghantar dan menerima mesej sama ada di antara kumpulan atau individu. Whatsapp menyediakan pelbagai fungsi, untuk mesej teks contoh, fail audio, imej yang dilampirkan, kepada pautan mana-mana laman web dan fail video yang boleh dikongsi.

Selain itu fenomena baru ini adalah selari dengan Teori Pembelajaran Konstruktivis (Vygotsky, 1978). Teori ini membincangkan bagaimana interaksi sosial antara pelajar dapat meningkatkan proses perkongsian maklumat (Vygotsky, 1978), yang secara tidak lansung membantu membangunkan prestasi pembelajaran pelajar.

Rajah 2: Carta kepopularan WhatsaApp

Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma dan penggunaannya untuk berhubung secara percuma berbanding khidmat SMS dan telefon yang berbayar menyebabkan saluran Whatsapp menjadi saluran utama untuk menyalurkan maklumat (Mohamed Nazul Ismail et al., 2014). Pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi ini di telefon pintar masing-masing dan mendaftar akaun nombor

(3)

telefon sebelum pengguna boleh terus bertukar-tukar mesej antara pengguna

Whatsapp yang lain. Duggal dan Ludhra (2014), menyatakan bahawa dengan

adanya sambungan internet, aplikasi Whatsapp ini sudah boleh digunakan.

Kini, ramai yang terdedah dengan peralatan telefon pintar, tab, Ipad dan bermacam lagi. Fenomena ini menyebabkan orang sudah kurang berminat untuk menggunakan pesanan khidmat ringkas (sms) atau telefon berbayar. Semuanya boleh dilakukan secara percuma dengan aplikasi Whatsapp sehinggakan pengguna lebih berminat menggunakan Whatsapp dari berbanding Facebook. Oleh itu, Whatsapp boleh mendatangkan kebaikan jika pengguna tahu cara memanfaatkannya. Secara keseluruhan, keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat ditingkatkan melalui interaksi sosial dan ini memberi manfaat kepada pelajar dalam berkongsi maklumat yang selari dengan sosial kesusasteraan pembangunan (Vygotsky, 1978).

M-PEMBELAJARAN

M-pembelajaran boleh didefinisikan sebagai penyampaian bahan pembelajaran elektronik pada alat berasaskan komputer mudah alih agar dapat diakses dari mana saja dan pada setiap masa. M-pembelajaran terbahagi kepada dua kategori iaitu pembelajaran dengan menggunakan alat elektronik mudah alih secara dalam talian dan luar talian. Dalam konteks kajian ini m-pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai penggunaan sebarang peranti mudah alih yang direka bentuk untuk membolehkan maklumat diakses daripada mana-mana lokasi dan pada setiap masa. Selain itu ia merupakan suatu konsep baru dalam proses pembelajaran dan menekankan kepada keupayaan untuk memudah alih proses pembelajaran tanpa terikat kepada lokasi fizikal bagi proses pembelajaran berlaku (Kukulska-Hulme & Traxler, 2005).

M-pembelajaran merupakan satu konsep baru dalam proses pembelajaran. Sama dengan e-pembelajaran, m-pembelajaran juga berlaku di kelas tetapi yang membezakan ialah m-pembelajaran membolehkan proses pembelajaran berlaku bukan sahaja di kelas malah di mana-mana sahaja pada bila-bila masa (Oller, 2012). Triantafillou, Georgiadou & Economides (2006), melalui kajian mereka terhadap ujian yang dilakukan melalui alatan mudah alih dalam pendidikan mendapati bahawa penilaian yang dilakukan melalui ujian m-pembelajaran adalah lebih efektif dan efisien kerana lebih menjimatkan masa berbanding dengan ujian yang menggunakan kertas dan pensel.

Hal ini demikian kerana, proses pembelajaran boleh dilakukan dimana-mana sahaja dan bukannya di kelas semata-mata. Dengan adanya peralatan berteknologi ini, secara tidak langsung memberi kesan terhadap perubahan kaedah pembelajaran ke arah pembangunan komuniti pembelajaran yang luas serta menghubungkan manusia secara dunia nyata ataupun maya. Perubahan ini, untuk menyumbang kepada pertambahan kepakaran yang diperlukan dan seterusnya menyokong pembelajaran sepanjang hayat (Sharples, 2000).

(4)

Justeru itu pelajar perlu mengambil peluang untuk menggunakan pelbagai aplikasi Android percuma yang mudah didapati dan mudah diakses untuk diaplikasikan di dalam kaedah pembelajaran mereka (Hamdan et al., 2012). Di samping itu juga, beberapa aplikasi Web 2.0 dan perisian pendidikan percuma sama ada pelantar Android, iOS dan BlackBerry Os yang sentiasa diakses oleh pelajar adalah

Wikipedia, Youtube, Facebook For Android, Dropbox, Google Search dan

WhiteBoard (Hamdan et al., 2012). Secara keseluruhannya m-pembelajaran boleh dilaksanakan dalam sistem pendidikan di Malaysia kerana ia adalah satu perkhidmatan dan kemudahan yang membekalkan pengguna dengan maklumat elektronik secara am dan kandungan pendidikan yang membantu pencarian tanpa mengira masa dan tempat. Melalui penggunaan pembelajaran mudah alih secara tidak langsung boleh dijadikan penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Model M-Pembelajaran

Rajah 3: Model M-Pembelajaran Afrika (Brown, 2005)

Berdasarkan Rajah 3, (Brown, 2005) menerangkan dengan jelas tentang konsep m-pembelajaran. Menurut beliau m-pembelajaran adalah subset kepada Pembelajaran Elektronik. Pembelajaran Elektronik ialah konsep makro yang melibatkan persekitaran pembelajaran dalam talian dan m-pembelajaran. Rajah 3, menunjukkan dengan jelas perhubungan di antara Pembelajaran Elektronik dengan M-pembelajaran. Selain daripada itu, Rajah 3 juga menunjukkan m-pembelajaran ialah subset kepada Pembelajaran Elektronik. Sementara Pembelajaran Elektronik ialah subset kepada Pembelajaran Jarak Jauh. Pembelajaran Jarak Jauh pula menjadi subset kepada Pembelajaran Fleksibel.

(5)

Mereka tidak perlu lagi duduk dihadapan komputer untuk memuat turun nota. Mereka hanya perlu menggunakan aplikasi whatsApp bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan. Oleh yang demikian, memuat turun nota boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa apabila menggunakan aplikasi ini.

Whatsapp Sebagai Satu Alat Dalam Pelaksanaan M-Pembelajaran

Penggunaan telefon bimbit sebagai platform untuk pembelajaran mudah alih diperkenalkan kepada pelajar dan pensyarah dengan peluang untuk mempertingkatkan pedagogi inovatif (Sharples, Taylor, & Vavoula, 2007). Pembelajaran mudah alih m-pembelajaran ini adalah lebih bersifat mesra pelanggan dan mudah di fahami berbanding dengan teknologi m-pembelajaran yang lain, ini kerana pelajar dapat mengambil bahagian dalam pelajaran dan mudah mengakses sesuatu bahan di luar waktu PDP tanpa perlu berada di dalam kelas atau di universiti (Laurillard, 2007). Kebanyakan pelajar mempunyai telefon bimbit dan akses sendiri kepada internet (Beger & Sinha, 2012), namun kebanyakan daripada masa yang diperuntukkan adalah dengan melayari laman-laman sosial dengan penggunaan yang terhad panggilan telefon dan sms (Uys et al., 2012). Dengan menggunakan telefon bimbit, pelajar mempunyai tahap yang lebih tinggi mengakses sumber dapatan dalam talian tanpa melalui infrastruktur yang tetap, dan mempunyai lebih banyak fleksibiliti dalam penggunaannya. Ini kerana mereka boleh berkomunikasi dengan pensyarah dan pelajar-pelajar yang lain pada waktu masa yang sama

.

Rajah 4: Contoh Komunikasi Melalui Whatsapp

Manakala telefon mudah alih pula menyediakan teknologi untuk m-pembelajaran, ia adalah aplikasi telefon pintar dan khususnya untuk rangkaian sosial dan media sosial. Aplikasi ini menyediakan platform kepada pelajar untuk berinteraksi dengan pembelajaran antara satu sama lain. Selain daripada itu aplikasi rangkaian sosial mudah alih seperti Facebook, Whatsapp, MXit, Blog dan lain-lain, menawarkan peluang untuk melanjutkan pembelajaran di luar bilik darjah, dan untuk pelajar dan pengajar untuk bergerak di luar kategori untuk mengetahui sesuatu maklumat (Wildner-bassett, 2005).

(6)

terutamanya pada telefon pintar dan tablet Android tidak seperti Blackberry ® Messenger ("Blackberry Messenger," n.d.) yang hanya berfungsi pada Blackberry OS. Ia adalah sama dengan MxIT sembang ("MXit Mobile Chat," n.d.) ia juga akan berfungsi pada telefon yang lama. Pada masa kajian itu, Whatsapp hanya membenarkan 10 orang ahli dalam satu kumpulan, tetapi kini kemudiannya telah di naik tarafkan. Kajian juga dijalankan di Universiti Afrika Selatan bagi melihat secara khusus bagaimana Whatsapp digunakan dalam projek penyelidikan secara berkumpulan.

Kelebihan Aplikasi Whatsapp Dalam M-Pembelajaran

Aplikasi Whatsapp ini memudahkan kerjasama antara pelajar dan pengajar dalam talian yang disambungkan dari universiti atau di rumah. Walau bagaimanapun aplikasi ini adalah bersifat percuma dan mudah untuk digunakan. Setiap kumpulan boleh berhubung dengan aplikasi Whatsapp dengan segera dan boleh berkongsi maklumat pembelajaran dengan mudah melalui komen dan mesej dihantar. Perbincangan yang berkaitan dengan kandungan kursus yang diajar 100% boleh di kongsi dalam kelas pembelajaran. Maklumat dan pengetahuan mudah dibina dan dikongsi melalui mesej segera Whatsapp. Menurut Mohd Afiq Rusly (2014), tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan Whatsapp menjadi trend pada masa kini. Penghantaran SMS sudah tidak lagi popular dan digantikan dengan penghantaran teks menggunakan aplikasi Whatsapp.

PERBINCANGAN

Secara keseluruhannya, boleh disimpulkan bahawa Whatsapp boleh menjadi aplikasi yang berguna untuk tujuan pembelajaran dalam kalangan pelajar-pelajar di universiti, ia meningkatkan pelajar dalam penglibatan dan pembelajaran melalui perbincangan dalam aplikasi Whatsapp. Selain itu pembelajaran secara m-pembelajaran telah menjadi penting dalam abad ke-21 (Hwang & Tsai, 2011; Wu el al., 2012). Kajian ini telah berjaya dilaksanakan untuk menentukan sikap, kegunaan dan tingkah laku pelajar terhadap penggunaan Whatsapp dengan dapatan di peringkat yang tinggi. Kajian ini memberikan implikasi kepada pelajar, pensyarah dan Kementerian Pendidikan juga. Penggunaan Whatsapp di dalam kelas benar-benar memberi manfaat kepada pelajar yang dilaksanakan oleh pensyarah dalam pendidikan hari ini. Secara ringkasnya boleh membuatkan pembelajaran akan lebih berkesan.

Whatsapps sebagai platfom penggunaan m-pembelajaran ini dilihat lebih praktikal bagi tujuan pembelajaran. Hal ini kerana selain daripada kekerapan penggunaan aplikasi ini bagi tujuan peribadi, individu itu juga boleh berinteraksi dengan rakan mahupun pensyarah sebagai perbincangan ilmiah mengenai topik yang dipelajari di dalam kelas. Mereka boleh membuat panggilan suara mahupun video atau melampirkan fail untuk perkongsian rakan dalam kumpulan. Apabila pengguna menerima sesuatu pautan daripada pihak penghantar, pautan tersebut boleh dibuka dengan mudah dan tanpa perlu membuka aplikasi pencarian web yang lain seperti Google atau Internet Explorer. Pandangan dari kajian yang lepas tablet dan telefon pintar adalah satu bentuk penggunaan yang ideal dalam memberi kemudahan rujukan yang pengguna inginkan kerana ia tidak terbatas dengan kedudukan lokasi yang sedia ada (Walsh, 2012).

(7)

cepat mendapat makluman mengenai setiap berita terkini dan mesej yang dimasukkan oleh ahli kumpulan. Oleh sebab itu ianya mudah untuk diguna dalam membantu mereka dalam menyelesaikan tugasan mereka terhadap teknologi ini. Dalam hal ini, hasil kajian ini mengesahkan bahawa projek-projek penyelidikan sebelumnya yang menekankan kepentingan mempunyai satu platfom berasaskan web yang mesra pengguna (Cheung et al., 2008). Pembelajaran bersemuka dalam bilik darjah adalah satu proses pembelajaran akademik rasmi yang digunakan. Kebanyakannya untuk menyebarkan maklumat kepada individu dan bukannya meningkatkan interaksi sosial antara pelajar.

Dimensi sosial adalah sangat penting untuk membina pengetahuan dan prestasi pelajar ke arah teknologi pendidikan baru yang menggunakan rangkaian sosial.

Whatsapp pembelajaran mudah alih adalah penyelesaian yang baik untuk

meningkatkan tahap interaksi komuniti dan kehadiran sosial di dalam kalangan pelajar. Menurut Cheung et al. (2008) dalam kajian mereka berkaitan dengan interaksi pembelajaran antara pelajar di dalam talian melalui peranti mudah alih mendapati kehadiran pelajar menjadi faktor utama mempengaruhi pelajar motivasi untuk melibatkan diri dalam interaksi sosial untuk membina dan berkongsi pengetahuan. Kajian ini mengesahkan betapa pentingnya kehadiran sosial dalam talian dapat membantu pelajar terlibat dalam sesuatu proses pembelajaran.

CADANGAN

Cadangan pada kajian akan datang ialah penggunaan aplikasi Whatsapp sebagai platform penggunaan m-pembelajaran dalam kalangan pelajar harus di titik beratkan bagi pensyarah kepada para pelajarnya agar aktiviti PDP dapat dijalankan di dalam dan luar kelas dengan lebih berkesan. Semoga dengan perkongsian ilmu seperti ini akan meningkatkan lagi kualiti PDP di seluruh negara, demi melahirkan generasi yang bukan hanyut ditelan arus teknologi, tetapi mampu memanfaatkan kemajuan teknologi untuk ilmu dan masa depan yang cerah. Selain itu, pihak yang mencipta aplikasi Whatsapp ini dapat mempertingkatkan mutu dari segi simpanan fail yang lebih besar setanding dengan Telegram agar pelajar-pelajar dapat membuka fail dalam format pdf dengan lebih mudah dan cepat. Tambahan pula, pelajar-pelajar gemar memuat turun sesuatu nota pembelajaran mereka secara ringkas supaya senang dibaca apabila ingin mengulang kaji tanpa mengira masa dan tempat.

KESIMPULAN

Berdasarkan dapatan daripada kajian-kajian yang lepas fungsi daripada aplikasi

Whatsapp boleh menepati kriteria yang terdapat dalam m-pembelajaran dan

(8)

RUJUKAN

Aicha Blehch Amry (2014). The Impact Of Whatsapp Mobile Social Learning On The Achievement And Attitudes Of Female Students Compared With Face To Face Learning In The Classroom. European Scientific Journal, 10(22).

Aliff Nawi & Mohd Isa Hamzah, (2013) . Tahap penerimaan penggunaan telefon bimbit sebagai m-pembelajaran dalam Pendidikan Islam. JIAE: Journal of

Islamic and Arabic Education, 5(1), 1-10.

Alsaleem, B. I. A. (2013). The effect of “Whatsapp” electronic dialogue journaling on improving writing vocabulary word choice and voice of EFL undergraduate Saudi Students. Arab World English Journal, 4(3), 213-225.

Analisa Hamdan, Rosseni Din, Siti Zuraida Abdul Manaf, Nor Syazwani Mat Salleh, Intan Farahana Kamsin, Helmi Norman, Nor Mohamad Ismail & Ahmad

Syukri Mohamad Zaid (2015). Pengintegrasian Teknologi Web 2.0 dalam

Mencapai Pembelajaran Bermakna. Sains Humanika, 5(1).

Bansal, D., & Dhananjay Joshi, T. (2014). A study of students experiences of

Whatsapp mobile learning. Global Journal of Human-Social Science

Research, 14(4).

Barhoumi, C. (2015). The effectiveness of Whatsapp mobile learning activities guided by activty theory on students' knowledge management. Contemporary

Educational Technology, 6(3), 221-238.

Bouhnik, D., & Deshen, M. (2014). Whatsapp goes to school: Mobile instant messaging between teachers and students. Journal of Information

Technology Education: Research, 13, 217-231.

Hwang, G. J., & Tsai, C. C. (2011). Research trends in mobile and ubiquitous learning: A review of publications in selected journals from 2001 to 2010. British Journal of Educational Technology, 42(4), E65-E70.

Izyani Mistar & Mohamed Amin Embi. Students’perception On The Use Of Whatsapp

As A Learning Tool In Esl Classroom. Journal of Education and Social Sciences, 4(June) ISSN 2289-9855

Maniar, A., & Modi, A. (2014). Educating Whatsapp generation through

Whatsapp. Zenith International Journal of Multidisciplinary Research,(4), 8,

23-38.

Mohamed Nazul Ismail , Ellyza Karim, Manisah Mohd Shah, Normah Ab. Aziz & Haliza Hamzah. (2014). Whatsapp: Komuniti Maya dalam Teknologi Komunikasi Mudah Alih. Sains Humanika, 3(1).

Ngaleka, A., & Uys, W. (2013, June). M-pembelajaran with Whatsapp: A conversation analysis. In International Conference on e-Learning (p. 282). Academic Conferences International Limited.

Noliza A. Rahim (2013). Penggunaan mobile learning (M-Pembelajaran) untuk tujuan pembelajaran dalam kalangan pelajar kejuruteraan UTHM (Doctoral dissertation, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia).

Norfaezah M. H. (2015). Penggunaan Aplikasi ‘Whatsapp’ Dalam Pembelajaran & Pengajaran (PDP) Di Kuis. Jabatan Bahasa, Pusat Pengajian Teras Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis). 1st Global Conference On Technology In Language Learning 2015 (Glit2015)

(9)

Rusly, M. A. (2014). Perkhidmatan Whatsapp di perpustakaan: penggunaan di Perpustakaan Digital Open University Malaysia.

T.H Brown (2005). Towards a model for m-learning in Africa. International Journal on

E-learning, 4(3), 299-315.

Cara menulis Rujukan Bab 7 :

Referensi

Dokumen terkait

4.3 Perbandingan Tata Letak Awal dan Usulan Sebagai pembanding tata letak departemen distribusi usulan lebih baik dari tata letak departemen distribusi awal, dilakukan

Ini menunjukkan komunikator memiliki kredibilitas tinggi atau dapat dipercaya dalam menyampaikan isi pesannya karena di hari yang sama, 19 September 2019 pernyataan komunikator

SURAT PENGESAHAN SKRIPSI Nomor: B-376/Un.02/DEB/PP.05.3/02/2017 Tugas akhir dengan judul: “Analisis Efisiensi Organisasi Pengelola Zakat OPZ di Negara Rumpun Melayu: Pendekatan

Jnis lns Jnis lnsa yang dap a yang dapat digun at digunakan un akan untuk mn tuk mngambil ga gambil gambar ya mbar yang +auh aga ng +auh agar trlihat d r

Hasil penelitian menunjukkan bahwa layanan informasi dapat mengupayakan mengubah persepsi siswa terhadap Bimbingan Konseling dari yang kurang baik dan takut untuk datang sendiri

Seperti yang telah dibincangkan dalam bahagian yang lepas, kajian ini berhasrat memfokuskan bagaimana peningkatan kefahaman konseptual mendalam serta aras kognitif

Penelitian dalam tugas akhir ini berjudul “Pengaruh Pemberian “Fansuju” (Fraksi Antosianin dari Ubi Jalar Ungu (Ipomoea batatas) Klon MSU 03028-10) Terhadap Skor

Penelitian ini bertujuan mendeksripsikan partisipasi masyarakat dalam Pelaksanaan Alokasi Dana Desa di Desa Terusa Kecamatan Buer Kabupaten Sumbawa Besar. Jenis