• Tidak ada hasil yang ditemukan

Implikasi dan Faktor faktor nilai

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Implikasi dan Faktor faktor nilai"

Copied!
27
0
0

Teks penuh

(1)

Implikasi dan Faktor-faktor Zaman Kegemilangan Melaka

1.0 Pengenalan

Kajian yang dibincangkan dalam kursus BMW 3032 iaitu Wacana Akademik

Bahasa Melayu ialah mengenai implikasi dan faktor-faktor zaman kegemilangan

Melaka. Perbincangan yang dilakukan dalam menghasilkan kajian ini dapat

menerangkan kepada para pembaca akan apa yang berlaku pada zaman kegemilangan

Melaka. Hal ini demikian kerana Melaka ini merupakan salah sebuah kerajaan yang

mempunyai kronologi penubuhannya yang sangat panjang sehingga mencapai

kegemilangannya sehingga kerajaan ini jatuh ke tangan orang luar.

Dalam kajian yang dijalankan dalam kursus ini, perbincangan yang dikaji ialah

spesifik kepada zaman kegemilangannya Melaka sahaja. Hal ini kerana, pada zaman

kegemilangannya, pelbagai perubahan yang berlaku dalam perkembangannya sama

ada dalam bentuk politik, sosial dan ekonomi. Oleh itu, segala huraian mengenai

kegemilangan Melaka ini dapat diketahui dengan lebih mendalam lagi melalui

pemecahan kepada tiga aspek tadi kerana dalam ketiga-tiga aspek ini, ia banyak

berlaku perubahan bagi mencapai zaman kegemilangan Melaka ini. Tambahan itu,

kajian ini turut menyentuh kesan yang dapat diperoleh daripada zaman kegemilangan

(2)

1.1 Latar Belakang Kajian

Menurut sejarah Melayu, nama Melaka itu datangnya daripada pokok

Melaka .1 Melaka mendapat nama dari sepohon pokok kayu Melaka di tebing muara

sungai Melaka. Selain itu, mitos Hindu juga sering menyebut berkaitan dengan pokok

Melaka. Menurut mitos tersebut, pokok Melaka dikenali sebagai ‘Amalaka’ dalam

bahasa Sanskrit dan merupakan pokok yang pertama tumbuh di alam semesta ini.

Mengikut sumber Arab pula, pedagang-pedagang telah menyebut tempat tersebut

sebagai ‘mulaqah’ atau bermaksud ‘pertemuan ‘ dan ‘malakat’ yang bermaksud

‘perhimpunan segala dagang’ semasa para pedagang singgah berdagang di situ2.

Sejarah Melaka bermula dengan pengasasan Kesultanan Melaka oleh

Parameswara pada abad ke-14.3 Beliau merupakan seorang putera raja dari

Palembang, kemudian berpindah ke Singapura dan seterusnya menubuhkan sebuah

kerajaan di Melaka. Melaka pada mulanya merupakan sebuah perkampungan kecil

nelayan.4 Melaka merupakan sebuah empayar Melayu yang teguh dan stabil pada

zaman kesultanan Melayu. Sejurus selepas kerajaan Melaka ditubuhkan oleh

Parameswara, Melaka telah dimajukan sebagai sebuah pusat perdagangan di

Nusantara.5

Kerajaan Melayu Melaka merupakan kerajaan yang paling menonjol pada

abad ke-14, ke-15 dan awal abad ke-16 di mana Melaka terkenal sebagai pusat

1 Muhammad Yusof Hashim, 1990, Kesultanan Melayu Melaka Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlmn.12.

2 Ibid, Hlmn.39.

3 Haji Tajuddin bin Haji hussien ketua editor .suhaiza binti ibrahim terjemahan .Rabiah binti Alias editor (2009).malaysia negara kita .mdc publishers.sdh.bhd .hlmn 29

4 Tan Ding Eng.1975. sejarah Malaysia dan Singapura. Kualan Lumpur.Siri Sejarah Fajar Bkti Hlm.1

(3)

perdagangan dan pusat penyebaran Islam di sebelah timur. Kedudukannya yang

strategik, terletak di tengah-tengah laluan perdagangan Timur dan Barat, terlindung

daripada tiupan angin monsun dan mempunyai perairan yang dalam menjadikannya

berpotensi untuk berkembang maju pada masa tersebut. Setelah pengasasan Melaka,

pelbagai langkah dalam pengukuhannya telah dilakukan oleh raja dan pembesar.

Tahun 1435 merupakan tarikh permulaan pengukuhan Melaka. Pada masa ini,

Parameswara memainkan peranan pentingnya dalam membangunkan dan

mengukuhkan negeri Melaka. Pengukuhan utama yang telah dilakukan oleh beliau

ialah mewujudkan sistem pentadbiran yang tersusun dan berperaturan. Pengukuhan

Melaka tetap diteruskan oleh pemerintah Melaka yang seterusnya sehingga kepada

pemerintah yang terakhir. Oleh itu, pelbagai langkah yang perlu dilakukan oleh

pemerintah Melaka pada masa tersebut demi menjadikan Melaka sebuah negeri yang

gah di persada dunia. Dalam mengajar pengukuhan kerajaan Melaka yang dilakukan,

terdapat juga pelbagai implikasi yang mendatang dalam masa yang sama.

1.2 Objektif

Objektif utama kajian ini ialah untuk:

a. Mengkaji tentang implikasi yang berlaku semasa zaman kegemilangan Melayu

Melaka.

b. Menyelidik tentang langkah-langkah pengukuhan Melaka, sehingga terkenal

di alam Melayu.

(4)

Skop merupakan bidang yang perlu diteliti di dalam lingkungan atau had yang

tertentu berpandukan garis soalan yang diberikan. Oleh itu, skop kajian bermaksud,

lingkungan kajian yang ingin dibuat atau dikaji oleh pengkaji. Dalam membuat

sesuatu skop kajian yang ingin dikaji atau diselidiki, pengkaji haruslah mempunyai

skop jawapan kajian yang tepat berdasarkan kehendak soalan, agar kajian yang dibuat

tidak tersasar atau terkeluar dari kehendak soalan. Skop kajian ini turut menentukan

batasan untuk sesuatu soalan. Hal ini demikian kerana, batasan tersebut akan

memastikan jarak masa dan waktu kajian yang ingin dibuat oleh pengkaji. Oleh itu,

kajian yang ingin dikaji oleh saya mempunyai batasan seperti berikut;

a. Tugasan ini hanya berfokus kepada satu negeri sahaja iaitu, keadaan di mana

negeri Melaka suatu ketika dahulu..

b. Selain itu, batasan waktu juga turut terdapat pada tugasan ini di mana tugasan ini

menghendaki pengkaji untuk berfokus kepada zaman kegemilangan Melaka

sahaja.

1.4 Batasan Kajian

Batasan kajian ini memberi tumpuan kepada zaman kegemilangan Melayu Melaka di

Malaysia.

1.5 Kaedah Kajian

Kaedah kajian merupakan tunjang utama untuk melakukan sesuatu kajian

kerana kaedah kajian yang digunakan ini akan menjadi rangka kepada penulisan akhir

(5)

membuat penulisan kerana ia akan menggerakkan segala pelaksanaan sesuatu kajian.

Dengan adanya kaedah yang digunakan dalam sesuatu kajian, maklumat yang

dikumpulkan akan boleh dianalisis terlebih dahulu sebelum membuat penulisan dan

juga menghasilkan sesuatu laporan yang menarik dan tepat.

Di samping itu, dalam membuat tugasan ini juga, saya telah menggunakan

kaedah ini untuk mendapatkan segala maklumat yang diperlukan oleh soalan. Hal ini

demikian kerana, melalui penggunaan kaedah ini dalam melakukan tugasan, maka ia

dapat memudahkan dan membuatkan saya lebih memahami kajian ini, di samping

dapat menghuraikan dan menulis hasilnya ke dalam bentuk penulisan yang baik dan

teratur. Selain itu juga, ia memudahkan para pembaca memahami bagaimana tugasan

ini dilaksanakan. Berikut merupakan kaedah kajian yang telah saya gunakan dalam

melakukan tugasan ini;

a. Perbincangan

Kaedah perbincangan amat penting dalam membuat sesuatu kajian. Melalui

kaedah perbincangan yang pengkaji telah lakukan, ia telah menjadi saluran utama

kepada pengumpulan maklumat yang ingin dimasukkan ke dalam kajian ini. Di

samping itu, kaedah ini juga turut melampirkan kepelbagaian idea dari setiap ahli

pengkaji yang memiliki pandangan yang berbeza berkaitan soalan. Secara tidak

langsung ini akan meringankan beban para pengkaji untuk mencari isi kepada

persoalan yang ingin di buat.

(6)

Bahan rujukan merupakan sumber utama selain dari kaedah perbincangan.

Bahan rujukan akan membantu membuat dalam segala benda yang berbentuk

penulisan. Hal ini demikian kerana, bahan rujukan merupakan alat untuk

membuktikan kesahihan sesebuah penulisan terhadap tugasan agar tidak berlakunya

plagiat dari mana-mana pihak atau sumber. Contohnya, dalam membuat dan

melaksanakan tugasan ini, kami telah pergi ke perpustakaan untuk mencari sumber

dan maklumat yang berkaitan dengan tajuk ini.

Dalam mencari maklumat di perpustakaan, pengkaji mencari data sama ada

dalam bentuk premier atau sekunder untuk dijadikan panduan dalam membuat kajian

yang ingin dibuat. Bahan- bahan yang menjadi sumber di perpustakaan ialah, hasil

penulisan jurnal, artikel, buku dan sebagainya yang boleh diguna pakai. Selain itu,

bahan rujukan dari internet juga turut digunakan dalam menghasilkan tugasan ini

kerana sedikit sebanyak ia membantu menyempurnakan dan melengkapkan tugasan

ini. Internet juga merupakan sumber yang luas dan senang diperoleh hanya dengan

hujung jari pada masa kini.

c. Analisis Fakta

Analisis fakta merupakan salah satu kaedah untuk mengawal dan

mempersembahkan fakta bagi penulisan kajian yang menarik. Tujuan utama bagi

membuat analisis ini adalah untuk memastikan bahawa yang hendak disampaikan

dalam penulisan disusun dengan urutan yang betul serta menarik apabila dibaca. Oleh

itu, dalam kajian ini pengkaji telah mengumpul fakta-fakta yang berkaitan dengan

kajian yang dijalankan ini berdasarkan pencarian bahan-bahan rujukan. Fakta tersebut

telah disusun dengan cara yang betul bagi memudahkan para pembaca memahami

(7)

1.6 Definisi Konsep

Berdasarkan kepada apa yang dikatakan oleh Rahman Senipin dalam

“Dokumentasi Seminar Sejarah Melaka” zaman kegemilangan Melaka boleh

didefinisikan sebagai;

“Zaman kegemilangan di mana berlakunya langkah pengukuhan oleh raja

dan para pembesar dalam sistem pemerintahan”

Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, kegemilangan membawa maksud iaitu;

kegemilangan keadaan bercahaya terang-benderang, kecemerlangan. Maksudnya di

sini, Melaka telah melalui satu proses yang cuba untuk menaikkan nama Melaka

melalui hasil kecemerlangan yang diperoleh oleh kerajaan Melaka pada waktu itu.

Menurut sejarah Melayu, nama Melaka itu datangnya daripada pokok

Melaka .6 Melaka mendapat nama dari sepohon pokok kayu Melaka di tebing muara

sungai Melaka di mana tempat baginda bersandar.

Menurut Tom Pires, seorang penulis Belanda, yang dipetik oleh Zainal Abidin

Abdul Wahid menyifatkan Melaka pada masa itu (abad ke16) “Malacca is very

famous and prosperous. In my opinion, it has no comparison in the world ….. It is a

city more suitable for trading products than any other in trhe world”(Nazaruddin Hj.

Mohd Jali et al, p.6).

(8)

Manakala seorang lagi penulis Belanda, Duarte Barbosa, pula menyifatkan

“Malacca is the richest port, with merchants who trade wholesale and obtain shipping

services from all over the world (Nazaruddin Hj. Mohd Jali et al, p.6).

2.0 Dapatan Kajian

2.1 Faktor Politik

a. Pengukuhan Dari Segi Politik dan Pentadbiran

Parameswara merupakan tokoh politik Melaka yang amat istimewa

kerana berjaya mengasaskan Melaka. Pengalaman memerintah dan berpolitik

di Palembang dan Singapura telah menjadi landasan kepada Parameswara

untuk memerintah dan memajukan Melaka. Melaka mempunyai sistem

pentadbiran yang sistematik. Sistem pentadbiran yang sistematik ini

sebenarnya penting untuk kemajuan sesebuah kerajaan.

Melaka telah mengambil beberapa corak pemerintah pentadbiran

Srivijaya. Sistem Pembesar Empat Lipatan telah diwujudkan bagi

mengukuhkan pengasasan Melaka dari segi politik. Di dalam sistem ini

terdapat empat jawatan pembesar iaitu Bendahara, Penghulu Bendahari,

Temenggung, dan Laksamana. Bendahara memiliki kuasa tertinggi di dalam

hierarki pentadbiran. Bendahara berperanan sebagai ketua pentadbiran dan

memegang tugas tentera di darat dan di laut Melaka7.

(9)

Bendahara merupakan penasihat diraja dan penegak kepada konsep

daulat. Gelaran yang diberikan kepada bendahara ialah Seri Wak Raja, Seri

Paduka Raja, Seri Maharaja, dan Seri Paduka Tuan. Bendahara yang paling

menonjol di Melaka adalah Bendahara Tun Perak. Kebijaksanaan Tun Perak

telah menyebabkan Sultan Muzaffar Syah melantik beliau sebagai Bendahara

Paduka Raja. Tun Perak telah berkhidmat selama 42 tahun bersama empat

orang sultan8.

Penghulu Bendahari pula dikenali sebagai ketua bendahari. Beliau

memegang jawatan kedua di dalam hierarki. Penghulu Bendahari

bertanggungjawab menjadi ketua istiadat dan acara rasmi diraja, mengepalai

semua Syahbandar yang terdapat di Melaka dan bertanggungjawab

mengendalikan hamba-hamba raja serta menjadi hulubalang9. Beliau juga

pintar dalam ilmu perang.

Yang ketiga adalah Temenggung. Temenggung pula bertugas dalam hal

ehwal awam dan bidang ketenteraan. Kelancaran undang-undang dan kawalan

keselamatan di Melaka juga di bawah bidang kuasa Temenggung10. Akhir

sekali, Laksamana. Tugas utama Laksamana ialah dalam bidang ketenteraan

dan juga pegawai protokol serta kedutaan11. Laksamana berkuasa di daratan

dan juga di lautan. Laksamana jugalah yang menjaga keselamatan raja apabila

berangkat dan mengawal keselamatan Bendahara semasa di darat.

8 Mohd Jamil Mukmin, 2004, Melaka Pusat Penyebaran Islam di Nusantara Melaka: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP), hlmn:65.

9 Muhammad Yusoff .1990.Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka .hlmn 173

10 Ibid, hlman 173.

(10)

b. Pengukuhan Dari Segi Undang-undang

Semenjak era pengukuhan, Melaka mempunyai pentadbiran yang

tersusun rapi. Melaka mempunyai dua jenis undang-undang dasar yang

mewakili pentadbirannya iaitu Hukum Kanun Melaka dan undang-undang laut

Melaka. Kedua-dua undang-undang ini dilakukan peringkat demi peringkat

dan berlaku perubahan mengikut zaman. Pembentukan undang-undang ini

bermula sejak zaman Megat Iskandar Shah kemudian diikuti oleh

pemerintahan Muhammad Shah dan Muzaffar Syah.

Sulalatus Salatin ada menyatakan bahawa Muhammad Shah

pemerintah yang terawal yang mula-mula menyusun peraturan tentang pakaian

dan adat tertib diraja. Tetapi pada zaman Muzaffar Shah undang-undang itu

ditulis supaya hukuman yang dijatuhkan ke atas menteri-menteri tidak

berbeza. Sebelum undang-undang ini ditulis, undang-undang ini hanya dihafal.

Melalui undang-undang inilah pemerintah Melaka mengukuhkan kerajaan

Melayu Melaka12 .

Pada awalnya Hukum Kanun Melaka mempunyai 19 fasal namun telah

diubah menjadi 44 fasal yang membincangkan mengenai kuasa dan bidang

pemerintahan raja dan pembesar serta pantang larang masyarakat13. Isi

kandungan undang-undang ini terdiri dari adat lembaga dan tanggungjawab

pembesar, hukuman awam dan penjenayah, aspek pertanian, perhambaan serta

kekeluargaan.

12 Ahmad Jelani Halimi, Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu, hlman 249-251.

(11)

Hukum Kanun Melaka ini digubal dan diasaskan berasaskan kepada

Adat Temenggung yang dipengaruhi oleh hukum-hukum syarak. Adat lembaga

memainkan peranan untuk memastikan sistem pentadbiran dan pemerintahan

adalah sistematik dan teratur. Dalam Hukum Kanun Melaka ini, terdapat

perbezaan hukum kelas iaitu kelas bangsawan(raja), orang merdeka dan

hamba. Raja Melaka dibantu oleh Temenggung, Laksamana, Penghulu

Bendahari dan Bendahara.

Seterusnya bagi Undang-undang Laut Melaka pula, undang-undang ini

ditumpukan di pelabuhan Melaka dan mulai wujud sejak abad ke 15.

Undang-undang Laut Melaka ini telah mula diperkenalkan oleh Sultan Mahmud Syah

iaitu pada tahun 1488 sehingga 1511. Hal-hal yang berkaitan dengan

pelabuhan, perahu dan pelayaran. Namun, sebahagian besar bahagian

undang-undang ini ditumpukan pada kesalahan jenayah dalam kapal. Sekiranya

Hukum Kanun Melaka berlandaskan kepada hukum-hukum syarak, bagi

Undang-undang Laut Melaka, ia tidak berlandaskan kepada hukum syarak.

Selain itu, undang-undang ini juga telah menyatakan dengan jelas

mengenai tugas tentang pegawai-pegawai perahu yang meliputi antaranya

nakhoda dan mata-mata. Bagi undang-undang laut ini, ia mempunyai 24

fasal14. Ketua Angkatan Laut Melaka adalah Laksamana. Undang-undang ini

mengandungi 4 bahagian iaitu langkah-langkah keselamatan dalam kapal,

(12)

orang yang boleh meminta tolong nakhoda, kuasa nakhoda dan peraturan

semasa pelayaran15.

c. Pengukuhan Dari Segi Hubungan Diplomatik

Melaka mulai menjalinkan hubungan diplomatik dengan China sejak

awal penubuhan Melaka lagi. Cina sememangnya gemar berbaik-baik dengan

negara-negara asing atas dasar yang dijalankan mereka untuk menjalinkan

hubungan berbaik-baik dengan negara asing, sebagai sebuah negara yang

mempunyai kuasa yang besar. Selain itu, Melaka juga turut mendapat

manfaatnya apabila menjalinkan hubungan dengan China, di mana Melaka

akan mendapat pengiktirafan serta perlindungan daripada China dari gangguan

ancaman kuasa asing.

Pengiktirafan serta perlindungan yang diberikan oleh China akan

berupaya untuk mengukuhkan lagi keadaan negara Melaka. Melaka mendapat

perlindungan rasmi daripada China selepas maharaja Dinasti Ming, Cheng

Zhu(Yung Lo) mengiktiraf Parameswara sebagai raja Melaka pada tahun

140516. Pemerintah negara China akan memberikan bantuan kepada

negeri-negeri lain dan raja-raja negeri-negeri yang dianggapnya sahabat untuk menentang

musuh. Pemerintah China menganggap bahawa, raja yang bukan raja atau

belum diiktirafnya tidak akan diakui sebagai raja, juga negara yang bukan atau

belum dirasmikan tidak disebut negara17.

15 Ibid, Hlman 66.

16 Lisa Yip Shukye.Jais bin Abdul Hamid. 2012. Sejarah Politik Malaysia Sehingga Awal Abad Ke-20. Selangor Darul Ehsan. Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd. Hlman 18.

(13)

Kuasa besar yang dimiliki oleh pemerintah China menyebabkannya

digelar “Raja Langit” . Bagi mengakui perhubungan yang dijalankan antara

dua negara tersebut, maka perutusan serta barangan perhiasan akan diberikan

antara satu sama lain. Pemberian ufti ini sebaik-baiknya dipandang sebagai

satu perwujudan dari perniagaan rasmi dua hala antara dua kerajaan tersebut18.

Dalam perniagaan menerusi persembahan ufti ini, pemerintah China selalu

menjalankan politik “lebih banyak memberi daripada menerima”19.

Selain itu, perutusan serta barang perhiasan akan diberikan antara satu

sama lain begitu juga dengan barang yang di dagangan seperti akar-akar kayu,

wangi-wangian dan binatang hidup yang akan ditukar-tukar. Untuk menjalin

hubungan dengan China, pemerintah Melaka telah arif dalam adat

persahabatan negara tersebut bagi mengelakkan perselisihan faham serta

mengukuhkan pemerintahan dan pentadbiran negeri Melaka20.

Hubungan yang dijalankan oleh Parameswara dengan China akan

berupaya membantutkan keinginan Siam untuk menyerang Melaka.

Pemerintah Melaka, Parameswara sememangnya menyedari akan ancaman ini

daripada Siam terutama beliau pernah membunuh wakil Siam iaitu Temangi

yang memerintah Temasik suatu ketika dahulu. Oleh itu, hubungan dengan

China telah dijalankan.

18 Ibid, Hlman 48.

19 Ibid, Hlman 48.

(14)

Namun apabila hubungan ini renggang, Siam mengambil kesempatan

untuk menyerang Melaka. Tun Perak menyedari akan hal ini dan mengambil

jalan lain bag menamatkan niat Siam untuk menyerang Melaka dengan

menasihati Sultan Mansur Syah untuk menghantar utusan perdamaian.

Kesannya, hubungan antara Siam dengan Melaka kembali terjalin.

Parameswara menghantar ufti ke Siam sebanyak 40 tahil emas setiap tahun

sebagai tanda persahabatan21.

Selain itu, Melaka juga turut menjalinkan hubungan dengan Pasai

apabila berlakunya perkahwinan antara Sultan Megat Iskandar Syah dengan

Puteri Pasai. Hubungan ini dianggap setaraf dan ini menimbulkan perasaan

hormat-menghormati dan tolong-menolong antara kedua-dua kerajaan. Di

samping itu, Melaka dengan Pasai juga turut bertukar-tukar pandangan

mengenai soal-soal berkaitan dengan hukum agama Islam. Ini menyebabkan

hubungan antara dua negeri ini semakin erat.

Melaka juga pernah menghantar pembesar dan tentera-tentera ke Pasai

bagi membantu Pasai menenteramkan huru-hara di sana. Istilah “salam”

digunakan apabila kedua-dua kerajaan berutus surat22. Oleh hal yang

demikian, Melaka telah menghantar ‘surat salam’ kepada kedua negeri

tersebut termasuk Pasai kerana keduanya adalah negeri Islam, manakala negeri

21 Lisa Yip Shukye.Jais bin Abdul Hamid. 2012. Sejarah Politik Malaysia Sehingga Awal Abad Ke-20. Selangor Darul Ehsan. Penerbitan Multimedia sdn.bhd. Hlman 19.

(15)

yang bukan Islam akan diberikan ‘surat kasih’.23 Oleh itu, dasar luar

berbaik-baik dengan negara serantau begini telah mengukuhkan negeri Melaka24.

d. Peranan Tun Perak.

Tun Perak merupakan anak Bendahara Seri Wak Raja. Beliau yang

seharusnya menggantikan ayahandanya, Bendahara Seri Wak Raja, tetapi

diketepikan selepas berlakunya kejadian rampasan kuasa oleh Sultan Muzaffar

Syah daripada Seri Parameswara Dewa Syah pada tahun 1445. Hal ini telah

menyebabkan Tun Perak hanya dilantik menjadi penghulu di Kelang manakala

Tun Ali dilantik menjadi Bendahara Melaka oleh Sultan Muzaffar Syah.

Apabila Tun Ali dilantik menjadi Bendahara, maka ini telah

perpecahan antara golongan Melayu dan India Muslim di Melaka pada masa

tersebut. Tun Perak menjadi terkenal dalam kalangan rakyat Melaka apabila

berjaya mematahkan serangan Siam pada tahun 1445 dan 1446.25Hal ini,

membuatkan Sultan Muzaffar Syah mulai menyedari kelebihan Tun Perak dan

melantik beliau menjadi bendahara bagi menggantikan Tun Ali. Perlantikan

Tun Perak sebagai bendahara telah memulihkan semula perpecahan dalam

kalangan pembesar-pembesar.26

23 Malaysia Kita. 1991. Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Malaysia. Kuala Lumpur. hlm 45. 24 Mohd Jamil Mukmin. 2004. Melaka Pusat Penyebaran Islam Di Nusantara. Melaka. Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP). Hlman 63.

25 Lisa Yip Shukye.Jais bin Abdul Hamid. 2012. Sejarah Politik Malaysia Sehingga Awal Abad Ke-20. Selangor Darul Ehsan. Penerbitan Multimedia sdn.bhd. Hlm:21

(16)

Tun Perak bertanggungjawab untuk memperluaskan lagi kuasa Melaka

sehingga menjadi empayar dan pusat penyebaran agama Islam. Beliau telah

berbakti kepada empat orang sultan semasa pemerintahan Melaka. Di

semenanjung tanah Melayu , Melaka berjaya menawan Pahang , Johor, Kedah,

Terengganu, Selangor, dan Kepulauan Riau- Lingga. Tentera Melaka di bawah

pimpinan Tun Perak juga berjaya mematahkan serangan Siam.

Tun Perak memainkan peranan amat penting dalam proses

perkembangan Melaka sehingga akhir abad ke-15.27 Langkah pertama wang

dilakukan oleh beliau bagi memastikan kestabilan politik Melaka ialah dengan

menjalinkan hubungan Melaka dengan China dan Siam. Satu rombongan

persahabatan telah dihantar ke Siam atas nasihat Tun Perak. Hubungan

Melaka- China juga telah terjalin kembali dengan menghantarkan utusan ke

China pada tahun 1458.

Tun Perak berupaya menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan

yang terkenal di rantau ini. Sistem pentadbiran yang cekap , kemudahan yang

baik serta undang-undang yang adil telah menarik minat pedagang-pedagang

asing berdagang ke Melaka. Melaka turut menjadi pusat perkembangan dan

penyebaran agama Islam melalui usaha Tun Perak.28Setelah beliau

menjalankan tugasnya berkhidmat selama 42 tahun, Tun Perak meninggal

dunia pada tahun 1498. Tun Perak telah digantikan oleh adiknya, Tun Perpatih

27 ibid. hlm :21

(17)

Putih. Selepas kematian Tun Perak, Melaka mulai merosot kerana tidak ada

seorang pun yang dapat setanding dengan keunggulan beliau.

e. Bantuan Orang Laut

Sebelum kedatangan Parameswara, melaka telah pun didiami oleh

orang Laut, dan orang Asli yang menjadi menyokong beliau untuk raja di

situ29. Khidmat orang Laut mula kelihatan sejak bermulanya pembukaan

kerajaan Melaka. Hal ini dapat di buktikan dengan sokongan mereka terhadap

Parameswara ketika pengikut Parameswara mendirikan kerajaan di situ.

Walaupun Parameswara dan pengikutnya merupakan orang asing yang datang

ke Melaka.

Namun , penduduk tempatan khususnya orang Laut tetap memberikan

kerjasama yang baik dan mereka tidak pernah membantah atau menentang.

Golongan ini memainkan peranan yang penting dalam usaha mengukuhkan

kerajaan Melaka terutamanya hal-hal yang berkaitan dengan keamanan dan

kemakmuran negeri Melaka30.Hal ini demikian kerana, orang Laut bersikap

taat setia kepada sultan dan juga kerajaan serta menyanjung tinggi konsep

Daulat dan Derhaka dalam kehidupan mereka.

29Tajuddin bin Hussain, Suhaiza binti Ibrahim dan Robiah binti Alias (edt) 2009,Malaysia negara kita, Kuala Lumpur: mdc publishers sdn.bhd hlmn 34

(18)

Di samping itu , mereka juga sangat mahir tentang selok-belok negeri

Melaka terutama di kawasan perairan selat Melaka. Hal ini menjadikan

Peranan Orang Laut amat penting dalam menjamin keselamatan penduduk dan

pedagang yang datang ke Melaka31. Sesetengah daripada Orang Laut, mereka

mahir dalam kerja-kerja membaiki kapal32. Kemudahan dan perkhidmatan

seperti ini sedikit sebanyak telah menarik minat para pedagang supaya datang

ke Melaka seterusnya kegiatan ekonomi di situ akan menjadi rancak dan

secara tidak langsung akan mengukuhkan lagi kedudukan Melaka di mata

dunia.

f. Kesetiaan Rakyat

Rakyat di Melaka boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu rakyat

yang bebas (merdeka) dan rakyat yang menjadi hamba33. Kedua-dua golongan

ini mempunyai latar belakang dan jenis pekerjaan yang berbeza serta

mempunyai bilangan yang ramai. Antara jenis pekerjaan yang dilakukan oleh

golongan merdeka seperti nelayan, memungut hasil hutan, pedagang dan

sebagainya. Manakala hamba pula terdiri daripada hamba Raja, hamba abdi

dan hamba berhutang34.

31 Barbara watson Andaya and Leonard Y. Andaya, 2001 A History of malaysia, Kuala Lumpur: Palgrave, hlmn 44

32 Ibid. hlmn 45

33Muhammad Yusoff Hashim. 1990. Kesultanan Melayu Melaka. Kajian Beberapa Aspek tentang Melaka

pada Abad ke-15 dan Abad ke-16 dalam Sejarah Malaysia Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlmn. 292.

(19)

Fungsi utama mereka dari segi moral, fizikal dan tradisi

kemasyarakatan ialah menyokong institusi raja dan pembesar dalam seluruh

rangka sistem serta organisasi kerajaan35. Rakyat mesti menuruti dan sedia

berkhidmat untuk golongan pemerintah. Bagi menjamin keadaan ini, konsep

‘daulat’ dan ‘derhaka’ telah tegaskan36. Konsep daulat digambarkan sebagai

kebahagiaan, kedudukan, keistimewaan dan kewibawaan seseorang raja

sehingga raja tersebut tidak boleh dicela atau di tegur37.

3.0 Faktor Ekonomi

a. Pengukuhan Dari Segi Sistem Pertukaran Barangan

Sistem pertukaran barangan diamalkan sejak zaman berzaman dalam sejarah

peradaban manusia. Kaedah pertukaran sejumlah barangan oleh suatu pihak

dengan komoditi tertentu yang dipercayai setara nilainya milik pihak yang

lain, turut diamalkan di Melaka. Pedagang Melayu dan asing misalnya

melakukan pertukaran barangan dengan penduduk asli seperti Jakun, Semang

dan Senoi38.

Hasil keluaran hutan seperti damar, rotan,, cendana, akar kayu dan

sebagainya ditukarkan dengan periuk tanah, pinggang mangkuk, garam,

tembakau dan lain-lain yang dibawa oleh pedagang tempatan dan luaran.

35 Muhammad Yusoff Hashim. 1990. Kesultanan Melayu Melaka. Kajian Beberapa Aspek tentang Melaka

pada Abad ke-15 dan Abad ke-16 dalam Sejarah Malaysia Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hal. 292.

36 Tajuddin bin Hussain, Suhaiza binti Ibrahim dan Robiah binti Alias (edt) 2009,Malaysia negara kita, Kuala Lumpur: mdc publishers sdn.bhd hlmn 34

37 Muhammad Yusuff Hashim. 1992. Pensejarahan Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,hlmn. 174.

(20)

Selain itu, dalam kalangan orang Melayu sendiri, sistem ini turut diamalkan.

Pasar merupakan tempat pertemuan dan urus niaga pertukaran barangan

dijalankan. Pedagang asing yang berniaga di Melaka turut menjalankan sistem

perdagangan ini. Namun demikian, kaedah ini tidak begitu diamalkan lagi

berikutan pengenalan sistem mata wang di Melaka39.

b. Pengukuhan Dari Segi Aktiviti Perdagangan Di Melaka

Kegiatan perdagangan bukanlah aktiviti yang baru bagi masyarakat

Melaka kerana kegiatan perdagangan diwarisi secara turun temurun sejak dari

zaman awal Kerajaan Melayu Langkasuka dan Sriwijaya lagi iaitu pada abad

ke-7 hingga abad ke-13.40 Kedudukan selat Melaka yang strategik seperti

terletak di persimpangan jalan laut antara China dan India serta keistimewaan

geografi dan perairannya yang terlindung daripada angin monsun, kedudukan

yang jauh dari paya bakau, serta pintu pelabuhan yang cukup dalam yang

memudahkan kapal besar berlabuh merupakan faktor

Melaka berkembang sebagai sebuah emporium yang penting pada

kurun ke 15. Tumpuan kapal-kapal dagangan dari negara China, Jepun, Arab

dan Pari telah menyebabkan aktiviti perdagangan mula berkembangan dan

kapal-kapal ini menukarkan barangan sebelum kembali ke destinasi

masing-masing. Kapal-kapal dagang tersebut menurunkan banyak jenis barangan di

Melaka dan ini memerlukan usaha ,mengenakan cukai, menyimpan dan

mengangkut semula.

39 Ibid, Hlman 31.

(21)

Pada awalnya, kesemua urusan perdagangan dan pelabuhan berjalan

dengan lancar. Dengan itu jawatan Syahbandar yang menjadi raja di sekitar

pelabuhan diwujudkan. Pelbagai jawatan lain turut diwujudkan untuk

menguruskan perdangangan demi kelancaran urusan dan aliran kapal juga

barangan41 .

c. Pengukuhan Dari Segi Sistem cukai

Sistem cukai yang teratur dan adil memberi faedah besar kepada

pedagang asing dan tempatan. Kemudahan lain turu digunakan seperti piawai

timbangan. Pegawai penguat kuasa dilantik oleh kerajaan Melaka bagi

pemantauan undang-undang pelabuhan dijalankan secara adil dan Saksama

bagi mengelakkan penipuan , penindasan serta diskriminasi.

Pedagang-pedagang dengan rela hati datang ke Melaka tanpa perlu dipaksa seperti

berlaku semasa pemerintahan Srivijaya42.

d. Pengukuhan Dari Segi Geografi

Melaka terletak di kawasan strategik di muara sungai Selat Melaka

menjadi tempat pertemuan semula jadi kapal-kapal perdagangan antara

Arab-India dan China-Jepun. Seterusnya, Melaka yang dilindungi oleh Banjaran

Titiwangsa dan Pulau Sumatera menjadi laut Selat Melaka tidak bergelora.

Persisiran pantai ditumbuhi pokok bakau api-api mengelak hakisan dan

perairan yang dalam sesuai dijadikan pelabuhan43.

41 Ibid, Hlman 33.

42 Ibid, Hlman 34.

(22)

Melaka terletak berhampiran pusat pengeluaran rempah , bijih timah,

emas dan pelbagai hasil hutan di kawasan pendalaman. Semenanjung Tanah

Melayu , Sumatera, Pulau Jawa dan Kepulauan Melayu yang lain mempunyai

pelbagai hasil yang telah lama diperdagangkan. Barang-barang ini amat

diperlukan sebagai dagangan Arab, Parsi, India, dan China untuk dijual kepada

pedagang-pedagang asing di tempat lain.

Pemerintah Melaka menyusun Sistem Syahbandar atau Pegawai

Pelabuhan untuk menjaga kebajikan, keselamatan dan pengurusan

perdagangan. Empat orang Syahbandar dilantik untuk urusan perdagangan

yang berlainan, iaitu setiap seorang mengendalikan saudagar Gujerat,

Sumatera Utara, Kepulauan Melayu, China, Indo-China dan Luzon. Kerajaan

Melaka menyediakan kemudahan membaiki kapal, tempat penginapan para

pedagang, bekalan makanan dan air bersih serta gudang penyimpanan barang

yang selamat.

Pengurusan pelabuhan yang sistematik dan jaminan keselamatan

menyebabkan saudagar-saudagar asing optimis dengan keuntungan

perdagangan yang mereka peroleh dengan membuat pelabuhan di Melaka .

Saudagar-saudagar yang kaya dari Arab, Parsi, India dan China telah

mendirikan pusat perdagangan mereka di Melaka dan menjalankan

perdagangan pemborong44.

e. Kekayaan Hasil Bumi

(23)

Faktor inilah yang menjadi daya penarik kepada masyarakat

antarabangsa untuk bertumpu di negeri Melaka melalui aktiviti perdagangan.

Hal ini disebabkan masyarakat seantero bertumpu di Melaka kerana

menyedari tentang hasil bumi yang terdapat di Melaka sangat tinggi nilainya.

Contoh hasil hutan yang paling banyak permintaan ialah cengal, damar, rotan

dan sebagainya.

Melaka kaya dengan bahan mentah dan hasil hutannya. Hal ini

demikian kerana jajahan Melaka yang luas telah memberi bahan mentah yang

banyak untuk diperdagangkan, kesemua hasil hutan yang dikumpulkan di

Melaka untuk melakukan proses jual beli, barter dan dagangan. Semua hasil

dari negeri naungan Melaka ini berada di pelabuhan yang menjadikan Melaka

sebuah pelabuhan entrepot yang maju. Keadaan ini menyebabkan ekonomi

Melaka berkembang dengan pesat dan membangun.

Penglibatan penduduk asli dalam aktiviti perdagangan bukan sahaja

merupakan cara mereka untuk mencari nafkah hidup, pada masa yang sama

juga merupakan langkah untuk meninggikan kedudukan sosial dan ekonomi

mereka berbanding kelompok-kelompok yang lain di daerah itu45. Walaupun

bilangan mereka adalah sedikit, kecekapan dan kearifan penduduk asli dalam

pengumpulan hasil-hasil hutan telah memberi sumbangan yang amat besar

dalam perdagangan antarabangsa. Ini menyebabkan raja-raja Melaka begitu

berusaha untuk menggabungkan mereka sebagai rakyat Melaka46.

45 Barbara Watson Andaya and Leonard Y. Andaya, History of Malaysia second edition, University of Hawaii: Marcmillan Publishers limited, 2001,halaman 56.

(24)

4.0 Pengukuhan Melaka Dari Segi Sosial

a. Pengukuhan Dari Segi Pusat Keilmuan

Kejayaan besar Melaka sebagai tempat tumpuan bangsa asing untuk

menetap di Melaka bukan sahaja bersandar kepada kegemilangan dan

kemasyhurannya sebagai pusat perdagangan47. Umumnya, Melaka dikatakan

telah menjadi sebuah pusat penyebaran agama Islam di kawasan Asia

Tenggara.

Melaka dikenali sebagai pusat penyebaran agama Islam, apabila

berlakunya tambahan semangat keislaman yang ditunjukkan oleh Sultan

Mansor, Sultan Alauddin dan Sultan Mahmud.48 Hal ini disebabkan oleh atas

usaha dan minat pemerintah Melaka itu sendiri terhadap agama tersebut. Maka

itu, ramai ulama telah datang ke Melaka, antaranya, ialah Maulana Abu Bakar.

Para ulama telah dipertanggungjawabkan untuk membincangkan berkenaan

dengan ilmu agama. Selain itu, mereka telah diberi penghormatan yang tinggi

dan pangkat dalam kalangan masyarakat tempatan tersebut.

Oleh hal yang demikian, gambaran jelas dapat dilihat berdasarkan

hierarki tampuk pemerintah. Ironinya, agama Islam telah berkembang di

negeri Melaka49. Tambahan lagi, Sultan Melaka telah menghantar para ulama

ini ke negeri jajahan baginda. Perkara ini bertujuan adalah untuk

memperluaskan lagi ilmu agama Islam terhadap masyarakat serantau. Sebagai

47 Melaka menjadi pusat entrepot yang terkemuka kerana Melaka terletak di persimpangan jalan laut dari India dan China. Pelabuhan Melaka ini terlindung dari angin dan jauh dari paya bakau, sementara pintu pelabuhannya adalah cukup dalam dan membolehkan kapal besar berlabuh.

48 Muhammd Yusoff Hashim Ph.D Kesultanan Melayu Melaka,Kuala Lumpur,Dewan Bahasa dan Pustaka,1990,halaman 305.

(25)

contoh, Sultan Mansur Syah menghantar ulama ke kawasan pengaliran sungai

Kampar untuk tujuan penyebaran dakwah Islam secara damai.

b. Perkahwinan

Antara cara pengukuhan kedudukan Melaka ialah menerusi aspek

perkahwinan. Hal ini demikian kerana, pemerintah akan berkahwin dengan

wanita yang berasal dari golongan diraja negara asing, manakala, rakyat

tempatan itu pula akan berkahwin dengan para pedagang asing yang datang

berdagang.

Perkara ini secara tidak langsung telah dapat mengukuhkan lagi

kedudukan Melaka di peringkat tertinggi. Sebagai analoginya, Sultan Megat

Iskandar Syah (Parameswara) telah berkahwin dengan Puteri pasai dan Sultan

Mansur Syah berkahwin dengan Puteri Dewa Sura. Oleh hal yang demikian,

cara ini secara tidak langsung membuatkan Melaka bebas dari ancaman luar

kerana kedudukannya yang stabil dan telah diberi jaminan keselamatan yang

optimum di peringkat tempatan mahupun antarabangsa50.

3.0 Rumusan

Sebelum kedatangan Parameswara, Melaka merupakan sebuah perkampungan

kecil yang telah wujud beberapa lama dahulu. Pada peringkat awal, kawasan

(26)

persekitaran di Melaka berada dalam keadaan yang tidak teratur. Banyak perkara

masih dalam kekurangan dan memerlukan tindakan yang wajar untuk mengubahnya51.

Walau bagaimanapun, Parameswara dan para pembesar baginda yang sememangnya

mempunyai pengalaman dan juga pengetahuan dalam hal memerintah dan mentadbir

negeri berdasarkan kepada pengalaman baginda yang pernah menjadi raja di

Palembang, Singapura dan Muar telah berjaya mengembangkan politik, ekonomi, dan

sosial di Melaka sehingga menjadi sebuah kerajaan yang kukuh.

Usaha gigih Parameswara dan pengikutnya adalah bersandarkan kepada

pengalaman serta kemahuan yang tinggi. Parameswara bukan sahaja telah

mengasaskan kerajaan Melaka, malah telah berusaha bersungguh-sungguh

membangunkannya menjadi sebuah negeri yang kemudiannya berkembang menjadi

empayar yang kukuh. Usaha-usaha pengukuhan ini seterusnya dilakukan oleh

pemerintah Melaka yang kedua yang merupakan anak kepada Parameswara, iaitu

Megat Iskandar Syah.

Selepas kemangkatan Parameswara, Megat Iskandar Syah telah memerintah

dari tahun 1414-1422. Semasa baginda menjadi Sultan Melaka, penduduk Melaka

seramai enam ribu orang penduduk. Baginda juga telah menghantar duta ke Jawa

untuk memberitahu bahawa ayahandanya telah mangkat. Tujuan pemberitahuan berita

tersebut kepada raja Jawa iaitu Batara Tumarill ialah untuk memulihkan hubungan

yang telah lama bermusuhan dan mahu mengadakan hubungan persahabatan dengan

Raja Batara Tumarill sebagai langkah untuk terus mengukuhkan kedudukan kerajaan

Melaka.

(27)

Pengukuhan ini diteruskan oleh pemerintah Melaka yang terakhir iaitu Sultan

Mahmud Syah. Semasa pemerintahan baginda, Melaka telah menjadi sebuah negeri

yang mempunyai jajahan yang meliputi hampir keseluruhan kawasan di Kepulauan

Melayu. Walau bagaimanapun, kedudukan Melaka sebagai sebuah emporium

antarabangsa yang menjadi tumpuan kapal-kapal luar tidak dapat dikekalkan. Hal ini

demikian kerana, pada tahun 1511, bermulalah sejarah dalam dunia penjajahan baru

Referensi

Dokumen terkait

Rusman (2011: 75-76) mengungkapkan indikator terhadap kinerja guru dilakukan terhadap tiga kegiatan pembelajaran di kelas yaitu: 1) Perencanaan guru dalam kegiatan

Penelitian ini dilaksanakan di Sekolah Menengah Kejuruan (SMK) Kertha Wisata Denpasar atas dasar pertimbangan kelayakan dan keterjangkauan. Produk yang dihasilkan

Berhasil Pengujian menu profil mahasisw Memasuk kan informasi biodata Muncul pesan berhasil diperbaha Berhasil a mahasiswa rui Pengujian CRUD dokumen Mengklik

Berdasarkan hasil yang diperoleh bahwa jumlah pemesanan produk susu dan rasanya yang optimal untuk susu indomilk dengan rasa coklat 10 pack, susu indomilk dengan rasa

Hasil yang didapatkan dari pengujian kelayakan yang telah dilakukan adalah terdapat perbedaan dan peningkatan hasil belajar siswa sesudah maupun sebelum menggunakan media

Alat yang dibuat dalam penelitian ini adalah alat ukur tekanan udara yang pengamatannya oleh pengamat cuaca dapat dilakukan dengan bantuan sensor dan mikrokontroler.. Sensor yang

Penelitian ini menggunakan teori organisasi berdasarkan penelitian Patrick (2007) dimana variabel independen dalam penelitian ini karakteristik Pemerintah Daerah

[r]