1
Program Transformasi Luar Bandar atau RTP merupakan pelengkap program transformasi menyeluruh negara. RTP akan mentransformasikan kawasan luar bandar supaya mampu menarik pelaburan swasta, menyediakan peluang pekerjaan dan kegiatan ekonomi serta menggalakkan generasi muda kembali berkhidmat.YAB PERDANA MENTERI dalam ucapan Bajet 2012 7 Oktober 2011
Strategi Lautan Biru Kebangsaan dilaksanakan dengan empat prinsip utama iaitu:
1. HIGH IMPACT (BERIMPAK TINGGI)
Program/Projek yang dicadangkan memberi kesan/keberhasilan yang tinggi kepada kumpulan sasar.
2. LOW COST (KOS RENDAH)
Kos untuk melaksanakan projek/program adalah lebih rendah berbanding dengan penggunaan kaedah konvensional/tradisional yang lazim diamalkan.
3. RAPID EXECUTION (PELAKSANAAN PANTAS)
Projek/Program boleh dilaksanakan dengan kadar segera dan impak daripada projek/program boleh dicapai dengan pantas
4. SUSTAINABLE (MAMPAN)
Projek/Program mampu dilaksanakan secara berterusan oleh kumpulan sasar
MAKLUMAT PROJEK
1. Institusi : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
2. Nama Projek : Pengurusan Sistem Ternakan Ikan Siakap Yang Mampan Untuk Masyarakat Berpendapatan Rendah
3. Tarikh Projek : Jun 2015
4. Lokasi : Kompleks Ternakan Ikan Dalam Tangki Berdensiti Tinggi, Pagoh, Muar, Johor.
5. Tempoh : 2 Tahun
6. Kumpulan Sasar : Masyarakat berpendapatan rendah di kawasan Pagoh, Muar, Johor. / Jumlah: 100 orang
BORANG CADANGAN PROJEK
INISIATIF KERJASAMA UNIVERSITI
2
7. Individu Universiti/Politeknik/Kolej Komuniti/IPGM Yang Terlibat:
a) Prof. Madya Dr Mohd Ezree bin Abdullah, Pengarah, Pejabat Hubungan Universiti Dan Industri, UTHM
b) Dr Izzuddin bin Zaman @ Bujang, Ketua Jabatan, Pejabat Hubungan Universiti Dan Industri, UTHM
c) Prof. Dato Dr. Abdul razak bin Hj. Omar, Penolong Naib Canselor (Hubungan Industri Dan Masyarakat), UTHM
d) En. Muhammad Suhaimi bin Sulong, Ketua Jabatan, Pejabat Hubungan Universiti Dan Masyarakat, UTHM
e) Prof. Dr. Kassim bin Buhiran, Felo Utama Universiti Malaysia Kelantan f) Dr. Salihatun bte Md Salleh, Pensyarah Kanan UTHM
g) Dr. Nik Hisyamudin bin Muhd Nor, Timbalan Dekan, Pusat Inovasi, Pengkomersilan Dan Perundingan, UTHM
h) En Wan Ajrul Asward bin Wan Hashim, Pengarah Kolej Komuniti Bera i) Pn Nor Dalila binti Abd Rahman, Pengarah Kolej Komuniti Pagoh
8. Kerjasama dengan Agensi Lain : Ada/Tiada* (Sila nyatakan sekiranya ada)
a) Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) b) Jabatan Perikanan Malaysia
c) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
d) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) e) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)
f) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) g) Ambang Wibawa Sdn Bhd
3
9. Ringkasan Projek
Ternakan ikan air tawar merupakan satu alternatif dalam sektor perikanan yang mampu menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara. Sektor perikanan ini telah memainkan peranan sebagai penyumbang sumber protein termurah. Permintaan terhadap ikan sebagai sumber makanan terus meningkat seiring dengan peningkatan penduduk. Berdasarkan statistik terkini daripada Jabatan Perikanan Malaysia, pengeluaran sektor perikanan darat telah melebihi angka 200,000 tan metrik sejak tahun 2008. Laporan berkenaan juga menyatakan bahawa permintaan ikan dalam negara kini telah mengatasi hasil pengeluaran ikan dalam negara. Perkara ini menyebabkan negara terpaksa mengimport ikan dari negara luar bagi memenuhi permintaan dalam negara. Menurut statistik yang dilaporkan hampir 10% daripada hasil jualan ikan adalah daripada sumber ikan import dan peratusan ini dijangka akan terus meningkat selari dengan peningkatan permintaan. [PELAKSANAAN SO FAR] Bagi mengatasi perkara ini, salah satu usaha yang dijalankan oleh pihak Kerajaan adalah dengan membangunkan sektor ternakan kolam ikan air tawar melalui pelbagai program di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).
Dalam masa yang sama, sebagai sebuah Kerajaan yang prihatin dan sentiasa memperjuangkan kesejahteraan dan kebajikan rakyat, usaha ke arah membasmi kemiskinan tegar, meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat juga giat dilaksanakan. Malahan pelbagai usaha sedang rancak dilaksanakan bagi memastikan tiada kelompok rakyat yang tercicir dari menikmati hidup yang setara. Kerajaan juga komited dalam usaha membela rakyat dengan menjadikan kebajikan rakyat sebagai agenda penting Kerajaan Persekutuan. Bagi tujuan tersebut, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) juga telah melancarkan program 1AZAM (Akhiri Zaman Miskin) pada tahun 2010 yang merupakan salah satu inisiatif Kerajaan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
4
sedia ada, kertas kerja ini dicadangkan untuk meluaskan projek ternakan ikan air tawar kepada kumpulan sasar iaitu 100 orang perintis yang terdiri daripada golongan Miskin dan Miskin Tegar di kawasan Pagoh, Muar seperti yang disenaraikan dalam Sistem eKasih.Sehubungan itu, kertas kerja ini diusulkan bagi menjayakan Projek Ternakan Ikan Dalam Tangki Berdensiti Tinggi dengan memberi tumpuan khusus untuk menangani isu-isu utama yang dihadapi oleh kumpulan sasar termasuklah membantu mengatasi masalah bekalan ikan yang dihadapi berlandaskan konsep Taman Sains (Science Park) di bawah pengurusan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Taman Sains ini akan dijadikan pusat untuk pengurusan teknologi dan titik pertemuan di kalangan penyelidik-penyelidik, peserta-peserta, usahawan-usahawan dan wakil-wakil dari pelbagai kementerian dan industri swasta. Taman Sains ini akan memberikan prasarana teknikal dan fizikal untuk integrasi antara pengeluar bahan-bahan mentah, penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan industri ke arah pemasaran tempatan dan global. Ia juga bertujuan untuk menggalakan penglibatan pelabur-pelabur antarabangsa dan tempatan dan sebagai saluran pemasaran yang cekap untuk hasil ternakan dan juga produk-produk berasaskan ikan. Taman Sains ini akan menawarkan satu kemudahan berkesan untuk pemindahan teknologi melalui satu persekitaran infrastruktur yang lengkap dan moden yang seterusnya akan memberi faedah kepada para perintis projek ini untuk menjalankan ternakan berskala besar mahupun yang berskala kecil dengan kos yang berpatutan.
Bagi menjayakan projek ini, kerjasama yang erat akan dirancang dengan kreatif dan dilaksanakan dengan tersusun berdasarkan konsep Taman Sains antara Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Kolej Komuniti Bera di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan Perikanan Malaysia di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Kemajuan Luar Bandar, Unit Penyelarasan Projek (ICU) di Jabatan Perdana Menteri.
5
sedia ada secara perkongsian maklumat dan seterusnya dapat meminimumkan kos pengurusan program yang bakal dilaksanakan nanti.Di dalam fasa pertama pelaksanaan projek ini, pihak LKIM bersama UTHM, Kolej Komuniti Bera dan Kolej Komuniti Pagoh akan memulakan Projek Ternakan Ikan Dalam Tangki Berdensiti Tinggi di Taman Sains Pagoh. Ternakan ikan yang dicadang untuk projek ini adalah ternakan ikan siakap putih atau nama sainstifiknya Lates Calcarifer. Fasa ini bertujuan untuk mewujudkan Pusat Rujukan (Reference Centre) bagi pelaksanaan fasa-fasa seterusnya. Selain daripada itu, aktiviti penyelidikan berkaitan proses pembenihan, penternakan, pemantauan penyakit dan tumbesaran ikan akan turut dilaksanakan. Sebagai tambahan, inovasi dalam teknologi makanan ikan juga turut dibangunkan di Taman Sains ini untuk menghasilkan makanan yang boleh membantu tumbesaran ikan dengan kos yang minimum.
Fasa kedua pelaksanaan projek ini melibatkan 100 orang perintis yang terdiri daripada golongan Miskin dan Miskin Tegar di kawasan Pagoh, Muar seperti yang disenaraikan dalam Sistem eKasih. Para perintis ini akan diberikan kursus dan latihan berkaitan teknik pembiakan ikan, asuhan ikan, tumbesaran ikan, pemprosesan hasil ikan dan keusahawanan berasaskan ikan. Latihan kepada peserta berkaitan penternakan ikan ini akan disampaikan berdasarkan konsep K-ekonomi (knowledge based economy selari dengan Dasar Inovasi Negara yang menekankan penjanaan ekonomi berdasarkan pengetahuan dan inovasi. Seterusnya, para perintis ini akan akan dibekalkan dengan benih-benih dan makanan ikan bersama satu set ternakan ikan yang terdiri dari 6 tangki beserta pam air untuk membolehkan mereka menternak ikan di kawasan berhampiran dengan kediaman mereka. Mereka kemudiannya akan dibimbing dan pemantauan tapak akan dilakukan secara berterusan bagi memastikan kelansungan pelaksanaan projek.
6
sebahagiannya lagi akan dimasukkan ke dalam tabung penyelidikan untuk tujuan kelestarianprojek ini di masa akan datang.
Kesimpulannya, projek yang dicadangkan ini sangat berpotensi meningkatkan taraf sosio-ekonomi golongan Miskin dan Miskin Tegar dalam masa yang singkat dan mampan. Projek ini bukan sahaja akan mewujudkan sebuah Taman Sains yang bertepatan dengan hasrat Kerajaan melalui NBOS malah pada masa yang sama turut memastikan pemindahan teknologi dapat dilaksanakan kepada para peserta dengan jayanya. Keberkesanan pemindahan teknologi ini akan menjamin kemampanan projek yang bukan sahaja akan mampu mewujudkan sumber pendapatan tetap kepada para peserta, bahkan mempunyai potensi untuk dikembangkan di masa akan datang. Keterlibatan peserta-peserta ini juga dijangka mampu membantu mengeluarkan mereka daripada golongan Miskin dan Miskin tegar. Selain itu, projek ini juga dijangka akan menghasilkan usahawan-usahawan baharu dalam industri perikanan yang boleh mengisi sedikit permintaan ikan bagi pasaran dalam negara. Adalah menjadi impian bahawa model dan kaedah dalam penternakan dan pemasaran ikan ini berjaya mencapai sasarannya dan seterusnya program akan diperluaskan ke daerah-daerah lain di seluruh Malaysia.
7
10
.
Aktiviti
Perincian aktiviti Peranan Agensi
1. Memajukan sebuah kompleks
pembenihan ikan berdensiti tinggi yang terbiar sebagai Taman Sains untuk pemindahan teknologi ternakan ikan kepada komuniti.
a) UTHM & LKIM untuk menandatangani MoA bagi projek pengambilalihan kompleks ini.
2. Menjalankan proses pembenihan, pembiakan, penggredan dan
pemantauan ikan yang diusahakan di kompleks tersebut.
a) LKIM akan membekalkan benih-benih anak ikan bagi projek ini.
b) Kolej Komuniti Bera dan Kolej Komuniti Pagoh akan membimbing kaedah-kaedah pembiakan benih ikan dan dipantau oleh pihak LKIM.
3. Melaksanakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) terhadap proses penyediaan makanan ikan, kualiti air dan tumbesaran ikan.
a) Penyelidik-penyelidik dari UTHM bersama Jabatan Perikanan Malaysia akan menjalankan R&D secara intensif terhadap pelbagai skop secara
berterusan bagi mendapatkan maklumat untuk jangka masa pendek dan jangka masa yang panjang.
4. Menjalankan proses-proses penyediaan makanan ikan yang melibatkan proses menghancur, mengandum, membentuk dan pengeringan.
a) Penyelidik-penyelidik dari UTHM bersama Jabatan Perikanan Malaysia akan menjalankan R&D ini.
5. Mengenalpasti 100 orang para perintis projek yang terdiri daripada keluarga miskin dan miskin tegar.
a) Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah KPWKM akan mencadangkan nama-nama peserta yang telah didaftarkan di program e-kasih.
b) Analisis kewangan dan pendapatan para perintis akan dijalankan oleh para
8
Perincian aktiviti Peranan Agensi
6. Merekabentuk dan memasang sistem kolam ternakan ikan di kawasan kediaman para perintis program yang dikenalpasti.
a) Para penyelidik UTHM bersama KKLW untuk kerja-kerja pemasangan sistem kolam berkenaan sambil dipantau oleh pihak LKIM.
7. Menyediakan kursus kepada para perintis program.
a) Pihak UTHM, Kolej Komuniti Bera dan Kolej Komuniti Pagoh akan bersama membangunkan modul dan latihan terhadap projek ini.
8. Membekalkan benih ikan yang diusahakan di kompleks kepada para perintis program.
a) Pihak UTHM akan membekalkan benih-benih tersebut kepada para perintis melalui proses pembenihan yang akan dilaksanakan di Taman Sains.
9. Membimbing dan memantau proses pembiakan, penggredan, tumbesaran dan pemasaran ikan yang diusahakan oleh para perintis program.
a) Pihak UTHM bersama Jabatan Perikanan Malaysia akan melaksanakan R&D ini.
10. Membimbing dan memantau proses rawatan ikan dan rawatan air di kolam-kolam ternakan perintis program.
a) Pihak UTHM bersama Jabatan Perikanan Malaysia akan melaksanakan bimbingan dan pemantauan kolam-kolam di tapak.
11. Membimbing dan memantau proses pemasaran ikan oleh para perintis.
a) Pihak UTHM dan LKIM akan bersama membantu memasarkan hasil tuaian ikan.
b) Pihak Ambang Wibawa Sdn Bhd juga memainkan peranan dalam pemasaran dan pembangunan produk berasaskan ikan.
12. Membangunkan sistem pemasaran ikan untuk permintaan tempatan dan
antarabangsa.
a) Penyelidik UTHM akan membangunkan sistem yang berkenaan.
13. Membangunkan manual perlaksanaan program untuk rujukan.
9
11
.
Implikasi Kewangan
(Sila lampirkan kos perincian)Bil: No.
Budget details
Butiran belanjawan
Amount requested by applicant
Jumlah yang dipohon oleh pemohon
Travelling and Transportation/ Perjalanan dan Pengangkutan
Lawatan ke komuniti bagi mengatur, melaksanakan dan memantau pemindahan ilmu ternakan ikan melalui mesyuarat, perbincangan, aktiviti lapangan bersama.
3 Vot 23000 -
Perhubungan dan Utiliti Communications and Utilities
Telefon, internet, air dan elektrik
4 Vote 24000 - Rental
Sewaan
Sewaan lori membawa bahan-bahan bahan ternakan ikan dan hasil ternakan
Bil: No.
Budget details
Butiran belanjawan
Amount requested by applicant
10
Year 1Tahun 1 (RM)
Year 2 Tahun 2
(RM)
Total Jumlah
(RM)
5 Vote 27000 -
Research Materials & Supplies Bekalan dan Bahan Penyelidikan
1. Set penternakan ikan yang terdiri dari 6 tangki beserta pam air
2. Bahan mentah makanan ikan
3. Mesin penggaul
4. Pengisar makanan
6 Vote 28000 -
Maintenance and Minor Repair Services Baik pulih kecil dan ubahsuai
1. Sistem pam dan perpaipan kolam ikan
2. Sistem perpaipan air
7 Vote 29000 -
Professional Services Perkhidmatan Ikhtisas
Analisis dan Pencirian piawaian kualiti Nitrogen dan Fosforus di dalam kolam ternakan yang dihasilkan
8 Vote 35000 -
Accessories and Equipment Aksesori dan Peralatan
NIL
11
KRA 1. Mendidik dan membimbing golongan miskin dan miskin tegar di luar bandar untuk berdikarisendiri dalam projek ternakan ikan yang disediakan.
2. Meningkatkan Taraf Kehidupan Isi Rumah Berpendapatan Rendah melalui program ternakan ikan kolam yang disertai dengan bimbingan dan bantuan yang diberikan.
3. Meningkatkan penguasaan ekonomi komuniti menerusi penjualan hasil ternakan ikan terus kepada masyarakat bagi menjayakan agenda Jihad Memerangi Orang Tengah.
OBJEKTIF
(Nyatakan objektif bagi program/projek yang dirancang)
SASARAN (KPI)
(Penetapan pencapaian dalam bentuk peratus peningkatantahap sosial/ekonomi/pendidikan kumpulan sasar)
OUTPUT
(Hasil yang diperoleh daripada penggunaan input)
OUTCOME
(Perubahan yang dihasilkan kesan daripada output)
1. Meningkatkan pendapatan masyarakat miskin dan miskin tegar melalui program ternakan ikan yang diusahakan.
Seramai 100 orang akan dipilih sebagai perintis program yang terdiri dari penduduk miskin di kampung-kampung yang berdekatan.
Pendapatan penduduk kampung meningkat 30% selepas 8 bulan dan berterusan sepanjang tahun untuk kitaran ternakan ikan yang seterusnya.
2. Membangunkan kaedah dan sistem untuk jualan ikan daripada peserta program terus kepada masyarakat.
Satu kaedah dan platfom akan disediakan untuk membantu para perintis memasarkan hasil ternakan ikan mereka.
Para perintis program dijangka mendapat keuntungan yang optimum manakala masyarakat di kawasan tersebut pula menikmati 10% pengurangan harga ikan kerana tiada keterlibatan orang tengah.
12
3. Menjalankan penyelidikan danpembangunan (R&D) terhadap pembenihan ikan, tumbesaran ikan, pemprosesan makanan ikan dan kualiti air.
Pendekatan R&D yang dijalankan secara intensif untuk penyelesaian jangka masa pendek dan jangka masa panjang mampu memberikan kelestarian sistem penternakan ikan sepanjang masa.
Selain itu, satu sistem rawatan air kolam ternakan berdasarkan alga akan dilaksanakan bagi meningkatkan kandungan oksigen di dalam air dan mengurangkan bau untuk memberikan keselesaan penternak ikan di kediaman mereka
Kos penternakan ikan dijangka dapat dikurangkan kepada 10% selepas 1 tahun program ini dilaksanakan
4. Mewujudkan dan
membangunkan kompleks pembenihan ikan Pagoh sebagai Taman Sains yang berperanan untuk membantu proses pemindahan ilmu dan teknologi kepada masyarakat.
Satu sistem maklumat penyelidikan yang melibatkan pelbagai kementerian akan dibangunkan supaya segala dapatan boleh ditambah baik dari semasa ke semasa untuk membolehkan program ini sentiasa relevan dengan minat masyarakat dan perkembangan teknologi semasa untuk jangka masa panjang.